Assgment membaca
Transcript of Assgment membaca
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1
____________________________________________________________________________
HBPS3203
BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MEI 2014
___________________________________________________________________________
NAMA :NUR ZETTY BINTI
ABU KHAIR
NO.KAD PENGENALAN :840718-04-5104
NO MATRIK :840718045104001
NO.TEL :010-2971808
PUSAT PEMBELAJARAN:OUM SHAH ALAM
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
2
PENGENALAN BAHASA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara
seorang individu dengan individu yang lain. Jadi jelaslah bahasa itu merupakan bunyi yang digunakan
oleh seseorang untuk berkomunikasi. contohnya, perkataan atau bunyi yang dikeluarkan oleh Si A
kepada Si B untuk menyampaikan maklumat. Bahasa pada dasarnya mempunyai beberapa sifat iaitu
bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti.
Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, klausa
dan ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna-
pengguna untuk menuturkan atau menuliskan bahasa tersebut.Bahasa juga mempunyai simbol-
simbolnya yang tersendiri. Setiap kata atau bentuk ucapan yang dikeluarkan oleh seseorang daripada
rongga mulut atau dihubungkan dengan benda, tindakan, atau konsep tertentu. Selain itu, bahasa juga
terdiri dariapada bunyi-bunyi. Bunyi-bunyi yang dianggap sebagai simbol-simbol bahasa ialah bunyi
yang diucapkan atau melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi lain seperti bunyi-bunyi yang disebabkan
oleh gerakan manusia tidak dianggap simbol-simbol bahasa. Bukan itu sahaja, malah bahasa juga
dilambangkan secara struktur. Bunyi-bunyi dihasilkan satu demi satu atau sekelompok iaitu perkataan.
Pergerakan alat-alat pertuturan, satu mengikut yang lain. Jika susunan itu dapat menggambarkan
struktur beberapa bentuk pengujaran, maka terhasillah pola-pola dalam bahasa. Bahasa bersifat
arbitrari. Arbitrari ialah tiada hubungan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau
benda. Makna bagi sesuatu simbol atau perkataan ialah konvesional sifatnya. Setiap benda ada
perkataan yang berlainan bagi menyatakan benda yang serupa. Bahasa ialah pertuturan. 85% bahasa
yang digunakan manusia dalam komunikasi ialah pertuturan. Tulisan dianggap "secondary language".
Dalam pengucapan, terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa. Seterusnya, bahasa juga harus dipelajari
bukan diwarisi. Dipelajari di sini bermaksud bukan diwarisi sejak lahir sebagaimana ciri-ciri fizikal
seseorang. Malah perlu dipelajari barulah bahasa itu kekal digunakan. Bahasa boleh dipelajari sejak
kecil daripada orang tua, keluarga dan persekitaran. Bahasa mempunyai makna. Makna adalah sesuatu
yang dimaksudkan oleh penutur atau penulis. Makna mungkin bermaksud suatu situasi yang
dihuraikan, sebuah fikiran, atau pendapat yang dibentangkan, perlakuan sosial yang diceritakan.
Makna sangat berkait rapat dengan pertuturan iaitu melalui bunyi-bunyi. Terakhir sekali bahasa adalah
sebagai alat komunikasi. Bahasa menjadi media bagi manusia untuk berhubung antara satu sama lain
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
3
sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Bahasa dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang
yang lain dari segi jarak, tempat atau masa.
Kaedah Membaca.
PENGENALAN.
Abd. Aziz (2000 dalam Khairuddin Mohamad, 2011) mengatakan bahawa kefahaman merupakan
aspek terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca,
kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat daripada
apa yang dibacanya. Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis kaedah
membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah merupakan prosedur
menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang sering
digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah pandang sebut, dan kaedah
cerakinan.
Kaedah Abjad.
Kaedah klasik dan kaedah yang paling tua. Pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom.
Dimulai dengan pengenalan abjad dan kemudian membunyikan abjad tersebut. Zulkifley Hamid (1994
dalam Khairudin Mohamad, 2011 ) mengatakan bahawa kaedah abjad berpegang kepada prinsip
bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Guru memperkenalkan huruf vokal dan
konsonan terlebih dahulu. Vokal : a, e, i, o, u Konsonan : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w Nama-nama
abjad perlulah disebut dan dihafal oleh murid. Aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Guru
mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Contoh : ‘a’ untuk api.
Kelebihan Kaedah Abjad.
Terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya dalam sistem bahasa Melayu.
Setelah mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik, murid dapat
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
4
membaca perkataan baharu.
Kemahiran asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti asas membaca.
Murid-murid dapat mencapai tahap kecekapan yang tinggi dalam kemahiran membaca.
Kelemahan Kaedah Abjad.
Murid dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberi tetapi tidak memahaminya.
Murid membaca secara merangkak-rangkak kerana terbawa-bawa cara membaca sambil
mengeja.
Terdapat kemungkinan bahawa murid akan lupa pelajaran yang lepas jika tidak diulang
kali dalam bilik darjah.
Murid akan berasa bosan kerana aktiviti yang lebih kepada hafalan dan kurang
penghayatan.
Rumusan Kaedah Abjad.
Kaedah abjad ini merupakan kaedah yang mengutamakan abjad depan bagi setiap perkataan.
Guru akan mengajar murid huruf pangkal bagi setiap perkataan atau objek. Contohnya untuk
perkataan ‘api’ , huruf pangkalnya ialah ‘a’. Maka murid akan mengingati bahawa huruf ‘a’ itu
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
5
digunakan untuk perkataan ‘api’. Setelah murid menguasai kaedah ini, barulah murid akan diajar
menggunakan kaedah yang seterusnya.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRASEKOLAH
KAEDAH TRADISIONAL
Hari : Selasa
Masa : 9.00-10.00 pagi
Tarikh : 10 Jun 2014
Bil. Pelajar : 25 orang
Kelas : Prasekolah
Tajuk/tema : Diri saya
Sub tema : Anggota badan saya
Tunjang : Bahasa dan komunikasi
Standard Pembelajaran : BM 2.1.4 - Berbual dengan sebutan perkataan yang betul
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
6
BM 3.4.2 - Membunyikan dua sukukata dengan
bimbingan.
BM 4.2.6 - Menulis perkataan KV + KV
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Menamakan anggota badan
2. Mengecam huruf yang terdapat dalam perkataan yang diberi
3. Mengeja dan membunyikan sukukata KV
4. Mencantumkan dan menulis sukukata KV + KV menjadi
perkaataan bermakna
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui bahagian tubuh badan
Konsep : Mengenal huruf vokal dan huruf konsonan
Bahan : Gambar,kad sukukata,kad perkataan dan lembaran kerja
Nilai : Tekun dan berdikari
Kemahiran : Membatangkan sukukata terbuka
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
7
Fasa/langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
catatan/bahanAktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
set induksi
(5 minit)
Menyanyikan
lagu ABC,lagu
huruf vokal dan
lagu anggota
badan saya
Guru
menyanyikan lagu
sambil
menunjukkan
bentuk-bentuk
huruf serta
membuat
pergerakan
Murid menyanyikan
lagu bersama-sama
guru sambil
membuat
pergeraakan
Bentuk huruf
Langkah 1
(menstruktur)
(10 minit)
1.Menamakan
gambar.
Guru
menunjukkan
kad-kad
bergambar
mengenai
bahagian –
bahagian anggota
badan.
Murid menamakan
bahagian anggota
tubuh badan.
Teknik soal jawab
Bahan;
Kad bergambar
Kad sukukata
Kad perkataan
Langkah 2
Aplikasi Idea
(10 minit)
1.Mengeja dan
membunyikan
sukukata terbuka
KV
2. Menulis dan
mencantumkan
sukukata
berdasarkan
gambar untuk
membentuk
perkataan
1.Guru
menunjukkan
kad-kad sukukata
KV
2. Guru
membimbing
murid mencantum
sukukata untuk
dijadikan
perkataan
bermakna.
1.Murid megeja dan
membunyikan
sukukata-sukukata
yang diberi.
2.Murid menulis
sukukata
berdasarkan gambar
untuk membentuk
perkataan bermakna
Latihtubi bacaan
Bahan :
- kad sukukata
-lembaran kerja
Refleksi/ Penutup
(5 minit)
Menilai hasil
dapatan
Nyanian lagu
“Kalau Rasa
Guru menilai
dapatan murid
dan bersoaljawab
mengenai apa
yang telah di
pelajari.
Murid sekali lagi
menyatakan
bahagian anggota
badan yang dipelajari
dan menyanyi
bersama –sama guru
Soal jawab
penghargaan
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
8
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRASEKOLAH
KAEDAH MODEN
Tarikh : 10 Jun 2014
Masa : 9.00 – 9.50 Pagi (40 minit)
Umur : 5 Tahun
Tajuk : “Coklat Yang Baik Hati Dan Rakan-rakan”
Kaedah : Buku Besar Multimedia
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
9
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Mengenal dan menyebut jenis warna dan kenderaan.2. Membaca dengan lancar buku cerita.3. Menyatakan nilai moral yang terdapat dalam buku cerita
Bahan Bantu Mengajar : Buku besar multimedia, projector, komputer, CD
Langkah / Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan / Bahan
Set Induksi
(10 minit)
Menyanyikan lagu ‘Bapaku Pulang Dari Kota’
Guru memperdengarkan lagu Bapaku Pulang Dari Kota kepada kanak-kanak.
Sambil menyanyikan lagu, kanak-kanak melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik.
Kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan
BBM: CD, komputer
Langkah 1(15 minit)
Mengenal dan menyebut warna yang diketahui
Membaca buku cerita “Coklat Yang Baik Hati Dan Rakan-rakan”
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak mengenai jenis kenderaan dan warna yang diketahui kanak-kanak.
Guru memperkenalkan buku besar yang akan dibaca pada hari tersebut.
Guru menerangkan maklumat yang terdapat pada buku cerita dari kulit ke kulit.
Guru memulakan bacaan buku cerita multimedia yang mempunyai font (tulisan) secara grafik sehingga tamat cerita.
BBM: buku besar, komputer, projectorKB: Menjana idea
Langkah 2(10 minit)
Aktiviti tambahan
Kuiz
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak bagi melihat pemahaman kanak-kanak terhadap cerita yang diperdengarkan.
Guru meminta kanak-kanak menceritakan semula “Coklat Yang Baik Hati Dan Rakan-rakan”.
Guru menjalankan aktiviti kuiz dengan kumpulan kecil kanak-kanak mengenai jenis kenderaan dan warna yang terdapat pada buku cerita.
BBM: buku besar, komputer, projectorKB: Menjana idea, menaakul
Penutup(5 minit)
Merumuskan p&p dengan bertanyakan nilai pengajaran
Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang nilai pengajaran yang terdapat dalam buku cerita “Coklat Yang Baik Hati Dan Rakan-rakan”
Guru merumus tentang pembelajaran pada
BBM: buku besar, komputer, projectorKB: Menjana idea, menaakul
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
10
yang terdapat pada buku cerita yang dibaca.
hari tersebut
Refleksi :
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. KESIMPULAN
Pembaca awal adalah di peringkat transisi antara belum membaca dan yang telah mula mengenali proses
pembacaan. Guru harus menggunakan buku yang sesuai dan juga sentiasa memberikan sokongan moral bagi
menyokong kemajuan proses pembacaan mereka. Amalan membaca patut disemaikan semasa kanak-kanak
berada di prasekolah lagi. Terpulanglah kepada guru prasekolah untuk menunjukkan contoh tauladan dalam
pembacaan dan juga menggunakan kekreatifan mereka dalam menerapkan atau menggabungjalin.
Penyediaan sudut literasi ini, dapat memberi peluang yang amat baik bagi kanak-kanak menceburi dan
meminati dalam bidang kesusasteraan. Di samping itu, library coner dapat dijadikan tempat yang paling sesuai
untuk melakukan aktiviti bercerita. Menurut Seefeldt.C (1999:44), bercerita dapat menarik minat kanak-kanak
terhadap buku cerita itu sendiri seperti yang dicadangkan dalam RPH 2. Kesimpulannya jika kita lihat
perkembangan sastera kanak-kanak dari dahulu hingga kini secara amnya lebih menfokus kepada sastera
kanak-kanak dan remaja. Pada peringkat ini belum lagi menfokus secara khas kepada peranan sastera sebagai
alat sokongan bagi pembacaan di peringkat awal. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pembacaan
tidak kira secara tradisional (chalk and talk) mahupun secara moden. Hal ini demikian kerana, kepelbagaian
kaedah dapat menegkalkan minat kanak-kanak terhadap pembacaan sekaligus meningkatkan perkembangan
bahasa, literasi dan komunikasi kanak-kanak.
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
11
BIBLIOGRAPI
Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor - faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran
Membaca.
www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm (12 October 2002)
NUR ZETTY BINTI ABU KHAIR / 840718045104001HBPS3203 / BAHASA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
12
Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Sarjana
Enterprise.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya :
Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.