asas kepimpinan profesionalisme perguruan
-
Upload
ahmad-syafiq-muhamad -
Category
Documents
-
view
236 -
download
0
Transcript of asas kepimpinan profesionalisme perguruan
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
1/13
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
1.PENGENALAN.... m/s
2.ISU ETIKA KEGURUAN .. m/s
3.IMPLIKASI TERHADAP AKAUNTABILITI KEGURUAN.. m/s
4.CADANGAN MENGATASI m/s
5.RUJUKAN ...... m/s
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
2/13
PENGENALAN
Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang individu. Kewujudan
pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu seseorang. Dalam mencapai
usaha untuk memnuhi pendidikan berkualiti, kualiti seorang guru itu harus dititikberatkan.
Perkembangan dalam dunia memberi cabaran yang hebat kepada guru dalam membentuk
peribadi diri dan murid agar menjadi seorang insan yang berguna. Sama ada sedar atau
tidak sedar, seorang guru itu memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan
seorang insan yang dapat membantu negara menjadi lebih baik.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Falsafah Pendidikan Guru)
Jadi matlamat pendidikan guru adalah menghasilkan guru berkualiti dari segi peribadi,
professional sosial dan amalan tingkah laku yang baik. Guru juga diharapkan boleh
menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan. Malah harapan yang tinggi
berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan
pendidikan dalam abad ke 21. Oleh itu guru seharusnya memiliki sahsiah yang sewajarnya.
Guru adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat
latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada
kod etika yang tersendiri. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk
kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri ciri yang
telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang
yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsepprofesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
3/13
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Keprofesionalisme guru amat penting dalam
bidang pendidikan. Pendidikan merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan masa hadapan. Sistem pendidikan harus dirancang dengan teliti supaya
sesuai dengan kemungkinan cabaran yang bakal timbul kelak.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai
negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan
harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan
daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha
melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.
Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam
Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus
pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan
dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini.
Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka
profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang
berasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid,1998).
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
4/13
ISU-ISU ETIKA KEGURUAN
Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan
sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan
dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata
sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan
pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan
yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan menyebabkan reputasi
profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia akan terjejas.
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak isu berkaitan dengan etika guru yang menjejaskan
imej profesion keguruan itu sendiri.
Isu pertama yang hendak saya ketengahkan ialah isu guru yang berniaga dalam
kawasan dan pada waktu persekolahan. Hal ini mengundang perasaan yang amat tidak
selesa pada saya kerana guru yang berniaga disekolah ini seolah-olah lebih pentingkan
pendapatan yang diraih hasil daripada barang jualannya. Sedangkan sudah jelas dan terang
bahawa tugas guru adalah untuk mendidik dan membentuk anak bangsa mengikut acuan
yang betul kerana anak-anak bangsa inilah yang akan menjadi tonggak pimpinan negara
pada masa hadapan. Ada segelintir guru yang menjual pelbagai jenis tudung, baju kurung,
jubah, telefon bimbit , bekas-bekas makanan seperti tupperware dan sebagainya lagi. Saya
faham bahawa senario guru-guru zaman sekarang ini ada yang cuba meraih pendapatan
yang lebih bagi menampung kos kehidupan yang tinggi, akan tetapi jika dijalankan dengan
cara dan metod yang tidak betul maka hal ini akan mengundang masalah kepada profesion
perguruan itu sendiri. Guru sepatutnya haruslah bijak dalam menguruskan dan
membahagikan masa supaya tidak mengabaikan tugas utama dalam mendidik murid di
sekolah.
Pada pandangan saya, perkara ini harus diberi perhatian kerana sedikit sebanyak
ianya akan menjadi satu trend yang kurang sihat dalam kalangan guru di sekolah. Guru-guru
masa kini juga ramai yang turut terlibat dalam kancah perniagaan yang berantai ataupun
disebut sebagai MLM ataupun multilevel marketing. Dari sudut yang positif, mereka
sememangnya dapat memperoleh keuntungan yang lebih jika dibandingkan dengan guru
yang hanya bersandarkan gaji bulanan semata-mata , akan tetapi dari sudut negatifnya
mula kelihatan bibit-bit kealpaan dan kelalaian dalam melaksanakan tugasan di sekolah.
Sebagai contohnya, pernah berlaku kejadian disekolah dimana seorang guru didapati tidakpernah masuk kelas ganti yang diamanahkan kepadanya. Setelah disiasat oleh pihak
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
5/13
pentadbiran, akhirnya dapatlah diketahui bahawa guru tersebut menggunakan masa gantian
itu untuk meluaskan sayap perniagaannya dengan rancak berkempen dan berceramah
tentang produk yang dijualnya. Melalui senario dan kes-kes seperti inilah dapat kita
justifikasikan bahawa trend berniaga di sekolah ini telah melemahkan pemikiran dan
membuatkan guru-guru yang terlibat dalam perniagaan di sekolah seolah-olah hilang
pertimbangan diantara yang manakah lagi penting dalam bidang tugasnya. Walaupun masa
tersebut hanyalah waktu gantian bagi guru yang tidak hadir, akan tetapi murid yang berada
didalam kelas pada masa tersebut adalah tertakluk dalam jagaannya dan jikalau ada
malapetaka yang berlaku, siapakah yang akan bertanggunggjawab? Tiba kejadian yang
tidak diingini seperti ini maka bermulalah episod tuding menuding jari antara satu sama lain.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
6/13
Isu yang kedua yang ingin saya fokuskan ialah tentang isu kepedulian guru. Apakah itu
kepedulian guru? Kepedulian guru secara amnya merujuk kepada gambaran perasaan ,
pemikiran dan juga perhatian yang diperuntukkan oleh seorang guru terhadap isu ataupun
bidang tugasnya sebagai seorang guru. Selain itu, kepedulian guru juga ditakrifkan oleh
Hall, George dan Rutherford (1997) sebagai perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan
perhatian yang diberi terhadapasesuatu isu atau tugas. Dari konteks kepedulian guru
disekolah pula, guru yang prihatin akan menumpukan perhatian mereka terhadap para
pelajarnya. Meeka akan melakukan tindakan-tindakan yang difikirkan perlu bagi melengkapi
keperluan dan kehendak pelajarnya. Isu yang cuba saya ketengahkan ialah isu kepedulian
guru yang saya baca dalam sebuah majalah PENDIDIK keluaran Mac 2008. Menurut artikel
tersebut, kajian yang pernah dijalankan mengenai hubungan guru dan pelajar mendapati
tingkah laku guru memberi kesan terhadap pencapaian akademik serta sikap mereka
terhadap persekitaran pembelajaran. Artikel ini juga menjelaskan tentang lapan tingkah laku
negatif guru yang boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Lapan tingkah laku
tersebut ialah:
Tidak menyukai pelajar
Menyukai pelajar sudah tentu tidak boleh dilakonkan kerana perkara tersebut berlaku secara
spontan dan semulajadi dalam diri guru. Sekiranya guru menyukai pelajar dan dapat
mewujudkan satu perhubungan yang mesra, guru tersebut dapat mengendalikan tingkah
laku pelajar mereka. Guru perlulah menyediakan waktu untuk berbual-bual dengan pelajar
sekiranya mempunyai kesempatan. Hal ini dilakukan bagi mengetahui permasalahan pelajar
dan mendapatkan maklumat mengenai kebolehan serta minat pelajar tersebut.
Tidak mengetahui atau mengenali pelajar
Segelintir guru mendapati terlalu sukar untuk mereka mengingati nama dan mengenali
tingkah laku pelajar mereka. apatah lagi, bilangan pelajar yang ramai serta kelas yang
berlainan menyebabkan guru kadang-kadang keliru memanggil nama murid yang salah.
Oleh itu, seorang guru haruslah lebih berinovasi dalam mencari penyelesaian untuk masalah
tersebut.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
7/13
Melabel pelajar
Setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain bukan sahaja dari segi jantina dan
fizikal malah dari segi latar belakang serta emosi mereka. Perbezaan ini tidak harus menjadi
modal kepada guru untuk melabel atau memberi gelaran kepada pelajar mereka. Sekiranya
guru melabel seorang pelajar, ia haruslah mempunyai makna yang baik dan sedap
didengar. Gelaran untuk menyindir atau mempermainkan pelajar sewajarnya dielakkan
kerana ia boleh menjatuhkan semangat pelajar tersebut.
Menyindir dan memperkecilkan pelajar
Sebagai seorang guru, kita haruslah bertindak sebagai pemangkin semangat kepada murid.
Guru yang selalu menyindir dan memalukan pelajar akan dibenci oleh pelajar terbabit.
Tindakan guru tersebut telah menjatuhkan maruah pelajar dan tidak seharusnya dilakukan
oleh insan yang digelar guru.
Mendera pelajar secara keterlaluan
Peraturan disiplin di sekolah telah dilaksanakan dengan sewajarnya. Oleh itu, guru haruslah
membuat pertimbangan sebelum mendenda seseorang pelajarnya. Hukuman dan denda
atas kesalahan disiplin pelajar telah ditetapkan dan guru haruslah mematuhi setiap perkara
yang telah digariskan dalam peraturan disiplin. Sekiranya guru bertindak secara keterlaluan,
pelajar mungkin mengalami trauma dan takut untuk ke sekolah.
Pagar makan padi
Amanah seorang guru adalah untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berguna pada
masa hadapan. Guru juga bertindak sebagai pelindung dalam menjaga maruah sertakeselamatan pelajar mereka. Perbuatan guru yang menyalahi etika seperti mencabul
kehormatan pelajar, berkhalwat serta berperangai sumbang seharusnya dijauhi.
Terlalu garang
Guru perlu ada sikap penyayang supaya disenangi oleh pelajar. Guru yang terlalu garang
akan menakutkan pelajarnya. Mereka berasa gementar untuk bertanyakan soalan kerana
bimbang dimarahi. Pelajar juga akan berasa takut untuk ke kelas dan menjejaskan tumpuan
mereka di dalam kelas.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
8/13
Pilih kasih
Sikap guru yang mengamalkan pilih kasih adalah tidak waJar. Seseorang pelajar dapat
merasakan perbezaan kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh guru kepada
mereka. Perhatian dan layanan yang sama rata dapat memberi rasa senang kepada diri
pelajar. Pilih kasih ini berlaku disebabkan rupa paras pelajar tersebut, kekerapan berjumpa
dengan guru tersebut ataupun pelajar yang menonjol di dalam kelas. Pelajar tidak akan
menghormati guru yang mengamalkan sikap pilih kasih.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
9/13
IMPLIKASI TERHADAP AKAUNTABILITI KEGURUAN
Pencabulan etika perguruan ini jelas sekali meninggalkan kesan negatif terhadap arus
perkembangan pendidikan di negara Malaysia, yang pertama kesan terhadap
pentadbiran,pencapaian murid, kesan terhadap rakan sejawat, kesan terhadap ibu bapa dan
juga golongan masyarakat semasa. Pelanggaran etika keguruan iaitu dengan
mempraktikkan amalan berniaga disekolah mendatangkan kesan negatif kepada profesion
keguruan terutamanya dan hal ini membuatkan masyarakat mula memandang serong
terhadap bidang tugas seorang guru. Hal ini menyerupai kata peribahasa kerana nila setitik
rosak susu sebelanga. Walaupun hanya segelintir sahaja golongan yang mngamalkan
amalan seperti ini, tetapi msyarakat akan menghukum keseluruhan guru atas kesalahanyang dilakukan dan kes ini menampakkan bahawa betapa ringannya tugas guru di sekolah
sehinggakan ada bnyak masa dan peluang untuk berniaga disekolah sedangkan pada
waktu yang sama guru-guru yang lainnya menggembleng seluruh tenaga dan keringat yang
ada untuk mencurahkan bakti pada anak bangsa yang tercinta. Wajarkah situasi ini
dipandang dengan remeh? Tepuk dada tanya selera. Kesibukan guru yang melibatkan diri
dengan transaksi urus niaga membuatkan pelajar terabai dan tidak mendapat ilmu seperti
yang sepatutnya mereka pelajari didalam kelas. Secara tidak langsung, pencapaian para
pelajar akan jatuh merosot .
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
10/13
CADANGAN MENGATASI ISU BERNIAGA DI SEKOLAH
Pemantauan daripada pihak pentadbir
Pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap
prestasi kerja guru guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka
peluang guru untuk melakukan tingkah laku negatif akan berkurangan kerana guru
mengetahui bahawa persekitarannya sedang dipantau. Pihak pentadbir boleh mengenakan
tindakan tegas seperti tindakan tatatertib kepada guru yang terbabit dengan kesalahan
tingkah laku ini. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh memberi khidmat nasihat kepada guru
tersebut melalui sesi kaunseling.
Bantuan Rakan Sejawat
Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini. Rakan
sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan rakan yang bermasalah memberikan
nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam tingkah laku negatif ini dapat
berubah menjadi guru yang lebih baik. Sokongan orang sekeliling adalah sangat penting
sebagai pemangkin semangat guru untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik.
Ganjaran Kepada Guru
Selain dari meningkatkan diri dengan penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik
juga ditawarkan dengan ganjaran-ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-
benar layak. Contohnya, guru cemerlang untuk mengiktiraf pengorbanan guru-guru yang
benar-benar komited terhadap tugas yang diberikan, ganjaran diberikan kepada mereka
dengan mengiktrif mereka sebagai guru cemerlang. Konsep guru cemerlan yang
diperkenalkan oleh KPM ialah sebagai guru yang istimewa, dedekasi dan bermotivasi tinggi
serta mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tugas mereka. Tanpa menunggu
untuk kenaikan pangkat secara Time-Based.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
11/13
Pemilihan Calon Guru Yang Benar-Benar Layak
Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian
jenis peronaliiti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila jenis personality tersebut tidak
sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak betminat
terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973)
Sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru, minat utama terhadap
profesion ini sebenarnya hanya sedikit sahaja dan akibatnya selepas 2 atau 3 tahun menjadi
guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan terhadap beberapa
orang guru mengenai kejadian Burn-out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa
guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari
awal lagi dalam bidang yang diceburi ( Wan Mohd Zahid Nordin).
Mengurangkan Penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih
Kekosongan jawatan guru samada di sekolah rendah mahu pun menengah biasanya diisi
oleh guru sandaran yang tidak mendapat latihan secara formal samada di maktab perguruan
atau pun universiti. Kita tidak dapat nafikan mengenai keperluan mengisi kekosongan
tersebut atas dasar pendidikan pelajar di sekolah. Tetapi pandangan masyarakat
terhadap profesion keguruan ini akan menjadi lebih pudar lagi apabila ada sesetangah pihak
yang menganggap tanpa mengikuti latihan perguruan di tempat-tempat tertentu, mereka
masih boleh menjadi seorang guru.
Lambakan guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah dengan sendirinya akan
merendahkan martabat profesion keguruan tersebut. Sepatutnya kekosongan jawatan guru
di sekolah menengah diisi dengan kehadiran guru-guru yang telah menamatkan pengajian
secara separuh masa atau PJJ yang terlalu ramai di sekolah rendah, manakala di peringkatsekolah rendah ianya diisi dengan guru-guru lepasan diploma dari maktab perguruan.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
12/13
CADANGAN MENGATASI ISU KEPEDULIAN GURU DI SEKOLAH
Bagi mengatasi su kepedulian guru disekolah ini, guru haruslah meginsafi dan munasabah
terhadap kesilapan sendiri. Amalan refleksi adalah satu cara yang paling baik untuk guru
menilai kembali apakah kekuatan dan kelemahan dalam diri seorang guru itu, tidak terbatas
terhadap proses P&P di dalam kelas sahaja, malahan boleh dilakukan untuk menilai kembali
sejauh manakah penampilan dan tindak tanduk serta ketrampilan diri kita sebagai seorang
guru. Oleh itu, guru perlulah :
I. Sedar atas perubahan
II. Minat untuk melakukan perubahan
III. Mengenali aspek yang membawa kepada perubahanIV. Menilai keberkesanan perubahan
V. Bekerjasama dan meminta bantuan dan nasihat daripada rakan
VI. Membuat penambahbaikan yang signifikan dan berterusan
Seterusnya, guru perlulah memberikan tumpuan perhatian penuh terhadap para pelajarnya
kerana guru dianggap sebagaiibu dan ayah yang kedua selepas ibu bapa kandung mereka
yang berada dirumah.sikap ambil peduli yang diamalkan oleh guru ini bukanlah bemaksud
untuk menjaga tepi kain orang. Inin keranan hal yang perlu diambil tahu itu bukanlah
berbentuk peribadi , sebaliknya lebih kepada untuk memastikan kesejahteraan hidup murid-
muridnya supaya mereka dapat memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya mengamalkan sikap ambil peduli tersebut dalam kehidupan
bermasyarakat dalam konteks yang lebih luas.Selain daripada itu, guru juga digesa supaya
membina hubungan yang erat dengan pelajar serta harus lebih prihatin terhadap
permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya. Guru-guru juga turut digalakkan untuk
mendengar permasalahan pelajar dan melalui cara inin mereka akan merasa lebih dihargai
dan diberi perhatian, maka adalah lebih senang bagi mereka untuk mendegar nasihat yang
diberikan oleh guru. Dari aspek pengurusan bilik darjah pula, guru disarankan suapaya
dapat membentuk satu suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas untuk
memastikan supaya keperluan asas mereka dipenuhi selari dengan toeri keperluan
Abraham Maslow. Guru juga haruslah mengenali dan memahami tingkahlaku pelajarnya dan
mestilah mempunyai kemahiran berempati suapaya guru dapat meletakkan dirinya seperti
keadaaan yang turut dialami oleh para pelajarnya. Semua intervensi ini adalah untuk
memenuhi keperluan akademik dan emosi pelajar demi memastikan perkembangan mereka
selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana mengkehendakiperkembangan insan yang seimbang dan holistic dari aspek JERIS.
-
7/30/2019 asas kepimpinan profesionalisme perguruan
13/13
RUJUKAN
Bakhtiar Mansor (1993), Perguru an:Satu Perspektif Perkembangan
Kerjayadalam Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, KualaLumpur.
Kamus Dewan Edisi Baru, (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohamed Nor Che Nor (1990).Asas-Asas PendidikanSatu Pengenalan. Flo
Enterprise Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Oxford Fajar Sdn
Bhd
Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subki Bin Miskon, Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru, 2010, Kuala Lumpur terbitan Multimedia Sdn Bhd.
Yazid Abdul Manap (2001), Memartabatkan Profesion Keguruan
Tanggungjawab Bersama, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 33.