Bab 2 Nota Ringkas
-
Upload
leyu-zi-yeu -
Category
Documents
-
view
10.662 -
download
0
description
Transcript of Bab 2 Nota Ringkas
BAB 2 PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU
2.4 PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA
Pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk:(a) perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan.(b) tabungan
Rumus: Yd = C + S
Yd ialah pendapatan boleh guna.C ialah perbelanjaan penggunaan.S ialah tabungan._____________________________________________________________________
2.4.1 Keperluan dan Kehendak
Keperluan KehendakMesti dipenuhi supaya manusia boleh terus hidup.
Dipenuhi untuk hidup yang lebih selesa.
Terhad kepada beberapa jenis barang sahaja iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal.
Pelbagai dan banyak pilihan.
Sama untuk semua individu. Bergantung kepada citarasa individu.Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan individu.
Dipengaruhi oleh pendapatan individu.
Harga dikawal oleh kerajaan. Harga tidak dikawal oleh kerajaan.Contoh: Makanan, Pakaian, Tempat Tinggal sahaja.
Contoh: Kereta, telefon bimbit, KFC, komputer, meja, kerusi dll.
1
2.4.2 Belanjawan PeribadiAnggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk satu tempoh yang akan datang.
Jenis-jenis Perbelanjaan Peribadi(a) Barang tahan lama
- tempoh penggunaan panjang, lebih daripada 1 tahun.
- tidak mudah rosak.- terdiri daripada barang
kehendak.- contoh: kipas, peti ais,
televisyen dsb.(b) Barang tidak tahan lama
- tempoh penggunaan singkat, kurang daripada 1 tahun.
- cepat rosak dan cepat habis.- terdiri daripada barang
keperluan- contoh: sayur, pensel, petrol
dsb.(c) Perkhidmatan
- contoh: pengangkutan, perubatan, pendidikan dsb.
Kepentingan Belanjawan Peribadi(a) mengelakkan pembaziran(b) menggalakkan tabungan(c) menyelaraskan perbelanjaan
dengan pendapatan(d) membantu mengawal inflasi(e) mengelakkan individu daripada
berhutang
Langkah-langkah Penyediaan Belanjawan Peribadi(a) Mengenal pasti punca-punca
pendapatan dan potongan wajib.(b) Mencatatkan semua perbelanjaan
yang perlu dilakukan.(c) Menyusun perbelanjaan mengikut
keutamaan.(d) Mengimbangkan pendapatan boleh
guna dengan perbelanjaan.
2.4.3 Konsep TabunganSebahagian pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.
Rumus: S = Yd – C
S ialah tabungan.Yd ialah pendapatan boleh guna.C ialah perbelanjaan penggunaan.
Tujuan Tabungan(a) sebagai awasan dan kecemasan.(b) untuk membeli barang tahan lama
secara tunai.(c) menambahkan punca kewangan.(d) membiayai pendidikan.(e) memenuhi cita-cita tertentu.
Cara –Cara Menabung(a) Bank perdagangan (b) Syarikat kewangan(c) Bank Simpanan Nasional (BSN)(d) Lembaga Tabung Haji (LTH)(e) Koperasi(f) Polisi insurans nyawa(g) Unit saham amanah dan surat
jaminan kerajaan
2
2.4.4 Konsep PinjamanPinjaman ialah punca pendapatan untuk membiayai perbelanjaan.
Tujuan Pengguna Membuat Pinjaman(a) Menampung kekurangan wang
semasa(b) Membeli barang harian(c) Membeli barang harian(d) Membuat pinjaman pendidikan
Tujuan Pengeluar Membuat Pinjaman(a) Memulakan perniagaan(b) Menambahkan modal(c) Meningkatkan produktiviti(d) Mengurangkan pembayaran cukai
syarikat
Sebab-sebab Pinjaman Dikenakan Faedah(a) Menangguhkan perbelanjaan pada
masa kini(b) Menanggung risiko(c) Menanggung kejatuhan nilai wang
Cara-cara Meminjam(a) Bank perdagangan(b) Syarikat kewangan(c) Koperasi(d) Kedai pajak gadai(e) Syarikat insurans(f) Majlis Amanah Rakyat (MARA)(g) Ceti(h) Sahabat dan saudara
2.4.5 Konsep PelaburanPelaburan ialah aliran perbelanjaan firma terhadap pembelian barang-barang modal atau penambahan modal yang sedia ada untuk meningkatkan pendapatan pada masa depan.
Tujuan Pelaburan(a) Menambah keuntungan dan
pendapatan(b) Menggantikan barang modal(c) Meningkatkan keupayaan
pengeluaran
Cara-cara Melabur(a) Pembelian aset tetap(b) Pembelian barang modal(c) Pembelian stok atau barang niaga(d) Pelaburan dalam sumber manusia
Perbezaan Pulangan daripada Tabungan dan Pulangan daripada Pelaburan
Aspek Perbezaan Pulangan daripada Tabungan Pulangan daripada PelaburanBentuk Pendapatan Pulangan diperoleh dalam
bentuk faedah / dividen.Pulangan diperoleh dalam bentuk untung.
Risiko Ketidakpastian
Melibatkan risiko ketidakpastian yang lebih rendah.
Melibatkan risiko ketidakpastian yang lebih tinggi.
Pulangan Jumlah pulangan lebih rendah dan tetap.
Jumlah pulangan lebih tinggi tetapi tidak tetap.
Tingkat Kecairan Tingkat kecairan yang tinggi iaitu mudah ditunaikan.
Tingkat kecairan yang tinggi iaitu sukar ditunaikan.
3