Assignment HBML 1203a
Click here to load reader
-
Upload
muhamad-ropi-awang -
Category
Documents
-
view
165 -
download
4
Transcript of Assignment HBML 1203a
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
1. Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan antara bahasa perantaraan yang terbesar di dunia, ianya
merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa
di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan Indonesia (dikenali sebagai
Bahasa Indonesia), Malaysia, Brunei Darussalam, dan Singapura. Manakala di Timor
Timur, Indonesia (sekarang Timor Leste), bahasa Melayu digunakan sebagai salah satu
"bahasa kerja" (working language). Bahasa Melayu juga ditutur di daerah yang
mempunyai pemastautin berbangsa Melayu, seperti di selatan Thailand, selatan Filipina,
Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan
berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan Bahasa Melayu kini
telah berkembang begitu pesat dan mendadak sehingga ramai pengguna bahasa Melayu
menghadapi kesulitan untuk mengikuti arus perkembangan tersebut. Salah satu
perkembangan yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu ialah pembakuan
bahasa.
2. Konsep Pembakuan Bahasa
Konsep pembakuan bahasa terbit daripada keperluan yang praktikal. Bahasa bukan
sahaja bertindak sebagai lambang penyatuan, tetapi berfungsi sebagai alat yang
melambangkan pengasingan apabila dikaitkan dengan nasionalisme. Ragam bahasa baku
menekankan kerapian, kejelasan, dan ketepatan baik alam susunan mahupun makna.
Bahasa baku menjalankan fungsinya dalam pelbagai bidang. Fungsinya yang paling besar
ialah menjadi bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan atau ilmu, dan bahasa
kesusasteraan. Dengan demikian bahasa baku mengalami proses kecendekiaan untuk
memastikan fungsinya itu berkesan. Kecendekiaan bahasa ialah proses yang
menyediakan sesuatu bahasa untuk membolehkannya membuat kenyataan-kenyataan
yang tegas dan cekap. Maksudnya, bahasa itu mestilah berupaya untuk menyatakan idea
yang kompleks dengan teratur dan licin, melalui kosa kata dan perkataan yang tepat dan
berkesan. .
________________________________________________________________________1
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
Oleh sebab penggunaan jenis bahasa baku ini berlaku dalam situasi rasmi, maka perlulah
ditentukan sifat bahasa ini benar-benar seragam dan mantap pula penggunaannya.Proses
pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap antaranya tahap pembakuan sistem tulisan,
pembakuan sistem ejaan, pembakuan kosa kata, pembakuan
tatabahasa dan pembakuan sebutan
3. Definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahhasa Melayu
3.1 Definisi Sebutan Baku
Sebutan baku merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan
bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan.
Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep bahasa baku. Secara tidak
langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu
masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam
masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.
Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi
bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai
variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa
Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek.
Terdapat beberapa definisi mengenai sebutan bahasa baku yang telah diutarakan
oleh beberapa orang tokoh bahasa. Nik Safiah Karim telah memetik pendapat Garvin dan
Mathiot (1978) yang telah mendefinisi bahasa baku sebagai satu bentuk bahasa yang
telah dikodifikasi, diterima, dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti
bahasa dan telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat. Contohnya ialah
satu variasi yang wujud dan diterima secara tidak rasmi oleh penutur-penutur
terutamanya orang atasan, golongan masyarakat di daerah kota besar atau ibu kota telah
dijadikan variasi bahasa baku. Oleh kerana variasi ini dituturkan oleh golongan terpelajar
dan elit maka variasi tersebut telah diterima pakai oleh penutur-penutu lain.
Tokoh seterusnya pula iaitu Asmah Hj. Omar, (1978:112) mendefinisikan bahasa
Melayu standard (baku) merupakan bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua
pemakai bahasa Melayu dan berbagai-bagai dialek dan tingkat masyarakat penggunaan
bahasa Melayu baku lebih kepada situasi formal yang meliputi bidang sintaksis, leksikon,
________________________________________________________________________2
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
dan sebutan. Pendapat atau definisi yang diberikan oleh Asmah Hj Omar disokong oleh
beberapa tokoh iaitu Abdullah Hassan (1974), E.M.F. Payne (1978), dan Nik
SafiahKarim (1978). Menurut mereka, “ Bahasa Melayu baku ialah satu variasi dialek
yang diajar disekolah-sekolah dan di institut pengajian tinggi, digunakan di radio dan
televisyen Malaysia (RTM) juga termasuk bahasa yang digunakan oleh para
cendekiawan”.
Manakala Anwar Ibrahim, (1989) berpendapat bahawa bahasa baku merujuk
kepada padanannya dalam bahasa Inggeris ‘standard language’, ialah konsep yang tidak
pernah ditolak dalam masyarakat yang mempunyai tamadun tinggi.
Abdullah Hassan (1983: 323) pula memberi definisi bahasa baku ialah ‘satu
norma yang agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan
penutur untuk berhubung’.
Manakala pendapat yang mengatakan bahawa sebutan bahasa Melayu standard
(baku) merupakan sebutan yang digunakan dalam situasi atau upacara rasmi dalam
majlis-majlis umum atau persidangan, di sekolah-sekolah, dan di institut pengajian tinggi
sebagai bahasa pengantar diutarakan oleh Raja Mukhtarudin Raja Mohd. Dain,
(1982:789)
Awang Sariyan, (1988:3) berpendapat bahawa Bahasa Melayu baku merupakan
bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan, ejaan, dan
tatabahasa. Oleh itu sebutan bahasa Melayu baku harus didasarkan kepada sebutan
fonemik.
3.2 Dasar Umum
Dasar umum dikategorikan kepada tiga ciri sebutan yang menurut perlambangan
huruf dan penyukuan kata, serta fungsinya didalam ayat. Sebagai garis panduan umum
kepada sebutan baku bahasa Melayu, beberapa ciri sebutan dibawah hendaklah diberi
perhatian. Ciri-ciri berikut ialah:
(i) Sebutan Huruf: Pada umumnya setiap huruf dalam sebutan rumi
dan jawi hendaklah jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang
dilambangkan.
________________________________________________________________________3
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
(ii) Sebutan kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara
keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku
kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.
(iii) Intonasi: Intonasi ialah kadar suara yang turun naikatau tinggi
rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan
bentuk ayat atau kalimat di dalam bahasa Melayu serta keperihalan
keadaan yang berkenaan.
4. Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi
fonologi
Maksud fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum dan
berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112) Manakala Frank
Parker dalam ‘Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik’ menjelaskan: “Fonologi
merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang
menentukan sebutan.” (1974:112). Manakala menurut J.W.M. Verhaar, Fonologi
(phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu
bahasa tertentu menurut fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.
(1983:86) Abdullah Hassan pula dalam bukunya ‘Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Malaysia’ menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa itu.”(1993:40)
Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-
bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada
pendapat Henderson yang menyatakan “ the study of the systematic organization of
selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been
called phonology”.
Salah seorang ahli linguistik Barat iaitu Dalbor pula menyatakan, “ phonology is the
study of the function and patterning of speech sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah
kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia”.
________________________________________________________________________4
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
Universiti terbuka pula menyatakan bahawa, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem
bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu
umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.
Di bawah ini merupakan antara sebahagian simbol yang digunakan dalam fonologi.
Abjad Rumi Fonologi Abjad Rumi Fonologi
Rajah: Kedudukan bunyi vokal didalam Bahasa Melayu
Sebutan Johor-Riau ini digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di
Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu
standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai
‘ě’, bunyi akhiran ‘r’ tergugur pada kata-kata tertentu, bunyi ‘o’ diguna menggantikan
________________________________________________________________________5
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur’ dan beberapa contoh lagi yang boleh
diperhatikan dalam jadual dibawah. Perkataan-perkataan ini diperolehi hasil
perbincangan dengan seorang pekerja pengawal keselamatan yang berasal dari Johor dan
kini menetap di Kelantan. Maklumatnya seperti dibawah:
Nama : Mat Zidik b. Tukiman
Umur : 54 Tahun
Asal : Bukit Naning, Johor
Pekerjaan : Pengawal Keselamatan
Contoh senarai beberapa perkataan bagi menjelaskan perbezaan sebutan baku dengan
sebutan Johor-Riau
Contoh Perkataan Johor Riau Sebutan Baku Huraian
/alih/ [aleh] [Alih]
Bunyi ‘i’ telah digantikan dengan bunyi ‘e’ dalam sukukata tertutup mengikut sebutan Johor Riau
/mukim/ [mukem] [mukim]
Bunyi ‘i’ telah digantikan dengan bunyi ‘e’ dalam sukukata tertutup mengikut sebutan Johor Riau
/angin/ [angen] [aŋin]
Bunyi ‘i’ telah digantikan dengan bunyi ‘e’ iaitu berlaku pertukaran fonem ‘i’ kepada ‘e’dalam sukukata tertutup.
/kucing/ [kuceng] [Kuciŋ]
Bunyi [i] dalam sukukata tertutup digantikan dengan [e]
________________________________________________________________________6
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
/bukit/ [buket] [bukət]
Bunyi [i] dalam sukukata tertutup digantikan dengan [e]
/jatuh/ [jatoh] [jatuh]Bunyi vokal [u] digantikan dengan bunyi [o]
/kerja/ [keja] [kerjə]
Pengguguran bunyi [r] ditengah kata sebelum huruf konsonen
/belum/ [belom] [belum]
Bunyi vokal [u] digantikan dengan bunyi [o]
/berjalan/ [bejalan] [berjalan]
Pengguguran bunyi [r] ditengah kata sebelum huruf konsonen
/tutup/ [tutop] [tutup]
Bunyi vokal [u] digantikan dengan bunyi [o]
/besar/ [besa] [besər]
Sebutan ‘besar’ dalam bahasa berlaku disebut dengan jelas tetapi dalam sebutan Johor Riau konsonan ‘r’ digugurkan.
/pasir/ [pase] [pasir]
Konsonan /r/ tidak diucapkan apabila berlaku sebagai penutup suku kata akhir dalam sebutan menurut loghat Johor-Riau
/lumpur/ [lumpo] [lumpur]
Akhiran [ur] juga tidak diucapkan apabila pada suku kata akhir dalam sebutan menurut loghat Riau-Johor, ianya digantikan dengan [o]
________________________________________________________________________7
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
/politik/ [politek] [politék]
Fonem [i] disebut dengan bunya fonem [e] dalam sukukata tertutup.
/memorandum/ [memorandom] [memorandum]
Fonem [u] disebut dengan bunya fonem [o] dalam sukukata tertutup.
/pergi/ [pegi] [ pərgi]
Pengguguran bunyi [r] ditengah kata sebelum huruf konsonen.
/kurikulum/ [kurikulom] [kurikulom]
Fonem [u] disebut dengan bunya fonem [o] dalam sukukata tertutup.
/aiskrim/ [aiskrem] [aiskrim]
Fonem [i] disebut dengan bunya fonem [e] dalam sukukata tertutup.
/telur/ [telo] [telur]
Fonem [ur] digugurkan dan digantikan dengan [o] pada akhiran perkataan.
5. Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu
5.1 Kebaikan Sebutan Baku
Memperkatakan mengenai kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu,
kebanyakan artikel, pandangan atau pendapat menumpukan kepada kekacauan
kerancuan, atau pun masalah untuk memartabatkan bahasa Melayu baku. Manakala soal
kebaikan sebutan Melayu baku jarang diperkatakan. Kerancuan mengikut Kamus Dewan
Edisi Ketiga mentakrifkannya sebagai " keadaan rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan.
Walaubagaimana pun kita akan melihat dari beberapa sudut kebaikan sebutan
baku sebelum melihat dari sudut keburukannya. Antara kebaikan sebutan bahasa Melayu
________________________________________________________________________8
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
baku ialah:
5.1.1 Kecekapan Berbahasa Melayu Baku
Apabila semua penutur menggunakan sebutan baku secara tidak langsung ianya dapat
menyelaraskan semua sebutan dikalangan penutur bahasa Melayu. Sebutan Baku yang
dipertuturkan akan difahami oleh semua kelompok yang menggunakan sebutan baku.
Kebolehan menguasai sebutan baku oleh semua pengamal dailek ini akan membantu
mereka untuk berkomunikasi lebih cekap tanpa rasa ragu-ragu atau rendah diri.
Contohnya penduduk negeri Kelantan atau negeri-negeri lain yang terlalu pekat
dialeknya, kebiasaannya menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk
negeri lain. Tambahan dengan kepekatan dailek mereka, tentunya menyukarkan komuniti
lain untuk memahami percakapan tersebut. Jadi dengan adanya keseragaman sebutan
baku mereka dapat berkomunikasi dengan baik dan cekap tanpa gangguan atau kesukaran
untuk memahamkan pendengar lain.
Usaha untuk memartabatkan sebutan baku ini juga telah diperdebatkan dalam parlimen.
Ini dilakukan kerana kabinet berpendapat, memang patut sebutan baku ini diketengahkan
serta diselaraskan. Di bawah ini merupakan sebahagian jawapan yang diberikan oleh
Timbalan Menteri Penerangan [Tuan Railey bin Jaffrey]: dalam sesi soal jawab.
Saya bcrada di Dewan Rakyat, walau bagaimanapun saya sukalah menjawab sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menjawab soalan Yang Berhormat Puan Rokiah binti
Zainuddin mengenai Bahasa Baku saya memohon agar saya dapat juga dibenarkan
menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut:
Pada 12hb Disember, 1988; dan
Pada 14hb Disember, 1988 akan datang ini.
Tuan Yang di-Pertua, mustahaklah diingatkan bahawa ada tiga aspek mengenai Bahasa
Baku itu iaitu:
1. Aspek Ejaan
2. Aspek Istilah
3. Aspek Sebutannya.
Pihak Kementerian telahpun menjalankan dua daripada aspek-aspek ini, iaitu aspek ejaan
dan aspek istilah, Kementerian ini telahpun melaksanakan aspek-aspek itu dengan
________________________________________________________________________9
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
sepenuhnya. Berhubung dengan aspek sebutan harus diingatkan bahawa negara kita
mempunyai berbagai bagai loghat. Semua loghat-loghat adalah penting daripada segi
mengadakan perhubungan yang berkesan. Oleh itu penggunaan Bahasa Baku sepenuhnya
dalam segala perhubungan tentulah akan menjejas perhubungan yang berkesan dan
sebutan dalam Bahasa Baku haruslah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat
bermula di peringkat persekolahan. Pihak Kementerian Penerangan sendiri memang
sudah mula menggunakannya, tetapi harus berhati-hati supaya pemahaman masyarakat
tidak terjejas. Penggunaan haruslah berkembang mengikut perkembangan
penggunaannya dalam masyarakat dan RTM sebagai sebuah stesen Radio dan Televisyen
di peringkat negara haruslah juga terus menggunakan sebutan bahasa dan loghat
tempatan yang penting untuk menjamin perhubungan yang paling berkesan dengan rakyat
jelata dan keseluruhannya. Namun begitu usaha-usaha terus dijalankan untuk penggunaan
sebutan baku menerusi latihan-latihan yang sesuai sejajar dengan dasar Kerajaan untuk
menggunakannya sebagai sebutan yang standard. 1
5.1.2 Penerimaan bahasa asing
Sifat bahasa Melayu itu sendiri melalui sebutan baku yang berkemampuan menerima,
menyerap atau menyesesuaikan sebutan atau perkataan asing menjadikan sebutan baku
sangat baik untuk diselaraskan. Perkataan atau bahasa asing yang diterima pakai dapat
diperluaskan dan diperkenalkan kepada semua penutur-penutur bahasa Melayu. Ini
berbeza jika penutur bahasa Melayu bergantung kepada dialek masing-masing,
kemungkinan tidak semua dialek akan menerima bahasa asing tertentu untuk dijadikan
bahasa pertuturan mereka. Akibatnya, lebih banyak ketidaksepakatan atau kesamaan
dalam penggunaan bahasa pertuturan masing-masing.
Jadual di bawah antara beberapa contoh bahasa negara asing yang telah diserap
dan digunapakai secara meluas dalam bahasa Melayu.
Contoh Bahasa Asing Contoh Bahasa yang Diterima
Bahasa Inggeris akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,
1 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DN-06-12-1988.pdf
________________________________________________________________________10
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
gobenor, kabinet, hidrogen, insurans,
motosikal, parlimen, stesen, teknologi,
paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi,
virus, wayarles
Bahasa Belanda
akademikus, debitur, ekonomis,
introdusir, invalide, kubus, langdros,
komponis, mester, otobis, percis,
supremasi, nol, mebel, marsuse, bangkir,
pigmen, rektor, studen, universitas
Bahasa Cina
angpau, beca, cawan, dacing, pecai,
samseng, sempoa, tauge, tauhu, tauke,
toko, tukang, tong, teko, mi, tocang
Bahasa Tamilbatil, kari, manikam, kapal, tirai, badai,
tose, cerpu, katil, perisai, talam, pingga,
Bahasa Hindiacar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar,
neraca, pateri, roti, tala, topi
Bahasa Parsi
bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi,
kenduri, medan, piala, nobat, pasar,
nakhoda, saudagar, pahlawan, jam,
serunai
Bahasa Portugis
almari, bendera, meja, boneka, garpu,
keju, kemeja, sepatu,tinta, gereja, paderi,
meriam, peluru, minggu, picu, roda,
bomba
Peminjaman bahasa biasanya berlaku disebabkan oleh pertembungan budaya yang
berlaku dalam berbagai-bagai kaedah seperti peperangan dan penjajahan politik,
perniagaan dan peradagangan, perhijrahan dan persahabatan, serta pendidikan dan
penyebaran agama.
________________________________________________________________________11
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
5.1.3 Satu Variasi Dalam Situasi Formal
Sebutan atau dialek yang pelbagai dapat disatukan dalam suatu situasi yang formal
seperti majlis rasmi, majlis penganugerahan dan sebagainya. Jika tiada penyatuan atau
penyelaran sebutan baku, mungkin sesuatu majlis itu akan menjadi kelam kabut dengan
pelbagai dialek yang dipertuturkan oleh jemputan masing-masing. Situasi ini akan
menimbulkan rasa tidak selesa untuk hadirin memikirkan atau menterjemahkan ucapan
yang dibuat dalam dialek masing-masing kepada bahasa yang mereka fahami. Di sini
menunjukkan bertapa pentingnya keseragaman sebutan bahasa itu diselaraskan.
5.1.4 Keseragaman Pertuturan
Apabila sebutan baku ini diseragamkan, secara tidak langsung akan mengurangkan
pelbagai variasi dan kaedah atau gaya sebutan mengikut dialek masing-masing. Ini akan
memberi ruang untuk mengurangkan penggunaan dialek masing-masing dalam urusan
rasmi. Asas keseragaman ini dapat dipupuk dari bangku sekolah rendah lagi hinggalah ke
pusat pengajian tinggi. Kesamaan dan keseragaman ini akan mengukuhkan lagi terus
daya bahasa itu sendiri.
5.1.5 Pemantapan sistem dan struktur bahasa
Kebaikan sebutan baku seterusnya secara khusus akan dapat menyeragamkan pelbagai
aspek bahasa sama ada dari segi berbahasa dan bertutur. Keseragaman ini akan dapat
memantapkan sistem dan struktur bahasa Melayu dari segi tatabahasa, kosa kata, sistem
ejaan dan laras bahasa itu sendiri. Secara tidak langsung dapat mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi serta gaya sebutan mengikut dialek masing-masing.
Penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga dapat
dihindarkan.
________________________________________________________________________12
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
5.2 Keburukan Sebutan Baku
Disebalik kebaikan-kebaikan sebutan bahasa Melayu baku yang telah diketengahkan dan
disaat sebutan baku itu dimasyarakatkan, terdapat pelbagai kekeliruan yang timbul
berpunca daripada salah faham dan aliran fahaman yang menyimpang jauh. Ianya
berpunca daripada anggota masyarakat yang terdiri daripada para pemimpin dan ahli ilmu
yang cepat membuat pendirian dan kesimpulan sebelum benar-benar memahami isu yang
sebenarnya. Akibat daripada kesimpulan dan pandangan daripada mereka ini telah
menampakkan beberapa keburukan dalam usaha menyelaraskan sebutan bahasa Melayu
baku. Antara keburukan yang diutarakan ialah:
5.2.1 Mematikan dan Mengganggu Dialek Ibunda
Apabila bahasa diselaraskan, secara tidak langsung ia akan menghalang pelbagai variasi
bahasa yang berkembang sebelum ini. Kebimbangan akan kehilangan dialek negeri
masing-masing begitu merisaukan, ini akan menyempitkan lagi penguasaan bahasa
seseorang. Kebimbangan ini dapat dilihat pada muda-mudi sekarang yang sudah tidak
memahami perkataan-perkataan dialek yang agak dalam bunyinya. Keadaan berlaku
kerana sikap tidak begitu mengambil berat tentang bahasa ibunda. Apa lagi jika bahasa
itu dibakukan dan diselaraskan, mereka mungkin langsung tidak menggunakan dialek
masing-masing. Akibatnya dialek ibunda dengan sendiri akan terhapus.
Sebutan baku juga dikhuatiri akan mengganggu dialek ibunda setiap kali
berkomunikasi. Kelancaran komunikasi mungkin terganggu kerana penutur cuba
menggunakan dan menyesuaikan sebutan dialek mereka dengan sebutan baku.
5.2.2 Menimbulkan kesulitan untuk memahami sesuatu makna
Tafsiran yang salah terhadap sebutan bahasa Melayu baku memberikan satu situasi dan
kekeliruan kepada penutur dan juga para pelajar. Mereka beranggapan bahawa bahasa
atau sebutan baku merupakan bahasa yang berbunga-bunga dan istilah asing yang sukar
difahami. Fahaman atau tanggapan ini telah menyukarkan proses pembakuan bahasa itu
sendiri.
________________________________________________________________________13
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
5.2.3 Menghilangkan Indentiti Malaysia
Keburukan seterusnya ialah kebimbangan masyarakat bahawa mereka akan kehilangan
indentiti Malaysia. Ini mungkin berlaku apabila penutur tidak lagi menggunakan bahasa
ibunda atau dialek masing-masing. Apabila bahasa ibunda ini jarang digunakan, satu
masa nanti bahasa itu akan lenyap. Dari situ akan lenyaplah indentiti Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai rumpun budaya dan juga bahasa.
5.2.4 Sebutan Baku adalah Pengaruh Indonesia.
Ramai beranggapan bahawa sebutan baku begitu mirip dengan sebutan bahasa Indonesia.
Apabila bertutur menggunakan sebutan baku seolah-olah kita menggunakan dan
mengagung-agungkan bahasa Indonesia. Fahaman ini telah membantutkan usaha
menyelaraskan bahasa baku ke tahap yang sepatutnya.
5.2.5 Bertentangan Dengan Prinsip Linguistik
Sebutan baku dari satu sudut merupakan ancaman kepada prinsip linguistik yang begitu
mementingkan kebebasan untuk berkomunikasi “ bahasa ialah pertuturan”. Sebutan baku
sebenarnya telah mengongkong pelbagai variasi bahasa yang diamalkan sebelum ini.
Atas alasan ini, ramai dikalangan penggiat bahasa tidak bersetuju dengan langkah untuk
membakukan sebutan bahasa Melayu. Manakala sebahagian lagi penggiat bahasa
berpandangan sebaliknya.
6. Penutup
Sesungguhnya untuk menyatukan sebutan bahasa Melayu baku memerlukan komitmem
dari semua pihak. Bagi mereka golongan berpendidikan yang dianggap sebagai
pemimpin masyarakat, perlulah memainkan peranan dengan bijak dan penuh hikmah.
Alasan yang mengatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang
cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea atau buah fikiran tidak boleh diterima akal
sama sekali. Ini kerana bahasa Melayu sememangnya bersifat terbuka, sanggup dan telah
menerima perkataan - perkataan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris bagi
menambah dan memantapkan lagi sistem perbendaharaan kata bahasa Melayu.
________________________________________________________________________14
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
Walaupun bahasa baku telah diperkenalkan di negara kita pada tahun 1988 lagi namun,
masyarakat kita khususnya mereka yang berpendidikan belum lagi menghayati
penggunaaan bahasa baku dalam kehidupan seharian atau sekurang-kurangnya dalam
urusan-urusan rasmi walaupun statusnya sebagai bahasa kebangsaan . Apa yang nyata
penggunaan bahasa baku amat rendah dan lebih malang lagi ia telah dicampuradukkan
dengan pelbagai bahasa yang telah merosakkan sama sekali bahasa tersebut samada dari
segi istilah, ejaan dan juga tatabahasanya. Keracuan yang berlaku ini menyebabkan
timbulnya masalah dalam usaha proses pembakuan bahasa ini. Justeru itu, disarankan
agar kesedaran mengguna dan mengamalkan bahasa dengan betul perlulah disemai dari
peringkat bawahan lagi terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang baru memahami
bahasa. Dalam masa yang sama, kesedaran ini juga perlu disemai disemua peringkat
yang lebih tinggi dan dalam majlis-majlis rasmi. Rasa kekok atau rendah diri untuk
berbahasa Melayu mesti dihapuskan.
Kesimpulannya, bahasa sebenarnya masih belum lagi dihargai sebagai
‘’ jiwa bangsa’’. Pepatah ‘Bahasa Jiwa Bangsa’’ belum sebenar-benarnya dihayati oleh
semua orang.
________________________________________________________________________15
MUHAMAD ROPI B. AWANG Ipgmkb/Mei/10/690208035159
BIBLIOFRAFI
Awang Sariyan. (2002).Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan. ( 2004 ). “ Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu’’. Kertas edaran
dalam Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran, 21 Disember
2004.
Awang Sariyan, (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan Suatu
Idelisma. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
________________________________________________________________________16