Artikel Rohingya

21
KEHIDUPAN PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA Pengenalan Pelarian lazimnya dikaitkan dengan konflik yang berlaku dalam kehidupan mereka seperti pencabulan hak asasi manusia, penganiayaan dan perang saudara yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Mangsa daripada konflik ini terpaksa membuat keputusan untuk melarikan diri dari negara asal demi keselamatan diri dan juga keluarga. Kadang kala pergerakan ini bersifat sementara sahaja kerana apabila konflik yang berlaku di negara asal telah reda, mereka boleh pulang kembali disebabkan keadaan di sana tidak lagi berada dalam keadaan yang membahayakan. Namun begitu, yang menjadi masalah bagi golongan pelarian ini adalah apabila konflik yang berlaku di negara asal masih tidak reda sedangkan ia telah berlaku sejak sekian lama. Keadaan yang tidak menjaminkan keselamatan itu menyebabkan mereka tidak dapat pulang dan ini akan memberi kesan terhadap kehidupan pelarian dari segi mental serta persekitaran kehidupan mereka. Hal ini kerana mereka berkemungkinan tidak mahu pulang lagi ke negara asal disebabkan beberapa faktor seperti telah terputus hubungan dengan keluarga asal di sana, lahir di negara yang menjadi destinasi mereka dan telah menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru kerana sudah terbiasa dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Di samping itu, mereka telah menemui sebuah kehidupan yang lebih baik di negara baru berbanding kehidupan di negara asal yang begitu daif dan susah dan ini juga menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke negara asal. Konsep Pelarian Individu atau golongan yang menjadi pelarian disebabkan berlakunya masalah di dalam negara seperti konflik atau berlakunya bencana alam. Mereka menjadi pelarian dan lari ke kawasan baru atau negara asing dengan harapan menemui sebuah kehidupan yang lebih baik dan selamat. Tetapi, tidak selalu matlamat yang diharapkan menjadi kenyataan dalam hidup mereka. Hal ini kerana lazimnya golongan pelarian masih berada dalam kesusahan walaupun berada di negara asing dan ini menyebabkan kehidupan mereka akan terus menerus berada dalam kepayahan dan penderitaan 1 . Sebelum memulakan perbincangan mengenai masalah pelarian di Malaysia, takrifan dan definisi mengenai pelarian haruslah difahami terlebih dahulu supaya golongan ini dapat dikenalpasti dari segi faktor-faktor yang menyebabkan mereka digelar pelarian serta perbezaan mereka dengan golongan imigran atau pendatang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) 2 memberi takrifan bahawa golongan yang boleh dianggap sebagai pelarian adalah seseorang individu atau kumpulan yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka. Ini merujuk kepada keadaan seperti 1 Howard, A. From Refugees to Forced Migration: The UNHCR and Human Security. Centre for Migration Studies of New York, York University. 2001. 2 UNHCR telah ditubuhkan pada 14 Disember 1950 semasa Perhimpunan Agung PBB. Ia diberi mandat untuk membantu dan menyelaras tindakan antarabangsa dalam melindungi pelarian serta menyelesaikan masalah mereka. Ia juga menggunakan mandat dari Konvensyen Pelarian di Geneva pada tahun 1951 dan memastikan bahawa pelarian di seluruh dunia mendapat pembelaan yang betul.

description

artikel rohingya

Transcript of Artikel Rohingya

KEHIDUPAN PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA

PengenalanPelarian lazimnya dikaitkan dengan konflik yang berlaku dalam kehidupan mereka seperti pencabulan hak asasi manusia, penganiayaan dan perang saudara yang dilakukan oleh pihak pemerintah. Mangsa daripada konflik ini terpaksa membuat keputusan untuk melarikan diri dari negara asal demi keselamatan diri dan juga keluarga. Kadang kala pergerakan ini bersifat sementara sahaja kerana apabila konflik yang berlaku di negara asal telah reda, mereka boleh pulang kembali disebabkan keadaan di sana tidak lagi berada dalam keadaan yang membahayakan. Namun begitu, yang menjadi masalah bagi golongan pelarian ini adalah apabila konflik yang berlaku di negara asal masih tidak reda sedangkan ia telah berlaku sejak sekian lama. Keadaan yang tidak menjaminkan keselamatan itu menyebabkan mereka tidak dapat pulang dan ini akan memberi kesan terhadap kehidupan pelarian dari segi mental serta persekitaran kehidupan mereka. Hal ini kerana mereka berkemungkinan tidak mahu pulang lagi ke negara asal disebabkan beberapa faktor seperti telah terputus hubungan dengan keluarga asal di sana, lahir di negara yang menjadi destinasi mereka dan telah menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru kerana sudah terbiasa dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan. Di samping itu, mereka telah menemui sebuah kehidupan yang lebih baik di negara baru berbanding kehidupan di negara asal yang begitu daif dan susah dan ini juga menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke negara asal.

Konsep PelarianIndividu atau golongan yang menjadi pelarian disebabkan berlakunya masalah di dalam negara seperti konflik atau berlakunya bencana alam. Mereka menjadi pelarian dan lari ke kawasan baru atau negara asing dengan harapan menemui sebuah kehidupan yang lebih baik dan selamat. Tetapi, tidak selalu matlamat yang diharapkan menjadi kenyataan dalam hidup mereka. Hal ini kerana lazimnya golongan pelarian masih berada dalam kesusahan walaupun berada di negara asing dan ini menyebabkan kehidupan mereka akan terus menerus berada dalam kepayahan dan penderitaan[footnoteRef:1]. Sebelum memulakan perbincangan mengenai masalah pelarian di Malaysia, takrifan dan definisi mengenai pelarian haruslah difahami terlebih dahulu supaya golongan ini dapat dikenalpasti dari segi faktor-faktor yang menyebabkan mereka digelar pelarian serta perbezaan mereka dengan golongan imigran atau pendatang. [1: Howard, A. From Refugees to Forced Migration: The UNHCR and Human Security. Centre for Migration Studies of New York, York University. 2001.]

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui United Nations High Commission for Refugees (UNHCR)[footnoteRef:2] memberi takrifan bahawa golongan yang boleh dianggap sebagai pelarian adalah seseorang individu atau kumpulan yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka. Ini merujuk kepada keadaan seperti kemiskinan dan kepayahan hidup kesan daripada pencabulan hak asasi manusia, konflik dengan pemerintah dan perang saudara yang berlaku dalam negara mereka. Oleh itu UNHCR hanya mengiktiraf golongan yang terpaksa lari akibat kepayahan hidup ini layak diberi taraf pelarian dan perlu diberikan perlindungan berbanding golongan imigran yang bersifat ekonomi semata-mata[footnoteRef:3]. [2: UNHCR telah ditubuhkan pada 14 Disember 1950 semasa Perhimpunan Agung PBB. Ia diberi mandat untuk membantu dan menyelaras tindakan antarabangsa dalam melindungi pelarian serta menyelesaikan masalah mereka. Ia juga menggunakan mandat dari Konvensyen Pelarian di Geneva pada tahun 1951 dan memastikan bahawa pelarian di seluruh dunia mendapat pembelaan yang betul.] [3: ________ (2003). The 1951 Refugees Convention: Question and answers, Geneva: UNHCR Media Relations and Public Information Service]

Artikel 1 dalam Konvensyen 1951 berkaitan Orang Pelarian dan Protokol 1967 memberi definisi mengenai pelarian di mana pelarian merupakan individu atau sesebuah kumpuan yang berada di luar negara kerakyatannya atas sebab-sebab yang munasabah, berasa takut jika dianiaya oleh pihak berkuasa atas alasan-alasan seperti perkauman, keagamaan, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah kumpulan sosial atau parti politik dan kerana rasa ketakutan yang sedemikian, dia tidak boleh atau tidak mahu untuk mendapatkan perlindungan dari negara asalnya itu.[footnoteRef:4] [4: http://www.unhcr.se/SE/Protect_refugees/pdf/magazine.pdf. Diakses pada 27/8/10.]

Selain Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 yang mendefinisikan terma pelarian secara umum dan luas, terdapat beberapa organisasi lain yang memberikan terma pelarian yang lebih berfokus berdasarkan situasi di dalam sesebuah wilayah yang dilanda masalah pelarian iaitu oleh Organization for African Unity Convention (OAU) atau Organisasi Perpaduan bagi Masyarakat Afrika pada tahun 1969 dan juga Deklarasi Cartagena 1984 yang diadakan di Amerika Latin.

Menurut OAU, seseorang hendaklah dianggap sebagai pelarian jika dirinya berada dalam keadaan yang telah dinyatakan di atas walaupun tidak mengalami perasaan takut kesan daripada penganiayaan. Definisi-definisi ini adalah berdasarkan prinsip di mana perlunya perlindungan antarabangsa akibat sesebuah negara gagal melunaskan prinsip perlindungan sama ada enggan atau tidak mampu menyediakan perlindungan bagi rakyatnya akibat berlaku peperangan saudara atau pencerobohan kuasa asing. Manakala Deklarasi Cartagena 1984 adalah untuk memanjangkan lagi definisi pelarian dalam Konvensyen 1951 serta ia merupakan dokumen pertama yang diguna pakai di Amerika Latin bagi merujuk kes kehadiran pelarian yang ramai. Walau bagaimanapun, di Asia pula terdapat pula Bangkok Principles yang telah dimeterai di bawah Asian-African Legal Consulative Organization (AALCO) pada tahun 1966 dan disemak semula pada tahun 2001. Ini bertujuan memberikan definisi yang lebih berfokus kepada masalah pelarian yang melanda Asia dan Afrika dalam konsep yang lebih luas. Ia juga boleh dianggap sebagai tambahan kepada Konvensyen 1951, OAU dan Deklarasi Cartagena dan hujahan tambahan mengenai pelaraian adalaha person who have a well founded fear of persecution due to colour, ethnic origin and gender[footnoteRef:5]. [5: Asian-African Legal Consulative Organization (AALCO). Final Text of the AALCOs 1966 Bangkok Principles on Status and Treament of Refugees Disemak pada 24 Jun 2001 di AALCO 40, New Delhi, Artikel III (perenggan 3).]

Hujahan di atas jelas menunjukkan bahawa ia ditambah mengenai aspek ketakutan akibat daripada warna kulit, etnik asal dan jantina yang menyebabkan mereka dianiaya dan ini menyebabkan mereka terpaksa melarikan untuk menyelamatkan diri. Kesemua konvensyen dan deklarasi antarabangsa di atas menunjukkan bahawa mereka yang terpaksa lari ke luar adalah bukannya dari kemahuan mereka sendiri sebaliknya dipengaruhi faktor-faktor luaran seperti perang, bencana alam, kekejaman pemerintah, diskriminasi dan sebagainya yang mempengaruhi mereka bertindak sedemikian.

Melalui lensa akademik, Bahrin dan Rachangan[footnoteRef:6] melihat pelarian merupakan isu politik kerana pergerakan mereka adalah melibatkan perjalanan sempadan politik sesebuah negara dan kadang-kala pergerakan mereka melebihi satu negara. Lazimnya mereka bergerak dalam keadaan yang sesak dengan jumlah yang banyak[footnoteRef:7]. Shoesmith mentakrifkan pelarian sebagai people who are involuntary and fairly abruptly obliged to quit their homes and seek asylum from economic and environmental as well as political calamities[footnoteRef:8]. Faktor-faktor yang memaksa mereka untuk melarikan diri bukan sahaja daripada isu ekonomi dan persekitaran, bahkan faktor utama yang menyumbang kepada terjadinya pelarian ini adalah disebabkan asal-usul situasi konflik yang berlaku itu sendiri[footnoteRef:9]. [6: Bahrin dan Rachangan merupakan staf akademik dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mereka merupakan penyelidik akademik tempatan terawal yang memberi fokus terhadap kajian mengenai pelarian di Malaysia dari perspektif dasar dan undang-undang. Hasil kajian dan penulisan mereka menjadi perintis kepada golongan akademik lain yang mahu melakukan kajian dalam bidang pelarian di Malaysia.] [7: Azizah, K. & Ubong, I. 2005, op.cit,] [8: Dennis, S. Refugees and Regional Politics: The Dynamics of Refugees Flows in Mainland Southeast. UK. 2000. Asia. http://www.ntu.edu.au/faculties/Iba/schools/Law?apl/Retreating/shoesmith.htm] [9: _________ (2003). The 1951 Refugee Convention: Question and answers, Geneva: UNHCR Media Relations and Public Information Service]

Dari segi pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia, walaupun kerajaan tidak memberikan pengiktirafan kepada golongan pelarian yang lari ke sini, namun atas prinsip kemanusiaan dan belas ihsan, Kerajaan Persekutuan di bawah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP)[footnoteRef:10] mempunyai takrifan yang tersendiri mengenai pelarian khusus untuk pelarian yang lari ke Sabah iaitu pelarian Filipina. Oleh yang demikian, PPKP akan membantu mana-mana golongan pelarian Islam Filipina yang lari Sabah atas sebab berlakunya kekacauan dan peperangan yang berlaku di Selatan Filipina bermula dari tahun 1972 hingga tahun 1984. Kerajaan negeri di bawah agensi Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri (UPJKM)[footnoteRef:11] memberikan takrifan terhadap golongan pelarian di Sabah iaitu: [10: PPKP akan dibincangkan dengan terperinci di bab 4.] [11: UPJKM akan dibincangkan dengan terperinci di bab 4.]

a.Masuk ke Sabah antara tahun 1970 hingga 1984b.Berasal daripada Region 9, iaitu Kepulauan Selatan Republik Filipina.c.Terlibat secara langsung di dalam konflik yang berlaku di tempat berkenaan.d.Beragama Islame.Berhasrat untuk tinggal tetap di Sabahf.Orang Teranjak (kriteria bagi orang teranjak adalah serupa dengan orang pelarian kecuali bagi mereka yang tidak beragama Islam)[footnoteRef:12] [12: Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah.]

Melalui definisi-definisi di atas dapat difahami bahawa golongan pelarian yang lari ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan dan menyelamatkan nyawa bukanlah bersifat suka-suka semata-mata tetapi di sebabkan berlakunya suatu keadaan yang memaksa mereka lari menyelamatkan diri dan jika mereka masih berada di tempat asal, berkemungkinan nyawa mereka menghadapi ancaman. Golongan yang menjadi pelarian tidak pernah berniat untuk menjadi pelarian tetapi disebabkan keadaan dan persekitaran yang memaksa mereka lari keluar untuk mencari kehidupan yang baru serta tempat untuk berlindung. Hal ini tidak terkecuali bagi pelarian yang lari ke Malaysia. Seterusnya akan dibincangkan mengenai istilah dalam konsep pelarian seperti pencari suaka serta Internally Displaced Person (IDP).

Kajian Kes: Pelarian RohingyaBurma dan wilayahnyaMengapa pelarian Rohingya berbeza dengan kebanyakkan etnik di Myanmar dari segi budaya, rupa, warna kulit mahupun agama? Mengapa juga pelarian Rohingya ini mempunyai raut wajah seakan-akan warga asing dari India, Bangladesh atau Pakistan? Perkara ini akan dibincangkan dengan mengenal pasti asal-usul etnik ini. Walau bagaimanapun, perbincangan dalam kajian ini akan dimulakan dengan membicarakan mengenai sejarah negara Burma atau Myanmar secara umum sebelum memfokus kepada pelarian Rohingya yang berasal dari sana. Negara Burma dahulu tidak seperti Burma yang wujud pada hari ini kerana ia berbeza dari segi kedudukan geografi dan entografinya. Kerajaan yang pertama yang dipercayai wujud adalah kerajaan Pagan (10441287)[footnoteRef:13] dan selepas itu muncul pula kerajaan-kerajaan beraja yang kecil (1287-1531)[footnoteRef:14] yang menjalankan pemerintahan di kawasan masing-masing. Kemudian (1531-1752)[footnoteRef:15] muncul kerajaan atau Wangsa Taungoo yang bermula dari sebuah perkampungan kecil kepada sebuah kerajaan yang hampir menguasai keseluruhan Burma. Selepas jatuhnya Wangsa Taungoo, wujud pula Wangsa Konbaung (1752-1885)[footnoteRef:16] yang berjaya menyatukan Burma di bawah satu wangsa selepas berjaya mengalahkan Kerajaan Mon di Pegu. Hasilnya, kawasan taklukan Wangsa Konbaung adalah kesinambungan kerajaan Burma yang ada pada hari ini[footnoteRef:17]. [13: Abu, T. A. Sejarah Myanmar. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2000, hlm. 34.] [14: Ibid,. Hlm. 38.] [15: Ibid,. Hlm. 45 & 100.] [16: Ibid,. Hlm. 108.] [17: Ibid,. Hlm. 109.]

Pada tahun 1824 hingga 1886[footnoteRef:18], selepas tiga kali berperang Burma terpaksa menyerahkan kekuasaanya pada penjajah British. 1 Januari 1886, secara rasminya Burma menjadi sebahagian empayar British-India[footnoteRef:19]. Pada awal tahun 1942 hingga Mei 1945, Burma ditakluk oleh Jepun. Selepas tentera Jepun berundur dari Burma, British kembali menguasai bekas tanah jajahannya itu sekali lagi walaupun mendapat tentangan nasionalis tempatan ketika itu[footnoteRef:20]. Pada 4 Januari 1948, Burma secara rasminya menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat[footnoteRef:21]. Burma kini diperintah oleh anak tempatan bernama U Nu yang mengamalkan dasar kerajaan awam yang liberal[footnoteRef:22]. Namun pada 2 Mac 1962, Jeneral Ne Win telah melancarkan gerakan merampas kuasa dan mewujudkan sebuah kerajaan sosialis yang bersifat kuku besi atau autoritarian. [18: Ibid,. Hlm. 199.] [19: Ibid,. ] [20: Ibid,.] [21: Ibid,. Hlm. 315.] [22: U Nu adalah seorang tokoh nasionalis dan tokoh politik yang terkemuka di Burma abad ke-20. Beliau adalah Perdana Menteri pertama Burma di bawah peruntukan-peruntukan Perlembagaan 1947 Kesatuan Myanmar, mulai 4 Januari 1948 hingga 12 Jun 1956, sekali lagi dari 28 Februari 1957 hingga 28 Oktober 1958, dan akhirnya dari 4 April 1960 hingga 2 Mac 1962 sebelum kuasa pemerintahannya dirampas junta tentera. Meninggal dunia pada 14 Februari 1995 di Yangon ketika berumur 87 tahun.]

Negara Burma terdiri daripada tujuh negeri kecil bersempena dengan nama tujuh etnik minoriti iaitu Shan, Chin, Kachin, Mon, Arakan atau Rakhine, Kayah dan Kayin serta tujuh wilayah yang majoritinya didiami oleh etnik Bamar yang merupakan etnik majoriti di Burma. Jadual di bawah menunjukkan kedudukan negeri-negeri kecil dan wilayah-wilayah di Burma[footnoteRef:23]: [23: Martin, S. Burma: Insurgency and the Politics of Ethnicity. Dhaka University Press. 1999.]

Kedatangan IslamMajoriti etnik Rohingya tinggal di bahagian utara negeri Arakan atau Rakhine yang terletak di Barat Burma[footnoteRef:24]. Negeri ini juga bersempadan dengan negara Bangladesh. Berdasarkan sejarah, etnik Rohingya adalah beragama Islam disebabkan berlakunya aktiviti migrasi seperti perdagangan oleh sejak abad ke 9 oleh pedagang Arab yang membawa agama Islam[footnoteRef:25] ke Arakan[footnoteRef:26]. Rohingya merupakan susur galur daripada percampuran penduduk tempatan menerusi perkahwinan dengan penduduk Muslim dari Afghanistan, Parsi, Turki, Semenanjung Arab dan Bengal[footnoteRef:27]. Bahasa yang dipertuturkan dinamakan Bahasa Rohingya yang mempunyai persamaan dengan Bahasa Bengali yang digunakan oleh penduduk di Chittagong, sebuah wilayah di Bangladesh. Walau bagaimanapun bahasa ini adalah campuran daripada pelbagai bahasa seperti Bahasa Urdu, Hindi, Arab dan Bahasa Bamar yang dipertuturkan oleh masyarakat Myanmar majoritinya[footnoteRef:28], manakala bentuk tulisannya adalah terdiri daripada huruf-huruf dalam Bahasa Arab yang sama seperti masyarakat Melayu suatu ketika dahulu sebelum wujudnya tulisan rumi[footnoteRef:29]. Mengikut sejarah, pada mulanya Rakhine merupakan suatu wilayah diperintah berasingan dengan wilayah dan negeri lain di Myanmar serta merupakan sebuah negara yang berdaulat. Sehingga pertengahan abad ke- 17, Rakhine dipengaruhi oleh perkembangan politik di benua kecil India. Kesan daripada jatuh naiknya kuasa Maharaja Mughal di Delhi, Rakhine berjaya mendapatkan Chittagong dan kawasan sekitarnya menjadi sebahagian daripada negara Rakhine[footnoteRef:30]. Tetapi disebabkan berlakunya pergolakan dalaman dalam kerajaan ini menyebabkan Rakhine telah jatuh ke tangan Raja Bodawpaya, Raja Myanmar ketika itu lalu menjadikan negara ini sebahagian daripada wilayah di Myanmar pada tahun 1784[footnoteRef:31]. [24: Arakan merupakan nama lama bagi negeri itu. Tetapi semenjak tahun 1989, ianya telah ditukarkan kepada Rakhine oleh kerajaan junta. Begitu juga dengan nama Burma telah ditukarkan kepada Myanmar pada tahun yang sama dan selepas ini segala perbincangan dalam kajian ini akan menggunakan nama terbaru bagi negeri Rakhine dan negara Myanmar.] [25: Walaupun kajian Abu Talib Ahmad, seorang Profesor Sejarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia mengatakan Islam sudah wujud sekitar abad ke-9 lagi di Arakan atau Rakhine, namun beliau juga mengatakan bahawa pada tahun 1430, Narameikhla iaitu seorang raja Arakan ketika itu telah berjaya meminta bantuan pahlawan-pahlawan Islam berkemungkinan dari Benggala untuk menentang pencerobohan ke atas negaranya. Melalui kemasukan mereka ke Arakan maka bermulalah pengaruh politik Islam di sana. Raja Narameikhla telah membina sebuah masjid di Mrauk-U (Mrohaung) yang merupakan sebuah bandar lama dan kaya dengan legenda serta peninggalan sejarah. Mrauk-U juga dikenali sebagai pusat pemerintahan Raja Narameikhla yang terletak di kawasan tanah pamah antara Sungai Lemro dan Sungai Kaladan. Bandar terus menjadi kebanggaan bangsa Arakan sehingga abad ke-18.] [26: Abu, T. A. 2000. op.cit,] [27: Sebelum ini penduduk Arakan bukan beragama Islam. Namun disebabkan kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang berlabuh di pelabuhan Arakan sebelum ke Negara China menyebabkan Islam berkembang di Arakan. Kini di Arakan terdapat dua golongan yang menjadi majoriti di sana iaitu etnik Islam Rohingya dan etnik Buddha Arakan serta terdapat kelompok minoriti lain yang mengamalkan agama masing-masing seperti Hindu, Kristian dan Animisme.] [28: Martin Smith, The Muslim Rohingyas of Burma, kertas kerja yang dibentangkan di Conference of Burma Centrum Nederland, Amsterdam, 11 Disember 1995.] [29: Dapatan kajian penyelidik semasa berkunjung ke Markas Rohingya Society in Malaysia (RSM) Cawangan Pulau Pinang pada 8 Julai 2011.] [30: Abu, T. A. 2000. op.cit, hlm. 115.] [31: Abu, T. A. 2000. op.cit, hlm. 116-121.]

Penganiayaan PemerintahSemasa era penjajahan British (1824-1948), telah berlaku aktiviti migrasi secara besar-besaran di mana British telah membawa masuk ramai buruh asing dari China dan India, tidak ketinggalan juga masyarakat di wilayah Chittagong, Bangladesh yang majoritinya beragama Islam ke Rakhine disebabkan kedudukan geografinya yang hampir dengan Rakhine serta peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak British. Kesannya jumlah populasi ketika itu dianggarkan kira-kira tiga juta orang. Di antara itu kira-kira 700,000 hingga 1.5 juta adalah orang Rohingya, selebihnya adalah populasi yang dipelopori oleh Buddha Rakhine yang berpopulasi besar[footnoteRef:32], Islam Rakhine[footnoteRef:33] dan etnik minoriti yang lain seperti Mro, Daignet, Kamein, Thet dan Chin. Kira-kira 800,000 atau 80% orang Rohingya tinggal di bandar-bandar Utara Rakhine seperti Maungdaw, Daignet dan Rethadaung[footnoteRef:34]. [32: Orang Rakhine dipercayai campuran daripada peribumi tempatan beragama Hindu dan Orang Mongol telah menetap di Rakhine pada permulaan sejarah lagi. Kini mereka beragama Buddha dan berbahasa menggunakan dialet Burma. Mereka merupakan etnik terbesar di Rakhine.] [33: Islam Rakhine bukannya terdiri daripada etnik Rohingya cuma mereka mempunyai persamaan dari segi agama sahaja. Mereka juga digelar sebagai Orang Islam Arakan dan populasi mereka kecil sahaja jika dibandingkan dengan Islam Rohingya dan Buddha Rakhine.] [34: Amnesty, I. Myanmar, The Rohingya Minority: Fundamental Rights Denied. Amnesty International. UK. 2004, hlm. 3.]

Orang Rohingya menjadi pelarian adalah disebabkan faktor perlembagaan yang sering dipinda dan faktor pemerintahan yang selalu bertukar ganti. Bermula dengan Akta Warga Asing 1864 sehingga Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 yang terkini, Myanmar tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas bagi orang Rohingya yang berada dalam situasi Keadaan Tidak Berkerakyatan (KTB)[footnoteRef:35]. Akta Kewarganegaraan Kesatuan 1948[footnoteRef:36] yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk menjadi sebahagian warganegara Myanmar dengan mudah. Walau bagaimanapun, dalam akta ini terdapat sedikit ruang yang memungkinkan orang Rohingya menjadi warganegara Myanmar di bawah pemerintahan British ketika itu[footnoteRef:37]. [35: Undang-undang mengenai kewarganegaraan dan warga asing telah lama dikaji dan digubal dari semasa ke semasa semenjak British menjajah Myanmar, namun sehingga ke hari ini tiada satu peruntukan undang-udang yang mampu membela nasib orang Rohingya di sana. Oleh yang demikian, wajarlah dikatakan bahawa orang Rohingya di Myanmar berada dalam situasi KTB.] [36: Elemen-elemen yang terdapat dalam akta ini kini tidak lagi diguna pakai kerana ia bertentangan dengan Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982.] [37: Berdasarkan Perlembagaan Myanmar 1947, orang Rohingya mempunyai kemungkinan boleh menjadi warganegara Myanmar di bawah Seksyen 11(iv) yang mengatakan person who was born in any of the territories which at the time of his birth was included within His Britannic Majestys dominions and who has resided in any of the territories included in the Union for a period of not less than eight years in the ten years immediately preceding the 1st January 1942 and who intends to reside permanentely therein.]

Semenjak Myanmar diperintah oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962, ia boleh dikatakan bermulanya bibit penafian secara keras mengenai kewarganegaraan orang Rohingya di Myanmar. Ketika Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win sebagai ketua rejim, orang Rohingya dilabelkan sebagai PATI kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah British suatu ketika dahulu walaupun rekod sejarah mengatakan orang Rohingya telah menetap di Arakan seawal tahun 1430 di bawah pemerintahan Raja Arakan ketika itu iaitu Narameikhla yang mempunyai kira-kira 30,000 orang tentera Muslim[footnoteRef:38] [38: Xenophobia: a brief analysis By Dr. Habib Siddiqui http://www.rohingya.org/index.php?option=com_content&task=view&id=184&Itemid=70. Tarikh diakses 8/9/11.]

Kemuncaknya pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan junta Myanmar dan Akta Immigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai PATI[footnoteRef:39]. Justeru kesan daripada undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh suatu operasi besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun 1977[footnoteRef:40]. Operasi yang dianggap kejam ini telah memaksa orang Rohingya menjadi pelarian dan mereka secara beramai-ramai telah lari meninggalkan kampung halaman ke tempat yang difikirkan selamat dan dekat. Dianggarkan kira-kira seramai 200,000 orang Rohingya telah lari beramai-ramai ke Bangladesh pada tahun 1978[footnoteRef:41]. Setelah berada di sana selama 16 bulan, kebanyakkan orang Rohingya dipaksa pulang semula ke tempat asal mereka di Myanmar kesan daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar. Dalam tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang mati yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit. [39: Mdecins, S. F. 10 Years for the Rohingya Refugees In Bangladesh: Past, Present and Future. Mdecins Sans Frontires Press, Holland. 2002, hlm. 10.] [40: Operasi Naga Min adalah gerakan besar-besaran yang dilakukan oleh junta Myanamr untuk mendaftarkan sekali kewarganegaraan masyarakat di Myanmar. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menahan dan mendakwa mana-mana golongan yang dianggap sebagai PATI. Gerakan ini telah dikatakan mencabul hak asasi manusia kerana dilaporkan banyak kejadian seperti diskriminasi agama, masjid dimusnahkan, seksaan, rogol dan pembunuhan ke atas masyarakat Myanmar ketika itu.] [41: Bangladesh menjadi destinasi orang Rohingya kerana disebabkan faktor geografinya yang dekat dan bersempadan dengan negeri Rakhine.]

Walau bagaimanapun, gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh seramai 250,000 orang telah berlaku sekitar pertengahan tahun 1991 hingga awal 1992 disebabkan berlakunya pencabulan hak asasi manusia ke atas mereka di samping undang-undang Myanmar yang menjadikan mereka pendatang haram di bumi sendiri yang menyebabkan mereka dalam situasi KTB. Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982 yang digubal dikatakan telah mengugat asas-asas dalam prinsip undang-undang antarabangsa yang menjadikan sesebuah bangsa berada dalam situasi KTB. Undang-undang yang bersifat diskriminasi ini juga memaksa orang Rohingya mengemukakan bukti yang mereka telah menduduki Rakhine sebelum tahun 1823 lagi. Rejim junta yang menggunakan gelaran The State Peace and Development Council (SPDC)[footnoteRef:42] telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu etnik dalam masyarakat Myanmar berlandaskan kenyataan seperti berikut: [42: The State Peace and Development Council (SPDC) adalah nama rasmi bagi kerajaan junta Myanmar yang merampas kuasa sekali lagi pada tahun 1988. Pada mulanya iaitu pada tahun 1988 hingga 1997 kerajaan junta telah mengguna pakai The State Law and Order Restoration Council (SLORC) yang menggantikan peranan Burma Socialist Programme Party (BSPP). Namun pada tahun 2011, pemerintah SPDC iaitu Senior Jeneral Than Shwe telah membubarkan Majlis SPDC. ]

In actual fact, although there are (135) national races living in Myanmar today, the so-called Rohingya people is not one of them. Historically, there has never been a Rohingya race in Myanmar. The very name Rohingya is a creation of a group of insurgents in the Rakhine State. Since the First Anglo-Myanmar War in 1824, people of Muslim Faith form the adjacent country illegally entered Myanmar Ngain-Ngan, particularly Rakhine State. Being illegal immigrants they do not hold immigration papers like other national of the country.[footnoteRef:43] [43: Kenyataan akhbar daripada Kementerian Luar Negeri, Kesatuan Myanmar pada 26 Februari 1992. Lihat juga: Political Situation of Myanmar and its Role in the Region, Kol. Hla Min. Pejabat Penyelidikan Strategik, Kementerian Pertahanan Kesatuan Myanmar, Februari 2001. Hlm. 95-99]

SPDC juga telah memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Hak ke atas Kanak-kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada April 2004 berkaitan isu kewargangeraan orang Rohingya:

The Governments renders full of equal treatment to these people, as with other races, in matters relating birth and death registration, education, health and social affairs. In the official records, they listed as Bengali racial group of the Bengali race and are recognized as permenant residents within Myanmar.[footnoteRef:44] [44: Soalan ini diajukan oleh Jawatankuasa Hak ke atas Kanak-kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada SPDC adalah kerana Myanmar merupakan anggota dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan jawapan ini telah di hantar kepada jawatankuasa tersebut pada April 2004.]

Berlandaskan kenyataan di atas, tindakan ke atas kerajaan junta ke atas orang Rohingya di Rakhine ke atas hak mereka masih dipertikaikan dan sehingga ke hari ini, hak orang Rohingya untuk memilik taraf kewargarnegaraan seperti 135 etnik Myanmar yang lain masih belum menjadi kenyataan. Masalah ini sememangnya mempengaruhi pelarian Myanmar yang tidak mahu pulang ke negara asal kerana bimbang akan berlakunya pencabulan hak asasi mereka sekiranya pulang ke sana. Berikutnya akan dibincangkan pula mengenai cara pelarian Rohingya lari ke Malaysia dan faktor yang mendorongnya untuk menetap di Malaysia.

Pelarian Rohingya Lari Ke Semenanjung MalaysiaSelain Bangladesh yang menjadi destinasi utama pelarian Rohingya untuk lari menyelamatkan diri, terdapat beberapa negara yang menjadi destinasi mereka. Antaranya ialah Arab Saudi, Pakistan, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Thailand dan pelbagai negara lagi termasuklah Malaysia. Kehadiran pelarian Rohingya di Malaysia dilaporkan pada era 1990an dalam skala yang sederhana banyaknya. Namun begitu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pelarian Rohingya telah lari ke Malaysia seawal tahun 1956 iaitu sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan lagi[footnoteRef:45]. Tetapi mereka lari ke Malaysia dalam kumpulan yang kecil dan pertambahan golongan pelarian ini sangat sedikit sebelum tahun 1992. Peningkatan golongan ini di Malaysia mula mengalami peningkatan selepas tahun 1992, kebetulan ketika itu telah berlaku gelombang kedua pelarian Rohingya yang lari dari penindasan kerajaan junta Myanmar[footnoteRef:46]. [45: Azizah, K. 2010. op.cit,] [46: Azizah, K.2010. op.cit,]

Bila saya bercadang mahu lari dari Myanmar, saya membuat keputusan untuk lari ke Malaysia. Ibu saya juga bersetuju dan menyokong keputusan saya. Saya mahu ke Malaysia kerana Malaysia sebuah negara Islam dan saya yakin mesti ada banyak masjid di sana[footnoteRef:47] [47: Temubual bersama pelarian Rohingya yang bernama Anuar, bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.]

Kenyataan di atas adalah merupakan dapatan kajian penyelidik ketika menjalankan temubual mendalam ke atas salah seorang pelarian Rohingya yang tinggal di Pulau Pinang. Sewaktu disoal mengenai mengapa memilih Malaysia sebagai destinasi utama, beliau mengatakan bahawa walaupun terdapat orang Rohingya yang lari ke negara-negara yang maju seperti England, Jepun dan Amerika Syarikat beliau memilih Malaysia kerana disebabkan Malaysia merupakan negara Islam dan majoriti penduduknya adalah di kalangan orang Islam. Beliau juga yakin akan mendapat perlindungan dan layanan yang baik oleh masyarakat tempatan disebabkan berkongsi kepercayaan dan agama yang sama serta Islam merupakan agama yang tidak membezakan pangkat, budaya dan warna kulit. Oleh itu, sesiapa yang menganuti agama Islam adalah bersaudara.

Keadaan kemajuan dan arus pembangunan yang dicapai oleh Malaysia juga sedikit sebanyak mempengaruhi orang Rohingya lari ke Malaysia dengan harapan boleh mendapatkan perlindungan dan memulakan hidup baru di sini. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai konsep penolak dan penarik yang mempengaruhi faktor seseorang atau sesebuah kumpulan bermigrasi atau lari sesebuah kawasan yang baru disebabkan faktor penolak yang menyatakan keadaan hidup di negara asal yang tidak stabil akibat berlakunya pencabulan hak asasi manusia atau becana alam serta faktor penarik yang menggambarkan keadaan negara destinasi yang aman serta menawarkan peluang ekonomi dan pekerjaan[footnoteRef:48]. Namun begitu, faktor negara Malaysia yang aman dan terdapat peluang ekonomi yang baik cuma mempengaruhi orang Rohingya yang mendapat informasi daripada rakan dan saudara yang telah lari dahulu ke Malaysia. Bagi yang tidak mempunyai maklumat mengenai keadaan di Malaysia hanya menguatkan keazaman diri dan berkeyakinan jika lari ke Malaysia akan mendapat perlindungan disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam. [48: Guido, D. & Waldo, T. Push-Pull Migration Laws, Annals of the Association of American Journal Geographers. US. 2005.]

Setiap pelarian yang lari ke luar adalah berbeza caranya, bergantung kepada faktor populasi dan situasi di negara asal. Namun lazimnya pelarian yang lari ke luar adalah dengan berpandukan laluan yang sama seperti golongan migran yang berhijrah ke negara asing[footnoteRef:49]. Pelarian Rohingya lari ke Malaysia menggunakan tiga cara iaitu melalui udara, darat dan laut[footnoteRef:50]. Cara dan kaedah mereka lari ke Malaysia diketahui melalui temubual mendalam oleh penyelidik bersama-sama pelarian Rohingya di Malaysia. Pelarian Rohingya yang lari ke Malaysia melalui jalan udara adalah dengan cara perlu ke Bangladesh terlebih dahulu untuk membuat paspot palsu. Terdapat agen-agen di Bangladesh yang memberikan perkhidmatan ini tetapi harga yang dikenakan adalah tinggi. Orang Rohingya akan ke Dhaka, ibu negara Bangladesh dan akan menaiki pesawat penumpang sama ada terus ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) atau transit di Bangkok terlebih dahulu[footnoteRef:51]. [49: Temubual bersama Pegawai Perhubungan UNHCR di UNHCR Malaysia di Kuala Lumpur pada 22 April 2011.] [50: Temubual bersama seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang juga melakukan penyelidikan mengenai pelarian di Malaysia, pada 12 Julai 2011.] [51: Perjalanan ke Chittagong di Bangladesh dari Rakhine, Myanmar bukanlah suatu perkara yang mudah, tetapi ia memakan masa dan kos. Orang Rohingya yang ingin melarikan diri menggunakan pesawat mestilah mempunyai paspot dan mereka tidak mempunyai paspot Myanmar kerana tidak mempunyai pengenalan diri akibat dasar kerajaan Myanmar yang tidak mengiktiraf mereka. Oleh sebab itu mereka terpaksa pergi ke Bangladesh dan membayar agen yang memberi khidmat membuat paspot palsu. Dari Myanmar, orang Rohingya perlu menyeberangi Laut Bengal yang merupakan sempadan negara antara Myanmar dan Bangladesh. Mereka perlu membayar sejumlah wang untuk memiliki pas sempadan (border pass) di Maungdaw, sebuah pelabuhan di Myanmar untuk sampai ke Teknaf di Bangladesh. Perjalanan menyeberangi laut menggunakan bot kecil yang boleh memuatkan kira-kira 20 orang. Dari Teknaf, mereka perlu menyewa bas atau van untuk ke Dhaka, tetapi perlu melalui Chittagong terlebih dahulu. Teknaf ke Chittagong memakan masa 8 jam dan dari Chittagong ke Dhaka pula memakan masa 8 jam.]

Perjalanan melalui jalan darat pula kadang-kala lebih mencabar kerana ia melibatkan perjalanan yang memakan masa berminggu-minggu dan kadang-kadang berbulan-bulan bergantung pada jarak yang perlu dilalui serta situasi-situasi yang berlaku. Hal ini kerana disebabkan perjalanan yang jauh dan perlu melalui Thailand terlebih dahulu untuk memasuki Malaysia. Bagi yang menggunakan perkhidmatan agen perlu mematuhi arahan daripada mereka dan mereka perlu berhenti di beberapa destinasi terlebih dahulu atas sebab tidak mahu dikesan pihak berkuasa Myanmar, Thailand dan Malaysia. Adakalanya mereka terpaksa memberi rasuah kepada penguatkuasa yang menahan mereka demi untuk melepaskan diri dan menjayakan matlamat untuk lari ke Malaysia. Terdapat dua agen yang bertanggungjawab mengendalikan mereka, iaitu agen yang berada di luar Malaysia dan yang berada di dalam Malaysia. Agen yang berada di luar Malaysia akan membawa pelarian sehingga ke pintu sempadan antara Thailand dan Malaysia, seterusnya agen yang berada di Malaysia akan mengambil mereka dan membawa masuk ke Malaysia. Lazimnya antara pintu sempadan yang menjadi tumpuan adalah pintu masuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubur di Kelantan[footnoteRef:52]. [52: Perjalanan pelarian Rohingya dan juga pelarian Myanmar yang lain yang merupakan populasi tersebar golongan pelarian di Malaysia bermula dengan perjalan yang sama dengan golongan migran yang cuba berhijrah ke Malaysia dengan cara yang tidak sah. Lazimnya mereka akan memberi upah kepada agen atau penyeludup yang akan membantu mereka keluar dari Myanmar. Mereka akan berkumpul dan bertolak dari bandar-bandar utama di Myanmar menggunakan pengangkutan awam seperti bas. Tindakan mereka ini berisiko kerana tidak mempunyai kad pengenalan Myanmar yang sah dan berkemungkinan akan ditahan oleh pihak penguatkuasa yang mengadakan check point di laluan yang mereka lalui. Setelah berjaya, maka agen akan membawa mereka menyeberangi Thailand menggunakan bot. Dari Thailand, mereka akan dibawa menggunakan kenderaan seperti, lori kecil, kereta, jip atau van serta mereka akan disembunyikan dalam ruangan khas di dalam kenderaan tersebut bagi mengelakkan dikesan oleh pihak penguatkuasa.]

Perjalanan menggunakan bot mengikut jalan laut adalah kaedah yang agak baru dilakukan oleh pelarian Rohingya berbanding kaedah jalan darat dan udara yang telah lama dipraktiskan. Berdasarkan temubual dengan salah seorang pelarian Rohingya, beliau mengatakan bahawa berkemungkinan kaedah menggunakan bot baru dipraktiskan bermula tahun 2006. Lokasi bot yang dinaiki mereka bagi memulakan perjalan tidak dapat dikenal pasti, namun berkemungkinan besar adalah di sekitar pesisiran pantai Rakhine, Myanmar yang menghala ke Laut Bengal[footnoteRef:53]. Laluan yang biasanya dilalui menggunakan jalan laut adalah dengan melalui Selat Cincin di antara sempadan Malaysia dan Thailand pada bahagian Utara Pulau Langkawi, Kedah. Pada Februari 2010 yang lalu Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya menahan sebuah bot yang dinaiki seramai 94 orang Rohingya di bahagian utara Pulau Langkawi. Dipercayai mereka sudah belayar selama 40 hari dari Myanmar dan APMM telah menyelamatkan mereka dan dibawa ke kawasan darat untuk diberi rawatan dan makanan kepada pelarian Rohingya tersebut. Kemudian, mereka diserahkan kepada pihak imigresen dan dibawa ke depoh tahanan untuk siasatan lanjut, kemudiaan diserahkan kepada UNHCR untuk tindakan selanjutnya[footnoteRef:54]. [53: Temubual bersama pelarian, Anwar di Universiti Sains Malaysia pada 26 Jun 2011. Responden bukan nama sebenar atas sebab-sebab keselamatan.] [54: Temubual bersama seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia yang juga melakukan penyelidikan mengenai pelarian di Malaysia, pada 12 Julai 2011.]

Pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia Populasi Pelarian Rohingya di Semenanjung MalaysiaJumlah pelarian Rohingya yang lari ke Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun dan populasi mereka yang tepat agak sukar ditentukan memandangkan tiada kajian mendalam yang konsisten terhadap golongan ini serta keadaan mereka yang bertaburan dan sukar dikesan. Walaubagaimanapun, jadual di bawah menunjukkan populasi pelarian Rohingya yang berada di Malaysia bermula pada tahun 1956 hingga ke hari ini dari pelbagai sumber[footnoteRef:55]: [55: Azizah, K. 2010. op.cit,]

Jadual 3.6: Anggaran Populasi Pelarian Rohingya dari Pelbagai Sumber[footnoteRef:56] [56: Terdapat nilai populasi yang mengalami penurunan dan kenaikan disebabkan faktor pelarian Rohingya yang telah ditempatkan ke negara ketiga dan sumber-sumber yang dikutip oleh penyelidik adalah dari pelbagai institusi yang memberi fokus kepada isu dan permasalahan golongan pelarian Rohingya.]

TahunAnggaran Populasi (Orang)Sumber

1956-1979105UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

1980-19891402UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

1990-19996261UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

20005100 hingga 8000Human Right Watch

20017838UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

20028649UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

20038979Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

200410000Tan Pok Suan, 2006

200511032UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

2006Sehingga Mei, 11000Human Right Watch

200711277UNHCR Malaysia

200814029UNHCR, 2009 dari Azizah Kassim, 2010

200915001Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim ketika perbahasan di Parlimen, 8 April 2009

2010Sehingga Mac, 18200UNHCR Malaysia

2011Sehingga September, 21900UNHCR Malaysia

Taburan Pelarian Rohingya di Semenanjung MalaysiaApabila Pelarian Rohingya lari ke Malaysia, kedudukan mereka adalah bertaburan di seluruh Semenanjung Malaysia majoritinya dan sebahagian kecil bilangannya di Sabah dan Sarawak. Jadual di bawah yang dipetik daripada kajian Profesor Azizah Kassim menunjukkan bahawa majoriti pelarian Rohingya berada di sekitar Lembah Kelang iaitu kawasan di sekitar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta di Pulau Pinang [footnoteRef:57]. Hal ini mungkin disebabkan di bandar yang besar dan maju ini mempunyai ekonomi yang tinggi dan akses kepada keperluan harian yang mudah didapati serta berhampiran dengan pejabat UNHCR bagi menguruskan hal-hal berkaitan urusan pelarian. [57: Azizah, K. 2010. op.cit,]

Jadual 3.7: Taburan Pelarian Rohingya di Malaysia[footnoteRef:58] [58: Jadual yang dipetik daripada kajian Profesor Azizah Kassim daripada data yang tidak diterbitkan daripada UNHCR Malaysia dan Ibupejabat Polis, Kuala Lumpur.]

NegeriOrang[footnoteRef:59] [59: Data daripada UNHCR Malaysia menunjukkan taburan pelarian Rohingya berlandaskan aktiviti pendaftaran yang direkodkan, April 2009.]

Lokasi Penempatan

Johor980Muar, Kota Tinggi, Bandar Kota Tinggi dan Kulai

Kedah1145Sungai Petani dan Kuala Ketil

Kelantan650Tiada Catatan*

Wilayah Persekutuan3000Jalan Ipoh, Gombak, Cheras Baru dan Kampung Pandan

Melaka100Melaka Tengah

Negeri Sembilan610Seremban dan Kuala Pilah

Pahang985Kuantan dan Pekan

Perak150Taiping

Perlis250Tiada Catatan

Pulau Pinang1300Kepala Batas dan Gelugor

Selangor5315Ampang, Puchong, Balakong, Selayang, Sungai Buloh dan Kelang

W. P. Putrajaya5Tiada Catatan*

Terengganu1800Tiada Catatan*

Tidak Pasti1521Tiada Catatan*

Jumlah Besar16285-

Nota: Simbol * menunjukkan lokasi spesifik tidak dapat dikenalpasti

Penempatan Pelarian Rohingya di Semenanjung MalaysiaPelarian Rohingya tidak seperti pelarian Moro di Sabah dari aktiviti penempatannya. Hal ini disebabkan di Sabah, kerajaan negeri bersama-sama UNHCR dan PPKP telah menyediakan penempatan-penempatan kepada pelarian Moro supaya tidak bertebaran dan sistematik di samping membantu agensi-agensi ini melakukan aktiviti bancian dan memantau aktiviti mereka. Di Semenanjung pula kerajaan Malaysia tidak menyediakan penempatan kepada pelarian-pelarian yang lari ke Malaysia pada masa kini walaupun suatu ketika dahulu kerajaan pernah mewujudkan kem-kem pelarian bagi pelarian Kemboja dan Vietnam misalnya[footnoteRef:60]. UNHCR juga tidak menyediakan kemudahan penempatan disebabkan dasar kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf pelarian serta faktor dari segi kos. Oleh yang demikian pelarian Rohingya khususnya bertaburan sekitar Semenanjung ini dalam usaha mencari penempatan mereka sendiri sama ada dengan menyewa rumah-rumah kampung, flat dan teres atau membina penempatan secara haram. Penempatan yang dibina mereka juga dipengaruhi faktor ekonomi dan pekerjaan di mana jika sesuatu kawasan itu menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka, maka mereka akan menetap di kawasan tersebut[footnoteRef:61]. [60: Temubual bersama Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Orang Rohingya bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2011.] [61: Temubual bersama pelarian Rohingya yang bernama Anuar, bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011]

Faktor-faktor Mempengaruhi Kehidupan Pelarian Rohingya di Semenanjung MalaysiaBoleh dikatakan pelarian Rohingya berada di Malaysia seawal akhir 1950an lagi dan populasi mereka makin bertambah selepas tahun 1992[footnoteRef:62]. Hal ini menunjukkan bahawa sudah lama pelarian Rohingya bertapak di Malaysia dan membina kehidupan mereka di sini. Justeru, bahagian ini akan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kehidupan pelarian Rohingya di Malaysia sama ada berada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. [62: Azizah, K. 2010. op.cit,]

StatusStatus mengenai pelarian Rohingya di Malaysia sehingga ke hari ini berada dalam keadaan yang boleh dikatakan sebagai kabur kerana ia melibatkan pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia dan juga UNHCR. Kerajaan Malaysia tidak memberi pengiktirafan kepada golongan pelarian disebabkan tidak menjadi ahli yang menandatangani Konvensyen 1951 dan juga Protokol 1961 berkaitan orang pelarian. Rasionalnya adalah bagi mencegah berlakunya kebanjiran warga pelarian yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama mereka untuk menyelamatkan diri dan memulakan hidup baru. Fenomena ini akan menyulitkan lagi usaha kerajaan untuk mengawal selia golongan pelarian kerana ia melibatkan kos, masa dan komitmen, tambahan pula kerajaan kini berusaha untuk menyelesaikan masalah pendatang dan PATI di dalam negara. Oleh yang sebab itu, Malaysia tidak mempunyai dasar yang khusus berkenaan orang pelarian di Malaysia. Jadi, orang pelarian di Malaysia akan dianggap sebagai PATI kerana berdasarkan cara kemasukan mereka ke Malaysia yang kebanyakkannya secara tidak sah serta status mereka itu sendiri sebagai pencari suaka dan pelarian[footnoteRef:63]. [63: ________ . Undang-undang Malaysia mengenai Akta Imigresen dan peraturan-peraturan termasuk Akta Pasport, semua pindaan hingga Januari 2005. Diterbitkan oleh MDC Publisher SDN BHD, Kuala Lumpur. 2005.]

Berlainan pula dengan UNHCR yang merupakan salah satu daripada agensi PBB yang penubuhannya menjurus kepada mengurus dan membantu golongan pelarian yang melarikan diri dari negara asal. Oleh yang demikian, badan UNHCR cawangan Malaysia telah memainkan peranan mereka sama seperti cawangan UNHCR yang lain di serata dunia dengan memberikan perkhidmatan dan bantuan yang diperlukan oleh golongan pelarian di Malaysia. Seperti pelarian lain di Malaysia, pelarian Rohingya juga telah diberikan suatu dokumen pengenalan diri yang dinamakan Kad Pelarian UNHCR, diperoleh setelah selesainya beberapa prosedur seperti, siasatan dan temubual serta pengrekodan. Melalui kad yang dimiliki ini, ia dianggap sebagai dokumen yang sah dan ini membuktikan bahawa orang yang memiliki kad seperti adalah orang pelarian. Melalui pemilikan kad ini, orang pelarian diharap dapat meneruskan kehidupan seharian seperti masyarakat tempatan tanpa sebarang tekanan dan penindasan[footnoteRef:64]. [64: Walaupun Pelarian Rohingya memiliki kad pelarian UNHCR bagi membolehkan mereka tinggal dan bekerja secara sementara di Malaysia, namun ia bukanlah satu jaminan bahawa pelarian boleh mengecapi kehidupan yang baik di sini. Hal ini kerana berdasarkan temubual dengan beberapa pelarian Rohingya, mereka mengatakan terdapat rakan mereka dan diri mereka sendiri yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa seperti pihak polis dan RELA di jalanan. Apabila pelarian Rohingya menunjukkan kad pelarian UNHCR, mereka mendakwa kad ini palsu lalu mengugut akan menangkap. Akhirnya pelarian Rohingya dilepaskan setelah memberi sejumlah wang. Sungguhpun kejadian ini memberi kesan negatif dalam hidup mereka, namun mereka tetap bersyukur dapat tinggal di Malaysia berbanding negara asal yang lebih teruk lagi keadaannya. Temubual dijalankan bersama pelarian dikenali sebagai Ali di Pulau Pinang pada 16 Julai 2011. Responden tidak mahu didedahkan nama sebenarnya atas alasan keselamatan.]

Rajah 3.13: Kad Pelarian UNHCR yang Dimiliki oleh Pelarian RohingyaSumber: Penemuan Kajian di Lapangan

Kami bersyukur dapat tinggal di Malaysia, boleh mengamalkan ajaran Islam dengan senang hati. Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan kami sanggup memberi kerjasama dan berbakti kepada negara ini[footnoteRef:65] [65: Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.]

Hasil temubual dengan beberapa responden pelarian, menunjukkan bahawa majoritinya bersyukur berpeluang membina kehidupan di Malaysia. Walaupun mereka tahu diri mereka adalah pelarian, mereka menganggap diri mereka sebahagian daripada warga Malaysia. Anak-anak mereka kebanyakkan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya atau ketika beribadat. Bagi mereka, perkara yang menyedihkan apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa tempatan atas kesalahan dokumen. Ada di kalangan mereka akan dihantar ke pusat tahanan sementara dan ada juga yang berjaya dilepaskan setelah memberi sejumlah wang kepada penguatkuasa tersebut. Oleh yang demikian, masalah status ini mendatangkan masalah kepada golongan pelarian khususnya pelarian Rohingya yang tinggal di Malaysia dan ini akan memberi kesan terhadap diri yang akan berasa tertekan dan takut untuk keluar mencari pekerjaan, pendidikan dan sumber makanan[footnoteRef:66]. [66: Temubual bersama Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM), Encik Hamid bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.]

Tempat Tinggal dan PersekitaranPelarian Rohingya lebih gemar tinggal di kawasan sekitar bandar besar kerana terdapat peluang pekerjaan dan akses kepada keperluan seharian. Tetapi ada juga di kalangan mereka yang tinggal di kawasan kampung disebabkan faktor pekerjaan seperti petani, penoreh getah dan penternak. Jika di kawasan bandar, mereka akan menetap di rumah-rumah flat yang berada di tingkat yang tinggi. Hal ini kerana sewanya agak murah berbanding tingkat yang lain. Ada juga yang membuat penempatan di kawasan setinggan dan tinggal bersama masyarakat tempatan.

Kami sewa di sini kerana bayarannya murah, walaupun tidak cantik tetapi asalkan boleh tinggal bersama anak dan isteri itu sudah memadai[footnoteRef:67] [67: Temubual bersama Encik Kader, ahli Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.]

Jika melihat dari aspek persekitaran, kawasan kediaman mereka agak kotor bukan disebabkan sifat mereka yang suka membuang sampah, tetapi keadaan kawasan kediaman mereka itu sendiri yang sudah lama serta masyarakat setempat yang mentalitinya rendah dan suka membuang sampah merata-rata. Faktor ini yang mendorong orang tempatan tidak mahu menyewa rumah-rumah flat dan kesempatan ini digunakan oleh pelarian ini untuk menginap. Walaupun tidak suka dengan kekotoran, ia lebih baik daripada tidur dan merempat di tepi jalan. Lazimnya pelarian Rohingya tinggal secara bekeluarga kerana ketika lari, mereka akan membawa anak dan isteri sekali tetapi ada juga yang lari dahulu ke Malaysia kemudian membawa keluarganya datang ke sini[footnoteRef:68]. [68: Temubual bersama Encik Abdellah Umar, seorang pelarian Rohingya bertempat di Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.]

Terdapat pelarian Rohingya menyewa kediaman yang agak mewah seperti di kondominium dan apartment disebabkan mereka mampu membayar sewanya. Ada juga yang berbuat demikian tetapi terpaksa berkongsi dengan beberapa buah keluarga supaya sewanya boleh dibahagikan sama rata. Bagi pelarian Rohingya mereka tidak kisah memilih untuk tinggal berdekatan antara satu sama lain atau tinggal dalam komuniti masyarakat tempatan kerana mereka boleh bergaul dengan baik dengan masyarakat tempatan dan lazimnya masyarakat tempatan tidak mengetahui bahawa mereka ini adalah berketurunan Rohingya. Misalnya di Pulau Pinang, terdapat masyarakat tempatan yang menganggap mereka sebagai anak mami atau India Muslim disebabkan cara hidup dan warna kulit yang sama dengan mereka[footnoteRef:69]. [69: ]

Pendidikan dan Pekerjaan Pendidikan merupakan suatu yang penting dalam hidup. Tanpa pendidikan, masa depan generasi Rohingya akan gelap. Berkemungkinan mereka akan melakukan kerja yang tidak baik kerana tidak mempunyai tahap pendidikan yang baik. Saya memohon kepada kerajaan agar bersimpati dengan anak-anak kami yang mahu mendapatkan pendidikan formal di Malaysia[footnoteRef:70] [70: Temubual bersama Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM), Encik Hamid bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.]

Pendidikan merupakan suatu keperluan yang seharusnya dipenuhi oleh setiap insan. Begitu dengan pelarian Rohingya, mereka juga berpendapat bahawa pendidikan amat penting bagi anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berguna di masa hadapan. Di Malaysia, kanak-kanak pelarian tidak dibenarkan bersekolah di sekolah bantuan kerajaan, begitu juga dengan pelarian Rohingya. Oleh yang demikian, pada masa kini terdapat beberapa buah sekolah persendirian yang diusahakan oleh Rohingya Society in Malaysia (RSM) dengan kerjasama beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan juga UNHCR dengan menyediakan lokasi pengajaran dan pembelajaran serta bahan-bahan bacaan dan tulisan. Lokasi ini terdiri daripada rumah kedai yang disewa, masjid dan surau[footnoteRef:71]. Anak-anak pelarian Rohingya ini diajarkan dengan mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan juga mata pelajaran Agama Islam. Guru-guru pula lazimnya dikalangan masyarakat pelarian itu sendiri dan dibayar menerusi elaun pada nilai yang tidak terlalu tinggi. Walaupun sukatan pembelajaran tidak seperti di sekolah bantuan kerajaan, sekurang-kurangnya mereka didedahkan dengan pengertahuan asas pelajaran serta diharapkan mereka mampu menguasai Bahasa Melayu dan akidah mereka diperkukuhkan dengan pembelajaran Agama Islam[footnoteRef:72]. [71: Temubual bersama Encik Ahmad, ahli Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.] [72: Nasib anak pelarian Rohingya http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm Tarikh diakses 3/8/11.]

Berkenaan aktiviti pekerjaan yang dilakukan oleh pelarian Rohingya di Malaysia, dahulunya kerajaan Malaysia tidak membenarkan golongan ini bekerja dalam sebarang sektor tetapi disebabkan perasaan belas kasihan dan relevansi jika pelarian tidak bekerja, bagaimana untuk menyara keluarga mereka, kerajaan telah membenarkan mereka berkerja dalam sektor tidak formal[footnoteRef:73]. Semasa orang Rohingya di negeri asal mereka iaitu Rakhine, pekerjaan utama mereka adalah berbentuk pertanian seperti menanam padi, menternak, menangkap ikan dan berkebun. Apabila berada di Malaysia, kebanyakannya bekerja di sektor pembinaan sebagai buruh kasar[footnoteRef:74]. Ada juga di kalangan mereka bekerja di pasar-pasar borong, pembantu kedai, tukang sapu dan cuci serta yang bekerja secara sendiri dengan mengutip barang-barang terpakai dan memberi khidmat memotong rumput[footnoteRef:75]. [73: Refugees in Malaysia We need to do more http://www.nst.com.my/nst/articles/24hum/Article/index_html Tarikh diakses 3/4/11] [74: Temubual bersama Encik Shamsul Alam, seorang pelarian Rohingya bertempat di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Julai 2011.] [75: Temubual bersama Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Orang Rohingya PERKIM bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2011.]

Apabila melibatkan soal gaji, semestinya upah yang diterima tidak seberapa, tetapi asalkan dapat menyara hidup mereka sekeluarga pelarian Rohingya berasa bersyukur. Namun terdapat juga masalah yang dihadapi mereka seperti ditipu oleh pihak majikan yang mengetahui mereka tidak berdokumen dan oleh itu mereka membayar upah yang sedikit atau tidak bayar langsung dan juga bagi mereka yang ditahan pihak berkuasa yang mengugut akan mengambil tindakan lalu meminta sejumlah wang untuk melepaskan mereka[footnoteRef:76]. Walaupun pelarian Rohingya mempunyai kad pelarian UNHCR, namun dokumen ini tidak dilayan dan ada juga pihak berkuasa mengatakan dokumen ini tidak sah atau palsu. Hal ini menyulitkan golongan pelarian Rohingya untuk menyara kehidupan keluarga mereka seharian kerana lazimnya gaji yang diterima adalah gaji harian dan jika gaji mereka hari ini dirampas, bagaimana pula mereka mahu membeli barang keperluan harian? Walau bagaimanapun terdapat juga segelintir pelarian Rohingya yang agak berjaya dalam pekerja yang diceburi iaitu ada di antara mereka menjadi peniaga dan mendapat keuntungan yang tinggi dalam perniagaan yang diceburi[footnoteRef:77]. [76: Masa Depan Generasi Rohingya http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm Tarikh diakses 3/8/11] [77: Focus Group Discussion (FGD) yang dijalankan di RSM Cawangan Pulau Pinang bersama-sama ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Ayub, Encik Samsul Alam, Encik Salim dan Encik Ali.]

Kesihatan dan KebajikanKesihatan merupakan suatu isu yang perlu diberi perhatian kerana ia merupakan suatu keperluan dalam hidup manusia. Pelarian Rohingya mendapatkan rawatan di pelbagai institusi seperti di hospital dan klinik kerajaan, klinik swasta dan juga klinik sukarela yang ditubuhkan oleh NGO. Walaupun klinik sukarela adalah percuma dan jika dikenakan bayaran kosnya adalah rendah, namun tidak semua lokasi disediakan perkhidmatan ini. Oleh yang demikian, pelarian Rohingya lazimnya akan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan[footnoteRef:78]. [78: Petikan daripada perbahasan di Dewan Rakyat semasa sidang Parlimen kedua belas, penggal keempat, mesyuarat kedua pada hari Selasa bertarikh 28 Jun 2011. Tarikh diakses 31 Julai 2011. http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-28062011.pdf 14 Ogos 2011.]

Dahulunya mereka perlu membayar kos rawatan sama seperti warga asing yang tinggi harganya berbanding dengan masyarakat tempatan. Namun kini kerajaan telah memberi potongan sebanyak 50% daripada jumlah yang perlu dibayar oleh warga asing[footnoteRef:79]. Walaupun ia masih agak tinggi kosnya, namun ia sedikit sebanyak meringankan beban pelarian Rohingya yang status ekonominya rendah. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang masih tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan mereka akan pergi ke farmasi berdekatan dan membeli ubat-ubatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Namun demikian, terdapat juga pelarian Rohingya yang mendapatkan rawatan di klinik swasta disebabkan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan doktor yang mengendalikan klinik tersebut dan mampu mendapatkan harga rawatan yang mampu dibayar seperti petikan temubual di bawah: [79: Kerajaan Tidak Pernah Dera atau Cederakan Pelarian. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm Tarikh diakses 11 Ogos 2011.]

Kalau saya sakit, saya akan pergi ke klinik swasta kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan doktor di sana, saya tidak mahu ke klinik kerajaan kerana urusan di sana lambat dan bayaran juga agak mahal[footnoteRef:80] [80: Temubual bersama Encik Radhiullah, seorang pelarian Rohingya bertempat di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Julai 2011.]

Akhirnya kata sepakat telah dicapai oleh pelarian Rohingya untuk mewujudkan satu persatuan sahaja kerana terdapat beberapa persatuan yang ditubuhkan untuk kepentingan individu tertentu sahaja dan juga dalam sesebuah persatuan hanya mempunyai ahli serami dua hingga tiga orang sahaja. Justeru, dengan penubuhan RSM ia diharapkan dapat menjadi satu badan utama yang melindungi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia. Dianggarkan hampir 90% populasi pelarian Rohingya di Malaysia menjadi ahli dalam RSM. Sebagai bukti keahlian, mereka akan diberi kad ahli yang perlu diperbaharui setiap tahun dengan bayaran sebanyak RM 50.00. Ahli-ahli dalam RSM akan mendapat faedah seperti bantuan menguruskan jenazah, bantuan kutipan derma kepada yang memerlukan dan urusan perkahwinan. Misalnya, bermula Februari 2011, Persatuan Ulama Rohingya Malaysia yang diselia oleh RSM akan mengeluarkan sehelai sijil nikah beserta dua keping kad nikah sebagai bukti kepada pelarian Rohingya yang melangsungkan perkahwinan di Malaysia. Bayaran yang dikenakan dalam proses ini sebanyak RM 75.00[footnoteRef:81]. Antara peranan lain yang dimainkan RSM, ia juga. bertindak sebagai badan perantara antara pelarian Rohingya dengan NGO, UNHCR dan kerajaan jika terdapat sebarang makluman, informasi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan hal ehwal pelarian. Bagi pelarian yang menghadapi masalah seperti ahli keluarga ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka boleh menghubungi RSM untuk tindakan selanjut dan pihak RSM akan cuba menyelesaikannya dengan meminta bantuan UNHCR, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau agensi kerajaan yang berkaitan[footnoteRef:82]. Walaupun RSM bukanlah merupakan sebuah persatuan yang sah, namun ia diterima oleh pelbagai agensi kerajaan dan antarabangsa seperti MKN, UNHCR, Polis, Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (PERKIM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hal ini kerana agensi kerajaan dan antarabangsa memerlukan RSM dalam urusan dan kegiatan seperti pendokumentasian, pengagihan maklumat dan arahan serta perundingan[footnoteRef:83]. RSM mempunyai setiap cawangan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan ibu pejabatnya terletak di Ampang, Selangor. Lazimnya mereka menyewa rumah-rumah kedai sebagai markas untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat, jamuan kenduri, gotong royong serta menyambut hari perayaan[footnoteRef:84]. [81: Tembual bersama Encik Anuar, Setiausaha Agung Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Markas RSM cawangan Pulau Pinang,Gelugor pada 8 Julai 2011.] [82: Tembual bersama Encik Hamid, Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011.] [83: Tembual bersama Encik Anuar, Setiausaha Agung Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Markas RSM cawangan Pulau Pinang,Gelugor pada 8 Julai 2011.] [84: Wakil-wakil cawangan RSM di seluruh Semenanjung Malaysia akan berkumpul di ibu pejabat mereka di Ampang, Selangor pada setiap bulan bagi melaporkan sebarang maklumat, masalah serta kegiatan yang dilakukan kepada Jawatankuasa Tertinggi RSM.]

Rumusan

Kami berterima kasih pada kerajaan kerana membenarkan kami tinggal dan bekerja di sini. Harapan kami supaya kerajaan beri peluang kepada kami untuk membalas budi kerajaan dengan berbakti kepada tanah air ini[footnoteRef:85]. [85: Temubual bersama Encik Mubin Bin Parajah, Pengerusi JKKKMP Pulau Mabul, Semporna pada 13 Februari 2011.]

Petikan temubual di atas adalah luahan ikhlas salah seorang pelarian Moro yang bersyukur kerana kerajaan memberi peluang kesempatan kepada mereka untuk tinggal di Sabah. Oleh sebab itu, mereka berasa terhutang budi dengan kerajaan dan bersedia melakukan apa-apa jua tugas yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Pelarian Rohingya juga mengungkapkan makna yang sama disebabkan kerajaan sudi membantu mereka walaupun dengan kadar yang minimum[footnoteRef:86]. Pada pandangan mereka, keadaan hidup di Malaysia lebih baik lagi walaupun mereka berhadapan dengan risiko penahanan dan penangkapan oleh pihak berkuasa berbanding kehidupan di negara asal yang lebih teruk lagi. [86: Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.]

Walaupun pelarian Moro dan Rohingya yang dijadikan sebagai kajian kes dalam penyelidikan ini mempunyai perbezaan dari segi sejarah, latar belakang dan tarikh mereka lari ke Malaysia, namun terdapat beberapa persamaan dan isu yang dikongsi bersama dari segi keadaan kehidupan mereka di Malaysia serta layanan yang diberikan oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat tempatan. Masalah dan isu seperti pendidikan, kesihatan, keadaan tempat tinggal, pekerjaan dan status