Ayat Aktif

6
NAMA : ……………………………………………………… TINGKATAN : ……………………………………………. Ayat Aktif Ayat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, an meny-!. Ayat "asif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan #bjek an pe$buatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan i- beserta dengan kata sendi #le%. Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini. Ayat Aktif Ayat "asif 1. Saya sudah menyiapkan semua kerja sekolah. 1. Semua kerja sekolah tela% saya siapkan. 2.ami mestimenumpukan perhatian apabila guru mengajar. 2.Perhatian mesti kamitumpukan apabila guru mengajar. !. amu perlu mengaja$nya menulis jawi. !. "enulis jawi pe$lu kamu aja$ kepadanya. #. Ayah membela% kayu api itu. #. ayu api itu ibela% #le% ayah. $. "ereka sedang menganyam tikar mengkuang itu. $. %ikar mengkuang itu sedang ianyam #le% mereka. &enis-jenis Ayat Aktif Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut&- 1. Ayat aktif transitif 2. Ayat aktif tak transitif a! Ayat Aktif T$ansitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif' iaitu yang diikuti ole frasa nama sebagai objek. b! Ayat Aktif Tak T$ansitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif' iaitu ya tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini. 1. Anak kecil itu pandai menyanyi. 2. (bunya sedang mandi. !. "otosikal itu terjunam ke dalam gaung. 1

description

AYAT AKTIF

Transcript of Ayat Aktif

NAMA : TINGKATAN : .

Ayat AktifAyat aktif ialah yang menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).

Ayat PasifAyat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.

Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.

Ayat AktifAyat Pasif

1. Saya sudah menyiapkan semua kerjasekolah.1. Semua kerja sekolah telah saya siapkan.

2.Kami mesti menumpukan perhatian apabila guru mengajar.2.Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.

3. Kamu perlu mengajarnya menulis jawi.3.Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.

4. Ayah membelah kayu api itu.4.Kayu api itu dibelah oleh ayah.

5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuangitu.5.Tikar mengkuang itu sedang dianyam olehmereka.

Jenis-jenis Ayat AktifAyat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:- 1. Ayat aktif transitif 2. Ayat aktif tak transitifa) Ayat Aktif TransitifAyat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.b) Ayat Aktif Tak TransitifAyat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.Perhatikan binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.1. Anak kecil itu pandai menyanyi.2. Ibunya sedang mandi.3. Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.

*** Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunya objek di dalamnya. Ayat aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di dalam ayat tersebut.

Jenis-jenis Ayat PasifDalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:-

1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta, hamba, patik, daku, kami dan beta) 2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb) 3. Ayat pasif diri ketiga - (dia, mereka, nya, beliau, Ali dsb)

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah.(b) Kita menerima keputusan itu.(c) Aku akan memetik bunga itu.(d) Kami sudah menyusun jadual itu.(a) Kasut sekolah saya cuci.(b) Keputusan itu kita terima.(c) Bunga itu akan aku petik.(d) Jadual itu sudah kami susun.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.(c) Engkau patut memulangkan duitnya.(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.(a) Kerja itu harus anda siapkan.(b) Surat itu mesti awak serahkan.(c) Duitnya patut engkau pulangkan.(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

Ayat AktifAyat Pasif Diri Ketiga

(a) Mereka mengecat bangunan.(b) Baginda meminta rakyat supayabersabar.(c) Beliau mengarahkan orang ramaisupaya beratur.(d) Dia sedang menjahit baju.(a) Bangunan dicat oleh mereka.(b) Rakyat diminta oleh baginda supayabersabar.(c) Orang ramai diarahkan oleh beliausupaya beratur.(d) Baju sedang dijahit olehnya.

Ayat AktifAyat Pasif

1. Ali membaca buku itu.2. Ibu memasak nasi lemak.3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.5. Yusof membawa kerusi patah.Buku itu dibaca oleh Ali.Nasi lemak dimasak oleh ibu.Nasihat guru kita, mesti kita dengar.Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.Kerusi patah dibawa oleh Yusof

a) Ayat Pasif Diri PertamaAyat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya. Ayat contoh: Rumah itu saya bina. Kereta itu kami beli. Jambatan itu aku robohkan.b) Ayat Pasif Diri KeduaAyat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya. Ayat contoh: Jam tangan itu kamu beli? Kasut kulit itu awak gilap? Buku novel itu anda baca?c) Ayat Pasif Diri KetigaAyat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya. Ayat contoh: 1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka. 2. Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.Latihan:Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.

1. Cerpen itu telah ditulis oleh saya. ( )2. Projek tersebut telah mereka siapkan. ( )3. Karangan itu saya telah hasilkan. ( )4. Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali. ( )5. Surat itu perlu kamu balas segera. ( )6. Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain bola jaring di padang. ( ) 7. Adik Mei Leng kena marah oleh ibu. ( )8. Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli. ( )9. Orang tua itu sedang bersenam. ( )10. Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera. ( )11. Remaja itu kemalangan semalam. ( )

LATIHAN SPM 1Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga. ..........

2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

..........

3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

..........

4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

..........

5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.

..........

6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

..........

LATIHAN SPM 2Latihan 1 (Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

..

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

..

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi..

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

.

LATIHAN SPM 3Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni..2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka...

3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

.

4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.

.

5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.

.

JAWAPAN LATIHAN SPM1

Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga. Mereka memegang jawatan yang sangat penting. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari. Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah. Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji. Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.

JAWAPAN LATIHAN SPM 2

Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah. Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal. Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM. Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama. Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi. Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.

JAWAPAN LATIHAN SPM3

Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu. Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.. Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh. Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu. Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut. Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu.3