Bab 2 Literature Review

42
1 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN Sorotan kajian merupakan aspek terpenting kepada bidang penyelidikan kerana ia mampu menjadi penyumbang utama mengenai perkara-perkara yang sangat diperlukan oleh para penulis dalam usaha mendapatkan hasil kajian yang tepat dan berkesan. Oleh itu, sorotan kajian dapat membantu pengkaji mengenal pasti bahan-bahan penyelidikan yang pernah dikaji oleh para pengkaji terdahulu. Dalam bab ini, penulis akan membut tinjauan dengan memberi tumpuan kepada hasil-hasil dapatan yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu berkaitan persepsi pembelajaran kooperatif, pengetahuan teknik pembelajaran,

description

literature review

Transcript of Bab 2 Literature Review

Page 1: Bab 2 Literature Review

1

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 PENGENALAN

Sorotan kajian merupakan aspek terpenting kepada bidang penyelidikan kerana ia

mampu menjadi penyumbang utama mengenai perkara-perkara yang sangat diperlukan

oleh para penulis dalam usaha mendapatkan hasil kajian yang tepat dan berkesan. Oleh

itu, sorotan kajian dapat membantu pengkaji mengenal pasti bahan-bahan penyelidikan

yang pernah dikaji oleh para pengkaji terdahulu.

Dalam bab ini, penulis akan membut tinjauan dengan memberi tumpuan kepada

hasil-hasil dapatan yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu berkaitan persepsi

pembelajaran kooperatif, pengetahuan teknik pembelajaran, masalah dalam

pembelajaran kooperatif serta hubungan sosial yang pelajar dapat daripada pembelajaran

kooperatif.

Page 2: Bab 2 Literature Review

2

2.1 PENGAJARAN GURU DALAM PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Menurut Ismail Samad (2009), pada peringkat permulaan guru haruslah merancang kelas

dengan membentuk pelajar kepada kumpulan-kumpulan yang kecil di dalam kelas. Guru

boleh menggunakan pelbagai cara untuk membentuk kumpulan. Pada kebiasaannya,

guru akan menggunakan kertass warna, binatang kegemaran atau makanan kegemaran,

bulan kelahiran pelajar, dan pakaian yang disukai. Pembentukan kumpulan ini harus

ditegaskan oleh guru bahawa selain kumpulan asas, pelajar juga harus membentuk

kumpulan pakar untuk membincangkan sesuatu fokus yang sama. Pembentukan

kumpulan pakar ini dapat membantu pelajar-pelajar lain untuk menyelesaikan masalah

dalam tugasan yang dberikan oleh guru. Apabila guru telah membentuk kumpulan, guru

juga harus memberi panduan untuk kumpulan itu menjalankan operasi mereka dalam

menyelesaikan tugasan yang akan diarahkan nanti oleh guru. Guru perlu menerangkan

kepada pelajar dari kumpulan asas mereka akan membentuk kepada kumpulan kedua.

Akhir sekali, setelah berbincang di dalam kumpulan kedua atau pakar mereka akan

kembali ke kumpulan asas atau masing-masing untuk berbincang bersama rakan-rakan

lain dalam kumpulan mereka sendiri. Guru juga berperanan untuk membentuk norma-

norma dalam kumpulan daripada kalangan pelajar-pelajarnya. Ahli dalam kumpulan

harus memahami bahawa kejayaan kumpulab adalah kejayaan bersama. Setiap ahli

haruslah berusaha untuk mencapai matlamat kumpulan. Guru juga perlu mengingatkan

kepada pelajar bahawa dalam kumpulan haruslah saling bantu-membantu kepada pelajar

yang lemah. Guru juga mestilah memberikan pujian atau pengukuhan kepada pelajar

Page 3: Bab 2 Literature Review

3

agar mereka akan lebih bersemangat untuk belajar dan meneruskan cara pembelajaran

kooperatif. Ganjaran pujian, atau pengukuhan ini juga dapat meningkatkan motivasi

pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan dalam setiap pasukan juga haruslah

diingati ianya diperolehi hasil daripada usaha bekerjasama bersama ahli-ahli dalam

kumpulan mereka masing-masing. Guru juga tidak harus melupakan untuk berinteraksi

dengan setiap kumpulan. Guru tidak sepatutnya berinteraksi dengan beberapa kumpulan

sahaja di dalam kelas. Guru perlu bertindak bergerak dari satu kumpulan ke satu

kumpulan yang lain dan bertanyakan masalah atau membantu kumpulan berbincang atau

menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Guru juga tidak sepatutnya kaku dengan

hanya melihat perlakuan pelajar semasa memberi tugasan kepada pelajar.

Mazliza Kamin dan Jane France Henry (2012) telah mengkaji bahawa

pelaksanaan pembelajaran kooperatif yang berkesan adalah disebabkan oleh peranan

guru. Dalam pembelajaran kooperatif ini guru memainkan peranan yang cukup penting.

Hal ini kerana, peranan guru dalam pengajaran yang menggunakan pembelajaran ini

akan memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Hal ini dapat dibuktikan

dalam kajian terhadap faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Penilaian

Menengah Rendah (PMR) di Sabah yang telah diubah PMR kepada Pentaksiran

Tingkatan Tiga (PT3) bermula tahun 2014. Faktor guru adalah sangat penting terhadap

pencapaian akademik pelajar. Taburan responden mengikut kekerapan dan peratus bagi

faktor domain (n = 200) Bil Faktor N % N 1 menunjukkan bahawa ibubapa seramai 29

orang (14.5%). Guru seramai 149 orang (74.5%). Diri sendiri seramai 10 orang (5%).

Kawan pula seramai 10 orang (5%) dan lain-lain seramai 2 orang (1%) dengan jumlah

Page 4: Bab 2 Literature Review

4

seramai 200. Berdasarkan taburan ini, didapati bahawa faktor guru adalah sangat domain

berbanding dengan faktor ibu bapa, diri sendiri, kawan dan lain-lain. Dalam kajian ini

menunjukkan bahawa pengajaran dan bimbingan daripada guru sangat memberi kesan

terhadap pencapaian akademik pelajar kerana guru menggunakn strategi pengajaran

yang bersesuaian dengan pelajar. Guru juga merupakan tonggak kepada penggerak

mentaliti pelajar dengan menunjukkan teladan yang baik, memberikan pendedahan

tentang teknik penbelajaran yang berkesan.

2.2 KAEDAH PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Menurut Abdull Sukor (2011), terdapat beberapa cara pembelajaran kooperatif yang

telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pembelajaran pendidikan, seperti Jigsaw (Pakar

dalam Kumpulan), TGT (Teams-Games-Tournaments), dan Belajar Bersama (Learning

Together). Pembelajaran kooperatif ini akan memberikan galakan kerjasama dalam

pembelajaran kerana akan wujud sifat toleransi antara pelajar. Galakan kerjasama dalam

pembelajaran seperti ini dapat membina tolak ansur yang tinggi sekaligus mewujudkan

semangat muafakat yang akan membolehkan semua pihak menerima kepelbagaian

kebolehan yang ada seperti kepelbagaian bangsa, agama dan taraf sosial.

Kajian yang dijalankan oleh Pain Gagau (2012) menyatakan bahawa terdapat

pelbagai teknik pembelajaran kooperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran antaranya ialah bulatan pembelajaran (Circles of Learning, COL), kaedah

Page 5: Bab 2 Literature Review

5

susun suai (Jigsaw), bahagian pencapaian-pasukan pelajar BPPP (Student Team-

Achievement, atau STAD), pertandingan permainan pasukan (Team Games Tournament,

atau TGT), inkuiri dalam kumpulan (Group Investigation, atau GI), pasukan arahan

cepat (Team Accelerated Instrustion, atau TAI) dan strategi baca dan karang sama

(Cooperative Integrated Reading and Composition, atau CIRC). Setiap teknik-teknik itu

memenuhi prinsip-prinsip pembelajaran kooperatif.

Menurut Ismail Said (2009) dalam kajian yang telah dijalankan mendapati

bahawa teknik Jigsaw yang asal telah direka oleh Elliot Aronson dan rakan-rakannya

pada tahun 1978 di Texas. Kemudian telah diubah oleh Slavin pada tahun 1986 di John

Hopkins University dan telah menamakannya kepada Jigsaw II. Kaedah ini akan diminta

supayaa pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang bersifat heterogenus.

Bilangan ahli dalam kumpulan ini adalah antara 2 hingga 4 orang sekumpulan. Setiap

ahli dalam kumpulan ini akan diberikan tugasan/soalan yang berbeza. Kemudiannya,

mereka akan bergabung membentuk kumpulan baru atau kumpulan ‘pakar’ yang

membincangkan satu tugasan/soalan yang sama. Beberapa minit memudian mereka

diperuntukkan untuk kumpulan yang pakar membincankan tugasan/soalan yang

diberikan guru. Sebolehnya-bolehnya setiap pelajar mesti bercakap. Apabila tempoh

masa yang diperuntukkan tamat, ahli kumpulan pakar ini akan kembali ke kumpulan asal

untuk membincangkan tugasan/soalan yang telah mereka bincangkan semasa dalam

kumpulan pakar tadi. Semasa perbincangan dalam kumpulan asal ini setiap pakar akan

bergilir-gilir menerangkan dan mengajar ahli kumpulannya tentang bahagian masing-

masing secara individu. Beliau menyatakan lagi kaedah pembelajaran belajar bersama

Page 6: Bab 2 Literature Review

6

(learning together) telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson pada tahun 1975 di

Universiti Minneasota. Kaedah pembelajaran ini telah meminta supaya pelajar-pelajar

telah diagihkan kepaa kumpulan kecil yang heterogenus yang terdiri daripada 4 orang

dalam satu kumpulan. pelajar-pelajar ini akan berkongsi idea dan saling menolong untuk

membantu rakan dalam kumpulan mereka. Guru akan memberi tindakan balas positif

secaara memuji atau membei ganjaran kepada pelajar berdasarkan cara mereka

melaksanakan perbincangan dalam kumpulan masing-masing.

Menururt Ismail Samad (2009) menyatakan bahawa, kaedah Pertandingan

Permainan Pasukan (Team Games Tournament, atau TGT) ini telah diperkenalkan dan

diperkembangkan pada tahun 1978 di John Hopikins University. Kaedah ini sama

dengan Jigsaw, pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang

heterogenus. Dalam teknik ini guru haruslah memberi pengajaran dan mengedarkan

lembaran kerja untuk dibincangkan bersama pelajar dan memahami pengajaran guru.

Kenudian, pelajar-pelajar akan berpindah ke kumpulan pertandingan untuk bertanding.

Setiap kumpulan pertandingan akan dibekalkan dengan satu sampul surat yang

mengandungi satu set soalan beserta dengan jawapan dan jadual markah. Salah seorang

pelajar dalam kumpulan tersebut akan dipilih untuk menjadi tukang semak dengan

membaca dan mencatat markah. Pelajar-pelajar akan bergilir-gilir untuk menjadi tukang

semak dan menjawab soalan sehingga semuanya habis dijawab. Markah akan diberikan

kepada jawapan yang betul sahaja. Selepas pertandingan pelajar-pelajar dalam kumpulan

ini akan kembali ke kumpulan masing-msing bersama dengan markah yang diperolehi.

Page 7: Bab 2 Literature Review

7

Markah setiap ahli yang pergi bertanding akan dijumlahkan sebagai markah kumpulan.

kumpulan yang terbaik akan diberi penghargaan.

Menurut Ismail Samad (2009) mendapati bahawa kaedah galeri pelancongan

setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli. Kaedah ini menarik untuk digunakan

dalam pelbagai subjek dan untuk membuat aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah ini dapat melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan cara sendiri serta

berfikir dalam kumpulan dengan secara krtitis dan analitis. Guru akan mengatur kelas

sehingga boleh memuatkan dan memberi keselesaan kepada pelajar dengan membentuk

kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap pelajar haruslah mencari pasangan dalam

kumpulan kecil tersebut dan mereka akan diberikan kad mengikut pasangan dalam

kumpulan tersebut untuk dijadikan sebagai penanda pemisah. Hal ini bermakna dalam

satu kumpulan terdiri daripada 2 pasangn kumpulan yang kecil. Pelajar 1 akan

mengarahkan pelajar 2 untuk melukis atau mereka bentuk gambar yang ada pda murid

1(pelajar 2 tidak akan dapat melihat apa-apa yang dipegang oleh pelajar 1). Pelajar 2

akan meneka gambaran pada kad yang telah dilukis oleh pelajar 1 berdasarkan

kefahaman dan arahan mesej yang disampaikan oleh pelajar 1. Setelah itu pelajar 1 akan

melihat jawapan yang diberikan oleh pelajar 2 dan mereka akan bertukar peranan

masing-masing.

Kajian yang dijalankan oleh Warsono dan Hariyanto (2012) menyatakan bahawa

aktiviti Pencapaian-Pasukan Pelajar (BPPP) atau Student Team-Achievement (STAD)

Page 8: Bab 2 Literature Review

8

membantu pelajar untuk membiasakan diri supaya bekerjasama dan saling bantu-

membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan akhirnya bertanggungjawab

terhadap diri sendiri. Teknik ini akan meminta guru supaya membentuk kumpulan

heterogen yang terdiri daripad 4 hingga 6 orang pelajar dalam setiap kumpulan.

Heterogen ini merupakan pembahagian pelajar yang berbeza tahap dalam satu kumpulan

iaitu ada pelajar yang cepat belajar, lambat belajar, lelaki dan perempuan, berbeza suku

dan ras. Guru akan membuat pembentangan di hadapan kelas tentang matapelajaran.

Kemudian, guru akan memberi tugasan kepada setiap kumpulan. Guru boleh meminta

pelajar yang cepat belajar untuk membantu rakan dalam kumpulan masing-masing

sehingga pelajar yang lambat belajar tahu dan faham tentang pelajaran yang diajar oleh

guru. Setelah itu, guru akan membuat kuiz atau soal jawab kepada pelajar. Ketika

bahagian kuiz dan soal jawab ini, pelajar yang menjawab tidak boleh dibantu oleh

pelajar lain. pelajar harus memberi jawapan berdasarkan kefahaman pelajar itu sendiri.

Seterusnya, guru akan membuat refleksi dan penilaian terhadap setiap pelajar di dalam

kelas.

Menurut Warsono dan Hariyanto (2012) menyatakan bahawa kaedah penyiasatan

kumpulan (group investigation (GI)) merupakan satu kaedah yang mendoroang pelajar

untuk berfikir dalam kumpulan secara kritis, kreatif dan analitis. Pernyataan ini disokong

lagi oleh Ismail Sanad (2009) yang telah menjelaskan bahawa dalam kaedah ini setiap

kumpulan akan menggunkan inkuiri, perbincangan, membina pelan tindakan dan

perancangan secara kooperatif untuk menjalankan projek. Guru akan membimbing jelas

dengan cara menyusun kelas dalam satu kumpulan yang kecil an heterogenus dan terdiri

Page 9: Bab 2 Literature Review

9

daripada 4 orang pelajar. Guru akan memberi satu pernyataaan atau topik tertentu

mengikut topik yang perlu dipilih oleh pelajar kepada setiap kumpulan untuk

dibahaskan. Kemudian, setiap pelajar harus berbincang mengenai topik yang dipilih

bersama ahli kumpulan masing-masing. Mereka akan berbincang berkaitan dengan

topik, membuat laporan, membuat contoh serta menetapkan cara terbaik untuk membuat

satu laporan yang baik. Setelah selesai aktiviti perbincangan bersama kumpulan, pelajar

akan membentangkan hasil perbincangan dan laporan boleh dipamerkan di dalam kelas.

Beliau menyatakan lagi kaedah berpasang-pasangan (partners) boleh membantu pelajar

untuk berfikir secara spontan dan kemudian berani mengajarkan hasil pemikirannya

kepada rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing. Guru akan menyusun kelas

mengikut kesesuaian yang selesa dengan bilangan pelajar di dalam satu kelas. Teknik ini

memerlukan ruang yang besar kerana pelajar akan duduk dalam kumpulan-kumpulan

kecil dan mengelilingi dalam ruangan kelas.

Kajian yang dijalankan oleh Ahmad Redzuan Ismail (2011), model TGT telah

memfokuskan kepad guru yang berperanan sebagai penyampai ilmu sama ada dalam

syarahan, demonstrasi atau pertunjukkan. Pelajar akan berbincang mngenai bahan yang

disampaikan oleh guru dan pelajar akan membuat lembaran kerja yang diberikan oleh

guru. Teknik ini juga pelajar akan bermain suatu bentuk permainan yang

dipertandingkan di dalam kelas. bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan

diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dalam setiap pasukan yang sama kebolehan

akademiknya.

Page 10: Bab 2 Literature Review

10

Menurut Casal (2009), teknik Pasukan Arahan Cepat (Team Accelerated

Instrustion, atau TAI) telah dikembangkan oleh Slavin, Leavy dan Madden pada tahun

1982. Menurut beliau, kaedah ini lebih baik digunakan tuntuk mempelajari mata

pelajaran Matematik, tentang aritmatik (ilmu perhitungan). Hasil dapatan daripada

penulisan mereka telah menjelaskan kajian ini telah diuji kepada pelajar kelas 3 sampai

kelas 6 atau kelas yang lebih tinggi tetapi belum mengenal atau belum siap mendapatkan

pembelajaran yang lebih baik. Kaedah TAI adalah gabungan insentif motivasi

berkumpulan dengan arahan yang diberi secara individu yang bersesuaian mengikut

tahap kemahiran ahli-ahli dalam kumpulan. setiap anggota dalam kumpulan akan belajar

mengikut kadar pembelajaran sendiri. Kaedah ini juga sesuai untuk pembelajaran subjek

Pendidikan Moral dan Sejarah. Melalui kaedah ini pelajar akan dapat merancang bahan

pembelajaran terlebih dahulu dengan menyediakan helaian pembelajaran dan helaian

jawapan. Kaedah ini akan membentuk beberapa kumpulan dengan jumlah bilangan

pelajar dalam setiap kumpulan adalah genap. Guru akan menerangkan tentang kerangka

kerja kumpulan dan tajuk pembelajaran kepada semua pelajar. Guru akan memberikan

helaian kertas yang mengandungi beberapa soalann dan diserahkan kepada pelajar

mengikut pasangan yang telah ditetapkan. Setiap pasangan hendaklah menyelesaikan

tugasan yang diberi dengan cara bekerjasama bersama pasangan dan perlu disiapkan

dengan mengikut kadar kelajuan yang mereka mampu. Guru perlu menghadkan masa

untuk pelajar menyelesaikan tugasan yang diberi. Setelah siap, guru perlu meminta

pelajar supaya menukar jawapan kepada rakan dalam kumpulan yang lain untuk

meyemak jawapan. Pelajar yang mencapai tahap diharapakn oleh guru akan mendapat

penghargaan.

Page 11: Bab 2 Literature Review

11

2.3 KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Ruslim Mohd. Salleh (2005), menjalankan kajian berbentuk eksperimen untuk melihat

kesan pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam tingkatan empat. Kajian dijalankan selama 10 minggu di

sebuah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Seramai 60 orang pelajar tingkatan

empat dipilih untuk menduduki ujin pra dan seterusnya dibahagikan kepada dua

kumpulan. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan pengajaran menggunakan kaedah

pembelajaran koperatif manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah pengajaran

sedia ada. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang

menggunakan kaedah Jigsaw telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam.

Menurut Tok Hoon Seng (2006) dalam kajian yang telah dijalankan mendapati

bahawa pembelajaran kooperatif adalah salah satu pendekatan untuk meningkatkan

pencapaian akademik pelajar dalam subjek Kesusasteraan di sekolah menengah. Kajian

ini juga dapat membantu menangani masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan

Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Sasaran kajian terdiri daripada 59 orang

responden Tingkatan Empat dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

kajian melalui proses pembelajaran kooperatif manakala kumpulan kawalan melalui

pengajaran tradisional. Hasil dapatan kajian ini telah mendapati bahawa pendekatan

Page 12: Bab 2 Literature Review

12

pembelajaran kooperatif memainkan peranan yang penting dalam penguasaan Bahasa

Inggeris di dalam kelas.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Effandi Zakaria (2009) menyatakan bahawa

pembelajaran kooperatif sangat membantu pelajar dalam membuat tugasan-tugasan dan

lembaran kerja Matematik. Pembelajaran kooperatif yang dilaksanakan untuk mata

pelajaran Matematik memberi kesan yang baik terhadap pencapaian akademik kerana

dalam kaedah pembelajaran ini pelajar akan bekerjsama dan berbincang untuk

mendapatkan jawapan yang betul. Kajian ini telah dibuat bertujuan untuk melihat

pelaksanaan, masalah dan kelebihan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran

Matematik.

. Kajian oleh Effandi Zakaria dan Zaiton Iksan (2007) telah menjelaskan bahawa

pembelajaran kooperatif harus digunakan sebagai menggantikan kaedah mengajar

Matematik dan Sains yang tradisional di Malaysia. Hal ini kerana, pembelajaran ini

dapat meningkatkan hasil pembelajaran dan pencapaian akademik dalam pembelajaran

di Malaysia. Seterusnya, kaedah pembelajaran kooperatif juga dapat mengubah persepsi

yang baik terhadap penerapan nilai-nilai murni kemahiran belajar dan pencapaian serta

sikap yang baik dan positif dalam kalangan pelajar tingkatan satu

Menurut kajian yang dijalankan oleh Fairus Abu Bakar (2011) telah mendapati

bahawa berlaku peningkatan prestaasi akademik bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Page 13: Bab 2 Literature Review

13

selepas responden mengikuti model pembelajaran kooperatif. Hasil penyelidikan yang

telah dijalakan mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dengan

pendekatan pembelajaran kooperatif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan

pencapaian akademik pelajar berbanding dengan pendekatan tradisional.

Kajian yang telah dijalankan oleh Asraf bin Moubark, Hafizah Husain, Aini

Husain dan Norbahiah Misran (2009) menyatakan bahawa keberkesanan kaedah Jigsaw

dapat mengimbangi pengetahuan pelajar supaya mereka berupaya membangunkan

sistem dari aspek perkakasan dan perisian. Keputusan ini menunjukkan bahawa

pencapaian pelajar lebih baik apabila mereka mengikuti pembelajaran kooperatif teknik

Jigsaw. Oleh hal yang demikian, kajian teknik Jigsaw telah memberi bukti terhadap

pencapaian akademik pelajar menjadi lebih baik berbanding dengan menggunakan corak

pengajaran tradisional. Responden dalam kajian ini adalah daripada pelajar tahun tiga

dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem di UKM.

Ali Gocer (2010) telah membuat kajian terhadap keberkesanan pembeajaran

kooperatif dengan menggunakan kaedah Jigsaw dalam mengajar genre kesusasteraan.

Kajian ini telah memilih sampel seramai 60 orang gred 11 di Kayseri State High School

dalam tahun 2008-2009. Kumpulan tersebut terbahagi kepada 2 iaitu 30 orang di bawah

kumpulan eksperimen dan 30 orang pelajar lagi di kumpulan kawalan. Guru yang sama

mengajar dalam tempoh tiga minggu. Dalam kajian ini mendapati bahawa pembelajaran

Page 14: Bab 2 Literature Review

14

kooperatif dan teknik Jigsaw lebih berkesan untuk mengajar genre kesusasteraan

berbanding kaedah pengajaran konvensional.

Wachanga dan Mwangi (2004) telah mengkaji tentang keberkesanan

pembelajaran kooperatif dalam pengajaran Kimia di Kenya. Kajian yang dibuat telah

melibatkan 521 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak dari empat buah sekolah.

Sampel kajian ini telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Kajian yang dijalankan

bertujuan untuk melihat bagaimana kelas yang mengamalkan pembelajaran kooperatif

mempengaruhi pencapaian pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembelajaran

kooperatif mampu pencapaian dalam subjek Kimia berbanding kaedah biasa. Walau

bagaimanapun, jenis sekolah tidak mempengaruhi pencapaian mereka. Sebaliknya,

terdapat pencapaian yang boleh dilihat dalam kalangan pelajar lelaki yang bersekolah di

sekolah lelaki berbanding dengan pelajar yang bersekolah di sekolah gabungan lelaki

dan perempuan.

Kajian oleh Norziha binti Mohd Megat, Norihan Bt. Abu Hassan dan Syed Ardi

Syed Yahya Kamal (2006) telah mengkaji keberkesanan pembelajaran kooperatif

membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Mereka telah mengkaji tentang

kesan pembelajaran kooperatif terhadap pencapaian mata pelajaran Logik Digital

menunjukkan peningkatan prestasi pelajar adalah meningkat. Kajian ini telah dijalankan

ke atas pelajar tahun satu kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di

Page 15: Bab 2 Literature Review

15

UTM. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa pembelajaran kooperatif telah

memberi kesan yang positif dengan meningkatnya prestasi pencapaian akademik pelajar.

Menurut Koh Lee Ling, et. al. (2008) dalam kajian yang telah dijalankan

berkaitan dengan pembelajaran kooperatif terhadap sikap dan pencapaian Matematik

bagi murid-murid sekolah rendah meningkatkan selepas diajar oleh guru pelatih. Hasil

analisis Annova dalam kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang singnifikan

bagi kumpulan rawatan dan kunpulan kawalan dalam pencapaian Matematik selepas

rawatan dengan menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif.

Kajian yang dijalankan oleh Mimi Mohaffyza binti Mohamad, Md. Nazaruddin

b. Sarji dan Masitah binti Misman (2009) telah membuktikan bahawa terdapat

keberkesanan kaedah pengajaran kooperatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

bagi murid Tingkatan 1. Ujian Pra telah dilakukan dan hasil dapatan mendapati bahawa

tahp pengetahuan pelajar adlah rndah sebelum kaedah pembelajaran kooperatif

dijalankan. Ujian pos pula menunjukkan bahawa pendekatan kooperatif telah

meningkatkan penguasaan pengetahuan para pelajar. Hasil dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa kaedah kooperatif sangat berkesan jika digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kajian yang telah dilakukan oleh Suhaida Abdul Kadir et. al. (2006) telah

mendapati bahawa kaedah pembelajaran kooperatif telah memberi kesan yang asngat

Page 16: Bab 2 Literature Review

16

baik berbanding dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional terhadap prestasi

pelajar dalam Pendidikan Perakaunan. Hasil dapatan daripada kajian telah mendapati

bahawa terdapat perbezaan kesan strategi pembelajaran kooperatif dan pembelajaran

tradisional terhadap prestasi akademik pelajar. Prestasi kumpulan yang belajar

menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif adalah lebih tinggi daripada prestasi

kumpulan pembelajaran tradisional. Hal ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran

kooperatif memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar di dalam

mata pelajaran Prinsip Akaun.

Kajian yang telah dibuat oleh Zahara Aziz dan Suzela Bustam (2011)

menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif telah meningkatkan tahap pencapaian

akademik dalam mata pelajaran Geografi. Dalam kajian ini, mereka telah menjelaskan

bahawa hasil dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa terdapat peningkatan

pencapaian pelajar dalam kaedah pembelajaran kooperatif berbanding dengan kaedah

pembelajaran tradisional. Mereka telah membuat satu ujian pra dan ujian pasca bagi

menjelaskan denga lebih lengkap bekaitan bukti pembelajaran kooperatif dapat

meningkatkan pencapaian akademik.

2.4 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Menurut Johnson dan Johnson (2000) telah menyatakan bahawa teori saling

bergantungan ini wujud apabila berlakunya interaksi antara pelajar yang saling

Page 17: Bab 2 Literature Review

17

bergantungan dalam kumpulan. Pembelajaran kooperatif ini memerlukan setiap ahli

saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain. Kepelbagaian yang

diwujudkan dalam kumpulan bukan hanya dari segi tahap kecerdasan akademik, tetapi

juga dari segi latar belakang sosio-budaya dan ekonomi. Oleh sebab itu, sifat saling

memahami, hormat-menghormati, bertoleransi amat di perlukan dalam pembelajaran

kooperatif.

Shahabuddin Hashim et.al. (2007) telah mendapati bahawa kajian terhadap

kaedah kooperatif telah dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat

dan sebagainya. Oleh itu, secara tidak langsung kemahiran sosial pelajar juga meingkat.

Hasil kajian yang positif ini telah menjadikan kaedah pembelajaran kooperatif salah satu

kaedah yang amat sesuai digunakan dalam penyampaian pendidikan. Kaedah ini boleh

menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran., gerak kerja

kumpulan yang diadakan supaya pelajar dapat berinterkasi sesama mereka sewaktu

perbincangan-perbincangan sedang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila

beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam

satu kumpulan yang sama untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan

strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang telah diarahkan oleh guru. Kumpulan

pelajar ini telah duduk dalam kumpulan kecil bagi melengkapkan tugassan yang telah

diberi. Guru telah mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan

yang dijalankan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Ahmad Redzuan Ismail (2011) telah

mendapati bahawa terdapat dua jenis saling bergantungan sosial iaitu kooperatif dan

Page 18: Bab 2 Literature Review

18

kompetatif. Struktur kooperatif setiap individu boleh mencapai matlamatnya sekiranya

rakan-rakan juga mencapai matlamat yang sama dan berjaya mengawal tekanan dan

kesukaran dengan usaha mereka secara berkerjasama. Struktur kompetatif pula adalah

individu-individu yang bersaing antara satu sama lain untuk mencapai matlamatnya

tanpa saling bergantungan atau dikenali sebagai usaha individualistik dan hasilnya

adalah menguntungkan diri sendiri di atas kegagalan orang lain. Menurut beliau lagi

dalam kajian yang dijalankan kaedah pembelajaran kooperatif menggunakan Pasukan

Pelajar (Student Team Learning) dapat memupuk nilai-nilai murni iaitu bekerjasama dan

bertanggungjawab. Kaedah yang telah diperkenal oleh Slavin dan rakan-rakannya telah

menjelaskan tentang konsep kaedah ini yang lebih kepada ganjaran kumpulan,

tanggungjawab individu dan memberi peluang yang sama bagi setiap ahli dalam

kumpulan. Ganjaran kumpulan merujuk kepada ganjaran yang akan diberikan kepada

kumpulan yang berjaya memenuhi kriteria yang dikehendaki berdasarkan pencapaian

semua ahli dalam sesuatu kumpulan. tanggungjawab indvidu bermaksud semua ahli

bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian mereka untuk menerima ganjaran.

Hal ini akan menyebabkan semua ahli yang berkebolehan akan membantu ahli dalam

kumpulan yang kurang bekebolehan untuk mencapai matlamat dan menerima ganjaran.

Kajian yang dijalankan oleh Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa

Daia (2001) mendapati bahawa pembelajaran kooperatif telah menerapkan nilai-nilai

murni ke dalam diri pelajar. Kajian yang telah dijalankan adalah berkaitan penerapan

nilai-nilai murni melalui pembelajaran kooperatif dalam Sains. Penerapan nilai-nilai

murni yang telah dinilai dalam kajian mereka adalah berdikari, kerajinan, kejujuran,

Page 19: Bab 2 Literature Review

19

rasional, kebersihan mental, kerjasama, kasih sayang dan kebersihan fizikal. Kajian telah

diuji melalui dua cara iaitu penerapan nilai murni bagi kelas eksperimen dan kelas

kawalan. Menurut kajian yang telah dijalankan, penilaian telah dibuat melalui dua

kaedah pembelajaran kooperatif iaitu STAD dan Jigsaw. Kedua-dua kaedah memberi

kesan yang positif ke dalam diri pelajar yang terlibat dengan pembelajaran kooperatif

dan nilai murni lain juga dapat dilihat berdasarkan persepsi guru terhadap pelajar iaitu

nilai keberanian, kesyukuran, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan antara rakan

berlainan ras dan latar belakang. Sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains

juga meningkat dan pelajar berasa seronok belajar dalam kumpulan serta mereka lebih

berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik.

Menurut kajian oleh Salha Mohamed Hussain (2014) mendapati bahawa

pembelajaran kooperatif dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran Bahasa

Melayu. Hasil dapatan kajian ini juga telah mewujudkan suasana pembelajaran yang

lebih positif dan tidak tertekan akibat daripada gangguan-gangguan pelajar lain di dalam

bilik darjah. Motivasi diri pelajar juga dapat ditingkatkan kerana dapat menimbulkan

minat dalam pembelajaran, pelajar menjadi lebih bersemangat dalam melibatkan diri

secara aktif ketika pembelajaran sehingga meningkatkan motivasi dalam pembelajaran

Bahasa Melayu meningkat.

Kajian yang telah dijalankan oleh Norazri (2015) mendapati bahawa penerapan

nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dapat diserap ke dalam diri pelajar melalui

Page 20: Bab 2 Literature Review

20

pembelajaran kooperatif. Sampel kajian yang telah diambil adalah berdasarkan kepada

100 orang pensyarah dan 300 orang pelajar. Instrumen yang telah dikaji kepada pelajar

dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang terdiri daripada aspek nilai

bekerjasama, hormar-menghormati dan bertanggungjawab. Hasil dapatan daripada

kajian yang dijalankan mendapati bahawa penerapan nilai-nilai murni dapat dicapai oleh

pelajar dan dapat membentuk sahsiah diri seseorang pelajar.

Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat

mengendalikan pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah

pembelajaran koperatif juga mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan

rakan sebaya secara harmoni. Dengan cara demikian, kaedah pembelajaran koperatif

memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran, bekerjasama, saling menghormati,

bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan, sanggup berkorban sepakat dan

berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat menumpukan pelakuan dan

keyakinan diri pelajar.

2.5 KEMAHIRAN SOSIAL TERHADAP PELAJAR

Menurut Mormah (2012) telah mendapati bahawa kemahiran sosial adalah kemahiran

yang membantu seseorang itu untuk melakukan sesuatu hubungan sosial yang lebih

baik. Hubungan yang ingin dijalinkan adalah persahabatan, berbual dengan orang lain,

membentuk nilai budi pekerti yang baik, mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Page 21: Bab 2 Literature Review

21

bagi memudahkan kehidupan yang dijalankan adalah lebih baik. Kemahiran sosial ini

penting kepada setiap pelajar untuk memudahkan urusan ketika belajar di dalam kelas

mahupun ketika berada di luar sekolah iaitu ketika bersama masyarakat. Kemahiran

yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah adalah mendengar dan

mematuhi arahan, berkelakuan sopan, meminta bantuan daripada orang lain, memberi

sumbangan dalam perbincangan, membuat keputusan dalam pengendalian konflik,

membina kemahiran akademik, melaksanakan kewajipan dan bertanggungjawab ats

tingkah laku diri sendiri.

Ahmad Redzuan Ismail (2011), menyatakan bahawa perkembangan kognitif

telah diperkenalkan oleh Jean Piaget (1969) dan telah menjadi asas kepada teori kognitif

dalam pembelajaran kooperatif. Mengikut teori ini perkembangan kognitif telah

dipengaruhi oleh empat faktor iaitu faktor kematangan, pengalaman yang diperolehi,

interaksi sosial dan ekualibrasi. Perkembangan kognitif berdasarkan pengetahuan sosial

dan terbina adalah daripada kegiatan kooperatif terhadap pembelajaran dan penyelesaian

masalah. Model kajian yang berlandaskan teori ini menekankan penglibatan aktif para

pelajar dalam merancang aktiviti pembelajaran dan pengagihan tugas kepada setiap ahli-

ahli kumpulan sebagai tugasan masing-masing. Proses untuk melaksanakan dan

menyempurnakan sesuatu tugasan ini akan melibatkan interprestasi, sintaksis, aplikasi

maklumat dan penyelesaian masalah yang sangat memerlukan kerjasama dan interaksi

sesama mereka dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

Page 22: Bab 2 Literature Review

22

Kajian yang dijalankan oleh Normah binti Salleh (2007) telah mengkaji

hubungan di antara pembelajaran kooperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran

menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek

Telekomunikasi dan Rangkaian di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Menurut

kajian beliau, kemahiran generik juga merupakan kemahiran insaniah yang termasuk

juga dengan kemahiran sosial ini adalah kemahiran yang penting terhadap keberkesanan

pembelajaran kooperatif. Dalam kajian ini pembelajaran kooperatif dalam kemahiran ini

adlah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran

penyelesaian masalah yang memenuhi elemen kooperatif. Responden yang terlibat

dalam kajian ini adalah terdiri daripada 145 pelajar yang mengambil subjek

Telekomunikasi dan Rangkaian bagi sesi 2006/2007. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa terdapat hubungan di antara pembelajaran kooperatif (kemahiran genetik)

dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar.

Effendi (2005) telah membuat perbandingan dengan Vgotsky iaitu memberi

penekanan kepada perhubungan tidak bersimetri dari segi kognitif atau status sosial

disebabkan oleh interaksi interpersonal dan boleh membantu perkembangan

pengetahuan individu. Hal ini disebabkan oleh hasil perbincangan serta kerjasama

dengan seseorang individu boleh menghasilkan lebih keupayaan bagi menyelesaikan

masalah yang kompleks dan menggunakan konsep serta prinsip umum untuk digunakan

kepad tugasan atau masalah baru.

Page 23: Bab 2 Literature Review

23

Menurut kajian yang dijalankan oleh Fairus Abu Bakar (2011) telah menyatakan

bahawa keberkesanan pembelajaran kooperatif terhadap kemahiran interpersonal pelajar.

Kemahiran interpersonal adalah kemahiran berkomunkasi dan interaksi sosial untuk

mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep ini berkaitan dengan konsep kendiri,

sikap, sahsiah, nilai dan matlmat seseorang pelajar. Kemahiran ini akan membantu

pelajar menjadi seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa

berinterkasi dengan persekitarannya. Hasil kajian ini, telah mendapati bahawa terdapat

perbezaan yang positif terhadap perkembangan kemahiran interpersonal pelajar sebelum

dan selepas kaedah pembelajaran kooperatif ini dijalankan.

Menurut Warsono dan Hariyanto (2012) menyatakan bahawa pembelajaran

kooperatif setiap pelajar diberikan kesempatan untuk saling berkongsi, bertukar

pendapat mengenai kelebihan diri masing-masing. Pembelajaran kooperatif dapat

melatih kemahiran sosial pelajar melalui penukaran pendapatan daripada pelajar yang

berkebolehan kepada pelajar yang kurang berkebolehan. Kebanyakan pelajar lambat

untuk belajar secara kognitif tetapi memiliki kelebihan dalam berkomunikasi sehingga

mereka dapat meningkatkan prestasi diri kepada ahli kumpulan melalui pembelajaran

kooperatif.

Menurut Abdull Sukor (2011) telah menyatakan bahawa sikap saling membantu

dapat menyemai sikap mengambil berat serta saling menyokong antara satu sama lain.

Kaedah pembelajaran koopeartif menggalakkan pelajar berkomunikasi antara satu sama

Page 24: Bab 2 Literature Review

24

lain dan meningkatkan keyakinan diri di samping dapat mengurangkan sikap

mementingkan diri sendiri. Oleh itu, adanya ahli kumpulan yang suka menolong dengan

kebolehan dan kelebihan yang ada pada diri dapat membantu rakan-rakan dalam

kumpulan yang masih lemah. Kejayaan pembelajaran kooperatif adalah bergantung

kepada interaksi sosial antara pelajar dalam kumpulan. Hal ini kerana inetraksi sosial

yang berkesan akan mewujudkan struktur afektif yang bercirikan hubungan sosial,

kesepaduan sosial dan tanggungjawab terhadap komuniti. Oleh yang demikian,

pembelajaran kooperatif dapat meningkatkan pencapaian dan produktiviti setiap ahli

kumpulan.

Effandi Zakaria (2009) telah mengkaji kajian yang melibatkan pembelajaran

kooperatif dalam mata pelajaran Matematik. Kajian ini telah dibuat untuk melihat

perlaksanaan, masalah dan kelebihan pembelajaran kooperatif dalam mata pelajaran

Matematik. Kajian ini telah menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif sangat

membantu pelajar dalam membuat tugasan-tugasan dan lembaran kerja Matematik.

Pembelajaran kooperatif yang dilaksanakan untuk matapelajaran ini memberi kesan

yang baik terhadap pencapaian akademik pelajar kerana pelajar bekerjsama dan

berbincang untuk mendapatkan jawapan yang betul. Walaupun ada halangan dan

cabaran untuk menggunakan pembelajaran kooperatif ini, guru tidak seharusnya

menjadikannya sebagai alasan untuk tidak menggunakannya. Kesabaran diperlukan

dalam menghadapi kerenah pelajar dalam mengendalikan pembelajaran kooperatif.

Page 25: Bab 2 Literature Review

25

Menurut Meor Ibrahim dan Nurul Amira (2000) menyatakan bahawa

pembelajaran kooperatif memberi kelebihan kepada pelajar untuk berinteraksi antara

satu sama lain dan pelajar boleh belajar melalui pengalaman. Kaedah pembelajaran

kooperatif merupakan satu inovasi dalam strategi pembelajaran dan pengajaran yang

berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran Sains. Kaedah kooperatif ini yang

terdiri daripada pelajar yang pelbagai kebolehan memberikan peluang-peluang kepada

pelajar memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan

berkemahiran sosial. Pembelajaran kooperatif yang berkesan adalah guru tidak

ketinggalan untuk mengajar pelajar tentang kemahiran sosial. Kemahiran-kemahiran

tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan,

komunikasi dan pengurusan konflik. Kajian ini juga dilihat dapat memperbaiki

kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk mencapai

objektif pembelajaran. Pembelajaran kooperatif ini secara tidak langsung akan

membentuk pelajar dengan kemahiran sosial seperti mengubah nada suara yang perlahan

kepada suara yang tinggi sedikit agar dapat didengari oleh ahli kumpulan

2.6 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, menunjukkan bahawa keberkesanan

pembelajaran kooperatif memberi impak yang besar terhadap pencapaian akademik

pelajar. Pembelajaran kooperatif sememangnya memberi kesan yang amat positif

terhadap pelajar bukan sahaja dari segi pencapaian aakademik. Malah, memberi kesan

Page 26: Bab 2 Literature Review

26

terhadap tingkah laku dan kemahiran sosial pelajar. Pengajaran guru dengan

menggunakan kaedah kooperatif telah membantu pelajar agar motivasi diri mereka

semakin meningkat untuk belajar. Keberkesanan pembelajaran kooperatif dapat dicapai

apabila pelajar saling bergantungan atau berganding bahu untuk mencapai kejayaan

dalam kumpulan serta dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Keberkesanan pembelajaran kooperatif juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri

ssetiap pelajar seperti bekerjasama, bertoleransi, keberanian dan bertanggungjawab

terhadap diri sendiri dan orang lain. Kemahiran sosial pelajar dapat dibentuk apabila

pelajar dapat berinteraksi dengan sopan kepada orang lain, menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan agar kebaikan dapat dinikmati bersama. Pembelajaran kooperatif

sememangnya membawa perubahan terhadap pencapaian akademik pelajar.

Pembelajaran ini dapat mengatasi masalah disiplin pelajar kerana aktiviti yang

dijalankan dalam bentuk berkumpulan telah melatih pelajar supaya bekerjasama, saling

bertolak ansur, menerima pendapat daripada orang lain. Hal ini telah membawa

perubahan terhadap perkembangan dimensi pelajar-pelajar dalam perubahan minda dan

fizikal.

Kesimpulannya, kajian-kajian lepas juga memberikan sumbangan yang cukup jelas dan

sangat penting terhadap pembelajaran kooperatif. Kajian-kajian lepas juga telah

memberi sumbangan terhadap penulisan dalam usaha untuk mengetahui kaitan antara

pembelajaran kooperatif dengan keberkesanannya terhadap pencapaian akademik

Page 27: Bab 2 Literature Review

27

pelajar. Namun, dapatan daripada sorotan tinjauan lepas ini dapat dijelaskan bahawa

pemupukan nilai-nilai murni, kemahiran sosial, pengetahuan tentang kaedah-kaedah

pembelajaran telah membawa kepada keberkesanan pembelajaran kooperatif. Ramai

pengkaji telah mengakaji bahawa kaedah pembelajaran kooperatif ini telah memberi

kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.