Attachment(3)

download Attachment(3)

of 35

description

n

Transcript of Attachment(3)

  • TEKNIK PENGAJARAN BM PENULISAN SK KG CONTOH PETAGAS11 APRIL 2013

    Disampaikan oleh:Salbiah Haji Ali

  • BAHASA MELAYUPENULISAN (KOD 012)TERDAPAT 3 BAHAGIAN

    Bahagian A (Membina ayat ).15 minit

    Bahagian B (Menulis Karangan ).40 minit

    Bahagian C (Rumusan )..20 minit

  • BAHAGIAN C

    5 Nilai Murni / 5 Pengajaran( 20 Markah)

  • BAHAGIAN AMesti BACA ARAHAN untuk mengetahui sama ada anda perlu menulis mengenai SITUASI, AKTIVITI ataupun secara UMUM. Mesti berdasarkan gambar.Catat maklumat berdasarkan kata kunci.Gunakan kata majmuk, kata ganda dan imbuhan yang sesuai.Sekiranya maklumat melebihi 5 cantumkan 2 maklumat menjadi satu dengan membina ayat berkait menggunakan kata hubung yang sesuai .Tuliskan nombor bagi setiap ayat.

  • Lima ayat sahaja diperlukan. Elakkan menulis dalam perenggan dan ayat berulang.Sebaik-baiknya langkau sebaris bagi setiap ayat.Jangan mulakan dengan ayat Pada suatu hari.Elakkan memberi pandangan peribadi, andaian atau angan-angan.Watak hendaklah sama dari awal hingga akhir.Sekiranya gambar berbentuk kitaran, ayat / cerita anda hendaklah mengikut urutan.Sebelum berpindah ke bahagian B sila baca sepintas lalu untuk mengelakkan kesalahan ejaan dan tanda baca.

  • S . A . D . M

    S : Siapa .Watak : tuliskan nama.

    A : Apa .Kata kerja : mem, me, ber

    D : Di mana? Tempat, situasi, suasana.

    M : Mengapa? ..penerang / kata adejktif

  • CONTOH JAWAPANKunalan dan Lin Ciew berbual-bual sambil meminum dua gelas air oren di atas sofa.Puan Normah menatang sepinggan sate sementara Kamala dan Mei Ling berbual-bual sambil menjamu selera.Afzan dan rakan-rakannya beratur untuk mengambil duit raya daripada Puan Limah.Aizat sedang mencucuh pelita sementara Aini bermain bunga api di halaman rumah mereka.Encik Hafizan bersalam-salaman dengan tetamu yang datang ke rumahnya.

  • BAHAGIAN B Tiga / empat isi utama , huraian dan contoh digalakkan.Karangan hendaklah lebih daripada 80 patah perkataan.Elakkan pengulangan isi.Elakkan karangan terpesong. Baca dan fahami kehendak soalan.Jangan abaikan format untuk karangan berformat / markah akan ditolak.Tulisan mempengaruhi pemarkahan.

  • CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIKSetiap perenggan & setiap ayat perlu ada kaitan. Peruntukkan 3 minit untuk memahami tajuk. Isi jangan terkeluar daripada tajuk - Menjawab apa yang ditanya.Karangan mesti lengkap pendahuluan 4 isi-isi penting penutup

  • PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS KARANGAN

  • Panduan Sewaktu MenulisPENDAHULUAN-Fahami kunci soalan- Memadai dengan 3 ayat yang ditulis dalam satu perenggan.- Terangkan tentang tajuk. Boleh guna ayat tanya / kaitkan dengan isu semasa.ISI PENTING- Minimum 4 isi.- Setiap isi tulis dalam perenggan berlainan,wacana.- Kemukakan isi , selepas itu huraikan.- Ayat ke-2 dan ke-3 perlu huraian dan contoh.- Pastikan setiap perenggan dan ayat berkaitan.3. PENUTUP- Memadai 2/3 ayat yang ditulis dalam 1 perenggan.- Beri kesimpulan atau rumusan.- Boleh menyertakan peribahasa,kata-kata hikmat, atau pantun mengikut kesesuaian jenis karangan.

  • BAHAGIAN C Lima isi sahaja diperlukan ( nilai murni / pengajaran ). Ditulis dalam bentuk perenggan ( Satu perenggan sahaja ).Isi mesti berdasarkan petikan.Jangan masukkan nilai/pengajaran yang tidak berkaitan.Ulasan mesti tidak kurang 50 patah perkataan.Boleh menggunakan watak nama, saya atau kita dalam jawapan anda.Jangan masukkan nilai/pengajaran negatif

  • PERBEZAAN NILAI MURNI DAN PENGAJARANNILAIApa saja perlakuan yang baikUntuk menjawab soalan ini, calon perlu menyatakannilai murni dan diikuti dengan contohPENGAJARANSituasi petikan yang boleh dijadikan pengajaran Sekiranya terdapat situasi NEGATIF dalam petikan, maka calon perlu menukar situasi tersebut kepada POSITIF

  • CONTOH JAWAPAN BHG C (2011) Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ialah, kita haruslah ikhlas seperti Cikgu Farzana menjalankan tugasnya tanpa mengharapkan balasan. Selain itu, kita mestilah bertanggungjawab contohnya Cikgu Farzana sentiasa memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan. Seterusnya, kita perlulah tekun umpamanya cikgu Farzana yang gigih melatih para pemain bola jaring sehingga berjaya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah. Di samping itu, kita hendaklah akur dengan nasihat dan bimbingan yang guru berikan kepada kita. Akhir sekali, kita wajarlah mengakui kesalahan diri dengan memohon maaf atas kesilapan yang telah kita lakukan terhadap guru.

  • CONTOH JAWAPAN BHG C (2012) Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ialah, kita haruslah setia kawan seperti Imran, Aidil dan Rajes yang berkawan rapat. Selain itu, kita mestilah berpendirian contohnya Imran dan Rajesh tidak bersetuju dengan ajakan Aidil untuk memanjat pokok rambutan. Seterusnya, kita perlulah perihatin umpamanya Imran dan Rajesh cuba membantu Aidil yang terjatuh. Di samping itu, kita hendaklah baik hati misalnya Pak Harun yang telah membawa Aidil ke hospital. Akhir sekali, kita wajarlah mengakui kesalahan seperti Aidil memohon maaf kepada Pak Harun.

  • CONTOH RANGKA JAWAPAN BHG CNilai/Pengajaran yang boleh dicontohi,antaranya ialah _______ seperti ________.Selain itu Kita hendaklah, ______ misalnya_________ .Selepas itu, kita haruslah ____ umpamanya ________. Di samping itu, kitamestilah______contohnya_____Akhir sekali, kita hendaklah _______ seperti ________..

  • CONTOH KATA PENYAMBUNG AYAT DAN WACANAASSDAA: AntaranyaS: Selain ituS: Selepas ituD: Di samping ituA: Akhir sekali

    SMUCSS: Seperti.M: MisalnyaU: UmpamanyaC: ContohnyaS: SepertiKATA PENEGAS .kita hendaklah .kita haruslah .kita mestilah .kita perlulah .kita wajarlah

  • Tukarkan!!!!!!! ** Bagi nilai / pengajaran yang negatif, hendaklah ditukarkan kepada yang positif dengan menggunakan perkataan

    tidak seperti., jangan seperti.

    Contoh: kita hendaklah jujur tidak seperti .Ali yang telah berbohong kepada ibunya.

  • RUJUKAN NILAI UTAMA UNTUK BAHAGIAN C

    BAIK HATIBERDIKARIHEMAH TINGGIHORMAT DAN MENGHORMATIKASIH SAYANGKEADILANKEBEBASANKEBERANIAN9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL10.KEJUJURAN11. KERAJINAN12. KERJASAMA13. KESEDERHANAAN14. KESYUKURAN15. RASIONAL16. SEMANGAT BERMASYARAKAT

  • 80 Pecahan nilai murniAdilAmanahBaik hatiBelas kasihanBerani bertanggungjawabBerani tidak membuta tuliBerani kerana benarBerani mempertahankan pendirianBercakap benarBerdikariBerfikiran logik dan terbukaBermuafakatBertanggungjawabBerterima kasih

  • 15. Bertimbang rasa16. Berupaya bertindak sendiri17. Boleh membuat pertimbangan18. Boleh melakukan penaakulan19. Cekal20. Cinta kepada keamanan dan keharmonian21. Cinta kepada negara22. Daya usaha23. Dedikasi24. Gigih25. Gotong-royong

  • 26. Hemah tinggi27. Hormat-menghormati28. Hormat dan taat kepada ibu bapa29. Hormat kepada hak asasi30. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum31. Hormat kepada keperibadian individu32. Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran dan pemimpin33. Hormat kepada raja dan negara34. Ikhlas 35. Jaya diri

  • 36. Kasih sayang37. Keadilan38. Kebaikan bersama39. Kebebasan40. Kebebasan dalam sistem demokrasi41. Kebebasan di sisi undang-undang42. Keberanian43. Kebersihan fizikal dan mental44. Kebersihan diri45. Kebersihan persekitaran46. Kejiranan47. Kejujuran48. kerajinan

  • 49. Kerjasama50. Kesederhanaan51. Kesopanan52. Kesyukuran53. Mengakui kesalahan diri54. Mengenang budi55. Menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa56. Menghargai maruah diri57. Menghargai tenaga58. Murah hati59. Patuh kepada ketepatan masa60. Peka kepada isu sosial dan masyarakat

  • 61. Patuh kepada undang-undang62. Pemikiran yang sihat dan membina63. Penghargaan64. Perpaduan 65. Semangat persaudaraan66. Pertuturan dan kelakuan yang sopan67. Ramah mesra68. Rasional69. Saksama70. Saling memahami71. Sayang kepada nyawa

  • 72. Sayang kepada alam sekeliling73. Sederhana dalam menimbang kepentingan diri & kepentingan org lain74. Sedia memaafkan75. Semangat bermasyarakat76. Tanggungjawab bersama77. Tekun78. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan kelakuan79. Toleransi80. Yakin pada diri sendiri.

  • ********************