Assignment Serangga

14
ISI KANDUNGAN TOPIK PERKARA MUKASURAT 1 Hasil Penemuan 1.1 Drosophila melanogaster/ Lalat buah. 1.1.1 Ciri- ciri morfologi lalat buah 1.1.2 Adaptasi lalat buah 1.1.3 Klasifikasi saintifik 1.2 Kutu kepala 1.2.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah 1.2.2 Adaptasi labah- labah 1.2.3 Klasifikasi saintifik 1.3 Labah-labah 1.3.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah 1.3.2 Adaptasi labah- labah 1.3.3 Klasifikasi saintifik

description

Tugasan PPG

Transcript of Assignment Serangga

ISI KANDUNGAN

TOPIKPERKARAMUKASURAT

1

Hasil Penemuan

1.1 Drosophila melanogaster/ Lalat buah. 1.1.1 Ciri- ciri morfologi lalat buah 1.1.2 Adaptasi lalat buah 1.1.3 Klasifikasi saintifik

1.2 Kutu kepala 1.2.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah 1.2.2 Adaptasi labah- labah 1.2.3 Klasifikasi saintifik

1.3 Labah-labah 1.3.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah 1.3.2 Adaptasi labah- labah 1.3.3 Klasifikasi saintifik

1.1 LALAT BUAH (Drosophila melanogaster)1.1.1 Ciri- ciri morfologi lalat buahDrosophila melanogaster mempunyai panjang tubuh sekitar 3 sampai 4 mm, tubuhnya berwarna kuning kecoklatan. Telur Drosophila kecil dan berbentuk bulat panjang dan biasanya diletakkan di permukaan makanan. Betina dewasa mulai bertelur pada hari kedua setelah menjadi lalat dewasa dan meningkat hingga seminggu sampai betina meletakkan 50-75 telur perhari dan mungkin maksimum 400-500 buah dalam 10 hari. Telur Drosophila dilapisi oleh dua lapisan, iaitu satu selaput vitellin nipis yang mengelilingi sitoplasma dan suatu selaput nipis tapi kuat (Khorion) di bahagian luar dan di anteriornya terdapat dua tangkai nipis. Korion mempunyai kulit bahagian luar yang keras dari telur tersebut. Pada hujung anterior terdapat mikrophyle, tempat spermatozoa masuk ke dalam telur. Walaupun banyak sperma yang masuk ke dalam mikrophyle tapi hanya satu yang dapat bersenyawa dengan pronuleus betina dan yang lainnya terus terserap dalam perkembangan jaringan embrio.

Keterangan Gambar:A. AntenaB. Mata C. TibiaD. TarsusE. ProtoraxF. Abdominal segmenG. Sayap

Rajah 1: Morfologi lalat buah

1.1.2 Metamorfosis Lalat Buah

Rajah 2: Metamorfosis lalat buah

Perkembangan hidup lalat buah bermula sebaik sahaja berlaku persenyawaan yang terdiri dari dua tempoh. Pertama, tempoh embrionik di dalam telur pada waktu persenyawaan hingga ketika larva muda menetas dari telur dan ini terjadi dalam waktu lebih kurang 24 jam. Pada waktu ini, larva tidak berhenti- henti untuk makan. Tempoh kedua adalah tempoh setelah menetas dari telur dan disebut perkembangan post-embrionik yang terbahagi kepada tiga tahap, iaitu larva, pupa, dan imago (fasa seksual dengan perkembangan pada sayap). Formasi lainnya pada perkembangan secara seksual terjadi apabila ia telah dewasa. (Silvia, 2003). Larva Drosophila berwarna putih, bersegmen, berbentuk seperti cacing, dan menggali dengan mulut berwarna hitam berhampiran kepala. Untuk pernafasan pada trakea, terdapat sepasang spirakel yang keduanya berada pada hujung anterior dan posterior. Apabila kutikel semakin mengeras, larva muda secara periodik berganti kulit untuk mencapai ukuran dewasa. Kutikel lama dibuang dan integumen baru diperluas dengan kadar pengambilan makanan yang tinggi. Selama tempoh pergantian kulit, larva disebut instar. Instar pertama adalah larva yang telah menetas hingga pergantian kulit pertama. Instar boleh dikenali melalui ukuran larva dan jumlah gigi pada mulut hitamnya. Selepas pergantian kulit yang kedua, larva (instar ketiga) makan sehingga bersedia untuk membentuk pupa. Pada tahap terakhir, larva instar ketiga merayap ke atas permukaan medium makanan yang kering dan berhenti bergerak. Selama makan, larva membuat saluran-saluran di dalam medium, dan jika terdapat banyak saluran maka proses pertumbuhan dapat dikatakan berlangsung dengan baik. Larva yang dewasa biasanya merayap naik pada dinding botol atau pada kertas tisu dalam botol. Dan di sini larva akan melekatkan diri pada tempat kering dengan cairan dan kemudian membentuk pupa (kepompong). Ketika larva Drosophila membentuk pupa, tubuhnya memendek, kutikula menjadi keras dan berpigmen, tanpa kepala dan sayap ianya dipanggil larva instar 4. Pembentukan pupa ditandai dengan pembentukan kepala, gumpalan sayap, dan kaki. Puparium (bentuk terluar pupa) menggunakan kutikel pada instar ketiga. Pada stadium pupa ini, larva dalam keadaan tidak aktif, dan dalam keadaan ini, larva bertukar menjadi lalat dewasa. Struktur dewasa tampak jelas selama tempoh pupa pada bahagian kecil jaringan dorman yang sama seperti pada tahap embrio. Pembatasan jaringan preadult ( sebelum dewasa ) disebut anlagen. Fungsi utama dari pupa adalah untuk perkembangan luar dari anlagen ke bentuk dewasa. Dewasa pada Drosophila melanogaster dalam satu kitaran hidupnya berusia sekitar 9 hari. Setelah keluar dari pupa, lalat buah warnanya masih pucat dan sayapnya belum terbentang. Sementara itu, lalat betina akan mengawan setelah berumur 8 jam dan akan menyimpan sperma dalam jumlah yang sangat banyak dari lalat buah jantan.

1.1.3 Adaptasi lalat buah terhadap persekitaran

1.1.4 Klasifikasi saintifik lalat buahAlam: HaiwanFilum: Arthropoda Kelas: Insecta Order: Diptera Suborder: Longhorn, ShorthornFamili: DrosophilidaeGenus: Drosophila Subgenus: SophophoraSpesies: Drosophila melanogaster

1.2 KUTU KEPALA (Pediculus humanus capitis)

Keterangan Gambar:A. AntenaB. Kuku cangkukC. MataD. FornsE. TibiaF. ToraksG. SpirakelH. Segmen AbdomenI. Pleural dengan spirakle abdomenPediculus humanus capitisdisebut juga kutu kepala yang merupakan ektoparasit yang menjangkiti manusia, termasuk dalam family pediculidae dimana penularannya adalah melalui sentuhan langsung dan dengan perantara barang-barang yang dipakai bersama-sama seperti sikat rambut, topi, skaf, penutup kepala, selimut dan lain-lain (Weems and Fasulo, 2013).1.2.1 Ciri- ciri morfologi kutu kepala

Nimfa kutu kepala berbentuk seperti kutu rambut dewasa, tetapi bentuknya lebih kecil. Telurnya berwarna putih mempunyai operculum 0.6-0.8 mm disebutnits. Bentuknya lonjong dan memiliki perekat, sehingga dapat melekat kuat pada rambut. Warna telur terlihat samar dan mirip dengan warna rambut dan mudah dilihat pada bahagian posterior. Telur yang kosong (nits) lebih mudah dilihat karena tampak putih diantara rambut yang gelap. Beberapa ahli menyebut nits lebih menunjuk pada telur yang kosong. Telur dieram oleh kepanasan tubuh dan biasanya menetas dalam masa 8 hingga 9 hari , tapi boleh menetas antara 7 hingga 12 hari bergantung kepada udara persekitaran samaada panas atau sejuk. Tempat yang paling mudah dilekati telur adalah berhampiran telinga dan bahagian belakang kepala.

Rajah 4: Metamorfosis kutu kepalaLingkaran hidup kutu rambut merupakan metamorfosis tidak lengkap, iaitu telur- nimfa- dewasa. Telur akan menetas menjadi nimfa dalam tempoh 5-10 hari setelah dikeluarkan oleh induk kutu kepala. Selepas mengalami 3 kali pergantian kulit, nimfa akan berubah menjadi kutu rambut dewasa dalam waktu 7-14 hari (Wijayanti, 2007). Dalam keadaan cukup makanan kutu rambut dewasa dapat hidup sehingga 27 hari lamanya (Sutanto dkk, 2008).

1.2.2 Adaptasi kutu kepala terhadap persekitaran

Kutu tidak boleh melompat atau terbang tetapi boleh merangkak. Kutu kepala dapat bergerak dengan cepat dan mudah berpindah dari satu perumah kepada perumah yang lain. Penelitian menjelaskan bahawa kutu dapat berpindah di antara sarung- sarung bantal pada malam hari namun dengan kebarangkalian yang rendah ( 4 % ) (Weems dan Fasulo, 2013). Kutu kepala ini dapat bertahan 10 hari pada suhu 5oC tanpa makan, dapat menghisap darah untuk waktu yang lama dan mati pada suhu 40OC. Panas yang lembab pada suhu 60oC memusnahkan telur dalam waktu 15-30 minit. Kutu kepala mudah dijangkitkan melalui sentuhan langsung atau dengan perantara barang-barang yang dipakai bersama-sama. (Wijayanti, 2007).

Kutu dewasa dan nympha mendapatkan makanannya dengan menghisap darah manusia. Kutu makan dengan cara menggigit melalui kulit dan menyuntikkan air liur untuk mencegah darah dari membeku, kemudian mengisap darah ke saluran pencernaan. Penghisapan darah boleh berlaku dalam jangka waktu yang lama jika kutu tersebut tidak terganggu. Sementara itu, ketika makan kutu dapat mengeluarkan kotoran berwarna merah gelap pada kulit (Weems dan Fasulo, 2013). Lepuhan pada kulit kepala akan berlaku disebabkan oleh tusukan kutu kepala ketika menghisap darah. Lepuhan sering ditemui di belakang kepala atau tengkuk. Air liur yang merangsang menimbulkan papula merah dengan rasa gatal yang hebat. Diagnosis dibuktikan jika terdapat rasa gatal-gatal yang hebat dengan bekas-bekas garuan kebiasaannya menemukan Pediculus humanus capitis dewasa, nimfa dan telurnya (Wijayanti, 2007).

1.2.3 Klasifikasi saintifik kutu kepala

Alam : HaiwanFilum : Arthropoda Kelas : Insekta Order : Phthiraptera Superorder : Anoplura Famili : PediculidaeGenus : Pediculus Spesies :Pediculus humanus capitis

1.3 LABAH- LABAH (Lycosa pseudoannulata)

1.3.1 Ciri- ciri morfologi labah- labah

Labah-labah, tidak seperti serangga lain, hanya mempunyai dua tagma dan bukannya tiga; kepala yang bercantum dantoraks (dikenali sebagaisefalotoraksatauprosoma) dan abdomen dikenali sebagai (opistosoma). Sejenis labah-labah yang kelihatannya pengecualian adalah apa yang dikenali sebagailabah-labah pembunuh, yang sefalotoraks kelihatan hampir terbahagi kepada dua unit yang bebas. Kecuali bagi beberapa spesies labah-labah yang amat primitif (familiLiphistiidae), abdomen tidak terbahagi secara luaran. Abdomen dan sefalotoraks dihubungkan oleh pinggan yang halus dikenali sebagaipedikelatausomit pragenital, satu ciri yang membenarkan labah-labah menggerakkan abdomennya pada semua arah. Pinggan ini sebenarnya segmen terakhir (somit) sefalotoraks dan hilang bagi kebanyakan ahli Araknid lain (pada kala jengking ia hanya dapat dikesan pada peringkatembrio). Labah-labah telah pun wujud di dunia semenjak 110 juta tahun dahulu, hasil daripada jumpaan fossil labah-labah di dalam batu amber di Sepanyol, contoh fossil sarang labah-labah tertua pernah dijumpai. Di dalamnya terdapat 26 utas sutera labah-labah, kebanyakanya bercantum, termasuk mangsa labah-labah seperti lalat, langau, kumbang, dan penyengat.

1.3.2 Adaptasi labah- labah terhadap persekitaranLabah-labahmerupakan haiwaninvertebratpemangsayang menghasilkansutera, dan mempunyai duatagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tiada sayap. Labah- labah dikelaskan dalamsusunanAraneae, satu daripada beberapa susunan dalamkelas araknidyang lebih besar, kumpulan yang turut mengandungikala jengking,tungau,sengkenit, danfalangid. Pengkajian labah-labah dikenali sebagaiaraknologi, dan mereka yang mengkaji labah-labah sebagaiahli araknologi.Kebanyakan labah-labah memburu dengan membinasarang labah-labahuntuk memerangkapserangga. Sarang ini diperbuat daripadasutera labah-labah, seutas benangproteinyang halus dan kukuh yang dihasilkan oleh labah-labah daripadaspineretyang pada kebiasaannya terdapat pada hujungabdomen. Membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbandingbesi keluli. Kesemua labah-labah menghasilkan sutera, walaupun tidak kesemua menggunakannya bagi menganyam perangkap yang rapi. Benang sutera digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementaraspermadan banyak lagi kegunaan yang lain.Kesemua kecuali satugenuslabah-labah mempunyai keupayaan bagi mencucukbisauntuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Hanya subset labah-labah yang terhad yang mampu mengakibatkanmasalah perubatan yang teruk apabila menggigitmanusia. Kebanyakan jenis labah-labah yang lain mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang.

1.3.3 Klasifikasi saintifik labah- labahAlam: HaiwanFilum: Arthropoda Kelas: Arachnida Order: Araneida Famili: LycosidaeGenus: Lycosa Spesies:Lycosa pseudoannulata