Audit LINUS

8
TEKS JURUACARA MAJLIS PROGRAM ILMU DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT (MENTOR MENTEE) TAHUN 2010 PADA HARI SABTU 24 APRIL 2010 Alhamdulillah..... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah... Salam 1Malaysia. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai... Yang Dihormati, Kaunselor PPD Mersing, Pn. Norhimah binti Ismail selaku penceramah jemputan, Yang Berusaha, Puan Kamariah bt Jaid, Guru Besar SK Kem Iskandar, Yang Dipertua P.I.B.G SK Kem Iskandar, Lt Kol Fouzi bin Sulaiman, Mejar Abd Rahim bin Abd Rahman daripada Unit AJAR Kem Iskandar En Mohd Bakri bin Md Nor, GPK Hal Ehwal Murid En Ahmad Tahshim bin Salleh, GPK Kokurikulum En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar, Penyelaras Tuisyen Kem Barisan guru-guru Para ibu bapa Dan para pelajar Tahun 6 dan 5 yang dikasihi sekalian Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Adab bermajlis salam bersambut, Mengadap Illahi Maha terpuji, KeredaanNya, Selamat dan Sejahtera Bersamalah kita memanjatkan hidayah Memohon restu,berkat di pinta 1

description

audit linus

Transcript of Audit LINUS

Page 1: Audit LINUS

TEKS JURUACARA MAJLISPROGRAM ILMU DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT (MENTOR MENTEE)

TAHUN 2010PADA HARI SABTU 24 APRIL 2010

Alhamdulillah.....Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah... Salam 1Malaysia.Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Yang Dihormati, Kaunselor PPD Mersing, Pn. Norhimah binti Ismail selaku penceramah jemputan,

Yang Berusaha, Puan Kamariah bt Jaid, Guru Besar SK Kem Iskandar,

Yang Dipertua P.I.B.G SK Kem Iskandar, Lt Kol Fouzi bin Sulaiman,

Mejar Abd Rahim bin Abd Rahman daripada Unit AJAR Kem Iskandar

En Mohd Bakri bin Md Nor, GPK Hal Ehwal Murid

En Ahmad Tahshim bin Salleh, GPK Kokurikulum

En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar, Penyelaras Tuisyen Kem

Barisan guru-guruPara ibu bapaDan para pelajar Tahun 6 dan 5 yang dikasihi sekalian

Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Adab bermajlis salam bersambut,Mengadap Illahi Maha terpuji,KeredaanNya,Selamat dan SejahteraBersamalah kita memanjatkan hidayahMemohon restu,berkat di pinta

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Haza bin Hamsi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadil Ustaz

........................................................ BACAAN DOA ....................................................

1

Page 2: Audit LINUS

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz di atas bacaan doa sebentar tadi.

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam Dewan SK Kem Iskandar ini dalam majlis “Program Ilmu dan Penyerahan Anak Angkat (Mentor Mentee) Tahun 2010”.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekalian.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi. InsyaAllah.

Sekapur sirih,seulas pinangSalam penghormatan sajian ungkapan,Ucapan aluan,sumbangsih perangsang,Pembuka majlis sebagai santapan

Bagi meneruskan majlis kita pagi ini, majlis dengan segala hormat dan takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Kamariah bt Jaid selaku Guru Besar SK Kem Iskandar untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya. Majlis mempersilakan puan.

...............................................UCAPAN GURU BESAR..................................................

Terima kasih diucapkan atas ucapan yang telah disampaikan oleh Guru Besar sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa lagi, pihak majlis mempersilakan

Yang Dihormati Lt. Kol. Fouzi bin SulaimanYang Dipertua PIBGSK Kem Iskandar

untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

.................................................. UCAPAN YDP...........................................................

2

Page 3: Audit LINUS

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Para hadirin sekalian,

Seterusnya tanpa membuang masa, majlis mempersilakan

Kaunselor PPD MersingPn. Norhimah binti Ismail

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya ceramah beliau yang bertajuk “Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Meningkatkan Prestasi Anak-anak Dalam Menghadapi Peperiksaan.”

Dengan segala hormatnya, pihak majlis mempersilakan puan.

...............................................CERAMAH KAUNSELOR ...............................................

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Kaunselor PPD MersingPn. Norhimah binti Ismail

kerana telah sudi menyampaikan ceramah sebentar tadi.

Berbaju kebaya cantik berseri,Di pakai oleh si dara sunti,Ucapan puan kami dengari,Amanat diberi disemat di hati.

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih, pihak majlis dengan ini mempersilakan

Pn Kamariah Bt JaidGuru Besar SK Kem Iskandar

untuk menyampaikan cenderahati kepada

Pn. Norhimah binti IsmailKaunselor PPD Mersing

Dipersilakan.

.............................................PENYAMPAIAN CENDERAHATI.......................................

3

Page 4: Audit LINUS

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Pn Norhimah binti Ismail kerana kesudian beliau hadir ke majlis kita pada hari ini.

Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka majlis kita berehat seketika.

Dengan ini dipersilakan para jemputan dengan diiringi oleh Puan Guru Besar untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Tuan puan hadirin sekalian juga dijemput menikmati minum pagi di kantin sekolah. Majlis kita akan disambung kembali pada pukul ________ (majlis akan berehat selama 20 minit)

-------------------------------------------------REHAT-----------------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin sekalian kerana masih setia berada di dalam dewan ini untuk meneruskan majlis kita pada pagi ini.

Para hadirin sekalian,

Untuk pegetahuan semua, pihak sekolah akan menjalankan program mentor mentee. Program ini telah dijalankan untuk Tahun 6 pada tahun lepas tetapi pada tahun ini pihak sekolah ingin melibatkan murid Tahun 6 dan Tahun 5. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program mentor mentee ini, dijemput En. Mohd Bakri bin Md Nor selaku Guru Penolong Kanan HEM untuk memberikan serba sedikit penerangan. Dipersilakan.

--------------------------------TAKLIMAT PROGRAM MENTOR MENTEE-----------------------

Terima kasih diucapkan kepada Guru Penolong Kanan HEM atas penerangan yang disampaikan itu tadi.

Agenda seterusnya pada pagi ini adalah penyerahan murid-murid selaku mentee kepada mentornya iaitu para guru. Acara ini turut membawa pengertian bahawa guru akan menjadi ibu atau bapa angkat kepada menteenya di sekolah.

Dengan ini dipersilakan ___________________________________ untuk menerima menteenya iaitu _____________________________________ (baca senarai nama guru dan murid satu persatu)

4

Page 5: Audit LINUS

---------------------------------------------PENYERAHAN------------------------------------------------

Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan penyerahan anak angkat itu tadi.

Majlis kita diteruskan dengan Taklimat Tuisyen Kem yang akan disampaikan oleh En Khairul Asmadi bin Abu Bakar selaku Penyelaras Tuisyen Kem SK Kem Iskandar. Dipersilakan.

----------------------------------------------TAKLIMAT TUISYEN KEM------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada En. Khairul Asmadi atas taklimat beliau itu tadi.

Majlis kita diteruskan dengan bacaan ikrar dan Akur Janji Pelajar Tahun 6. Untuk makluman semua, peperiksaan UPSR bagi tahun ini akan berlangsung pada 21 hingga 23 September 2010. Dengan lafaz akur janji oleh pelajar-pelajar Tahun 6 ini sebentar nanti, diharapkan mereka akan lebih berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR kelak.

Dengan ini dipersilakan adik Muhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan mewakili pelajar tahun 6 untuk mengetuai lafaz ikrar tersebut. Para pelajar Tahun 6 diminta berdiri untuk membaca ikrar.

....................................................BACAAN IKRAR ........................................................

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 atas lafaz ikrar sebentar tadi.

Seterusnya ialah upacara menandatangani Akur Janji oleh Pelajar Tahun 6.

Dipersilakan Lt Kol Fouzi bin Sulaiman, YDP PIBG dan Pn Kamariah bt Jaid, Guru Besar SK Kem Iskandar naik ke atas pentas untuk mejadi saksi upacara tersebut.

Dipersilakan ___________________ bersama ibu bapa / penjaga.(2 orang murid bersama ibu bapa akan naik ke pentas serentak untuk menandatangani Akur Janji dengan disaksikan oleh Guru Besar dan YDP PIBG)

5

Page 6: Audit LINUS

..............................................TANDATANGAN AKUR JANJI.........................................

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan Guru Besar kerana sudi menjadi saksi dan terima kasih kepada murid bersama ibu bapa kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam upacara sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Pada tahun ini, Pihak PENAMA telah bermurah hati menyumbang hamper kepada murid yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah.

Dengan itu dipersilakan __________________________________ untuk menyempurnakan penyampaikan hamper tersebut.

Dipersilakan Anas Safwan bin Muhamad Zaki untuk menerima hamper kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPPM1. Adik Anas telah mendapat 1A 4B dalam peperiksaan tersebut.

……………………………………..PENYAMPAIAN HAMPER……………………………..

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ atas kesudian beliau menyampaikan hamper sebentar tadi.

Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa penjaga bersama para guru dan pentadbir sekolah. Sebelum sesi soaljawab ini dimulakan, semua murid Tahun 6 dan 5 diminta berdiri dan bergerak keluar dari dewan ke kantin dalam keadaan yang teratur.

Hadirin sekalian,

Majlis amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga. Ini bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak. InsyaAllah.

Majlis dibuka kepada sebarang pertanyaan atau cadangan…. Dipersilakan (jika ada)

6

Page 7: Audit LINUS

----------------------------------------SESI SOAL JAWAB DAN DIALOG---------------------------

Terima kasih di ucapkan kepada semua soalan, cadangan dan pendapat yang telah dilontarkan tadi. Semoga dengan perbincangan dua hala ini, ia akan dapat memberikan impak yang baik dalam menjadikan anak-anak di SK Kem Iskandar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Dalam diam tak diam, Kita telah pun berada di penghujung acara

Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang,Adat pinang pulang ke tampuk,Adat sireh pulang ke gagang.

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur di baja,Majlis kita berakhir di sini,Silap dan salah lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,Segala kerjasama sangat dihargai,Terima kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah di hati, Semoga kita berjumpa lagi.

Untuk akhirnya majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin, hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak didalam mengendalikan Program Ilmu dan Penyerahan Anak Angkat (mentor Mentee) bagi Tahun 2010.

Para hadirin dipersilakan menikmati juadah makan tengahari di kantin sekolah.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah…..Salam 1Malaysia.

7