ASSG KRB 3053 KAEDAH PGJRN (hantar semula).docx

36
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015 KRB 3053: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIN D20112053426 Buat perbandingan amalan pengajaran yang biasa dijalankan dengan satu inovasi pengajaran. Analisis perbandingan berdasarkan amalan pengajaran biasa dengan satu inovasi pengajaran yang dibina. PEMARKAHAN

Transcript of ASSG KRB 3053 KAEDAH PGJRN (hantar semula).docx

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015

KRB 3053: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK ESEI ILMIAH

Buat perbandingan amalan pengajaran yang biasa dijalankan dengan satu inovasi pengajaran. Analisis perbandingan berdasarkan amalan pengajaran biasa dengan satu inovasi pengajaran yang dibina.

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIK

ZAFIDA BINTI ZAINAL ABIDIND20112053426

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI09

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.ZAINI BIN ABDULLAH

TARIKH SERAH: 15 NOVEMBER 2014

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Definisi Inovasi

3.0 Rancangan Pengajaran Biasa Bahasa Melayu

4.0 Inovasi Pengajaran Berpandukan Eleman 5p

5.0Hasil Perbandingan Amalan Pengajaran

6.0Kesimpulan

7.0 Rujukan

1.0 PENGENALANMalaysia, sebagai negara pesat membangun, sedang mengalami perubahan selaras dengan hasrat untuk mencapai Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat maju bersifat holistik. Untuk maju, PPPM menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi murid. Ciri-ciri individu masyarakat maju ini adalah untuk melengkapkan diri bagi menghadapi dunia global masa hadapan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Sistem Pendidikan merupakan agenda penting dalam membangunkan dan memajukan negara. Bagi mengotakan hasrat ini,guru merupakan orang terpenting untuk membentuk individu cemerlang intelek, jasmani, rohani, emosi, sahsiah dan berkemahiran tinggi. Setiap warga pendidik hendaklah mempunyai keupayaan mempertingkatkan pengetahuan untuk menguasai bidang ilmu . Oleh itu, isu inovasi, kreatif, kreativiti dan daya penaakulan guru perlu lebih baik daripada pelajar supaya konsep pencerahan ilmu boleh berlaku dengan berkesan.Sistem pendidikan yang sering berubah-ubah mengikut tuntutan zaman menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) turut sama berubah. Dalam pendidikan yang melibatkan proses pemindahan ilmu (daripada guru kepada pelajar), hal ini amat berkaitan rapat dengan kemahiran guru menguasai strategi, teknik kaedah dan pendekatan dalam pengajaran.

Justeru dalam zaman yang serba canggih dan pasti kemajuan akan turut membawa bersama-sama perubahan dan pembaharuan, adalah wajar proses PnP itu disuburkan dalam bentuk yang serba baharu, sesuai dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Hal inilah yang sering disebut sebagai inovasi. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

2.0 DEFINISI INOVASI

Terdapat pelbagai definisi berkaitan inovasianataranya ialah inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan.Inovasi juga didefinisikan sebagai kaeadah mencari jalan bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama asa melalui pengubahsuaina atau penambahbaikan.Inovasi juga adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.Kesimpulannya inovasi boleh ditakrifkan sebagai bermaksud pembaharuan ataupun dengan lebih tepat inovasi didefinisikan sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaaan tertentu. Inovasi juga boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti.Kreativiti merupakan proses berfikir sementara invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya hanyalah idea semata-mata.Menurut Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea,benda,ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BIASA BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa MelayuMasa : 8.45 pagi 9.45pagi (1 jam)Hari : KhamisTahun : 5 AktifJumlah murid : 35 orangTema : Budi Bahasa Budaya KitaTajuk : Orang Berbudi Kita BerbahasaFokus utama : 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.Aras 1(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.

Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yg dibaca.Aras 3 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis.2. Menjawab 5 soalan pemahaman objektif berdasarkan teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis dengan betul.3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.

Objektif pemulihan 4. Dapat menggunakan kosa kata yang betul mengikut konteks.

Objektif Bahan bantu mengajar : Bil .BahanJumlah

1.Kad gambar1

2.Radio1

3.Petikan cerita35

4.Lembaran kerja35

5.Carta permainan1

6.Dadu1

7.Penanda pemain6

8.Poster1

9.Papan putih1

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

1. Poster2. Soalan:a) Apakah yang dapat kamu lihat dalam poster tersebut? - Gambar dua orang budak lelaki memimpin seorang lelaki butab) Apakah kempen yang berkaitan dengan poster tersebut? - Kempen Budi Bahasa

-Membaca teks petikan cerita Orang Berbudi Kita Berbahasa untuk mendapat idea keseluruhan. -Menyatakan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis.Induksi set (5 minit)Aktiviti i1. Guru menampal poster di hadapan kelas.2. Guru bertanya murid tentang situasi di dalam poster tersebut.3. Guru bertanya murid perkaitan poster yang ditunjukkan dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan.

Aktiviti ii1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

- Poster

Teks: Orang Berbudi Kita Berbahasa1.Soalan:a. Apakah makna nilai-nila murni?b. Apakah makna perkataan yang sukar kamu terjemahkan?

1. Kad gambar- Situasi i: Orang yang turun daripada bas tidak mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas.- Situasi ii: Seorang sahaja penumpang yang mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas semasa menuruni bas.

Fasa sebelum(15 minit)Langkah 1Aktiviti i 1 1. Guru mengedarkan petikan. Murid membaca secara skimming untuk memahami idea keseluruhan teks.2. Guru meminta pelajar menceritakan pengalaman sendiri berdasarkan makna kata .3 3. Guru menyatakan maksud Orang Berbudi Kita Berbahasa secara lebih terperinci supaya murid faham.

Aktiviti ii1 1. Guru menayangkan gambar yang menggambarkan 2 situasi tentang budi bahasa. 2. Guru membimbing murid merujuk terus kepada nilai murni yang dikenal pasti 3. Apakah perbezaan situasi i dan situasi ii?

4. Apakah perkara yang patut kita lakukan jika berada dalam situasi i? 5. Buat ulasan tentang perlakuan yang kurang bersopan dengan perlakuan yang bersopan? 6. Mengapa ?BBB: Teks ceritaKaedah: skimming KBT : Mentalis : Belajar cara belajar

BBB: Kad gambar- Pendekatan deduktif: Membanding beza-

Fasa semasa(10 minit)Langkah 2Aktiviti i1. 1. Guru menyuruh murid menulis karangan tentang perbezaan yang telah dikenalpasti dalam gambar yang dipaparkan secara lengkap menggunakan ayat sendiri.-

Aktiviti membaca teks:Orang Berbudi Kita Berbahasa

1. Karangan bergambar

1. Permainan Bahasa Jika pemain berhenti di petak yang mengandungi nilai yang positif,pemain akan maju ke hadapan.Jika pemain berhenti di petak yang mengandungi nilai yang negatif,pemain akan mundur ke belakang.

Soalan :a. Apakah alasan jawapan tersebut betul atau salah?Fasa selepas (25 minit)Langkah 3Aktiviti i1. Guru menerangkan makna ayat yang sukar difahami.2. Guru menerangkan kandungan teks: - Teks ini menerangkan tentang ... menggunakan kata tanya:i. Mengapa....?ii. Apakah...?iii. Di manakah...?iv. Bilakah...?v. Bagaimanakah(4W 1H)3. Guru meminta murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja.Aktiviti pemulihan1. 1. Guru mengedarkan gambar bersiri beserta keratan-keratan perkataan kepada murid-murid pemulihan.2. 2. Murid-murid diminta untuk memilih perkataan yang sesuai bagi melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai berdasarkan gambar bersiri bagi menyudahkan cerita.3.3. Seterusnya,murid akan menggabungkan ayat-ayat yang telah dibuat menjadi sebuah karangan pendek yang lengkap.

Aktiviti pengayaan1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan iaitu lima murid setiap kumpulan.2. Guru menerangkan jenis dan peraturan permainan yang akan dijalankan kepada murid.3. Guru membimbing murid merujuk terus kepada nilai yang terdapat dalam petak permainan dam tempat murid berhenti.4. Permainan diteruskan sehingga ada kumpulan yang memenangi permainan tersebut.

Aktiviti ii1. Setelah semua murid selesai menjawab, guru meminta pelajar menukarkan lembaran kerja dengan rakan-rakan dan membincangkan jawapan yang tepat..2. Murid yang berjaya menjawab kesemua soalan akan mendapat token. BBB- Teks petikan - lembaran kerja- Soalan objektif- Peta minda nilai-nilai murni.

BBB- Gambar bersiri-Keratan-keratan perkataan- lembaran kerja

BBB: Carta permainan damkejar nilai :Dadu : Penanda pemainNilai murni:Bekerjasama

Peneguhan positif Hadiah (alat tulis)- motivasi ekstrinsik

Kognitif :Rumusan isi pelajaran- Nilai-nilai murni

Sosial :- Pujian - Nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya KitaPenutup (5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut.2. Guru memberi pujian atas sikap murid .3.Guru meminta murid-murid menyanyikan semula lagu Budi bahasa budaya kita diiringi lagu tersebut.

Gabungjalin kemahiran: muzik BBB:-Radio,cakera padat (CD)- Video lagu Budi Bahasa Budaya Kita

4.0RANCANGAN PENGAJARAN INOVASI BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa MelayuMasa : 8.45 pagi 9.45pagi (1 jam)Hari : KhamisTahun : 5 AktifJumlah murid : 35 orangTema : Budi Bahasa Budaya KitaTajuk : Orang Berbudi Kita BerbahasaFokus utama : 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.Aras 1(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.

Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yg dibaca.Aras 3 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis.2. Menjawab soalan pemahaman objektif berdasarkan teks Orang Berbudi Kita Berbahasa secara bertulis dengan betul.3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam slide yang dipaparkan.

Objektif pemulihan 4. Dapat menggunakan kosa kata yang betul mengikut konBahan bantu mengajar : Bil .BahanJumlah

1.Cakera Padat (CD)1

2.Radio1

3.Petikan cerita35

4.Lembaran kerja35

5.Carta permainan1

6.Dadu1

7.Penanda pemain6

8.Poster1

9.Skrin1

ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

1. Slide 2. Soalan:a. Ceritakan apa yang dapat kamu faham dalam video tersebut?

b. Nyatakan kempen yang sesuai dengan video tersebut?Kempen Budi Bahasa

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Induksi set (5 minit)Aktiviti i1. Murid menonton video kanak-kanak membantu lelaki buta melintas jalan. 2. Guru bertanya murid tentang situasi di dalam video tersebut.3. Guru bertanya murid perkaitan poster yang ditunjukkan dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan.

Aktiviti ii1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari tersebut.2. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk melakonkan semula watak berdasarkan video yang ditonton pada awal pembelajaran.3. Murid berbincang dalam kumpulan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat video Orang Berbudi Kita Berbahasa secara lisan.

Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Teks: Orang Berbudi Kita Berbahasa1.Soalan:a. Apakah makna nilai-nila murni?

b. Apakah makna perkataan yang sukar kamu terjemahkan?

1. Video- Situasi i( video 1): Orang yang turun daripada bas tidak mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas.- Situasi I ( video 2):Seorang sahaja penumpang yang mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas semasa menuruni bas.Fasa sebelum(15 minit)Langkah 1Aktiviti i 1. Murid membaca petikan yang terdapat di slide . 2. Murid membaca secara skimming untuk memahami idea keseluruhan teks. 3. Murid menceritakan sendiri nilai murni berdasarkan pengalaman sedia ada.3 4. Guru menyatakan maksud Orang Berbudi Kita Berbahasa secara lebih terperinci supaya murid faham.

Aktiviti ii1 1. Guru menayangkan video yang menggambarkan 2 situasi tentang budi bahasa.2 2. Guru membimbing murid merujuk terus kepada nilai murni yang dikenal pastia) Apakah perbezaan situasi i(video 1) dan situasi ii (video2)?b) Apakah perkara yang patut kita lakukan jika berada dalam situasi i?Buat ulasan tentang perlakuan yang kurang bersopan dengan perlakuan yang bersopan? - Mengapa? Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Fasa semasa(10 minit)Langkah 2Aktiviti i1. - Guru menyuruh murid menulis karangan tentang perbezaan yang telah dikenalpasti dalam gambar yang dipaparkan secara lengkap menggunakan ayat sendiri. Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Aktiviti membaca teks:Orang Berbudi Kita Berbahasa

1.

Karangan bergambar

1.Video cerita teladan Soalan :a. Senaraikan 8 nilai murni yang terdapat dalam video cerita teladan bersama contohnya.Fasa selepas (25 minit)Langkah 3Aktiviti i1. Guru menerangkan makna ayat yang sukar difahami.2. Guru menerangkan kandungan teks:- Teks ini menerangkan tentang ... M menggunakan kata tanya:i. Mengapa....?ii. Apakah...?iii. Di manakah...?iv. Bilakah...?v. Bagaimanakah(4W 1H)3. Guru meminta murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja.

Aktiviti Pemulihan1. 1. Guru menayangkan slide gambar bersiri beserta keratan-keratan perkataan kepada murid-murid pemulihan.2. 2. Murid-murid diminta untuk memilih perkataan yang sesuai bagi melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai berdasarkan slide bagi menyudahkan cerita.3. 3. Seterusnya murid akan menggabungkan ayat-ayat yang telah dibuat menjadi sebuah karangan pendek yang lengkap.

Aktiviti pengayaan 1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan iaitu lima murid setiap kumpulan. 2. Guru menayangkan video cerita teladan. 3. Murid diminta menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 nilai murni yang terdapat dalam video dalam kumpulan. 4.Setiap wakil kumpilan akan menerangkan nilai murni yang mereka peroleh dalam video .

Aktiviti ii1. Murid menulis nilai-nilai murni yang telah dibincangkan kedalam buku tulis.

S trategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor Laptop.Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

Kognitif :Rumusan isi pelajaran- Nilai-nilai murni

Sosial :- Pujian - Nyanyian lagu Budi Bahasa Budaya KitaPenutup (5 minit)1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut.2. Guru memberi pujian atas sikap murid .3.Guru meminta murid-murid menyanyikan semula lagu Budi bahasa budaya kita diiringi lagu tersebut.

Strategi: Pemusatan pelajar dan bahan. Kaedah : Penerangan dan penyoalan.BBM :LCD projektor -Slaid PowerPoint, Nilai: Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasamaBKK :Mengenal pasti, Membanding dan membanding beza TMK : ICTEMK: Kreatif dan InovasiPengetahuan sedia ada

5.0 PERBANDINGAN PENGAJARAN BIASA DENGAN PENGAJARAN INOVASI

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka transformasi terhadap bidang pendidikan seperti isi kandungan kurikulum, penyusunan, pedagogi dan pendekatan di dalam bilik darjah yang membolehkan potensi inovasi dan kreativiti pelajar dapat dipupuk dengan efektif. Transformasi ini penting kerana kurikulum merupakan perubahan penting bagi keberkesanan sekolah dan laluan kepada kecemerlangan pendidikan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Kecemerlangan pendidikan ini boleh dicapai melalui tranformasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Senario masa depan dalam pendidikan amat bergantung kepada berkesan atau pun tidak proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang di jalankan sekarang. Matlamat utama pendidikan ialah menjadikan pelajar menjadi cemerlang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna. Guru berperanan menyampaikan pengajaran kepada muridnya. Sejauh mana tercapainya objektif ini adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian guru itu sendiri . Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya keberkesanan pembelajaran kepada pelajar itu sendiri . Jika dibandingkan pengajaran biasa dengan pengajaran inovasi,dapatlah di buat perbandingan seperti berikut ,jika dahulu proses pengajaran adalah berpusatkan guru tetapi kini setelah mengalami proses inovasi kaedah pengajaran lebih kepada berpusatkan pelajar kerana kaedah ini lebih menarik minat pelajar,contohnya dalam mata pelajaran Bahasa melayu, kaedah dan teknik pengajaran yang dikenal pasti sesuai untuk menarik minat pelajar ialah aktiviti dalam kumpulan, aktiviti minda kreatif yang lebih kepada penggunaan multimedia. Guru perlu membebaskan diri daripada pemikiran lama yang membelenggu mereka dalam kaedah pengajaran. Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan Mahmood (2003).

Dari dari sudut konsep 5P (pengayaan,pemulihan,penyerapan,pengabungjalinan dan penilaian).Elemen ini merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid.Contohnya dalam elemen pengayaan,pelbagai aktiviti pengayaan boleh dijalankan yang berpusatkan murid yang sesuai mengikut kecerdasan murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan tambahan, permainan dan rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.Jika kaedah pengajaran dahulu menggunakan chalk and talk dan dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru semata-mata,tetapi kaedah pengajaran sekarang lebih kepada pengajaran berpusat kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Contohnya,pengajaran Chalk and Talk telah diganti dengan menggunakan power point presentation, menggunakan video yang berkaitan dengan isi pengajaran. Aktiviti membuat latihan di dalam lembaran kerja,buku tulis dan arahan guru telah diganti dengan kaedah perbincangan,buku skrap secara berkumpulan atau individu serta latihan menyelesaikan masalah dalam kumpulan dan sebagainya.Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelajar bekerjasama dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat merupakan inovasi menjalinkan hubungan baru dengan pihak luar dan peringkat sekolah melaluiaktiviti luar seperti ko kurikulum. Dari segi inovasi perkembangan berterusan pula, guru menerapkan ia di dalam soalan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan.Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat , pembangunan minda, mengembangkan potensi pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stailpengajaran inovasi adalah lebih menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatuyang dipelajari.Selain itu,kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan.

Bagi kaedah penyerapan pula,jika kaedah pengajaran biasa ialah kemahiran yang digabungjalinkan berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran dan kemahiran dari mata pelajaran yang lain sementara itu, kaedah pengabungjalinan inovasi pula ialah secara interaktif yang menggabungjalinkan kemahiran mata pelajaran dengan perkembangan teknologi maklumat semasa PdP ini menjadikan pengajaran Bahasa Melayu berinovasi lebih berkesan berbanding pengajaran secara biasa.

Kaedah ini memain peranan yang penting kerana proses pengajaran secara interaktif ini akan memberikan pengalaman belajar yang sebenar dan terus kerana pembelajaran secara interaktif membolehkan murid menghubungkaitkan maklumat yang mereka pelajari. nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, kemahiran belajar cara belajar, dan boleh diserapkan dalam pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Penyerapan ini juga mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran yang boleh dimanfaatkan dalam pengajaran. Pengajaran inovasi ini dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan pemudahcara yang lebih prodaktif dan efektif. Di samping itu, pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada kaedah pengajaran amalan biasa. Pengajaran dan pembelajaran yang bertema membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain. Melalui pengajaran inovasi, dapat mewujudkan aktiviti pengajaran dan pemudahcara yang lebih prodaktif dan efektif berbanding kaedah pengajaran yang biasa. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, pengajaran inovasi ini menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu senang difahami dengan sesuatu yang dipelajari dengan penyerapan , hubung kait, dengan mata pelajaran yang lain. Guru bukan sahaja mengajar bahasa malah turut menyampaikan nilai-nilai murni seperti Pendidikan Agama Islam,Muzik dan sebagainya.'World Wide Web' (www) merupakan satu eleman dalam internat, Penggunaan teknik pengajaran yang berinovasi menjadikan pengajaran Bahasa Melayu lebih berkesan berbanding pengajaran secara biasa.Kemahiran belajar, kemahiran pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran generik merupakan elemen yang terdapat dalam pengabungjalinan. Kemahiran diluar pembelajaran ini membawa maksud penggabunganjalinan merentasi kurikulum. Penggabungjalinan merupakan proses pembelajaran dan pemudahcara yang menekankan beberapa kemahiran yang dapat dikuasai secara serentak. Elemen pengabungjalinan sudah lama terdapat dalam kaedah pengajaran. Kemahiran yang digabungjalinkan berkaitan dengan kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran dan kemahiran dari mata pelajaran yang lain.Melalui kaedah inonvasi,guru menggunakan pengajaran inovasi secara interaktif yang menggabungjalinkan perkambangan teknologi maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pemulihan pula merupakan satu program khas berbentuk tambahan bagi mengatasi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Dalam pengajaran biasa,pelajar-pelajar pemulihan sering disogokkan dengan kad-kad perkataan sehingga menimbulkan perasaan bosan kepada pelajar tersebut.Dalam pengajaran inovasi, pelajar akan didorong kepada pembentukan sahsiah dan kematangan fikiran yang boleh dicorak secara mudah kepada sukar mengikut kadar kemampuan pelajar bagi menguasai kemahiran yang diajar.Contohnya penggunaan bahan multimedia yang pelbagai dan kaedah pengajaran yang menarik dan terkini seperti didik hibur akan memberi peluang kepada pelajar berasa seronok dan mempunyai keyakinan diri untuk belajar seperti pelajar yang lain.Ledakan teknologi menuntut guru untuk lebih peka dalam menyediakan bahan pembelajaran.Kaedah pengajaran biasa menggunakan bahan pembelajaran maujud,kaedah ini mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan dunia pendidikan masa kini.kaedah pengajaran biasa secara langsung yang berterusan akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar.Oleh sebab itu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi memperluaskan jaringan komunikasi tanpa batasan dapat membantu guru menarik perhatian pelajar.Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan bantu mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada pelajar kerana dengan penggunaannya, pelajar akan mengalami situasi yang terkeluar daripada suasana pembelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada merasa bosan ketika belajar. Begitu juga dengan kaedah pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam kaedah pengajaran biasa,pelajar dinilai melalui peperiksaan atau ujian bulanan,Namun setelah berlakunya tranformasi dalam pendidikan,pelbagai cara atau kaedah digunakan dalam menilai pelajar-pelajarnya. Proses penilaian pengajaran sekarang, pelajar tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata.Penilaian secara global dilakukan melalui kombinasi kaedah penilaian sepertipemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda dan hasil kerja projek.,Penilaian secara formatif bagi menguji kefahaman serta tahap penguasaan mereka. Cara itu memberi peluang untuk mengesan pelajar yang tercicir dan membuat tindakan susulan.

6.0 KESIMPULANPendidikan dewasa ini telah meletuskan perubahan yang sangat ketara terutama dalam sistem pentadbiran dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan global. Pelajar merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara. Robiah & Nor Sakinah (2007) menyatakan, perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan dari segenap aspek mahupun lapangan kehidupan umum. Perubahan positif merupakan anjakan yang perlu dihasilkan bagi mewujudkan kedinamikan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru seiring perkembangan semasa. Justeru, pendidikan masakini perlu kepada pembaharuan bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri yang patut disalurkan kepada para pelajar. Realiti pelajar pada hari in,sejak berusia 2 tahun sudah mampu menggunakan aplikasi komputre atau alat ICT lain yang canggih untuk mengenal huruf atau objek-objek tertentu. Dunia di hujung jari merupakan frasa yang amat mudah difahami pada masa kini.Letusan ini adalah disebabkan oleh perubahan dalam bentuk teknologi yang semakin maju dan digunakan oleh semua negara di dunia.Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.

7.0 Rujukan :

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.

Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course. Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135.

Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah,(1992).Pengurusan Bilik Darjah,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kewmenterian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.

Vivi Lachs,Muhammad Asyraf Mustafa(penterjemah),(2006)Multimedia Di Dalam darjah.Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Fajar Bakti Sdn Bhd.

http://jongbatu.wordpress.com/2011/03/16/strategi-berasaskan-bahan-aktiviti

http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2012/09/kreativiti-guru-dalam-pengajaran-bahasa.html

http://cikgu-lan.blogspot.com/2013/09/potensi-ict-dalam-pengajaran-dan.html