Asas islam untuk semua
description
Transcript of Asas islam untuk semua
1. LIMA RUKUN ISLAM
2. ENAM RUKUN IMAN
3. KHUTBAH TERAKHIR NABI
MUHAMMAD SAW
4. MENGHAYATI AL-QURAN
5. INFO
LIMA
RUKUN ISLAM
5 RUKUN ISLAM 1.MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
2.SEMBAHYANG LIMA WAKTU
3.PUASA PADA BULAN RAMADHAN
4.MENGELUARKAN ZAKAT
5.MENUNAIKAN HAJI
MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH
PENGERTIAN 2 KALIMAH SYAHADAT:
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang patut disembah
dengan sebenarnya kecuali ALLAH dan aku naik saksi
bahawa Muhammad itu pesuruh ALLAH”
SYARAT SAH SYAHADAT YANG MEMBATALKAN SYAHADAT
Ia mengetahuinya Menduakan ALLAH
Diikrarkan dengan lidah Berburuk sangka dengan ALLAH
Ditasdiqkan dengan hati Tidak percaya bahawa dirinya
dijadikan oleh ALLAH
Diamalkan dengan anggota Tidak ditetapkan dalam hatinya untuk
mengesakan ALLAH
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
FIRMAN ALLAH SWT MAKSUDNYA:
“Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang yang beriman,
menurut waktu yang ditentukan.”
(An-Nisa‟:103)
SOLAT RAKAAT BILA
ISYAK 4 Mulai habis waktu maghrib iaitu hilangnya mega merah
hingga terbit fajar sidik
SUBUH 2 Mulai terbit fajar sidik hingga terbit matahari
ZUHUR 4 Mulai gelincir matahari hingga bayang sesuatu benda
sama panjangnya dengan benda itu ( diukur pada garis
kiblat )
ASAR 4 Mulai habis waktu Zuhur hingga terbenam matahari
MAGHRIB 3 Mulai terbenam matahari hingga hilang mega merah.
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
AKIBAT MENINGGALKAN SEMBAHYANG
1. SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
• ALLAH mengurangkan keberkatan umurnya.
• Rezekinya dipersempitkan oleh ALLAH
• Tidak ada tempat baginya di sisi agama islam
• Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
2. SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT
• Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
• matinya dalam keadaan menderita kelaparan
• Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak
tujuh lautan.
3. SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
• ALLAH akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
• Kuburnya akan digelapkan.
• ALLAH akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
4. SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
• Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
• ALLAH tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
• ALLAH tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa keras di dalam neraka
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
• SUBUH, ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka
( bersamaan 60,000 tahun dunia)
• ZOHOR, seperti membunuh 1000 jiwa orang islam
• ASAR, seperti ia meruntuhkankan KAABAH
• MAGHRIB, seperti ia berzina dengan ibunya ( bagi lelaki )
atau dengan ayahnya ( bagi perempuan )
• ISYAK, ALLAH tidak redha ia hidup di bumi ALLAH ini dan
digesa agar ia mencari bumi ALLAH.
PUASA PADA BULAN RAMADHAN
PENGERTIAN PUASA:
Menahan diri daripada makan dan minum serta bercampur suami isteri
pada siang hari dan sesuatu yang membatalkannya mulai terbit fajar
sampai terbenam matahari.
WAJIB SUNAT MAKRUH HARAM
Puasa bulan
Ramadhan,kifarat &
nazar
6 hari pada bulan Syawal Puasa yang terus
menerus sepanjang
masa
Puasa pada hari raya
pertama Aidil Fitri
Hari Arafah Tidak termasuk dua hari
raya dan hari Tasyriq
Puasa pada hari raya
pertama Haji
Hari Asyura pada 10
Muharam
Puasa tiga hari sesudah
Hari Raya Haji atau
Tasyriq iaitu pada 11,12
& 13 Zulhijjah.
Bulan Syaaban
Isnin & Khamis
Tengah bulan iaitu
13,14,15 pada tiap-tiap
bulan Qamaria (Tahun
Hijrah)
PUASA
MENGELUARKAN ZAKAT
PENGERTIAN ZAKAT:
Islam telah menganjurkan agar
pemeluknya membayar sebahagian harta
miliknya ke jalan ALLAH. Pembayaran ini
di namakan zakat kerana bertujuan
supaya harta kekayaan menjadi bersih.
MENGELUARKAN ZAKAT
JENIS-JENIS ZAKAT
• PENDAPATAN
• SAHAM
• WANG SIMPANAN
• KWSP
• EMAS
• PERNIAGAAN
• PERTANIAN ( PADI )
• FITRAH
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT PENDAPATAN
Ada beberapa cara mengira zakat pendapatan, antaranya:
• 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika
pendapatan tersebut tidak kurang dari nisab) atau
• 2.5% pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu
jumlah pendapatan kasar daripada semua sumber
setahun ditolak perbelanjaan-perbelanjaan asasi
setahun dan bakinya melebihi daripada nisab.
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT SAHAM
• 2.5% atas nilai terendah semua saham-saham yang dimiliki setahun,
setelah ditolak pinjaman membeli saham (jika ada).
• Sekiranya nilai terendah sukar ditentukan, nilai pada akhir haul boleh
dijadikan asas pengiraan zakat x 2.5%
• Sekiranya tempoh pemilikan sesuatu saham tidak genap setahun
tetapi secara keseluruhannya harta tersebut bertukar bentuk (
beberapa kali sepanjang tahun dari saham kepada wang dan
sebaliknya, maka gunakan nilai terendah campuran wang dan saham-
saham tersebut sebagai asas pengiraan zakat x2.5%
• Bagi saham-saham yang perlu dimiliki oleh pelabur atau usahawan
Muslim secara jangka panjang untuk menguasai sesebuah syarikat,
maka bayaran zakat sahamnya wajarlah berasaskan perkiraan yang
tidak menjejaskan kepentingan orang islam untuk terus menguasai
syarikat tersebut.
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT WANG SIMPANAN
• 2.5% atas baki terendah semua jenis wang
simpanan dalam tempoh satu tahun, sekiranya
mencukupi nisab.
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT KWSP
• 2.5% atas wang caruman KWSP ketika
dikeluarkan
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT EMAS
1. Emas yang disimpan
• 2.5% atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilainya
bersamaan atau melebihi nisab (85 gram)
2. Emas yang dipakai
• Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita tidak
dikenakan zakat kecuali jika nilainya melebihi daripada kadar
„URUF‟ ( nilai pemakaian setempat yang dibenarkan ).
Sekiranya melebihi kadar uruf, maka zakatnya ialah 2.5%
atas nilai yang melebihi daripada kadar uruf itu. Sebagai
panduan, buat masa ini kadar uruf yang digunakan di
Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah sebanyak
RM5,000.00
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT PERNIAGAAN
(Aset Semasa-Tanggungan Semasa yang dibenarkan + Pelaburan
jangka pendek ) x Peratus jumlah saham milik orang Islam x Kadar
zakat 2.5%
• Sekiranya syarikat tidak membayar zakat bagi pihak individu
Muslim yang memegang saham syarikat tersebut, maka tiap-
tiap individu Muslim tersebut hendaklah membayar sendiri
zakatnya mengikut kaedah zakat saham.
MENGELUARKAN ZAKAT
ZAKAT PERTANIAN (PADI)
• 5% jika menggunakan jentera dan
saliran
• 10% jika menggunakan air hujan
semata-mata
MENUNAIKAN HAJI
PENGERTIAN HAJI:
•HAJI ialah mengunjungi BAITULLAHIL
HARAM di Makkah pada bulan-bulan tertentu
dengan syarat-syarat tertentu untuk
mengerjakan ibadat-ibadat yang tertentu
•UMRAH ialah menziarahi Kaabah pada bila-
bila masa dengan mengerjakan TAWAF, SA’I,
dan bercukur mengikut syarat-syarat tertentu.
MENUNAIKAN HAJI
IFRAD TAMATTUK QIRAN
Bermaksud
mengerjakan haji dan
umrah secara
berasingan sama ada
mengerjakan haji dulu
kemudian umrah atau
sebalinya
Bermaksud
mengerjakan umrah
terlebih dahulu kemudian
barulah niat mengerjakan
haji dalam bulan haji
pada tahun yang sama
Bermaksud niat
mengerjakan haji dan
umrah serentak setelah
masuk bulan haji.
HAJI
JENIS-JENIS HAJI:
KHUTBAH
TERAKHIR
NABI
MUHAMMAD
S.A.W
WAHAI MANUSIA DENGARLAH BAIK-BAIK
APA YANG HENDAKKU KATAKAN. AKU
TIDAK MENGETAHUI APAKAH AKU DAPAT
BERTEMU LAGI DENGAN KAMU SEMUA
SELEPAS TAHUN INI. OLEH ITU
DENGARLAH DENGAN TELITI KATA-KATA
KU INI DAN SAMPAIKANLAH IA KEPADA
ORANG-ORANG YANG TIDAK DAPAT HADIR
DI SINI PADA HARI INI.
WAHAI MANUSIA, SEPERTI MANA KAMU
MENGANGGAP BULAN INI DAN KOTA INI
SUCI, MAKA ANGGAPLAH JIWA DAN HARTA
SETIAP ORANG MUSLIM SEBAGAI AMANAH
YANG SUCI. KEMBALIKANLAH HARTA YANG
DIAMANAHKAN KEPADA KAMU KEPADA
PEMILIKNYA YANG BERHAK. JANGANLAH
KAMU SAKITI SESIAPAPUN AGAR ORANG
LAIN TIDAK MENYAKITI KAMU PULA.
INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA
KAMU AKAN MENEMUI TUHAN KAMU, DAN
DIA PASTI MEMBUAT PERHITUNGAN DI
ATAS SEGALA AMALAN KAMU. ALLAH
TELAH MENGHARAMKAN RIBA. OLEH ITU
SEGALA URUSAN YANG MELIBATKAN RIBA
DIBATALKAN MULAI SEKARANG.
BERWASPADALAH TERHADAP SYAITAN
DEMI KESELAMATAN AGAMA KAMU. DIA
TELAH BERPUTUS ASA UNTUK
MENYESATKAN KAMU DALAM PERKARA-
PERKARA BESAR, MAKA BERJAGA-
JAGALAH SUPAYA KAMU TIDAK
MENGIKUTINYA DALAM PERKARA-
PERKARA KECIL.
WAHAI MANUSIA SEBAGAIMANA KAMU
MEMPUNYAI HAK KE ATAS PARA ISTERI
KAMU, MEREKA JUGA MEMPUNYAI HAK
KE ATAS KAMU. SEKIRANYA MEREKA
MENYEMPURNAKAN HAK MEREKA KE
ATAS KAMU, MEREKA JUGA BERHAK
UNTUK DIBERI MAKAN DAN PAKAIAN
DALAM SUASANA KASIH SAYANG.
LAYANILAH WANITA-WANITA KAMU
DENGAN BAIK DAN BERLEMAH
LEMBUTLAH TERHADAP MEREKA KERANA
SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH TEMAN
DAN PEMBANTU KAMU YANG SETIA. DAN
HAK KAMU KEATAS MEREKA IALAH SAMA
SEKALI TIDAK BOLEH MEMASUKKAN
ORANG YANG KAMU TIDAK SUKAI KE
DALAM RUMAH KAMU DAN DILARANG
MELAKUKAN ZINA.
WAHAI MANUSIA, DENGARLAH
BERSUNGGUH-SUNGGUH KATAKU INI.
SEMBAHLAH ALLAH, DIRIKANLAH SOLAT
LIMA KALI SEHARI, BERPUASALAH DI
BULAN RAMADHAN DAN TUNAIKANLAH
ZAKAT DARI HARTA KEKAYAAN KAMU.
KERJAKANLAH IBADAH HAJI SEKIRANYA
KAMU MAMPU
KETAHUILAH BAHAWA SETIAP MUSLIM
ADALAH BERSAUDARA KEPADA MUSLIM
YANG LAIN. KAMU SEMUA ADALAH SAMA,
TIDAK SEORANGPUN YANG LEBIH MULIA
DARI YANG LAINNYA KECUALI DALAM
TAQWA DAN BERAMAL SOLEH. INGATLAH
BAHAWA KAMU AKAN MENGADAP ALLAH
PADA SUATU HARI NANTI UNTUK
DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS
SEGALA APA YANG TELAH KAMU
KERJAKAN.
OLEH ITU AWASILAH AGAR JANGAN
SEKALI-KALI KAMU TERKELUAR DARI
LANDASAN KEBENARAN SELEPAS
KETIADAANKU.
WAHAI MANUSIA, TIDAK ADA LAGI NABI DAN
RASUL YANG AKAN DATANG SELEPASKU
DAN TIDAK AKAN LAHIR AGAMA BARU.
OLEH ITU WAHAI MANUSIA, NILAILAH
DENGAN BETUL DAN FAHAMILAH KATA-
KATA KU YANG TELAH AKU SAMPAIKAN
KEPADA KAMU. SESUNGGUHNYA AKU
TINGGALKAN KEPADA KAMU DUA
PERKARA, YANG SEKIRANYA KAMU
BERPEGANG TEGUH DAN MEGIKUTI
KEDUA-DUANYA NESCAYA KAMU TIDAK
AKAN TERSESAT SELAMA LAMANYA.
ITULAH
AL-QURAN
DAN
SUNNAHKU
HENDAKLAH ORANG-ORANG
YANG MENDENGAR UCAPANKU
MENYAMPAIKANNYA PULA
KEPADA ORANG LAIN DAN
HENDAKLAH ORANG LAIN ITU
MENYAMPAIKANNYA PULA
KEPADA YANG LAIN. SEMOGA
YANG TERAKHIR LEBIH
MEMAHAMI KATA KATAKU DARI
MEREKA YANG MENDENGAR
TERUS DARIKU.
SAKSIKAN YA
ALLAH
BAHAWASANYA AKU
TELAH SAMPAIKAN
RISALAHMU
KEPADA HAMBA-
HAMBAMU” Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di
Lembah Uranah, Gunung Arafah
ENAM
RUKUN IMAN
6 RUKUN IMAN 1. PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
3. PERCAYA KEPADA KITAB
4. PERCAYA KEPADA RASUL
5. PERCAYA KEPADA QIAMAT
6. PERCAYA KEPADA QADAK & QADAR
PERCAYA KEPADA ALLAH SWT
Beriman kepada ALLAH iaitu
mempercayai dengan sepenuh hati dan
keyakinan bahawa ALLAH yang
menciptakan alam ini, dan dialah yang
berhak di sembah. ALLAH maha Esa dan
wajib mempercayai ada-Nya.
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
NAMA MALAIKAT TUGAS-TUGAS
JIBRAIL Menyampaikan wahyu
IZRAIL Mencabut nyawa
MIKAIL Memberi rezeki
ISRAFIL Bertugas meniup serunai sangkakala hari Qiamat
MUNGKAR Menyoal di kubur
NAKIR Menyoal di kubur
RAKIB Menulis Kebajikan
ATID Menulis Kejahatan
MALIK Menjaga neraka
RIDWAN Menjaga syurga
PERCAYA KEPADA KITAB
KITAB NABI/RASUL BAHASA
TAURAT MUSA AS. IBRANI
ZABUR DAUD AS QIBTHI
INJIL ISA AS SURYANI
AL-QURAN MUHAMMAD SAW ARAB
KITAB DITURUNKAN ALLAH KEPADA NABI/RASUL
PERCAYA KEPADA KITAB
APAKAH AL-QURAN
•AL-QURAN ialah kalam ALLAH yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W dan merupakan kitab suci/mukjizat Nabi.
•AL-QURAN mengandungi 30 juzuk
•AL-QURAN mengandungi 114 surah
•AL-QURAN mengandungi 6236 ayat
•AL-QURAN diturunkan pada 17 Ramadhan ( Nuzul AL-QURAN)
•Ayat yang pertama diturunkan ialah Surah AL-QALAM
•Surah yang paling panjang Surah Al-BAQARAH
•Surah yang paling paling pendek Surah AL-KAUTHAR
•AL-FATIHAH merupakan UMMU(IBU) AL-QURAN
PERCAYA KEPADA RASUL
ADAM 3.NUH 2.IDRIS 4.HUD 5.SALLEH
6.IBRAHIM 8.ISMAIL 7.LUTH 9.ISHAK 10.YA’QUB
11.YUSUF 13.SHUIB 12.AYUB 14.MUSA 15.HARUN
16.ZULKIFLI 18.SULAIMAN 17.DAUD 19.ILYAS 20.ILYASA’
21.YUNUS 23.YAHYA 22.ZAKARIA 24.ISA 25.MUHAMMAD
SAW
PERCAYA KEPADA RASUL SAMB...
WAJIB BAGI RASUL MUSTAHIL BAGI RASUL
SHIDDIQ - BENAR KIZIB - DUSTA
AMANAH - DIPERCAYAI KHIANAT - TIDAK DIPECAYAI
TABLIGH - MENYAMPAIKAN KITMAN - MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN
FATHANAH - BIJAKSANA BALADAH - BODOH
SIFAT-SIFAT RASUL
PERCAYA KEPADA QIAMAT
FIRMAN ALLAH S.W.T ERTINYA:( AL-HAJI: 7 )
“Dan sesungguhnya hari Qiamat itu pasti akan berlaku dan tidak ada
keraguan padanya dan sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan
semua orang yang di dalam kubur”
FIRMAN ALLAH S.W.T ERTINYA:( AL-MUKMINUN:100 )
“Di hadapan mereka terdapat barzakh (dinding yang membatasi dengan
dunia) hingga hari mereka dibangkitkan”
FIRMAN ALLAH S.W.T ERTINYA:( YASSIN:49 )
“Mereka tidak menunggu, melainkan satu pekikan sahaja, yang akan
menghancurkan bumi ini yang akan membinasakan mereka, ketika
mereka sedang bertengkar.”
MENGHAYATI
AL-QURAN
• YA ALLAH YA TUHAN KAMI kasihanilah kami dengan
berkat AL-QURAN.
• Jadikanlah AL-QURAN sebagai pemimpin, cahaya,
petunjuk dan rahmat kepada kami.
• Ingatkanlah mana-mana yang kami lupa daripada AL-
QURAN.
• Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang isi
AL-QURAN.
• Kurniakan kami keupayaan untuk membaca AL-QURAN
pada siang dan malam hari.
• Jadikanlah AL-QURAN sebagai hujah untuk kami.
MENGHAYATI AL-QURAN
• AL-QURAN ialah kalam ALLAH yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W dan merupakan kitab suci/mukjizat Nabi.
• AL-QURAN mengandungi 30 juzuk
• AL-QURAN mengandungi 114 surah
• AL-QURAN mengandungi 6236 ayat
• AL-QURAN diturunkan pada 17 Ramadhan ( Nuzul AL-QURAN)
• Ayat yang pertama diturunkan ialah Surah AL-QALAM
• Surah yang paling panjang Surah Al-BAQARAH
• Surah yang paling paling pendek Surah AL-KAUTHAR
• AL-FATIHAH merupakan UMMU(IBU) AL-QURAN
APAKAH AL-QURAN
SURAH AL-
HUJURAT:AYAT 13
HIKMAT ALLAH
MENJADIKAN
BERBAGAI-BAGAI
BANGSA
SURAH AL-HUJURAT:AYAT 13
HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:
“Wahai manusia, sesungguhnya kami
menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya
orang yang paling mulia antara kamu di sisi
ALLAH S.W.T ialah orang yang paling bertakwa.
Sesungguhnya ALLAH MAHA mengetahui lagi
MAHA mengenali”
SURAH AL-HUJURAT:AYAT 13
HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA ( SAMBUNG…)
HURAIAN AYAT:
• Semua manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam A.S. dan Hawa,
Nabi Adam dijadikan daripada tanah, kemudian ALLAH S.W.T. meniupkan
Roh pada Jasad tersebut.
• ALLAH S.W.T menjadikan manusia berlainan keturunan, bangsa dan
warna kulit untuk bekerjasama bagi mewujudkan perpaduan dan
kesejahteraan di kalangan hamba-hamba Nya.
• Umat manusia dilarang berbangga dengan keturunan, bangsa, bahasa
dan warna kulit kerana perbuatan tersebut membawa kesan yang buruk.
• ALLAH S.W.T tidak memandang rupa paras, pangkat, harta dan keturunan
seseorang itu tetapi memandang hati dan amalan yang mereka lakukan.
SURAH
AL-AN’AM:AYAT 125
&
AL-BAQARAH:AYAT 257
ILMU PENYINAR HIDUP
MANUSIA
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125
ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA (SURAH
AL-AN’AM):
“Maka sesiapa yang dikehendaki ALLAH
S.W.T untuk memberi hidayat petunjuk
kepadanya, nescaya ALLAH melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima
ISLAM….”
SURAH : AL-BAQARAH:AYAT 257
ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA(AL-
BAQARAH):
“ALLAH S.W.T adalah pemimpin orang yang
beriman, mengeluarkan mereka daripada
kegelapan kepada cahaya keimanan dan
orang-orang kafir, pelindung mereka ialah
syaitan yang mengeluarkan mereka daripada
cahaya kepada kegelapan….”
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125 & AL-BAQARAH:AYAT 257
ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
HURAIAN AYAT:
• Hidayat ialah cahaya petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH
S.W.T kepada manusia pilihan-Nya bagi mencapai kebahagian
dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
• Ilmu adalah penyinar hidup. Ilmu wajib dituntut oleh setiap orang
Islam untuk meningkatkan keimanan kepada ALLAH S.W.T.
• Ilmu yang dituntut dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T akan
menjadikan seseorang itu lebih beriman dan bertakwa kepada
Tuhannya.
• Ilmu yang dituntut dengan berhajatkan nama atau pangkat akan
menjadikan seseorang itu bersifat mengikut HAWA NAFSU dan
mementingkan diri sendiri.
INFO
BULAN ISLAM
1 MUHARAM
2 SAFAR
3 RABIULAWAL
4 RABIULAKHIR
5 JAMADILAWAL
6 JAMADILAKHIR
7 REJAB
8 SYAABAN
9 RAMADHAN
10 SYAWAL
11 ZULKAEDAH
12 ZULHIJAH
FARDU AIN
RUKUN
ISLAM
DOA
DAN
SEBAGAI
NYA
JIHAD
ZIKIR
FARDU KIFAYAH
EKONOMI
POLITIK
DAN
SEBAGAI
NYA
PENTADBIRAN
SOSIAL
IBADAT
SAINS BARAT MODEN DAN PERTENTANGANNYA DENGAN ISLAM
Teori-teori
palsu
Teori-teori palsu yang sengaja
diajar sebagai satu kebenaran
kepada kaum intelek Yahudi
dan Goyim.
Seperti:
•Evolusi-Darwin
•Seks-S.Freud
•Sosial-K.Mark
•Riba-Kapitalis
Ideologi
Pragmatisme
Rakyat diperdaya Seperti:
•John Dewey
(1859-1952M)
Marxsis-
Sosialisme,
termasuk
komunis
Pergerakan revolusi dan
penganas sedunia akan
menyamar sebagai
penyelamat dunia.
Keluarga tidak perlu Untuk memusnahkan agama,
akhlak dan peranan keluarga
dihapuskan.
Seperti:
•Karl Marx
(1818-1883)
Konsep Eugenik
(Sains memperbaiki
bangsa/nasionalis)
Yang diperintah (Rakyat)
hanya dianggap makhluk
seperti haiwan, iaitu manusia
lembu ( Goyim ).
Seperti:
•Plato
(427-347
Sebelum masihi
)
Revolusi
Akhlak rakyat
runtuh
Menggalakkan revolusi dan
kekacauan (Tentangan)
HUKUM ISLAM WAJIB / FARDHU Ialah sesuatu yang mesti dikerjakan. Jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa. Contoh: sembahyang lima waktu. SUNAT Ialah sesuatu yang digalakkan oleh ugama supaya dikerjakan dan mendapat pahala jika dilakukan dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa. Contoh: Sembahyang Hari Raya. HARAM Ialah sesuatu yang mesti ditinggalkan, mendapat pahala sekiranya ditinggalkan dan disiksa sekiranya dilakukan. Contoh: mencuri / berzina.
HUKUM ISLAM
MAKRUH
Ialah sesuatu yang digalakkan oleh agama supaya ditinggalkan
serta mendapat pahala dan tidak disi sekiranya dilakukan.
Contoh: merokok.
HARUS
Ialah sesuatu yang boleh dikerjakan dan boleh juga ditinggalkan,
tidak mendapat apa apa ganjaran atau siksa sekiranya dilakukan
atau ditinggalkan.
Contoh makan / minum
HUKUM ISLAM
SAH
Ialah sesuatu yang dikerjakan dengan sempurna mengikut syarat
dan rukunnya yang tertentu. Seperti sembahyang.
BATAL
Ialah sesuatu yang dikerjakan dengan tidak mengikut syarat dan
rukunnya yang tertentu, seperti Puasa Ramadhan yang dikerjakan
dengan tidak berniat pada waktu malam.
iKLAN
www.RahsiaSaham.com
www.RahsiaSaham.com
TEKNIK SUNTING FOTO DSLR...
http://imranabduljabar.com/ebook-kompilasi-
teknik-photoshop?ap_id=studydslr
TEKNIK SUNTING FOTO DSLR
SEMI-D
SHAH ALAM 2
RM 680,000.00
NEGO
Tidak Jauh Dari
Uitm Puncak
Perdana
Uitm Puncak Alam
www.RahsiaSaham.com
KONDO BANDAR
PUTERI
PUCHONG.
BLOK B,
TINGKAT 2.
LUAS 900 SQ FT.
RM 365,000.00
NEGO
www.RahsiaSaham.com
Rumah Teres 1 Tingkat, Saujana Putra
Puchong, Lebuhraya Elite (Ke KLIA,
Putrajaya, Cyberjaya..).
RM 337,000.00 NEGO
www.RahsiaSaham.com
APARTEMENT
PUCHONG
PERMATA
BLOK H,
TINGKAT 6, 858
sq ft.
RM 135,000.00
www.RahsiaSaham.com
APARTMENT
TAMAN
PINGGIRAN
PUTRA,
DEKAT JUSCO
EQUIN DAN
PASAR BORONG.
BLOK 1, TINGKAT
6, 752 sq ft www.RahsiaSaham.com
H/P:013-3620874 ( SMS )
E-MAIL: [email protected]
FACEBOOK: www.facebook.com/hamdimutalib
www.RahsiaSaham.com
SURAH AL-
HUJURAT:AYAT 13
HIKMAT ALLAH
MENJADIKAN
BERBAGAI-BAGAI
BANGSA
SURAH AL-HUJURAT:AYAT 13
HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA:
“Wahai manusia, sesungguhnya kami
menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya
orang yang paling mulia antara kamu di sisi
ALLAH S.W.T ialah orang yang paling bertakwa.
Sesungguhnya ALLAH MAHA mengetahui lagi
MAHA mengenali”
SURAH AL-HUJURAT:AYAT 13
HIKMAT ALLAH MENJADIKAN BERBAGAI-BAGAI BANGSA ( SAMBUNG…)
HURAIAN AYAT:
• Semua manusia berasal daripada keturunan Nabi Adam A.S. dan Hawa,
Nabi Adam dijadikan daripada tanah, kemudian ALLAH S.W.T. meniupkan
Roh pada Jasad tersebut.
• ALLAH S.W.T menjadikan manusia berlainan keturunan, bangsa dan
warna kulit untuk bekerjasama bagi mewujudkan perpaduan dan
kesejahteraan di kalangan hamba-hamba Nya.
• Umat manusia dilarang berbangga dengan keturunan, bangsa, bahasa
dan warna kulit kerana perbuatan tersebut membawa kesan yang buruk.
• ALLAH S.W.T tidak memandang rupa paras, pangkat, harta dan keturunan
seseorang itu tetapi memandang hati dan amalan yang mereka lakukan.
SURAH
AL-AN’AM:AYAT 125
&
AL-BAQARAH:AYAT 257
ILMU PENYINAR HIDUP
MANUSIA
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125
ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA (SURAH
AL-AN’AM):
“Maka sesiapa yang dikehendaki ALLAH
S.W.T untuk memberi hidayat petunjuk
kepadanya, nescaya ALLAH melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima
ISLAM….”
SURAH : AL-BAQARAH:AYAT 257
ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
FIRMAN ALLAH MAKSUDNYA(AL-
BAQARAH):
“ALLAH S.W.T adalah pemimpin orang yang
beriman, mengeluarkan mereka daripada
kegelapan kepada cahaya keimanan dan
orang-orang kafir, pelindung mereka ialah
syaitan yang mengeluarkan mereka daripada
cahaya kepada kegelapan….”
SURAH AL-AN’AM:AYAT 125 & AL-BAQARAH:AYAT 257
ILMU PENYINAR HIDUP MANUSIA
HURAIAN AYAT:
• Hidayat ialah cahaya petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH
S.W.T kepada manusia pilihan-Nya bagi mencapai kebahagian
dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
• Ilmu adalah penyinar hidup. Ilmu wajib dituntut oleh setiap orang
Islam untuk meningkatkan keimanan kepada ALLAH S.W.T.
• Ilmu yang dituntut dengan ikhlas kerana ALLAH S.W.T akan
menjadikan seseorang itu lebih beriman dan bertakwa kepada
Tuhannya.
• Ilmu yang dituntut dengan berhajatkan nama atau pangkat akan
menjadikan seseorang itu bersifat mengikut HAWA NAFSU dan
mementingkan diri sendiri.