Assignment Hubungan Etnik

17
2. ETNIK IBAN (SARAWAK) PENGENALAN Masyarakat Iban pada sewaktu ketika juga dikenali sebagai Dayak laut, disebabkan penempatan awal mereka ialah di tebing-tebing sungai. Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak yang juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Masyarakat Iban mempunyai pelbagai suku kaum seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih berpegang kuat dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Masyarakat Iban pula sememangnya dikenali sebagai Pemburu Kepala Borneo. Kaum masyarakat Iban sehingga kini masih lagi mempunyai pantang-larang serta adat resam yang diperturunkan sejak dari nenek moyang. Masyarakat tradisional Iban terbahagi kepada tiga peringkat; keluarga nuklear, komuniti rumah panjai ( rumah panjang) dan suku wilayah. Ini struktur organisasi berdasarkan bahagian ruang dan sosial antara hubungan di kalangan ahli kumpulan.Iban adalah ahli keluarga nuklear, yang mana pula, adalah satu unit rumah panjang. Ahli ketiga-tiga tahap saling mempunyai hubungan persaudaraan, hubungan istiadat, kepentingan ekonomi, kesetiaan politik dan, masa lalu, dalam pakatan tentera. 2.1 SEJARAH 2.1.1 Asal Usul Masyarakat Iban Berdasarkan kajian sejarah, terdapat tiga teori kedatangan etnik Iban. Teori pertama, masyarakat Iban atau Dayak Laut berasal dari Kapuas, Indonesia tetapi berpindah dan mula menetap di Kumpang, iaitu tempat tinggal mereka yang pertama di Sarawak. Peluasan orang Iban di merata tempat di Sarawak boleh dijelaskan kerana masyarakat

description

bahagian A hubungan etnik

Transcript of Assignment Hubungan Etnik

Page 1: Assignment Hubungan Etnik

2. ETNIK IBAN (SARAWAK)

PENGENALAN

Masyarakat Iban pada sewaktu ketika juga dikenali sebagai Dayak laut, disebabkan

penempatan awal mereka ialah di tebing-tebing sungai. Iban merupakan golongan majoriti di

negeri Sarawak yang juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Masyarakat Iban mempunyai

pelbagai suku kaum seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih

berpegang kuat dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat

resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa

kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan

kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Masyarakat Iban pula sememangnya

dikenali sebagai Pemburu Kepala Borneo. Kaum masyarakat Iban sehingga kini masih lagi

mempunyai pantang-larang serta adat resam yang diperturunkan sejak dari nenek moyang.

Masyarakat tradisional Iban terbahagi kepada tiga peringkat; keluarga nuklear,

komuniti rumah panjai ( rumah panjang) dan suku wilayah. Ini struktur organisasi

berdasarkan bahagian ruang dan sosial antara hubungan di kalangan ahli kumpulan.Iban

adalah ahli keluarga nuklear, yang mana pula, adalah satu unit rumah panjang. Ahli ketiga-

tiga tahap saling mempunyai hubungan persaudaraan, hubungan istiadat, kepentingan

ekonomi, kesetiaan politik dan, masa lalu, dalam pakatan tentera.

2.1 SEJARAH

2.1.1 Asal Usul Masyarakat Iban

Berdasarkan kajian sejarah, terdapat tiga teori kedatangan etnik Iban. Teori pertama,

masyarakat Iban atau Dayak Laut berasal dari Kapuas, Indonesia tetapi berpindah dan mula

menetap di Kumpang, iaitu tempat tinggal mereka yang pertama di Sarawak. Peluasan

orang Iban di merata tempat di Sarawak boleh dijelaskan kerana masyarakat Iban

mengamalkan sistem tanaman padi secara berpindah-randah, untuk mendapatkan hasil

yang lumayan. Namun, terdapat juga para penganalisis sejarah yang menyatakan bahawa

etnik Iban berasal dari Timur Tengah yang kemudian ke Sumatera, memandangkan

kedatangan etnik Iban ada disebut dalam bahagian awal beberapa tusut Iban yang

panjang.  Tusut merupakan susur galur masyarakat Iban yang melebihi 2 generasi.  Teori

ketiga pula berpendapat bahawa kaum Iban berasal dari Sumatera yang berhijrah ke Borneo

lebih kurang 300 tahun dahulu.

Page 2: Assignment Hubungan Etnik

2.1.2 Konsep Ketamadunan Masyarakat Iban

Dalam konteks ketamadunan, masyarakat Iban telah bermula dalam sekitar

penghujung 1800-an. Tamadun masyarakat Iban ini juga sebahagiannya dipengaruhi oleh

seorang pemimpin kaum Iban yang bernama Lelang Belayan untuk mengubah haluan ke

hulu sungai Kumpang yang menghala ke Lubok Antu dan Engkelili lalu menetap di kawasan

Sungai Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai Batang Ai (Batang Air). Dari Batang Ai,

suku kaum Iban berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan membuat rumah panjang

mereka di Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak. Namun demikian, ramai di

antara mereka yang berpindah lagi lalu menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau di

bawah pimpinan Kajup, dan mereka kini dikenali sebagai Iban Undup. Kelihatannya,

perpindahan awal Dayak Iban adalah amat berselerak di kawasan hulu sungai Batang Lupar

dan Batang Saribas di Bahagian Sri Aman, dan perpindahan mereka ini telah berlaku sejak

abad ke 19 dari Hulu Batang Lupar melalui sempadan Kalimantan menuju ke kawasan

Rajang.

2.2.3 Penempatan Awal

Masyarakat Iban yang tinggal di Kalimantan hidup di Gua dan juga secara berpindah

randah untuk memenuhi keperluan makanan yang bergantung kepada hasil hutan dan juga

hasil buruan. Menurut hikayat dalam penceritaan masyarakat Iban iaitu Jerita Bejie Nangga

Ari telah menceritakan keadaan masyarakat Iban pada masa itu sehinggakan mereka

mendapat pengetahuan untuk membina pondok kecil sebagai tempat berteduh dan

kemudiannya berubah kepada pembinaan rumah panjang selepas Bejie dan abangnya

Bada mendapat pesanan daripada Dewa Raja Semarugah yang mengutuskan Puntang

Raga dalam menyampaikan adat istiadat mendirikan sebuah rumah panjang. Ini disebabkan

pada sebelum itu, rumah yang didirikan oleh Bejie dan Bada sering roboh apabila baru

sahaja didirikan kerana tidak mengikut pantang larang dan tidak memberikan penghormatan

kepada dewa.

         Proses perubahan petempatan masyarakat Iban telah menyebabkan gaya kehidupan

masyarakat Iban juga turut berubah. Dalam rumah panjang ini, masyarakat Iban hidup

sebagai sebuah keluarga yang besar dan ia saling memerlukan. Maka dengan ini, sifat

ketamadunan sudah mulai terbentuk hasil daripada idea Bejie dan Bada yang mendapat

ilham untuk mendirikan petempatan.

Page 3: Assignment Hubungan Etnik

2.3 Adat Resam / Pantang Larang

Seperti etnik-etnik yang lain, masyarakat Iban turut mempunyai adat resam, tradisi,

kebudayaan, istiadat, pantang larang dan nilai sosial kemasyarakatan mereka yang unik

serta tersendiri. Kaum Iban amat unik dan kaya dengan adat dan kebudayaan yang

tersendiri. Orang Iban percaya bahawa adat dan undang-undang tradisional (adat) telah

diberikan kepada mereka oleh tuhan-tuhan mereka dan oleh itu, sesiapa yang melanggar

adat akan sewajarnya dihukum luar biasa, jika tiada pampasan segera dibuat. Oleh itu, adat

dianggap sebagai keramat yang penting dan dianggap sebagai badan tingkah laku yang

betul untuk kesejahteraan dan kewujudan berterusan masyarakat mereka. Adat-adat ini

memerlukan bahawa di samping untuk pampasan kewangan, pembayaran upacara perlu

dibuat oleh orang-orang yang melampaui batas untuk pampasan bagi kerosakan yang

dilakukan ke atas roh-roh mangsa. Adat Iban mengutuk sikap yang jahil seperti kemalasan

(burok), tamak atau mementingkan diri (rangka), manakala kebaikan seperti keberanian,

kejantanan dan kemasyhuran (berita) adalah sangat dipuji.

2.3.1 Nilai Sosial Masyarakat Iban

Kaum etnik Iban secara tradisinya tinggal di dunia hutan yang penuh dengan

binatang, serangga myraid dan beribu-ribu organisma hidupan lain. Dengan berkongsi

persekitaran yang dinamik ini, Iban telah ditafsirkan kewujudan mereka sebagai keadaan

keseimbangan yang berterusan dengan makhluk yang lain, sama ada semulajadi atau

ghaib. Ini membentuk asas falsafah mereka; semua objek dan adat resam yang berkaitan

dengan hidup rumah panjang dan penanaman padi telah dipengaruhi oleh pemodenan serta

mengubah pengaruh agama dan sosial.

Becakap tentang nilai sosial kemasyarakatan, kaum etnik Iban Sarawak mempunyai

satu sistem nilai pusat yang terpenting iaitu eligatarianisme. Eligatarianisme bermaksud

asas pendirian yang menganggap bahawa kelas-kelas sosial yang berbeza mempunyai

bermacam-macam ahli, dari yang terpandai hingga ke yang terbodoh dalam perkadaran

yang relatif sama. Nilai pusat ini diamalkan dalam ketiga-tiga peringkat organisasi

masyarakat, seperti yang telah diterangkan sedikit di bahagian Pengenalan. Tiga peringkat

tersebut ialah keluarga nuklear, komuniti rumah panjai dan suku wilayah. Keluarga nuklear

atau bilek dalam bahasa Iban terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang, satu jumlah

asas untuk struktur rumah panjai. Nilai yang terpenting bagi peringkat ini ialah sara diri dan

segala aspek keluarga dititikberatkan dengan menampung sara diri dalam penghasilan

makanan ruji – nasi. Setiap ahli keluarga dikehendaki untuk memainkan peranan untuk

Page 4: Assignment Hubungan Etnik

menjaga nama baik keluarga masing-masing. Nilai saling menghormati di rumah panjang

memotivasikan keluarga Iban untuk menekankan nilai personal seperti bekerja keras,

berkemahiran dalam mengendalikan kerja rumah ( kaum perempuan khususnya) dan

kerelaan diri untuk berkorban demi keluarga. Rumah panjang Iban adalah sebuah institusi

yang mirip kepada kesatuan bersekutu keluarga dibilik beberapa yang tinggal di bawah satu

bumbung. Individu yang mempunyai kepentingan yang saling berkaitan dan terikat oleh

sambungan persaudaraan. Iban berhutang kesetiaan ke rumah panjang selepas kesetiaan

beliau kepada keluarganya. Didikan serta asuhan dalam rumah panjang Iban membawa

kepada penerapan nilai sara diri kesaksamaan, dan saling pergantungan dalam hubungan

mereka dengan satu sama lain. Didikan dalam keputusan rumah panjang di Iban melanggan

kepada nilai sara diri kesaksamaan, dan saling pergantungan dalam hubungan mereka

dengan satu sama lain. Kaum wilayah adalah perkumpulan kaum kerabat ditemui dalam

sistem sungai, membentuk sebuah persatuan masyarakat rumah panjang yang berkongsi

kepentingan bersama seperti tanah ladang, fungsi istiadat dan, dalam masa perang,

perikatan ketenteraan.

2.3.2 Perayaan ( Gawai Dayak)

Sekarang, beralih pula kepada perayaan yang disambut oleh etnik Iban, iaitu Pesta

Musim Menuai yang dikenali sebagai Gawai Dayak. Sebagai maklumat tambahan, Gawai

Dayak bukan sahaja disambut oleh kaum Iban, malah kaum di Sarawak yang lain seperti

Bidayuh, Kenyah, Orang Ulu dan Kayan. Bagi masyarakat Iban, perayaan tersebut disebut

sebagai Gawai Iban. Perayaan Gawai juga terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu Gawai

Batu, Gawai Burong (atau nama biasanya, Gawai Kenyalang), Gawai Rumah Baru (Gawai

Mangkong Tiang), Gawai Nama Ke Tajau, Gawai Antu, Gawai Ngemali Umai dan lain-lain

seumpamanya. Bagi Pesta Menuai, beberapa minggu sebelum Hari Gawai, isi rumah

membancuh minuman perayaan wain beras. Anjung (tanju) rumah panjang dibersihkan dan

dihiasi dengan tenunan selimut upacara (pua kumbu), tikar baru (tikai) dan bunting, dan

kuih-muih tradisional disediakan. Dalam masa seminggu sebelum Gawai, saudara-mara

yang telah berpindah untuk bekerja di pelbagai pelusuk negeri Sarawak akan pulang ke

kampung mereka untuk menyambut perayaan ini bersama.

Sambutan Gawai di rumah panjang bermula sebelum subuh pada 31 Mei, dengan

meletakkan tikar (beranchau tikai) dalam galeri terbuka (Ruai) untuk menandakan

gawai.Penghulu (tuai rumah) berdegup gong untuk bangun penduduk. Persiapan akhir

dibuat untuk majlis miring (persembahan kepada tuhan-tuhan) lewat petang. Setiap keluarga

menjalankan dua upacara miring: satu di bahagian masing-masing daripada ruai, dan lain-

Page 5: Assignment Hubungan Etnik

lain di Ruai mereka. Piring terdiri daripada beras pulut, garam, telur bolied, penkek, buah

pinang dan tuak. Seterusnya, ia diikuti dengan makan malam perjumpaan keluarga. Di

kebanyakan rumah panjang, keluarga Iban akan makan malam di ruai. Setelah makan

malam, keramaian akan disambut sehingga sebelum tengah malam, apabila imam-penyair

(lemambang) menyembah untuk mendapatkan rahmat daripada tuhan-tuhan serta tuah,

kesihatan yang baik dan panjang umur. Pada pertengahan malam, tuai rumah mengetuai

komuniti rumah panjang menyambut ketibaan tahun baru dengan roti bakar, dan bertukar

salam gayu guru gerai nyamai (panjang umur, kesihatan yan baik, harta kekayaan). Setelah

itu, satu upacara mandi diadakan bagi membuang segala nasib buruk atau sial.

Dua hari selepas itu (1 dan 2 Jun) ialah sambutan rumah terbuka untuk saudara-

mara dan sahabat handai. Pengunjung-pengunjung dari rumah panjang atau kawasan

berdekatan yang lain akan dilayan dengan makanan, tuak, muzik dan tarian. Pada hari

ketiga, piring dibuka dan dperiksa sebelum dibuang. Pesta Gawai selalunya berlangsung

selama satu minggu, dan berakhir dengan upacara penutupan iaitu gawai ngiling tikai,

bermaksud majlis melipat atau menggulungkan tikar.

Walau bagaimanapun, terdapat jenis Gawai yang lain turut disambut oleh kaum Iban,

iaitu Gawai Batu (kesihatan), Gawai Memali Umai (panjang umur), Gawai Ngintu Orang

Sakit (kebajikan), Gawai Kenyalang (simbol keberanian) dan Gawai Antu (tujuan kematian).

Gawai Antu (Roh atau Semengat dalam bahasa Iban) juga perayaan yang sinonim dengan

kaum Iban. Sambutan Gawai Antu menandakan perjalanan orang mati. Upacara ini adalah

untuk memastikan bahawa roh-roh si mati kekal di luar Sungai Mandai di ‘dunia kematian,’

yang dikenali sebagai Sebayan. Ia memuncak dalam mendirikan pondok kematian

(sungkup) di tanah perkuburan komunal. Masyarakat rumah panjang keseluruhan

mengambil bahagian dalam upacara dan berpesta.

2.3.3 Kelahiran dan Pemberian Nama Bayi

Masyarakat Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam

pelbagai aspek, terutamanya dalam aspek ibu mngandung sehinggalh ke saat kelahiran

bayi. Sewaktu wanita mengandung, dalam usia kandungan tujuh bulan, wanita Iban dan

suaminya perlu mematuhi pantang larang tertentu. Mereka dilarang menggali parit di

kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka tidak dibenarkan memotong atau

menebang pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang

pendarahan yang berterusan semasa saat melahirkan anak kelak. Selain itu, wanita

mengandung dilarang menuang minyak ke atas tangan untuk disapu pada rambut untuk

mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa melahirkan anak, seperti bayi yang

bernanah ketika dilahirkan. Suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau

Page 6: Assignment Hubungan Etnik

kayu kerana dikhuatiri bayi akan cacat penglihatan. Penanaman pokok pisang turut dilarang

supaya si bayi tidak berkepala besar. Dua pantang larang lain ialah mereka tidak boleh

memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan cacat anggota badan dan

suami isteri turut dilarang membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di

dalam rahim semasa dilahirkan.

Dari segi aspek kelahiran pula, bidan sememangnya berperanan penting dalam

mengendalikan proses kelahiran bayi. Terdapat beberapa adat yang diamalkan oleh

masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh

yang dipanggil sebagai pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran bagi menyampaikan

berita kelahiran tersebut. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. Tali

pusat bayi akan segera dipotong sejurus dilahirkan dan dimandikan. Bayi akan dibedung

dengan kain pua kumbu. Bidan akan membantu wanita yang baru melahirkan bayi dan

memastikan si ibu dan bayi dalam keadaan baik. Si ibu akan diurut oleh bidan yang

bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal badan akibat bersalin. Badan si ibu diusap

dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan etemu yang dibalut dengan tekalung,

sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu. Kaum wanita Iban yang bersalin akan

berpantang larang selama tujuh hari. Dalam tempoh tersebut, ibu akan diberi makan nasi

dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah

pulur. Semua makanan tersebut pula dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia

supya dapat memanaskan badan.

Selepas bersalin, kaum wanita Iban perli menjalani amalan yang dipanggil berdiang

atau bersalai, keadaan di mana si ibu perlu duduk menghampiri unggun api. Kayu yang

digunakan untuk unggun api mestilah dari jenis kayu yang baik, seperti kayu malam,

manding atau langsat. Kayu-kayu ini dipercayai mampu menyembuhkan penyakit ibu

bersalin. Sekiranya kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau jenis yang

beracun, asapnya dibimbangi akan memudaratkan si ibu dan bayi. Adat berdiang ini perlu

dijalani oleh si ibu selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh tersebut, si ibu perlu

menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah bgi memastikan pengiraan hari

kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap telah pulih sepenuhnya apabila menjalani adat-adat

tersebut. Seterusnya, adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila si byi

telah tanggal pusat, iaitu semasa bayi berusia empat hari. Bayi akan dibawa oleh nenek

atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut

bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mantera dibacakan

agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

Page 7: Assignment Hubungan Etnik

Dari segi menamakan bayi yang baru lahir juga mempunyai adat tertentu. Hal

menamakan bayi yang baru lahir amat dititikberatkan kerana nama baik dan elok

mempunyai kesan ke atas masa hadapan bayi tersebut. Sebelum memberi nama yang

rasmi, bayi-bayi akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir seterusnya akan diberi

nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal.

Tujuannya, ialah agar bayi tersebut mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek

moyng mereka tersebut. Seterusnya, upacara memlih nama akan dijalankan di mana kepala

nasi akan diletakkan di atas papan yang bertulis nama-nama yang dipilih. Kemudian, seekor

ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok (ayam) Tawai.

Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi

tersebut. Kemudian barulah nama itu disebarkan kepada saudara-mara terdekat.

2.3.4 Perkahwinan

Dari aspek perkahwinan, kaum etnik Iban mempunyai beberapa peraturan yang

dilakukan sebelum seseorang itu menjadi suami isteri. Pengantin lelaki perlu melebihi dua

puluh dua tahun, iaitu umur kematangan seseorang lelaki untuk bersedia berkahwin. Bagi si

gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna ialah

perkahwinan yang mematuhi kehendak adat Iban. Mana-mana pihak yang melanggar mana-

mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan kecelakaan

yang mungkin menimpa pasangan pengantin. Usaha mencari pasangan bergantung pada

keadaan di rumah itu, sekiranya keluarga tersebut besar, anak-anak mereka lambat

dikahwinkan. Sebaliknya, apabila keluarga tersebut kecil, anak-anak akan dkahwinkan

segera dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu.

Beberapa peringkat tertentu dalam perkahwinan Iban, iaitu merisik, meminang, bertunang,

majlis perkahwinan dan selepas perkahwinan. Perkahwinan biasanya ditentukan oleh

pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seoarng gadis, ibu

bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua-dua

belah pihak ini dikenali sebagai berbunga-bunag atau berjarum-jarum. Pada masa ini

jugalah syarat-syarat pekahwinan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga

pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis sekiranya hasil pertemuan itu

menggalakkan.

Pada peringkat meminang dan bertunang, rombongan pihak lelaki biasanya tidak

kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-

orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian

atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak

lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda

Page 8: Assignment Hubungan Etnik

pertunangan. Seterusnya, keuda belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari

perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain

tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian, wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita

pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Bagi majlis perkahwinan pula, pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis

perkahwinan yang bakal tiba. Pihak keluarga lelaki akan menyediakan perbelanjaan serta

barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga

membuat pelbagai persiapan termasuklah memburu binatang untuk disembelih pada hari

perkahwinan. Bagi jemputan tetamu, kedua-dua pihak perlu melantik wakil masing-masing

untuk menguruskan jemputan ke majlis perkahwinan. Wakil tersebut membawa beberapa

utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan akan dilangsungkan.

Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung

dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai

rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap

hari.

Pada hari majlis perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang

pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya

pengantin melalui jalan sungai. Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki melalui jalan darat.

Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik

sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan

dilepaskan. Kemudian, mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian

tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, ketua rombongan pengantin lelaki dipelawa

menyembelih seekor babi sebagai tanda penghormatan dan pada masa itu tembakan

senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula,

terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. ketua rombongan pengantin lelaki terlebih

dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, d tengah rumah dan di

huung rumah.

2.3.5 Kematian

Upacara menguruskan kematian turut mempunyai adat serta prosedur yang

tersendiri dalam masyarkat Iban. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan shabat

handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati

Page 9: Assignment Hubungan Etnik

seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Perkara ini dilakukan oleh ahli keluarga si

mati. Kemudian, mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakain yang sebaik-baiknya.

Kedua-dua pintu rumah panjang perlu digalang dengan dua batang alu. Masyarakat Iban

percaya bahawa jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si

mati. Kemudian, mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan

pa kumbu yang dipanggil sebagai sapat.

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-

barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati).

Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir

ditgaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga

tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar

dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang ta-tua akan

berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan

ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian, pinggan

itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi

beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yan baik

oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang

mempunyai motif tradisional.

2.3.6 Amalan Kesihatan

Amalan kesihatan masyarakat Iban terbukti terjaga melalui aktiviti seharian mereka

seperti amalan pemakanan, amalan tidur, amalan bersukan, amalan urut, kepercayaan dan

perubatan tradisional. Seperti yang sedia maklum,orang Iban tinggal di rumah panjang. Dua

tokoh yang dipercayai memimpin setiap rumah panjang, iaitu Tuai Rumah dan Tuai Burong.

Tugas Tuai Burong ialah mengetuai sesuatu upacara ritual dan perubatan tradisional,

bertanggungjawab menjaga kesihatan anak buahnya dan harus sentiasa bersedia untuk

mengubati dan memastikan anak-anak buahnya dalam keadaan sihat. Masyarakat Iban

mengamalkan sistem perubatan ‘manang’ (bomoh). Manang berperanan untuk meyakinkan

kaumnya bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan

kesihatan yang diwarisi. Sistem ini juga mempunyai pantang larang, di mana sesiapa yang

melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk. Dua konsep

perubatan etnik Iban, iaitu ‘sihat’ dan ‘sakit.’ Sihat didefinisikan sebagai kebolehan fizikal

dan mental melakukan tugas seharian, manakala sakit ialah keadaan fizikalnya yang lemah,

tidak bertenaga dan usia tua.

Page 10: Assignment Hubungan Etnik

Dua faktor yang membawa kepada faktor masalah kesihatan iaitu faktor semulajadi

dan ghaib. Faktor semulajadi berkait rapat dengan kecuaian manusia, cuaca, pemakanan,

kuman dan bakteria. Faktor magis pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta

pantang larang seperti kempunan. Orang Iban percaya bahawa alam ini dikuasai oleh suatu

kuasa yang tertinggi yang mengawal segala hal ehwal manusia, dan juga kepercayaan

aninisme, keadaan di mana makhluk-makhluk lain yang sering mengganggu kesihatan

mereka.

Dari segi faktor pemakanan yang berkait rapat dengan kesihatan, mereka memakan

apa sahaja yang boleh dimakan dan tidak wujud makanan halal atau haram. Contohnya,

orang Iban di kawasan Serian bnyak memakan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran,

ulam-ulaman dan buah-buahan. Di rumah panjang, daging haiwan buruan dan tangkapan

ikan dibahagikan kepada keluarga-keluarga. Konsep makanan sejuk dan panas juga

dititikberatkan demi menjaga pemakanan yang seimbang. Sayur-sayuran dan buah-buahan

dikategorikan sebagai makanan sejuk, manakala makanan seperti daging dan lada dalam

kategori panas. Minuman air tapai yang memabukkan pada musim perayaan Gawai adalah

dikategorikan sebagai sejuk kerana boleh mengurangkan suhu panas badan. Namun, jika

diambil secara berlebihan, ia bolh mengakibatkan seseorang yang berpenyakit asma sesk

nafas.

Masyarakat Iban mengamalkan pengambilan tonik-tonik tradisional yang diperbuat

daripada rempah ratus yang ‘panas’ seperti halia, lengkuas, kunyit, ketumbar, lada, lada

hitam dan lada putih. Manakala bahan-bahan ‘sejuk’ untuk menghasilkan tonik tradisional

ialah seperti madu lebah, tongkat ali dan lidah buaya. Sekiranya mereka mahu sentiasa

sihat, pantang larang sewaktu makan turut perlu dipatuhi. Kebersihan diri dan tangan amat

penting. Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. Mereka perlu

mengelakkan diri daripada minum sebelum makan yang akan mengakibatkan mereka kuran

memakan nasi. Minum semasa makan pula mampu menyebabkan mereka lemah tenaga

batin. Selepas makan, mereka dilarang mandi atau tidur, yang dikhuatiri akan menyebabkan

proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit.

Dari segi tidur pula, mereka perlu tidur secukupnya untuk mengelakkan masalah

kesihatan, iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Dua waktu tidur yang diamalkan,

siang dan malam. Tidur siang adalah dalam jangka masa setengah jam hingga satu jam.

Jika ebih daripada itu, mereka akan mengalami sakit kepala dan malas. Tidur petang

mampu mengembalikan semula tenaga dan kesegaran. Tidur juga mempunyai pantang

larang tetapi hanya tertakluk di luar rumah. Jika mereka tidur di luar rumah, mereka dilarang

menunjuk ke dahan reput di luar rumah. Sekiranya larangan ini diingkari, seseorang itu

Page 11: Assignment Hubungan Etnik

boleh ditimpa kemalangan. Selain itu, tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik

juga dilarang kerana kawasan sebegitu dipercayai mempunyai penunggu.

Orang Iban rajin bekerja menggunakan kudrat fizikal. Terdapat juga golongan muda

bersukan di kampung. Dalam penjagaan kesihatan, bersukan juga mempunyai pantang

larang. Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan kerana mandi boleh

mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan kaki. Mereka percaya

bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.

Budaya mengurut sememangnya diamalkan oleh kaum etnik ini bagi mengelakkan sakit

badan dan ketegangan urat. Urutan seluruh badan akan dilakukan sekiranya mengalami

keuzuran yang serius seperti kemalangan, lepas bersalin dan lumpuh. Mengurut boleh

meredakan ketegangan perasaan, ketakutan dan seterusnya memberi kedamaian dan

ketenangan. Melalui urutan dengan minyak lemak ular sawa, ia mampu membantu

perawatan dan pemulihan tulang patah. Pantangnya, mereka dilarang mandi selepas

berurut kerana dapat menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

2.3.7 Peralatan & Tarian Tradisional

Peralatan muzik tradsional masyarkt Iban adalah terdiri daripada Tawak ( gong ),

Bendai, gendang. Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat.

Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa

upacara adat resam antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah

panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.

Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah

tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku

kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam

masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban

yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku

kaum pribumi lain di Sarawak.

Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialahNgajat

Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat

Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).Tarian biasanya di

persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-

Page 12: Assignment Hubungan Etnik

pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari

cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Ngajat berbunuh yang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat

berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh

mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika

mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

Ngajat Induk pula merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan

wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat

masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang

tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang di

persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu.

Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat

pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan

keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang

yang digunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.

Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki

sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki

kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan

dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di

persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

Ngajat Ngalu Temuai (menyambut tetamu) dipersembahkan bagi tujuan menyambut

kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara

perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu

terhormat dan orang ramai.

Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan

penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian

sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian

Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat

dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan

wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya

akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai peralatan dalam

persembahan mereka.

Page 13: Assignment Hubungan Etnik

Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala ( kerapu

perak ) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan

bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran

flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau

penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit itu

tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang. Baju

tenung (wawan attire) pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran

burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar). Sirat merupakan

sejenis kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru

tua, putih, coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.

2.4 Kepercayaan

Orang Iban mempunyai sistem suratan amalnya di mana mereka percaya bahawa

tuhan-tuhan mereka berkomunikasi dengan mereka melalui panggilan dan haiwan burung

seperti burung raja udang berkumpul, burung piculet warna karat dan burung belatuk merah

dan oleh tindakan haiwan, reptilia dan serangga. Hal ini adalah, pada hakikatnya, sistem

bimbingan ilahi untuk kesejahteraan manusia. Atas sebab ini, pakar upacara ilmu nujum

(tuai burung) dirujuk sebelum apa-apa aktiviti yang penting yang dilaksanakan, seperti

pembinaan rumah, permulaan kitaran penanaman padi, pergi pada ekspedisi (bejalai) atau

peperangan (ngayau).

2.4.1 Upacara Ritual

Agama dan kepercayaan masyarakat tradisional Iban berkait rapat dengan

penyembahan kepada dewa atau tuhan. Dua dewa utama yang disembah oleh kaum Iban

ialah Simulang Gana yang memberi keberkatan kepada kehidupan khasnya untuk hasil

perhumaan dan Dewa Sengalang Burong yang merupakan Dewa Perang yang menlolong

kaum Dayak Laut ini dalam ekspedisi memburu kepala atau ngayau. Tiga dewa yang lain

ialah Raja Anda Mara Raja Tuah (memberi kekayaan dan kesenangan), Segindit (mencipta

langit) dan Segindie (mencipta air). Seperti masyarakat tradisional yang lain, Iban turut

mempunyai elemen kesusateraan mereka yang tersendiri, iaitu leka main puisi. Nama dewa-

dewa seperti yang telah dinyatakan di atas merupakan watak ghaib yang sering disebut

melalui ayat-ayat suci yang dinyanyikan menerusi puisi ritual (penyembahan) sperti pengap,

renong semain dan juga leka biau. Puisi tradisional tersebut selalunya dimainkan semasa

festival besar dan upacara ritual. Semasa puisi ritual dimainkan, masyarakat Iban

mempercayai bahawa para dewa akan datang ke majlis dan festival untuk melihat

Page 14: Assignment Hubungan Etnik

masyarakat Iban menyeru nama mereka. Para ketua adat dan pemuisi ritual akan

menjalankan upacara ritual yang mesti mengikut kesesuaian majlis untuk menyambut

kedatangan para dewa. Hali ini bertujuan mengelakkan mereka dilanda musibah kerana

gagal memberikan penghormatan kepada para dewa yang dijemput kemajlis yang diadakan.

Sebagai nota tambahan, para dewa bukanlah dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi

hanyalah berbentuk metafora.

Satu peringkat penting semasa upacara menyambut kedatangan para dewa ini ialah

upacara miring petara, yang bertujuan untuk menyediakan persembahan korban yang

berbentuk makanan dan bahan-bahan tradisional lain seperti pulut, ketupat, juadah kuih-

muih seperti penganan, bertih beras, telur, rokok daun, tembakau dan sebagainya. Bahan-

bahan in adalah mengikut kawasan di Sarawak. Sebagai contoh, di bahagian Betong, sebiji

telur ayam dibahagikan untuk beberapa set piring tetapi d bahagian Kapit, sebiji telur ayam

digunakan untk satu set dan biasanya diletakkan di atas bertih beras dalam sebiji mangkuk.

Upacara miring ini adalah untuk kegunaan bagi menguatkan roh dan semangat seperti piring

untuk persediaan mengembara (bejalai jauh), keberkatan diri sendiri (ngintu diri) dan tujuan

pengampunan.

Animis tradisional Iban percaya bahawa semua makhluk mempunyai jiwa diasingkan,

dan kepercayaan ini membentuk asas struktur mereka berbagai ritual. Dalam kehidupan

moral, jiwa Iban merupakan satu medium komunikasi dengan kuasa ghaib melalui mimpi

dan lain-lain pertemuan etheral apabila tuhan-tuhan muncul sebelum upacar ritual sebenar.

Ia adalah daripada pengalaman bahawa banyak karya kreatif seni Iban berasal daripada

kapas rumit tenunan (ikat), sangat simbolik dan kaya tradisi lisan seperti teks suci (timang),

puisi (pantun) dan lagenda (ensera).

Orang Iban percaya bahawa semasa aktiviti harian, jiwa manusia (mensia) dan dewa

atau roh-roh (petara /antu) sering meninggalkan kesan ke atas satu sama lain, dan ia adalah

berdasarkan dari persepsi dunia yang menyatakan bahawa nilai-nilai budaya dan sosial

mereka diperolehi. Oleh itu, kaum Iban mengamalkan kepercayaan mereka melalui upacara

mengenai ekonomi mereka, kebajikan sosial dan politik. Contoh upacara tersebut adalah

mereka yang berkaitan dengan beras, kebomohan (manang), keberanian, dan kematian.

Asas ritual padi menunjukkan bahawa kaum Iban melampirkan kepentingan kepada

penanaman padi.Kepada mereka, benih padi yang mempunyai jiwa rohani dan oleh itu,

penanaman beras asasnya adalah janji upacara, dengan upacara yang dilakukan pada

setiap peringkat kitaran penanaman padi, dari penjelasan bidang untuk menjaga tumbuh-

tumbuhan yang semakin meningkat dan menuai.

Page 15: Assignment Hubungan Etnik

Dewa-dewa kepercayaan kaum Iban kompleks dengan banyak dewa antropomorfik

yang mempunyai fungsi-fungsi dan kuasa khusus. Dua tuhan yang paling penting iaitu

Simpulang Gana (tuhan penanaman padi dan dewa yg menyelia tanah), dan Sengalang

Burung (tuhan peperangan dan kebajikan Iban). Simpulang Gana mempengerusikan

pertanian beras dan dipergunakan dalam setiap peringkat penanaman. Sekiranya apa-apa

penyakit menjejaskan pertumbuhan beras, upacara kelakuan Iban dan menawarkan piring

untuk mengambil hati dia, dan untuk pemulihan tanaman padi yang sihat. Pengorbanan juga

dibuat untuk Simpulang Gana apabila membina sebuah rumah baru dan sebelum

perkuburan untuk mengakui penggunaan tanah. Dewa peperangan, Singalang Burong, telah

disembelih semasa peperangan dan keberanian upacar penyembahan. Orang Iban juga

percaya bahawa ‘makhluk luar biasa’ (antu), beberapa hidupan berbahaya yang lain, wujud

dalam hutan, di sepanjang sungai, pada laluan dan juga di rumah-rumah panjang mereka

sendiri.

2.4.2 Kepercayaan Melalui Penceritaan Hikayat

Kepercayaan masyarakat Iban dapat juga dilihat melalui penceritaan hikayat dan

diturunkan kepada generasi masa ini. Penceritaan hikayat tersebut mengusahkan penduduk

Panggau Libau Giau Takang Isang Panggau Lendat Betungkatka Dan Sabang, Gelung Batu

Nakung dan juga tempat Apai Sabit Bekait di Tisi Langit. Tempat-tepat ini didefiniskan

sebagai alam ghaib kerana tiada pernyataan khusus dalam penceritaan hikayat masyarakat

Iban tentang tempat-tempat tersebut. Panggau Libau, khususnya, hanya dapat dijejaki oleh

seseorang Iban itu bernasib baik ataupun ditakdirkan bertemu dengan penduduk Panggau

Libau.

Terdapat juga pelbagai versi penceritaan hikayat penduduk Panggau Libau ini

kerana ia banyak mengisahkan pasangan yang popular seperti Keling dan Kumang. Pada

masa itu juga, kisah penduduk Panggau Libau yang menolong masyarakat Iban dalam

pelbagai perkara dan juga peristiwa peperangan Panggau Libau dan sekutunya Gelung

menentang Apai Sabit Bekait yang tempatnya terletak di kaki langit. Namun, kedua-dua

watak tersebut sukar diberikan taraf kerana ianya boleh jadi manusia, separuh dewa-

manusia ataupun dewa sepenuhnya.

*perkataan condong = Bahasa Iban