AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam:...

22
AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: PENERIMAAN DAN PENGAMALAN DI KALANGAN MASYARAKAT NUR AFZAN BINTI MUHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam:...

Page 1: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM:

PENERIMAAN DAN PENGAMALAN DI KALANGAN MASYARAKAT

NUR AFZAN BINTI MUHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potongyangtidakberkenaan** Jikatesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

JUDUL:

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.

AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM:PENERIMAAN DAN PENGAMALAN DI KALANGAN MASYARAKAT

SAYA:

SESI PENGAJIAN : 2007 I 2008

NUR AFZAN BINTI MUHAMAD(HURUF BESAR)

mengakumembenarkantesis(PSIW@*inidisimpandiPerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukarat arfiara

institusi pengaj ian tinggi.4. **Sila tandakan ( / \

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

ALAMAT TETAP :LOT 2952BATA 7 %.KAMPUNG SALOR.15100 KOTA BHARU. KELANTAN.

Tarikh' l,{- 4 ,AOog

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatal ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSTA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi,/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disah{qn olehI\Jp- - r

DR. FARAHWAHIDA MOHD YUSOFNama Penyelia

Tarikh : lT - o1 -o?

(TANDATANG

Page 3: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ljazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)."

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. FARAHWAHIDA BINTI MOI{D YUSOF

Tarikh : l '( '64.'618

I nr-. -

Page 4: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM:

PENERIMAAN DAN PENGAMALAN DI KALANGAN MASYARAKAT

NUR AFZAN BINTI MUHAMAD

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 5: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

ii

"Saya akui bahawa kafya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

NUR AFZAN BINTI MUHAMAD

IT .qfr sooq

Page 6: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

iii

DEDIKASI

Segala pujian dan kesyukuran dirafa’kan kepada Ilahi Rabbi atas segala rahmat serta kuniaannya yang tidak ternilai

Gugusan selawat dan salam buat para anbiaya’ yang menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi dalam menegakkan dan meneruskan syiar Islam

Hamparan kasih buat kekanda tercinta, Mohd Badaruddin Omar

Yang sangat memahami dan sentiasa memberikan dorongan dan galakan yang tiada penghujungnya ,Doa, pengorbanan serta kesetiaanmu menguatkan

semangatku untuk meneruskan jihad ini

Kalungan Mahabbah abadi buat bonda tersayang, Rohana Ya’cob Pengorbanan serta jasamu yang tidak terhingga tidak terbalas

walau dengan segunung intan Titipan doa yang tidak putus-putus ku panjatkan kepadaNya atas curahan kasih

sayangmu yang tiada noktahnya. Iringan al-Fatihah dan doa ku kirimkan buat ayahanda yang dikasihi, Muhamad Che Ngah

Moga rohmu dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin dan berbahagia di sana…

Buat Kedua-dua putera, permata hati Ummi

Muhamad Amir Faris dan Muhammad Ammar Hakim Kalian laksana obor yang tidak pernah padam membakar semangat ummi

Gelak tawa kalian menjadi penyeri kehidupan ummi Semoga kalian menjadi anak-anak soleh yang taat pada perintah al-Khaliq dan

sentiasa mendoakan kesejahteraan ummi dan abah di dunia dan akhirat kelak

Tautan Ukhuwwah Abadi buat adik-adikku dan kekanda farah Segala Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan kulupakan selama-lamanya

Terima kasih atas kasih sayang dan keprihatinan kalian…

Page 7: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin

Nya penulis berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda bertajuk “Aurat Wanita

Muslim Menurut Perspektif Islam: Penerimaan dan Pengamalan Di Kalangan

Masyarakat” dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr.

Farahwahida Mohd Yusof selaku penyelia, yang banyak meluangkan masa

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laporan ini. Segala

tunjuk ajar dan keprihatinan amat dihargai.

Ucapan terima kasih juga buat semua responden yang terdiri daripada

kakitangan-kakitangan sokongan Kolej 9, Kolej 12 dan 13 serta kakitangan

sokongan Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia Skudai di atas

kerjasama yang telah diberikan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada

semua staf Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, Perpustakaan Awam Pusat Islam

Kuala Lumpur, Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam, Perpustakaan Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan juga

kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perlaksanaan

kajian ini. Diharapkan agar kajian ini dapat mencetuskan idea serta dapat

dimanfaatkan oleh semua pihak.

Page 8: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

v

ABSTRAK

Tahap penerimaan dan pengamalan masyarakat terhadap pensyariatan

menutup aurat telah mendapat perhatian penulis. Kajian ini bertujuan untuk

memberikan pendedahan, pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat Islam,

khususnya wanita Islam dalam penjagaan aurat yang merangkumi persyaratan

pakaian yang memenuhi tuntutan syariat Islam. Seramai 11 orang staf sokongan

kolej kediaman siswi Universiti Teknologi Malaysia Skudai telah dipilih sebagai

responden. Metode pengumpulan data, kajian perpustakaan, metode dokumentasi,

wawancara dan observasi digunakan dalam kajian ini. Manakala metode induktif,

deduktif dan komparatif pula digunakan untuk menganalisis data. Kajian dijalankan

adalah bagi mengetahui tahap pengetahuan wanita Islam terhadap kewajipan

menutup aurat bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan tahap pengamalan

wanita muslim terhadap kewajipan menutup aurat serta mengetahui kedudukan aurat

dari perspektif Islam. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa

majoriti responden mengetahui konsep, kewajipan serta tujuan menutup aurat.

Namun, kurang memberikan maklumbalas yang baik dari sudut pengamalannya.

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, penulis mengemukakan beberapa

cadangan bagi memastikan syariat penutupan aurat dapat diaplikasikan dalam

kehidupan masyarakat seharian. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk pengkajian

pada masa akan datang.

Page 9: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

vi

ABSTRACT

The level of community’s acceptance and practice towards covering aurat has

drawn the writer’s attention. This study is meant to give an exposure, knowledge and

awareness to Islamic community, especially muslimah (Muslim females) concerning

covering aurat which includes dressing code based on Islamic rules and regulations.

The respondents of the study included 11 non-academic staff of female residential

college at Universiti Teknologi Malaysia. Data collection was carried out through

library survey, documentation, interviews and observation. Meanwhile, inductive,

deductive and comparative methods were applied for data analysis purposes. The

study was conducted to determine the muslimah knowledge’s level towards the

obligation of covering aurat to get a clear scenario regarding the level of muslim

women practice towards the obligation of covering the aurat and to discover aurat’s

status according to Islamic perspective. Overall, the result showed that majority of

the respondents knew the concept, obligation and objectives of covering aurat but did

not give good responses from the aspect of practice. Based on the findings, the writer

would like to suggest several recommendations to ensure the obligation of covering

aurat can be applied in the community daily lives. Some recommendations for future

research also included.

Page 10: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI SINGKATAN x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop/Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Aurat 10

1.8.2 Wanita Muslim 11

1.8.3 Penerimaan 11

1.8.4 Pengamalan 12

1.8.5 Masyarakat 12

1.9 Kesimpulan 13

Page 11: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pengertian Aurat 14

2.3 Pandangan Fuqaha’ Berkenaan Batasan Aurat Wanita 15

2.4 Umur Yang Diwajibkan Menutup Aurat 19

2.5 Syarat-Syarat Pakaian Wanita Yang Menutup Aurat 20

2.6 Aurat Wanita Ketika Bersendirian 32

2.7 Aurat Wanita Islam Di Hadapan Wanita Kafir 32

2.8 Hikmah Disyariatkan Penutupan Aurat 34

2.8.1 Supaya Mudah Dikenali 34

2.8.2 Supaya Tidak Diganggu 34

2.8.3 Sebagai Lambang Ketinggian Dan Kemuliaan

Maruah Wanita 35

2.8.4 Mengelakkan Seseorang Wanita Daripada Fitnah 36

2.8.5 Mengelakkan Seksaan Dan Azab Di Akhirat 36

2.9 Kajian Lepas 37

2.10 Kesimpulan 39

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 40

3.3 Metode Pengumpulan Data 41

3.3.1 Kajian Perpustakaan 41

3.3.2 Metode Dokumentasi 42

3.3.3 Metode Wawancara 42

3.3.4 Metode Observasi 43

3.4 Metode Analisis Data 44

3.4.1 Metode Induktif 44

3.4.2 Metode Deduktif 45

3.4.3 Metode Komparatif 45

3.5 Kesimpulan 46

Page 12: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

ix

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Kefahaman dan Pengamalan Terhadap Tuntutan

Menutup Aurat 47

4.3 Kesimpulan 59

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Kesimpulan 60

5.3 Cadangan 62

5.3.1 Kerajaan 63

5.3.2 Kementerian Pengajian Tinggi,

Pentadbir Universiti dan Pensyarah 64

5.3.3 Ibu bapa 64

5.3.4 Individu 65

5.3.5 Masyarakat Islam 65

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.5 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN

Page 13: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

x

SENARAI SINGKATAN

AUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

r.a Radiallahu anha

s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam

S.W.T. Subhanahu Wa Taala

TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 14: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

xi

SENARAI LAMPIRAN

A Soalan Temubual

B Surat Permohonan Menjalani Projek

Sarjana Muda (Fakulti Pendidikan)

C Surat Pengesahan Menjalankan Kajian

(Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial)

D Surat Temuramah

E Risalah kempen menutup aurat

Page 15: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam sebagai al-Din yang syumul didirikan atas dasar akidah, syariat dan

akhlak. Kesempurnaan Islam menjadikan ianya suatu agama yang terbaik dalam

mengatur segenap aspek kehidupan manusia, sama ada dari sudut politik, ekonomi,

mahupun sosial.

Islam memberi keadilan kepada wanita dengan memuliakannya, tidak

sebagaimana Zaman Jahiliah, di mana wanita dipandang hina dan setiap kelahiran

anak perempuan dianggap suatu kehinaan bagi sesebuah keluarga (Afzalur Rahman,

1993: 166). Kemuliaan dan kehormatan wanita dalam Islam dilihat dari aspek

pergaulan, perkahwinan dan aurat.

Penjagaan aurat merupakan salah satu perkara yang amat dititikberatkan

dalam Islam. Bagi Wanita Islam, ianya melambangkan maruah, kemuliaan,

kesopanan serta ketinggian akhlak. Kepentingannya dapat dilihat menerusi firman

Allah S.W.T:

Page 16: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

2

≅ è% uρ ÏM≈uΖÏΒ ÷σßϑ ù= Ïj9 z⎯ôÒ àÒøó tƒ ô⎯ÏΒ £⎯Ïδ Ì≈ |Á ö/r& z⎯ôàxøt s† uρ £⎯ßγ y_ρ ãèù Ÿω uρ š⎥⎪ ωö7ãƒ

£⎯ßγ tFt⊥ƒ Η ω Î) $ tΒ tyγ sß $ yγ ÷ΨÏΒ ( t⎦ ø⌠ ÎôØu‹ø9uρ £⎯Ïδ Ìßϑ èƒ ¿2 4’n?tã £⎯ÍκÍ5θ ãŠã_ ( Ÿω uρ š⎥⎪ ωö7ãƒ

£⎯ßγ tFt⊥ƒ Η ωÎ)  ∅ ÎγÏFs9θ ãè ç7Ï9 ÷ρ r&  ∅ ÎγÍ← !$ t/#u™ ÷ρ r& Ï™!$ t/#u™  ∅ Îγ ÏG s9θ ãè ç/ ÷ρ r&

 ∅ Îγ Í←!$ oΨ ö/r& ÷ρ r& Ï™!$ oΨ ö/r&  ∅Îγ ÏG s9θ ãè ç/ ÷ρ r& £⎯Îγ ÏΡ≡uθ ÷z Î) ÷ρ r& û©Í_ t/  ∅ Îγ ÏΡ≡uθ ÷z Î) ÷ρ r& û© Í_ t/

£⎯Îγ Ï?≡uθ yz r& ÷ρ r& £⎯Îγ Í← !$ |¡ÎΣ ÷ρ r& $ tΒ ôMs3n= tΒ £⎯ßγ ãΖ≈ yϑ ÷ƒ r& Íρ r& š⎥⎫Ïè Î7≈−F9$# Îöxî ’ Í<'ρ é&

Ïπ t/ö‘ M}$# z⎯ÏΒ ÉΑ% y Ì̀h9$# Íρ r& È≅ øÏeÜ9$# š⎥⎪ Ï% ©!$# óΟs9 (#ρ ãyγ ôàtƒ 4’ n?tã ÏN≡u‘ öθ tã Ï™!$ |¡ÏiΨ9$#

(Ÿω uρ t⎦ ø⌠ ÎôØo„ £⎯Îγ Î= ã_ ö‘ r'Î/ zΝn= ÷è ã‹Ï9 $ tΒ t⎦⎫Ïøƒ ä† ⎯ÏΒ £⎯Îγ ÏFt⊥ƒ Η 4 (#þθ ç/θ è?uρ ’ n< Î) «!$# $ ·èŠÏΗ sd

tμ •ƒ r& šχθãΖÏΒ ÷σßϑ ø9$# ÷/ä3ª= yè s9 šχθ ßs Î=øè? ∩⊂⊇∪

Ertinya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

(al-Nur: 24: 31) Berdasarkan ayat di atas, aurat merupakan sesuatu yang haram diperlihatkan

kepada lelaki asing (ajnabi). Justeru itu, menjadi satu kewajipan bagi setiap wanita

Islam menjaga dan menutupnya (Sarijah Bejo, 1999: 17). Etika pemakaian dan

penutupan aurat telah jelas dinyatakan di dalam al-Quran dan turut diperkuatkan oleh

hadis Nabi s.a.w. antaranya :

Page 17: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

3

عن عائشة رضي اهللا عنها أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم وعليها ثياب رقاق

فأعرض عنها رسول اهللا وقال يا أسماء إن المراة إذا بلغت يصلح أن يرى منها إال هذا وهذا وأشار إلى المحيض لن .وجهه وآفيه

Ertinya: “Daripada A’isyah r.a katanya Asma’ binti Abu Bakar masuk ke rumah Rasulullah dengan mengenakan pakaian yang agak nipis. Lalu Rasulullah s.a.w memalingkan pandangannya ke arah lain sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seseorang wanita apabila ia sudah baligh (datang haid), tidak boleh lagi kelihatan kecuali ini dan ini, Baginda mengisyaratkan muka dan tapak tangan”.

(Riwayat Abu Daud: Hadis No. 41014)

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Islam sebagai al-Din yang universal

sangat menitikberatkan penjagaan aurat wanita kecuali terhadap mahramnya. Kaedah

penutupan aurat serta batasan aurat wanita telah diterangkan secara jelas dan

terperinci melalui dalil al-Quran mahupun hadis sebagai panduan untuk kaum wanita

supaya maruah dan kehormatan lebih terjamin serta mendapat keredhaan Allah

S.W.T.

1.1 Latar belakang Masalah

Pendedahan aurat di kalangan masyarakat khususnya kaum wanita dilihat

semakin membimbangkan. Pendedahan aurat ini bukan sahaja melambangkan

rendahnya martabat, harga diri dan maruah seseorang wanita tetapi turut

mengundang kepada berlakunya pelbagai jenayah lain. Oleh itu, didikan agama

seawal usia dilihat sangat berperanan dalam membentuk keperibadian dan akhlak

seseorang supaya ianya selari dengan tuntutan syarak.

Page 18: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

4

Shahzihan Ahmad, selaku penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan

Agama Islam Selangor (JAIS) berpendapat, kefahaman agama wajib diterapkan

kepada anak-anak sejak dari kecil, aurat perlu dipelihara terutamanya bagi anak-anak

perempuan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi kefahaman kepada anak-anak

berkenaan perkara-perkara yang mesti dielakkan, seperti berdua-duaan atau

melakukan perkara-perkara sumbang yang lain. Al-Quran dan hadis bukan hanya

sekadar untuk dibaca, tetapi isi kandungannya perlu difahami dan dihayati.

Masyarakat perlu sedar bahawa setiap perbuatan yang dilakukan di dunia ini pasti

akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ini adalah kerana memandangkan kepada statistik

keseluruhan tangkapan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membimbangkan

(al-Islam, 2003: 45).

Sementara itu, keruntuhan moral dan akhlak dilihat semakin hari semakin

berleluasa, masyarakat seakan hilang perasaan malu dalam diri sehingga berani

melakukan maksiat, sekalipun berada di tempat-tempat terbuka. Video cakera padat

lucah menjadi pilihan untuk ditonton, sikap masyarakat Barat sama ada dari cara

pergaulan, berpakaian mahupun kehidupan seharian menjadi ikutan masyarakat hari

ini. Lepak, berfoya-foya dan budaya hedonisme menjadi suatu kebiasaan.

Gejala keruntuhan moral dan akhlak ini akhirnya akan membawa kepada

implikasi yang lebih buruk seperti pembuangan bayi, kes bunuh, rogol dan

sebagainya. Segalanya berpunca dari lemahnya iman dan pengabaian terhadap

kewajipan menutup aurat, terutamanya di kalangan wanita. Walaupun golongan ini

mengetahui tuntutan dan kewajipan menutup aurat serta balasan yang dijanjikan

Allah S.W.T terhadap pengabaian dalam menunaikannya, tetapi mereka tetap

mengabaikannya. Ini berlaku kerana tidak wujud penghayatan dan kemanisan dalam

diri mereka ketika melakukan sesuatu ibadah (Tajul Ariff Tajul Arus, 1998: 48).

Masalah pendedahan aurat di kalangan wanita Islam akhir-akhir ini dilihat

semakin membimbangkan. Masyarakat memandang pendedahan aurat sebagai suatu

kebiasaan, ini mungkin disebabkan terpengaruh dengan budaya Barat yang sering

ditonton melalui filem-filem di kaca televisyen, internet mahupun melalui video

cakera padat yang mudah didapati di pasaran. Masyarakat memandang semua yang

Page 19: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

5

datang dari Barat membawa kemajuan berbanding kemajuan yang dipacu dengan

budaya sendiri yang dianggap kolot dan ketinggalan zaman (Hariza Mohd Yusof,

2000: 12).

Lebih membimbangkan apabila media massa menonjolkan keghairahan

golongan artis wanita yang mendedahkan aurat dan memperagakan sebahagian dari

tubuh badan mereka di dada-dada akhbar dan majalah untuk tatapan masyarakat. Jika

ditinjau dari sudut pekerjaan pula, tidak ramai wanita yang sanggup kehilangan

pekerjaan kerana mempertahankan aurat. Akibatnya, aurat dan jatidiri tergadai (Nik

Salida Suhaila Nik Saleh, 2007: 15).

Menutup aurat bukan alasan untuk tidak kelihatan cantik dan anggun (Noritah

Sulaiman, 2000: 10). Wanita yang menutup aurat bukan sahaja perlu menampilkan

pakaian yang menepati syariat, bahkan imej dan sifat muslimah yang menekankan

sopan santun dan kemuliaan akhlak (Noorzila Jamaluddin, 2007: 40). Wanita

dikurniakan Allah S.W.T dengan kelembutan, pandai memujuk rayu juga kecantikan

yang boleh melembutkan hati lelaki. (Nadia Ismail, 2001: 19). Oleh kerana sifat

tersebut, maka wanita diperintahkan supaya menjaga maruah diri. Ini dapat

dilaksanakan dengan penjagaan aurat yang sempurna, gerak geri, tingkahlaku

mahupun perbuatan.

Nik Salida Suhaila Nik Saleh (al-Islam, 2007: 12) menegaskan bahawa,

wanita dianggap lemah jika mereka sendiri yang meletakkan diri mereka dalam

kedudukan hina apabila mengenepikan ilmu, agama, institusi keluarga, peradaban,

rasa malu dan harga diri, lantas menjadikan mereka perempuan murahan yang tiada

harga diri. Kesan daripada pengabaian wanita terhadap aurat, ia sudah membawa

kepada satu situasi yang mendekatkan zina.

Sesetengah wanita Melayu tidak bertudung kepala kerana tidak faham dengan

tuntutan dan kewajipan menutup aurat yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T

(al-Islam, 2003: 39). Bagi wanita Islam yang bertudung pula, dirasakan telah

menutup aurat sedangkan cara berpakaian tidak menepati kaedah menutup aurat yang

Page 20: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

6

sempurna. Linda Sulaiman (al-Islam, 2007: 40) berpendapat, rata-rata wanita

bertudung di negara ini masih memerlukan bimbingan dari segi pakaian dan

penampilan. Hari ini ramai wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat,

jarang, berkain belah dan sebagainya. Selain tidak menepati syariat, penampilan

sedemikian kurang sesuai dengan wanita yang dipandang tinggi di dalam Islam.

Oleh yang demikian, jelas menampakkan bahawa, masalah wanita hari ini

lebih tertumpu kepada kedangkalan mereka memahami tuntutan dan kaedah menutup

aurat. Sama ada penutupan aurat dilakukan kerana mentaati perintah Allah atau ianya

dilakukan sekadar untuk memenuhi tuntutan adat mahupun sekadar fesyen. Jika aurat

ditutup hanya kerana mengikut adat, maka ianya tidak akan kekal dan akan berubah

mengikut perubahan adat dalam masyarakat. Fenomena ini menunjukkan bahawa

kurangnya kefahaman dalam kewajipan menutup aurat dan wujudnya pengamalan

menutup aurat yang tidak sempurna.

Dengan ini, jelaslah bahawa menutup aurat dengan sempurna dapat menjamin

maruah, kehormatan serta melindungi diri daripada fitnah dan kejahatan. Inilah

kemurnian dan keistimewaan yang terkandung dalam syariat Islam. Sekiranya syariat

Islam ini difahami, dihayati serta diamalkan dalam kehidupan seharian, gejala

keruntuhan moral serta maksiat ini akan dapat dibendung.

1.1 Pernyataan Masalah

Tuntutan menutup aurat jelas kurang difahami bukan sahaja oleh masyarakat

awam tetapi juga masyarakat kampus yang terdiri daripada pensyarah, pelajar,

kakitangan serta pekerja sokongan. Contohnya berdasarkan pemerhatian, didapati

segelintir mahasiswi Islam di Pusat Pengajian Tinggi hanya menutup aurat dan

memakai tudung ketika menghadiri kelas matapelajaran wajib universiti seperti

TITAS. Walau bagaimanapun, hal yang sama tidak berlaku ketika menghadiri kelas-

kelas yang lain. Terdapat juga sesetengah mahasiswi yang berpakaian menjolok mata

Page 21: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

7

di kampus, ia secara tidak langsung menarik perhatian pelajar mahupun pensyarah.

Teguran dari pensyarah dianggap remeh dan adakalanya tidak diendahkan.

Lebih mendukacitakan lagi, pengabaian menutup aurat semakin berleluasa

ketika berada di kawasan asrama. Dengan hanya mengenakan baju lengan pendek,

seluar pendek, bertuala, tidak bertudung, mereka bebas ke sana ke mari. Ia bukan

sahaja melanggar hukum agama tetapi juga melanggar tatatertib berpakaian yang

terkandung di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975. Keadaan

lebih membimbangkan apabila terdapat pelawat-pelawat lelaki yang sering datang ke

kawasan asrama wanita.

Pengabaian terhadap penutupan aurat yang sempurna juga berlaku di

kalangan kakitangan, pekerja sokongan dan segelintir pensyarah yang berkhidmat di

Pusat Pengajian Tinggi. Mereka hanya mengenakan tudung dan berpakaian sopan

semata-mata untuk memenuhi prasyarat dan etika pemakaian yang telah ditetapkan

oleh pihak pentadbiran. Berbeza pula cara pemakaiannya ketika berada di luar

kampus. Fenomena ini menjadi contoh kepada warga kampus terutamanya pelajar

yang merasakan mereka juga bebas untuk mendedahkan aurat. Persoalan yang

timbul, sejauhmanakah pendidikan asas agama yang diperolehi di peringkat rendah

dan menengah mampu menjadi benteng kepada wanita Islam dalam menjaga batasan

aurat mereka?

Melihat kemelut penerimaan dan pengamalan wanita Islam terhadap

pensyariatan menutup aurat, maka penulis merasakan perlu dibuat pengkajian

berkaitan kedudukan aurat wanita dari perspektif Islam dengan melihat sejauhmana

penerimaan dan pengamalannya di kalangan masyarakat kampus. Kajian ini untuk

menjelaskan sejauhmanakah aurat wanita muslim menurut perspektif Islam.

Page 22: AURAT WANITA MUSLIM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: … · aurat wanita muslim menurut perspektif islam: penerimaan dan pengamalan di kalangan masyarakat nur afzan binti muhamad universiti

8

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah:

1.1.1 Untuk mengetahui tahap pengetahuan wanita Islam terhadap kewajipan

menutup aurat.

1.1.2 Untuk menjelaskan tahap pengamalan wanita muslim terhadap kewajipan

menutup aurat

1.1.3 Untuk menganalisa kedudukan aurat dari perspektif Islam.

1.2 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa

persoalan berikut:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan wanita Islam terhadap kewajipan menutup aurat?

1.5.2 Bagaimanakah tahap pengamalan wanita Islam terhadap kewajipan menutup

aurat?

1.5.3 Bagaimanakah kedudukan aurat dari perspektif Islam?