bab 1 pp (1)

21
1 BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Syarikat multinasional adalah syarikat besar yang beroperasi dengan cawangannya di  beberapa buah negara. Syarikat multinasional mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan  produk di beberapa buah negara. Syarikat multinasional ini adalah bertujuan untuk  meningkatkan syer dan saiz pasaran, untuk memperoleh teknologi baru, kekurangan sumber bahan mentah, mendapatkan kepelbagaian dari segi produk, mengelakkan tarif dan kuota dan meningkatkan keuntungan. Di dalam menjalankan syarikat ini, terdapat juga beberapa cabaran dan risiko yang  perlu diambil oleh pemilik syarikat untuk menubuhkan dan menguruskan syarikat ini. Dalam kajian ini, pengkaji memilih Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad, yang merupakan syarikat multinasional . Kajian ini dijalankan berdasarkan aspek-aspek aktiviti  perniagaan yang dijalankan, konsep-konsep perniagaan antarabangsa dan strategi pemasaran yang diamalkan. 1.1 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu:  Mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad.  Mengenalpasti konsep-konsep peniagaan antarabangsa yang diaplikasi oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad.  Mengkaji pendekatan strategik yang dijalankan oleh syarikat dan mencadangkan strategi  pemasaran syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad.

Transcript of bab 1 pp (1)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN Syarikat multinasional adalah syarikat besar yang beroperasi dengan cawangannya di beberapa buah negara. Syarikat multinasional mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan produk di beberapa buah negara. Syarikat multinasional ini adalah bertujuan untuk meningkatkan syer dan saiz pasaran, untuk memperoleh teknologi baru, kekurangan sumber bahan mentah, mendapatkan kepelbagaian dari segi produk, mengelakkan tarif dan kuota dan meningkatkan keuntungan. Di dalam menjalankan syarikat ini, terdapat juga beberapa cabaran dan risiko yang perlu diambil oleh pemilik syarikat untuk menubuhkan dan menguruskan syarikat ini. Dalam kajian ini, pengkaji memilih Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad, yang merupakan syarikat multinasional. Kajian ini dijalankan berdasarkan aspek-aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan, konsep-konsep perniagaan antarabangsa dan strategi pemasaran yang diamalkan.1.1 OBJEKTIF KAJIANTerdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu: Mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad. Mengenalpasti konsep-konsep peniagaan antarabangsa yang diaplikasi oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad. Mengkaji pendekatan strategik yang dijalankan oleh syarikat dan mencadangkan strategi pemasaran syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad.

BAB 2

LATAR BELAKANG / LOKASI KAJIAN

2.0 AKTIVITI PERNIAGAANAktiviti perniagaan terdiri dari dua kategori utama, iaitu pengeluaran dan perkhidmatan.Aktiviti pengeluaran meliputi aktiviti: Ekstraktif iaitu aktiviti pengeluaran bahan mentah daripada sumber semula jadi di daratan dan lautan. Contohnya aktiviti menanam padi, pembalakan dan perlombongan. Barangan pengguna iaitu barang yang dibeli untuk kegunaan akhir atau kegunaan sendiri. Contohnya beras dibeli untuk dimakan. Barangan industri iaitu bahan mentah diproses untuk tambah nilai menjadi produk separuh siap atau produk siap. Contohnya, padi diproses menjadi beras. Barangan pembuatan iaitu barang yang di proses dengan menggunakan mesin dan dikeluarkan secara besar-besaran untuk tujuan jualan. Contohnya,penghasilan kraf tangan, keropok, kain batik dan makanan segera. Pemasangan iaitu aktiviti mencantum atau memasang komponen sesuatu barang untuk menghasilkan barang siap. Misalnya, pemasangan komponen komputer.Aktiviti perniagaan perkhidmatan ialah perniagaan yang menyediakan produk yang tidak ketara (intangible). Terdapat tiga kategori iaitu: Perkhidmatan pengeluar - seperti perkhidmatang pengangkutan. Perkhidmatan awam - seperti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Perkhidmatan lain - seperti perkhidmatan borong, perubatan dan runcit.(Sumber: )

2.1 KONSEP KONSEP PERNIAGAAN ANTARABANGASATerdapat tujuh konsep penting syarikat multinasional yang juga menjalankan perniagaan antarabangsa. Antaranya ialah, Dunia Tanpa Sempadan (Borderless nation), Pasaran Menimbul (Emerging market), Selatan-Selatan (South-South), Globalisasi, Lokalisasi, Nasionalisasi dan Penswastaan.Dunia Tanpa Sempadan (Borderless nation) konsep ini menekankan kepada perdagangan bebas yang tidak dibatasi oleh sempadan Negara. Urusniaga import dan eksport berlaku tanpa halangan dari segi tarif dan bukan tarif. Contohnya, Negara-negara Eropah telah menjalankan konsep ini dengan menggunakan mata wang euro dalam urusniaga.Pasaran Menimbul (Emerging market) merupakan kawasan atau negara-negara yang baru dikenal pasti sebagai negara mempunyai ekonomi yang mampu dan boleh menyediakan pasaran bagi eksport pengeluaran dunia dan antarabangasa. Ini merupakan usaha yang diambil oleh sesebuah Negara untuk mengubah dan meningkat taraf ekonomi agar standing dengan Negara-negara lain melalui pembukaaan pesarannya kepada pelaburan antarabangsa. Boleh dilihat daripada pelbagai perspektif seperti kelebihan bersaing dari segi bahan mentah, penduduk, kemudahan pelaburan dan kemudahan saingnya dalam pasaran global. Contohnya pasaran menimbul ialah India dan China.Selatan-Selatan (South-South) merupakan pakatan Negara-negara membangun unutk menjaga kepentingan ekonomi, teknikal dan social. Negara- Negara. Contohnya Negara Selatan-Selatan ialah Negara ASEAN dan Amerika Latin.Globalisasi merupakan usahan meluas penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dengan mengintegrasi pengeluaran firma. Contohnya pembukaan perniagaan di seluruh duniaLokalisasi usaha mengubah subsudiari asing ke dalam organisasi tempatan supaya bersesuaian dengan ciri-ciri tempatan di mana ia beroperasi. Ini bertujuan mengubah kualiti produk tempatan dan menyokong ativiti ekonomi tempatan dalam jangka panjang.Nasionalisasi iaitu tindakan kerajaan memindahkan pemilikan asset atau harta milikan swasta dalam kerajaannya iaitu menghakmiliknegarakan. Pemilikan dilakukan dengan pembayaran pampasan kepada firma berkenaan.Penswastaan merupakan proses pemindahan hak milik dari sector awam kepada sector swasta untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan. Ini bertujuan mngurangkan beban kewangan dan kos pentadbiran kerajaan dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan tertentu agar system pengurusan sektor swasta adalah lebih cekap.(Sumber: buku)

2.2 PERANCANGAN STRATEGIKPerancangan strategik ialah satu rancangan umum yang komprehensif atau menyeluruh yang menerangkan rancangan menyeluruh unutk mencapai misi dan matlamat. Terdapat dua analisis yang digunakan bagi mengenalpasti perniagaan yang berjaya iaitu BCG Matriks dan Analisis SWOT.BCG Matriks tebahagi kepada empat kuandran dan setiap kuandran menunjukkan jenis unit pernigaan strategikyang berlainan. Unit pernigaan boleh terdiri dari bahagian syarikat, barisan induk dalam bahagian yang sama dalam, produk tunggal atau jenama.Rajah 1: Analisis BCG Matriks

(Sumber: Buku Teks Pengajian Perniagaan Penggal) BintangIaitu unit pernigaan strategik yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran dan sher relatif yang tinggi, memerlukan pelaburan yang besar untuk membiayai pertumbuhan yang pesat dan mengatsi pesaingnya yang lain. Lembu KontanUnit perniagaan strategic yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran relatih yang rendah tetapi syer pasaran relative yang tinggi. Lembu kontan menghasilkan tunai yang banyak untuk organisasi supaya dapat menyokong unit perniagaan strategic lain. Sekiranya hilang syer pasaran relative dengan banyak, organisasi perlu melaburkan wang yang lebih banyak untuk mengekalkan syernya. Tanda TanyaUnit perniagaan strategic yang mempunyai kadar pertumbuhan pasaran yang tinggi tetapi syer pasaran relative yang rendah. Tanda Tanya memerlukan tunai yang banyak untuk mengekalkan syer dalam pasaran. AnjingUnit perniagaan strategic yang mempunyai kadar pertumbuhan pasara dan syer pasaran relative yang rendah. Kebiasaannya menjana keuntungan rendah atau mengalami kerugian. Organisasi harus mempertimbangakan sama ada ia perlu mengekalkan unit perniagaan tersebut dengan alasan yang baik.

Analisis SWOT pula merupakan satu kaedah perancangan strategikyang digunakan untuk menilai kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities) dan ancaman (threats) yang dihadapi oleh sesebuah syarikat. Tujuan analisis ini ialah untuk mengambi kesempatan daripada kekuatan syarikat dan meminimumkan kelemahannya. Analisis ini juga mementingkan peluang yang ada pada persekitaran dan cuba mengelakkan segala ancaman yang akan dialami oleh syarikat.Rajah 2: Analisis SWOT

(Sumber: Buku Teks Pengajian Perniagaan Penggal)

KekuatanPenilaian terhadap kekuatan ditumpukan dahulu. Kekuatan syarikat perlu diutamakan demi meluaskan syer pasaran. KelemahanMerupakan faktor dalaman yang boleh menjejaskan perkembangan syarikat. Kuadran kanan di sebelah atas menggambarkan kelemahan yang harus diatasi oleh syarikat supaya prestasi perniagaan tidak terjejas. PeluangIni adalah untuk mengenalpasti peluang yang wujud di persekitarannya dan perlu dititikberatkan oleh syarikat demi mengembangkan perniagaannya. AncamanPenilaian terakhir untuk mengesan perlbagai ancaman yang akan dialami oleh syarikat dan ini patut dielakkan supaya kedudukan syarikat terjamin dalam pasaran.

2.3 STRATEGI PEMASARANTerdapat empat pendekatan dalam strategi pemasaran iaitu: Penembusan pasaran iaitu strategi pertumbuhan syarikat melalui peningkatan jualan kpada produk sedia ada dalam segmen pasaran lama tanpa melakukan sebarang perubahan terhadap produk tersebut. Pembangunan pemasaran ialah dimana satu strategi pertumbuhan syarikat dengan mencari dan membangunkan segmen pasaran baharu untuk produk sedia ada. Pembangunan produk iaitu satu strategi penumbuhan syarikat dengan memperkenalkan produk baharu dan membuat pengubahsuaian terhadap produk sedia ada. Pempelbagaian iaitu satu strategi pertumbuhan syarikat dengan terlibat dalam sesuatu perniagaan baru atau memasuki sesuatu pasaran yang berlainan dengan perniagaan atau pasaran sedia ada.

2.4 LATAR BELAKANGSyarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Friesland Campina Zuivelcoperatie dengan 19,244 ahli Peladang tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium. Ia merupakan salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia. Penumbuhan syarikat koperasi ini ialah pada akhir Disember 2008. Friesland Campina terdiri daripada gabungan dua buah syarikat tenusu Belanda iaitu, syarikat makanan Friesland dan Campina. Ia bermula pada tahun 1870 apabila petani menyertai Koperasi tenusu kilang-kilang tempatan di seluruh Belanda. Mereka melakukan ini untuk melindungi jualan susu mereka (tanpa penyejukbekuan) dan mendapat kuasa yang lebih dalam pasaran. Kemudian, kilang-kilang tenusu tempatan bergabung dengan kilang tenusu serantau. Pada tahun 1997 empat utama koperasi di utara dan Timur Belanda bergabung untuk mencipta Friesland Coberco, yang kemudiannya menjadi Friesland makanan. Pada tahun 2001, Campina bergabung dengan yang Milchwerke Kln/Wuppertal Koperasi dari Cologne, Jerman dan Verbroedering De Koperasi dari rantau Antwerp, Belgium. Ini mencipta Campina Antarabangsa Koperasi. Pada Disember 2007, Friesland makanan dan Campina mengumumkan niat mereka untuk bergabung. Satu tahun kemudian, pada bulan Disember 2008, kami menerima kelulusan daripada pihak berkuasa pertandingan Eropah menjadi FrieslandCampina.Pada 1954, sebuah syarikat perdagangan Friesland (Malaya) Pte Ltd yang berpusat di Singapura telah ditubuhkan untuk memasarkan susu pekat manis yang diimport dari Belanda di Tanah Melayu dan Singapura. Beberapa jenama diimport termasuk Dutch Baby. Pada tahun 1963, Pacific Milk Industries (Malaya) Sdn Bhd telah diperbadankan di Malaysia dengan tugasannya sebagai kilang susu pekat manis di Petaling Jaya. Tapak kilang ini ialah kemudahan pengilang luar negara yang pertama bagi syarikat induknya. Pada 1965, kilang telah mula operasi dan menghasilkan susu pekat manis. Pacific Milk Industries (Malaya) telah ditukar menjadi syarikat awam dan merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan Singapura. Tahun 1975, nama syarikat ditukar menjadi Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad untuk mengelak kekeliruan dalam perdagangan dan pasaran mengenai nama syarikat dan produk utamanya: Susu Pekat Manis Dutch Baby. Pada tahun 1979, minuman buah-buahan diperkenalkan bernama JOY. Pada tahun 1983, pengilangan Susu Steril dalam botol plastik diperkenalkan dan pada tahun 1984, jenama telah ditukar menjadi Dutch Lady untuk tujuan peletakan produk. Pada tahun 1988, Yogurt Dutch Lady dan Susu Untuk Membesar diperkenalkan. Pada tahun 2000, syarikat telah ditukar nama menjadi Dutch Lady Milk Industries Berhad sejajar dengan jenama utamanya Dutch Lady, dengan iltizam baru Goodness For Life (Kebaikan Untuk Kehidupan)Peta 1: Frieslandcampina, Stationsplein 4, 3818 LE Amersfoort, Netherlands

(Sumber: Google Maps) Gambar 1: Frieslandcampina Pte Ltd, Netherlands(Sumber: http://www.nltimes.nl/2013/11/05/frieslandcampina-slashes-246-jobs-netherlands/)Peta 2: Dutch Lady Milk Industries Bhd, jalan 13/6 46200, Petaling Jaya, Selangor

(Sumber: Google Maps)Gambar 2: Dutch Lady Milk Industries Berhad Malaysia

(Sumber: Google Images)

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.0 Kaedah KajianPenyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977, muka surat 4)

3.1 Jenis dataSelain itu juga terdapat dua jenis data iaitu data premier dan data sekunder yang boleh digunakan dalam menjalankan kajian ini. Walaubagaimanapun pengkaji menggunakan data sekunder dalam menjalankan kajian ini.3.1.1 Data premierData premier ialah contohnya ialah kaedah keperpustakaan iaitu dimana pengkaji munggunakan bahan bacaan bagi membuat rujukan untuk memperoleh maklumat dan data. contohnya seperti buku rujukan, artikel dan akhbar.3.1.2 Data sekunderSumber sekunder ialah. Pengkaji kebanyakkannya menggunakan kaedah ini dalam menghasilkan kajian ini. Antara contoh sumber sekunder ialah melalui internet iaitu dimana semua data yang diperlukan seperti latar belakang, konsep perniagaan dan maklumat lain yang berkaitan dengan syarikat Friesland Campina dimuat turun melalui laman web Friesland Campina sendiri dan laman web yang lain.(Kaitkan dengan kuantitatif dengan kualitatif.)

BAB 4DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN4.0 Dapatan kajian dan perbincanganDalam bahagian ini menunjukkan dapatan kajian dan perbincangan bagi memenuhi objektif kajian iaitu: Mengenalpasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad. Mengenalpasti konsep-konsep peniagaan antarabangsa yang diaplikasi oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad. Mengkaji pendekatan strategik yang dijalankan oleh syarikat dan mencadangkan strategi pemasaran syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad.4.1 Aktiviti perniagaanAktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah barangan pengguna (konsumer). Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah seperti rumusan bayi, susu tepung, susu pekat manis, susu untuk membesar, susu UHT, susu kultur, yogurt dan minuman jus-jus buah-buahan yang dilabelkan dibawah jenama Dutch Lady, Friscolac, Frisco, Completa, Omega dan Joy.Gambar 3: Jenis-jenis produk Dutch Lady Milk Industries Berhad

4.2 Perancangan strategik organisasi4.2.1 VisiVisi syarikat ini ialah untuk menjadi syarikat tenusu terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna, pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja.To further strengthen our position as the leading dairy company, driving growth.(Sumber: www.dutchlady.com.my)4.2.2 MisiMisi bagi syarikat ini ialah membantu Malaysia melangkah ke hadapan dalam hidup dengan pemakanan tenusu yang dipercayai.Helping Malaysians move forward in life with trusted dairy nutrition.(Sumber: www.dutchlady.com.my)4.2.3 Objektif syarikatObjektif bagi syarikat ini pula ialah untuk membantu mengurangkan penggunaan gula. Selain itu ialah akan terus melabur dengan banyak dalam pembangunan pekerja dan penglibatan melalui pelbagai inisiatif untuk memastikan pertumbuhan kedua-dua perniagaan dan setiap kakitangan. Objektif seterusnya ialah berhasrat untuk menerajui dalam menyediakan kualiti pemakanan tenusu yang sihat, memastikan kemampanan, menyumbang semula kepada masyarakatThis we did by improving our products recipes in stages with less sugar.At Dutch Lady Malaysia, our biggest assets are its employees. We have and will continuously invest heavily in employee development and engagement via many initiatives to ensure the growth of both our business and each staff. Please see ourCareers section.On the CSR and community front, we aim to lead in providing quality healthy dairy nutrition, ensuring sustainability, giving back to the society and ultimately be the number one employer in dairy.(Sumber: www.dutchlady.com.my)4.3 Pendekatan strategikRajah 3: Analisis SWOT

KekuatanKekuatan syarikat ini ialah jenama produk yang telah lama dikenali oleh pengguna. Selain itu, produk yang dihasilkan mempunyai kualiti produk yang baik.Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) has a rich heritage of more than 130 years of dairy experiences, a legacy we enjoy from being part of one of the largest multinational dairy cooperatives in the world called Royal FrieslandCampinawe have successfully maintained distinctive certifications such as ISO 9001, ISO 14001, OHSAS 18001 (Occupational Health and Safety Assessment Series), and HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) system to cover all its production plants.(Sumber: www.dutchlady.com.my)KelemahanKelemahan bagi produk syarikat ini ialah jenis produk yang tidak banya.Dutch Lady Malaysia mengilang dang mengedar produk-produk susu yang terdiri daripada formula bayi, membesar susu tepung, UHT (suhu ultra tinggi), disterilkan dan susu pasterur serta yogurt.(Sumber: http://www.thestar.com.my/story)

Peluang Perkembangan usaha produk baharu iaitu Dutch Lady mahu membawa beberapa inovasi baru ke dalam susu cair untuk kanak-kanak. Oleh itu, memperkenalkan produk baru Dutch Lady Kid dan Dutch Lady School yang menyasarkan kaum ibu dan anak-anak.Dutch Lady wanted to bring some new innovation into liquid milk for children. Therefore, it introduced its new products Dutch Lady Kid and Dutch Lady School.(Sumber: www.dutchlady.com.my)AncamanAncaman bagi syarikat ini ialah persaingan harga dengan pesaing dalam pasaran. Harga bagi produk syarikat ini menaik sedikit ekoran kenaikan harga bahan mentahnya.Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady Malaysia) is set to increase the prices of its dairybased products by 5% this year following the increase in prices of raw mater ial s due to higher demand from China.(Sumber: http://themalaysianreserve.com)

4.4 Konsep-konsep perniagaan antarabangsaTerdapat tiga konsep perniagaan antarabangsa yang dijalankan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad iaitu:1) Selatan-SelatanSelatan-selatan merupakan pakatan negara-negara membangun untuk menjaga kepentingan ekonomi, teknikal dan social. Negara- Negara. Contohnya Negara Selatan-Selatan ialah Negara ASEAN dan Amerika Latin. Aktiviti pengeluaran danpemasaran bebas dijalankan ke mana-mana sahaja sama ada dalam lingkungan sempadannegara atau antarabangsa tanpa dikenakan sebarang sekatan lain. Sebagai contoh, DutchLady bebas memasarkan produknya ke negara Eropah, Asia, dan Afrika tanpa dikenakansebarang tarif atau sekatan lain kerana adanya blok-blok perdagangan yang telahdibentuk bagi merancakkan lagi aktiviti perdagangan antarabangsa. Kesepakatan antaranegara membolehkan urusan eksport dan import berlaku tanpa halangan.

2) Pasaran menimbulPasaran menimbul merupakan kawasan atau negara-negara yang baru dikenal pasti sebagai negara mempunyai ekonomi yang mampu dan boleh menyediakan pasaran bagi eksport pengeluaran dunia dan antarabangsa. Pasaran baharu muncul di luar negara kerana mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk terhadap produk. Syarikat FrieslandCampina membuka cawangan baru kerana mendapat permintaan tinggi terhadap produk tenusu. Antara negara yang terlibat ialah Malaysia, Vietnam dan Hong Kong.Syarikat FrieslandCampina telah menyasarkan Malaysia, Singapura dan Hong Kong kerana pasarannya adalah tinggi.FrieslandCampina has a strong presence in Malaysia. The country is the home base of our operating company FrieslandCampina Malaysia/Singapore/Hong Kong, which markets dairy products under a variety of brands, of which Dutch Lady is the best known.(Sumber: http://www.frieslandcampina.com)

3) GlobalisasiGlobalisasi merupakan usahan meluas penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dengan mengintegrasi pengeluaran firma. Contohnya pembukaan perniagaan di seluruh dunia. Produk Dutch Lady dipasarkan ke antarabangsa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah Negara yang mampu meluaskan pasarannya ke serata dunia. Pelbagai produk Dutch Lady telah dipasarkan di pasaran Malaysia, Vietnam, Hong Kong dan Singapura.4) LokalisasiLokalisasi ialah usaha mengubah subsudiari asing ke dalam organisasi tempatan supaya bersesuaian dengan ciri-ciri tempatan di mana ia beroperasi. Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad menggunakan kepakaran dan tenaga pekerja tempatan dalam melaksanakan pengeluaran. Syarikat ini juga menyokong dan membeli susu segar tempatan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.Besides supporting local industries by using substantial amount of local ingredients in its products, Dutch Lady Malaysia is also the largest purchaser of local fresh milk from the Veterinary Services Department. This is done via the Companys Dairy Development Programme, carried out in collaboration with the DVS with the assistance of the Netherlands Embassy.(Sumber: http://www.dutchlady.com.my)

4.5 Strategi pemasaranBahagian ini adalah untuk menerangkan strategi pemasaran oleh syarikat Ducth Lady Milk Industries Berhad.1) Penembusan pasaranIaitu dengan menggalakkan lagi promosi dengan mengadakan promosi dengan peraduan peraduan. Hi all ! Questions to Contest To Meet My Star NBA with Dutch Lady ! ' Has been submitted !Comment should include your answer to this question right now to win a chance to meet with NBA Star , Randy Foye !Click this link < http://bit.ly/dlnbastar > for more info on this contest ye !

(Sumber: https://www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk)

2) Pembangunan pasaranSyarikat Dutch Lady telah memperkenalkan produk baru iaitu Dutch Lady Kids dan Dutch Lady School. Ini adalah untuk untuk menarik pelanggan yang berbeza atau mewujudkan pasaran baru.

3) Pembangunan produkSyarikat Dutch Lady telah memperkenalkan produk baru iaitu Dutch Lady Kids dan Dutch Lady School. Ini adalah untuk untuk menarik pelanggan yang berbeza atau mewujudkan pasaran baru.(Sumber: http://themalaysianreserve.com)

4) PempelbagaianSyarikat telah memasuki Malaysia dan Singapura dengan menawarkan produk baharu iaitu susu tepung untuk membesar dan minuman seisi keluarga Kini ia hanya menawarkan susu tepung untuk membesar seperti DL123, DL456 DL6+, 123 dan DL, FRISCO Gold 3, Frisco Gold 4 serta DL ActivGold 3 & DL ActivGold 4. Selain tu, ia juga menampilkan minuman seisi keluarga seperti DL Chocolate Drink, DL UHT Milk: Kid, DL UHT Milk: School, DL Sterilised Milk, Dl Pasteurised Milk, DL Milk Powder dan DL Creamers.(Sumber: http://www2.bharian.com.my/articles)

BAB 5

PENUTUP

5.0 RumusanSecara keseluruhannya, 19