Bab 2 - 2 Sejarah Radio Malaysia

2
2.1.2 Sejarah Radio Malaysia Menurut sumber artikel dari laman web Wikipedia Ensiklopedia Bebas (http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia) ada menceritakan bagaimana permulaannya sejarah penggunaan radio di Malaya ketika itu. Bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur. Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran 3 kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia. Berikutan serangan Jepun, British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942. Jepun turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur , Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan. Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluskan dan diperkembangkan. Pada awal tahun 1950-an aktiviti penyiaran di Malaya telah beroperasi di studio sementara bertempat di Jalan Young, Kuala Lumpur dan pada tahun 1956, ia telah dipindahkan ke Federal House, Kuala Lumpur. Kemudian, aktiviti penyiaran telah diperluaskan merangkumi Sabah dan Sarawak. Rancangan komersial pertama telah ke udara di radio pada tahun 1960. Trademark yang selalu digunakan oleh juruhebah pada waktu itu bagi menarik perhatian pendengar ialah INILAH RADIO MALAYSIA selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada 28 Disember 1963, aktiviti penyiaran di negara ini telah diluaskan kepada televisyen yang telah mula

Transcript of Bab 2 - 2 Sejarah Radio Malaysia

Page 1: Bab 2 - 2 Sejarah Radio Malaysia

2.1.2 Sejarah Radio Malaysia

Menurut sumber artikel dari laman web Wikipedia Ensiklopedia Bebas (http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia) ada menceritakan bagaimana permulaannya sejarah penggunaan radio di Malaya ketika itu. Bermula pada tahun 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, A.L. Birch membawa masuk set radio yang pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor dan memulakan penyiaran melalui gelombang 300 meter. Ini diikuti dengan penubuhan persatuan yang sama di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura memulakan siaran gelombang pendek dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan Rabu. Usaha yang sama turut dilakukan oleh Persatuan Wireless Tanah Melayu dengan memulakan siaran 3 kali seminggu dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Pada tahun 1934 pula, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter. Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Sir Shenton Thomas yang membuka Caldecott, Singapura pada 11 Mac 1937. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan serangan Jepun, British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942. Jepun turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur , Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan. Pada 1 April 1946, Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran. Tercetusnya darurat oleh komunis pada tahun 1948, membawa kepada perlunya perkhidmatan radio diperluskan dan diperkembangkan.

Pada awal tahun 1950-an aktiviti penyiaran di Malaya telah beroperasi di studio sementara bertempat di Jalan Young, Kuala Lumpur dan pada tahun 1956, ia telah dipindahkan ke Federal House, Kuala Lumpur. Kemudian, aktiviti penyiaran telah diperluaskan merangkumi Sabah dan Sarawak. Rancangan komersial pertama telah ke udara di radio pada tahun 1960. Trademark yang selalu digunakan oleh juruhebah pada waktu itu bagi menarik perhatian pendengar ialah “INILAH RADIO MALAYSIA” selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Pada 28 Disember 1963, aktiviti penyiaran di negara ini telah diluaskan kepada televisyen yang telah

Page 2: Bab 2 - 2 Sejarah Radio Malaysia

mula beroperasi di Kompleks Angkasapuri pada 6 Oktober 1969 serta diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia.

Jika dilihat kepada keadaan hari ini, rakyat Malaysia boleh mendengar siaran enam stesen radio 24 jam sehari dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin. Manakala penduduk di Sabah dan Sarawak boleh memilih untuk mendengar siaran radio dalam bahasa ibunda mereka seperti Kadazan, Murut, Dusun, Bajau, Kenyah, Melayu, Inggeris, Mandarin dan sabagainya di Blue Channel RTM Kota Kinabalu.

Media Elektronik memainkan peranan yang penting dalam proses penyampaian maklumat kerana ia lebih cepat, murah dan tepat, terus kepada pengguna atau daripada pengguna itu sendiri. Atas faktor itu, RTM mengambil jalan alternatif lain untuk menyampaikan informasi, maklumat dan hiburan bertujuan menarik golongan remaja. Pada 20 Jun 1975, Radio Muzik telah ditubuhkan. Ia mengandungi 80 peratus program dalam negara dan 20 peratus program luar negara dalam pelbagai jenis rancangannya.

Seterusnya, pada 1 April 1996, RTM telah meraikan perayaan penubuhannya yang ke-50 tahun dalam bidang penyiaran. Ini adalah kejayaan yang besar dalam penubuhan RTM, di tambah pada tahun 1998 RTM menjadi hos penyiar rasmi, Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) sempena Sukan Komanwel di Kuala Lumpur. Ia menjadi satu titik kebanggaan dan amat bersejarah bagi RTM.

Kini, apa yang amat dibanggakan oleh RTM bukan hanya peningkatan jumlah pendengar, penonton dan pertambahan keuntungannya daripada iklan komersial pada setiap tahun, tetapi, RTM telah berjaya memperkenalkan laman webnya pada akhir tahun 1995. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 27 Disember 1995. Dengan wujudnya laman web tersebut, maka, siaran radio dan televisyen RTM boleh diikuti dan didengari dengan hanya melayari internet menerusi laman webnya di mana-mana tempat. Suatu contoh yang dapat dilihat ialah melalui stesen Terengganu fm yang memberi banyak informasi, faedah, penjelasan tentang masalah keagamaan dan juga hiburan. Tidak syak lagi bahawa stesen RTM dapat memberi kesan yang mendalam terhadap orang ramai.