asignment sejarah amerika syarikat

download asignment sejarah amerika syarikat

If you can't read please download the document

Transcript of asignment sejarah amerika syarikat

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

Bincangkan Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kemelesetan Ekonomi Di Amerika Syarikat Sekitar 1929-1932. Huraikan Usaha-Usaha Yang Dilakukan Oleh Presiden F.D. Rooservelt Bagi Mengatasi Masalah Ini 1. Pendahuluan Perang Dunia Pertama ditamatkan melalui Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919. Akibat perjanjian tersebut, negara-negara Eropah telah dipetakan semula. Manakala Jerman kehilangan wilayah jajahannya dan dipaksa meletakkan senjata, tenteranya dilucutkan senjata dan kapal-kapal dimusnahkan. Rakyat Amerika Syarikat ingin meraikan kejayaan mereka selepas Perang Dunia Pertama. Sekitar 1919-1928, Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pesat di mana industri kereta, perfileman budaya yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat Amerika memberikan kesan hingga kini. Kemewahan jelas terpancar pada ekonomi Amerika apabila pasaran saham telah meningkat. Sebelum berlaku kemelesetan ekonomi 1929-1932, Amerika Syarikat juga pernah mengalami situasi tersebut pada tahun 1819, 1837, 1873, 1893, 1907 dan 1920-1921. Kemelesetan pada tahun 1929-1932 digelar ambang kemelesetan besar atau 'forestate of great depression 1929'.1 Menurut sejarah ekonomi, Amerika Syarikat tidak pernah mengalami kemelesetan ekonomi seteruk itu. Kadar pengganguran telah jatuh ke tahap 26% iaitu paling teruk pernah berlaku di Amerika Syarikat. Kemelesetan ekonomi ini membawa kesengsaraan kepada rakyat Amerika Syarikat.

1 Great Leinward. 1975. The Pageant of American History. USA: Allyn & Bacon Inc. hlm. 490491.

1

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

2. Faktor-FaktorKemelesetan Ekonomi 2.1.

Yang

Menyebabkan

Kemelesatan

Pengagihan Kekayaan Yang Tidak Seimbang

Walaupun ekonomi Amerika Syarikat meningkat dengan ketara sekitar 1920an hingga 1928, namun malangnya bukan semua rakyat dapat menikmatinya. Era ini digelar 'the great ilusion' kerana terdapatnya masalahmasalah tersembunyi. Golongan kaya terus menjadi kaya, manakala golongan miskin tidak mendapat sebarang faedah daripada peningkatan ekonomi tersebut. Jurang ekonomi antara rakyat dilihat terlalu luas. Pada tahun 1929 seramai 0.1 peratus keluarga rakyat Amerika Syarikat (24000 keluarga) yang teratas mempunyai pendapatan yang sama dengan 42 peratus (11.5 juta keluarga) di tingkat paling bawah. Lima peratus daripada keluarga Amerika Syarikat yang teratas menerima 30 peratus menerima pendapatan negara , manakala 60 peratus yang terbawah hanya menerima 26 peratus. Mereka yang sama 0.5 peratus mengawal 34 peratus daripada semua simpanan sementara 80 peratus rakyat Amerika Syarikat tidak mempunyai simpanan langsung.2 Jurang perbezaan yang luas ini meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat disebabkan jumlah permintaan jauh berkurangan berbanding dengan jumlah penawaran. Pada tahun 1920an berlaku penawaran barangan berlebihan. Era 1923-1929 juga menyaksikan berlaku purata pengeluaran seorang pekerja bertambah sebanyak 32 peratus dalam bidang pengeluaran, sementara purata upah pekerja hanya meningkat sebanyak lapan peratus. Kadar kenaikan upah yang terlalu rendah berbanding dengan peningkatan2 John M.Faragher, 1997. Out of Many : The History of American People. New Jersey: PrenticeHall Inc., hlm. 758-759.

2

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

pengeluaran telah membawa keuntungan syarikat yang sangat ketara. Pada tahun 1923 hingga 1929, keuntungan syarikat telah meningkat kepada 62 peratus dan dividen meningkat kepada 62 peratus. Kadar kenaikan upah yang terlalu rendah memberi kesan buruk kerana ramai rakyat yang tidak mampu membeli barangan yang memenuhi pasaran. Sekiranya pengagihan pendapatan lebih seimbang, sudah tentu ramai rakyat yang dapat membeli barangan yang dikeluarkan. Walaupun ada permintaan, namun lebih daripada rakyat Amerika Syarikat tidak mampu membeli barangan yang dihasilkan. Pada tahun 1929 hanya sebuah keluarga daripada 6 keluarga mampu memiliki kereta. Manakala hanya sebuah keluarga yang mampu mendapatkan bekalan elektrik. Jika bekalan elektrik tiada sudah tentu mereka juga tidak memerlukan peralatan elektrik seperti radio atau peti sejuk. Kadar peningkatan pengeluaran adalah lebih tinggi berbanding dengan peningkatan penggunaan barangan yang dikeluarkan. Apabila barangan yang dikeluarkan tidak ada pembeli sudah tentu kilang-kilang yang dibina akan ditutup. Maka terdapat ramailah rakyat Amerika Syarikat yang menganggur setelah dibuang kerja. Kuasa permintaan semakin menurun berbanding pengeluaran. Terdapat segolongan kaya yang mempunyai kuasa beli yang tinggi namun mereka hanya membelanjakan kekayaan mereka dalam jumlah yang kecil sahaja. Akibat pergantungan kepada segelintir golongan kaya ini yang membelanjakan secara mewah tentunya tidak dapat merancakkan ekonomi negara. Akibat ketidakmampuan membeli barangan ini, rakyat Amerika Syarikat mula mengamalkan budaya berhutang. Kebanyakan barang keperluan dibeli secara ansuran.33 Sharon Murphy, 1997. ''The Advertising of Installment Plans During the 1920s'' dlm Essays in History, Jill 37, Corcoran Department of History, Universiti of Virginia. Alamat dalam talian :

3

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

2.2.

Penggunaan Kredit Secara Melampau

Sebelum era perang, rakyat Amerika Syarikat membeli barangan kekal secara tunai dan hanya membeli rumah/kereta secara ansuran tidak melibatkan keperluan lain. Pinjaman wang secara melampau berlaku pada era ini bagi membeli saham, pengembangan perniagaan dan pembelian peralatan seharian. Pembelian secara kredit ini membolehkan pengguna membeli barangan yang dikehendaki dengan kadar segera dan membantu pengilang memasarkan barangannya. Namun dalam jangka masa panjang amalannya secara berleluasa membebankan pengguna sehingga meningkatkan hutang ke beberapa bilion dolar. Tahap ini semakin serius semasa era kemelesetan besar (1929-19320). Bayaran secara ansuran ini digalakkan oleh iklan-iklan yang memaparkan rakyat Amerika boleh berhutang untuk memiliki barangan idaman mereka. Pada tahun 1929, sebahagian besar rakyat Amerika Syarikat membeli kereta, radio dan perabot secara ansuran. Ianya menyebabkan hutang pengguna meningkat 250 peratus iaitu sebanyak 1 bilion dolar. Pelabur Amerika Syarikat sanggup membuat spekulasi berlebihan dalam pasaran saham dan dengan ini sangup meminjam wang bagi mendapatkan keuntungan segera. Kegiatan membeli saham ini juga walaupun baik untuk pertumbuhan ekonomi, akan tetapi jika dibuat melalui hutang tentunya untuk jangka masa panjang akan membebankan rakyat sendiri. Sedikit sebanyak ianya menyumbang kepada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1932.

http://etext.virginia.edu/journalist/EH/EH37/EH37.html.

4

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

2.3.

Kejatuhan Pasaran Saham

Kemelesetan besar yang terjadi di Amerika Syarikat ini juga mejangkiti ke seluruh dunia. Bolehlah dikatakan punca utama mengapa terjadinya Kemelesetan Besar ini disebabkan oleh kejatuhan pasaran saham Amerika. Indeks Dow Jones meningkat 191 mata pada awal tahun 1928 kepada 300 mata pada bulan Disember 1928.4 Ianya terus meningkat sehingga 381 mata pada bulan September 1929. Akhirnya pada tahun yang sama berlaku kejatuhan pasaran saham mendadak. Daripada yang direkodkan mata paling tinggi iaitu 381 mata telah jatuh menjunan ke 41 mata sahaja. Hanya pada tahun 1954 barulah indeks mata saham ini melonjak kembali ke paras 381 mata iait selepas 20 tahun. Antara faktor utama yang disumbangkan kepada kenaikan pasaran saham ialah aktiviti spekulasi berlebihan, aktiviti haram dan 'insider trading' serta pembelian saham berasaskan margin.5 Pada tahun 1920an pasaran saham di Amerika Syarikat menjadi tumpuan pelabur kerana pulangan yang dijanjikan begitu baik. Keuntungan syarikat meningkat dan dengan itu kadar dividen yang diberikan kepada pelabur juga tinggi. Pembelian saham berasaskan margin mula membawa spekulasi berlebihan di pasaran saham. Pinjaman broker yang digunakan bagi menampung spekulasi meningkat daripada 3.5 bilion dolar pada bulan Januari 1926 kepada 8.5 juta dolar pada 30 September 1929. Menjelang suku kedua tahun 1929, kadar kenaikan saham adalah ditahap yang amat membimbangkan. Pasaran saham tidak boleh meningkat terus4

Stephen G. Cechetti, 1997. '' Understanding the Great Depression: Lessons for Current Policy,'' NBER Working Paper, No W6015, April, hlm.1. Alamat dalam talian : http://papers.nber.org/papers/W6015 hlm.1

5 Amalan membeli saham melalui pinjaman daripada broker. Pada tahun 1929 hanya tiga peratus wang sendiri digunakan berbanding wang pinjaman 97 peratus.

5

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

menerus. Pada 24 Oktober 1929 berlaku kecemasan dalam pasaran saham apabila harga saham jatuh dengan teruk sekali. Satu usaha telah dilakukan oleh J.P,Morgan & Co bersama syarikatsyarikat besar untuk membentuk tabungan berjumlah 240 juta dolar bagi membeli saham salam usaha menstabilkan kembali pasaran saham. Namun usaa tersebut gagal. Pada 29 Oktober 1929 yangdigelar 'black tuesday' lebih kurang 16.5 juta saham telah bertukar tangan, harga purata 50 stok utama jatuh sebanyak 40 peratus akibat tekanan jualan. Ramai pelabur merasa kecewa dengan situasi tersebut dan mereka kehilangan wang dengan banyak sekali. Jelas sekali faktor kejatuhan saham menjadi punca utama berlaku krisis ekonomi Amerika Syarikat 1929-1932. Ianya telah memburukkan lagi keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang sudah tidak stabil lagi. 2.4. Ketidakseimbangan Antara Industri Pekilangan Dengan Sektor Pertanian Kerajaan Amerika Syarikat semasa itu lebih mengalakkan industri baru pekilangan berbanding sektor pertanian. Industri pekilangan mencatatkan keuntungan tetapi sektor pertanian mengalami masalah. Sekatan imigrasi telah menyebabkan tenaga buruh sukar di dapati dan telah mengurangkan jumlah pengguna barangan. Semasa Perang Dunia Pertama, Amerika Syarikat menjadi pembekal utama makanan kepada negara-negara yang berperang. Teknologi pertanian telah dibangunkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran. Namun selepas perang, negara-negara Eropah mula membangunkan industri pentanian mereka dan tidak lagi mengimport hasil pertanian daripada negara Amerika Syarikat. 6

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

Ekonomi Amerika Syarikat terlalu bergantung kepada perkembangan dan perluasan industri perkilangan dan pertanian bagi mencapai pertumbuhan ekonominya. Sedangkan kedua-dua industri ini pula bergantung kepada penggunaan yang terhad. Pengguna hanya mampu membeli sejumlah kereta dan radio tertentu sahaja. Apabila permintaan terhadap kereta dan radio menurun, kedua-kedua industri ini mengalami kemerosotan serta segala industri berkaitan dengan turut merosot. Akhirnya ekonomi Amerika Syarikat juga meleset selari dengan industri pertanian yang terlebih dahulu telah meerosot. 2.5. Kesan Bencana Alam

Bencana alam telah terjadi di Tanah Pamah Besar Amerika yang mengakibatkan pengeluaran telah berkurangan. Kemarau menyebabkan kawasan pertanian yang subur menjadi 'mangkuk debu' terutamanya di Texas, Oklahoma,Missouri dan Arkansas.6 Petani mula meminta bantuan kerajaan bagi menyelesaikan kesan bencana alam ini. Presiden Hoover mengambil langkah menubuhkan Badan Perladangan Persekutuan dengan tabung sebanyak bilion dolar Amerika. Namun usaha tersebut gagal membendung kemelesetan ekonomi malah memburukkan lagi keadaan.

6 '' Mangkuk Debu'' `ini terdiri daripada Oklahoma, bahagian hujung Texas dan kawasan yang kecil, tanahnya yang ringan dan angin yang kuat memudahkan berlakunya ribut debu yang dasyat.

7

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

2.6.

Pengenalan Sistem Rizab Persekutuan (Federal Reserve System)

Ramai rakyat Amerika yang percaya bahawa kejatuhan saham bukanlah faktor utama berlakunya kemelesatan besar sekitar 1929-1932. Menurut Friedman dan Shwartz (1963) , Hamiliton dan lain-lain (1987) faktor kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat adalah kerana Sistem Rizab Persekutuan yang diperkenalkan dikatakan gagal memainkan peranannya terutamanya berkaitan polisi kewangan. Sistem Rizab Persekutuan tidak menentu dalam penawaran wang negara. Menjelang 1929, mereka meningkatkan kadar faedah dengan begitu tinggi sehingga menyekat peningkatan ekonomi dan berlaku pengurangan penawaran wang sebanyak 1/3 antara 1929-1933. Kongres Amerika Syarikat juga gagal memainkan peranan dengan mengalih kemerosotan ekonomi kepada kemelesetan besar apabila mereka mengambil keputusan meningkatkan tarif dengan begitu tinggi sehingga menyekat perdagangan antarabangsa dan juga mengenakan cukai pendapatan dua kali lebih tinggi daripada sebelumnya. Dasar-dasar yang diperkenalkan melalui Sistem Rizab Persekutuan telah memburukkan keadaan di mana Adolf Miller, Presiden Bank Rizab Persekutuan bersama-sama dengan Presiden Herbertb Hoover pada lewat 1928 mula mengambil langkah menurunkan pasaran saham. Antaranya ialah tidak membenarkan bank memberi pinjaman bagi tujuan pembelian saham dan sekali gus meningkatkan kadar faedah bagi pinjaman broker. Kenyataan yang mengelirukan dari pegawai-pegawai kerajaan termasuk Presiden Herbert Hoover sendiri telah memburukkan lagi keadaan.7 Milton Friedman dan Anna Scwartz dalam buku bertajuk A Monetary7 Ibid., hlm.4.

8

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

History of the United States, 1867-1960 berpendapat bahawa krisis atau kecemasan perbankan yang berlaku sebanyak 4 kali sebagai faktor utama berlakunya kemelesetan yang teruk. Menurut mereka, krisis yang berlaku pada akhir 1930an dan awal 1931 terutamanya telah mengalih kemerosotan menjadi kemelesetan besar apabila perasaan takut akibat kegagalan industri pertanian mula tersebar ke seluruh negara. Sistem perbankan tidak teratur menyebabkan banyak bank yang bankrap iaitu 761 buah bank antara bulan November 1930 hingga bulan Januari 1931 termasuk yang dterajui oleh New York City Bank of The United States. Ianya merupakan kegagalan paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat. Sistem perbankan yang semakin rapuh pada tahun 1929 sebanyak 659 buah bank degan simpanan sebanyak 200 juta dolar telah ditutup. Pada tahun 1930 sebanyak 1352 buah bank dengan jumlah simpanan 853 juta dolar telah ditutup. Manakala pada tahun 1931 2294 bank dengan jumlah simpanan 1700 juta dolar mengalami nasib sama. Kesan penutupan bank-bank tersebut menyebabkan berlakunya

pengangguran. Pada tahun 1930 Jabatan Buruh menganggarkan 4.2 juta pekerja atau 9 peratus pekerja menganggur dan jumlah ini naik dua kali ganda pada tahun 1931. Pada tahun 1933 jumlah penganggur meningkat kepada 12.6 juta orang. Ramai pekerja yang diberhentikan kerja atau gagal mendapat pekerjaan kecewa dan ada yang membunuh diri menyebabkan berlaku pula krisis sosial di Amerika Syarikat.

9

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

2.7.

Imbangan Pembayaran Asing

Sebaik sahaja Perang Dunia Pertama tamat, banyak negara Eropah yang berhutang dengan Amerika baik di pihak Bersekutu ataupun Paksi yang tidak mampu membayar hutang mereka diakibatkan kemusnahan ekonomi selepas perang. Amerika Syarikat telah mengenakan tarif yang tinggi kepada bayaran balik hutang-hutang luar tersebut yang telah mengakibatkan penyekatan pengembangan perdagangan sehingga ke peringkat dunia. Kebanyakan negara yang selepas perang telah mengurangkan import daripada Amerika Syarikat bagi membangunkan semula ekonomi sendiri. Penggunaan barangan tempatan berbanding import telah menyekat perdagangan luar Amerika Syarikat. 2.8. Penggunaan 'Standard Emas'

Menurut Bernanke dan James (1991) dan Bernanke (1995), kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara itu terjadi apabila negara itu meninggalkan 'standard emas'.8 Negara-negara seperti Britain (1931) telah mengalami pengecutan ekonomi yang lebih rendah berbanding Amerika Syarikat (1993) dan Perancis (1936). Ekonomi Amerika Syarikat mengalami tamparan yang hebat. Segala permasalahan yang berlaku meninggalkan kesan yang hebat terhadap keyakinan pengguna apabila permintaan pengguna menurun dengan teruk sekali.

8 John D.Hicks, 1960. Republican Ascendancy: 1929-1932, New York: Harper & Row, hlm.10.

10

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

3. Kesimpulan

Mengenai

Faktor-Faktor

Yang

Menyebabkan

Kemelesetan Ekonomi Di Amerika Syarikat Sekitar 1929-1932. Faktor-faktor yang membawa kemelesetan besar saling bergatungan. Namun ramai yang berpendapat,, perana kerajaan sebagai punca utama keadaa itu berlanjutan sebegitu lama. Kemelesetan besar memberi banyak pengajaran dan kesedaran kepada rakyat Amerika Syarikat. Segala keperitan hidup dirasai iaitu hampir 13 juta orang menggangur, lebih 5000 buah bank ditutup dan beratusratus orang beratur di institusi kebajikan untuk mendapatkan makanan secara percuma. Keadaan ini menjadi titik hitam dalam sejarah Amerika Syarikat dan menjadi mimpi ngeri kepada rakyat mereka. Kemelesetan Besar ini telah meninggalkan kesan besar dalam pembentukan negara bangsa Amerika Syarikat. Seterusnya jalan-jalan penyelesaian telah dicuba untuk memulihkan ekonomi negara. Kaedah tersebut menjadi ikutan sehingga ke hari ini untuk mengawal perjalan ekonomi negara Amerika Syarikat. Selepas ini tentunya akan dihuraikan pula usaha-usaha yang dilakukan oleh Presiden Franklin Delano Roosevelt atau dikenali F.D.Roservelt bagi mengatasi kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1932. F.D.Roservelt telah berjaya memulihkan kembali ekonomi Amerika Syarikat melalui sebuah rancagan yang dikenali sebagai 'Penyelesaian Baru'. 4. Usaha-Usaha Yang Dilakukan Oleh Presiden F.D.Rooservelt Bagi Mengatasi Kemelesetan Masalah Kemelesetan Ekonomi Sekitar 19291930. Selepas pilihan raya 1932, rakyat Amerika Syarikat masih keliru dan mula mencara hala tuju baru untuk masa depan mereka. Rakyat Amerika Syarikat 11

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

kurang mempercayai Parti Republikan kerana parti tersebut gagal membawa keluar masalah kemelesetan besar yang melanda. Lawan Parti Republikan tentunya Parti Demokrat yang telah melahirkan seorang tokoh yang dipercayai bertanggungjawab memulihkan ekonomi Amerika Syarikat selepas 1932. Gabenor Franklin Delano Rooservelt (selepas ini diringkaskan

FDR)bersama-sama John Nance Gardner, Speaker Dewan Perwakilan Texas telah mengemukakan cadangan-cadangan bernas bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat sekitar 1929-1930. FDR dan Gardner memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya 1932. FDR juga memperolehi majoriti dalam Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Pemasyuran FDR sebagai Presiden Amerika Syarikat diadakan pada bulan Mac 1932. Sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat, FDR telah mengambil peluang itu dengan memberikan satu ucapan yang memberikan harapan baru kepada rakyat untuk bangun memulihkan kemelesetan ekonomi yang melanda. Beliau telah menyatakan kepentingan demokrasi dan ekonomi kapitalis dengan memberi keyakinan kepada rakyat. Beliau juga mengatakan akan mendapatkan kebenaran Kongres untuk memberikan beliau kuasa eksekutif yang besar agar dapat berperang melawan darurat sama seperti kuasa yang akan diberikan sekiranya negara Amerika dicerobohi musuh. Pelan perubahan yang dijanjikan dalam pilihanraya telah dilaksanakan dengan cepat oleh FDR. Penyelesaian yang diperkenalkan oleh FDR dipanggil Penyelesaian Baru. Penyelesaian baru merangkumi tiga aspek penting iaitu : R Relief (Bantuan) Memberi bantuan kewangan dan makanan kepada rakyat 12

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

Amerika Syarikat yang berada dalam kesusahan. R Recovery (Pemulihan) Mencari jalan memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat Kemelesetan Besar. R Reform (Pembaharuan) Merancang pembahuruan bagi mewujudkan satu sistem sosial dan industri yang dapat dikawal dan seterusnya menjamin keselamatan mereka yang menjalankan perniagaan dan memerlukan pekerjaan. Aspek 2 R pertama merupakan tindakan sementara, manakala R ketiga adalah satu revolusi jangka panjang yang berkekalan dalam kehidupan rakyat Amerika Syarikat. Revolusi ini merupakan revolusi tanpa pertumpahan darah yang telah membawa pembaharuan yang menyentuh segala aspek kehidupan rakyat Amerika Syarikat. Langkah pertama yang dilakukan oleh FDR bagi memulihkan ekonomi Amerika Syarikat ialah membentuk 'Brain Trust'. 4.1. Pembentukan 'Brain Trust'

'Brain Trust telah dibentuk oleh FDR sebagai penasihat ekonominya. Pasukan elit ini terdiri daripada beberapa profesor ekonomi daripada Universiti Columbia iaitu Raymond Moley (1886-1975), Rexford Tugwell (1891-1979) dan Adolph A.Berlie Jr. (1895-1971). Badan penasihat tidak rasmi ini diberi tugas membentuk falsafah Penyelesaian Baharu. Terdapat para sejarawan dan ahli ekonomi FDR yang terpengaruh dengan penasihat ekonomi British yang terkenal iaitu John Maynard Keynes (18831946). Terdapat persamaan ketara antara idea ekonomi Keynes dengan Penyelesaian Baharu. Keynes tidak menyokong ekonomi 'laissez faire' dan 13

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

menganjurkan satu sistem kapitalis yang diubahsuai. Kerajaan perlu campurtangan untuk menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis. Perbelanjaan kerajaan perlu diteliti bagi mengelakkan inflasi. Kerajaan memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi disamping mengawal ekonomi. Kabinet FDR merupakan gabungan antara golongan konservatif dan golongan proreformasi seperti Setiausaha Pertanian, Henry A.Wallace (18881965). Dengan bantuan Badan Penasihat Ekonomi ini, FDR telah memulakan reformasi ekonomi dengan mencari punca krisis kewangan seperti penyangak mata wang, ahli-ahli bank dan broker yang mementingkan keuntungan peribadi daipada keuntungan kepada keseluruhan rakyat. 4.2. Memulakan Pembaharuan Ekonomi

Penyelesaian Baharu merupakan idea yang menyokong campurtangan kerajaan dalam menentukan kebajikan para peniaga, petani, ahli bank, buruh dan termasuk para penggangur. Pembahuruan ekonomi yang diperkenalkan mengambil masa 100 hari yang bermula pada 9 Mac 1932 dan tamat pada 16 Jun 1933. Undang-Undang telah diluluskan bersifat sementara untuk cuba melepaskan Amerika Syarikat daripada kemelesetan yang teruk. Antara langkah yang telah diperkenalkan oleh FDR ialah mengistiharkan cuti bank di peringkat kebangsaaan dan memanggil sese khas Kongres pada 8 Mac 1932 bagi memperincikan krisis perbankan dan membentangkan cadangan perundangan kecemasan perbankan. Akta Kecemasan Perbankan (Emergency Banking Act) telah diluluskan dan bank akan ditutup selama tiga hari bagi mengelakkan kehabisan wang. Undang-Undang ini sangat berkesan kerana ianya memberi ruang kepada pihak 14

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

bank untuk menukar aset kepada wang tunai. Kebanyakan bank telah dibuka semula dan para penyimpan berasa lega dan mereka tidak berlumba-lumba mengeluarkan wang mereka.. Bagi bank-bank yang hampir bankrap, pemulih-pemulih persekutuan telah mengawal dan menyusun semula pentadbiran bank-bank tersebut. Melalui Akta Perbankan Glass-Steagall, kerajaan Amerika Syarikat menubuhkan Syarikat Simpanan Insurans Persekutuan bertujuan melindungi dan menjamin keselamatan wang simpanan di syarikat kewangan. Para penyimpan merasa selamat walaupun jika bank bankrap. Bank Rizab Persekutuan juga ditubuhkan bagi mengawasi urusan bankbank. FDR juga telah mengasingkan bank perdagangan dengan bank pelaburan di Amerika Syarikat. Bagi tujuan mengawal pasaran saham daripada dimanipulasi pihak berkepentingan, FDR telah menubuhkan instutusi yang dipanggil Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran melalui Akta Sekuriti pada tahun 1933. Bursa Saham dan para broker tertakluk di bawah undang-undang Suruhanjaya Sekuriti ini. FDR juga telah memperkenalkan Akta Pemulihan Industri Kebangsaan bagi menggalakkan pemulihan industri kebangsaan. Kongres mengangap Akta ini sebagai langkah darurat. FDR telah melakukan usaha-usaha bagi mendekatkan peranan kerajaan dengan syarikat perniagaan demi kebaikan rakyat. Pada peringkat awal akta ini berjaya memulihkan bidang perniagaan di Amerika Syarikat. Agensi Pemulihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk mengeluarkan lesen-lesen perniagaan. Beberapa kod perniagaan telah ditetapkan bagi mengawal bidang perniagaan dan akhirnya langkah-langkah yang dilakukan oleh FDR bagi memulihkan ekonomi I ni telah berjaya menghapuskan penggunaan buruh kanak-kanak dan menentukan jam maksimum bagi pekerja industri iaitu selama 40 jam semingu. 15

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

4.3.

Menyelesaikan Masalah Pengangguran

Semasa permulaan FDR menjadi Presiden Amerika Syarikat, beliau telah menjanjikan bahawa tiada sesiapa pun di Amerika Syarikat yang akan menghadapi kebuluran. Pada masa itu terdapat 12 juta rakyat Amerika Syarikat yang menganggur. Melalui Kongres FDR telah menubuhkan pelbagai agensi bagi menyelaraskan kerja-kerja kebajikan. Agensi terlibat ialah Pertubuhan Pemulihan Awam (CCC), Pentadbiran Bantuan Kecemasan Persekutuan (FERA), Pentadbiran Kerja Raya Awam (PWA) dan Pentadbiran Kemajuan Kerja (WPA). CCC ditubuhkan untuk memberi pekerjaan sementara kepada kaum lelaki yang berusia antara 17 hingga 28 tahun yang tiada pekerjaan. Mereka dilantik selama 6 bulan dan akan dibenar mendaftar semula selepas tamat 6 bulan. CCC dibawah arahan tentera telah melakukan perkara yang baik seperti memberikan pekerjaan menanam pokok bagi menyediakan hutan untuk generasi akan datang disamping memelihara tanah dan punca air. FERA pula menyediakan sumber kewangan kepada komuniti tempatan untuk mengurangkan tekanan di kawasan yang paling miskin. Lebih kurang 3 juta dolar wang rakyat telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membeli beribu-ribu tong gandum,daging, dan keju supaya mereka yang miskin tidak akan kelaparan. CWA dan PWA telah menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang berupaya melalui projek-projek kerajaan seperti membina lebuh raya, bekalan air, perpustakaan, taman dan sekolah. WPA berjaya mengambil lebih daripada 8 juta pekerja dari tahun 1935 hingga 1945. Pentadbiran Belia Kebangsaan ditubukan bagi membantu lebih 4 16

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

juta golongan belia yang berusia lingkungan 16 hingga 25 tahun. Mereka diberi bantuan dari segi kemudahan belajar di sekolah-sekolah tinggi dan kolej disamping berkerja sambilan yang berjaya memperolehi pendapatan 10 dolar hingga 20 dolar sehari. Usaha-usaha yang dilakukan oleh FDR ini telah berjaya menghapuskan masalah pengangguran. Manakala golongan kulit hitam pula telah dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Bantuan ekonomi juga diberikan kepada golongan kulit hitam melalui WPA. Golongan kulit hitam Amerika Syarikat jelas telah beralih daripada menyokong Parti Republikan kepada Parti Demokrat yang dipimpin oleh FDR. 4.4. Menyediakan Keselamatan Sosial

Semasa usaha-usaha dilakukan oleh FDR untuk memulihkan ekonomi. Beliau juga tidak lupa melakukan tanggugjawab sosial dengan menubuhkan Akta Sekuriti Sosial 1935 bagi meyendiakan pencen kepada orang tua yang memerlukan 75 dolar sebulan bagi meneruskan kehidupan di hari tua. Insurans penggganguran juga dibuat bagi memberi jaminan kewangan kepada pekerja jika mereka dibuang kerja. Gerakan Profesif telah dilancarkan bagi menggalakan pekerja menyertai kesatuan sekerja bagi memperjuangkan hakhak mereka. Hubungan antara majikan dengan pekerja telah dipereratkan bagi meningkatkan poduktiviti pekerja. 4.5. Memberi Bantuan Kepada Pemilik Rumah

Pihak Kongres telah menubuhkan Syarikat Pinjaman Pemilik Rumah pada tahun 1933 bagi melindungi pemilik tanah yang telah memajakan rumak mereka. Agensi ini telah berjaya mengambilalih pajakan rumah lebih kurang 300,000 17

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

pemilik. Sebelum ini para pemilih rumah terpaksa menanggung faedah tinggi iaitu sebanyak 6 peratus setahun. Manakala Akta Peminjaman Semula Pemilik Rumah pada tahun 1934 telah berjaya membantu beribu-ribu keluarga di bandar dan desa. Akta ini membenarkan agensi di atas memberi pinjaman kepada pemilik rumah yang menghadapi masalah membayar pinjaman mereka. 4.6. Memberi Bantuan Pertanian.

Melalui Penyelesaian Baharu ini, masalah pertanian seperti hakisan tanah dan tanaman tidak subur telah berjaya diatasi. Masalah petani diambil berat oleh kerajaan. Harga barang pertanian telah dikawal dan satu akta telah dibuat iaitu Akta Pemulihan Pertanian. Pentadbiran Pemulihan Pertanian ditubuhkan. Sebagai contoh penamam kapas diberi bantuan seperti mengurangkan cukai eksais. Petani juga diberi peluang menjual lebihan tanaman kepada Pentadbiran Pemulihan Pertanian atau meminjam daripada agensi tersebut. FDR juga telah membaiki kehidupan petani dengan memberikan pelbagai isentif. Akta Pinjaman Ladang Persekutuan 1933 telah menyediakan wang bagi pajakan ladang pada kadar harga yang rendah. Akta Persekutuan Perdagangan 1934 pula memberi hak kepada Setiausaha Negara membuat persetujuan perdagangan dengan negara-negara asing supaya petani dapat menjual barangan mereka di luar negara. 4.7. Menubuhkan Pentadbiran Lembah Tennessee (TVA) Rancangan Pentadbiran Lembah Tennessee (TVA) telah meninggalkan kesan jangka panjang kepada rakyat Amerika Syarikat. FDR telah memberikan sokongan kuat terhadap usaha untuk pemuliharaan tanah dan kawalan banjir. 18

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

Lembah Tennessee merupakan tempat yang paling subur di Amerika Syarikat. Ia merangkumi Tennessee, Kentucky, Alabama Georgia, Misssisipi, Nort Carolina dan Virginia. Kawasan ini kaya dengan sumber asli dan mempunyai bekalan air yang banyak. Bantuan kawalan banjir diperkenalkan dan satu janakuasa elektrik telah dibina semasa Perang Dunia Kedua di Sungai Tennessee yang telah membekalkan kuasa elektrik yang murah kepada rakyat Amerika Syarikat. Semua aktiviti kehidupan rakyat boleh dibuat selepas mendapat bekalan elektrik melalui program TVA ini. 5. Kesimpulan Adalah jelas sekali Pembaharuan Baharu yang dibawa oleh FDR ini telah mempamerkan ada kesinambungan sejarah dan tradisi Amerika Syarikat. FDR sentiasa berusaha mengembalikan keyakinan rakyat Amerika Syarikat terhadap demokrasi dan membuktikan keupayaan rakyat Amerika Syarikat mengatasi krisis dalam dan luar negara. FDR telah menjalankan pemulihan fizikal terhadap sumber-sumber asli negara, pemulihan manusia seperti keselamatan individu dan FDR juga berjaya melalui program bantuan kerajaan untuk membantu kebajikan rakyat. Isu pekerjaan, kesihatan dan kebajikan dititikberatkan oleh FDR. Bermula dengan perundangan bantuan kecemasan, FDR berjaya membawa keluar masalah kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1929-1932. Program-progran bantuan kepada rakyat diutamakan seperti pemberiaan pencen untuk orang tua, bantuan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. FDR juga mengadakan program pemulihan ekonomi di luar bandar.

19

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

FDR juga berjaya melalui programnya mengembalikan keyakinan pengguna di Amerika Syarikat. Pembahuruan ekonomi yang dilakukan meninggalkan kesan dan memberi inovasi kepada rakyat. Peningkatan penggunaan eklektrik akibat program TVA membawa kepada peningkatan penggunaaan barangan elektrik seperti radio, peti ais, televisyen dan lain-lain. Rakyat Amerika Syarikat mendapat insipasi daripada penyiaraan radio dan filem-filem Hollywood yang membangkitkan sikap positif di kalangan rakyat. Dari sudut politik Pembahuruan ini telah mengukuhkan kuasa kerajaan dan ada kecenderungan pemusatan kuasa di peringkat Persekutuan. Kesan daripada kemelesetan ekonomi telah mengubah peranan kerajaan Amerika Syarikat buat selama-lamanya. Sebelum ini Amerika Syarikat berbangga dengan amalan pasaran ekonomi bebas, namun selepas berlaku kemelesatan ekonomi FDR telah memperkenalkan beberapa akta yang menyekat monopoli kekayaan rakyat. FDR telah membawa dasar ekonomi kapitalis kepada monopoli kepada dasar 'welfare state capitalism'. Akhir sekali, dilihat kemelesetan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat sekitar 1929-1932 telah membawa kepada dimensi baru pentadbiran kerajaan yang sebenar untuk membantu rakyat dan negara membina maruah sebuah negara. Konsep ekonomi yang diamalkan perlu dilihat sama rata bagi mengelakkan sekali lagi negara Amerika Syarikat terjerumus masalah kemelesetan. Rakyat telah mendapat keyakinan tinggi untuk berjuang bersama kerajaan untuk membebaskan Amerika Syarikat dari krisis ekonomi yang teruk tersebut.

20

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

SENARAI RUJUKAN 1). Syakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. 2). Freidel, Frank. 1990 . Franklin D. Roservelt : A Rendezvous With Destiny. Boston : Littke, Brown. 3). Dallek, Robert. 1995. Franklin D. Roservelt and American Foreign Policy, 1932-1945. New York : Oxford Universiti Press. 4). Hastedt, Glenn P. 1988. American Foreign Policy : Past, Present, Future. New Jersey : Prentice-Hall Inc. 5). Kindleberger, Charles P. 1973. The World of Depression 1929-1939. London : MacMillan & Co. 6). Hicks, John D. 1960. Republican Ascendancy: 1929-1933. New York : Harper & Row. 7). http://papers.nber.org/fdr/fdr.html. 8). http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Depression. 9). Jean Edward Smith. 2008. FDR. USA. : Random House.

21

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL WAHAB G75629

22