Bab 2 (Modify)1

download Bab 2 (Modify)1

of 2

description

2

Transcript of Bab 2 (Modify)1

Mengenalpasti Masalah

Mengenalpasti Masalah

Tumpuan ataupun persoalan utama yang perlu diberi perhatian sebelum pelaksanaan program ialah mengenal pasti terlebih dahulu apakah program penambahbaikan yang perlu dilakukan. Atas sebab-sebab yang berkaitan, penulis terlah melakukan kajian keperluan serta mencari punca masalah untuk diselesaikan dalam usaha untuk melakukan penambahbaikan.Penulis telah memilih serta menggunakan teknik ataupun cara penyelesaian berasaskan analisis Rajah Tulang Ikan (Fish Bone) yang juga dikenali sebagai Analisis Sebab dan Akibat yang diasaskan oleh ilmuwan Jepun sekitar tahun 60-an ia itu Dr. Kaoru Ishikawa. Menurut (Dale,Barrie G.et al,2007) Rajah Tulang Ikan sering juga disebut dengan nama Diagram Ishikawa.

Pada peringkat awalnya kaedah ini lebih banyak menjurus fungsinya ke arah pengurusan kualiti yang menggunakan data verbal (non-numerica) atau data kualitatif. Dr. Ishikawa juga orang yang pertama akli dikesan memperkenalkan tujuh alat atau metod pengendalian kualiti iaitu 7 tools iaitu Fish Bone Diagram, Control Chart,Run Chart,Histogram, Scatter Diagram, Pareto Chart, dan Flow Chart (Dale, Barrie G.et al, 2007). Kaedah ini dilaihat sangat berkesan kerana ia dapat membantu mengenalpasti punca atau faktor yang menjurus ke arah sesuatu masalah dalam bentuk format grafik. Ia amat mudah dan jelas kerana dapat menunjukkan hubungan antara punca masalah dengan faktor-faktor yang ada kaitan dengan wujudnya masalah.

Slah satu kaedah yang paling efektif untuk membina gambarajah ialah dengan melakukan sumbang saran dalam kalangan guru untuk mengenalpasti punca penyebab masalah yang berpotensi tinggi. Bagi sesetengah kes, masalah itu bukan hanya ditimbulkan oleh satu faktor sahaja malah ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor penyumbang sama ada faktor tunggal atau kombinasai daripada beberapa faktor yang menimbulkan berlakunya sesuatu masalah. (Ishikawa, Kaoru 1990).