Assig. Jepun
Transcript of Assig. Jepun
-
7/29/2019 Assig. Jepun
1/11
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Sidang Akademik 2010/2011
JMS 416 - Sejarah Sosio-Politik Malaysia:
Gerakan Protes
Soalan 1 : Bincangkan gerakan-gerakan anti Jepun 1942-1945 di TanahMelayu, Sabah dan Sarawak.
1Pada tanggal 8 Disember 1941, Jepun telah mendarat di Kota Bharu dan
seterusnya ke Kuantan dan Mersing. Tentera Jepun meneruskan kemaraan dengan
menawan Jitra pada 12 Disember 1941.
Tentera Jepun memasuki Kuala Lumpur pada 1 Januari 1942. Repulse dan Prince
of Wales adalah dua buah kapal perang British yang digunakan utk mempertahankan
perairan Tanah Melayu dari serangan Jepun. Malangnya kapal itu telah ditenggelamkan
oleh Jepun di perairan Pahang. Akhirnya, Singapura ditawan pada 15 Februari 1942.
Sabah dan Sarawak juga menjadi sasaran Jepun disebabkan kepentingan minyaknya.
Di negeri Sarawak pula, pada 7 Disember 1941, kapal terbang tentera udara
terbang melalui ruang angkasa di Bandar Kuching.2Miri diserang pada 16 Disember
1941. Dari Miri, tentera Jepun menuju ke Kuching, Labuan, pantai barat Sabah dan
seterusnya ke Sandakan. Kemudian, pada 25 Disember 1941, Bandar Kuching telah
ditawan oleh pihak Jepun.
Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan, Sabah.
Matlamatnya untuk menakluk Borneo Utara dicapai dengan pantas. Pada 16hb Mei 1942,
1 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (Tumpuan di Negeri Kedah), KualaLumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm.1.2 Haji Buyong Adil, Sejarah Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1981,hlm.23.
1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Labuanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Labuan -
7/29/2019 Assig. Jepun
2/11
secara keseluruhannya negeri ini jatuh ke tangan Jepun. Di bawah pentadbiran Jepun, ia
dibahagikan kepada dua bahagian; bahagian Persisiran Pantai Barat termasuk
pendalaman dan bandar Kudat dinamakan Sheikai Shiu dan bahagian Persisiran Pantai
Timur dinamakan Tokai Shiu.
3Pendudukan Jepun di Sabah ditentang oleh kumpulan-kumpulan gerila. Antara
penentangan yang dilakukan adalah Gerila Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di
Persisiran Pantai Barat dan satu lagi dipimpin Datu Mustapha pada bahagian utara. Akan
tetapi, Gerila Kinabalu terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan
ahli-ahli sekutunya di Petagas pada tarikh 21hb Januari 1944.
Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila
Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan. Perang
yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh Leftenen
Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel Elimus di
Paparpada 15hb September 1945 dan Major Akashi di Beaufort pada 17hb September
1945.
Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan (Australia, British,
Amerika Syarikat dan New Zealand) yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandar-
bandarSandakan,Jesselton dan Labuan.
Selain di Sabah dan Sarawak, Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh
Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora
pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di
3www.SejarahMalaysia .pnm.my
2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kudathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sheikai_Shiu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tokai_Shiu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Guerila_Kinabalu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Albert_Kwok&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Datu_Mustaphahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Petagas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Divisi_Kuasa_Imperial_Australia_ke-9&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leftenen_Jeneral_Masao_Baba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leftenen_Jeneral_Masao_Baba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kolonel_Elimus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Paparhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majer_Akashi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Beaufort&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sandakanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jesseltonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Labuanhttp://www.sejarah/http://www.sejarah/http://www.sejarah/http://ms.wikipedia.org/wiki/Kudathttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sheikai_Shiu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tokai_Shiu&action=edit&redlink=1http://www.sejarah/http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Guerila_Kinabalu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Albert_Kwok&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Datu_Mustaphahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Petagas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Divisi_Kuasa_Imperial_Australia_ke-9&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leftenen_Jeneral_Masao_Baba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Leftenen_Jeneral_Masao_Baba&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kolonel_Elimus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Paparhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Majer_Akashi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Beaufort&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sandakanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jesseltonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Labuan -
7/29/2019 Assig. Jepun
3/11
bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi
serangan tersebut dapat ditangkis tentera British.
Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur
ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa
mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan
Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan
beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini
menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.
Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada
awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera
British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan
pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan
bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada
dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke
selatan menuju kearah Sungai Perak.
4Serangan ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan
besar Jepun yang bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan baru Asia Timur
Raya yang berpusatkan negeri Jepun dan meliputi negeri Jepun sendiri, China,
Mancukuo, Indocina Perancis, Siam, Tanah Melayu, Borneo, Kepulauan Hindia Timur,
Australia, New Zealand dan India.
4 Lotfi Ismail,Sejarah Malaysia 1400-1963,Utusan Publications & Distributors,K.L:1980,hlm.235.
3
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kor_ke_III_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_India_Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Perakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kor_ke_III_India&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_India_Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Perak -
7/29/2019 Assig. Jepun
4/11
5Setelah Jepun menakluki Tanah Melayu, tentera Jepun mula bertumpu Sabah
dan Sarawak. Di negeri Sabah, serangan dilakukan ke atas Labuan yang menjadi sasaran
utama Jepun pada 1hb. Januari 1942. Kemudian Jepun telah berjaya menawan Kota
Kinabalu pada 9hb. Januari 1942.
Seterusnya, di negeri Sarawak pula, Jepun telah menyerang Sarawak pada 7hb.
Disember 1941. Pada masa itu, kapal terbang tentera udara terbang melalui ruang
angkasa di Bandar Kuching. Jepun menduduki Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
selama lebih kurang tiga tahun setengah. Sungguhpun tidak begitu lama, tetapi telah
membawa perubahan yang penting dari segi aspek ekonomi, politik dan sosial.
Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu melalui mendapatkan sokongan daripada
anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan.
Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji
Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan semboyan, Asia untuk Orang Asia.
Di samping itu, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak adalah
penuh dengan kucar-kacir, kepahitan dan kesengsaraan. Oleh kerana pemerintahan Jepun
itu terlalu kejam, zalim dan keras, maka ramai penduduk Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak telah lari meninggalkan keluarga mereka lalu masuk ke hutan-hutan dan
menyusun pasukan-pasukan di bawah tanah bagi menentang kerajaan Jepun.
6Penduduk di Tanah Melayu menderita akibat seksaan Jepun. Mereka menghadapi
masalah kekurangan makanan, penyakit-penyakit berleluasa, pengangguran semakin
meningkat dan dipaksa bekerja untuk menjayakan matlamat peperangan Jepun.
5 Mohd Idris Salleh, Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan NegaraKuala Lumpur: Percetakan Sumber Sdn.Bhd. 1944, hlm.73.6 Kok Koun Chin, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1988, hlm.98.
4
-
7/29/2019 Assig. Jepun
5/11
Setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, Maharaja Jepun menyerah diri. Namun
pentadbiran Jepun di Singapura dan Tanah Melayu belum sanggup berbuat demikian.
Apabila Jepun telah menyerah kalah, M.P.A.J.A. telah bermaharajalela sebagai Parti
Komunis Malaya (PKM). Parti ini telah ditubuhkan pada 20 April 1930.
Parti Kuomintang dari China telah memainkan peranan penting dalam penyebaran
perfahaman Komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu telah
diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan Komunis di Tanah Melayu
menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi ia telah diharamkan pada tahun 1930.
Kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan bertujuan untuk menghalau
keluar Jepun dari Tanah Melayu dan ingin menubuhkan Republik Komunis. Pada masa
itu, apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Walaupun PKM tidak
dapat berkembang dengan pesat pada peringkat awal, tetapi ia tidak dapat bergerak dalam
dua aktiviti penting pada ketika itu. Pertama, PKM berjaya mempergunakan keadaan
kemelesetan ekonomi dalam mempengaruhi kaum buruh di Tanah Melayu untuk
mengadakan permogokan.
Dengan itu, dapat menimbulkan ketidakstabilan ekonomi yang boleh menjejaskan
kekuatan ekonomi dan pentadbiran British di Tanah Melayu. PKM berjaya
mempengaruhi pekerja dari hampir semua bidang termasuklah pekerja kuari, pekerja
binaan, pekerja kilang nenas, pembuat kasut, orang gaji, pekedai dan pekerja di estet
getah. Antara contoh mogok adalah seperti yang berlaku di Kuala Lumpur, dalam
kalangan tukang kasut pada tahun 30 Disember 1933.
5
-
7/29/2019 Assig. Jepun
6/11
PKM mula mendapat sanjungan dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap
sebagai pelindung kepada orang-orang Cina daripada Jepun. Seterusnya, PKM juga telah
melarikan diri ke hutan dan dengan adanya kerjasama British berjaya menyertai Malayan
Anti-Japanese Union (MAJU) di bawah pihak British.
7Seterusnya, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya
(PKM) juga telah mendapatkan bantuan daripada British. Menurut Miller, dalam
bukunya, The Jungle War in Malaya beliau telah menegaskan terdapat kira-kira dua
ratus anggota PKM telah mendapat latihan dari pihak British sebelum jatuhnya Singapura
pada Februari 1942.8Pada masa itu, British juga telah menubuhkan sekolah latihan khas 101 di
Singapura. Parti ini telah diketuai oleh Kolonel Spencer Chapman untuk melatih
pegawai-pegawai tentera serta anggota-anggota PKM bagi menentang serangan Jepun.
gerila diadakan. Tetapi kegagalan dihadapi pada setiap kali apabila serangan diadakan ke
atas Jepun. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, serta bertujuan untuk mendapatkan
sokongan ramai maka PKM telah menubuhkan M.P.A.J.A.
Pendek kata, angkara pihak Jepun terhadap penduduk Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak menimbulkan rasa benci di dalam jiwa orang-orang Asia terhadap Jepun.
Beberapa pasukan dan pertubuhan yang menentang Jepun secara gerila. Antara gerakan
anti-Jepun termasuklah Tentera-tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (The Malayan
Peoples Anti Japanese Army) atau dikenali sebagai M.P.A.J.A.
Pasukan atau tentera M.P.A.J.A.ini mempunyai cawangan-cawangan di setiap
negeri dan ia dipimpin oleh orang-orang Komunis. Sebahagian besar daripada ahli-
7 Asmawati Ahmad Ishak, Sejarah Tanah Melayu,Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota, 1989,hlm.9.8 M.Thambirajah,Malaysia dalam Sejarah Dua,hlm.188
6
-
7/29/2019 Assig. Jepun
7/11
ahlinya merupakan orang-orang Cina dan dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Parti ini telah bekerjasama dengan pihak Inggeris bertujuan untuk menghalau keluar
orang-orang Jepun dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Pihak Inggeris telah membantu ahli-ahli M.P.A.J.A. dengan memberikan senjata
yang agak lengkap untuk menentang pihak Jepun. Tambahan pula, pihak Inggeris juga
telah memberikan latihan tentera kepada pasukan M.P.A.J.A. demi mendapatkan
kebebasan daripada pihak Jepun. Demi mendapatkan kejayaan dalam penentangan,
M.P.A.J.A. telah menggunakan taktik gerila, iaitu serangan secara mengejut dan sulit dari
kawasan hutan.
Tujuan utama M.P.A.J.A. adalah untuk melatih dan membentuk suatu pasukan
tentera yang kuat untuk membantu pasukan tentera Bersekutu apabila tentera-tentera
Bersekutu itu mendarat semula di negeri ini.
Parti M.P.A.J.A. telah dibantu oleh pihak Bersekutu dengan menaburkan senjata-
senjata dan bekalan makanan melalui perkhidmatan udara. Di samping itu, terdapat juga
pegawai-pegawai tentera Inggeris yang turut menyertai kegiatan-kegiatan M.P.A.J.A.
sambil memberi latihan-latihan tentera kepada ahli-ahli M.P.A.J.A.. Pertubuhan anti
Jepun yang seumpama ini dikatakan terdapat juga di Sarawak dan di Sabah.
Pada tahun 1943, pasukan M.P.A.J.A. pula, disertai oleh pegawai-pegawai
Pasukan Force 136 yang datang dari India melalui perkhidmatan udara atau melalui
kapalselam telah hadir ke Tanah Melayu bertujuan untuk mempersatukan kegiatan-
kegiatan menentang Jepun.
Force 136 merupakan satu ketumbukan khas dan gerakan bawah tanah yang
ditubuhkan untuk menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Force 136 telah
7
-
7/29/2019 Assig. Jepun
8/11
melancarkan beberapa perang gerila demi menjatuhkan pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu.. Di Pahang pula, Tentera Wataniah juga telah bertungkus-lumus menentang
Jepun. Force 136 dan Wataniah merupakan antara pasukan gerila yang diwujudkan
semasa zaman penjajahan Jepun di negeri Pahang. Pasukan ini adalah berpunca daripada
inisitif 'Orang New Zealand' iaitu Douglas Richardson.
Pemimpin Melayu pada masa itu ialah Haji Abdul Jamal, Cikgu Sulaiman,
Penghulu Ungku Zohrin dan Yeop Mahidin di Daerah Raub dan Kuala Lipis. Selain
orang Melayu, mereka juga telah dibantu oleh orang Asli.
Force 136 juga merupakan sebuah pasukan rahsia dan dihantar ke Tanah Melayu
melalui payung terjun. Manakala, Wataniah pula, adalah pasukan gerila pimpinan orang
Melayu Pahang bagi membantu Force 136 dan sabotaj Jepun. Force 136 dan Wataniah ini
adalah pasukan gerila yang diwujudkan di belantara Tanah Melayu.
Pada 2 Jun 1945, telah berlaku satu perjumpaan para pemimpin Force 136 di
sebuah tempat berhampiran dengan Sungai Tersang iaitu 18 KM dari Raub. Seterusnya,
pada 23 Julai 1945, pasukan Wataniah pula dipimpin oleh Yeop Mahidin. Maka wujud
pula empat platun iaitu BATU MALIM (49 orang), DONG (41 orang), RAUB (69 orang)
dan SEGA (43 orang).
Pada awalnya, penentangan terhadap Jepun telah diadakan dengan adanya
kerjasama daripada pihak British. Mereka telah menentang Jepun berdasarkan pada
perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Ia juga telah mengambil peluang dalam
membalas dendam terhadap pihak yang dianggap bersuhabat dengan Jepun.
Pada masa ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar telah
berangkat ke Kuala Lipis yang pada ketika itu merupakan pusat pentadbiran bagi negeri
8
-
7/29/2019 Assig. Jepun
9/11
Pahang. Sewaktu perjalanan pulang dari Kuala Lipis ke Pekan, baginda telah dilaporkan
'hilang' kerana diculik di Tong Kiat Estet (Sg Jerik, Maran sekarang).
Baginda diwar-warkan orang Jepun bahawa pihak M.P.A.J.A yang menculik
baginda bagi membangkitkan kemarahan orang melayu. Nasib baik, orang Melayu
tunggu dan lihat. Sebenarnya pihak Force 136 yang menyelamatkan baginda ketika
berlaku tembak menembak antara pasukan Jepun dan MPAJA.
Setelah pulih keadaan, baginda diawasi oleh kumpulan Force 136 hingga ke
Pekan. Mereka inilah yang mengawal tanahair sewatu penyerahan diri oleh Jepun dan
tindakan liar M.PA.J.A.. Pasukan gerila di negeri Pahang dikenali WATANIAH. Mereka
inilah membantu Force 136 yang dipimpin pegawai Inggeris. Force 136 telah dibubarkan
pada bulan Disember 1945. Wataniah terus diwujudkan hingga sekarang.
Pasukan gerila Datu Mustapha juga telah menjalankan penentangan di Kudat.
Diikuti pula, Pasukan gerila Sandakan pula menjalankan penentangan di Sandakan.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu didapati telah bertanggungjawab dalam
mempercepatkan pertumbuhan semangat kebangsaan di kalangan rakyat negeri ini
khasnya, dalam kalangan orang-orang Melayu.
Rakyat Melayu mula sedar bahawa anggapan dan pandangan yang bersifat seperti
memuja orang-orang Inggeris selama ini jelas terbayang pada sikap dan pandangan
kebanyakan orang Melayu kini telah mula berubah.
Lebih-lebih lagi, apabila Jepun telah menyerah kalah, PKM telah keluar dari
hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British. Pemerintahan
PKM telah berlangsung selama dua minggu dan ia dikenali sebagai Bintang Tiga.
Ketika itu, orang-orang Melayu mula bertindak-balas terhadap kekejaman anggota
9
-
7/29/2019 Assig. Jepun
10/11
Komunis Bintang Tiga. Antara pasukan yang kejam adlah seperti pasukan yang diketuai
oleh Panglima Salleh Selempang Merah.
Seterusnya, setelah British megambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, maka
Komunis Bintang Tiga tidak dapat mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan,
Komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah
membawa kepada persetujuan pembubaran tentera M.P.A.J.A. dan perletakan senjata api
disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit seperti sebanyak $350 bagi
seorang.
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi Komunis dan mendapatkan sokongan
orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman
kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (M.P.A.J.A.) berfahaman Komunis pada 17
Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya
melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin
Lasso(Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti
Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia
bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa walaupun penjajahan Jepun di
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membawa kekejaman dan penuh penyeksaan , tetapi
menurut aspek lain, ia merupakan satu peristiwa yang bermakna dan meninggalkan seribu
kenangan dalam hidup masyarakat di Tanah Melayu pada waktu itu hinggalah ke hari ini.
Akhirnya, Jepun telah menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Hal ini kerana
Amerika Syarikat telah menggugurkan bom ke atas Bandar Hiroshima.
10
-
7/29/2019 Assig. Jepun
11/11
1. Asmawati Ahmad Ishak, Sejarah Tanah Melayu, Kuala Lumpur:Penerbitan Seri Kota,1989.
2. Haji Buyong Adil, Sejarah Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,1981.
3. Koun Chin, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti,
1988.
4. Lotfi Ismail,Sejarah Malaysia 1400-1963,Utusan Publications &
Distributors, Kuala Lumpur:1980.
5. Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
(Tumpuan di negeri Kedah), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka,1992.
6. Mohd. Idris Salleh, Che su Mustaffa dan Fauziah Shaffie,Sejarah
Pembangunan Bangsa dan Negara,Kuala Lumpur:
Percetakan Sumber Sdn.Bhd.,1944.
7. M.Thambirajah, Malaysia dalam Sejarah Dua.
8. www.Sejarah.pnm.my
11
http://www.sejarah.pnm.my/http://www.sejarah.pnm.my/