Asimen muskuloskeletal
-
Upload
cikgu-maisarah -
Category
Documents
-
view
4.213 -
download
10
description
Transcript of Asimen muskuloskeletal
QGJ3023
FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN
MANUSIA
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIKS
PENSYARAH E-PEMBELAJARAN : ____________________________________
TARIKH SERAHAN : _______________________________
1 | P a g e
Tajuk Tugasan
ANALISIS PERGERAKAN MANUSIA
ISI KANDUNGAN TUGASAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3
2 SATAH DAN PAKSI 3 - 4
3 ANALISIS PERGERAKAN
3.1 TEKAN TUBI
3.2 NAIK TURUN BANGKU
3.3 MENDAGU
4 – 7
8 – 10
11-13
4 PENUTUP 13-14
5 RUJUKAN 14
2 | P a g e
1.0 PENGENALAN
Analisis pergerakan manusia biasanya merangkumi dan melibatkan perkara-perkara
seperti berikut :
Pemerihalan pergerakan yang dilakukan
Satah dan paksi rujukan bai pergerakan yang dilakukan
Sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk pergerakan tersebut.
Pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut
Otot agonis yang terlibat dalam pergerakan dan,
Jenis pengucupan otot agonis
Analisis pergerakan boleh dibuat menerusi pencerapan ke atas pergerakan yang
dihasilkan. Tugasan ini adalah berkaitan dengan analisis tentang aktiviti tekan tubi, naik turun
bangku dan aktiviti mendagu.. Analisis perlu dibuat berdasarkan tiga fasa iaitu fasa
persediaan, fasa lakuan dan fasa pemulihan. Fasa lakuan bergantung kepada jenis aktiviti
yang dijalankan sama ada tekan tubi, naik turun bangku atau mendagu.
2.0 SATAH DAN PAKSI
Pemerihalan pergerakan dibuat dengan merujuk kepada satah dan paksi di mana
pergerakan tersebut dilakukan. Seperti yang telah dinyatakan dalam Unit Pelajaran 1, satah
adalah suatu iaitu suatu permukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh. Untuk
tujuan analisis pergerakan, tubuh manusia dibahagikan kepada tiga satah utama iaitu satah
sagital, satah frontal atau koronal dan satah transversal atau melintang. Paksi pula adalah
suatu garis yang tetap atau kekal, sama ada mendatar atau menegak, yang digunakan sebagai
rujukan suatu penentuan kedudukan. Pada tubuh manusia paksi tersebut adalah paksi frontal
atau koronal, paksi sagital dan paksi longitudinal atau menegak.
Satah juga adalah kajian mengenai bahagian tubuh juga dilakukan berdasarkan kepada
satah iaitu suatupermukaan rata bayangan yang melintasi bahagian tubuh. Terdapat tiga satah
utama yangdigunakan sebagai rujukan iaitu:
Satah sagital: Satah menegak yang membahagi tubuh kepada dua bahagian kanan dan
3 | P a g e
kiri. Jika satah ini membahagi tubuh dengan tepat kepada dua bahagian yang sama
saiz, ianya dikenali sebagai sagital tengah.
Satah frontal atau koronal: Satah ini membahagi tubuh kepada dua bahagian iaitu
anterior (hadapan) dan posterior (belakang)
Satah transversal atau melintang: Satah ini membahagi tubuh kepada bahagian atas
dan bawah
Rajah Satah Tubuh
3.0 ANALISIS PERGERAKAN MANUSIA
3.1 Aktiviti Tekan Tubi
Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas
tubuh.Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian
atas torso dan lengan.Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina
bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan.Suatu
prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk
mengekalkan torso pada satah yang mendatar. Berdasarkan analisis,aktiviti tekan tubi ini
banyak melibatkan otot-otot utama di bahagian atas badan.
4 | P a g e
Aktiviti Tekan Tubi
Analisis Fasa Pergerakan Tekan Tubi
Fasa Persediaan
Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada.
Bahagian torso badan diturunkan secara mendatar ke lantai.
Bahagian siku berada tinggi sedikit berbandingbah
5 | P a g e
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis PenguncupanBahu (lesung) Fleksi Deltoid, Trapezium,
Rhomboids dan
Rotator Cuff
Eksentrik
Siku (engsel) Ekstensi Tricep brochii, Bicep
brochii dan Brachial
Eksentrik
Radioulnar / Pangsi Fleksi Pronator teres,
Brachioradialis
Eksentrik
Fasa Menurun
Di bahu, tendon dari satu hujung otot biseps berpaut pada scapula (tulang yang tetap)
dan pangkal humerus, manakala di siku, tendon di hujung otot biseps berpaut pada
tulang radius (tulang yang bebas bergerak berdekatan dengan sendi engsel).
Tendon dari satu hujung otot triseps berpaut pada hujung scapula dan pangkal
humerus serta satu lagi tendon. Semasa pembengkokan lengan, daya tarikan yang
terhasil dipindahkan kepada tulang melalui tendon. Pengecutan otot biseps
menyebabkan tulang radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan. Pada masa
yang sama, otot triseps mengendur.
Selepas itu, kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan
untuk menolak badan kita ke atas. Pada masa itu, akan berlaku pengembangan dan
pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan.
Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah
sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Ketika itu, kita bersedia untuk
menurunkan badan secara mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki dikunci
atau tidak digerakkan
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis PenguncupanBahu (lesung) Fleksi Deltoid, Trapezius,
Rhomboids, Rotator
Cuff dan Pektralis
major
Konsentrik
Siku (engsel) Fleksi Tricep brochii Esentrik
6 | P a g e
Siku (engsel) Fleksi Bicep brochii Konsentrik
Radioulnar / Pangsi Fleksi Pronator teres,
Brachioradialis
Konsentrik
Fasa Pemulihan
Kembali ke bentuk asal sama seperi fasa persediaan
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis PenguncupanBahu (lesung) Ekstensi Deltoid, Trapezius,
Rhomboids, Rotator
Cuff dan Pektralis
major
Esentrik
Siku (engsel) Ekstensi Tricep brochii Esentrik
Siku (engsel) Fleksi Bicep brochii Esentrik
Radioulnar / Pangsi Fleksi Pronator teres,
Brachioradialis
Esentrik
Satah Pergerakan Tekan Tubi
7 | P a g e
Semasa pergerakan ke
atas(tangan diluruskan)
Semasa pergerakan ke
bawah(tangan dibengkokkan)
3.2 Analisis Aktiviti Turun Naik Bangku
Naik turun bangku juga merupakansalahsatuaktiviti yang dilakukan dalam latihan
litar.Aktiviti ini sering dilakukan oleh atlit sukan olahraga.Aktiviti ini boleh meningkatkan
daya tahan kardivoskular dan daya tahan otot. Aktiviti ini juga dilakukan berperingkat dan
mengikut kemampuan individu itu sendiri.
Aktiviti Naik Turun Bangku
Analisis Pergerakan Naik Turun Bangku
8 | P a g e
Fasa Persediaan
Berdiritegakdengankedua-duatangan di sisi.
Mata memandang ke arah hadapan di depan bangku
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis PenguncupanPinggul (lesung) Ekstensi Gluteus maximus dan
Biceps femoris
Konsentrik
Lutut (engsel) Ekstensi Peroneus longus,
Peroneus brevis dan
Tibialis anterior
Eksentrik
Pergelangan kaki
(lesung)
Ekstensi Gastrocnemius Konsentrik
Fasa Melangkah naik
Naikkan kaki kanan ke atas bangku di ikuti dengan kaki kiri.
Berdiri tegak di atas bangku.
Turunkan kaki kanan ke lantai di ikuti dengan kaki kiri.
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis PenguncupanPinggul (lesung) Ekstensi dan fleksi Gluteus maximus,
Biceps femoris,
Semimembranosus
dan Semitendinosus
Konsentrik
Lutut (engsel) Ekstensi Peroneus longus,
Peroneus brevis dan
Tibialis anterior
Konsentrik
Pergelangan kaki Fleksi plantar Gastrocnemius Konsentrik
9 | P a g e
(lesung)
Fasa Pemulihan
Kembali ke keadaan asal
Sama seperti fasa persediaan
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis PenguncupanPinggul (lesung) Ekstensi Gluteus maximus dan
Biceps femoris
Konsentrik
Lutut (engsel) Ekstensi Peroneus longus,
Peroneus brevis dan
Tibialis anterior
Konsentrik
Lutut (engsel) Ekstensi Peroneus longus,
Peroneus brevis dan
Tibialis anterior
Eksentrik
Pergelangan kaki
(lesung)
Fleksi Gastrocnemius Konsentrik
Satah Pergerakan Turun Naik Bangku
3.3 Analisis Aktiviti Mendagu
10 | P a g e
Semasa menaik lutut dibengkokkan Semasa menurun,lutut
ditegakkan
Aktiviti Mendagu
Analisis Pergerakan Aktiviti Mendagu
Fasa Persediaan
Dalam fasa ini, bahagian yang terlibat ialah bahu dan siku.
Sebelum memulakan aktiviti mendagu, semua sendi dalam keadaan lurus dan
ekstensi pegun.
Kedudukan badan mestilah lurus dan menghadap ke hadapan. Semua isometrik
berada dalam keadaan pegun sedia
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan
Bahu dan siku Semua sendi dalam
keadaan lurus ekstensi
pegun
Rhomboid, latissimus
dorsi, biceps
Semua isometrik
kerana keadaan
pegun sedia
Fasa Mendagu
11 | P a g e
Dalam fasa mendagu, semua sendi berada dalam keadaan lurus fleksi.
Di sini berlaku penguncupan konsentrik di mana menzahirkan pemendekkan otot di
aras makroskopik dan mempunyai halaju penguncupan positif.
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan
Bahu dan siku Semua sendi dalam
keadaan lurus fleksi
Rhomboid, latissimus
dorsi, biceps
Konsentrik
Fasa Pemulihan
Dalam fasa ini, pergerakan kembali ke asal.
Oleh itu sendi dan jenis pergerakan serta otot agonis adalah sama dengan fasa
persediaan.
Penguncupan esentrik berlaku di mana otot memanjang semasa daya dihasilkan
untuk menurunkan beban
Sendi / Jenis Pergerakan Sendi Otot Agonis Jenis Penguncupan
Bahu dan siku Semua sendi dalam
keadaan lurus ekstensi
Rhomboid, latissimus
dorsi, biceps
Esentrik
12 | P a g e
Satah Pergerakan Aktiviti Mendagu
4.0 PENUTUP
Sistem muskuloskeletal bertanggungjawab dalam menggerakkan tubuh dalam ruang.
Otot menghasilkan daya dan yang demikian adalah penyumbang utama bagi pergerakan
manusia. Otot digunakan untuk mengekalkan kedudukan tubuh, menggerakkan anggota
tubuh, memperlahankan atau menghasilkan kelajuan yang tinggi pada segmen-segmen tubuh.
Analisis pergerakan manusia boleh dibuat menerusi pencerapan ke atas pergerakan yang
dihasilkan. Aspek-aspek penting yang diperhatikan dalam analisis yang dibuat termasuklah
pemerihalan pergerakan yang dilakukan, sendi dan jenis sendi yang digunakan untuk
pergerakan tersebut, pergerakan yang dihasilkan di sendi tersebut, otot agonis yang terlibat
dalam pergerakan, dan jenis penguncupan otot agonis.
Menerusi analisis yang telah dijalankan, saya dapati banyak otot agonis yang terlibat
dalam pergerakan. Sebagai contoh dalam aktiviti tekan tubi dan naik turun bangku. Selain itu,
terdapat beberapa jenis penguncupan yang berlaku semasa melakukan aktiviti pergerakan.
Antaranya ialah penguncupan esentrik dan konsentrik.
13 | P a g e
Semasa fasa mendagu,siku dibengkokkan
Semasa fasa persediaan,tangan
ditegakkan
Melalui tugasan yang disediakan ini, saya memperoleh banyak maklumat dan
pengetahuan baru. Meskipun saya menghadapi masalah pada peringkat awalnya untuk
memahami istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini, namun masalah tersebut dapat
diatasi dengan membuat perbincangan bersama rakan di samping membuat rujukan dari
laman sesawang. Akhir sekali, tugasan ini amat berguna kepada saya untuk memahami
struktur dan fungsi tubuh manusia dalam pergerakan bagi kegunaan masa hadapan.
5.0 RUJUKAN
1. Mackenzie, B. (2007) Movement Analysis. Diambil daripada
www.brianmac.co.uk/moveanal.htm
2. Hishamuddin Ahmad, Noor Aiwa Rosman, Modul Fungsi Muskuloskeletal dan
Pergerakan Manusia, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI.
3. http://adkpathcourse.blogspot.com/2007/04/muscle-anatomy.html
14 | P a g e