Bab 1.doc
-
Upload
shah-final-bin-boon -
Category
Documents
-
view
228 -
download
0
Transcript of Bab 1.doc
KEBERKESANAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
MURID TAHUN 3
Oleh
SABARIAH BINTI ISMAIL
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan melihat sejauh mana permainan bahasa mampu membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dalam pelajaran bahasa. Kajian ini akan menjawab persoalan adakah permainan bahasa mampu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid dalam pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 20 orang murid dari sebuah sekolah di daerah Sungai Petani. Instrumen kajian yang digunakan ialah soalan kaji selidik dan ujian iaitu , ujian pra dan ujian pasca. Data kajian ini akan dianalisis dengan menggunakan statistik secara kiraan bilangan dan peratus. Kajian ini mendapati bahawa permainan bahasa dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid dan memotivasikan murid-murid bagi memberangsangkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian disarankan permainan bahasa seperti kad cantuman suku kata, kad suai padan suku kata, domino suka kata dan roda suku kata diaplikasikan dalam bilik darjah.
1
BAB 1
1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui
bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan
kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan
informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya.
( Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di
sekolah. Oleh itu , guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi
memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-
baiknya.
Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan
kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan juga sekolah
menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran
bahasa dalam sukatan pelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran
yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis . Selain itu terdapat pelbagai kemahiran yang diajar dalam mata
2
pelajaran Bahasa Melayu seperti nahu, sendi kata , sendi nama, menulis karangan dan
sebagainya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu
terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru. Antara masalah yang dikenal pasti
ialah masalah murid tidak dapat mengenal abjad, membaca suku kata , membaca
petikan , menulis karangan dan sebagainya.
Kementerian Pelajaran Malaysia begitu mengambil berat terhadap murid-murid
sekolah rendah yang tidak tahu membaca kerana mereka ini bakal menjadi modal insan
yang akan membangunkan negara. Pelbagai perancangan telah diatur antaranya ialah
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M ) dan PROTIM.
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk
membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam
Bahasa Melayu pada tahun satu. Hal ini kerana kegagalan membaca secara langsung
akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum.
Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan mereka ini akan
menjadi sumber kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial.
Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian
tindakan akan diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus
ketinggalan pada masa akan datang. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk melihat
3
keberkesanan permainan bahasa dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-
murid.
Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik
ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada
peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah
satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar.
Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-
mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat
memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah
dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang
dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara
langsung atau tidak langsung.
1.1 Latarbelakang Kajian
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( 2006 ) membaca adalah satu
keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang
betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik.
Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan bahawa tahap
membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya, agak
4
membimbangkan. Sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2
buah buku setahun. Pada tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun hanya 52
% boleh membaca. Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 – 9
tahun sebanyak 96 % boleh membaca . Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10
tahun ke atas, sebanyak 93 % boleh membaca .
Pelbagai kaedah dan strategi telah disarankan tetapi tahap yang tidak menguasai
kemahiran membaca masih tinggi. Dalam kajian Zainora Mohd @ Man dari Sekolah
Kebangsaan Merting iaitu Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui
Latih Tubi Menggunakan Suku Kata masih didapati murid tidak mengenal abjad, menulis
dan membaca. Selain itu terdapat 5 % murid yang markah peperiksaan bagi mata
pelajaran bahasa Melayu di bawah 20 %. Masalah ini menyebabkan mereka lambat
memahami kehendak soalan dan menjawab tanpa membaca soalan. Permasalahan inilah
yang sering mengganggu tumpuan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajarannya. ( http://eprintd.utm.my/7904/I/EDUPRES ( F2)8 )
5
1.2 Pernyataan Masalah
Sebagai guru yang berpengalaman selama 22 tahun dalam mengajar pelajaran bahasa
Melayu pengkaji menghadapi masalah mengajar murid membaca. Murid-murid ini
walaupun sudah di Tahun 3 tetapi masih belum menguasai kemahiran membaca dengan
lancar. Kesan daripada masalah ini, mereka akan ketinggalan dalam semua mata
pelajaran kerana mereka tidak boleh membaca. Kajian ini dijalankan apabila pengkaji
mendapati peratusan yang tidak boleh membaca masih tinggi di Tahap 2. Analisis Ujian
Pengesanan 1 Tahun 2010 Sekolah Kebangsaan Berapit menunjukkan bahawa murid
yang mendapat gred D dan E dalam matapelajaran bahasa Melayu di tahap yang
membimbangkan.(Rujuk jadual 1.1 ) Murid yang mengikuti kelas Pemulihan Khas
seramai 18 orang dan kesemua murid ini adalah dalam Tahun 2 dan Tahun 3. Perkara
inilah yang menyebabkan penyelidik ingin mengkaji sama ada permainan bahasa dapat
membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan seterusnya meningkatkan
peratusan pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu.
6
Jadual 1.1 : Analisis Ujian Pengesanan 1 Tahun 2010
Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Tahun Jum Gred Gred Gred Gred Gred Tidak Jum % Jum %
Muri
d A B C D E Hadir Lulus Lulus Gagal Gagal
1 128 71 26 17 14 0 0 114 89.06 14 10.94
2 116 57 12 20 19 8 0 89 76.72 27 18.97
3 130 45 15 12 40 18 0 72 55.38 58 44.62
4 117 11 21 44 31 8 2 76 64.96 41 35.04
5 128 11 46 50 20 0 1 107 83.59 21 16.41
6 109 29 30 31 10 9 0 90 82.57 19 17.43
Jadual 1.2 : Bilangan Murid Yang Mengikuti Kelas Pemulihan Khas, Tahun 2010
Tahun Bilangan Murid Murid Yang MengikutiKelas Pemulihan Khas
2 116 8
3 130 10
Jumlah 246 18
7
Dapatan-dapatan dari analisis itulah yang menyebabkan pengkaji mencari satu
kaedah untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca dalam bahasa
Melayu supaya peratusan gred D dan gred E akan berkurangan. Kaedah yang pengkaji
ingin lakukan ialah membantu murid-murid membaca melalui permainan bahasa iaitu
Domino Suku Kata.
Menurut Kamarudin dalam David Vardel dari Institut Bahasa Universiti
Chulalongkong menyatakan bahawa permainan bukanlah semata-mata merupakan
aktiviti tambahan untuk bergembira, tetapi boleh digolongkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan
kemahiran bahasa yang telah disampaikan di dalam bilik darjah.
Pada pengalaman pengkaji selaku guru bahasa Melayu yang telah mengajar
pelajaran bahasa Melayu selama 22 tahun , senario yang melanda murid sekolah
rendah yang tidak boleh menguasai kemahiran membaca amat membimbangkan .
Tahap kemampuan membaca amat rendah dalam kalangan murid Tahun 3 walaupun
kemahiran itu telah diajar selama 2 tahun. Penguasaan kosa kata V + KVK dan
V+KVKK amat lemah . Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba membuat satu
kajian tentang tahap kecekapan membaca khususnya murid tahun 3 di sekolah
rendah dan cuba untuk menyelongkar apakah punca sebenarnya masalah ini boleh
berlaku.
8
1.3 Tujuan Kajian
Tujuan kajian adalah untuk memastikan keberkesanan teknik permainan bahasa iaitu
Domino Suku Kata boleh meningkatkan kemahiran membaca bagi perkataan yang
mempunyai suku kata V+KVK dan V+KVKK dalam kalangan murid Tahun 3
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini diharap akan dapat membuktikan keberkesanan
permainan bahasa iaitu domino suku kata dalam meningkatkan tahap penguasaan
membaca dalam mata pelajaran bahasa Melayu yang diajar.
Berikut merupakan objektif atau matlamat kajian yang dijalankan iaitu :~
1.4.1 Untuk menilai keberkesanan teknik permainan bahasa bagi mengatasi
masalah kemahiran membaca.
1.4.2 Menilai keberkesanan penggunaan kad cantuman suku kata sebagai bahan
sumber dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata V+KVK dan
V +KVKK .
9
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah teknik permainan bahasa dapat meningkatkan keberkesanan
pembelajaran kemahiran membaca?
1.5.2 Adakah penggunaan kad cantuman suku kata dapat meningkatkan kemahiran
membaca suku kata V+KVK dan V+KVKK?
1.6 Hipotesis Penyelidikan
Hipotesis Nol : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar yang
didedahkan dengan menggunakan teknik permainan bahasa dengan pelajar yang
menggunakan kaedah biasa dalam bilik darjah.
1.7 Kepentingan Penyelidikan
Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa
Melayu di sekolah rendah. Semoga kajian ini akan dapat mempertingkatkan tahap
kecekapan membaca dan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan
memberi dorongan dan motivasi kepada murid-murid yang lain. Bagi guru-guru pula
diharap dapatan ini memberi satu alternatif dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
10
Dapatan ini juga akan menjadi panduan kepada guru-guru supaya lebih
berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Dapatan kajian ini akan menjadi koleksi sekolah untuk sumber
rujukan guru-guru serta sekolah lain yang memerlukannya.
Selain itu, penyelidikan ini diharapkan dapat menyumbang kepada kekurangan
masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak seklah rendah. Penyelidikan ini juga
boleh menyediakan kepentingan secara menyeluruh peranan permainan bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu dalam konteks
pembelajaran bilik darjah . Hasil daripada kajian ini juga boleh membantu
Kementerian Pelajaran Malaysia mempertingkatkan kualiti pendidikan khususnya bagi
golongan murid bermasalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Adalah amat
diharapkan, hasil penyelidikan ini dapat menyumbangkan perkara-perkara berikut :
1.7.1 Guru dan Pelajar
Memberi kesedaran kepada guru dan pelajar bahawa dengan menggunakan pendekatan
permainan bahasa dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru serta
memberi rangsangan, motivasi dan minat untuk menguasai kemahiran membaca dalam
kelas mata pelajaran Bahasa Melayu .
11
1.7.2 Pihak sekolah
Memberi kesedaran kepada pihak sekolah dan pentadbir tentang masalah yang dihadapi
oleh guru dalam menyediakan medium yang sesuai dalam menyampaikan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Pihak pentadbiran seharusnya memikul
tanggungjawab dalam menyediakan persekitaran dan prasarana yang kondusif dalam
menjayakan agenda kerajaan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam kelas mata
pelajaran bahasa Melayu di seluruh sekolah di Malaysia.
1.7.3 Kepada Jabatan Pendidikan
Menyedarkan pihak jabatan tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan
dalaman untuk guru yang mengendalikan penggunaan alat bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mata pelajaran bahasa Melayu.
1.8 Rasional Kajian
Kaedah pengajaran dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu memerlukan nafas baru
untuk menjaminkan keberkesanannya. Oleh itu, tiba masanya guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu mengambil alternatif yang sewajarnya dengan serius
tentang penggunaan teknik permainan bahasa bagi meningkatkan kemahiran membaca.
Permainan bahasa ini adalah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dan sinonim
dengan minat dan citarasa mereka. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang di
12
antara lain bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelak,
rohani, emosi dan jasmani, penyertaan aktif para pelajar dalam segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan melatih mereka berfikir, dan mampu menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan bijak.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengemukakan rasional penggunaan
permainan bahasa seperti berikut :~
”.........Dengan menggunakan permainan bahasa, perkembangan intelek pelajar dapat dipupuk melalui bahan yang mengandungi pelbagai ransangan dan masalah yang dikemukan kepada pelajar. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Semasa berinteraksi pelajar-pelajar dapat menggunakan bahasa dengan lebih yakin seperti dalam perbincangan, bersoal jawab, bertukar fikiran bagi mencari jawapan menyelesaikan masalah. Melalui aktiviti ini, sikap positif seperti sabar, tekun, kerjasama berdisiplin dan sebaginya dapat dipupuk secara tidak langsung dengan cara bermain.......” (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988 :76)
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan alat bantu mengajar sebagai satu alternatif
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan memudahkan mereka
fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
13
1.9 Definisi / Istilah Operasi
Teknik
1.9.1 Menurut Kamus Dewan edisi ketiga ( 1994), teknik adalah kaedah
mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan
sebagainya.
1.9.2 Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu
muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang
mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu.
1.9.3 Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
1.9.4 Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
( http:// herrummy05.blogspot.com )
14
1.10 Batasan Kajian
Kajian ini bersifat tinjauan dan terhad kepada sebuah sekolah sahaja. Kesimpulan
yang diperolehi bukanlah membawa maksud untuk merangkumi seluruh sekolah di
Malaysia dan keputusan yang diperolehi hanya untuk sekolah itu sahaja . Kajian ini
adalah amat terbatas kepada penggunaan alat bantu mengajar menggunakan kaedah
permainan bahasa iaitu kad cantuman sukukata V + KVK dan V + KVKK saja
dalam pembelajaran kelas mata pelajaran bahasa Melayu sahaja.
1.11 Rumusan
Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang dan
pernyataan masalah. Selain itu objektif-objektif dan persoalan kajian turut
dinyatakan. Rasional kajian dinyatakan dengan jelas selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin mewujudkan insan yang holistik. Kepentingan dan
batasan kajian juga turut dijelaskan secara ringkas.
15
.
16