Assing jerebu (1)

23
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBHE 2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SEPTEMBER 2013 Name : Kavitha A/P Manoharan Matric number : 820930025612001 NRIC : 820930025612 Telephone Number : 017-4744434 E-mail address : [email protected] Learning Centre : Kedah Learning Centre Intake : September 2012

Transcript of Assing jerebu (1)

Page 1: Assing jerebu (1)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBHE 2203KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SEPTEMBER 2013

Name : Kavitha A/P Manoharan

Matric number : 820930025612001

NRIC : 820930025612

Telephone Number : 017-4744434

E-mail address : [email protected]

Learning Centre : Kedah Learning Centre

Intake : September 2012

Semester : September 2013

Page 2: Assing jerebu (1)

SOALAN

(a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan

punca-punca terjadinya jerebu tersebut.

(10 markah)

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada

hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat

ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim

ramalan cuaca negara kerana telah sering kali melanda negara kita.

IPU atau nama penuhnya adalah Indeks Pencemaran Udara digunakan oleh Jabatan Alam

Sekitar untuk menentukan kualiti udara di sesebuah kawasan terutamanya di Malaysia. Dalam

bahasa inggeris IPU turut dikenali sebagai APU yang membawa maksud Air Pollutant Index.

Fungsi IPU adalah untuk mengkaji kadar tahap pencemaran udara seperti jerebu akibat

daripada pembakaran terbuka dan beberapa faktor lain. Seperti yang sedia maklum, kesan jerebu

adalah sangat bahaya kepada kesihatan manusia kerana mengandungi kimia dan tosik akibat dari

pembakaran terbuka. Tahap IPU terbahagi kepada beberapa tahap seperti tertera dijadual di atas.

IPU pada tahap 101 ke atas adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan manusia .

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap

kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia

iaitu melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap

Page 3: Assing jerebu (1)

alam sekitar. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas

sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu

meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di

muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak

Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya.

Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera

ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya,

udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi

paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang

telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan

jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping

itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran

Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,

masalah jerebu turut berlaku sekali lagi.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa

kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan

oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara

pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu

malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat

pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar

sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi

sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami

padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka

tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan

ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.

Page 4: Assing jerebu (1)

Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan

perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-

bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti

industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor

di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah

masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit

kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan

menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu,

dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi

masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan

kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas

hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah

kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah

menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari.

Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap

pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas

yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam

lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan

dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan

ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan

berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak

terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang

perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap

pengusaha kilang menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah

mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak

untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka

Page 5: Assing jerebu (1)

sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh

mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak

pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap

beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur

tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino.

Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan

pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang

sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran

hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara

dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi.Contohnya letupan gunung berapi

Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan

habuk dan gas-gas ke dalam udara

Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan

jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak

wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu

diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum

nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya

generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.

Page 6: Assing jerebu (1)

(b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan

huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut.

(10 markah)

Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri

Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri

NEGERI / STATE KAWASAN/AREA MASA/TIME7:00AM

MASA/TIME11:00AM

MASA/TIME5:00PM

Johor Kota Tinggi 62* 60* 59*Johor Larkin Lama 82* 81* 75*Johor Muar 165* 132* 127*Johor Pasir Gudang 68* 66* 65*Kedah Alor Setar 61* 59* 62*Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 87* 87* 83*Kedah Langkawi 51* 51* 51*

Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 95* 92* 94*Kelantan Tanah Merah 83* 84* 83*Melaka Bandaraya Melaka 135* 131* 121*Melaka Bukit Rambai 160* 153* 144*

Negeri Sembilan Nilai 177* 168* 149*Negeri Sembilan Port Dickson 171* 158* 137*Negeri Sembilan Seremban 165* 144* 141*

Pahang Balok Baru, Kuantan 92* 86* 81*Pahang Indera Mahkota, Kuantan 87* 83* 77*Pahang Jerantut 137* 137* 117*Perak Jalan Tasek, Ipoh 139* 148* 159*Perak Kg. Air Putih, Taiping 142* 154* 150*Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 182* 193* 211*Perak Seri Manjung 288* 333* 290*Perak Tanjung Malim 175* 179* 170*

Page 7: Assing jerebu (1)

Perlis Kangar 56* 59* 64*Pulau Pinang Perai 118* 117* 103*Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 132* 128* 117*Pulau Pinang USM 121* 118* 106*

Sabah Keningau 53* 51* 53*Sabah Kota Kinabalu 70* 71* 71*Sabah Sandakan 50* 51* 53*Sabah Tawau 42* 37* 38*

Sarawak Bintulu 68* 62* 58*Sarawak ILP Miri 78* 75* 68*Sarawak Kapit 78* 78* 65*Sarawak Kuching 80* 74* 68*Sarawak Limbang 56* 53* 48*Sarawak Miri 80* 78* 73*Sarawak Samarahan 77* 73* 67*Sarawak Sarikei 81* 80* 72*Sarawak Sibu 92* 81* 78*Sarawak Sri Aman 81* 80* 80*Selangor Banting 292* 266* 197*Selangor Kuala Selangor 242* 229* 192*Selangor Pelabuhan Kelang 487* 484* 464*Selangor Petaling Jaya 213* 199* 181*Selangor Shah Alam 289* 291* 252*

Terengganu Kemaman 125* 112* 102*Terengganu Kuala Terengganu 101* 98* 89*Terengganu Paka 95* 91* 81*

Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 198* 189* 163*Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 186* 174* 147*Wilayah Persekutuan Labuan 72* 69* 66*Wilayah Persekutuan Putrajaya 195* 198* 176*

Sumber: Bacaan Terkini IPU Jerebu 25 Jun 2013 Seluruh Negeri | melvister.com 

Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah di Malaysia

yang terjejas akibat jerebu yang telah direkodkan pada 25 June 2013 berdasarkan rujukan

daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar

Page 8: Assing jerebu (1)

Jadual ini dirujuk berdasarkan kepada bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) / Air

Pollutant Index (API) pada 25 June 2013 yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam

7 pagi, 25 Jun 2013. Daripada laporan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) – JAS, 1 stesen

mencatatkan tahap merbahaya iaitu Pelabuhan Kelang manakala 5 stesen lagi mencatatkan

bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu, Seri Manjung, Banting, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan

Shah Alam.Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara

(IPU) untuk seluruh negeri mencatatkan 2 stesen ditahap merbahaya manakala peningkatan

stesen ditahap sangat tidak sihat kepada 9 kawasan. Dua stesen diharap merbahaya adalah Seri

Manjung dan Pelabuhan Kelang.

Bacaan terkini IPU Jerebu yang direkodkan berdasarkan maklumat dari Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Malaysia pada 25 Jun 2013, Selasa bagi seluruh negeri.

Jadual menunjukan catatan semasa Indeks Pencemaran Udara bagi setiap kawasan yang dilanda

jerebu pada 25 Jun 2013 baru – baru ini. Tahap jerebu disetiap kawasan iaitu Indeks Pencemaran

Udara (IPU) mengalami perubahan ketara di sekitar Lembah Klang dan Pelabuhan Klang sekali

gus menunjukkan kemerosotan kualiti udara di daerah itu pada 25 Jun 2013. Selain itu kawasan

di sekitar Lembah Klang turut mencatatkan bacaan berstatus “sangat tidak sihat”.Bandar

pelabuhan di Selangor itu pula telah mengalami jerebu terburuk di negeri tersebut apabila asap

beralih ke utara dari Muar dan Ledang dan Johor

Manakala, Kuala Langat, Subang Jaya, Shah Alam dan Seri Kembangan mengalami

jerubu yang sangat teruk. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi Selasa di

kawasan berkenaan mencatatkan tahap yang “tidak sihat” dan “sangat tidak sihat”

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk sesi pagi pada Selasa di beberapa kawasan

yang mengalami jerebu di Selangor telah menunjukkan perubahan ketara berbanding bacaan

yang dicatatkan semalam dan paling terjejas adalah pelabuhan klang melepasi tahap “berbahaya”

Selain itu, di Sri Manjung Perak, dan beberapa kawasan di Pulau Pinang turut mengalami

peningkatan IPU setakat bacaan jam 7 pagi. Manakala di daerah negeri Johor kualiti udara di

Kota Tinggi, Larkin Lama dan Pasir Gudang bertambah baik kepada tahap sederhana  hanya

Muar kekal pada tahap “tidak sihat” pada bacaan 165.

Page 9: Assing jerebu (1)

(c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang

sering melanda negara kita.

(10 markah)

Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu

yang semakin membimbangkan.  Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang

paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor.  491 buah sekolah di beberapa

daerah di Johor terpaksa ditutup.  Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan

dari Senai, Johor dijadual semula.  Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan

meningkat dengn mendadak.  Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang

menjadi duri dalam daging bagi negara kita?

Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan

pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara

kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu

mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan

terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah

jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan carbón dioksida, karbón monoksida

dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan

yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala

Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan

hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar

telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan

awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks

Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil

Page 10: Assing jerebu (1)

tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari

semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas

yang berlebihan dapat diatasi

Kelima, masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara

negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar .

Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian

saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Keenam, penguatkuasaan undang-undang harus ditingkatkan. Kilang-kilang diwajibkan

memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30

meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat

perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah

menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

Ketujuh, Pendidikan alam sekitar juga perlu diterapkan sewaktu di bangku sekolah lagi.

Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa

mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga

dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca

seperti jerebu.

Kelapan, Kempen kesedaran alam sekitar perlu diadakan sering kali. Kempen yang

dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat

mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran

kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.

Kesembilan, penggunaan petrol tanpa plumbum pula perlu meningkat di kalangan

masyarakat kita.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan

udara. Kesepuluh, penggunaan catalytic converter juga perlu ditingkatkan. Penggunaan alat ini

juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat

Page 11: Assing jerebu (1)

dikurangkan.

Kesebelas, Kempen kitar semula perlu meningkat dan kerap berlaku. Melalui kempen

kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru.  

Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan

ternakan. Manakala kayu  getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.

Konklusinya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan

berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.”

Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti

telur di hujung tanduk.”

(d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang

terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti

Page 12: Assing jerebu (1)

kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma,

bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan.

(10 markah)

Perokok merupakan golongan berisiko lebih tinggi terkena

jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan jerebu yang

semakin buruk. Golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan

di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan jerebu. Kedua-dua

asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru-

paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang

serius.Golongan ini berisiko menyedut asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis

asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak

nafas, kerengsaan dan alergi. Risiko jangkitan tersebut bukan sahaja menyerang perokok tegar

malah turut memberi kesan kepada perokok pasif.

Bagi yang berpenyakit asma mereka perlu berhati-hati

ketika melakukan kegiatan luar. Asma atau lelah dirujuk pada

keadaan sukar untuk bernafas. Biasanya mereka yang

berhadapan dengan masalah ini sangat sensitif terhadap

persekitaran. Kini, ia menjadi masalah kesihatan biasa malah

sembilan dari 11 peratus kanak-kanak di Malaysia berhadapan

dengan masalah itu. Malah 50 peratus ketidakhadiran ke sekolah disebabkan asma. Serangan

asma terjadi apabila seseorang itu berhadapan dengan punca alahannya. Asma sebenarnya satu

keadaan kronik. Kadangkala pesakit asma merasakan penyakit itu sudah ‘hilang’ dari mereka

tetapi sebenarnya tidak. Ia masih di situ cuma ia tidak ‘dirangsang’. Di kalangan kanak-kanak

juga, jangkitan pernafasan ini menjadikan asma bertambah teruk.

Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap

kesihatan orang tua. Jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan

Page 13: Assing jerebu (1)

kesihatan terjejas terutamanya kepada orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit. Mereka

akan mengalami gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain

adalah merasa sukar untuk bernafas atau mengalam sesak nafas. Hal ini adalah amat penting

untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah

tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam

kesihatan seseorang.

Bagi Kanak – kanak , jerebu mudah menyebabkan

iritasi kepada hidung, tekak, saluran penafasan, kulit dan

mata serta ruam kulit. Mereka akan mula bersin, berair

hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel

halus pada jerebu boleh memasuki bahagian dalam paru-paru

bayi. Menurut Dr Jasmine Mohd, seorang pakar O & G di

Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat juga kajian yang menunjukkan kaitan antara

pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem pernafasan

dalam beberapa bulan pertama bayi. Hasil kajian juga menunjukkan pencemaran udara

menyebabkan berat bayi yang rendah ketika lahir serta memungkinkan kelahiran pra-matang dan

kecacatan ketika lahir.

Bagi pesakit yang mengalami penyakit seperti asma,

bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi

alahan akan terdedah banyak kepada jerebu ini. Mereka yang

mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma,

sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik

hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang

di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan

BAHAN RUJUKAN

Page 14: Assing jerebu (1)
Page 15: Assing jerebu (1)
Page 16: Assing jerebu (1)

BIBLIOGRAFI

Page 17: Assing jerebu (1)

Mok Soon Sang.(2004).Pengantar Pendidikan Teras.Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd. Kementerian Kesihatan Malaysia.(2001).

Sihat Sepanjang Hayat.Kuala Lumpur .DewanBahasa dan Pustaka.

Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme; Julai 2001\:

PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur .

Mohd Sani Ibrahim, (1998) Perancangan Dan Strategi PelaksanaanLatihan Guru-

guruSekolah Bestari.Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara.Universiti

Kebangsaan Malaysia

.