Assingment Edu 3102 Pkk
-
Upload
nandy-krishnan -
Category
Documents
-
view
53 -
download
1
description
Transcript of Assingment Edu 3102 Pkk
Pengenalan
Konsep Perkembangan Kanak-kanak
Karl E. Garrison menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada
dalam bentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan
boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan
perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku
dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang
saling berkait rapat serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan
daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara
berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Hal ini bermakna
perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi
perkembangan adalah serupa.
Gesell (1949) pula menyatakan bahawa walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar
serupa, namun secara global semua kanak-kanak yang normal adalah cenderung mengikut
susunan pertumbuhan dan perkembangan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Perubahan
kualitatif ataupun proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang
dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunannya yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis benda
hidup, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa.
Mengikut Santrock (2008) pula, beliau mentafsirkan bahawa perkembangan adalah
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Kesimpulannya, perkembangan
dapatlah ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik yang meliputi aspek
biologi, kognitif, dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam memantangkan
dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya. Perkembangan juga adalah
perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat
baru yang berlainan daripada sifat awal.
Prinsip Perkembangan Kanak-kanak
Prinsip asas kepada perkembangan kanak-kanak yang pertama mengikut Haliza Hamzah
dan Joy N. Samuel ialah proses perkembangan berlaku mengikut urutan. Sebagai contoh, kita
boleh lihat pada peringkat awal, seseorang bayi boleh duduk secara bantuan. Kemudian, bayi
itu akan boleh merangkak, diikuti dengan kebolehan dan keupayaan untuk berdiri dan akhirnya,
bayi itu boleh berjalan dengan sendiri. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada
abstrak. Hal ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Prinsip yang kedua dalam perkembangan kanak-kanak ini ialah perubahan dalam
pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih
spesifik. Kita boleh memahami prinsip ini dengan melihat contoh yang berikut. Seseorang bayi
boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Contohnya, seseorang itu akan belajar dahulu cara-cara memegang pensel sebelum dia belajar
menulis. Hal ini kerana perkembangan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum
beransur ke otot-otot yang halus.
Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya ialah pertumbuhan dan
perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses
perkembangan ini, seseorang kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada.
Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-
kemahiran baru kelak. Sebagai contoh, semasa kecil, kanak-kanak cuma tahu kemahiran
menyepak dalam sukan bola sepak. Semakin umur mereka berkembang, mereka akan
menambah kemahiran mereka dalam sukan bola sepak itu. Contohnya seperti kemahiran
menghantar, kemahiran menggelecek, dan kemahiran menjaringkan gol.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia
adalah berbeza untuk setiap individu juga merupakan antara prinsip perkembangan kanak-
kanak. Sebagai contoh, sesetengah kanakkanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala
ada yang hanya boleh berjalan pada umur 18 bulan. Hal ini adalah salah satu faktor yang
membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita lihat di dalam sesebuah bilik
darjah.Prinsip yang seterusnya ialah perkembangan adalah hasil interaksi di antara
kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam
seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan, dan kemudian berlari. Hal ini
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses
peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran akan membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang
sedia ada dalam diri individu tersebut. Contohnya, perkembangan otot dan saraf anggota badan
yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang. Namun, individu tersebut hanya boleh
berenang jika dia berlatih untuk berenang.
Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008) pula, prinsip-prinsip perkembangan ialah perkembangan
fizikal, kognitif, dan sosial manusia berlaku pada kadar yang berlainan. Perkembangan seorang
manusia pula adalah disebabkan oleh pertumbuhan dan kematangan. Kematangan adalah
perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku secara semula jadi dan pertumbuhan
ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum lahir, bayi, kanak-kanak,
remaja, dewasa, dan tua. Proses ini berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan tersebut melibatkan perubahan
jasmani, emosi, mental, dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses tersebut
adalah proses penyuburan.Proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan dalam diri
anakanak. Antara cara-cara untuk mendidik anak secara holistik adalah dengan memberikan
mereka makanan berkhasiat yang berkualiti. Ibu bapa boleh mewujudkan peluang dan ruang
untuk perkembangan fizikal anak. Mereka boleh memberikan panduan dan rangsangan yang
sesuai untuk perkembangan kognitif .
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan
faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu
bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata, dan lain-lain. Baka
diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai
penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan dan kemampuan mental
kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat
pertumbuhan tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam
peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi, dan sosial.
Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai
kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor
yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara
satu sama lain.
Berpandukan huraian tadi, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri
perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetik terhadap
perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas perbezaan individu dari segi fizikal, mental,
dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak kembar, mempunyai ciri-ciri fizikal
yang tersendiri seperti saiz badan, ketinggian, berat badan, bentuk dan warna organ deria serta
kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciriciri fizikal luaran, iaitu warna
rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gengen ibu bapa.
Kajian yang dibuat melalui ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman
(1937), dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan ini dapat dilihat serta
diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.Kajian ahli-ahli psikologi juga sering
mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya,
ibu bapa yang cerdas dan pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas dan pintar. Emosi
seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai
emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan
autokratik.
Selain itu, kecacatan mental dan kerencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan
gen daripada kedua ibu bapa. Contohnya penyakit fenilketonuria atau PKU adalah disebabkan
faktor baka. Penyakit ini adalaha disebabkan kekurangan enzim asid amino yang perlu untuk
menyingkirkan fenilalaninadapat merosakkan mentalnya. yang beracun yang terdapat dalam
makanan. Disebabkan itu, bayi yang mengalami PKU ini akan memiliki asid beracun yang dapat
merencatkan perkembangan mentalnya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama dalam perkembangan manusia melalui faktor
persekitaran. Unsur-unsur institusi keluarga yang mempengaruhi perkembangan individu ialah
suasana rumah, makanan, asuhan, dan status sosioekonomi keluarga. Contohnya, kanak-
kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh kasih sayang akan
mengalami perkembangan emosi yang sihat.
Antara faktor persekitaran yang memberi pengaruh kepada perkembangan seseorang bayi
adalah faktor pemakanan. Pemakanan yang sihat adalah perlu bagi menjamin perkembangan
bayi yang sihat. Pemakanan yang baik juga adalah perlu untuk kesihatan bayi. Selain itu,
kesihatan ibu juga penting kerana kesihatan ibu akan mempengaruhi kandungannya. Ibu yang
sihat akan melahirkan bayi yang sihat manakala ibu yang sakit akan melahirkan bayi yang
mungkin mengalami kecacatan seperti kecacatan mental, fizikal dan sebagainya. Emosi ibu
juga mampu memberikan kesan kepada bayi yang bakal lahir. Ibu yang mengalami emosi yang
tidak stabil akan melahirkan bayi yang tidak sihat dan ini akan mengganggu perkembangannya.
Faktor pemakanan juga menjadi faktor yang mempengaruhi perkembangan bayi selepas
kelahirannya. Pelbagai kajian dan usaha telah dilakukan untuk mengahsilkan bahan
pemakanan yang baik untuk bayi. Antaranya susu yang mengandungi asid dokosahexaenoik
(DHA) yang mampu untuk merangsang otak bayi untuk berkembang. Selain itu, pemakanan
yang sihat akan membentuk perkembangan fizikal bayi yang baik. Fizikal yang sihat
mempengaruhi perkembangan minda bayi. Ini dapat diperkuatkan lagi buktinya sepertimana
dalam pepatah arab yang bermaksud, akal yang sihat pada badan yang sihat.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Hal ini khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi, dan
sosial. Sebagai contoh, kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang rajin belajar akan
mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap yang optimum. Kanak-kanak yang
bersosial dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang
positif daripada kawan-kawan mereka.
Perkembangan Kognitif
Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif merupakan kebolehan
individu berfikir, memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara-perkara yang telah
berlaku di sekeliling. Hal ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengelaskan,
merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi, dan lain-lain.
Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran
kanak-kanak. Hal ini berpusatkan kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
daripada satu peringkat perkembangan kepada peringkat yang seterusnya.
Mok Soon Sang (2008) menyatakan, kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti
atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan dengan perkembangan otaknya serta
interaksi sosial. Dengan erti kata lain, perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung kepada
perkembangan otak atau sensorimotor serta interaksi denga orang yang lebih berpengalaman
(perkembangan sosial).
Melalui kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan, Piaget mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat
mengikut perubahan tahap umur mereka. Piaget membahagikan perkembangan kognitif yang
berlaku kepada empat peringkat iaitu peringkat Sensorimotor, Pra Operasi, Operasi Konkrit dan
Operasi Formal.
Peringkat pertama yang dilalui oleh manusia ialah peringkat Sensorimotor iaitu bagi bayi
semenjak dilahirkan sehingga berusia 2 bulan. Peringkat ini merupakan peringkat untuk bayi
mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehhan motor untuk membentuk skema
tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka dan mengenali persekitaran mereka. Pada
peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan
berinteraksi dengan persekitarannya dan hasilnya akan membentuk skema. Sebagai contoh,
kanakkanak menggunakan mulut untuk merasa objek.
Selain itu, kanak-kanak turut menunjukkan permulaan pemikiran logik, seperti berupaya
mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh. Aktiviti ini disifatkan oleh Piaget sebagai
permulaan proses menyelesai masalah dalam kehidupan. Pada peringkat akhir sensorimotor,
kanak-kanak berkeupayaaan melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau
diperhatikan seperti meniru perlakuan melambai tangan dan tindakan perlakuan ini menjadi
semakin cepat menjelang proses pembesarannya. Selain itu, kanak-kanak turut mencapai
tahap pengekalan objek iaitu kebolehan menggambarkan objek di dalam memori. Kanak-kanak
cuba belajar koordinasi diantara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaiktkan
perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat di persekitarannya.
Peringkat yang kedua ialah peringkat Pra Operasi. Peringkat ini dijalani oleh kanak-kanak
berusia 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak beralih ke peringkat mula
menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Mereka mampu menggambarkan
dan merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk
membentuk skema. Perkembangan pada peringkat pra operasi berlaku apabila kanak-kanak
dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental, antaranya seperti simbol bahasa, isyarat,
gambar dan sebagainya. Simbol tersebut digunakan untuk menyatakan objek, orang atau
peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak. Misalnya, kanak-kanak mewakilkan imej sebenar
buku dengan gambar yang dinamakan sebagai fungsi semiotik. Perkembangan bahasa berlaku
dengan pesat dalam proses ini.
Pemikiran kanak-kanak pada ketika ini bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka menganai
objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata tetapi belum mampu berfikir
secara logik dan rasional. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak dapat menguasai proses
transformasi, keterbalikan dan menaakul. Mereka juga bersikap egosentrik iaitu melihat
persekitaran mereka melalui perspektif sendiri dan menyangka orang lain mempunyai
pandangan seperti mereka juga.
Peringkat ketiga yang akan dialami ialah pringkat Operasi Konkrit iaitu bagi kanak-kanak
berusia 7 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula memperoleh konsep
transformasi, keterbalikan seterusnya mengamati proses songsangan. Kanak-kanak turut
mampu mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Mereka berupaya memikir
secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Namun,
keupayaan berfirkir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tdak
mempunyai kebolehan berfikir secara abstrak. Mereka tidak mampu menyelesaikan masalah
yang kompleks. Kebanyakan aktiviti pembelajaran pada peringkat ini masih lagi bergantung
kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Menurut Piaget, pada peringkat
ini kanak-kanak sudah mampu menguasai konsep pengekalan dan perlu menguasai tiga prinsip
asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Mereka juga menguasai
proses pengelasan iaitu dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan
berdasarkan sesuatu ciri serta menguasai proses menyusun secara bersiri mengikut susunan
menaik dan menurun. Kanak-kanak berubah kepada pemikiran objektif membolehkan mereka
memahami persepsi dan pandangan orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak
mampu membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan abstrak atau kompleks.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak
tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak itu
mengenal, membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Hal ini juga selari dengan
perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut.
Saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 6 tahun iaitu
adik Mitran A/L Sankar . Kajian yang telah saya jalankan ialah dengan menggunakan kaedah
barisan blok-blok kecil.Saya telah meletakkan dua barisan blok-blok yang sama panjang dan
sama banyak iaitu barisan A dan barisan B dan mempunyai bilangan blok-blok yang sama
banyak. Saya bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut adakah dia dapat mengenal pasti
bahawa blok-blok di kedua-dua barisan tersebut sama banyak ataupun tidak. Kanak-kanak ini
telah mengenal pasti bahawa blok-blok tersebut adalah sama banyak.
Setelah itu, saya mengubah kedudukan blok-blok di barisan B iaitu saya telah menjauhkan
jarak antara blok-blok dalam barisan tersebut. Kemudian, saya bertanyakan soalan kepada
kanak-kanak tersebut, apakah barisan blok-blok yang mempunyai bilangan yang lebih banyak.
Kanak-kanak tersebut telah menukar jawapannya. Dia menyatakan bahawa telah berlaku
perubahan pada bilangan gulagula tersebut iaitu gula-gula di barisan B adalah lebih banyak
berbanding blok-blok barisan A.
Melalui pemerhatian, barisan A nampak lebih pendek berbanding B. Perkara ini
mempengaruhi jawapan yang hendak diberikan oleh kanak-kanak tersebut kerana baginya
bilangan blok-blok yang mempunyai barisan yang lebih panjang adalah lebih banyak
berbanding dengan bilangan gula-gula yang mempunyai barisan yang pendek walaupun dia
tahu bahawa bilangan gula-gula kedua-dua barisan A dan B itu adalah sama banyak.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-kanak ini, ianya dapat menunjukkan
bahawa perkara ini sama seperti pernyataan yang terdapat dalam teori perkembangan kognitif
Jean Piaget iaitu tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut berada dalam peringkat
Pra Operasi.
Jean Piaget juga menerangkan bahawa pada peringkat ini, pemahaman kanak-kanak
tersebut masih lagi bergantung kepada kepada ciri-ciri objek yang nampak jelas dan nyata.
Kanak-kanak masih tidak dapat memahami sesuatu perubahan yang berlaku secara abstrak.
Reaksi kanak-kanak tersebut jelas menunjukkan bahawa dia tidak dapat mengenalpasti
perubahan yang berlaku pada kedudukan gula-gula tersebut. Dia hanya dapat memahami
perkara yang dilihatnya secara jelas tetapi tidak mampu memahami sesuatu perubahan yang
tidak dapat dinilainya. Kanak-kanak tersebut juga belum dapat menguasai prinsip identiti. Hal ini
kerana kanak-kanak itu tidak dapat mengenal pasti bahawa bilangan gula-gula yang telah
berubah kedudukannya itu sebenarnya masih merupakan bilangan gula-gula yang sama
banyak dan tiada perubahan yang berlaku. Dia tidak mampu untuk mengingati bilangan asal
gula-gula tersebut yang masih sama apabila kedudukannya sudah berubah.
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga masih tidak dapat menguasai prinsip ganti rugi. Dia
tidak mengetahui perubahan yang berlaku kepada barisan blok-blok tersebut telah diganti oleh
perubahan dalam satu aspek yang lain. Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebut tidak
mengetahui bahawa perubahan barisan blok-blok di barisan B hanyalah disebabkan kedudukan
antara blok-blok tersebut telah dijarakkan berbanding kedudukan asal gula-gula tersebut. Dia
tidak mampu menilai aspek perubahan yang berlaku terhadap kedudukan blok-blok tersebut.
Reaksi kanak-kanak tersebut juga menunjukkan dia belum mampu menguasai prinsip
keterbalikan yang dinyatakan oleh Jean Piaget. Melalui pemerhatian terhadap kanak-kanak
tersebut, dia tidak mengetahui bahawa sekiranya blok-blok di barisan B itu disusun semula
seperti barisan asal akan menjadikan kedudukan gula-gula tersebut masih sama banyak seperti
yang asal iaitu seperti blok-blok di barisan A.
Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak tersebut mempunyai sifat tersebut ialah
faktor persekitaran. Kanak-kanak tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang mengalami
perkembangan kognitif mengikut aturan yang normal seperti kebiasaannya. Disebabkan itu, dia
tidak mempunyai kelebihan dari segi kemampuan berfikir yang lebih tinggi berbanding kanak-
kanak lain dan masih mengalami pemahaman pemikiran yang sama seperti kanak-kanak
normal.Pengetahuannya juga masih terbatas dan tidak mampu untuk berfikiran jauh. Pada
tahap ini, kanak-kanak tersebut masih belum mampu memikirkan sesuatu yang belum dapat
dicapai seperti pemikiran orang yang lebih dewasa. Kanak-kanak ini menunjukkan kadar
perkembangan kognitifnya pada tahap umurnya sama seperti yang terdapat dalam teori
perkembangan kognitif Jean Piaget.
Seterusnya, saya telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun iaitu adik Muhamad Fathirul Azri bin Sakri atau lebih mudah dipanggil dengan nama Azri. Kaedah yang telah saya gunakan untuk melaksanakan kajian Piaget’s Conservation Tasks ini ialah dengan menggunakan kaedah penggunaan kek lapis iaitu kek Apollo. Saya menggunakan dua keping kek itu untuk disusun dalam dua barisan iaitu barisan kek coklat dan barisan kek pandan.
Setelah menyusun kek tersebut kepada dua barisan, saya memberitahu kepada kanak-kanak tersebut bahawa kek itu sama panjang dan sama banyak. Setelah memerhatikannya, kanak-kanak tersebut setuju dengan pernyataan saya dan dia memilih kek coklat kerana dia meminati coklat.
Kemudian, saya telah membahagi kek coklat itu kepada dua bahagian supaya kek tersebut kelihatan lebih pendek berbanding kek yang satu lagi iaitu kek pandan. Selepas itu, saya bertanya kepada kanak-kanak tersebut soalan yang sama seperti tadi sama ada kek lapis tersebut masih sama banyak atau sebaliknya. Kanak-kanak tersebut mengambil sedikit masa sebelum menjawab dan akhirnya menyatakan bahawa kedua-dua kek lapis itu tetap sama banyak.
Hal ini menunjukkan persamaan dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget. Pada tahap ini kanak-kanak tersebut sudah mencapai tahap Operasi Konkrit iaitu pada umur 8 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tersebut sudah mampu untuk memahami konsep yang lebih abstrak dan tidak hanya menumpu pada keadaan fizikal sahaja. Dia sudah mampu untuk memahami dan mengenal pasti perubahan yang berlaku walaupun perubahan tersebut sukar dilihat secara jelas.
Kanak-kanak itu juga sudah berupaya untuk memahami proses transformasi iaitu mengetahui bahawa pembahagian pada kek itu tidak membawa perubahan kepada bilangan ataupun kuantiti kek lapis tersebut walaupun pada pemerhatian kasar, kuantiti kek yang telah dibahagi itu seperti berubah menjadi sedikit berbanding kedudukan asalnya.
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga sudah mampu untuk melaksanakan proses balik semula secara mental sekiranya diperlukan iaitu menjadikan proses tadi kepada asal. Sekiranya kedudukan yang berubah itu dibiarkan, kanak-kanak tersebut masih mengetahui bahawa kuantiti kek lapis tersebut boleh diubah kepada kedudukan asal tadi. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut sudah mampu menguasai
16
konsep identiti iaitu perubahan yang berlaku pada kek tersebut adalah pada luaran sahaja dan tidak mengganggu kuantiti asal kek tersebut.
Faktor yang mampu mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut ialah faktor persekitaran. Keluarganya mungkin menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan menyebakan kanak-kanak tersebut mengikuti jejak langkah mereka untuk terus meningkatkan pengetahuan supaya tidak ketinggalan daripada rakan-rakanya yang lain. Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut mampu menguasai kemahiran yang sepatutnya dia perolehi pada tahap umurnya dengan baik dan tidak menghadapi masalah untuk memahami kemahiran tersebut.
Rakan-rakan juga memberi pengaruh untuk perkembangan kognitif kanakkanak tersebut. Rakan-rakan kanak-kanak tersebut yang baik dari segi pelajaran mampu meningkatkan kemahuannya untuk sama-sama mendapatkan ilmu pengetahuan dengan baik. Perkara ini akan membantu mengukuhkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut supaya pengetahuannya dalam kemahiran-kemahiran tertentu mampu diperolehi dengan mudah. Kanak-kanak tersebut juga mungkin mempelajari sesuatu kemahiran berdasarkan pemerhatiannya kepada perkara yang berlaku di sekelilingnya. Melalui cara ini, kanak-kanak tersebut mampu memahami sesuatu ilmu pengetahuan secara sendiri tanpa bantuan orang lain dan ini meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak tersebut untuk terus menjadi lebih baik seiring dengan peningkatan umurnya.
Faktor baka juga antara faktor yang menyumbang kepada pengaruh perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut
17
mungkin tidak mengalami sebarang masalah dalam perkembangan kognitif dan seterusnya menjadikan anak mereka mampu mengikuti perkembangan intelek dan potensi yang baik. Oleh hal yang demikian, tiada masalah yang dihadapi oleh kanakkanak tersebut untuk memiliki beberapa kemahiran yang harus dimiliki pada tahap umurnya seperti memahami prinsip identiti dan ganti rugi kerana kemampuan mentalnya berada pada tahap yang sepatutnya.
1
8
Implikasi Perkembangan Kognitif Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget,
terdapat beberapa implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran. Implikasi yang pertama adalah,Implikasi Terhadap Proses proses
pengajaran dan pembelajaran(P&P) Peringkat Pra Operasi Konkrit iaitu 2 hingga7 Tahun Pada
peringkat ini, minda kanak-kanak hanya dapat mengenal pasti bahanbahan konkrit. Jadi kanak-
kanak boleh menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahanbahan
maujud, contohnya seperti guli, batang aiskrim, batu, dan sebagainya. Contohnya dalam
kemahiran menambah dan menolak. Ini kerana kanak-kanak hanya mengetahui nombor
sebagai satu angka dan masih tidak dapat mengetahui jumlahnya. Dalam peringkat usia ini,
kanak-kanak lebih susah untuk memahami bahasa yang kompleks. Oleh yang demikian, jika
ingin memberikan arahan kepada kanakkanak pada kita haruslah menggunakan bahasa yang
pendek. Sebagai contoh, arahan untuk senyap ataupun arahan untuk melakukan aktiviti-aktiviti
lain. Guru mesilah mengunakan ayat yang pendek, mudah dan jelas. Guru juga boleh
menunjukkan contoh atau demonstrasi bagaimana untuk melakukan arahan yang dinyatakan.
Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini, susah untuk memahami sesuatu perkara
daripada sudut pandangan orang lain. Tambahan lagi daripada akan sebayanya. Hal ini kerana,
kanak-kanak pada usia ini sudah mula mempunyai sifat egosentrik. Sifat egosentrik ini adalah
satu sifat yang mementingkan kemahuan sendiri tanpa mengendahkan kemahuan orang lain.
Oleh sebab itu, penjelasan tentang sesuatu atau nasihat perlulah diberi dalam kata yang mudah
difahami oleh kanak-kanak serta empati terhadap pandangan kanak-kanak tersebut. Pada
peringkat ini, ibu bapa perlulah berhati-hati dengan penggunaan kata kerana sesuatu perkataan
boleh membawa pelabagai makna. Hal ini kerana pada peringkat ini, kanak-kanak masih tidak
memahami konsep sebenar tentang apa yang dikatakan. Contohnya seorang kanak-kanak
memberitahu ibunya “nak baring” iaitu kanak-kanak itu mengantuk dan dia sebenarnya hendak
tidur. Kanak-kanak juga perlulah diberi peluang untuk melakukan “hands-on” terhadap sesuatu
kemahiran. Hands-on di sini adalah bermaksud membiarkan kanak-kanak itu meneruskan
sesuatu yang dibuat. Hal ini adalah suatu proses yang membuatkan kanak-kanak dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, proses ini dapat membantu kanak-kanak lebih
berdikari. Contohnya jika kanak-kanak itu ingin makan dengan sendiri, ibu bapa harus
membiarkannya supaya kanak-kanak itu mendapat kemahiran tersebut. Kanak-kanak
mempunyai daya ingatan yang kuat. Hal ini jelas terbukti dengan kajian pemerolehan bahasa.
Oleh itu, guru perlulah melaksanakan pembelajaran yang dapat memberikan kanak-kanak
pengalaman. Guru juga boleh mengadakan sesi P&P diluar bilik darjah. Kenalkan flora, fauna,
tempat-tempat sebenar dan lainlain lagi kepada murid-murid. Hal ini adalah sebahagian
daripada proses pengayaan ingatan dan fikiran kanak-kanak. Contohnya bawa mereka melawat
Menara Berkembar Petronas, zoo dan sebagainya. Implikasi Terhadap Proses pengajaran dan
pembelajaran Peringkat Operasi Konkrit 7 hingga 11 Kita sebagai bakal pendidik haruslah
meneruskan penggunaan alat bantu mengajar yang berbentuk konkrit secara variasi. Hal ini
adalah penting bagi kanakkanak untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang baru. Selain itu,
bahan-bahan yang konkrit itu perlulah menarik minat kanak-kanak. Penggunaan bahan-bahan
yang terdapat di sekeliling mereka juga dapat membantu kanak-kanak mengaitkan
pengetahuan mereka yang sedia ada. Contohnya, model-model tiga dimensi (3D) seperti
haiwan, tumbuhan dan sebagainya untuk mewakili objek-objek yang baru dipelajari. Pada
peringkat ini juga, kanak-kanak perlulah diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-
objek yang diajar. Kanak-kanak ini perlu diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-
objek yang diajar tetapi dengan bimbingan guru. Hal ini adalah untuk kanak-kanak tersebut
berfikir secara kreatif dan kritis. Apabila guru telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar, biarkan
mereka mencuba sendiri apa yang telah diajar.
Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru mestilah ringkas dan tersusun
terutamanya pembentangan dan pembacaan. Hal ini kerana pembacaan dan pembentangan
adalah bagus untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam memperolehi kemahiran
berbahasa. Dalam proses P&P juga perlulah melibatkan penglibatan murid seperti sumbang
saran. Guru mestilah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengemukakan idea-idea
mereka. Contohnya guru memberi bahan bacaan beransur-ansur daripada yang mudah kepada
yang rumit. Kemudian, beri mereka peluang untuk mengemukakan dan membentangkan idea-
idea mereka dengan cara yang mudah seperti menggunakan peta minda dan sebagainya.
Contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar juga boleh diaplikasikan
oleh guru untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Misalnya pengalaman semasa
bercuti, pengalaman seharian dan sebagainya. Pengalaman-pengalaman ini dapat membantu
murid untuk memahami perkaraperkara yang lebih kompleks. Selain itu, guru boleh juga
mengenakan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah. Dalam hal ini, mereka
memerlukan pemikiran yang logik, analtik dan mungkin boleh diselesaikan melalui pengalaman
mereka. Kemudian minta mereka untuk menjelaskan penyelesaian masalah tersebut dengan
teratur dan sistematik.
Rumusan
Secara keseluruhannay,dapatlah dilihat disini bahawa perkembangan adalah perubahan
yang dialami oleh setiap individu yang bersifat kualitatif dan tidak dapat disukat melalui
kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dari masa ke masa. Proses ini akan berjalan
daripada lahirnya seseorang individu itu bukan sahaja hingga ke tempoh matangnya, namun
hingga ke akhir hayat. Selain itu, kita dapat lihat bahawa, terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi perkembangan seseorang itu iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Faktor
persekitaran pula terbahagi kepada dua iaitu pra-lahir dan selepas lahir. Faktor baka inilah yang
akan menentukan had perkembangan seseorang manakala faktor persekitaran akan dapat
membantu perkembangan seseorang ke tahap yang maksimum.
Selain itu, terdapat beberapa prinsip perkembangan yang dapat dikenal pasti. Antaranya
adalah mengikut aturan, berlaku secara berterusan, kadar perkembangan yang berbeza bagi
setiap individu dan lain-lain lagi. Perkembangan ini akan berlaku secara berterusan, proses ini
dihadapi oleh setiap individu dalam corak dan aturan yang hampir sama, namun
perkembangannya berbeza bagi setiap individu. Perkembangan berlaku mengikut peringkat
iaitu daripada peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Untuk
melaksanakan proses perkembangan ini berjalan lancar, guru merupakan individu yang
penting. Guru haruslah memain peranan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif serta
selesa untuk murid-murid. Guru juga perlu memastikan kelengkapan alat bantu mengajar yang
mencukupi. Di samping itu, kanak-kanak perlulah diberikan peluang untuk menyatakan
pendapat mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meyakinkan diri mereka untuk
menyatakan sesuatu kepada orang lain.
Selain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam membentuk
perkembangan anak-anak mereka. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin
agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap
kawasan perumahan juga perlu mengadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Hal ini
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan sebaya,
mengamalkan gaya hidup yang sihat, dan dapat melatih komunikasi yang berkesan antara
mereka dengan rakanrakan yang lain. Dengan cara ini, kanak-kanak akan tahu bagaimana
untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak juga perlu
mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu
bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak-anak mereka.
Kesimpulannya, semua pihak harus yang berkaitan haruslah memainkan peranan dalam
membentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil
dan sempurna. Selain daripada itu, kesedaran perlulah dibentuk terhadap ibu bapa dan
guruguru tentang pentingnya perkembangan minda kanak-kanak daripada awal kelahiran dan
perkembangan mereka.
Rujukan
Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Mook Soon Sang (2006), Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran
Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Puchong, Selangor. Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd, Puchong, Selangor. Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria (2007), Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak, Meteor Doc. Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1992), Psikologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan, Longman Sdn. Bhd, Subang Jaya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanak-kanak
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
http://psikologi-perkembangan.blogspot.com/2007/01/kanak-kanak.html