ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

19
ARTIKEL; Gaya Hidup Sihat Cegah Penyakit Cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang mengelakkan kita makan secara berlebihan hingga memudaratkan kesihatan. - Gambar hiasan. Apa yang anda bayangkan dengan angka 88888? Bagi masyarakat Cina, lapan menjadi angka membawa tuah kerana sebutannya dalam bahasa Cina, batt seakan sama dengan sebutan bertuah atau kekayaan, fatt.Kini formula lima angka lapan ini akan membawa tuah pada kesihatan jika anda amalkan secara berterusan. Kempen 88888 ini diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari awal tahun lalu. Menurut beliau, formula ini merupakan amalan gaya hidup yang dapat menghindari penyakit tidak berjangkit.Ia merangkumi makan sehingga 80 peratus kenyang, makan malam sebelum pukul 8 malam, minum lapan gelas air, tidur cukup lapan jam dan berjalan kaki 8,000 langkah sehari. Pengarah Perkhidmatan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Abu Hasan Samad memberitahu, orang ramai boleh mengubah 1

description

sains

Transcript of ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Page 1: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

ARTIKEL;

Gaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

 

Cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang mengelakkan kita makan secara berlebihan

hingga memudaratkan kesihatan. - Gambar hiasan.

Apa yang anda bayangkan dengan angka 88888? Bagi masyarakat Cina, lapan

menjadi angka membawa tuah kerana sebutannya dalam bahasa Cina, batt seakan sama

dengan sebutan bertuah atau kekayaan, fatt.Kini formula lima angka lapan ini akan

membawa tuah pada kesihatan jika anda amalkan secara berterusan.

Kempen 88888 ini diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai

pada Januari awal tahun lalu. Menurut beliau, formula ini merupakan amalan gaya hidup

yang dapat menghindari penyakit tidak berjangkit.Ia merangkumi makan sehingga 80

peratus kenyang, makan malam sebelum pukul 8 malam, minum lapan gelas air, tidur cukup

lapan jam dan berjalan kaki 8,000 langkah sehari.

Pengarah Perkhidmatan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Abu Hasan

Samad memberitahu, orang ramai boleh mengubah amalan pemakanan dan senaman

menerusi formula ' 88888 '."Jika kita lihat gaya hidup masyarakat dahulu dan sekarang

sangat berbeza. Dulu masyarakat tidak makan makanan segera sebaliknya makan sayur-

sayuran yang ditanam sendiri.Pada hari ini kita banyak menyambut majlis perayaan dengan

hidangan pelbagai makanan. Ini menyebabkan kita banyak makan tetapi kurang

menggunakan fizikal untuk mengeluarkan peluh. Sebab itulah, kementerian menyeru

masyarakat mengubah gaya hidup melalui makanan dan senaman dengan kaedah 88888,"

ujarnya.Tambah beliau, cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang menggalakkan kita

1

Page 2: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

merancang makanan. Jadi, kita akan makan apa yang perlu sahaja.Bahaya makan lewat

malam.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan makan sebelum pukul lapan malam.

"Seperti yang kita tahu, ada segelintir masyarakat yang enam kali makan sehari iaitu

sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, makan malam dan lewat malam.

Amalan makan tengah malam adalah bahaya.Ini kerana budaya makan lewat malam sudah

menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka

gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari,"

ujarnya.

Beliau menambah, ramai antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang

yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.

Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil

makanan berlebihan di waktu malam.Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar

kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan

terdedah kepada masalah kegemukan. "Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat

diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait

dengan kolestrol.Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu

malam. Kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.

Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal

membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.Ini kerana pergerakan

aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana

lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit

dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.

Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan

malam,minum air dan cukup tidur. Selain makanan, air juga penting untuk tubuh badan.

"Kita disarankan mengambil lapan gelas air bersamaan dua liter sehari. Jika kita

kurang minum air, badan akan menjadi kering. Ia juga menyebabkan kencing menjadi pekat

dan memberi kesan pada buah pinggang atau penyakit lain seperti batu karang," ujarnya.

Menurut Dr. Abu, tidur juga penting kerana ia merupakan masa rehat yang terbaik.

Namun, kebanyakan daripada kita pada hari ini tidur lewat iaitu selepas 12 tengah malam.

Akibatnya, kita hanya tidur empat hingga lima jam sahaja.Nasihatnya,golongan dewasa

perlu tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari."Sebab itulah, kita dinasihatkan makan

awal supaya kita boleh tidur dua jam selepas itu. Pukul 10 malam adalah waktu yang terbaik

untuk tidur dan kita boleh bangun seawal enam pagi.Bangun pada waktu pagi baik untuk

kecergasan dan kesegaran badan," katanya.Selain tidur, kita juga digalakkan melakukan

senaman.

2

Page 3: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Dr. Abu tidak menafikan kebanyakan orang pada hari ini sukar melakukan senaman

seperti berjoging atau ke gim.Jadi,dengan berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah

sehari, kita dapat membakar kalori."Masalahnya, ramai yang sering membeli alasan apabila

hendak berjalan kaki ke sesuatu tempat seperti panas dan penat.Bukan itu sahaja, anak-

anak di rumah tidak banyak melakukan pergerakan fizikal kerana mereka tertumpu pada

permainan video atau gajet. Tanpa melakukan senaman, badan menjadi lesu dan boleh

menggalakkan obesiti," ujarnya.

Justeru, kita digalakkan berjalan seperti menaiki tangga yang boleh kita lakukan di

pejabat dan lupakan fungsi lif untuk sementara waktu.Selain itu, Dr. Abu berharap, orang

ramai mengamalkan gaya hidup sihat lain seperti berhenti merokok.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

[email protected]

3

Page 4: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

ULASAN KRITIKAN ARTIKEL

Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa

impak positif kepada diri seseorang atau masyarakat.Gaya hidup sihat merupakan amalan

kehidupan yang membina,dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang

individu.Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalan menjaga tahap

kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti mengambil

makanan yang seimbang, mengamalkan aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi.

Melalui kempen 88888 yang diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow

Tiong Lai, yang mana dengan mengamalkan formula ini, ia dapat menghindarkan penyakit

tidak berjangkit. Formula ini merangkumi makan sehingga 80 peratus kenyang, makan

malam sebelum pukul 8 malam,minum 8 gelas air sehari, tidur cukup 8 jam dan berjalan kaki

8000 langkah sehari. Menurut Dr Abu Hasan Samad,amalan pemakanan dan senaman

seseorang individu perlu diubah kepada formula ‘88888’. Apa yang dapat dilihat gaya

pemakanan masyarakat sekarang boleh memudaratkan kesihatan seseorang individu.

Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang

bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan

segera.Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan

berlemak ataupun makanan yang mempunyai garam,gula atau perasa tambahan yang

tinggi.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan

yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan

mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu

banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta

mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan

cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan

diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

       Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah

pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya

seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan

lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah

pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat

perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah

terhantuk baru nak tengadah.

4

Page 5: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan

mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh

itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu,

sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum

hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan

menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk

seperti amalan budaya makan lewat malam yang mana sudah menjadi satu perkara biasa

bagi warga kota, sukar melakukan senaman seperti berjoging atau ke gim dan berhenti dari

amalan merokok.Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif

selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

    

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya

untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil

langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah

tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan

cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat

dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama

dipikul, yang ringan sama dijinjing.Oleh itu penjagaan kesihatan adalah satu nilai keutamaan

dalam kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

5

Page 6: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1

MINGGU FOKUS STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

CATATAN/EMK

1

2. Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial.

Pengurusan Mental dan Emosi.

2.1 Memahami perasaan.

Contoh Aktiviti: Murid bermain

kotak beracun dengan iringan murid.

Murid melakonkan memek muka.

2.1.1 Mempamerkan perasaanyang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu.

Pemerhatian / Lakonan / Lembaran Kerja

Cadangan EMK :TMK / Kreativiti dan InovasiModul: m/s 65.

2. Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial.

Pengurusan Mental dan Emosi.

2.1 Memahami perasaan.

Contoh Aktiviti: Murid mengambil

gambar daripada kotak misteri.

Murid melekatkan gambar mengikut kehendak dan keperluan.

2.1.2 Membezakan antara kehendak dan keperluan.

Bersoal Jawab / Perbincangan / Lembaran Kerja

Cadangan EMK :Kreativiti dan Inovasi

Modul: m/s 68.

2. Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial.

Pengurusan Mental dan Emosi.

2.2 Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi.

Contoh Aktiviti: Murid bercerita

pengalaman. Murid

melakonkan reaksi perasaan.

2.2.1 Menunjukkan cara meluahkan

perasaan yang sesuai mengikut situasi.

Bercerita / Lakonan / Lembaran Kerja

Cadangan EMK :Kreativiti dan Inovasi

Modul: m/s 73.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1

6

Page 7: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Mata Pelajaran             : Pendidikan Kesihatan

Standard Kandungan   : 2.1

Standard Pembelajaran : 2.1.1

Kemahiran                  : Pegurusan Mental dan Emosi

Tarikh                          :  10 April 2014

Masa                           :  7.40a.m – 8.10 a.m

Tahun                          : 1 Bijak

Bil. Murid                     : 28 orang

Pengalaman Sedia      ada murid                   : Murid pernah mengalami perasaan gembira,sedih,takut, marah dan malu melalui gambaran memek muka.

Hasil Pembelajaran     : Pada akhir P&P murid dapat

Psikomotor       : Murid boleh mempamerkan perasaan melalui memek muka.

Kognitif             : Membezakan setiap perasaan yang dialami melalui memek muka.                                           Afektif              : Merasakan pelbagai perasaan yang dialami melalui memek muka yang dihasilkan.

Penerapan nilai           : Tanggungjawab,kasih sayang, simpati. KBKK                          : Menjana idea (meneka perasaan berdasarkan memek muka).

Pengabungjalinan       : Mengenalpasti perubahan memek muka melalui pemerhatian-Sains.

BBM                            : kotak beracun,kad imbasan perkataan,pemain cd.

  

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

7

Page 8: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Masa

Setinduksi(5 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran :

Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira,sedih,takut,marah dan malu.

1. Guru membuat lakonan memek muka ‘sedih’ dihadapan kelas.

“Murid bertanyakan soalan;Mengapa cikgu sedih?

(guru bebas memberikan jawapan)

2. Guru memberitahu murid-murid bahawa mereka akan mempelajari memahami perasaan melalui memek muka.

Kaedah;

-lakonan

- Lisan

-soal jawab

Langkah 1Perkembangan(13 minit)

Mengenalpasti perasaan berdasarkan memek muka yang dibuat.

1. Murid bermain kotak beracun diiringi dengan muzik.

2. Apabila muzik dihentikan,murid yang memegang kotak beracun terpilih mempamerkan memek muka berdasarkan cabutan kad perkataan perasaan.

3. Murid-murid akan meneka perasaan berdasarkan memek muka yang ditunjukkan.

4. Aktiviti permainan kotak beracun akan dimainkan sebanyak 3kali dengan cara yang sama.

BBM:

-Kotak beracun-Radio dan CD muzik-kad perkataan perasaan

Nilai murni;-kerjasama-berani

Langkah 2

(7 minit)

Mempamerkan memek muka berdasarkan perasaan yang dinyatakan

1.Guru mempamerkan kad imbasan perkataan perasaan gembira,sedih, takut,marah dan malu satu persatu dihadapan kelas.

2. Secara spontan semua murid mempamerkan memek muka berdasarkan kad imbasan perkataan

BBM:

- Kad imbasan perkataan

8

Page 9: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

yang dipamerkan guru

3. Guru membantu murid dalam memudahkan aktiviti yang dijalankan.

Penutup

(5 minit)

Menguji kefahaman murid melalui latihan pengukuhan.

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

2. Lembaran kerja 1,murid mengisi tempat kosong dengan perkataan perasaan yang sesuai mengikut memek muka.

3. Lembaran kerja 2,murid melengkap-kan silang kata mengikut gambar.

4. Guru bersoaljawab dengan murid dan membuat rumusan pdp pada hari ini.

BBM:

-lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.

CD RAKAMAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

9

Page 10: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

LAPORAN REFLEKSI;

Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapat saya

melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam bentuk video pengajaran

10

Page 11: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

makro. Di sini saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-

pensyarah IPGK Raja Melewar yang terlibat secara langsung sebagai penilai kerja kursus

ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.

Ucapan terima kasih jua kepada guru-guru sekolah SK Dato Bandar Rasah yang banyak

membantu saya dari segi tenaga dan idea dalam proses pelaksanaan tugasan yang diberi.

Semoga segala usaha dilakukan diberkati Ilahi hendaknya.

Pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran,dalam langkah set induksi,saya

cuba menarik perhatian murid melalui kaedah lakonan yang saya lakukan.Melalui kaedah ini

saya berjaya menarik perhatian murid dimana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada

lakonan yang saya lakukan.Selepas itu murid bertanyakan soalan apa yang telah berlaku

kepada saya.Ini menunjukkan murid memberikan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran

yang sedang berlaku.Seterusnya dalam langkah perkembangan ,melalui kaedah main

sambil belajar murid seronok menjalankan aktiviti permainan kotak beracun walaupun

kedudukan tempat murid untuk menjalankan aktiviti tidak begitu kondusif, namun aktiviti

dapat dijalankan dengan sempurna dan murid-murid dapat memberikan kerjasama yang

baik.Namun begitu ada juga murid yang tidak berjaya melaksanakan aktiviti yang

diberi,contonya tidak dapat melakukan memek muka mengikut arahan yang dikehendaki.Ini

mungkin disebabkan perasaan malu yang ada pada murid untuk melakukan dihadapan

kelas. Pada langkah 2,

penggunaan kad imbasan perkataan sebagai bahan bantu pengajaran dapat menguji

pengetahuan dan mengenalpasti tindakan yang dilakukan secara spontan melalui aktiviti

memek muka.Apa yang dapat saya perhatikan,murid-murid telah dapat memahami pelbagai

perasaan melalui reaksi memek muka yang dilakukan mengikut panduan yang diberikan

oleh guru. Pada peringkat langkah penutup, dua aktiviti lembaran kerja yang diberikan

sebagai latihan pengukuhan dapat menguji kefahaman murid Lembaran kerja yang

berbentuk mengisi tempat kosong dan silang kata amat bersesuaian sebagai latihan

pengukuhan.

Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu

pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat

dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan

transformasi pendidikan masa kini.

11

Page 12: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Secara

keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari

itu tercapai dengan baik. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang

sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya

pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid

saya belajar dengan lebih ceria dan mantap. Proses pengajaran dan pembelajaran juga

berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh

saya,

Kesimpulan yang dapat dibuat,ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat

mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu

saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika

saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan

proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga

dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis

dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa cara pun yang paling penting

adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih

diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang

sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan

keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga

pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian terima kasih.

Pentaksiran Dalam Penilaian Pengajaran Pendidikan Kesihatan

            Setelah selesai pengajaran dan pembelajaran dijalankan,apa yang saya dapat

dirumuskan, bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu

12

Page 13: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi persembahan,

kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.

Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas

melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi  kaedah dan media

yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan tidak terlalu

sukar untuk murid melaksanakannya dan bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang

dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan semua

murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu

penerangan mengenai mempamerkan perasaan iaitu meluahkan pelbagai perasaan melalui

gambaran memek muka yang dilakukan oleh murid sebagai aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Dimana murid dapat mengenalpasti perasaan melalui memek muka yang

dilakukan secara individu. Melalui kajian yang dilakukani kelemahan – kelemahan tersebut

untuk penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesaan pada

masa akan datang. Saya juga akan berusaha untuk  mengubah kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersesuaian dengan murid saya.Sebagai tindakan

lanjutan, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya apa yang ingin

disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik lakonan ialah ia

dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan reaksi anggota badan

. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif  khasnya

apabila guru menanyakan soalan berlandaskan pengalaman. Penggunaan ayat-ayat yang

mudah untuk menggambarkan situasi tertentu dan memiliki kebolehan memanipulasi mimik 

muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

   Kaedah merupakan salah satu cara untuk mempelajari dan menguasai bahasa

dengan mudah. Penglibatan dalam kaedah permainan akan memberi peluang kepada murid

lemah ini untuk memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat

dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran

berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh

itu, saya yakin bahawa teknik permainan bahasa  akan dapat membantu murid – muird saya

untuk mempelajari teknik sebenar pengajaran, terutama dalam menceritakan  pengalamam

ataupun  isi pelajaran pengajaran hari ini.

RUJUKAN

1. Aminudin Yusof(2005),Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2

13

Page 14: ArtikelGaya Hidup Sihat Cegah Penyakit

, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

2.Mencontohi tabiat, cara makan Rasullullah. Dicapai pada 14 Mac2012

:http://www.bharian.com.my/articles/Mencontohitabiat_caramakanRasulullah/Artic le/ .

3.kesihatansemua.blogspot.com//…/gaya-hidup-sihat-gaya

4.http://www.ipislam.edu.my/gaya hidup sihat cegah penyakit

14