Azizah Binti Musa lwn Mohd Kamal @ Raja Kumaran Bin Abdullah ...
Transcript of Azizah Binti Musa lwn Mohd Kamal @ Raja Kumaran Bin Abdullah ...
1
Azizah Binti Musa
lwn
Mohd Kamal @ Raja Kumaran Bin Abdullah
[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-017-0371-2006
(Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)]
[28 Rejab 1435H bersamaan 28 Mei 2014]
Undang-undang Keluarga Islam - Tuntutan Harta Sepencarian - Pengisytiharan
Sebagai Harta Sepencarian - Kadar Pembahagian Mengikut Takat Sumbangan - Seksyen
122 - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Undang-undang Keluarga Islam - Maksud Harta Sepencarian - Seksyen 2 - Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fakta Kes
[1] Plaintif dan Defenden telah bernikah pada tahun 1981 dan telah bercerai pada 30
hb Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor dengan
rujukan Saman No. : 025903. Semasa penceraian, tiada apa-apa persetujuan yang
dibuat antara Plaintif dengan Defendan berhubung dengan Harta Sepencarian.
Sepanjang tempoh perkahwinan Plaintif dan Defendan telah dikurniakan tujuh
orang cahaya mata.
[2] Berdasarkan Penyata Tuntutan Pindaan bertarikh 26hb. Disember 2012, Plaintif
dalam kes ini menuntut supaya harta berikut diisytiharkan sebagai harta
sepencarian iaitu :
2
a) Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik : HSM
17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa
Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan.
[3] Manakala, Defendan melalui Tuntutan Balasnya yang telah difailkan pada 19
April 2007 pula menuntut harta-harta berikut diisytiharkan sebagai harta
sepencarian iaitu :
a) Rumah yang beralamat di No. 49, Lrg Serai 2, Kg. Sungai Serai, Kuang
48020 Rawang Selangor.
b) Kereta Kancil nombor pendaftaran TAA 5920.
[4] Kemudiannya, pihak Plaintif telah memfailkan Jawapan Kepada Pembelaan dan
Pembelaan Kepada Tuntutan Balas pada 17hb. Mei 2007. Kes ini pada awalnya
didengar di hadapan YA Tuan Zainor Rashid Bin Hassin sehingga keterangan
utama pihak Defendan. Seterusnya, kes ini diteruskan dihadapan YA Tuan
Salehan Bin Yatim(Hakim Bicara kini). Selanjutnya, Peguam Plaintif telah
memfailkan hujah pada 29hb. April 2014 sewaktu sesi sebutan di hadapan
pendaftar.
Diputuskan
Setelah Mahkamah meneliti Saman dan Penyata Tuntutan Pindaan bertarikh 26hb.
Disember 2006, Penyata Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 19hb. April 2007,
Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas bertarikh 17hb. Mei
2007, setelah mendengar keterangan-keterangan lisan dan merujuk kepada Hujahan
3
Bertulis Plaintif serta setelah Plaintif bersumpah Yamin Ma’a Syahid (sumpah bersama
seorang saksi), maka Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :
1) Mahkamah mengisytiharkan Harta sepencarian kedua-dua pihak adalah :
a) Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik : HSM 17921
Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa Serdang
20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan.
b) Sebuah kereta Kancil nombor pendaftaran TAA 5920.
2) Mahkamah memerintahkan rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik :
HSM 17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa
Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan hendaklah dinilai dengan
nilaian semasa dan Plaintif berhak terhadapnya dengan kadar sebanyak 30% dan
Defendan sebanyak 70%.
3) Mahkamah memerintahkan bahawa sebuah kereta Kancil nombor pendaftaran TAA
5920 hendaklah dinilai dengan nilaian semasa berdasarkan susut nilai dan Plaintif
adalah berhak dengan kadar sebanyak 15% dan Defendan sebanyak 85%.
4) Mahkamah menolak Tuntutan Balas Defendan terhadap rumah yang beralamat di
No. 49, Lrg Serai 2, Kg. Sungai Serai, Kuang 48020 Rawang Selangor untuk
diisytiharkan sebagai harta sepencarian pihak-pihak.
5) Kos ditanggung oleh pihak masing-masing.
6) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini, hendaklah
mengemukakan notis rayuan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
4
Peguam Syarie
Plaintif : diwakili oleh Encik Mohd Khairul Masni dari Tetuan
Mohd Khairul Masni & Associates.
Defendan : diwakili oleh Puan Marlina Binti Amir Hamzah dari
Tetuan Hisham Sobri & Kadir
Surah al-Quran yang dirujuk
1. Surah al-Baqarah : ayat 118 dan 228.
2. Surah al-Nisa’ : ayat 32.
Kitab - kitab yang dirujuk
1. Abdul Karim Zaidan. 2009. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Beirut : Muassasah al-Risalah
al-Nashirun.
2. Al-Imam al-Shafie.1996. al-Umm. Jilid 10. Beirut : Dar al-Qutaibah.
3. Al-Imam Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr as-Suyuti. 2001. al-Asbah wa al-
Nazhair fi -Qawa`ed wa furu’ Fiqh al-Syafi’iyyah. Juz 1. Beirut : Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.
4. Dr. Wahbah al-Zuhaily. 1997. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Jilid 4. Beirut: Dar al-
Fikr.
5. Abu Bakar Ibnu Muhammad Syata'a al-Dimyaty. 1997. Khasyiah I’aanah al Talibin,
Jilid 3. Cetakan 1. Beirut : Dar al-Fikr.
6. Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Abu Abdullah Muhammad Ibn Abu Bakar. 1995. al-
Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah. Cet. Pertama. Beirut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah.
5
7. Mahmud Saedon A. Othman. 2003. Undang-Undang Keterangan Islam. Cet. Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Undang - undang yang dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 - seksyen 61 (3) (b)
(iv).
2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003 - Seksyen
121.
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 - seksyen 2,
seksyen 4, seksyen 17, seksyen 58, seksyen 122.
4. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003 - seksyen 17,
seksyen 48, seksyen 72, seksyen 73, seksyen 78, seksyen 81.
5. Arahan Amalan Mahkmah Syariah No.6 Tahun 2003.
6. Arahan Amalan Mahkmah Syariah No.2 Tahun 2006.
Kes - kes yang dirujuk
1. Noh bin Atan lwn. Shakila binti Mohamed [2004] ShLR 61; (1998) 12 JH 2.
2. Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146.
3. Piah Binti Said lwn. Che Lah Bin Awang JH 3 (2) hlm. 220.
4. Hawa Embong lwn Ahmad Muda [2004] 17 (ii) JH 199.
5. Boto’ Bt Taha lwn Jaafar bin Muhamad, JH 5 (1) / 2 MLJ [1985].
6. Nor Bee lwn. Ahmad Shanusi, JH 1 (2).
7. Tengku Anum Zaharah Binti Tengku Abdul Hamid lwn. Dato’ Dr. Hussein Bin
Mohamed Yusof, JH 3 (1).
6
Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.
[5] Terdapat tiga (3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat
keputusan bagi kes ini iaitu :
a. Sama ada Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar, membicara dan
memutuskan kes ini.
b. Sama ada harta-harta tersebut diperolehi ataupun diusahakan secara bersama
dalam tempoh perkahwinan.
c. Berapakah kadar bahagian pihak-pihak ke atas Harta Sepencarian tersebut?
Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah
[6] Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini
berdasarkan kepada peruntukan seksyen 61 (3) (b) (iv) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut :
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
(b) Dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan dan
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah berhubung dengan-
(iv) Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian…
[7] Mahkamah mendapati bahawa pihak Plaintif telah bermastautin atau menetap di
Negeri Selangor berdasarkan Perenggan 1 Penyata Tuntutan Pindaan Plaintif
bertarikh 26hb. Disember 2012 yang menyatakan alamat tempat tinggal terkini
7
Plaintif iaitu di No. 49, Lrg. Serai 2, Kg. Sungai Serai, Kuang 48020 Rawang,
Selangor. Ini bersesuaian dan selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 4
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukan :
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,
Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam
Negeri Selangor dan bagi semua Orang Islam yang bermastautin
dalam negeri selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.
[8] Tambahan pula, perceraian pihak-pihak pula telah diselesaikan di Mahkamah
Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor Darul Ehsan. Ini selari
dengan keputusan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam kes Noh bin Atan lwn
Shakila binti Mohamed (1998) 12 JH 27, di mana Mahkamah Rayuan Syariah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengesahkan keputusan Mahkamah
Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bahawa mahkamah tidak
mempunyai kuasa memerintahkan pembahagian harta sepencarian di bawah
Seksyen 58 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984,
apabila perceraian itu dibuat bukan di Kuala Lumpur tetapi di Negeri Selangor.
[9] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada peruntukan Seksyen 122 (1) Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan :
Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz
talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya
apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha
tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka
atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi
antara pihak-pihak itu.
8
[10] Mahkamah juga merujuk kepada Arahan Amalan Mahkamah Syariah, No. 6
Tahun 2003 atas tajuk ‘Penentuan Mahkamah Yang Berbidangkuasa
Membicarakan Kes-kes Harta Sepencarian’ yang menyatakan seperti berikut :
… telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan
amalan berhubung dengan tuntutan hara sepencarian hendaklah
dituntut di mahkamah yang berbidangkuasa dala negeri di mana
perintah perceraian atau pengesahan perceraian dikeluarkan.
Mahkamah dalam hal ini bolehlah merujuk kepada penghakiman kes
Noh bin Atan lwn Shakila binti Mohamed (1998) jurnal Hukum Jld
XII Bhg 1 Rabiul Awwal 1419H/Jun 1998M sebagai panduan sebelum
membuat apa-apa keputusan sama ada menerima atau menolak
tuntutan harta sepencarian yang dituntut di negeri yang berkuasa
mengeluarkan perintah perceraian atau pengesahan perceraian.
[11] Oleh itu, berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan undang-undang dan autoriti
yang telah dikemukakan, maka Mahkamah berpuashati dan bersetuju bahawa
Mahkamah ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan harta
sepencarian ini.
Isu Kedua : Samada Harta-harta Tersebut Diperolehi Ataupun Diusahakan Secara
Bersama Dalam Tempoh Perkahwinan.
Harta Sepencarian
9
[12] Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai Harta sepencarian, Mahkamah
perlu melihat dan memahami kehendak undang-undang bahawa maksud Harta
Sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan jika dilihat berdasarkan Seksyen
122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu :
Pertama: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa
perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan
oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
Kedua: harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa
perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan
oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada
perkahwinan itu; dan
Ketiga: aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan
itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa
perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan
oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha
bersama suami isteri.
[13] Ini bersesuaian dengan prinsip yang dipakai di dalam kes Yang Chik lwn. Abdul
Jamal (1986) 6 JH 146, YAA Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi
Besar telah berkata :
“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam
perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama
menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta
tersebut”.
10
[14] Kes Piah Binti Said lwn. Che Lah Bin Awang, JH 3 (2) hlm. 220, Hakim Hj.
Harussani Bin Hj. Zakaria menyatakan bahawa :
“Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi secara bersama semasa
suami isteri itu hidup bersama dan sama-sama berusaha terhadap harta
tersebut samada kedua-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam
bidang yang sama atau dalam bidang berlainan dan samada secara
rasmi atau tidak rasmi dan samada dibahagikan-bahagikan tugas atau
tidak. Harta sepencarian berbeza dengan harta perkongsian yang mana
harta itu diperolehi dengan berkongsi seperti membeli sesuatu dengan
pihak-pihak mengeluarkan modal”
[15] Hukum syara’ melihat Harta Sepencarian sebagai satu cara pengiktirafan harta
yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya untuk memiliki harta
tersebut. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nisa’, ayat
32 :
Ÿωuρ (#öθ ¨Ψ yϑ tG s? $tΒ Ÿ≅�Ò sù ª!$# ϵ Î/ öΝ ä3 ŸÒ ÷èt/ 4’n? tã <Ù ÷èt/ 4 ÉΑ% y Ìh�=Ïj9 Ò=ŠÅÁ tΡ $£ϑ ÏiΒ
(#θ ç6 |¡ oK ò2 $# ( Ï !$|¡ ÏiΨ=Ï9uρ Ò=ŠÅÁ tΡ $®ÿÊeΕ t÷ |¡ tG ø. $# 4 (#θ è=t↔ó™uρ ©!$# ÏΒ ÿÏ& Î#ôÒ sù 3 ¨β Î)
©!$# šχ% Ÿ2 Èe≅ä3 Î/ > ó_ x« $VϑŠÎ=tã ∩⊂⊄∪
32اية : النساء سورة
Bermaksud : Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah
kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk
11
menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta
benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah
tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka
usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa
Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah
kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Surah al-Nisa’ : ayat 32
[16] Pemakaian Harta Sepencarian dalam Islam juga diambil daripada kaedah fiqh
berkenaan ‘urf (adat) yang diakui memberi kebaikan kepada masyarakat yang
dipetik daripada kitab al-Asybah wa al-Nazair Fi al-Qawaid wa al-Furu’ karya
Imam al-Suyuti, halaman 193 :
العادة حمكمة
Bermaksud :
“Adat itu boleh dijadikan sebagai hukum”.
[17] Abdul Karim Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, halaman 201
menyatakan adat yang juga dikenali dengan ‘urf telah ditakrifkan sebagai :
هو ما ألفاه ا�تمع واعتاده وسار عليه يف حياته من قول أو فعل وقد يكون عاما أو خاصا وقد
يكون صحيحا أو فاسدا
Bermaksud :
“Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan
mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan
12
mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah, sama ada ‘urf itu
qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid.”
[18] Manakala Imam al-Shafie pula menyatakan pandangannya di dalam kitab al-
Umm, halaman 328 seperti yang berikut :
قال الشافعي رحمة اهللا تعالى إذا اختلف الرجل والمرأة فى متاع البيت الذي هما فيه
وقد افترقا أو لم يفترقا أو ماتا أو مات أحدهما فاختلف ورثتهما أو ورثة ساكنان
أحدهما بعد موته فذلك كله سواء والمتاع إذا كانا ساكني البيت في أيديهما معا فالظاهر أنه
ديهما كما تكون الدار في أيديهما أو في يد رجلين فيحلف كل واحد منهما في أي
صاحبه على دعواه فإن حلفا جميعا فالمتاع بينهما نصفان ألن الرجل قد يملك متاع
النساء بالشراء والميراث وغير ذلك والمرأة قد تملك متاع الرجال بالشراء والميراث وغير
ا وكان المتاع في أيديهما لم يجز أن يحكم فيه إال بهذا ذلك فلما كان هذا ممكن
لكينونة الشيء في ايديهما
Bermaksud :
“Imam Syafie telah berkata; “Apakala berlaku pertelingkahan antara
seorang lelaki dengan seorang perempuan terhadap mata benda atau
perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah
berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai); atau sekali pun tidak
berpisah; atau kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah
seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, yang mana dalam
keadaan kedua suami isteri meninggal dunia; atau salah seorang
daripada mereka berdua meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di
antara waris kepada kedua-dua pihak atau pertelingkahan oleh waris
kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka kedudukan cara
13
penyelesaian semuanya adalah serupa, iaitu; bagi perkakas rumah
apabila kedua-duanya sama-sama menduduki sebuah yang menjadi
milik bersama mereka, maka pada zahirnya perkakas-perkakas di
dalam rumah itu adalah menjadi milik bersama suami isteri itu. Jika
perkakasan rumah yang dipertelingkahan itu berada di dalam
pegangan dua orang lelaki lain, andainya salah seorang daripada
pemegang perkakasan itu bersumpah mengatakan bahawa
perkakasan itu adalah milik salah satu daripada kedua pihak yang
bertelingkah dan seorang pemegang perkakasan yang lain pula
bersumpah mengatakan bahawa perkakasan itu adalah milik pihak
yang satu lagi, maka hendaklah diputuskan bahawa perkakasan itu
dibahagi dua di antara pihak-pihak yang bertelingkah. Haruslah
diperhatikan bahawa, kadangkala lelaki memiliki perkakasan
perempuan dengan cara membelinya, mewarisi dan sebagainya;
begitu juga kadangkala perempuan memiliki perkakasan lelaki
dengan cara membelinya, mewarisi dan sebagainya. Oleh yang
demikian tidaklah boleh, di dalam pertikaian seperti ini, dihukum
selain dari cara ini….”
Beban Pembuktian
[19] Beban pembuktian atau beban membuktikan merujuk kepada beban membuktikan
kes dan beban mengemukakan keterangan. Perkara ini telah dijelaskan melalui
satu kes tuntutan harta yang telah dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w,
sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh ‘Alaqamah bin Wa-il bin Hujr daripada
bapanya yang berkata, sebagaimana yang dimuatkan di dalam Sunan al-Tarmizi,
Jilid 3, Matbaah al-Bab al-Halabi, cetakan 1, 1937, halaman 625 seperti berikut :
Yang bermaksud :
14
“Seseorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah
telah datang menemui Rasulullah s.a.w, lalu lelaki Hadramaut
berkata, “Wahai Rasul, sesungguhnya lelaki ini (lelaki dari Kindah
ini) telah mengambil tanah kepunyaan saya.” Kemudian lelaki dari
Kindah itu berkata, “Tanah itu adalah kepunyaan saya dan dia tidak
berhak ke atas tanah itu.” Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaki
Hadramaut, “Adakah kamu mempunyai bukti?” Lelaki Hadramaut
mejawab, “Tidak”. Rasulullah s.a.w bersabda kepada lelaki Kindah,
“kamu mesti bersumpah”. Mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu
lantas lelaki Hadramaut berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya
lelaki dari Kindah ini buruk perangainya; dia tidak
bertanggungjawab atas perkara yang disumpahkannya dan dia juga
tidak menjaga dirinya dari sesuatu perkara”. Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda, “Kamu tiada pilihan melainkan melalui cara sedemikian.”
[20] Ia selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi :
البينة على املدعى واليمني على من انكر
Bermaksud :
”Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar”
[21] Plaintif adalah pihak yang memikul beban untuk membuktikan dakwaanya
terhadap sebuah hartanah yang dituntut. Manakala Defendan juga menanggung
beban pembuktian dalam dakwaannya ke atas dua jenis harta iaitu sebuah harta
tak alih dan sebuah harta alih. Pihak yang menanggung beban pembuktian perlu
membuktikan bahawa harta yang didakwanya itu adalah harta sepencarian dan
juga membuktikan takat sumbangannya di dalam pemerolehan harta itu bagi
membolehkan Mahkamah ini memberikan penghakiman kes ini. Perkara ini telah
15
diperuntukan di dalam Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 yang menyebut :
Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal
terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta
(al-mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan
atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Muda’a ‘alaih).
[22] Seksyen ini boleh dibaca bersama Seksyen 73 Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang mengatakan :
(1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah
memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di
sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang
ditegaskan olehnya, mestuilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa
fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada
orang itu.
[23] Beban membukti di dalam peruntukan undang-undang merujuk kepada beban
membuktikan fakta atau kes. Beban pembuktian ini terletak ke atas pihak-pihak
yang inginkan Mahkamah memberi penghakiman ke atas apa-apa hak atau liabiliti
sepertimana mengikut fakta-fakta yang ditegaskan olehnya. Dalam beban
membuktikan pemunyaan Plaintif dan juga Defendan terhadap harta-harta yang
didakwa, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 81 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan :
16
Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang ialah pemunya
apa-apa jua benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya,
beban membuktikan bahawa dia bukanlah pemunya benda itu terletak
pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.
[24] Selain itu, hanya Plaintif dan Defendan sahaja secara prinsipnya mengetahui sama
ada harta tersebut adalah Harta Sepencarian dan takat sumbangan mereka di
dalam pemerolehan harta-harta tersebut. Oleh itu, bagi dakwaan yang
dikemukakan oleh Plaintif dan Defendan hendaklah dibuktikan oleh mereka
tentang dakwaan tersebut. Pengetahuan khusus terhadap harta tersebut perlu
dibuktikan oleh pihak-pihak yang mengetahuinya berdasarkan peruntukan
Seksyen 78 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
yang menyatakan :
Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana
orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya.
[25] Di dalam kes Hawa Embong lwn Ahmad Muda [2004] 17 (ii) JH 199,
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu menolak sabitan tuntutan harta
sepencarian kerana beban pembuktian (pembuktian fakta dan memberi
keterangan) yang perlu bagi plaintif kemukakan untuk tuntutannya boleh
disabitkan tidak sampai ke tahap yakin. Saksi-saksi plaintif tidak tahu apakah
yang dituntut oleh plaintif dan tidak tahu menahu berkenaan harta sepencarian
yang dituntut oleh plaintif di mahkamah.
[26] Di dalam kes ini, memandangkan terdapat tiga (3) jenis harta yang dituntut oleh
Plaintif dan Defendan untuk diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian, maka
17
Mahkamah perlu meneliti satu persatu sama ada harta-harta tersebut telah
diperolehi ataupun telah diusahakan secara bersama dalam tempoh perkahwinan.
a) Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik : HSM 17921
Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa Serdang 20,
Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan.
[27] Mahkamah mendapati bahawa fakta yang dipersetujui ialah hartanah tersebut
telah didaftarkan pada 14hb. Januari 1994 selepas berlakunya pernikahan antara
Plaintif dan Defendan berdasarkan kepada Ikatan Dokumen Defendan bertanda
“D18” iaitu Salinan Suratan Hakmilik Sementara Mukim Kajang HS (M) 17921.
Mahkamah juga merujuk kepada keterangan Defendan di dalam perbicaraan
bertarikh 16hb. November 2012 yang menyatakan bahawa rumah tersebut telah
dibeli diantara tahun 1995 hingga 1996 dan pihak Plaintif dan Defendan telah
berpindah masuk untuk tinggal di rumah tersebut pada tahun 1997.
[28] Plaintif selain itu telah mengemukakan seorang saksi iaitu SP-1 yang bernama
Hasiah Binti Musa yang mana SP-1 mengakui mengetahui kewujudan hartanah
tersebut dan juga pernah ke rumah tersebut diantara tahun 1992 hingga 2000 yang
mana tempoh tersebut adalah masih dalam tempoh perkahwinan Plaintif dan
Defendan.
[28] Setelah Mahkamah membuat penelitian berdasarkan keterangan Plaintif,
Defendan dan juga SP-1, Mahkamah bersetuju bahawa rumah tersebut telah dibeli
dalam tempoh perkahwinan pihak-pihak berdasarkan kepada tarikh mereka
bernikah iaitu pada tahun 1981 dan tarikh penceraian mereka pada 30hb. Mac
18
2005. Mahkamah dengan ini berpuashati bahawa bahawa hartanah tersebut adalah
Harta Sepencarian diantara Plaintif dengan Defendan.
b) Rumah yang beralamat di No. 49, Lrg Serai 2, Kg. Sungai Serai, Kuang 48020
Rawang Selangor.
[29] Seterusnya, hartanah kedua yang dinyatakan di dalam Tuntutan Balas yang
dikemukakan oleh pihak Defendan telah dinafikan oleh oleh Plaintif sebagaimana
Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas bertarikh
17hb. Mei 2007.
[30] Merujuk kepada hujahan bertulis pihak Plaintif yang menyatakan bahawa tanah
bagi tapak rumah tersebut diberikan oleh kerajaan kepada peneroka getah seperti
ibu bapa Plaintif. Rumah tersebut juga telah wujud sebelum Plaintif bernikah
dengan Defendan lagi. Rumah dan tanah tersebut juga di atas nama ibu Plaintif
iaitu Kamariah Binti Kimin. Selain Plaintif juga menafikan bahawa Plaintif dan
Defendan tidak pernah tinggal di rumah tersebut hanya ibu Paintif sahaja yang
tinggal di rumah tersebut semasa Plaintif berkahwin dengan Defendan.
[31] Walaubagaimanapun, Mahkamah tidak berpuashati terhadap tuntutan balas
Defendan terhadap hartanah tersebut kerana tidak disokong oleh mana-mana
keterangan dokumen mahupun keterangan saksi berkenaan dakwaan Defendan
tersebut. Mahkamah berpendapat Defendan wajar membuktikan dawaannya
memandangkan Defendan yang menanggung beban pembuktian bagi tuntutan
balas terhadap hartanah tersebut. Walaubagaimanapun Defendan tidak
menghadirkan dirinya untuk sesi soal balas Defendan pada perbicaraan bertarikh
22hb. November 2013.
19
[32] Mahkamah dengan ini merujuk kepada buku berjudul Undang-undang
Keterangan Islam karya Dr. Mahmud Saedon di halaman 25 - 27 di bawah sub
topik Syarat Dakwaan yang mana ada menyatakan seperti berikut :
(vii) Hendaklah dakwaan itu mengandungi keterangan yang
mencukupi agar dapat menghapuskan kesamaran dalam tuntutan.
(ix) Jika perkara yang didakwa berbentuk harta, sama ada harta alih
atau harta tak alih, hendaklah dinyatakan bahawa yang didakwa telah
menguasainya dengan tidak melalui cara yang sah.
[33] Beban membukti dalam kes ini adalah terletak ke atas diri Defendan selaku orang
yang mendakwa berkenaan hartanah di dalam Tuntutan Balas kes ini yang mana
Defendan sepatutnya membuktikan dakwaannya dengan mengemukakan
keterangan sokongan seperti mana menurut kitab Nidzam al-Qada’ Fi al-Syariati
al-Islami karya Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan di muka surat 106 – 107 :
Bermaksud :
“Orang yang mendakwa itu ialah mereka yang membuktikan sesuatu,
dan yang didakwa ialah mereka yang menafikan sesuatu.
Orang yang mendakwa ialah mereka yang menuntut dengan
perkataannya bagi mendapatkan sesuatu yang berada di tangan
orang lain, atau membuktikan hak yang ada pada tanggungan orang
20
lain, sedangkan yang didakwa ialah mereka yang mengingkari
dakwaan tersebut.”
[34] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Defendan telah gagal untuk
membuktikan hartanah ini sebagai Harta Sepencarian pihak-pihak berdasarkan
kegagalan Defendan untuk membuktikan pemerolehan hartanah tersebut serta
sumbangannya terhadap hartanah tersebut. Ini bertepatan dengan kaedah
fiqhiyyah :
البينة على املدعى واليمني على من انكر
Bermaksud :
“Beban bukti bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi pihak
yang kena dakwa”
[35] Mahkamah memutuskan bahawa dakwaan Defendan terhadap hartanah ini adalah
lemah dan ditolak. Namun, Defendan boleh mengemukakan dakwaan ini semula
jika ada pembuktian baru yang ingin dikemukakan kepada Mahkamah kelak.
c) Kereta Kancil nombor pendaftaran TAA 5920.
[36] Bagi harta yang ketiga iaitu sebuah kereta Kancil nombor pendaftaran TAA 5920
yang dibeli di atas nama Defendan pada 27hb. Disember 1999 berdasarkan Ikatan
Dokumen Defendan bertanda “D30” iaitu sesalinan Perakuan Pendaftaran
Kenderaan No. Siri 7119784. Plaintif dalam hujahannya mengakui bahawa beliau
bersetuju harta alih tersebut diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian pihak-pihak.
21
[37] Pengakuan Plaintif tersebut adalah selari dengan peruntukan Seksyen 17
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyatakan
seperti berikut :
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang,
secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan
bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap
mana-mana orang lain berkenaan dengan sesuatu hak.
(2) Apa-apa iqrar hendaklah dibuat —
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang
aqil, baligh dan ‘adil.
(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta
persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.
[38] Berdasarkan kepada pemerolehan harta di dalam tempoh perkahwinan serta
pengakuan Plaintif berkenaan harta alih ini, Mahkamah dengan ini memutuskan
bahawa harta alih iaitu sebuah kereta Kancil nombor pendaftaran TAA 5920
adalah Harta Sepencarian pihak-pihak.
Isu Ketiga : Berapakah Kadar Bahagian Pihak-Pihak Ke Atas Harta Sepencarian
Tersebut.
[39] Dalam kes ini Mahkamah telah menentukan hanya 2 jenis harta sahaja yang
diisytiharkan sebagai Harta Sepencarian pihak-pihak iaitu sebuah rumah yang
bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik : HSM 17921 Mukim Kajang, Serdang
Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa Serdang 20, Taman Desa Serdang,
22
Selangor Darul Ehsan dan sebuah kereta Produa Kancil bernombor pendaftaran
TA 5920. Sebelum menentukan bahagian yang Plaintif dan Defendan wajar
perolehi daripada harta-harta tersebut, takat sumbangan hendaklah dilihat
terlebih dahulu sama ada sumbangan secara langsung dan/atau sumbangan tidak
langsung. Penentuan kadar pembahagian sesuatu harta/aset yang telah
diisytiharkan sebagai harta sepencarian, Mahkamah perlu meneliti dan
menentukan takat sumbangan kedua-dua pihak terhadap harta/aset tersebut agar
Mahkamah tidak berlaku zalim sehingga menyerahkan sesuatu kepada yang
bukan pada haknya. Ini dijelaskan di dalam firman Allah s.w.t dalam surah Al-
Baqarah, ayat 228 yang berbunyi :
... £ çλm;uρ ã≅÷W ÏΒ “Ï% ©!$# £ Íκö� n=tã Å∃ρá� ÷èpRùQ$$Î/ 4 ÉΑ$y_Ìh�=Ï9uρ £ Íκö� n=tã ×π y_u‘yŠ 3 ª!$#uρ  Í• tã
îΛÅ3 ym ∩⊄⊄∇∪
228اية : سورة البقرة
Bermaksud :
... dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan
yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang
sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-
orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas
orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Baqarah : ayat 228.
23
[40] Mahkamah menjadikan seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 sebagai panduan dalam menentukan takat sumbangan
pihak-pihak. Mahkamah dengan ini merujuk kepada Seksyen 122 (2) hingga (4)
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang
memperuntukkan :
(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1),
Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang –
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap
satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi
memperolehi aset-aset itu;
(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang
telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
(c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari
perkahwinan itu, jika ada,
dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah
hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.
(3)Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz
talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah
supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan
dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi
antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil
jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
(4)Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3),
Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada-
24
(a)takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak
yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga
dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;
(b)keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari
perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah
boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-
apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi walau
bagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan
usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.
[41] Di dalam kitab al-Turuq al-Hukmiyyah fi as-Siasah al-Syar’iyyah, Ibnu Qayyim
al-Jauziyyah, Darul Ihya’ al-Ulum, Beirut, pada muka surat 30 ada menyebut :
أن : ومن ذلك أن اجلمهور الفقهاء يقولون يف تداعي الزوجني والصانعني ملتاع البيت والدكان
القول قول من يدل احلال على صدقه ، والصحيح يف هذه املسألة أنه ال عربة باليد احلسية بل
وجودها كعدمها ، ولو اعتربناها العتربنا به يد اخلاطف لعمامة غريه وعلى رأسه عمامة وآخر
وله حاسر الرأس وحنن نقطع بأن يده ظاملة عادية فال اعتربهاح
Bermaksud :
“Yang demikian, sebilangan besar ahli perundangan Islam telah
mengatakan dakwaan 2 orang suami isteri berhubung dengan perabot
rumah dan kes 2 orang tukang rumah berhubung dengan sebuah
kedai, bahawa pendapat yang mengatakan percakapan orang yang
ada menunjukkan menunjukkan satu petunjuk di atas kebenarannya
itulah yang diterima. Dan yang tepat dalam persoalan ini seperti ini
tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan
25
atau menguasai atas sesuatu atas sesuatu harta dengan mendapat
nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya
seorang sahaja, malah adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika
ini boleh diterima, nescaya kita akan terima juga pengakuan seorang
yang merampas serban daripada seorang yang sedang mengikutinya
dibelakang dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain serban.
Oleh itu kami memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi
perampas. Maka tidak boleh diterima pengakuannya.”
[42] Sabitan tuntutan harta sepencarian adalah berlandaskan kepada kaedah
pembuktian menurut Hukum Syarak sama ada melalui keterangan pihak-
pihak, saksi dan juga boleh diputuskan berdasarkan kepada qarinah. Ini
adalah mengikut pendapat Dr. Wahbah al-Zuhaily di dalam kitabnya Al-
Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Jilid 4, hlm. 69 yang menyatakan :
القضاء بالقران اصل من اصول الشرع وذلك سواء فى حال وجود البينة او االقرار ام فى
حال فقد اى دليل من دالئل االثبات
Bermaksud :
“Penghakiman dengan qarinah merupakan sumber Hukum Syarak
sama ada ketika ada keterangan atau pengakuan atau dalam keadaan
tidak ada apa-apa bukti lain.”
I. Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik : HSM 17921
Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa Serdang 20,
Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan.
26
a. Sumbangan Langsung.
[43] Mahkamah berpuashati bahawa fakta yang tidak dipertikaikan oleh mengenai
sumbangan secara langsung pihak-pihak adalah Defendan yang membayar
pinjaman pembiayaan bulanan hartanah tersebut manakala Plaintif menyumbang
terhadap proses pengubahsuaian hartanah tersebut sebanyak RM 12,000.00 yang
mana wang tersebut diperolehi dari pemberian ibu Plaintif daripada hasil jualan
tanahnya. Mengikut surat kelulusan pinjaman perumahan Petronas yang ditanda
D19, pinjaman perumahan Defendan dengan majikan beliau Petroliam Nasional
Berhad iaitu pinjaman perumahan RM74000, insuran gadai janji RM287.70 dan
insuran pemilik RM2106.40 berjumlah RM79,085.10. Defendan dikehendaki
membayar ansuran bulanan sebanyak RM458.66 sebulan selama 240 bulan.
Rumah tersebut telah selesai dibayar sepenuhnya pada 12 Ogos 2005 sebagaimana
dokumen ditanda D21. Selanjutnya pihak Defendan juga telah mencagarkan
semula rumah tersebut dengan Malaysian Building Society Berhad (MBSB)
dengan pinjaman sebanyak RM117,400 pada 18 April 2004 sebagaimana
dokumen ditanda D22.
[44] Plaintif dalam hujahan bertulisnya mengakui bahawa hartanah tersebut dibeli dan
didaftarkan di atas nama Defendan serta bayaran ansuran bulanan hartanah
tersebut dibayar sepenuhnya oleh pihak Defendan. Pengakuan Plaintif tersebut
juga telah memenuhi rukun pengakuan atau Iqrar sebagaimana ditetapkan oleh
hukum syarak dan undang-undang. Al-Sheikh al Allamah Abi Bakr al-Masyhor
Bisayyid al-Bakri Ibnu al-Sayed Muhammad Shata al-Dumyati dalam kitab
I'aanah al-Taalibin, juz ketiga, muka surat 187 ada menyebut :
إخبار الشخص حبق عليه: اإلثبات ، وشرعا : اإلقرار لغة
Bermaksud :
“Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala mengikut
syara' diertikan sebagai memberitahu hak orang lain ke atas dirinya.”
27
[45] Seterusnya bagi menyokong berkenaan sumbangan langsung pihak Plaintif telah
mengemukakan seorang saksi iaitu “SP-1” yang bernama Hasiah Binti Musa yang
merupakan adik kandung Plaintif. “SP-1” dalam keterangannya di dalam
perbicaraan bertarikh 22hb. November 2011 menyatakan Plaintif ada sumbangan
terhadap pengubahsuaian hartanah tersebut sebanyak RM 12,000.00.
a. Sumbangan Tak Langsung.
[46] Berkaitan isu sumbangan tidak langsung pula, ia hendaklah ditentukan dengan
sebaik mungkin dan dipastikan menepati kehendak keadilan kerana mengambil
harta orang lain dengan cara batil adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Allah
s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 188 :
Ÿωuρ (#þθ è=ä. ù' s? Ν ä3 s9≡uθ øΒr& Ν ä3 oΨ ÷� t/ È≅ÏÜ≈ t6 ø9$$Î/ (#θ ä9ô‰è?uρ !$yγÎ/ ’n< Î) ÏΘ$¤6 çtø:$#
(#θ è=à2 ù' tG Ï9 $Z)ƒ Ì� sù ô ÏiΒ ÉΑ≡uθ øΒr& Ĩ$Ψ9$# ÉΟ øO M}$$Î/ óΟ çFΡr&uρ tβθ ßϑ n=÷ès? ∩⊇∇∇∪
Bermaksud :
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-
orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan
pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
Hakim-Hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui (salahnya).
28
[47] Mahkamah merujuk juga kepada kitab I’anah Al-Talibin, Juzu’ IV, hlm. 76 yang
menyatakan bahawa :
له وغسل ثيابه فال جيب على واحد منهما بل هو على الزوج أما ما ال خيصها كالطبخ الك
فيوفيه بنفسه أو بغريه
Bermaksud :
“Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri
melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci
pakaian suami, maka tiadalah menjadi kewajipan ke atas isteri
mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi
tugas suami. Oleh yang demikian suami hendaklah menanganinya
sendiri atau ditangani oleh orang lain iaitu dengan suami
membayar upah dan sebagainya”
[48] Manakala Sayyid Sabiq di dalam kitab Fiqh Sunnah, Jilid 2, menjelaskan seperti
berikut :
هو أساس فطرى –واألساس الذى وضعه اإلسالم للتعامل بني الزوجني وتنظيم احلياة بينهما
فالرجل أقدر على العمل والكدح والكسب خارج املنزل، واملرأة أقدر على ..... وطبعى
تدبري املنزل، وتربية األوالد، وتيسريأسباب الراحة البيتية، الطمأنينة املنزلية، فيكلف الرجل ما
و�ذا يتنظم البيت من ناحية الداخل , مناسب له، وتكلف املرأة ما هو من طبيعتهاهو
وقد .واخلارج دون أن جيد أي واحد من الزوجني سببا من أسباب انقسام البيت على نفسه
حكم رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم بني علي بن أيب طالب رضي اهللا عنه وكرم اهللا وجهه
29
فجعل على فاطمة خدمة البيت، وجعل على علي .......هللا عنها وبني زوجته فاطمة رضي ا
العمل والكسب
Bermaksud :
“Dasar yang ditetapkan oleh Islam dalam mengatur dan
menguruskan kehidupan suami isteri adalah merupakan suatu
dasar yang sesuai dengan fitrah dan tabiat semulajadi manusia itu
sendiri......Lelaki lebih mampu bekerja, bersungguh-sungguh
berusaha dan mencari pendapatan di luar rumah, manakala
perempuan lebih mampu menguruskan rumah tangga, mendidik
anak-anak, menjadikan suasana rumah tangga menyenangkan dan
penuh ketenteraman. Oleh kerana itu ditugaskan kepada lelaki
kerja-kerja yang sesuai dengan fitrahnya, manakala ditugaskan
kepada perempuan dengan tanggungjawab sesuai dengan
fitrahnya. Dengan yang demikian, rumah tangga dapat tersusun
dengan baik samada di dalam atau di luar yang mana suami isteri
tidak bertemu tanggungjawab masing-masing yang tidak
bersesuaian dengan diri masing-masing”
[49] Banyak penghakiman terdahulu yang menjelaskan mengenai sumbangan secara
tidak langsung seorang isteri sepertimana di dalam kes Boto’ Bt Taha lwn Jaafar
bin Muhamad, JH 5 (1) / 2 MLJ [1985], Nor Bee lwn. Ahmad Shanusi, JH 1 (2)
dan Tengku Anum Zaharah Binti Tengku Abdul Hamid lwn. Dato’ Dr. Hussein
Bin Mohamed Yusof, JH 3 (1).
[50] Bagi kes ini, Mahkamah mendapati bahawa terdapat sumbangan tak langsung
Plaintif terhadap Harta Sepencarian ini yang mana Plaintif di dalam hujahannya
menyatakan bahawa sepanjang lima tahun Plaintif dan Defendan tinggal di rumah
30
tersebut dari tahun 1993 hingga 1998, Plaintif adalah suri rumah sepenuh masa
yang mana Plaintif telah memberi sumbangan secara tak langsung dengan
menjaga rumah dengan baik, menjaga anak-anak serta menjaga makan minum
untuk Defendan dan anak-anak.
[51] Hal ini juga disokong oleh “SP-1” yang turut menyatakan perkara yang sama
berkenaan banyak sumbangan secara tak langsung oleh pihak Plaintif terhadap
Harta Spencarian ini.
[52] Walau bagaimanapun, Mahkamah berpendapat kadar pembahagaian mengikut
nisbah 50:50 sebagaimana permohonan Plaintif adalah terlalu tinggi jika
dibandingkan dengan sumbangan Defendan yang lebih dominan dalam proses
pemerolehan dan pembangunan Harta Sepencarian ini yang mana Defendan
menyumbang secara langsung dengan membayar secara bulanan, menanggung
kos penyelenggaraan termasuk membayar bil-bil utiliti. Oleh yang demikian,
Mahkamah memutuskan kadar pembahagian yang wajar adalah dengan kadar
Plaintif mendapat 30% manakala Defendan mendapat 70%.
II. Sebuah kereta Produa Kancil nombor pendaftaran TAA 5920
a. Sumbangan Langsung.
[53] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif di dalam hujahan bertulisnya menyatakan
bahawa Harta Sepencarian ini dibeli di atas nama Defendan dan atas kegunaan
Defendan. Namun, pada tahun 2005 sehingga kini Plaintif yang menggunakan
kereta tersebut setelah Defendan memberikannya kepada Plaintif. Semenjak
31
Plaintif menggunakan kereta tersebut, segalaa kos penyelenggaraan ditanggung
oleh pihak Plaintif. Dalam hujahan itu juga, Plaintif turut mengakui bahawa
Defendan yang membayar pinjaman kereta tersebut secara bulanan sehingga
selesai.
[54] Sekali lagi pengakuan Plaintif telah secara langsung memberikan hak serta
menguatkan lagi dakwaan Defendan terhadap sumbangannya secara langsung
terhadap Harta Sepencarian tersebut. Manakala dakwaan Plaintif berkenaan
tanggungan kos penyelenggaraan bagi harta alih tersebut yang ditanggung
olehnya tidak dibuktikan dengan keterangan sokongan.
b. Sumbangan Tak Langsung.
[55] Walaupun sumbangan secara langsung Plaintif terhadap Harta Sepencarian ini
tidak dapat dibuktikan dengan jelas kepada Mahkamah tetapi Mahkamah perlu
menilai terhadap sumbangan tak langsung Plaintif sebagai seorang isteri yang
sebelum ini tidak bekerja kemudian bekerja bagi membantu keluarga serta
menjaga rumah, menjaga keperluan suami dan anak-anak.
[56] Setelah Mahkamah membuat pertimbangan ke atas sumbangan tak langsung
Plaintif terhadap harta alih ini, Mahkamah tidak bersetuju dengan kadar
pembahagian terhadap Harta Sepencarian ini dengan nisbah 50:50 kerana
Mahkamah mendapati bahawa Defendan lebih menyumbang secara langsung ke
atas pemerolehan Harta Sepencarian ini secara keseluruhannya. Oleh itu,
Mahkamah memerintahkan bahawa Plaintif mendapat 15% manakala Defendan
mendapat 85% daripada Harta Sepencarian ini.
32
[57] Mahkamah seterusnya berpendapat dalam kes ini Plaintif perlu mengukuhkan
dakwaannya dengan sumpah kerana Mahkamah mendapati Plaintif hanya
membawa seorang saksi yang mana pada pendapat Mahkamah adalah tidak kuat
untuk mensabitkan tuntutan Plaintif tersebut. Hal ini berdasarkan peruntukan
seksyen 88 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 :
Keterangan seorang saksi sahaja bagi pihak yang menuntut adalah
layak diterima di dalam kes mal dengan syarat dibuat bersama-
sama dengan sumpah oleh pihak yang menuntut.
[58] Hal ini juga bertepatan dengan Arahan Amalan No. 2 Tahun 2006 yang
menyatakan seperti berikut :
(b) al-mudda’i mengemukakan seorang saksi dan Hakim
memerintahkannya bersumpah Yamin al Takmilah.
[59] Selain itu, konsep al-yamin ini adalah bertepatan dengan kaedah fiqh
iaitu:
األصل براءة الذمة
Bermaksud :
“Pada asal sesuatu itu bebas dari sebarang tanggunggan”.
[60] Yang mana jelas asal dakwaan ke atas sesuatu itu adalah tiada melainkan jika
dibuktikan sebaliknya. Para jumhur berpendapat harus dijatuhkan hukuman
33
berdasarkan sumpah di pihak al-Mudda’i dan seorang saksi dan pendapat yang
rajih ini adalah berdasarkan kepada hadis nabi s.a.w yang berbunyi :
أن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم قضى بيمني وشاهد
Bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah membuat penghukuman
berdasarkan yamīn al-mudda’i dan seorang saksi.”
[61] Adapun kes-kes yang boleh dihukumkan dengan sumpah al-mudda’i dan seorang
saksi melibatkan kes-kes mal dan yang ada kaitan dengannya sahaja, sementara
kes hudud tidak diharuskan sama sekali. Hukum telah disepakati oleh para ulamak
tetapi dalam kes-kes lain dari mal dan hudud seperti qisas, hak-hak badan dan
lain-lain, jumhur ulamak terdiri daripada Malikiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah
bersependapat tidak harus dihukum berdasarkan sumpah pendakwa dan seorang
saksi sahaja.
[62] Merujuk kitab Al-Bayan fi Mazhab al-Shafi’i karangan al-Imam Yahya Ibnu Abi
al-Khair al-Imraniy, jilid 13 halaman 313 ada menyebut seperti berikut yang
bermaksud :
Menurut pandangan Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a,
Ubaiy bin Ka’ab, Umar Ibnu Al-Aziz, Abu Salamah Ibnu Abdul
Rahman, Al-Sa’biy, Syuraih, Fuqaha’ Madinah, Rabi’ah, Malik,
Ahmad, Ishak ialah :
“Setiap hak (kes-kes mal) boleh disabitkan dengan seorang saksi
lelaki dan dua orang saksi perempuan dan boleh disabitkan juga
dengan seorang saksi lelaki dan sumpah Plaintif.”
34
Keputusan
Setelah Mahkamah meneliti Saman dan Penyata Tuntutan Pindaan bertarikh 26hb.
Disember 2006, Penyata Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 19hb. April 2007,
Jawapan Kepada Pembelaan dan Pembelaan Kepada Tuntutan Balas bertarikh 17hb. Mei
2007, setelah mendengar keterangan-keterangan lisan dan merujuk kepada Hujahan
Bertulis Plaintif serta setelah Plaintif bersumpah Yamin Ma’a Syahid (sumpah bersama
seorang saksi), maka Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :
1) Mahkamah mengisytiharkan Harta sepencarian kedua-dua pihak adalah :
a) Sebuah rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik : HSM
17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa
Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan.
b) Sebuah kereta Kancil nombor pendaftaran TAA 5920.
2) Mahkamah memerintahkan rumah yang bernombor Lot/PT 29058, No. Hak Milik
: HSM 17921 Mukim Kajang, Serdang Lama dan beralamat di No. 48, Jalan Desa
Serdang 20, Taman Desa Serdang, Selangor Darul Ehsan hendaklah dinilai
dengan nilaian semasa dan Plaintif berhak terhadapnya dengan kadar sebanyak
30% dan Defendan sebanyak 70%.
3) Mahkamah memerintahkan bahawa sebuah kereta Kancil nombor pendaftaran
TAA 5920 hendaklah dinilai dengan nilaian semasa berdasarkan susut nilai dan
Plaintif adalah berhak dengan kadar sebanyak 15% dan Defendan sebanyak 85%.
4) Mahkamah menolak Tuntutan Balas Defendan terhadap rumah yang beralamat di
No. 49, Lrg Serai 2, Kg. Sungai Serai, Kuang 48020 Rawang Selangor untuk
diisytiharkan sebagai harta sepencarian pihak-pihak.
5) Kos ditanggung oleh pihak masing-masing.
6) Mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ini, hendaklah
mengemukakan notis rayuan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
35
BORANG 3
Amalan Sumpah Mahkamah Syariah
(Amalan 8(2)(b) )
Lafaz Sumpah Al-Mudda’i Bersama Seorang Saksi
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah aku Azizah Binti Musa (No. K/P: 631008-
10-6792) bersumpah dengan nama Allah bahawasanya tuntutan aku berhubung dengan
tuntutan Harta Sepncarian dan keterangan seorang saksi aku adalah benar dan jika aku
berdusta pada sumpah aku nescaya dimurkai Allah dan azabNya di atas aku dunia dan
akhirat.
Bertarikh pada 28 hari bulan Mei tahun 2014.
…………………………………………….
Tandatangan Orang Yang Bersumpah
Di hadapan :
……………………………………..
( Tandatangan Hakim )