ASRARUL ARIFFIN (2)

download ASRARUL ARIFFIN (2)

of 87

description

TASAUF

Transcript of ASRARUL ARIFFIN (2)

MERTABAT NAFSU YANG TUJUH

ASRARUL-ARIFIN

Karangan Hamzah Fansuri

[Naskhah Leiden.no 7291 (1)]

BismiLlahil-Rahmanl-Rahim

Al-hamdu liLlahil-ladhi sharaha

Sudural-arifin bi mafatihi wujudihi

Wa zayyana qulubahum bi arsrihi

[wa] nawwara arwahahum bi maarifi

shuhudihi wa zahharanufusahum bi nuri ishqihi

afdalul-salat wa akmalul-tahiyat ala sayyidina

Muhammad sahibil-hawdil-mawrud

Wal-maqamil-muhammadil-mahmud

Waala alihi wa sahbihi ajmain wal-Hamdu liLlahi rabbil-alamin[1] Ketahui, hai segala kamu anak Adam yang Islam, bahwa Allah Subhanahu wa Taala menjadikan kita daripada tiada bernama diberiNya nama, dan daripada tiada berupa diberi berupa; lengkap dengan telinga, dengan hati, dengan nyawa, dengan budi. Yogya kita chari Tuhan kita itu supaya kita kenal dengan marifat kita atau dengan khidmat kita kepada guru yang sempurna mengenal Dia, supaya jangan taqsir kita.

[2] Adapun sementaranya belum bertemu dengan yang sempurna bermakrifat, pandang pada lima belas bayt. Adapun ini empat sechawang pada sebuah bayt. Jika tiada kamu faham pada bayt lima belas bayt ini, lihat pada sharahnya pulang kerana pada sharahnya itu perkataan makrifat Allah ada dengan nyata dalamnya. WaLlahu alam[3] Shahdan. Tiada lagi berapa kurangnya. Adapun jikalau bertemu dengan kurangnya, digenapi, jika bertemu dengan salahnya diperbenari, jika bertemu dengan penggal pada bahasa atau pada hurufnya lebih kurang, diperbaiki jangan diaybkan kerana manusia terbanyak lupa dan lalai seperti sabda RasuluLlah saw.

[4] Bab pada menyatakan marifat Allah Taala serta SifatNya dan AsmaNya

Aho segala kita yang menyembahkan Nama

Yogya diketahui apa Yang Pertama

Kerana Tuhan kita yang Sedia Lama

Dengan ketujuh Sifat bersama-sama

Tuhan kita itu yang Empunya Dhat

Awwalnya Hayy pertama bilang Sifat

Keduanya Ilmu dan Rupa Malumat

Ketiga Muridkan sekalian Iradat

Keempat Qadir dengan QudratNya tamam

Kelimanya Sifat bernama Kalam

Keenamnya Sami dengan Adanya dawam

Ketujuhnya Basir akan halal dan haram

Ketujuhnya itu adanya qadim

Akan istidad alamin sempurna Alim

Kerana Sifat ini dengan Kamal al-Hakim

Bernama BismiLlajil-Rahmanil-Rahim

Ilmu ini Haqiqat Muhammad al-Nabi

Menurutkan Malum dengan lengkapnya qawi

Daripada Haqiqatnya itu jahil dan wali

Beroleh Itibarnya dengan sekalian peti

Tuhan kita itu empunya Kamal

Didalam Ilmunya tiada panah zawal

Rahman dalamnya perhimpunan Jalal

Berserta dengan Rahim pada sekalian Jamal

Tuhan kita itu bernama AliyyDengan sekalian SifatNya sentiasa baqi

Ala jamiil-alam ini AtharNya jadi

Daripada sittu jihat-sebab inilah khali

Chahaya AtharNya tiadakan padam

Memberikan wujud pada sekalian alam

Menjadikan makhluq siang dan malam

Ila abadil-abad tiadakan karam

Tuhan kita itu seperti Bahr al-Amiq

Ombaknya penuh pada sekalian tariq

Laut dan ombak keduanya rafiq

Akhirnya kedalamnya jua ombaknya ghariq

Lautnya Alim haluannya Malum

Keadaannya Qasim ombaknya Maqsum

Tufannya Hakim shuunnyanya Mahkum

Pada sekalian alamin inilah rusum

Jikalau sini kamu tahu akan wujud

Itulah tempat kamu shuhud

Buangkan rupamu daripada sekalian quyud

Supaya dapat ke dalam Diri quud

Pada wujud Allah itulah yogya kau qaim

Buangkan rupa dan namamu daim

Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim

Supaya sampai kepada Amal yang Khatim

Jika engkau belum tetap seperti batuHukum dua lagi khadim dan ratu

Setelah lupa engkau daripada emas dan matu

Mangkanya dapat menjadi satu

Jika belum fana daripada ribu dan ratus

Tiadakan dapat adamu kau hapus

Nafikan rasamu itu daripada kasar dan halus

Supaya dapat barang katamu harus

Hamzah Fansuri sungguh pun daif

Haqiqatnya hamper pada Dhat al-Sharif

Sungguh pun habab rupanya kathif

Wasilnya daim dengan Bahr al-Latif

Inilah Bayt Lima Belas. Dengarkan pula pula pada ibarat sharah pulang.

[5] Aho segala kita yang menyembahkan Nama

Yogya diketahu apa Yang Pertama

Yani Nama Allah Subhanahu wa Taala kerana pada hukum shariat barang siapa menguchap la ilaha illaLlah Muhammadun RasuluLlah dengan lidahnya Islam hukumnya. Pada hatinya ?- waLlahu alam !Seperti sabda Nabi saw:

Man qala la ilaha illaLlah dakhalal-jannah

Barangsiapa menguchap la ilaha illaLlah masuk shurga [ terlalu mudah]

Dan lagi sabda Nabi saw: Man qala la ilaha illaLlah khahsan mukhlisan dakhalal-jannahBarangsiapa menguchap la ilaha illaLlah dengan suchi hatinya masuk shurga .Bahwasanya kerana nama dan yang empunya nama esa, apabila nama disebut maka serasa yang menyebut dengan yang empunya nama. Adapun kepada haqiqat, yogya diketahui yang Empunya Nama maka sempurna Islam mu. Seperti orang ke benua China dan mendengar nama raja China juga, sungguh pun tiada kelihatan dengan raja China; maka sempurna ia ke benua China dan raja China pun dilihatnya, nama raja China pun didengarnya; keduanya diperolehnya. Sebab itu kepada haqiqat yogya diketahui dan dikenali NamaNya yang dinamai Allah kerana firman Allah Taala:

Man kana fi hadhihi ama fahuwa fil-akhirati ama wa adallu sabilan

Yakni: Barangsiapa tiada mengenal Allah disini, diakhirat pun tiada dikenal dan lebih jauh ia dari jalan yang benar. [Quran 17:72]

Kerana ini maka kata Ahlul Suluk akan orang yang tiada mengetahui Allah tetapi menyebut Nama Allah dengan ikhlas hatinya iaitu Islam hukumnya. Ittifaq Ulama dan Ahlul-Suluk akan orang yang mengetahui Allah khass hukumnya; akan orang yang mengenal Allah khassal-khass hukumnya, kerana orang yang mengenal Allah Taala daripada oeang yang mengetahui Allah. Seperti sabda RasuluLlah saw:

Wabud rabbaka kaannaka tarahu

yakni

Sembah Tuhanmu seperti kau lihat Ia

{ibarat ini kepada orang yang mengenal Allah dapat dikata}

..Fain lam takun tarahu fainnahu yarakayakni

Jika tiada engkau melihat Dia, bahwa Ia melihat dikau.

{ibarat ini kepada orang yang mengetahui Allah dapat dikata}

Lagi Firman Allah Taala:

Wabud rabbaka hatta yatiyakal-yakin

yakni

Sembah Tuhanmu hingga memberi dikau nyata {yakni nyata: tiada shakk dalamnya}

Inilah mana .menyembah Nama.

[6] Falam- Yogya diketahui Yang Pertama

Yakni tatkala bumi dan langit belum ada, Arsh dan Kursi belum ada, shurga dan neraka belum ada semesta sekalian alam pun belum ada, apa jua yang pertama ?Dhat semata, SendiriNya, tiada dengan sifat dan tiada dengan AsmaNya itulah Yang Pertama. Adapun Nama Dhat itu Huwa. Makna Huwa itu ismu isharatin kepada Dhat tiada dengan sifat. Adapun Nama Allah rendahnya sepangkat daripada Nama Huwa. Tetapi Nama Allah itu perhimpunan segala Nama. Seperti seorang Muhammad namanya, jika ia berilmu, alim namanya, jika ia pandai, utus namanya, jika ia tahu menyurat, katib namanya, jika ia berniaga, saudagar namanya. Sekalian nama dibawah nama ini dibawah nama Muhammad juga. Kerana ia perhimpunan segala nama itu. Akan Nama Allah SWT pun demikian lagi. olehNya menjadikan makhluk, Khaliq NamaNya. olehNya memberi rizqi akan hambaNya Raziq NamaNya, olehNya membarikkan alam, Sani NamaNya , olehNya menjadikan dengan hikmatNya, Hakim NamaNya. Sekalian Nama ini dibawah Nama Allah juga kerana Nama Allah sepangkatnya. Adapun Dhat tinggi pula daripada Nama Huwa itu. Barangsiapa tahu akan mananya ini, tahu ia akan Yang Pertama itu. [7] Falam Kerana Tuhan kita yang Sedia Lama

Yakni Qadim Sedia, tiada dapat dibicharakan sekian lamanya. Yakni Qadim tiada dengan qadimnya, Awwal tiada dengan awwalnya, Sedia Ada, tiada lulus bichara kepada QidamNya itu melainkan bichara Ahlil Kashf jua. Adapun kata Ahlul Kashf QadimNya itu mithal suatu buah yang buntar, tiada berhujung dan tiada berpuhun, tiada permulaan dan tiada berkesudahan dan tiada tengah dan tiada tepinya dan tiada hadapan dan tiada belakangnya, tiada kiri dan tiada kanan, tiada atas dan tiada bawahnya. Inilah makna Qadim Sedia. Jika ditamthilkan seperti dairah pun dapat kerana dairah tiada berawwal dan tiada berakhir, jika awwal dikatakan akhir pun dapat, jika akhir dikatakan awwal pun dapat. Yogya diketahui Qadim Allah SWT dengan sempurna kenal. Inilah makna Qadim Sedia Lama. Betapa dapat bertemu dengan marifat Allah Taala jika tiada tahu QadimNya Sedia ?

[8] Falam Dengan ketujuh Sifat bersama-sama.Yakni tiada bercherai dengan ketujuh SifatNya, sungguh pun dikata Dhat Allah yang Pertama. Tetapi ibarat mushkil, yakni jadi Ia bercherai dengan ketujuh SifatNya naqis hukumnya. Adapun kepada Ulama shariat, Sifat Allah ayn Dhat Allah pun tiada, ghayr Dhat pun tiada. Adapun pada kata Ahlul Suluk, Sifat ayn Dhat. Misal seorang orang kerana ilmunya maka bernama alim , kerana qudratnya maka bernama qadir, kerana iradatnya maka bernama murid, kerana katanya maka bernama mutakallim, kerana penengarnya maka bernama sami, kerana penglihatannya maka bernama basir. Adapun ibaratnya juga lain daripada Dhat Asli. Nama Sifat yang tujuh itu suatu Hayat, kedua Ilm, ketiga Iradat, keempat Qudrat, kelima Kalam, keenam Sam, ketujuh Basar. Dhat dengan ketujuh Sifat ini tiada bercerai. Adapun Sifat yang lain banyak lagi tiada terhisabkan. Sekalian Sifat yang lain itu dibawah Sifat yang tujuh ini jua, kerana yang tujuh Sifat ini tinggi daripada sekalian Sifat itu. Seperti Nama Allah perhimpunan segala Nama, Sifat yang tujuh itu jua perhimpunan segala Sifat. Apabila tahu akan mana tujuh sifat itu, maka dapat mengenal dengan sempurna kenal jua.[9] Falam Tuhan kita Empunya Dhat

Yakni Semata, tiada dengan sifat. Pada suatu ibarat Wajibul-Wujud dinamai Ulama kerana Ia qaim denagn SendiriNya, tiada dengan lain. Sebab ini maka dinamai Ulama Wajibul Wujud. Maka kata Ahlul Suluk sungguh pun Ia qaim SendiriNya tetapi Ia memberi wujud akan sekalian alam. Maka dinamai Wajibul Wujud kerana Wujud dengan Dhat esa hukumnya. Adapun kepada Ulama shariat Dhat Allah dengan Wujud Allah dua hukumnya, wujud Ilmu dengan Alim dua hukumnya, wujud alam dengan alam dua hukumnya, wujud alam lain , Wujud Allah lain. Adapun Wujud Allah dengan Dhat Allah mithal matahari dengan chahayanya, sungguh pun esa pada penglihat mata dan penglihat hati pada haqiqatnya dua hukumnya , matahari lain, chahaya lain. Adapun alam, maka dikatakan wujudnya lain kerana alam seperti bulan beroleh chahaya daripada matahari. Sebab inilah dikatakan Ulama wujud alam lain daripada Wujud Allah, Wujud Allah dengan Dhat Allah lain. Maka kata Ahlul Suluk jika demikian Allah Taala diluar alam atau didalam alam dapat dikata, atau hampir kepada alam atau jauh daripada alam dapat dikata.

Pada kami Dhat Allah dengan Wujud Allah esa hukumnya. Wujud Allah dengan wujud alam esa, wujud alam dengan alam esa hukumnya . Seperti chahayanya, namanya jua lain, pada haqiqatnya tiada lain. Pada penglihat mata esa, pada penglihat hati pun esa. Wujud alam pun demikian lagi dengan Wujud allah esa, kerana alam tiada berwujud sendirinya. Sungguh pun zahirnya ada ia berwujud tetapi wahmi juga bukan wujud haqiqi, seperti bayang-bayang dalam chermin, rupanya ada haqiqatnya tiada. Adapun ittifaq Ulama dengan Ahlul Suluk pada Dhat, semata. Sungguh pun Dhat dapat diibaratkan tetapi tiada lulus pada ibarat kerana tiada diatas akan Dia, tiada dibawah akan Dia, tiada dahulu akan Dia, tiada kemudian akan Dia, tiada kanan akan Dia, tiada kiri akan Dia, tiada jauh dakn Dia, tiada hamper akan Dia, tiada diluar akan Dia, tiada didalam akan Dia, tiada bercherai akan Dia, tiada bertemu akan Dia tiada dengan betapanya dan tiada dimana dan tiada kemana dan tiada sekarang dan tiada sekejap mata, dan tiada ketika dan tiada masa, tiada Ia jadi dan tiada Ia menjadi, tiada Ia tempat dan tiada Ia bertempat. Seperti sabda RasuluLlah SAW;KanaLlahu wa la shaya mamahu

yakni;

Dahulu Allah dan tiada tiada suatu sertaNya pun

Kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatuLlahi alayhi]Huwal-ana kama kana

yakni ;

Ia sekarang pun seperti dahulu juga

Firman Allah Subhanahu wa TaalaSubhanaLlahi amma yasifun

yakni;

Mahasuchi Allah tiada dapat diperikan [Quran 23:92]Lagi firman Allah TaalaLaysa kamithlihi shayun

yakni;

Tiada suatu pun [barang yang kita bicharakan dengan hati kita atau dengan marifat kita] sudah-sudah. [sama-sama] . [Quran 42:11]

Marifat itu bukan marifat Dhat tetapi keadaan Dhat dengan periNya juga. Sebab inilah maka kata Ahlul Suluk, Dhat dengan keadaaaNya esa. Tetapi yang kunhiNya, Dhat itu tiada siapa datang kesana. Jangankan awamm, wali dan nabi dan malaikatul muqarrabin pun tiada tiada datang ke sana.

[10] Falam Awwalnya Hayya pertama bilang Sifat

Yakni Hayy itu iaitu Hidup. Maka Hayy pertama dikatakan kerana jika tiada Hayy sekalian Sifat ini tiada berkawn. Laginya firman Allah Taala:Allahu la ilaha illa huwal-hayyul-qayyumYakni

Bahawa Allah Taala esa, tiada tuhan lain melainkan Ia, Hidup, memegangkan sekalian. [ Quran 2:255]

Lagi Firman Allah Taala,Huwal-hayyu la ilaha illa huwa

Yakni

Ia itu Hidup, tiada Tuhan lain melainkan Ia jua.

Adapun maka Hayy didahulukan daripada sekalian Sifat yakni-seperti seorang orang jika tiada hay mati hukumnya. Apabila mati hukumnya alim pun tiada akan dia , murid pun tiada akan dia, qadir pun tiada akan dia, mutakallim pun tiada akan dia, sami pun tiada akan dia, basir pun tiada akan dia. Sebab inilah maka Hayy didahulukan daripada sekalian Sifat bersama-sama. Itulah mana Awwalnya Hayy pertama bilang Sifat.

[11] Falam-Keduanya Ilmu dan Rupa Malumat

Yakni Tahu, kerana Ilmu itu pertama nyata daripada sekalian nyata. Adapun maka dikatakan Ilmu pertama nyata daripada segala nyata kerana tatkala Allah Subhanahu wa Taala menilik DiriNya dengan Ilmunya, maka jadi tiga, bergelarnya: Alim, Ilmu, Malum. Yang Menilik bernama Alim, Yang Ditilik bernama Malum, Tilik-Menilik bernama Ilmu. Ketiganya esa juga, namanya berlain-lain; tetapi kerana Ilmu juga Alim dan Malum beroleh nama dan beroleh kenyataan. Tuhan pun zahirlah dengan hambanya, hambanya pun zahirlah dengan Tuhannya. Sebab inilah maka dikatakan Ilmu pertama nyata daripada segala nyata kerana Dhat Semata memandang DiriNya Alim pun kelihatan, Ilmu pun kelihatan. Malum pun kelihatan. Adapun Dhat Semata tiada dengan sifat. Itulah Yang Pertama hukumnya. Apabila ia menilik Dirinya, dilihatNyalah DiriNya dengan sekalian ShuunNya. Pada ketika itu Yang Menilik bernama Alim, Yang Ditilik bernama Malum, Tilik-Menilik bernama Ilmu. Dhat tersembunyi didalam Alim dan Malum dan Ilmu. Maka bergelar Awwal dan akhir, Zahir dan Batin; yang menilik bernama Awwal, yang ditilik bernama Akhir, yang ditilik bernama Zahir, yang menilik bernama Batin. Kerana inilah maka firman Allah Taala

Huwal-awwalu wal-akhiru wal-zahiru

Wal-batinu wa huwa bikulli shayin alim

Yakni

Ia jua Yang Dahulu, Ia jua Yang Kemudian

Ia Yang Nyata, Ta Terbunyi; Ia Tahu pada segala suatu.[Quran 57:3]

Lagi kata LamatYang Diberahikan dan Berahi dan Yang Berahi, ketiganya esa juga;

Sini apabila bertemu tiada lulus, bercherai dan dimanakan ada ?

Lagi kata Shaykh Muhammad Maghribi [rahmatuLlahi alayhi]Chun azm tamasha-i-jihan kad zi khalwat

Amad betamasha-i-jihan ayn jihan shud ...Yakni

Tatkala berbichara hendak melihat alam daripada rumah yang sunyi

Datang melihat rupa alam menjadi semata alam...

Har naqsh ki u khwast badan naqsh baramad

Pushid haman naqsh badan naqsh iyan shud

Yakni

Barang-barang tulis yang dikehendakinya dengan tulis itu datang

Tertutup dengan tulis itu juga nyata kelihatan

Kerana inilah maka kata Ali [radiyaLlahu anhu] berkat Maraaytu shayan illa wa raaytuLlahu fihi

Yakni

Tiada kulihat sesuatu melainkan kulihat Allah dalamnya

Inilah mana Ilmu pertama nyata daripada segala nyata.

[12] Falam-Ketiganya Murid akan sekalian Iradat

Yakni Murid itu iaitu Berkehendak kepada istidad yang dalam IlmuNya kepada alam ini. Seperti kata Hadith Qudsi

Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an urafaYakni

Aku perbendaharaan yang terbunyi, maka kukasih bahwa aku dikenal

Yakni alam dengan istidadnya sekalian yang didalam Ilmunya itulah maka dinisbatkan dalamnya kepada perbendaharaan yang terbunyi hendak mengeluarkan malumat dari dalam Ilmunya. Maka bersabda: Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an urafa. Adapun tamthil perbendaharaan itu seperti puhun kayu, sipuhun dalam bijinya. Biji itu perbendaharaan. Puhun kayu yang didalamnya ini perbendaharaan terbunyi dengan lengkapnya; akarnya, dengan batangnya, dengan chabangnya, dengan dahannya, dengan rantingnya, dengan daunnya, dengan bunganya, dengan buahnya-sekalian lengkap didalam biji sebiji itu. Maka biji itu hendak mengeluarkan tumbuh puhun kayu itu daripada dirinya ditengah padang yang mahaluas. Maka biji itu berkata: Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an urafa-yakni sekalian kata ini isharat kepada Berkehendak juga.Dan lagi firman Allah Taala:

Innama amruhu idha arada shayan an yaqula lahu kun fa yakun

Yakni

Bahwasanya barang titahNya, tatkala berkehendak kepada sesuatu, bahwakan berkata baginya: Jadi kau! Menjadi. [Quran 36:82]

Ini pun isharat kepada Berkehendak juag. Adapun kata Ahlul-Suluk makna [lahu] itu iaitu mawjud hendaknya dan hadir hendaknya. Maka harus dikatakan [lahu] kerana [lahu] itu isharat kepada suatu yang mawjud. Jika tiada mawjud tiada akan disebut Allah Subhanahu wa Taala [lahu]. Kerana itu maka Ahlul-Suluk makna kun [lahu] itu kata kepada malumat didalam Ilmu Allah yang sedia mawjud. Tetapi kepada Ulama, malumat itu tiada mawjud. Ia hadith-baharu datang tatkala Ia pandang memandang DiriNya. Adapun kata Ahlul-Suluk, sungguh pun tiada ia mawjud pada zahirnya tetapi pada batinnya ia mawjud, ada seperti puhun kayu itu juga; sungguh pun belum keluar dari dalam biji itu hukumnya adalah dalam biji itu- tiada shakk lagi. Jika tiada demikian, naqis hukumnya.

[13] Falam-Keempat Qadir dengan QudratNya taman

Yakni Kuasa; jika tiada kuasa lemah hukumnya. Akan Allah Subhanahu wa Taala tiada lemah. Ia kuasa menjadikan dan menbinasakan dan menghidupkan dan mematikan; pada mencheraikan dan mempertemukan, pada mengambil dan memberi-banyak lagi mithalnya yang tiada tersebut. Jikalau tiada kuasa, manakan dapat Ia memandang DiriNya pandang malumat yang dalam Ilmunya? Inilah yang berqudrat, yang sedia serbaNya itu. Adapun alam sungguh pun mawjud, bayang-bayang malumat juga. Apa yang dalam malumat itu sini kelihatan kerana malumat itu terhukum oleh Qudrat yang sedia tiada dapat ditukariNya lagi. Apabila bertukar naqis hukumnya Qudrat yang sedia itu; yakni belum sempurna maka hendak diperbaikiNya sekali lagi. Jikalau sudah dari sana permai, tiada harus diperbaikiNya sekali lagi.

[14] .dan suara kita. Sebab inilah maka pada hukum shariat Kalam Allah tiada makhluq. Adapun kepada madhhab Mutazilah dan Rafidi dan Zindiq. Kalam Allah itu makhluq. Pada hukum shariatnya, barangsiapa mengatakan Kalam Allah makhluq iaitu kafir-naudhat biLlahi minhu! Kalam Allah peri Dhat, Qadim bersama-sama dengan sekalian yang sedia ketujuh itu. Adapun Kalam Allah yang dibawa Jibrail kepada Nabi Muhammad RasuluLah sallaLlahu alayhi wa sallam yang tersurat pada mashaf itu dapat dikatakan makhluq kerana hukumnya sudah bercherai dengan Dhat pada ibarat. Adapun pada haqiqinya, walLlahu alam bil-sawab!

QalaLlahu Taala:

Innama qawluna li shayin idha aradna an naqula kun fa yakun

YakinBahwa sesungguhnya barang janji Kami akan suatu, tatkala kehendak Kami akan dia, bahwakan berkata baginya: Jadi kau!-menjadi [Quran 15:40]

Ini pun Kata Qadim dengan isharat juga, bukan dengan lidah dengan suara. Jikalau dengan lidah dan suara, dapat dikatakan makhluq. Kerana Allah Subhanahu wa Taala mahashuci, KalaNya pun maha shuci daripada lidah dan suara.[15] Falam- Keenamnya Sami dengan AdaNya dawamYakni Mendengar . Jika tiada berpengar tuli hukumnya. Tetapi menengar dengan telinga ibarat kerana Allah Subhanahu wa Taala tiada bertelinga seperti telinga makhluq. Adapun yang didengarNya sana suara istidad malumat yang didalam ilmunya sentiasa adanya. Inilah maka bernama wa huwal-samiul-alim, kerana Sami dam Alim sedia qadim sama-sama dengan Dhat Sungguh pun isharat pada samiaLlah li man hamidah itu hanya ibarat juga tiada dengan telinga seperti telinga makhluq.QalaLlahu Taala:Wa atakum min kulli ma saaltumuhu

Yakni

Kuberi akan kamu daripada yang kamu pinta [Quran: 14:34]Kata Ahlul-Suluk pinta ini pinta istidad asli, bukan pinta sekarang. Maka DengarNya Allah Subhanahu wa Taala dengan telinga ibarat daripada malumat yang sedia sertaNya. Pinta malumat pun dengan isharat, memberi malumat pun dengan ibarat. Jika tiada demikian, tiada penengar qadim. Apabila tiada pengar qadim, naqis hukumnya.[16] Falam-Ketujuh Basir akan halal dan haramYakni Melihat. Jika tiada berpenglihat buta hukumnya. Adapun Allah Subhanahu wa Taala daim melihat DiriNya dan rupa sekalian malumat. Halal dan haram didalam malumat itu mawjud. Tetapi Ia melihat tiada dengan mata seperti mata pada makhluq; dengan mata isharat juga dan dengan ibarat juga. Barangsiapa Itiqadnya Allah Subhanahu wa Taala itu melihat dengan mata seperti mata makhluq iaitu kafir-naudhu ni-Llahi minha! Kerana Allah Subhanahu wa Taala suchi daripada sekalian makhluqat. PenglihatNya pun mahashuci. Asal perkataan IlmuNya pun qadim, ma;lumatNya tiada bercherai dengan IlmuNya. Apabila malumatNya tiada bercherai dengan IlmuNya nischaya Ia sentiasa melihat dia dengan Penglihat yang qadim. Jikalau malumat yang didalam IlmuNya tiada mawjud, tiada Alim NamaNya; BasirNya pun lenyap. Adapun apabila Allah Subhanahu wa Taala Qadim dengan ketujuh SifatNya, tiadakan lenyap BasirNya kerana NamaNya wa huwal-samiul-basir. Lagi firman Allah Subhanahu wa Taala :

WaLlahu bima ta maluna basir

Yakni

Barang sesuatu yang diperbuat mereka itu Allah Taala melihat. [Quran 36:82]Kerana Sifat ketujuhnya ini qadim! Bukan Hayat ada Ilmu tiada, atau Ilmu ada Iradat tiada, atau Iradat ada Qudrat tiada ; atau Qudrat ada Kalam tiada, atau Kalam ada Sam tiada, atau Sam ada Basar tiada, atau suatu dahulu atau suatu kemudian, atau suatu lama atau suatu baharu-tiada demikian adanya. Barangsiapa Itiqadnya demikian dalalat hukumnya.[17] Falam-Ketujuhnya ini adanya qadimYakni dengan ketujuh Sifat yang sudah dikatakan pada awwal al-kitab ini, inilah qadim. Adapun Sifat yang lain, tatakala qawl kun! [fa yakun] maka nyata kelihatan, mithal Khaliq dan Raziq, Yuhyi dan Yumit. Seperti Sifat ini banyak lagi yang tiada terperi dan tiada tersebut. Adapun ibarat qawl kun [fa yakun] itu ialah pertama Allah Subhanahu wa Taala berfirman pada istidad malumat, Jadi kau! [menjadi]. Semesta sekalian denagn sekali Jadi kau! menjadi, sempurna lengkap. Jikalau dikurangiNya, atau ditambahNya, naqis hukumnya yakni tiada sempurna tahu akan HikmatNya kerana Allah Subhanahu wa Taala tiada seprti manusia iaitu sudah selesai perbuatannya jika belum permai baginya, sekali lagi diperbuatnya. Akan Allah Subhanahu wa Taala tiada demikian hukumnya, dengan sekali Jadi kau! Ia perbuat permai, tiada dapat diaybkan lagi. Adapun barang yang jadi diatas qawl kun fa yakun itu makhluq pada ibarat dan barang yang jadi diatas qawl kun fa yakun Shuun Dhat dinamainya Ahlul Suluk. Seperti nyawa, Khaliq pun ia tiada, makhluq pun tiada ia tiada, sungguh pun Hadith Nabi

Khuliqal-ruhu qablal-jasadi bi alfayn

Yakni

Zahir nyawa dahulu daripada tubuh dua ribu tahunKata Ahlul-Suluk, nyawa amr Allah itu belum dating ke bawah qawl kun fa yakun. Seperti firman Allah TaalaInnama amruhu idha arada shayan an yaqula lahu kun fayakun

Yakni

Bahwa sanya barang titahNya, tatakala berkehendak akan suatu, bahwakan berkata baginya, Jadi kau!-menjadi. [Quran 17:85]

Kata Ahlul-Suluk titah diatas Jadi kau! Menajdi, apabila diatas Jadi kau! menjadi Khaliq pun ia tiada, makhluq pun ia tiada. Seperti firman Allah Subhanahu wa Taala

Way asalunaka anil-ruhi qulil-ruhu min amri rabbi wa ma utitum minal-ilmi illa qalilan

Yakni

Bertanya orang kepada mu [Muhammad] daripada asal nyawa. Katakan [Ya Muhammad], Yang nyawa daripada titah Tuhanku. Bermula tiada diberi akan kamu ilmu melainkan sedikit [ mana kamu akan tahu kepada nyawa ] [Quran 17:85]Kerana ini maka Ahlul suluk, Khaliq pun ia tiada, makhluq pun ia tiada-kerana ia titah Allah Subhanahu wa Taala. Adapun ittifaq Ulama dan Ahlul-Suluk, alam sekalian makhluq, hukumnya hadith kerana ia muzahir dibawah qawl kun fa yakun-jangan dikatakan qadim.[18] Falam-Akan istidad alamin sempurna AlimYakni istidad itu iaitu kelengkapanNya yang sedia didalam IlmuNya yang terlalu tahu. Istidad itulah kelengkapan yang sedia didalam Ilmu Allah Taala. Kata Ahlul-Suluk, istidad tiada berpindah dan tiada dipindahkan Allah Subhanahu wa Taala. Yang sedia itu Shuun Dhat Subhanahu wa Taala-sedia terhantar didalam IlmuNya kerana kata Ahlul-Suluk, pada suatu ibarat Ilmu menurutkan Malum. Seperti laut terhantar, ombak juga yang pergi-datang, timbul-karam. Tetapi pada suatu ibarat , jika tiada laut tiada ombak timbul. Pada ibarat ini ombak menurutkan laut; yani Malum menurutkan Ilmu. Adapun kepada Ulama, istidad asli tiada masuk bilang. Apa kehendak Alim timbul seperti rupa kehendakNya itu. Adapun kata Ahlul-Suluk, istidad asli itu ada dalam IlmuNya seperti firman Allah Taala

Wa ma mima illa lahu maqanam malum

Yakni

Tiada suatu pun barang daripada Kami melainkan ada baginya tempat yang diketahui [Quran 37:164]Lagi kata Ahlul-Suluk istidad itu Shuun Dhat juga, belum bercherai dengan Dhat, sedia sentosha dalam Dhat pada ibarat ini. Adapun pada haqiqatnya semata dengan Dhat juga seperti kata Shaykh MuhyilDin ibnul-Arabi [radiyaLlahuanhu]Kunna hurufan aliyatin lam nuqal

Mutaalhqatin fi dhura alal-qulal...

Yakni

Dahulu ada kami huruf yang mahatinggi

Tiada dipindahkan,

Tergantung dengan

Istananya diatas puchak gunung

...Ana [anta] fihi wa nahnu

anta wa anta hu ...

Yakni

Aku engkau dalamnya [yakni dalam puchak gunung itu] dan kami sekalian engkau dan engkau Ia

...Fal-kullu fi huh u fasalan

man wasal.

Yakni

Bermula, Sekalian dalam Ia, Ia maka bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang wasal.

Adapun kata Shaykh MuhyilDin ibnul-Arabi isharat kepada istidad asli itu juga. Seperti sepuhun kayu dalam bijinya sedia ada serta dengan biji itu, belum berpindah dan tiada dipindahkan kerana belum bercherai dengan biji itu. Apabila bergerak daripada tempatnya hendak keluar, maka berpindah namanya dan dipindahkan daripada tempatnya. Dan demikian lagi dengan istidad asli, apabila bergerak dipindahkan daripada tempatnya dan IlmuNya dan IradatNya dengan KalamNya dengan SamiNya dengan BasarNya-sekalian bergerak sama-sama ila abadil-abad. Kepada Ulama malumat dengan istidadnya itu hadith dan berpindah dan dijadikan seperti tukang atau utus hendak berbuat rumah. Bicharanya itu dengan istidad malumatnya. Maka diperbuat sebuah rumah. Rumah itu makhluq, rupa rumah yang dalam bicharanya itu pun makhluq; hadith keduanya. Kata Ahlul-Suluk apabila demikian pada Qadim Allah Subhanahu wa Taala tiada dengan IlmuNya lagi- lagi baharu berbicharah hendak menjadikan islam dan kafir, salih dan fasiq. Apabila demikian, sungguh pun Qadim, tiada dengan IlmuNya, bebal hukumnya.Sungguhnya Raja, tiada dengan tenteranya lemah hukumnya; sungguh pun berpengetahuan, tiada berkelengkapan, segan hukumnya; sungguh pun Adil, zalim hukumnya. Apabila baharu saja hendak berbichara, bebal hukumnya, apabila tiada kekayaan dan baharu saja hendak mengadakan, faqir hukumnya, apabila berpengetahuan tetapi tiada berbuat, segan hukumnya, apabila munafiq dan kafir tiada padaNya maka dijadikanNya kafir dan sudah dijadikanNya kafir maka dimasukkanNya ke dalam neraka, zalim hukumnya. Akan Allah Subhanahu wa Taala tiada demikian. Jikalau ada sifat demikian padaNya, naqis hukumnya. Barangsiapa itikadnya demikian dalalat hukumnya. Adapun kata Ahlul-Suluk pada suatu ibarat malumat Allah qadim kerana istidad asli itu kelakuan DhatNya juga dan sekalian periNya juga. Adapun Jamal kelakuan yang baik, Jalal kelakuan sekalian yang jahat. Tetapi pada haqiqatnya sekalian baik kerana sekalian itu periNya dan kelakuanNya juga. Mithal suatu anak panah jika tiada bengkok tiada berguna pada yang empunya, mata kawe jika tiada bengkok tiada beroleh ikan; jarum jika tiada betul tiada dapat menjahit. Menjadi jahat atau baik masing-masing pada gunanya kerana keduanya daripada Jalal dan Jamal juga. Inilah mana istidad yang sedia.[19] Falam-Kerana Sifat ini Kamal al-Hakim

Yakni sempurna mengadakan dengan Hikmat. Maka dikatakan sempurna mengadakan dengan Hikmat kerana utus mengenakan smesta sekalian pada tempatnya; yakni mengelaurkan malumat daripada IlmuNya dengan tiada bertukar. Asal langit dijadikanNya langit; asal bumi dijadikan bumi; asal arsh dijadikanNya arsh; asalnya kursi dijadikanNya kursi, asal laut dijadikanNya laut; asal darat dijadikanNya darat-yakni menjadikan semesta sekalian ini dengan HikmatNya dan dengan Hukum Istidad yang sedia itu juga. Maka sempurna Ia bernama wa huwal-azizul-hakim. Jika ditukariNya perbuatan yang sedia ada itu tiada Hakim hukumnya memangsakan perbuatan yang sedia itu kerana perbuatan yang sedia itu sudah dari asalnya permai. Jika belum sudah atau belum permai, maka harus diperbaikiNya; Jadi kau yang dikatakan selamanya ini belum permai sekarang hendak pula mengubah yang sedia. Itu tiada sempurna Hakim hukumnya. Olehnya itu maka yang baik dihantar kepada baik, yang jahat dihantar kepada jahat. Jikalu sekalian alam dijadikanNya islam dan kafir tiada dijadikanNya, naqis hukumnya; jikalau sekalian dijadikan kafir, islam tiada dijadikanNya, naqis hukumnya; jikalau shurga dijadikanNya, neraka tidak dijadikanNya, naqis hukumnya; jika neraka dijadikanNya, shurga tidak dijadikanNya, haqis hukumnya. Kerana ini semesta sekalian dikeluarkanNya daripada istidad malumatNya kepada alam dengan sempurnanya tiada bertukar kerana NamaNya wa huwal-azizul-hakim. [Quran 14:4][20] Falam-Bernama BismiLlahil-Rahmanil-Rahim

Yakni kerana Sifat yang termazkur ini maka bernama BismiLlahil-Rahmanil-Rahim. Adapun suatu mana kepada Shariat, BismiLlah yakni Dengan Nama Allah, adapun al- Rahman yakni Yang Mahmurah [dalam dunya]; adapun al-Rahim yakni Yang Mengasihi [dalam akhirat]. Adapun suatu mana kepada Haqiqat, BismiLlahi itu Nama Dhat, perhimpunan segala Nama seperti sudah termazkur; adapun al-Rahman itu pertama memberi Rahmat bagi semesta sekalian alam yakni menjadikan semesta sekalian seperti firman Allah Taala

Wasita kulla shayin rahmatan wailman

Yakin

Wahai Tuhanku, Kauliaskan pada semsta sekalian Rahmat dan pengetahuan.

[Quran 40:7]

Itulah Rahman empunya Rahmat memberikan wujud pada sekalian semesta sekalian alam. Olehnya memberikan wujud akan semesta sekalian alam maka bernama Rahman. Islam dan Kafir, shurga dan neraka, halal dan haram, baik dan jahat, daripada rahmat Rahman beroleh wujud. Itulah maka bernama Rahman. Adapun Rahim itu ditaksiskan semesta sekalian yang baik dan ditakhsiskan Anbiya dan Awliya dan Salihin dan segala islam-tiada berchampur [takhsisnya]. Adapun Rahman berchampur {takhsisnya}. Kerana ini maka bernama BismiLlahil-Rahmanil-Rahim. [21] Ilmu itu Haqiqat Muhammad al-Nabi

Tatakala dizahirkan ketengah Padang

Nyatalah ishq yang dalam kandang

Disanalah hukum pandang-memandang

Berahi dan dendam tiada berselang

Dua Qawa suatu kandang

Barzakh diantaranya pula terbentang

Harus raikan ini Orang

Umpama tamthil besi dan pedang

Yakni Ilmu yang melihat malumat itu Haqiqat Muhammad [sallaLlahu allayhi wa sallam]. Antara Alim dan Malum itulah asal daripada Dhat. Adapun pada satu ibarat itulah bernama Ruh Idafi yakni Nyawa Berchampur dan suatu ibarat itulah bernama Aql al-Kulli namanya yakni Perhimpunan segala Buddi dan pada suatu ibarat Nur namanya yakni Chahaya dan pada suatu ibarat Qalam al-Ala namanya yakni Qalam yang Mahatinggi dan pada suatu ibarat Lawh namanya yakni Papan tempat Menyurat. Kerana itulah maka sabda RasuluLlah sallaLlahu allayhi wa sallam Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-ruh

Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-nur Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-aql

Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-qalamYakni maka sebab Nabi [sallaLlahu allayhi wa sallam] mengatakan sekalian awwal itu ialah kerana Ilmu hidup dinamai Ruh kerana Ilmu itu malumat kelihatan dinamainya Nur kerana Ilmu itu mencharakan segala malumat dinamainya Aql kerana Ilmu itu tersurat sekalain malumat dinamai Qalam. Kerana itulah sabda RasuluLlah [sallaLlahu allayhi wa sallam]

Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-ruh

Dan Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-nurKerana Ruh dan Nur itulah maka malumat jadi. Seperti firman Allah Taala didalam hadith Qudsi

Law laka lama khalaqtul-aflak

Yakni

Jikalau tiada engkau tiadakan Kujadikan ketujuh langit dan bumi [dan semesta sekalian Kujadikan daripada Chahaya Muhammad jua].

Jika tiada chahaya Muhammad itu tiada akan jadi semesta sekalian. Dan firman Allah Taala didalam Hadith Qudsi

Khalaqtul-kulla di ajlika wa khalaqtuka li ajli

Yakni

Kujadikan semesta sekalian keranamu; engkau Kujadikan keranaKu [yakni semesta sekalian jadi daripada Chahaya Muhammad; yang Chahaya itu jadi daripada Dhat Allah].

Jika tiada dengan Ilmu itu Allah Subhanahu wa Taala tiadakan zahir dan tiada Alim,Chahaya Muhammad tiada akan zahir. Seperti sabda RasuluLlah[sallaLlahu allayhi wa sallam]Kuntu nabiyyan wa Adamu baynal-maI wal-tin

Yakni

Ada aku terlebih dahulu sebagai Nabi tatkala Adam masih lagi diantara air dan tanah.

Hadith ini isharat kepada air jua. Kerana Adam dan semesta sekalian jadi daripada Chahaya itu jua. Chahaya Ilmu itu Malum. Lagi sabda RasuluLlah[sallaLlahu allayhi wa sallam]

Yakni

Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala nyawa. [yakni yang dikatakan Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam: Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-ruh pada hukumnya nyawa itulah Muhammad sallaLlahu allayhi wa sallam]. [Lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam: Ana minaLlahi wal-muminuna minni yakni Aku daripada Allah dan segala Mumin daripadaku]Lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam

Ana minaLlahi wal-alamu minni

Yakni

Aku daripada Allah dan sekalian alam daripadaku

Lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam

Ana minaLlahi wal-muminuna min nuriYakni

Aku daripada Chahaya Allah. Bermula segala mumin daripada chahayaku

Kerana sekalian kata ini maka dikatakan Ilmu Haqiqat Muhammad al-Nabi.

[22] Falam-Menurutkan Malum dengan lengkapnya qawi

Yakni memberi Chahaya akan Malum. Jika tiada Ilmu, Malum tiada dapat keluar daripada istidad asli. Kerana itu maka dikatakan menurutkan Malum. Mithal laut, jika tiada laut ombak pun tiada akan timbul, demikian lagi rupa malumat timbul daripada Ilmu. Kerana ini maka pada hukum shariat Malum menurutkan Ilmu, kerana jika tiada Ilmu tiada kelihatan malumat. Dan pada suatu ibarat mereka itu sekalian daripada Chahaya Esa itu juag seperti kata Lamat:Al-aynu wahidatun wal-hukmu mukhtalifu wa Dhaka sirran li ahlil-ilmi yankashifu

Yakni

Yang semata itu esa juga. Bermula jalannya berlain-lain. Bermula acharanya bertukar-tukar Dan yang demikian rahsia bagi yang mengetahui dan berpengetahuan juga dapat membukakan dia.

Yakni seperti tanah, dijadikannya berbagai-bagai akan dia, adakan buyung, adakan periuk-asalnya tanah sebangsa hukumnya. Berbagai-bagai segala bejana itu beroleh rechana dan peri daripada tanah juga. Akan alam pun demikian lagi, sungguh pun berbagai-bagai asalnya daripada Chahaya itu juga.

[23] Falam-Tuhan kita itu yang empunya KamalYakni sempurna dengan semesta sekalian peri. Jikalau suatu kurang daripadaNya, tiada sempurna Kamal NamaNya. Jikalau islam dijadikanNya, kafir tiada dijadikanNya; atau salih dijadikanNya, fasiq tiada dijadikanNya; shurga dijadikanNya, neraka tiada dijadikanNya; atau baik dijadikanNya, jahat tiada dijadikanNya-tiada Ia Kamal hukumnya. Kerana ini maka pada hukum shariat

Khayrihi wa sharrihi minaLlahi Taala

Yakni

Baik dan jahat daripada Allah Taala

Barangsiapa tiada membawa iman demikian iaitu kafir-naudhu biLlahi minha! Firman Allah Taala:

Qul kullun min indiLlah

Yakni

Katakan olehmu Muhammad semesta sekalian daripada Allah Taala [Quran 4:77]Seperti firman Allah Taala:

WaLlahu khalaqakum wa ma ta malun

Yakni

Bermula Allah menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu [Quran 37:96]

Lagi firman Allah Taala:

Wa la hawla wa la quwwata illa biLlahil aliyyil azim

Yakni

Bermula, tiada mengelilingi dan tiada kuasa melainkan dengan Allah yang Mahatinggi dan Mahabesar juga. [Quran18:40]

Seperti sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam

La tataharraku dharratun illa bi idhniLlah

Yakni

Tiada bergerak suatu dharrat jua pun melainkan dengan firman Allah-kehendak Allah.

Dalam hukum shariat, sungguh pun daripada Allah baik dan jahat, tetapi Allah radi kepada yang baik, tiada radi kepada yang jahat. Adapun pada kata ini terlalu mushkil, tiada terbichara oleh Ahlul-Suluk kerana Jalal pun SifatNya, jamal pun SifatNya, betapa maka tiada radi kepada SifatNya? Dan adapun jika dibawa kepada istidad asli dapat kerana keduanya hadir disana. Sungguh pun Ia mengeluarkan keduanya tetapi yang baik radi kepada yang jahat tiada radi. Tetapi sual ini sual baqi!

[24] Falam-Didalam IlmuNya itu tiada panah zawal.

Yakni Ilmunya tiada panah bercherai dengan MalumNya. Jika bercherai dengan MalumNya, tiada hukumnya Kamal kerana malumat kebesaran Alim. Jikalau Alim tiada bermalum binasa kebesaran Alim dan kerajaan Alim kerana malumat itu kebesaran Alim dan kekayaan Alim. Adapun pada suatu ibarat malumat hadith kerana ia daripada Ilmu. Ilmu daripada Hayat, Hayat daripada Dhat. Dhat dahulu daripada sekalian. Pada hukumnya malumat hadith. Adapun ikhtilaf pada ikhtiyar, yang pada hukum shariat ikhtiyar akan makhluq, iaitu menurut hukum shariat ada diberi Allah ikhtiyar akan dai. Jikalu ia berbuat baik, shurga diperolehnya; jikalau ia berbuat jahat, neraka diperolehnya-dengan ikhtiyarnya. Kata Ahlul-Suluk, jikalau demikian khayrihi wa sharrihi minaLlahi Taala binasa. Adapun pada kami makhluq tiada berikhtiyar. Apabila tiada ia berwujud, tiadalah ia berikhtiyar. Seperti firman Allah Taala:

Wa law shaaLlahu lajaalukum ummatan wahidatan wa lakin yudillu man yashau wa yahdi man yasha

Yakni

Jika hendak menjadikan kamu ummat suatu dapat, tetapi menyesatkan dengan kehendakNya, menunjukkan jalan yang betul dengan kehendakNya. [Quran 16:39]

Daripada makhluq tiada berwujud, manakah beroleh ia itu ikhtiyar? Dengarkan pula oleh kamu tamthil kami. Seperti seorang pandai besi, ada sebuah besi padanya, pusaka dari nini moyangnya. Istidad besi itu layak akan keris. Maka dipandangnya dengan ilmunya besi itu layak akan keris. Maka ditempanya keris. Setelah sudah ditempanya maka dipakainya. Beberapa lamanya maka ia menikam orang dengan keris itu. Perbuatan ini dengan ikhtiyar tuan keris, tiada dengan ikhtiyar keris. Daripada awwal datang kepada akhir, ikhtiyar empunya keris jua, tiada ikhtiyar keris. Yang empunya keris pun berbuat perbuatan yang muwafaqat dengan istidad keris [seperti seorang dikafirkanNya dengan istidad qadimnya; ikhtiyar Allah Subhanahu wa Taala muwafaqat dengan istidad itu jua. Seqadar itu dapat dikatakan ikhtiyar akan makhluq, kerana istidad makhluq didalam IlmuNya-yakni didalam Ilmu Allah-tiada panah zawal.[25] Falam-Rahman dalamnya perhimpunan Jalal

Yakni Rahman, empunya Rahmat yang dahulu telah dinyatakan tatkala memberi wujud akan semesta sekalian alam dengan Kamal tiada bercherai. Seperti firman Allah Taala:

Al-Rahmanallamal-Quran khalaqal-insan allamahul-bayan

YakniRahman ituYang mengajar Quran [kalam Allah yang qadim, dengan isharat]Khalaqal-insan-yakni Menjadikan insan [dengan Rahmat yang qadim]Maka diajarinya semseta sekalian yang kelihatan. [Quran 55:1-4]

Adapun suatu Hadith lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam

La tasubbul-riyaha innaha min nafasil-Rahman

Yakni

Jangan kamu menyumpah angin, bahwasanya ia daripada nafas Rahman.

Isharat disini sedikit tetapi maknanya banyak. Suatu maknanya, ia banyak faidahnya.Lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam

InnaLlaha khalaqa Adama ala suratil-RahmanYakni

Bahwasanya Allah Taala menjadikan Adam atas rupa Rahman.

Maka ditakhsiskan Allah Subhanahu wa Taala atas Rupa Rahman itu iaitu tiada bercherai dengan Nama Allah Taala [ yakni Rahman itulah wujud semesta sekalian alam ]. Adapun suatu ibarat, Adam pun suatu alam lagi; pada shariat alam saghir, pada haqiqat alam kabir. Seperti firman Allah Taala:Al-Rahmanu alal-arshi stawaYakni

Rahman diatas arsh sama.

Barangsiapa tiada fakir akan ayat ini iaitu kafir, kerana disini banyak dalil mutashabihat. Kata Ahlul-Suluk, ayat itu pada haqiqat semesta sekalian makhluqat yakni haqiqat semesta sekalian makluqat itu arsh hukumnya, sungguh pun tiada demikian takhsis tempat Allah Taala jika demikian takhsis tempat adapun. Maka dikatakan Jalal sebab perhimpunan segala wujud daripada Rahmatnya qadim.[26] Falam Berserta dengan Rahim pada sekalian Jamal.

Yakni Rahim itu iaitu rahmat takhassus pada sekalian Jamal kerana Jamal Sifat segala perbuatan yang baik, khususan akan Anbiya dan Awliya dan Salihin dan Ashiqin dan Ariffin-banyak lagi mithalnya tiada tersebut. Sekalian ini daripada Jamal hukumnya. Adapun firman Allah Taala:

Fa subhanal-ladhi biyadihi malakutu kulli shayin wa ilayhi turjaun

Yakni:

Maka Mahasuchi Tuhan iaitu dengan tanganNya memegang haqiqat sekalian. Bermula kepadaNya jua kamu akan dipulangkan. [23:89]

Lagi firman Allah Taala:

Khalaqtu bi yadayyaYakni:

Kujadikan dengan kedua tanganKu [38:75]

Kedua tangan itu yakni Qudrat dan Iradat juga. Pada suatu ibarat, kedua tangan itu yakni Jamal dan JalalNya. Jamal mithal tangan kanan, Jalal mithal tangan kiri. Sekalian yang baik menjadi daripada yang kanan. Sekalian yang jahat menjadi daripada tangan kiri. Adapun jangan diitiqadkan Allah Taal bertangan atau berkiri-kanan kerana Ia mahasuchi daripada bertangan dan suchi daripada kiri dan kanan. Adapun Jamal hukumnya daripada Sifat Rahim, tetapi tiada bercherai dengan Rahman yang qadim.[27] Falam Tuhan kita itu bernama Aliyy

Yakni Mahatinggi, tiada terhisabkan dan tiada teribaratkan sekian lamanya, sebab kesudahan NamaNya itu Huwa. Adapun Huwa itulah maka dikatakan Aliyy sebab ia ismu isharatin kepada Dhat. Adapun Dhat itu sungguh pun dibawa kepada ibarat kepada kunhiNya tiada siapa tahu akan Dia kerana Ia tiada diibaratkan. Sungguh pun Esa, tiada dengan esanya; sungguh pun Tunggal, tiada dengan tunggalnay. Barang Sifat, Dhat, Asma, kita nisbatkan kepadaNya ibarat juga.

[28] Falam Dengan sekalian SifatNya nantiasa baqi

Yakni sentiasa kekal dengan segala periNya ila abadil abad tiada bercherai dengan SifatNya. Seperti dahulu tiada panah bercherai dengan SifatNya, kemudian pun demikian jua tiada akan bercherai dengan SifatNya. Dahulu ada kemudian lenyap atau dahulu tiada kemudian datang kepadaNya semua ini naqis hukumnya. Inilah mana Dengan sekalian Sifatnya sentiasa baqi.

[29] Falam Ala jamiil-alamin AtharNya jadiYakni diatas segala alam BekasNya lalu; seperti air sungai lalu tiada berkeputusan dan tiada berkesudahan.

Seperti firman Allah Taala:

Kulla yawmin huwa fi shan

Yakni

Pada segala hari Ia itu dalam kelakuanNya. [55:29]

Kata ahlul-Suluk makna hari itu sekejap mata kerana pada Allah tiada hari. Lagi firman Allah Taala:

Allahu nurul-samawati wal-ardi mathalu nurihi

Yakni:

Allah jua yang mnerang ChahayaNya ketujuh langit dan ketujuh bumi. Seperti ChahayaNya . [24:35]

Kata Ahlul-Suluk, alam ini kenyataanNya jua kerana Allah Subhanahu wa Taala dengan DhatNya, dengan SifatNya, dengah AfalNya, dengan AtharNya sentiasa nyata. Sebab ini maka kata Abu Bakar al-Siddiq (radiyaLlahuanhu):

Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha qablahu.

Yakni

Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah dahulunya.

Kata Umar (radiyaLlahuanhu):Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha badahu.

Yakni

Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah kemudian nya.

Kata Uthman (radiyaLlahuanhu):Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha maahu.

Yakni

Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah serta nya.

Kata Ali (radiyaLlahuanhu):

Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha fihi.

Yakni

Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah dalamnya.Keempatnya ulya makrifat mereka itu kerana firman Allah Taala:

Fa aynama tuwallu fa thamma wajhuLlah

Yakni

Barang kemana kamu hadapkan muka kamu disana [wajhuLlah] (ertinya Dhatnya). [2:115]

Bukan dimaksudkan muka seperti muka makhluq; yakni Dhat allah Taala tiada bermuka, Dhatnya jua yang lengkap kepada semesta sekalian. Seperti firman Allah Taala dalam Zabur:

Anal mawjudu fatlubni tajidni fain tatlub siwaI lam tajidniYakni

Aku mawjud, yang kamu tuntut kamu peroleh, jikalau kamu tuntut lain daripadaKu tiada Aku engkau peroleh.

Ini AtharNya pada sekalian alam.

[30] Falam Daripada situ jihat, sebab inilah khaliYakni daripada enam hadapan khali. Maka dikatakan khali kerana jikalau dikatakan diatas, dibawah Ia, jikalau dikatakan dibawah, diatas Ia; jikalau dikatakan dikiri, dikanan Ia, jikalau dikatakan dikanan, dikiri Ia; jikalau dikatakan dari hadapan, dari belakang Ia, jikalau dikatakan dari belakang, dari hadapan Ia, kerana bahwa sanya firman Allah Taala:

Qul huwaLlahu ahad

Allahul-samad

Lam yalid wa lam yulad

Wa lam yakun lahu kufuan ahad

Yakni

Katakan olehmu [ya Muhammad]

Bahawsanya Allah Taala Esa;

Lagi Tuhan yang penuh [pada suatu makna: pejal,

Suatu makna, lengkap]. Tiada beranak dan tiada

Diperanakkan. Dan tiada bagiNya sama suatu pun. [112]

Apabila Sifatnya demikian, nischaya tiada jihat akan Dia. Dan lagi seperti firman Allah Taala:

Thalathatin illa huwa rabiuhum wa la khamsatin illa huwa sadisuhum wa la adna min dhalika wa la akthara illa huwa maahum

Yakni:

Jikalau orang tiga orang melainkan Ia jua yang keempatnya dengan mereka itu, bermula jikalau orang lima orang melainkan Ia jua yang keenamnya dengan mereka itu; tiada kurang, tiada lebih melainkan Ia jua serta mereka itu sekalian

[Quran 58:7]

Kata itupun isharat kepada Allah Subhanahu wa Taala tiada berjihat dan tiada bertempa. Ibarat ini sungguh pun sedikit, maknanya banyak, WaLlahu alam .

[31] Falam Chahaya AtharNya tiada akan padam

Yakni chahaya BekasNya tiada akan padam. Kerana Allah Subhanahu wa Taala bernama Zahir, zahirNya itu dimanakan padam, kerana Ia sentiasa tiada bercherai dengan SifatNya. Adapun pada Hari Qiyamah, sungguh pun padam tetapi hukumnya zahirNya itu terbunyi jua didalam batinNya dan batinNya pun terbunyi didalam zahirNya kerana yang dinamai Awwal pun Ia, yang dinamai Akhir pun Ia, yang dinamai Zahir pun Ia, yang dinamai Batin pun Ia kerana athar zahirNya didalam batinNya tiada padam; athar batinNya didalam zahirNya tiada padam; athar awwalNya didalam akhirNya tiada padam; athar akhirNya didalam awwalNya tiada padam.

[32] Falam Memberikan wujud pada sekalian alam

Yakni AtharNya itu pada sekalian alam terlalu nyata, tiada terbunyi kerana ia wujud daripada Rahmat Rahman lagi memberikan wujud akan sekalian alam. Jika tiada wujud itu dimana akan beroleh athar. Kerana athar sekalian alam daripada atharNya jua, maka ia beroleh wujud. Seperti tanah, diperbuat kendi atau periuk atau buyung atau tempat. Tanah itulah asal wujud sekalian bejana itu. Jika tiada tanah itu dimana kendi dan periuk akan beroleh wujud ? Kepada Shariat wujud kendi lain, wujud tanah lain. Adapun kepada Haqiqat wujud itulah tanah, sekalian bejana tiada wujud, tanah jua wujud. Rupa sekalian wahmi jua, tiada haqiqi. Inilah makna Memberikan wujud pada sekalian alam.

[33] Falam Menjadikan makhluq siang dan malam

Yakni AtharNya itu yang dinamai wujud kerana menjadi wujud makhluqat. Seperti bumi, jika tiada hujan dimanakan tumbuh kayu-kayuan ? Adapun bumi ditamthilkan Ilmu Allah, hujan seperti wujud; kayu-kayuan seperti makhluq. Adapun bumi tanah sendiriNya, hujan pun air jua sendirinya. Setelah berchampur maka ada kayu-kayuan tumbuh. Adapun kayu-kayuan yang tumbuh daripada bumi dan air itu tumbuh dengan hukum istidad jua. Sekalian tumbuh menjadi pahit, setengah tumbuh menjadi manis, setengah tumbuh menjadi kelat, setengah tumbuh menjadi hijau, setengah tumbuh menjadi merah, setengah tumbuh menjadi putih, setengah tumbuh menjadi hitam. Warna dengan sekalian rasa menjadi dengan hukum istidad asli juga. Adapun air, serupa air sematanya, tanah pun serupa sematanya tanah. Kayu-kayuan itu tumbuh daripada air dan tanah jua tetapi rupanya dan warnanya menurut istidadnya juga. Seperti firman allah Taala:

Yusqa bi ma in wahidin wa mufaddihu hadaha ala ba din fil-ukul

Yakni:

Kami beri air daripada suatu air. Bermula kami lebihkan setengahnya atas setengahnya dalam rasa segala makanan. [Quran 13:4}

Tamthil ini ditamthikan kepada alam , asalnya daripada wujud maka menjadi siang dan malam , langit dan bumi , arsh dan kursi, shurga dan neraka, islam dan kafir, baik dan jahat , semua ini dengan hukum istidad dirinya jua. Adapun Dhat Allah amat suchi, Farq makhluqat berbagai-bagai kerana SifatNya banyak, AfalNya banyak, AtharNya banyak kerana isitidad sekalian makluqat didalam SifatNya jua. Perbuatan yang baik daripadaSifat Jamal, perbuatan yang jahat daripada Sifat Jalal. Adapun asal Jalal dan Jamal daripada Wujud; asal Wujud daripada Dhat. Pada haqiqatnya sekalian keranaNya juga, lain daripadaNya tiada lulus pada alam ini kerana Ia wahdahu la sharika lahu. Inilah makna Menjadikan makhluq siang dan malam.[34] Falam Ila abadil-abad tiadakan karam.

Yakni kekayaan allah sentiasa tiada lenyap daripada malumat datang keduanya dari dunya datang ke akhirat daripada akhirat datang ke kepada tiada berkesudahan yang isi neraka pun tiada akan lenyap tiada berkesudahan. Seperti firman Allah Taala:

Jazauhum inda rabbihim jannatu adain tarji man tahtihal anharu khalidina fiha abadan

Yakni Dibalaskan mereka itu yang islam daripada Tuhan mereka itu; tempatnya shurga lalu dibawahnya sungai, masuk mereka itu ke dalamnya kekal. [Quran 20:76 & 98:8]Lagi firman Allah Taala:

Innal-ladhina kafaru wa zalamu lam yakumLlahu liyaghitira lahuin wa la liyahdiyahum tariqun illa tariqa jahannama khalidina fiha abadan

Yakni:Bahawasanya mereka itu yang kafir dan zalim tiada diampuni Allah Taala akan mereka itu, dan tiada dipimpin akan mereka itu pada suatu jalan. Melainkan jalan ke neraka, masuk kedalamnya kekal. [Quran 4:168 ]

Inilah makna Ila abadil-abad tiadakan karam.

[35] Falam Tuhan kita itu seperti Bahr al-AmiqYakni Dhat Allah ditamthilkan seperti Laut yang Dalam kerana kunhi Dhat itu tiada masuk kepada bichara. KeadaanNya jua yang ditamthilkan seperti Laut yang Amat Dalam itu. Maka sabda Nabi sallaLlahu alayhi wa sallam:

Suhanaka maarafnaka haqqa marifatika

Yakni:

Mahasuchi Engkau-tiada kukenal Engkau dengan sempurna kenal [ yakni kunhi Dhat itu tiada dapat dikenal].Kerananya jua diibaratkan seperti laut yang tiada terhingga dan tiada berkesudahan. Jika ada akan Dia hingga dan kesudahan atau awwal dan akhir, akan makhluq jua akan allah Subhanahu wa Taala tiada SifatNya demikian.[36] Falam Ombaknya penuh pada sekalian tariq

Yakni pada sekalian jalan dan dimithalkan ombak-ombaknya penuh pada sekalian jalan. Barang kita lihat, zahir dan batin, sekaliannya lenyap-ombak juga. Takni laut tiada bercherai dengan ombaknya, ombak pun tiada bercherai dengan laut. Demikian lagi Allah Subhanahu wa Taala tiada bercherai dengan alam tetapi tiada Ia di dalam alam dan tiada Ia di luar alam dan tiada Ia di atas alam dan tiada Ia di bawah alam dan tiada Ia di kanan alam dan tiada Ia di kiri alam dan tiada Ia di hadapan alam dan tiada Ia di belakang alam dan tiada Ia bercheai dengan alam dan Ia bertemu dengan alam dan tiada Ia hampir kepada alam dan tiada Ia jauh daripada alam. Seperti kata Lamat:

Darya kuhan chu bar zand mawjinu

Mawjish khwanand u dar haqiqat daryastYakni

Laut sedia, apabila berpalu menjadi ombak baharu,

Dikata orang ombak, tetapi pada haqiqat laut jua.

Kerana laut dengan ombak tiadanya bercherai. Dan lagi kata shair Lamat:

Khalawtu bi man ahwa fa lam yaku ghayruna

Wa law kana ghayri lam yasihh wujuduha

Yakni

Khalwatlah aku dengan kekasihku

Maka tiada kulihat lain daripada aku

[Jika kulihat lain daripadaku, wujudnya tiada sah ]

Kata Lamat:

Raqqal zujaju wa raqatil-khamru

Fa tashabaha fa tashakala,l-amru

Fa kaannama khamrun wa la qadahu

Wa kaannama qadahun wa la khamru

Yakni

Naqsh kacha dan hening minuman

Maka sebagai keduanya dan serupa hukumnya

Maka seperti minuman [ bukan piala,

Dan seperti piala bukan minuman ]

Inilah makna Ombak-ombaknya penuh pada sekalian tariq.

[37] Falam laut dan ombak keduanya rafiq

Yakni laut dan ombak keduanya bertaulan; mithal hamba dengan Tuhan , ashiq dan mashuq. Seperti firman Allah Taala

Innal-ladhina yubayi unaka innama yubayi umnaLlah

Yakni

Bahawasanya mereka itu yang berjabat tangan dengan dikau, tiada mereka itu [berjabat tangan] melainkan Allah Taala jua yang menjabat tangan [ mereka ] itu [Quran 48:10]YaduLlahi fawqa aydihim

Yakni

Tangan Allah diatas tangan mereka itu. [Quran 48:10]Lagi firman Allah Taala

Fa lam taqtuluhum wa la khinnaLlaha qatalahum wa ma ramayta idh ramayta wa la kinnaLlaha rama

Yakni

Tiada kamu membunuh mereka itu. Bermula tetapi Allah Taala jua membunuh mereka itu. Bermula jika engkau membuang [ panah ya Muhammad ] apabila kau membuang tetapi Allah Taala jua membuang. [Quran 8:17]Lagi firman Allah Taala

Wa huwa maakum aynama kuntum

Yakni Ia itu serta kamu barang dimana ada kamu. [Quran 57:4]Lagi firman Allah Taala Wa nahnu aqrabu ilayhi min hablil-warid

Yakni

Kami terlebih hampir kepadanya daripada urut leher yang keduanya. [Quran 50:16]Lagi firman Allah Taala [didalam hadith Qudsi]

Al-insanu sirri wa ana sirruhu

Yakni

Yang manusia itu rahsia aku dan aku pun rahsianya.

Kerana ini maka sabda Nabi [sallaLlahu alayhi wa sallam]

Mana arafa nafsahu fa qad arafa rabbahu

Yakni Barangsiapa mengenal dirinya, bahawasanya mengenal Tuhannya.

Kerana Tuhannya dengan dia tiada bercehai. Seperti laut dengan ombak itu tiada bercherai, demikian lagi Tuhan dengan hambanya tiada bercherai. Inilah makna Laut dan ombak keduanya rafiq.

[38] Falam Akhir kedalamnya jua ombaknya ghariq

Yakni ombak kedalam laut jua tenggelam. Datangnya ombak pun daripada laut, pulangnya pun kepada laut jua. Inilah makna irjI ila aslihi- seperti firman Allah Taala:

IrjiI ila rabbiki radiyatan mardiyyah

Yakni

Pulang kamu kepada Tuhanmu, radi kau akan dikau. [Quran 89:28]

Adapun Ahlul-Ushshaq mengerti pulang yakni apabila siashiq tiada melihat dirinya lagi, pulanglah ia ke dalam laut- maka lautlah hukumnya. Jika lagi ia melihat dirinya lagi belum pulang dan belum karam hukumnya. Kepada madhhab Ushshaq [ melihat dirinya itu] mushrik dikata. Inilah makna Akhir kedalamnya jua ombaknya ghariq.

[39] Falam Lautnya Alim haluannya MalumYakni laut yang sudah dikatakan diatas itulah maka dinisbatkan kepada Alim supaya dapat tamthil Alim dan Malum oleh talib. Kerana yang dinamai laut itu air, apabila laut itu timbul bernama halun; apabila naik berhimpun diudara bernama awan; apabila jatuh bertitik dari udara bernama hujan; apabila hilir dibumi bernama sungai; apabila pulang ke laut, laut hukumnya. Adapun halun maka ditamthilkan Malum kerana halun daripada laut tetapi tiada lain daripada laut. Demikian lagi Alim tiada bercherai dengan Malum, Malum tiada bercherai dengan Alim. Jikalau Alim tiada bermalum,tiada Alim; hukumnya tiada Ia menjadikan. Rupa dan warna daripada tiada berwarna itulah wujud segala rupa dan segala warna. Yang tiada berupa dan tiada berwarna itu batin; yang berupa dan berwarna itu zahir. Inilah makna Lautnya Alim haluannya Malum.

[40] Falam Keadaanya Qasim ombaknya Maqsum

Yakni erti Qasim itu iaitu membagi, Maqsum itu iaitu yang dibagikan. Kerana Allah Taala memberikan wujud akan semesta sekalian alam maka Ia dinama Qasim. Adapun alam sekalian seperti ombak namanya Maqsum kerana ombak timbul daripada keadaan laut. Yakni keadaan Allah Subhanahu wa Taala bernama Qasim, keadaan sekalian alam bernama Maqsum. Laut diibaratkan seperti Dhat, keadaan Laut seperti keadaan Dhat, halun seperti keadaan alam; ombak seperti rupa alam. Pada ibarat ini laut, dengan air, dengan ombak, dengan rupa ombak, dengan warna ombak dengan nama ombak sekalian ini suatu juga. Itulah makna

Keadaanya Qasim ombaknya Maqsum.

[41] Falam Tufannya Hakim, shuunnya Mahkum.

Yakni tufannya tamthil daripada titah Kun! fa yakun kepada zuhurNya dengan SifatNya dan AsmaNya dengan AfalNya dengan AtharNya dengan IlmuNya, dengan MalumNya, dengan SamiNya, dengan BasirNya, dengan IradatNya, dengan QudratNya, dengan KalamNya, dengan QahharNya, dengan JabbarNya, dengan MuizzNya dengan MudhillNya, dengan RahmanNya, dengan RahimNya, dengan KarimNya. Seorang diislamkanNya, seorang dikafirkanNya, seorang dikayakanNya, seorang dimiskinkanNya, seorang sentiasa diberiNya sentiasa berbuat baik, seorang sentiasa diberiNya sentiasa berbuat jahat, seorang dimasukkanNya ke dalam shurga, seorang dimasukkanNya ke dalam neraka, seorang diberikanNya berbuat ibadat banyak lalu dimasukkanNya ke dalam shurga, seorang diberikanNya berbuat maksiyat banyak lalu dimasukkanNya ke dalam neraka, seorang daripada islam dikafirkanNya, seorang daripada kafir diislamkanNya. Ini makna Tufannya Hakim, shuunnya Mahkum.

[42] Falam Pada sekalian alamin inilah rusum

Yakni pada sekalian alam ini ugahari, Daripada awwalnya datang kepada akhirnya, daripada batinnya dating kepada zahirnya, sekalian ini sentiasa shuunNya. Yakni kelakuanNya terhukum oleh tufanNya iaitu titahNya kerana alam sekalian shuunNya jua. Erti shuunNya iaitu kelakuanNya. Sekalian sentiasa shuunNya, berkisar-kisar dan bergerak-seperti firman Allah Taala

Kulla yawmin huwa fi shan

Yakni

Pada segala hari Ia itu dalam kelakuanNya.

Segala rupa, rupaNya; segala warna, warnanYa; segala bunyi, bunyiNya kerana Ia wahdahu la sharika lahu. Jikalau dikatakan ada yang lain daripadanya , shrik dengan zulm hukumnya. Kerana ini maka segala Ushshaq yang bermakrifat sempurna berkata

Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku.

Kata Shaykh Masud [rahmatuLlahi alayhi] Akulah kafir yang sedia

Kata Sayyid Nasimi: Inni anaLlah

Yakni

Bahawasanya aku Tuhan [Allah]

Kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatuLlahi alayhi]

Laysa fi jubbati siwaLlah

Yakni

Tiada didalam jubbahku ini lain daripada Allah

Kata Sultanul arifin Ba Yazid Bistami [rahmatuLlahi alayhi]

Subhani ma azma shani

Yakni

Mahasuchi aku! Dan mahabesar kelakuanku!

Banyak lagi Mashaikh yang berkata demikian tiada tersebut. Adapun mereka itu sekalian berkata demikian kerana marifat mereka itu sempurna. Jangan kita yang tiada bermakrifat berkata demikian jangan kita turut-turutan maka dikufrkan pendita, yang menghukumkan demikian supaya jangan segala jahil yang tiada bermakrifat mengatakan demikian kerana makrifat itu terlalu mushkil. Barangsiapa belum sempurna bermakrifat dan berahi seperti mereka itu, jika ia berkata seperti mereka itu kafir hukumnya. Inilah makna Pada sekalian alamin inilah rusum.

[43] Falam Jikalau sini kamu tahu akan wujud Yakni wujud yang dikatakan pada awwalnya kitab ini datang kepada akhirnya. Wujud itu yogya diketahui dengan makrifat kerana wujud itu bukan wujud kita. Daripada bebal kita jua kita sangka wujud itu wujud kita. Sebab ini maka ahlul-Suluk:Wujuduka dhanbu la yuqasu bihi dhanbu

Yakni

Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya.

Kerana kepada Ahlul-Suluk wujud wahminya itu shirk al-khafi; apabila ia mengatakan wujuduka [seolah-olah ] qaim sendirinya, inilah shirk al-khafi hukumnya yakni jikalau ia mengatakan seolah-olah sebenarnya ia berwujud , maka ia berwujudlah hukumnya. Inilah makna Jikalau sini kamu tahu akan wujud.

[44] Falam Itulah tempat kamu shuhudYakni shuhud itu iaitu pandang. Wujud ala mini wahmi jua, jangan kamu pandang wujud yang wahm. Wujud yang sedia jua kamu pandang kerana wujud al-makhluqat daripada wujudNya. Apabila wujud al-makhluqat daripada wujudNya, wujud kitapun wujudNya. Seperti sabda Nabi [ sallaLlahu alayhi wa sallam ]:

Allahumma arinil-ashyaa kama hiya

Yakni

Ya Tuhanku, perlihatkan padaku sekalian seperti adanya.

Adapun RasuluLlah [ sallaLlahu alayhi wa sallam ] tahu akan keadaan segala ashya tetapi ia hendak tahu akan haqiqatnya pula. Kerana keadaan ashya dengan keadaan diri sama jua, apabila dapat mengenal keadaan diri maka dapat mengenal haqiqat diri. Seperti firman Allah Taala:

Wa idha saalaka ibadi anni fainni qarib

Yakni

Apabila bertanya hambaku kepadaKu, bahwa Aku sesungguhnya hamper.

Tetapi akan hampirNya itu yogya diketahui. [Quran 2:186]

WaLlahu bi kulli shayin muhit

Yakni

Allah Taala dengan semesta sekalian lengkap [meliputi]

Lagi kata Shaykh Junayd [rahmatuLlahi alayhi]

Lawnul mai lawnu inaihi

Yakni

Warna air warna bejananya jua.

Sekalian ibarat ini dan isharat ini yogya diketahui supaya berhasil makrifat Allah Taala. Apabila hasil makrifat Allah Taala maka dapat memandang pada asal wujud yakni pada wujud yang sedia bukan pada wujud yang wahm. Inilah makna Itulah tempat kamu shuhud.

[45] Falam Buangkan rupamu daripada sekalian quyud.

Yakni erti quyud itu iaitu sangkutan. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicharakan oleh aql dan makrifat itu sekalianya quyud. Dari kerana Dhat Allah mutlaq, tiada Ia pada rupa kita dan rupa semesta sekalian alam, zahir dan batin, lain daripada Dhat Semata. Itu mutlaq hukumnya. Apabila kita buangkan sekalian quyud dengan penglihat kita dan didalam bichara kita maka dapat bertemu dengan Mutlaq ertinya Ada yang mahasuchi daripada rupa. Adapun pada suatu makna, makna quyud itu iaitu arta dan kebesaran dan anak-isteri. Yakni jikalau kamu berarta, jangan lekat hatimu pada arta dan anak-isteri seperti firman Allah

Likay la ta saw ala ma fatakum wa la tafrahu bi ma atakum Yakni

Supaya jangan kamu berchinta akan barang yang luput daripada kamu dan jangan sukachita kamu kepada barang yang datang kepada kamu.[Quran 57:23]

Apabila merugi, jangan didukakan dan apabila berlaba, jangan kamu sukakan; jikalau besar pun jangan disukakan; jikalau kechil pun jangan didukakan; jikalau afiyat diberi Allah jangan disukakan; jikalau sakit diberi Allah jangan didukakan- sekalian itu quyud jua. Apabila jauh daripada quyud maka dapat bertemu dengan Mutlaq. Inilah makna Buangkan rupamu daripada sekalian quyud.

[46] Falam Supaya dapat ke dalam Diri quud.Yakni quud itu iaitu duduk [kedalam Diri]. Yakni jangan jauh menchari daripada Diri kerana firman Allah Taala

Wa fi anfusikum afala tubsirun

Yakni

Bermula didalam diri kamu-tiadakah kamu lihat? [Quran 51:21]

Dan lagi sabda Nabi [sallaLlahu alayhi wa sallam]

Man arafa nafsahu fa qad arafa rabbahu

Yakni

Barangsiapa mengenal Dirinya maka sanya mengenal Tuhannya

Apabila Tuhannya dikenal, dapat sekalian sama padanya, memakai sama padanya, menyimping sama padanya, kaya sama padanya dan miskin sama padanya; besar dan kechil sama padanya; puji dan chela sama padanya; tiada ia berahi akan shurga dan tiada ia takut akan neraka. Adapun faqir yang minta makan kepada shariat halal hukumnya seqadarkan memberi quwwat sehari itu jua. Jikalau dipinta akan esoknya atau akan lusanya haram hukumnya. Adapun kepada Ahlul-Suluk, apabila ia pergi meminta makan, shirk hukumnya kerana ia hendak memeliharakan dirinya jua. Jikalau semikian lakunya belum ia fana daripada dirinya. Sekalian kerjanya itu quyud. Seperti firman Allah Taala:

Fa tawakkalu in kuntum muminim

Yakni

Maka serahkan diri kamu kepada allah jikalau ada kamu orang yang perchaya. [Quran 5:23]Adapun jikalau rezqi datang sendirinya itu yang dianugerahkan Allah Taala dan harus dimakan. Jikalau tiada datang, jangan dicharinya dan jangan dipinta kepada makhluq. Adapun kepada Ahlul Ushshaq kepada Allah pun jangan meminta maka dapat keluar daripada quyud. Seperti kata Lamat:

Al-faqiru la yahtaju ilaLlah

Yakni

Faqir itu tiada muhtaj kepada allah

Jika ia muhtaj hukumnya dua lagi; apabila tiada ia muhtaj maka dapat menjadi esa. Adapun perkara menyimping, ittifaq Ulama dan Ahlul-Suluk mengatakan hukumnya haram kerana terbuka awratnya. Adapun berbaju haya dan berkelubung dan berseluar dan berkeskul dan berkaput dan bertanam-tanaman kepada shariat harus; kepada AhluLlah dan Ahlul-Suluk pun harus tiada quyud. Adapun kepada Ahlul Ushshaq sekalian hijab dan quyud Diri akannya. Perbuatan itu bukan ia meniyyatkan sekehendak Allah kerana kehendaknya itu sekalian hijab dan quyud. Adapun sembahyang fardu dan puasa fardu dan memakan yang halal dan meninggalkan yang haram-sekalian itu bukan quyud kerana ia dengan kehendak Allah bukan dengan kehendak kita yakni kerana itu amr allah. Akan tetapi kepada barangsiapa yang ingat akan dingin dan hangat dan kenyang dan lapar dan telanjang dan berkain-jika ia meninggalkan sembahyang fardu dan puasa fardu dan jika sediakala ia memakan yang haram, asi hukumnya. Orang itu tiada dapat menjadi wali. Adapun jikalau ia berahi dan mabok dan mahw-tiada ia tahu akan dirinya dan sembahyang fardu dan puasa fardu ditinggalkannya, tiada mengapa akan dia kerana pada hukumnya ia dalam sembahyang yang daim. Jiak belum ia mabok dan mahw-masih lagi ingat akan dirinya- dan sembahyang dan puasa ditinggalkannya hijab dan quyud dan asi hukumnya. Tiada dapat ke dalam Diri quud!.[47] Falam Pada wujud allah itulah yogya kau qaim.

Yakni pada wujud Allah itulah yogya kamu pandang dengan makrifat yang sempurna. Jangan lupa pada sembahyang dan puasa dan berjalan dan berdiri dan duduk dan berbaring kerana firman Allah Taala: Wadhkur rabbaka fi nafsika tadarrian wakhifatan wa dunal jahri minal qawli bil ghuduwwi wal asali wa la takun minal ghafilin

Yakni

Sebut Tuhanmu didalam dirimu, melemahkan diri dan dalam hati takut dan lain daripada nyaring suara dan kata dengan pagi dan petang dan jangan kau jadi daripada orang yang lupa [ yakni jangan kamu lupa segala kelakuan kamu sepeti firman Allah Taala: wa huwa maakum aynama kuntum- yakni Ia itu serta kamu barang dimana ada kamu ] [Quran 57:4]

Adapun akan orang yang belum kamil dan belum beroleh makrifat yang sempurna yogya dikurangkan makan dan minum dan tidur dan dikurangkan berkata-kata dan dikurangkan duduk dengan orang banyak sementara belum kamil dan beroleh makrifat yang sempurna. Adapun akan makan sama, tiada makan sama; berkata-kata sama, diam sama; dalam hutan sama, dalam negeri sama;- semesta sekalian ini tiada hijab padanya, maka dapat tidur dan dapat duduk dengan orang dan dapat berkata-kata dengan orang dan dapat beranak dan beristeri; jangan lebih dan jangan kurang daripada perbuatan Nabi Muhammad RasuluLlah [ sallaLlahu alayhi wa sallam ]. Inilahyang afdal.

[48] Falam Buangkan namamu dan rupamu daim.Yakni buangkan namamu dan rupamu kerana engkau tiada bernama dan tiada berupa. Adapun rupamu itu rupa bayang-bayang jua dan namamu itu gelar-gelaran jua. Daripada ghaflatmu kau sangka engkau bernama dan berupa. Kata ahlul-Suluk yang bernama itu bukan namamu dan yang berupa bukan rupamu. Sayogya dipandang Yang Empunya Rupa dan Yang Empunya Nama supaya terbuang namamu dan rupamu. Apabila terbuang namamu dan rupamu, maka dapat bertemu dengan Yang Empunya Nama dan yang Empunya Rupa. Apabila bertemu dengan Yang Empunya Nama dan Empunya Rupa maka dapat bertemu dengan Wujud. Apabila bertemu dengan Wujud maka dapat bertemu dengan Dhat. Apabila bertemu dengan Dhat, nama pun terbuang, rupa pun terbuang.

[49] Falam Nafikan rasmudaripada makhdum dan khadim

Yakni fanakan dirimu daripada yang menyembah dan yang disembah. Apabila ada lagi yang menyembah dan yang disembah maka masih menjadi dua belum menjadi esa hukumnya. Seperti kata Ahlul-Suluk:

Man abdal isma dunal mana fa qad kafara

Yakni:

Barangsipa menyembah nama tiada dengan ertinya maka bahawasanya telah kafirlah iaWa man abdal mana dunal isma fahuwa mushrikYakni

Barangsiapa menyembaherti tiada dengan nama, maka ia itu menduakan.

Wa man abdal isma wal mana fahuwa munafiq

Yakni

Barangsiapa menyembah nama dan erti nama maka ia itu munafiq

Wa man tarakal isma wal mana fahuwa muminun haqqan

Yakni

Barangsiapa meninggalkan nama dan erti nama, maka ia mumin yang sebenar-benarnya.

Adapun fana itu pada ibarat ialah melenyapkan segala ghayr allah. Jika orang fana lagi tahu akan fananya, belum ia fana kerana fana itu ibarat hapus daripada ghayr Allah. Apabila belum hapus daripada ghayr Allah, belum fana hukumnya; apabila hapus daripada ghyar allah nescaya yang menyembah pun lenyap dan yang disembah pun lenyap daripada rasanya yakni menjadi esa iaitu tiada; lenyap sekali-kali. Adapun kepada suatu ibarat, fana itu shirk kepada Allah Taala kerana si ashiq tiada berwujud. Apabila tiada berwujud fana hukumnya kerana kepada haqiqat Ia SendiriNya tiada lain. Seperti sabda Nabi [ sallaLlahu alayhi wa sallam ]

Araftu rabbi bi rabbi

YakniKukenal Tuhanku dengan Tuhanku

Lagi kata Lamat

La yaral Laha ghayraLlah

YakniTiada melihat Allah melainkan Allah

Kata Lamat:

Ma arafal-Laha ghayraLlah

Yakni

Tiada mengenal Allah lain daripada Allah

Kata Lamat:

Raaytu rabbi bi ayni rabbi

Yakni

Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku

Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya maka fana hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Hendaklah diketahui.

[50] Falam Supaya sampai kepada Amal yang Khatim

Yakni apabila fana maka berolah perbuatan yang sedia, seperti kata Uways al-Qarani dalam bahasa Farsi:

Anra ki fana shewa u faqr a in ast

Yakni

Mereka yang lenyap daripada permainan faqir

Nah kash nah yaqin nah marifat nah din ast

Yakni

Tiada kashf dan tiada yakin dan tiada marifat dan tiada ugama akan dia

Raft u zi miyyan hamin khuda mand khuda

Yakni

Lenyap ia ditengah-tengah hanya Allah jua tinggalAl-faqru idha tamma huwaLlahu in astYakin

Apabila sempurna faqir, sudahlah marifat maka ia itu Allah

Inilah lagi sabda Nabi [ sallaLlahu alayhi wa sallam ]:

Al-faqru fakhri wa bihi aftakhiru

Yakni

Faqir itu kemuliaanku dengannya kumuliakan.

Adapun kepada shariat yang faqir itu tiada malik dinamai. Adapun kepada Ahlul-suluk yang dinamai faqir itu Ahlul-Marifat. Apbila sempurna sempurna makrifatnya tiada melihat dirinya lagi faqirlah hukumnya Inilah makna Supaya sampai kepada Amal yang Khatim

[51] Falam Jika engkau belum tetap seperti batu.

Yakni jangan bergerak; zahirnya pun jangan bergerak, batinnya pun jangan bergerak. Apabila seperti batu maka wasillah hukumnya pada ibarat tetapi kepada haqiqat sedia wasil. Jika ia tiada memuji Allah pada zahirnya, pada batinnya ia memuji Allah kerana pada Ahlul-Suluk segala ashya bernyawa dan berbudi dan bermarifat. Jikalau ashya tiada bermakrifat dimana ia akan memuji Allah ? kerana firman Allah dalam Quran demikian bunyinya:

Tusabbihu lahul-samawatul-sabu wal ardu wa man fihinna

Yakni:

Memuji allah bagiNyaisi langit ketujuhnya dan bumi ketujuhnya dan barang yang dalamnya [Quran 17:44]

Wain min shayin illa yusabbihu bihamdihi wa lakin la tafqahuna tasbihahum

Yakni

Bahwa daripada segala sesuatu melainkan menguchap tasbih memuji Dia, tetapi tiada kamu paham pada tasbih mereka itu. [Quran 17:44]

Lagi firman Allah Taala

Alam tara annaLlaha yasjudu lahu man fil samawati wa man fil ardi wal shamsu wal qamaru wal nujumu wal jibalu wal shajaru wal dawabbu wa kathirun minal nas.

Yakni

Tiadakah kamu lihat bahwa Allah Taala itu bagiNya jua disembah barang didalam ketujuh langit dan ketujuh bumi dan matahari dan bulan dan segala bintang dan segala bukit dan segala puhun kayu-kayuan dan segala binatang dan kebanyakan daripada manusia ?

Semesta sekalian ashya menguchap tasbih dan memuji dan menyembah akan Allah. Apabila kita tetap seperti batu, sekalian anggota kita menyembah Allah seperti hokum dalil Quran ini.

[52] Falam Hukum dua lagi; khadim dan ratu

Yakni jangan menyembah chahaya seperti embun dan matahari dan bulan dan bintang dan seperti rupa budak dan jangan bermaqam diubun-ubun atau diantara kening atau dipuchak hidung atau di dalam jantung. Sekalian ini hijab kepada Dhatnya. Adapun akan orang Ahlul-Suluk, daim ia menyerahkan dirinya kepada Tuhannya. Barang kehendak Tuhannya ia radi. Adapun kepada haqiqat, jika lagi ashiq, mashuq hendaknya; jika lagi talib, matlub hendaknya; jika lagi menyembah, yang disembah hendaknya; jika lagi menyita, yang dichita hendaknya; jika lagi memandang, yang dipandang hendaknya. Sekalian itu dengan wujudnya, dua lagi hukumnya, belum menjadi esa. Apabila fana seperti batu maka esa hukumnya- iaitu satu seperti tatakala dalam kuntu kanzan atau seperti buih di dalam air belum menjadi buih. Pada ibarat ini wasil hukumnya. Adapun kepada haqiqat, buih air dengan air tiada dua.[53] Falam- Setelah lupa engkau daripada emas dan matuYakni tamthil emas itu iaitu Tuhan dan matu itu iaitu hamba. Kerana pada penglihat emas lain, matu lain, namanya pun lain. Tetapi emas tiada bercherai dengan matu dan matu tiada bercherai dengan emas. Apabila matu tiada melihat dirinya lagi, neschaya emas semata lagi tinggal. Apabila emas lenyap, tiada khabar akan dirinya dan tiada ia khabar akan emas. Dan orang lenyap itu pun demikian tiadalah diketahuinya lagi. Adapun ibarat ini terlalu mushkil; berperlahan-lahan memicharakan dia, jangan lekas-lekas.

Seperti kata Shaykh Muhyil-Din ibnul-Arabi [radiyaLlahu anhu]:

Al-marifatu hijabun baynal arifi wal marufYakni

Mengenal dinding antara yang mengenal dan yang dikenal.

Lagi kata Shaykh Muhyil-Din ibnul-Arabi [radiyaLlahu anhu]:

Law lal mahabbatu lastamarral wisal

Yakni

Jika tiada mengasih nischaya senantiasa wasil [kerana mengasih dinding antara yang dikasih]

Kata ini isharat kepada fana daripada emas dan matu juga. Apabila fana daripada emas dan matu maka dapat menjadi satu yakni esa.[54] Faalam Mangkanya dapat menjadi satuYakni apabila matu fana daripada emas dan matu, maka matu dan emas menjadi satu. Jika lagi matu tahu akan dirinya; bahawa aku tahu,belum dapat bersuatu. Seperti kaluh-kaluh terjun ke dalam api; jiak ia lagi tahu akan dirinya; bahawa aku sudah menjadi api, belum lagi bertemu dengan api. Apabila bertemu dengan api, menjadi api. Apabila menjadi api, lupalah akan api dan lupa akan dirinya. Seperti kata Shaykh Sadi [rahmatullahi alayhi]:Ay murgh sahar ishq zi parwanah beyamuz

Yakni

Hai burung dinihari! Berahi pada waktu sahar kepada kaluh-kaluh pergi berajar

Kan sukhtra jan shud wa awaz neyamad

Yakni

Yang sudah tertunu itu menjadi nyawa tiada bunyinya dating

In muddaiyyan dar talabsh bekhabar anand

Yakni

Segala yang mengaku dalam menuntut dia, tiada mereka itu khabar akan dia

Kanra ki khabar shud khabarshban zi neyamad

Yakni

Bahawa ia itu yang beroleh berita, beritanya tiada lagi datang.

Akan matu pun demikian; apabila ia fana didalam emas, akan emas tiada ia tahu, akan matu pun demikian, tiada ia tahu. Inilah makna Mangkanya dapat menjadi satu

[55] Falam Jika belum fana daripada ribu dan ratusYakni rupa makhluq semesta sekalian itulah ribu dan ratus. Jika belum fana daripada ribu dan ratus belum dapat bertemu dengan Dia yakni hapus. Sungguh pun semesta sekalian shuunNya juga, tetapi jika belum sana shuunNya daripada penglihat, belum dapat bertemu dengan Dhat. Apabila fana daripada AtharNya dan AfalNya dan AsmaNya dan SifatNya maka dapat bertemu dengan Dhat kerana AtharNya itu dinding AfalNya; AfalNya dinding AsmaNya; AsmaNya dinding SifatNya; SifatNya dinding Dhat. Sekalian ini kelakuanNya jua. Apabila fana daripada sekalian kelakuaNya, maka dapat bertemu dengan Dhat. Adapun yang Asal, Dhat itu Esa; kelakuanNya banyak, ribu dan ratus. Apabila fana daripada ribu dan ratus, maka dapat bertemu dengan Dia. Seperti kata Ahlul-Suluk:

Hijabul dhati bil sifat

Hijabul sifati bil asma

Hijabul asmaI bil afal

Hijabul afali bil athar

Yakni

Dinding Dhat itu sifat

Dinding sifat itu asma

Dinding asma itu afal

Dinding afal itu athar

Adapun suatu makana fana itu aitu tanggal; tanggal daripada ribu dan ratus dan anak isteri dan arta dan kekayaan dan suhbat dan kekasih dan pakaian yang baik dan kebesaran dan hendak menjadi shaykh dan karamat dan kasih akan riya dan ajab daripada ribu dan ratus demikian dpat adamu ini fana. Hendaknya maka dia dapat bertemu dengan tuhannya.

[56] Falam Tiadakah dapat adamu kau hapus

Yakni jika belum fana daripada ribu dan ratus dimanakah dapat adamu hapus ? kerana ibarat hapus itu iaitu fana daripada sekalian alam dan kebesaran dan anak isteri . Selang kepada dirinya lagi hapus, istimewa kepada alam dan kebesaran dan anak isteri. Tetapi kata ini kepada menuntut ia juga, tiada kepada menahai. Sungguh pun beranak-isteri, sediakala hapus jua. Adapun akan orang muntahi, sediakala hapus jua muntahi. Bukan yang hapus itu junun atau uryan atau tiada makan atau tiada tidur atau tiada mandi junub atau berchamping atau tiada mahu sembahyang. Jikalau diikut yang demikian itu hijab hukumnya. Adapun makna hapus itu iaitu makan sama tiada makan sama; uryan sama, berkain sama; shurga sama, neraka sama; sungguh pun ia berbuat ibadat tetapi tiada ia ingin akan shurga dan tiada ia takut akan neraka yakni taslim seperti firman Allah Taala:

Innal dina indaLlahul islam

Yakni

Bahawa yang agama itu pada Allah agama Islam yakni menyerahkan dirinya.

Kerana dirinya itu bukan Dirinya, yogyalah diserahkan kepada Yang Empunya Diri maka dapat hapus daripada dirinya.

[57] Falam Nafikan dirimu daripada kasar dan halusYakni nafikan dirimu daripada badan dan nyawa, suatu makna daripada baik dan jahat; suatu makna daripada kedua alam; suatu makna, daripada islam dan kafir; suatu makna,daripada zahir dan batin. Sekalian itu yogya dinafikan, maka bertemu dengan Dhat Allah kerana pada sekalian itu bukan Dhat. Apabila hapus menafikan semesta sekalian yang kasar dan halus maka dapat bertemu dengan Dhat kerana Dhat terlalu mahasuchi daripada kasar dan halus. Yang kasar dan halus itu tiada hukumnya suchi. Barang yang tiada suchi itu makhluqat hukumnya. Jiak belum lenyap sekalian makluqat dari penglihat tiada dapat kelihatan Khaliq. Seperti sabda RasuluLlah [sallaLalhu alayhi wa sallam]

Hijabul Llahi sabina alfan minal nuri wa sabina alfan minal zulumat

YakniDinding antara Allah Subhanahu wa Taala tujuh puluh ribu dinding daripada chahaya dan tujuh puluh ribu dinding daripada kelam.

Itulah dinding yang kepada kasar dan kepada halus.

[58] Falam Supaya dapat barang katamu harus

Yakni seperti kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatuLlahi alayhi]:Laiysa fi jubbati siwaLlahu

Dan seperti kata Shaykh Ba Yazid:Subhani ma azama shani

Atau seperti kata Mansur Hallaj:Anal HaqqKerana mereka itu sempurna makrifatnya. Tiada mereka itu melihat kasar dan halus melainkan Dhat semata jua. Barang kata mereka itu harus. Adapun kita jika belum beroleh makrifat yang sempurna seperti makrifat mereka itu atau belum hapus daripada kasar dan halus jangan barang kata seperti ini dikatakan; neschaya khilaf shariat kerana jalan shariat sungguh pun permai terlalu suchi. Adapun jalan haqiqat, sungguh pun hampir, maranya banyak. Jangan kita meninggalkan sembahyang dan jangan meninggalkan shariat kerana shariat dengan haqiqat esa jua. Barangsiapa belum mabok atau mahw atau belum junun datang kepada Allah,jikalau meninggalkan sembahyang dan puasa dan makan haram, fasiq dan asilah mereka itu hukumnya.

[59] Falam - Hamzah Fansuri sungguh pun daifYakni sungguh pun daif, terlalu yakin, bukan bermain sia-sia, sungguh pun lemah pada semesta sekalian kerjanya, mithal berbuat ibadat dan riyadat dan uzlat dan qanaat dan tark al-dunya; dan lemah pada ilmunya dan makrifatnya. Seperti firman allah Taala:

Wa ma utitum minal ilmi illa qalilan

Yakni

Tiada Kuberikan kamu daripada ilmu melainkan sedikir jua. [Quran 17:85]

Manakah dapat mengenal Allah dengan sempurna kenal ? Sedang RasuluLlah [sallaLlahu alayhi wa sallam] lagi bersabda demikian bunyinya;Subhanaka maarafnaka haqqa marifatika

Yakni

Mahasuchi Engkau ! tiada ku kenal Engkau sebenar-benar mengenal Dikau.

-istimewa kita, dimana akan datng kepadan makrifat kelebihan ? Tetapi seqadar anugerah allah Taala jua akan kita chari dan kita bicharakan dengan kashf al-kashf pada atharNya dan AfalNya dan AsmaNya dan SifatNya. Adapun pada suatu makna, Hamzah daif kerana ia tiada berwujud. Apabila tiada berwujud, maka tiadalah sifat dan tiadalah berafal. Daiflah hukumnya.

[60] Falam Haqiqatnya hampir kepada Dhat al- Sharif

Yakni sungguh pun ia daif, haqiqatnya tiada bercherai denhan Dhat yang Mahamulis kerana Dhat itulah yang Empunya harakat dan sukunat, quud dan qiyam, tidur dan jaga, berhenti dan berjalan; Ia jua yang menggerak dia maka dapat bergerak. Jika tiada Ia menggerak dia, tiada dapat Hamzah bergerak kerana Hamzah seperti bayang-bayang jua. Jika tiada yang Empunya bayang-bayang menggerak dia dimana dapat Hamzah bergerak ? Ada pun suatu mithil lain mithal buah chatur. Asalnya kayu sepuhun jua. Maka dilarik berbagai-bagai; dinamainya raja dan menteri dan gajah dan kuda dan tir dan baidaq. Asalnya kayu sekerat jua dijadikan banyak. Maka dipermain buah chatur itu; raja dan menteri dan gajah dan kuda dan tir dan baidaq, namanya jua ada., haqiqatnya tiada. Tetapi ia hampir kepada orang yang melarik dia dan bermain dengan dia kerana tangan orang itu daim lekat kepada buah chatur itu kerana buah catur itu tiada bergerak melainkan gerak yang empunya buah chaturjua. Inilah makna Haqiqatnya hampir kepada Dhat al-Sharif [61] Falam Sungguh pun habab rupanya kathifYakni habab itu iaitu buih, rupanya keras tetapi kerana asalnya air hukumnya lembut jua. Apabila timbil, menjadi keras hukumnya. Kerana pada ibarat buih lain daripada air yakni air latif, buah kathif. Adapun kepada haqiqat buih tiada lain daripada air. Kerana ini maka dikatakan buah khatif, sebab ia berupa dan bernama lain daripada air. Tetapi kepada haqiqat tiada ia berupa dan tiada ia berwujud dan bernamanya itu wahmi juga, tiada haqiqi kerana ia daim fana didalam air. Adapun qudratnya dan iradatnya dan penengarnya dan penglihatnya dan budinya dan makrifatnya yang kita lihat daripadanya sebenarnya tiada daripadanya akan tetapidaripadfa air jua. Inilah makna Sungguh pun habab rupanya kathif.

[62] Falam Wasilnya daim dengan Bahr al-Latif

Yakni latif itu iaitu lemah, sentiasa buih wasil dengan air kerana air lembut buih keras.Apabila buih pechah kembali kepada air. Sebab ini maka dikatakan buih wasil dengan air. Adapun kepada suatu ibarat Ahlul-Suluk wasil tiada; sungguh pun wasil dikatakan tetapi hanya pada ibarat juga. Adapun haqiqat,tiada wasil namanya jika suatu shay dengan shuunnya. Yang demikian itu tiada wasil hukumnya. Adapun wasil diibaratkan supaya dapat oleh sekalian talib; jikalau dengan ibarat, tiada sekali-kali dapat menyebut dia dan mengetahui dan mengenal dia. Setelah sempurna yang mengetahui dan mengenal dia dan setelah itu yogya mengerjakan shariat. Hubaya-hubaya, jangan kelaurdaripada kandang shariat kerana shariat itu umpama kulit, haqiqat umpama otak; jika tiada binasa otak. Mithal kelambir sebuah dengan kulitnya dengan tempurungnya dengan isinya, dengan minyaknya. Yang shariat seperti kulitnya, yang tariqat seperti tempurungnya, yang haqiqat seperti isi, yang makrifat seperti minyaknya. Dengan empat itu maka sempurna hukumnya. Jika sesuatu ini kurang daripadanya, tiadalah sempurna lagi; jikalau ditanam juga, jika tiada dengan kulitnya, tiada tumbuh jua dan akhirnya binasa. Demikian lagi akan orang menuntut Allah Subhanahu wa Taala, jangan bercherai dengan shariat dan tariqat dan haqiqat dan makrifat maka sempurna. Apabila bercherai dengan shariat dalalat hukumnya. Jiak terbang diudara atau berjalan atas air atau memakan api sekalipun hubatan dusta dan sesat jalannya. Hukumnya bukan ia wali kerana ia karamatnya itu bukan karamat istidraj namanya; yakni daripada Shaytan atau daripada Jinn atau daripada sihr atau murka Allah Taal akan dia agar supaya ghurur dengan karamatnya itu disangkanya wasil ia dengan allah Taala. Ada kepada Ulama karamat awliya yang memakai shariat itu dari anugerah Allah Taala; mujizat akan anbiya, karamat akan awliya. Keramat keduanya tiada ayb dan tiada hijab. Adapun kepada ahlul Makriafat dan Ushshaq karamat itu hijab dan quyud , dinamai haydul-rijal kerana karamat bahayanya banyak; tiada berorang yang salamat. Adapun ilmu suluk itu ilmu Nabi Muhammad Rasulul-Lah [sallaLlahu alayhi wa sallam] dalalatnya hukumnya-bukan ia Ahlul-Suluk. Tetapi jika makrifatnya sempurna- kerana makrifat itu makrifat akan Tuhannya: orang itu mabok dan mahw, tiada lagi ia khabar akan shariat dan tariqat dan haqiqat dan makrifat tiada mengapa. Segala amr allah kerana orang itu seperti hamba sultan yang didalam pagar; barang perbuatannya tiada raja gusar akan dirinya. Adapun akan segala orang yang memakai shariat dan tariqat dan haqiqat dan makrifat seperti perbuatan Nabi Muhammad RasuluLlah [sallaLlahu alayhi wa sallam] mereka itu seperti menteri daim mengerjakan amr raja. Sungguh pun jauhdaripada raja tetapi ia terlebih besar pangkatnya daripada orang yang dalam pagar kerana menteri perdana khalifah raja danmemegang pekerjaan raja jua. Jikalau tiada karamat kepada zahirnya kita lihat, kepada batinya karamat ia. Jangan kita sangka shariat kechil kerana Allah Taala bernama Zahir dan Batin. Adapun zahirNya itu shariatNya; batinNya itu HaqiqatNya. Kepada awamm, farq shariat daripada haqiqat. Adapun kepada Ahlul Makrifat, shariat dengan haqiqat ia juga. Shariat berselindung kepada haqiqat; haqiqat berkandung dengan shariat. Apabila bertemu dengan shariat, bertemu dengan tariqat; apabila bertemu dengan haqiqat; apbila bertemu engan dengan makrifat. WaLlahu alam bil sawab! Tammal-kitabWa sallaLlahu ala khayri

Khalqihi Muhammad wa alihi

Wa sahbihi ajmain wal hamdu

LiLlahi rabbil alaminBahwa ini kitab ASRARUL-ARIFIN FI BAYAN ILMIL-SULUK WAL-TAWHID. Tamma bil-khayr. Amin

Dipersalin semula dari fotocopy, mulai pada 27hb.April 2003 dan tamat pada 27hb.Julai 2003 bersamaan dengan 27 Jamadiawal 1424 jam 11.30 pagiPAGE 60