Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

24
1 MODUL PENDIDIKAN MUALLAF: PENGENALAN ISLAM Oleh; Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Pendidikan kepada golongan Muallaf harus bermula dari peringkat awal bimbingan islam, iaitu pengenalan kepada Islam. Dengan memperkenalkan Islam secara jelas akan menjadi panduan hidup Muallaf dalam hidup mereka dan menghilangkan prasangka dan permasalahan berkaitan Islam. Kertas kerja ini melihat satu modul pendidikan kepada golongan ini dengan memberikan pengenalan berkaitan Islam bermula dengan konsep al-Din, konsep agama, keperluan manusia kepada agama, sumber hukum Islam dan bagaimana sumber hukum ini dapat membantu menghilangkan segala permasalahan berkaitan Islam dan isu-isu semasa. Kajian mendapati pendidikan asas yang bermula dengan pengenalan Islam membantu golongan Muallaf memahami Islam dengan lebih baik dan seterusnya melaksanakan apa juga yang disruh dan dilarang Islam Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Pengenalan Islam, al-Din, Konsep agama, Sumber hukum PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AL-DIN Islam sebagai al-Din yang diturunkan kepada umat manusia merupakan sistem tatacara hidup yang lengkap bagi menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Sebagai agama yang terakhir, ia bersifat fleksibel dan pragmatis serta dapat menampung perkembangan peradaban umat manusia sejagat. Syariat Islam telah memberi panduan yang jelas kepada manusia sebagai asas dalam pembentukan kenegaraan sehinggalah ia dapat mencipta satu peradaban yang bersifat hadhari dan unggul. Menurut perspektif Islam, terdapat beberapa instrumen asas yang menjadi paksi kepada pembinaan peradaban Islam dalam menghadapi keperluan semasa manusia. Asas kepada peradaban itu adalah akidah, ilmu, akhlak dan nilai-nilai norma masyarakat yang murni seperti bertoleransi, tolong menolong, menghormati orang lain, bersifat sederhana serta amalan-amalan yang mencerminkan nilai-nilai yang baik. Islam mengiktiraf norma-norma masyarakat yang murni sebagaimana unsur-unsur tersebut tidak melanggar batasan syariat. (Olah H. Schumann, 2003 : 158)

description

pendidikan muallaf melalui pengenalan islam

Transcript of Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

Page 1: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

1

MODUL PENDIDIKAN MUALLAF: PENGENALAN ISLAMOleh;

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

AbstrakPendidikan kepada golongan Muallaf harus bermula dari peringkat awal bimbingan islam, iaitu pengenalan kepada Islam. Dengan memperkenalkan Islam secara jelas akan menjadi panduan hidup Muallaf dalam hidup mereka dan menghilangkan prasangka dan permasalahan berkaitan Islam. Kertas kerja ini melihat satu modul pendidikan kepada golongan ini dengan memberikan pengenalan berkaitan Islam bermula dengan konsep al-Din, konsep agama, keperluan manusia kepada agama, sumber hukum Islam dan bagaimana sumber hukum ini dapat membantu menghilangkan segala permasalahan berkaitan Islam dan isu-isu semasa. Kajian mendapati pendidikan asas yang bermula dengan pengenalan Islam membantu golongan Muallaf memahami Islam dengan lebih baik dan seterusnya melaksanakan apa juga yang disruh dan dilarang Islam

Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Pengenalan Islam, al-Din, Konsep agama, Sumber hukum

PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AL-DIN

Islam sebagai al-Din yang diturunkan kepada umat manusia merupakan sistem tatacara hidup yang lengkap bagi menjamin kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Sebagai agama yang terakhir, ia bersifat fleksibel dan pragmatis serta dapat menampung perkembangan peradaban umat manusia sejagat. Syariat Islam telah memberi panduan yang jelas kepada manusia sebagai asas dalam pembentukan kenegaraan sehinggalah ia dapat mencipta satu peradaban yang bersifat hadhari dan unggul.

Menurut perspektif Islam, terdapat beberapa instrumen asas yang menjadi paksi kepada pembinaan peradaban Islam dalam menghadapi keperluan semasa manusia. Asas kepada peradaban itu adalah akidah, ilmu, akhlak dan nilai-nilai norma masyarakat yang murni seperti bertoleransi, tolong menolong, menghormati orang lain, bersifat sederhana serta amalan-amalan yang mencerminkan nilai-nilai yang baik. Islam mengiktiraf norma-norma masyarakat yang murni sebagaimana unsur-unsur tersebut tidak melanggar batasan syariat. (Olah H. Schumann, 2003 : 158)

Islam ialah agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna. Cara hidup Islam merangkumi akidah, ibadat dan akhlak. Orang Islam yang berpegang kepada perkara ini akan menjadi Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Al-Din juga diertikan dengan agama Islam. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah Islam” (Surah Al-Imran : 19)

Ayat di atas menunjukkan al-Din itu ialah merujuk kepada agama Islam dan ajarannya yang sempurna. Al-Din tidak hanya tertumpu kepada soal ibadat semata-mata tetapi merangkumi urusan kehidupan manusia sehari-hari. Kesimpulannya Islam itu ialah mentauhidkan Allah s.w.t dan mentaati perintah serta larangan-Nya seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perkataan Islam tidak terikat dan terbatas oleh tempat, masa dan juga nama atau gelaran seseorang. Islam bukan agama untuk akhirat semata-mata,

Page 2: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

2

malah merangkumi perkara sosial, akhlak, ekonomi, politik, seni, sains dan pendidikan.(Muhammad Sholikhin, 2010 : 133)

Ajaran Islam yang lengkap dan sempurna itu memberi rahmat kepada sekalian alam bukan sahaja kepada umat Islam secara khusus, tetapi kepada manusia seluruhnya. Hal ini kerana ajaran Islam merupakan kesepaduan antara akidah, syariat, ibadat dan akhlak. Apabila akidah setiap orang telah sempurna, perkara lain juga akan menjadi sempurna. Agama Islam menggalakkan pambangunan tamadun manusia.

Kitab al-Quran yang diturunkan menjadi sumber rujukan utama umat manusia dalam pelbagai bidang yang menjadi keperluan manusia untuk melayari kehidupan di dunia dan mencari bekalan untuk akhirat seperti perundangan, muamalat dan sistem kekeluargaan. Ajaran Islam teramat istimewa kerana datangnya daripada Allah s.w.t bukannya hasil ciptaan manusia. Ajaran Islam mudah diamalkan, sesuai dengan fitrahkejadian manusia dan menitikberatkan pendidikan sepanjang hayat serta menggalakkan persaudaraan. . (Olah H. Schumann, 2003 : 160-163) Sebagaimana firman Allah s.w.t yang maksudnya: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudarakamu (yang bertelagah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”(Surah al-Hujurat : 10)

Islam juga merupakan agama yang diturunkan kepada para Rasul sejak Nabi Allah Adam a.s hingga Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam adalah agama yang benar dan kekal, maka sudah tentu ianya bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnya dan menyeluruh dari segi konteks ruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbir hidup dan kehidupan seluruh makhluk, sama ada makhluk yang terdiri dari alam ghaib, alam haiwan dan alam manusia khususnya. (John Cooper, 2008 : 60-62)

Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alam semesta mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang merupakan asas-asas, prinsip-prinsip dan hukum-hakam. Dasar-dasar ini telah termaktub di dalam kitab suci al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hiudp manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkan hal-hal yang berhubungkait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutan dengan unsur ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan :

1. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, ia meliputi tentang kepercayaan dan penyembahan. Oleh itu, Islam mengajarkan tentang sistem iman dan sistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini bersifat vertikal ataupun menegak.

2. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencakupi bidang-bidang pilitik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini pula bersifat horizontal atau mendatar.

Page 3: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

3

Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan diantara satu sama lain. Sebarang pemisahan akan mengakibatkan kemusnahan dan kerugian yang berkekalan kepada pelakunya. . (Olah H. Schumann, 2003 : 166)

Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-mata malah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakan agama Universal.

Kesimpulannya, Islam sebagai al-Din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka menjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti, bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia ditegak di atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

MANUSIA DAN AGAMA SECARA UMUM

Manusia dan Unsur Kejadiannya

Manusia merupakan ciptaan teragung Allah S.W.T. Walaubagaimanapun,manusialah satu-satunya makhluk yang sekian lama mengkaji dan mencari-cari dan akan terus mengkaji dan mencari hakikat dirinya,melalui hasil dari naluri hati yang ingin tahu yang mana telah sekian lama wujud dalam diri manusia. (Haron Din, 2001 : 12)

Akan tetapi manusia tidak mampu akan hakikat kejadian dirinya sehinggalah diberitahu oleh Maha Penciptanya. Allah S.W.T menerangkan akan kejadian hakikat manusia kerana dengan atas kehendak-Nya maka wujudlah makhluk yang dinamakan manusia diatas muka bumi ini.

Ini dijelaskan oleh Allah didalam firman-Nya yang bermaksud: “Tidak Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui(segala-galanya)? Sedangkan Ia amat halus urusan tadbirNya , lagi amat mendalam pengetahuanNya! Maha mengeahui dengan segala ciptaan”(Al-Mulk:14)

Dengan wujudnya ayat diatas maka terbukti benarlah bahawa Allah itu adalah yang menciptakan manusia maka Dialah yang mengetahui proses-proses penciptaan manusia dari awal penciptaan hingga lengkap menjadi seorang makhluk yang sempurna.

Dari segi penciptaan manusia terbahagi kepada dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani. Didalam al-Quran ada menyebut dan menceritakan secara terperinci tentang proses-proses kejadian manusia bermula dari nabi Adam A.S hinggalah kepada kita hari ini.Diantaranya ayat dari surah Al-anbiya ayat ke 30 yang menyatakan bahawa kejadian manusia pada hari ini adalah berasal daripada tanah.

Secara ringkasnya,manusia ini diciptakan daripada tanah di Bumi. Ini kerana kajian manusia menerusi Ilmu sains menyatakan bahawa manusia mempunyai ciri-ciri yang wujub diatas muka bumi ini.Namun begitu, pernumuan ini tidak dianggap sebagai hakikat ilmiah kerana Al-Quran telahpun menceritakan tentang hal perihal kejadian manusia dari awal hinggalah terbentuknya seorang makhluk bernama manusia. (Haron Din, 2001 : 12)

Page 4: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

4

Oleh kerana itu,manusia muncul sebagai makhluk yang istimewa. Keistimewaan ini disebut sendiri oleh Allah didalam Al-Quran yang bermaksud :“sesungguhnya Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian” (surah At-tin, ayat 4)

Diantara aspek keistimewaan yang wujud didalam diri seorang manusia yang dapat menjadikan manusia itu lebih mulia daripada para malaikat dan menjadi lebih hina daripada haiwan disisi Allah S.W.T adalah akal,naluri nafsu dan anggota fizikal yang menbantu akal dan nafsu.(Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 2010 : 22).

Diantara ayat-ayat Al-Quran yang menyokong penyataan diatas mengenai manusia adalah: “ Bukankah Kami sudah berikan kepadanya dua mata,lidah dan dua bibir” (Surah Al-Balad,8-9)

“Dijadikan pada pandangan manusia nafsu cinta kepada wanita,anak-anak harta yang banyak daripada emas,perak,kuda,haiwan ternakan dan s.a.wah ladang.”(Surah Ali imran,14)

Sebab utama terciptanya manusia adalah untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah ini.Ini merupakan satu amanah yang amat besar dan berat akan tetapi manusia dapat mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya dengan adanya pertolongan daripada Allah S.W.T. Akan hakikat manusia ini sebagai hamba Allah bukanlah satu masalah akan tetapi satu perhormatan daripada Allah kepada makluknya yang paling tinggi yang dianugerahkan Allah sepertimana yang ditegaskan oleh Allah sendiri didalam Al-Quran. (Haron Din, 2001 : 21)

Akan tetapi,bukan setiap manusia itu harus digelar sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.Ini kerana seseorang manusia itu jika mahu menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini haruslah menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konseppengabdian diri kepada Allah terlebih dahulu. (Haron Din, 2001 : 22)

Konsep Agama

Sebagaimana yang diketahui masyarakat umum,pelbagai jenis agama telah wujud dimuka bumi ini dan dianuti oleh pelbagai latar belakang jenis manusia. Ini menggambarkan bahawa manusia ini tidak boleh dipisahkan dengan mencari asas-asas kebenaran untuk beragama. Akan tetapi secara fitrahnya agama yang benar disisi tuhan yang satu yakni Allah S.W.T adalah agama Islam. Ini kerana Islam merupakan agama yang mempunyai bukti yang kukuh tentang kewujudannya dan Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah.(Abdul Rahim Al-Hassaniyyah,Agama Allah,59). Sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya agama yang sebenar disisi Allah adalah Islam”(Surah Ali Imran:19)

Agama Allah iaitu Islam merupakan satu undang-undang dan peraturan hidup daripada Allah Taala yang telah dilengkapkan dan disempurnakan di zaman kerasulan nabi Muhammad S.A.W . Agama Islam merupakan agama yang menjaga keselamatan

Page 5: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

5

penganutnya dan mempunyai dasar kasih sayang yang meliputi undang-undang dan peraturan hidup manusia.(Abdul Rahim Al-Hassaniyyah, 2005 : 59). Sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran yang bermaksud: “Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi Kamu agama Kamu dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhai Islam itu menjadi agama untuk Kamu” (Surah Al Maidah:3)

Sepertimana yang dapat diumpamakan bahawa sesebuah negara itu tidak boleh wujud dua atau lebih pemerintah kerana akan wujudnya persaingan dan perbalahan sesama pemimpin. Ini boleh disamakan dengan agama Allah S.W.T. Disisi Allah cuma terdapat satu agama yang diredhai oleh Allah yakni agama Islam.Allah merupakan tuhan yang esa dan sudah semestinya Allah mempunyai satu agama yang diredhai-Nya iaitu agama Islam. Sepertimana firman Allah didalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :“Barangsiapa mencari agama lain selain Agama Islam,maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran:85)

Justeru itu,sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam itu adalah satu ajaran yang mentauhidkan Allah S.W.T,patuh,tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang wahyu datang daripada Allah S.W.T. (Haron Din, 2001 : 26)

Akan tetapi, ayat-ayat didalam Al-Quran Al-karim pula memberikan belbagai makna,kadang-kadang Al-Quran menjadikan Islam itu sebagai lawan bagi syirik. Sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad) : patutkah aku mengambil penolong selain Allah yang menciptakan langit dan bumi. Dan ia pula memberi,makan dan Ia diberi makan?”katakanlah” Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah(Islam). Dan (aku diperintahkan dengan Firman-Nya). Janganlah sekali-kali jadi golongan orang-orang musyrik” (Surah Al-Anam: 14)

Ini bererti bahawa manusia itu jika tanpa agama akan tetap melaksanakan keinginan semulajadinya itu terutamanya dalam membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.(Abdul Rahim Al-hassaniyyah, 2005 : 72).

Keperluan Manusia Kepada Agama

Manusia dengan fitrah beragama tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Allah telah menjadikan alam yang terbentang luas ini dan menjadikan manusia dan hikmat menurut iradat dan kudrat yang Maha Tinggi. Tiap-tiap satu kejadian dan ciptaan Allah sepertimana bumi beredar,bergerak,berjalan menurut peraturan-peraturan dan ketentuan Allah yang sangat-sangat rapi dan halus.

Begitu jugalah sepertimana kejadian manusia sebagai khalifah atau pemimpin Allah dimuka bumi ini. Manusia juga perlu mengikuti dan menuruti apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang Esa iaitu Allah S.W.T. (Haron Din, 2001 : 32)

Page 6: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

6

Ini kerana akal fikiran manusia ini tidak dapat atau tidak mampu mencapai apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Oleh kerana itu,Allah telah mengutuskan para Nabi dan Rasul Nya untuk menyampaikan ajarannya kepada umat manusia.

Bayangkan jika Allah S.W.T tidak memberi bimbingan kepada umat manusia dengan adanya satu panduan ataupun undang-undang hidup,maka nafsu manusia akan menjadi raja dan akan bermaharajalela.Maka dengan itu berlakunya kezaliman ,penindasan, dan kerosakan di permukaan bumi ini kerana angkara nafsu jahat yang memerintah manusia hanya disebabkan mereka tidak mempunyai satu panduan hidup yang lengkap(Abdul Rahim Al-hassaniyyah, 2005 : 72). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “telah tampak kerosakan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia.” (Surah Ar-Rum:41)

Ada banyak persoalan dan pekara yang diluar jangkauan kemampuan pengetahuan umat manusia. Segala rahsia ini tidak boleh diselami oleh otak manusia semata-mata. Lebih-lebih lagi pekara-pekara yang bersangkutan dengan pekara ghaib seperti siapakah sebenarnya Allah S.W.T pencipta, pengurus dan pentadbir alam semesta ini? Apakah hakikat hidup dan mati? Perihal alam kubur, Hari Kiamat,Hari Pengadilan. Semua ini adalah diluar jangkauan pemikiran dan kefahaman umat manusia. (Abdul Rahim Al-hassaniyyah, 2005 : 74)

Jesteru itu, perlu adanya satu pedoman hidup yang lengkap agar dapat menhuraikan dan menjawab segala persoalan misteri tersebut diatas. Oleh kerana itu,Allah telahpun mengutuskan para utusannya demi menjawab segala persoalan yang timbul dikalangan umat manusia dan terbukti dengan adanya kitab Allah yang menyokong hujah-hujah dan keterangan yang dikemukakan oleh para Nabi dan Rasul Allah.

PENGERTIAN AGAMA ISLAM

Apabila disebut sebagai “Islam” kebanyakan orang akan memahami ia merujuk kepada suatu sistem kepercayaan dan ibadat yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang disebut ‘agama’. Sebanarnya ini tidak tepat kerana Islam bukan hanya sekadar sistem kepercayaan dan ibadah tertentu. Istilah yang seringkali diterjemahkan sebagai agama atau religion adalah tidak sama.

Pengertian Islam

Dalam membicarakan tentang pengertian kita tidak dapat lari dari dua konsep pengertian, iaitu pengertian dari sudut bahasa dan istilah. Islam dari sudut bahasa berasal dari perkataan Arab iaitu salima yang membawa maksud selamat, sentosa dan sejahtera. Dari perkataan salima diubah kepada aslama yang bermaksud berserah diri dalam kedamaian. Oleh itu, orang yang menyerah diri, patuh dan taat kepada Allah itu digelar seorang Muslim.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa Islam dari sudut bahasa membawa makna patuh, taat, tunduk dan berserah diri kepada Allah dalam upaya mencari kebahagian dan keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat. ( Asmawati Suhid, 2009 : 1)

Page 7: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

7

Pengertian Islam dari sudut istilah pula membawa makna pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah bagi yang mampu. Pengertian ini diambil dari hadis Rasulullah ketika menjawab pertanyaan Jibril tentang Islam yang bermaksud “al-Islam itu ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan mengerjakan Haji bagi yang mampu.” (Sahih Muslim)

Menurut sesetengah ulamak ada mentakrifkan bahawa Islam itu merupakan jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh manusia iaitu dari mana manusia datang, mengapa manusia datang dan ke mana kesudahan manusia?. Dalam hal ini, hanya Islam yang mampu menjawab persoalan-persoalan ini dengan memberi jawapan yang menepati fitrah akal manusia.

Ada juga yang mentakrifkan bahawa agama Islam itu ialah seluruh ajaran dan hukum-hukumnya yang terdapat di dalam al-Quran yang diturunkan dari Allah, diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada segenap umatmanusia yang ada di dunia ini untuk mencapai kehidupan akhirat yang hakiki. ( Beni Kurniawan, 2009 : 3 )

Islam Sebagai Al-Din

Perkataan din merupakan istilah khusus dalam al-Quran yang bermaksud sistem hidup, cara hidup, peraturan dan perundangan hidup. Islam sebagai al-din membawa makna Islam adalah satu-satunya sistem hidup atau peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi panduan umat manusia. Islam merupakan satu-satunya din yang diredhai Allah yang memandu manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat. Cara hidup yang serasi dengan hukum-hukum alam dan tidak merosakkan alam sekeliling. Hal ini kerana dasar-dasar dan pengajarannya adalah serasi dan sesuai dengan kejadian alam. ( Dato’ Dr. Harun Din, 2007:3 )

Perkataan al-din pada hakikatnya membawa makna yang lebih luas dari sudut skop dan ruang lingkupnya daripada agama. Perkataan din apabila dilihat sebagai istilah yang khusus dalam al-Quran mencakupi seluruh aspek kehidupan manusis di dunia dan akhirat. Ini merupakan satu istilah yang mengandungi empat elemen penting iaitu kekuasaan allah Yang Maha Mutlak, penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dan kesetiaan kepada kuasa yang Maha Mutlak, iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yang Maha Mutlak kekuasaannya dan ganjaran yang akan diberi sama ada baik atau buruk dari pihak yang Maha Berkuasa.

Allah telah menegaskan di dalam al-Quran bahawasanya agama-agama yang wujud di dunia ini selain daripada agama Islam tidak akan mendapat disisi Allah. Sesiapa yang menganuti dan mempercayai agama selain daripada Islam ia tergolong daripada orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Sebagaimana firman Allah s.w.t, mafhumnya : “sesiapa

Page 8: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

8

yang mencari din ( agama ) selaian agama Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat kelak”( surah Ali-‘Imran :85 )

Dalam hal ini Islam buka sahaja agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad bahkan ia dibawa oleh semua Nabi- nabi yang terdahulu semenjak Nabi Adam a.s sehinggalah kepda Nabi Muhammad s.a.w. Para Rasul mendakwah manusia kepada Islam, menerangkan kepada manusia akidah yang benar, meletakkan syariat yang sesuai dan mengajar manusia berakhlak dalam kehidupan.

Islam menggalakkan supaya ummatnya berusaha menuju kepada pembentukan manusia yang sempurna sedaya-upaya yang boleh. Ia juga mengkehendaki supaya setiap kelakuan, perbuatan, perkataan, pemikiran dan kecenderungannya bersetuju dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Islam. Dalam mencapai tujuan yang tinggi itu, setiap Muslim mestilah menjalani hidup berlandaskan sistem hidup yang telah digariskan dalam Islam. Jika mereka tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup yang utama, hidup mereka pasti akan kucar-kacir, porak-peranda, terjerumus dalam kehancuran dan gagal memeperolehi kajayaan dan kesejahteraan. Oleh yang demikian sebagai seorang Muslim, hanya Islamlah cara hidup yang sesuai. ( Dato’ Harun Din 2007 : 6 )

Allah telah menegaskan bahawa Dia telah sempurnakan kepada umat manusia Islam sebagai cara hidup. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.( surah al-Maaidah : 3)

Penyelewengan Daripada Ajaran Islam

Akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah akan menyebabkan amalannya tidak akan mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t. Kita dapat lihat betapa pentingnya akidah dengan buktinya banyak ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad di Makkah menjurus kepada Akidah untuk membaiki akidah manusia pada masa itu yang percaya kepada ajarah jahiliah.

Page 9: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

9

Menurut Kamus Dewan, seleweng membawa maksud menyimpang dari arah yang betul. Dalam hal ini perkataan sesat membawa maksud yang sama dengan menyeleweng. Justeru, apabila disebut penyelewengan akidah atau ajaran sesat ia merujuk kepada Muslim yang menyeleweng daripada landasan akidah Islam yang sebenar atau mula menjauhkan diri daripada pegangan akidah yang benar. Muslim dianggap menyeleweng dan menjauhkan diri dari akidah yang benar apabila dia mengingkari perintah dan larangan Allah dan sunnah Rasulullah.

Di zaman moden ini, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah yang berlaku dimana-mana sahaja sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ini merupakan penyelewengan akidah yang amat rumit untuk diperbetulkan. Antara penyelewengan yang semakin meluas pada zaman serba moden hari ini ialah membebaskan diri daripada ikatan agama. Situasi ini berlakua apabila Muslim merasakan agama Islam sebagai aspek kehidupan yang boleh ditinggalkan mengikut kepentingan diri dan keadaan semasa. Apabila agama tidak lagi diperlukan bagi memenuhi cita-cita hidup, agama mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada ruang pemikiran dan realiti hidup. ( Ahmad Zaki Engku Alwi, 2007 : 120 )

Satu lagi jenis penyelewengan akidah yang berlaku adalah merasakan bahawa agama Islam terlalu suci. Oleh itu, ia tidak boleh dicampuradukkan dengan urusan dunia, seperti politik, ekonomi dan sebagainya.

Jika dilihat dalam sejarah agama-agama samawi yang terdahulu seperti Kristian dan Yahudi penyelewengan ini sudah pun berlaku. Pemikiran berkenaan ketuhanan dan segala yang berkaitan dengan agama dipisahkan dengan perkara yang berkaitan duniawi yang mana ia dikenali sebagai sekularisme.

Faktor utama yang menyumbang kepada penyelewengan akidah dan kemunculan ajaran sesat ialah tas.a.wuf Teosofi atau Tas.a.wuf Falsafah, fahaman batiniah, syiah, amalan khurafat, dan penggunaan akal tanpa batas.

Jika ditinjau dalam kalangan umat Islam Malaysia, ajaran sesat atau penyelewengan akidah semakin menjadi-jadi. Antara ajaran sesat yang yang dapat dikesan ialah gerakan Arqam, Ayah Pin, Rasul Melayu dan banyak lagi.

Penyelewengan akidah ini memberi ancaman kepada umat Islam secara amnya dan kepada agama Islam khususnya. Antaranya ialah penyelewengan dalam akidah akan menyebabkan perpecahan umat dan akan menghancurkan Islam dari dalam, mencela ulama muktabar iaitu dengan mendakwa diri atau kumpulan mereka mengetahui ilmuhakikat, sedangkan ulama muktabar dan ulama semasa mengetahui ilmu zahir sahaja. Ilmu zahir bagi mereka tidak lebih daripada perkara kulit sahaja, perkara batinlah yang mereka anggap ilmu sebenar. Penyelewengan ini juga turut mengubah keilmuan agama dengan cara membuat takwilan atau seumpamanya dalam agama. (http://myenthusiasts.org/fz150i/index.php?topic=2545.0;wap2, diambil pada tarikh 26 april 2013 )

Page 10: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

10

Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan di sini bahawa penyelwengan akidah atau ajaran sesat akan sentiasa mengancam keimanan kita sehingga hari kiamat tiba. Ini kerana janji syaitan kepada Allah yang berjanji akan menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat melainkan hamba-hamba Allah yang beriman.

Justeru, bagi menjauhi diri kita dari terjebak dengan penyelewengan akidah ini, kita haruslah mendalami ilmu agama yang betul berdasarkan apa yang telah digariskan dalam Islam yang tercatat kemas dalam al_quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Sumber Sumber Ajaran Islam

Ajaran Islam terbina atas asas sumber yang diberikan oleh Allah kepada umat manusia. Sumber ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang utama.

1. Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah.2. Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada; ijmak dan qias

SUMBER ASASI

AL-QURAN

Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang bererti bacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran juga disebut dengan Al-Furqan, Al- Kitab dan Az-Zikr. Menurut Ibnu Taimiyah makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadah. Al-Qur’an adalah kalamullah,  firman Allah ta’ala. Ia bukanlah kata-kata manusia. Bukan pula kata-kata jin, syaithan atau malaikat. Ia sama sekali bukan berasal dari pikiran makhluk, bukan syair, bukan sihir, bukan pula produk kontemplasi atau hasil pemikiran filsafat manusia. Hal ini ditegaskan oleh Allah ta’ala dalam Al-Qur’an surat An-Najm ayat 3-4 maksudnya : “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya”.

Penurunan Al-Quran

Al-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajuga merupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari itu Al-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala- galanya baik secara umum atau khusus.

Penurunan Al-Quran telah dilakukan secara beransur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. la bermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah.

Menurut Sheikh Manna’ Qattan dalam bukunya Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, proses penurunan al-Quran berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama ia diturunkan daripada luh mahfuz ke langit dunia secara sekali gus. 

Page 11: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

11

Peringkat kedua pula diturunkan daripada langit dunia kepada Nabi s.a.w secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril as. al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur ini mengambil masa selama hampir 23 tahun. Iaitu selama 10 tahun di mekah dan 13 tahun di madinah.

Ciri Ciri Kelebihan Alquran

Al-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitab yang lain:

a) la diturunkan dalam bahasa Arab. Ini membezakannya dari kitab-kitab. Samawi yang lain. Tidak pemah terdengar wujudnya kitab yang lain ditunmkan dalam bahasa Arab. Perkara ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dengan firmanNya yang bermaksud: " Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebagai) bacaan yang berbahasa Arab, supaya kamu berfikir" (Yusuf:2)

b) Al-Quran turun sebagai Wahyu daripada Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz dan maknanya sekali.

c) Al-Quran menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah telah mencabar orang-orang Arab agar membuat satu kitab yang sama seperti Al Quran. Tetapi mereka tidak mampu melakukannya. Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quran bukanlah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

d) A-Quran disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalan penulisan dari sisi Rasullah s.a.w hingga ke hari ini. Ketetapanya adalah diyakini, tidak diresapi oleh pengubahan atau penukaran atau peminda Firman Allah: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar- benar memeliharanya" (Al-Hijr, 9)

e) Membaca Al-Quran di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikira ibadah dan diberikan pahala. Allah s.w.t mewajibkan kita membaca surah al-Fatihah dalam sembahyang. Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa seseorang Muslim akan diberi ganjaran pahala bacaannya bagi setiap hurufdengan sepuluh kebaikan.

AL- SUNNAH

Al-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela. Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah beerti segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunya taqrir(pengakuan).

Al-Sunnah adalah sumber asasi yang kedua selepas alQuran. la berperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quran secara praktikal dalam melaksanakan tuntutan al-Quran.

Page 12: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

12

Pembahagian Al-Sunnah

Sunnah boleh dibahagikan secara umum kepada 3 bahagian utama iaitu sunnah Qauliyyah, filliyah taqririyyah.

a) Sunnah qauliyyah Sunnah qauliyyah ilah sunnah nabi dari sudut perkataan. Segala perkara yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w itu ialah sunnah dari sudut perkataan.contoh sunnah qauliyyah umpamanya sabda nabi “setiap amalan bergantung kepada niat”

b) Sunnah filliyah Sunnah filliyah ialah merujuk kepada segala tindakan perbuatan nabi. Contohnya ialah amalan yang dilakukan dari sudut ibadah seperti solat, puasa haji,zakat dan lain lain.

c) Sunnah TaqririyyahSunnah ini ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucapa dan dilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidak membantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatu dihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahui mereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah atau mendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betul dan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabat memakan dhab dengan mendiamkan diri

CIRI CIRI KELEBIHAN AL-SUNNAH

1. Sunnah membentuk keperibadian seorang Muslim.Orang yang melaksanakan perbuatan serta perlakuan yang mengikut cara rasulallah akan menjadikan orang itu sebagai mukmin sejati. Orang yang bukan Islam akan mudah untuk melihat keindahan Islam tetapi jika orang Islam tidak melaksanakan maka ia akan menyebabkan Islam dipandang seroang dan negatif.

2. Kehidupan akan diberkatiSeorang Muslim yang mengamalkan sunnah ialah akan hidup dalam barakah Allah. Setiap amalan yang bersandarkan sunnah mempunyai pelbagai hikmah. Keberkatan itu akan membawa kepada ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.

3. Agama tidak tercemarJika setiap mukmin melaksanakan apa yang diperintah Allah berlandaskan sunnah maka islam tidak akan dipandang serong oleh golongan bukan islam. Islam mudah tercemar jika seorang penganutnya tidak melaksanakan perkara yang patut diamalkan dengan cara yang terbaik.

4. Ditakuti musuh atau syaitan

Page 13: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

13

Syaitan amat membenci setiap perkara atau ibadat terutama jika berkaitan dengan sunnah nabi muhamad s.a.w. Orang yang melakukan perkara mengikut cara Nabi akan dibenci oleh syaitan tapi dalam masa yang sama akan mudah untuk di sayangi ALLAH s.w.t.

AL-IJTIHAD

Sumber ijtihad terbahagi kepada al-Ijma dan al-Qiyas. Sumber ini merupakan sumber ketiga yang ada dalam Islam

Al-Ijma

Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama ialah keazaman . dalilnya Ialah surah yunus 71Maksudnya:. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad) perihal Nabi Nuh, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri. oleh itu, Tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu-sekutu kamu untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapku; kemudian janganlah hendaknya rancangan jahat kamu itu, kamu jalankan secara tersembunyi (tetapi biarlah terbuka); sesudah itu bertindaklah terus terhadapku dan janganlah kamu tunggu-tunggu lagi.

Kedua ia bermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasil dengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidak mungkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulama usul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara.

Syarat Orang yang Ingin Melakukan Ijmai. Hendaklah persepakatan itu berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan dari

kalangan mereka, maka tidak dikira ijma.ii. Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jika

sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tida sepakat.

iii. Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.

iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram, harus dan sebagainya.

Page 14: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

14

v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.

vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zamantersebut.

Kepentingan Ijma kepada masyarakat kini ialah dari sudut pengambilan hukum agar manusia pada zaman moden tidak kan tersasar daripada melakukan perkara yang salah dan juga masyarakat mempunyai panduan dalam perkara khilaf.

Al-Qias

Qias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatu yang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya.

Contoh al qias ialah antara persoalan semasa berkaitan dengan al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini ialah dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak, dan benda-benda lain yang memabukkan baik dengan cara suntikan, hisap atau sedut, telan, hidu dan minum.  Pengharamannya atas dasar atau illah dan sebabnya ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Untuk itu ditinjau dalam konteks semasa kini terdapat berbagai jenama benda yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan sebagaimana yang dijelaskan di atas. Hukuman yang dikenakan ialah takzir bukan hudud (hudud khusus untuk peminum arak).

Rukun Al-Qias

Bagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emapt rukun berikut;

i. Asal,  sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil yang qat’i: contohnya arak sabit hukumnya berdasarkan al-Quran.

ii. Hukum asal, iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam al-Quran, hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil yang hendak diqiyas, contohnya hukum haram arak.

i. Cabang atau furu’ iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam al-Quran, hadis dan ijmak contohnya todi, dadah, dan wisky.

ii. Illah iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang sama dengan hukum furu’ atau baru contohnya sifat mabuk pada arak dan dadah atau todi dan wisky.

KEISTIMEWAAN ISLAM

Page 15: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

15

Islam adalah agama yang terbaik dan satu satunya agama yang diterima Allah. Terdapat banyak keistimewaan agama Islam. Di sini dinyatakan kelebihan dalam lima perkara asas:

1. Rabbaniyah

Islam adalah agama Allah, agama wahyu yang tidak ada campur tangan sesiapa. Islam sebagai agama rabbani sudah tentu mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai dengan Penciptanya yang Maha Tinggi. Islam disebarkan oleh rasul pilhan Allah yang maksum dan mempunyai kitab yang lengkap. Ajaran Islam adalah menyeluruh, sempurna dan sesuai untuk setiap tempat, masa dan keadaan. Bagaimana hebat dan sempurnanya Pencipta, begitulah sifat Islam yang sempurna. Oleh itu, islam berbeza dengan agama lain yang dicipta oleh manusia yang bersifat lemah seperti agama Budah, Sikh, Hindu dan lain-lain yang diistilahkan sebagai agama budaya.

2. Syamil dan Kamil

Islam adalah agama Allah, agama wahyu yang tidak ada campur tangan sesiapa. Islam sebagai agama rabbani sudah tentu mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai dengan Penciptanya yang Maha Tinggi. Islam disebarkan oleh rasul pilhan Allah yang maksum dan mempunyai kitab yang lengkap. Ajaran Islam adalah menyeluruh, sempurna dan sesuai untuk setiap tempat, masa dan keadaan. Bagaimana hebat dan sempurnanya Pencipta, begitulah sifat Islam yang sempurna. Oleh itu, islam berbeza dengan agama lain yang dicipta oleh manusia yang bersifat lemah seperti agama Budah, Sikh, Hindu dan lain-lain yang diistilahkan sebagai agama budaya.

3. Waqie atau Praktikal

Islam adalah agama yang membicarakan persoalan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan makhluk lain dan hubungan manusia sesama manusia. Bagi kelangsungan dalam memakmurkan muka bumi Allah dan menetapkan hukum-hukum Allah, manusia selain berinteraksi dengan Allah dalam ibadah khusus, manusia juga berinteraksi sesama manusia dan makhluk lain dengan sistem hidup yang lengkap ini. Islam adalah agama yang bukan hanya berteori, tetapi ia amat praktikal dan didalam batas kemampuan manusia.

4. Tinggi atau Agung

Keagungan dan ketnggian Islam adalah titik tolak dari keseluruhan sifat kesempurnaan Allah iaitu Keesaan-Nya dan Ketunggalan-Nya. Islam agung kerana tidak ada agama yang setanding dengannya. Hanya ia satu-satunya agama yang diperakui di sisi Allah s.w.t. Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman dengan maksud: “Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam”. (Surah ali-Imran:19)

Ketinggian Islam adalah dari Penguasa Yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggi jika dibandingkan dengan agama-agama lain yang ada di dunia ini. Malah adalah tidak layak untuk membandingkan

Page 16: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

16

Islam dengna agama-agama budaya ciptaaan manusia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud, “Islam itu tinggi dan tidak akan ada yang lebih tinggi darinya’. (sahih bukhari)

5. Universal atau Sejagat

Islam bersifat universal. Ia tidak diturunkan untuk sesuatu kaum atau kepada sesuatu tempat yang tertentu sahaja, malah ia diturunkan untuk seluruh alam. Perutusan Rasullah s.a.w sebagai penyebar kepada agama suci ini adalah semata-mata untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan kami tidak mengutuskan Engkau, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam”. (Al-Anbiya’:107)

Islam juga tidak diutuskan kepada kaum atau puak tertentu. Oleh itu Islam tidak menilai kemulian seseorang itu berdasarkan kepada keturunan, warna kulit wajah atau rupa bentuk, Allah memberikan penilaian muktamad adalah berdasarkan ketakwaan dan kepatuhan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bahawa beragama atau beraqidah adalah naluri atau fitrah semulajadi yang telah sedia ada yang diletakkan oleh Maha Pencipta pada setiap insan. Naluri ini tetap ada dalam diri setiap manusia.. Sekiranya manusia itu bersih jiwanya sejak awal kelahirannya maka ia akan dapat mengenali Allah dalam kelurusan dan kesempurnaannya. Kekotoran unsur kebumiannya dan kekotoran unsur nafsunya serta faktor alam sekeliling juga kebudayaannya menyebabkan manusia telah melupakan fitrah beragama atau berakidah dan tuntutan-tuntutannya.

Walaupun betapa tebal kelalaian atau kealpaan manusia itu namun dalam detik tertentu manusia itu dengan sendirinya menyedari hakikat lersebut. Dalam detik inilah fitrah yang selama ini terpendam jauh dalam dasar laut kelupaan telah muncul berteriak dan melaung untuk kembali kepada Allah Maha Penciptanya, untuk memohon bantuan atau pertolongan dari kesusahan dan bahaya. Bahkan orang yang sengaja menafikan atau mengingkari fitrah semulajadi ini akan kembali mengakuinya ketika maut telah mencengkam ke atas jiwanya. Ternyata Islam adalah ad-din yang diturunkan oleh Allah amat sesuai dengan fitrah manusia.

Islam adalah al-din yang mencakupi seluruh bidang kehidupan. Ajaran-ajaran Islam adalah dalam bentuk kesepaduannya yang sempurna. Ia mesti diterima seluruhnya dan tidak boleh dipecah-pecahkan, diterima sebahagian dan ditolak sebahagian yang lainnya.

Segala cabang ajaran Islam dalam kesatuannya dapat diumpamakan sebagai tubuh manusia, di mana setiap anggota tubuh itu hanya dapat berperanan selagi ia masih menjadi sebahagian dari tubuh itu. Tetapi jika ia sudah dipisahkan, umpama kaki yang sudah dipotong, maka tentulah ia tidak mungkin lagi berperanan sebagai kaki. Demikian juga halnya dengan aspek-aspek tertentu dari ajaran Islam seperti aspek ekonomi atau perundangannya, tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya ia tidak diasaskan kepada dasar aqidah Islam dan ruang lingkup tuntutan akhlaknya.

Page 17: Artikel 2 modul pendidikan muallaf pengenalan islam

17

Justeru itu, manusia hendaklah menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka, pastilah mereka akan beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan dikurniakan dengan kebahagiaan hidup yang berkekalan di akhirat.

RUJUKAN

Abdul Ghani Azmi b. Idris 1999.Bagaimana Islam Berpolitik dan Memerintah.Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers.

Abdul Rahim Al-Hassaniyyah 2005,Agama Allah,Rahmat Dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam ,Al – Hassaniyyah sdn bhd. Kuala Lumpur

Ahmad Zaki Engku Alwi. 2007. Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong. Pahang. PTS Islamika

Asmawati Suhid. 2009. Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Asmawati Suhid 2009. Pendidikan Akhlak dan Adab Islam.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Beni Kurniawan. 2009. Pendidikan Agama Islam Untuk Perguruan Tinggi. Indonesia. Gramedia Widiasarana Indonesia (Grasindo).

Harun Din .2007. Islam Ibadah Pembina Tamadun Manusia. Kuala Lumpur. PTS Millinnea Sdn Bhd.

Ezani Yaakub 2009.Beberapa Aspek Pemikiran Ekonomi & Kewangan Islam.Kuala Lumpur:Universiti (UPENA),UiTM.

John Cooper. 2008. Islam dan kemodenan. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Apa Kata Islam Mengenai Manusia Dan Alam,2010,PTS Islamika sdn bhd

Mohd Hapiz Mahaiyadin 2012. Ahli Politik Junior.Kuala Lumpur: Must Read Sdn BhdMuhammad Sholikhin. 2010. Ritual & Tradisi Islam. Jakarta. NarasiMuhammad Abdul Mannan 2007.Ekonomi Islam,Teori dan Praktis,jilid pertama.Kuala

Lumpur:A.S. NoordeenMuhammad Abdul Mannan 2007.Ekonomi Islam,Teori dan Praktis,jilid ketiga.Kuala

Lumpur:A.S. Noordeen.Olah H. Schumann. 2003. Agama Dalam Dialog. Jakarta. PT BPK Gunung MuliaZulkiple Abd. Ghani, Mohd. Syukri Yeoh Abdullah 2005.Dakwah Dan Etika Politik Di

Malaysia. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.http://az-esei-jan2010.blogspot.comhttp://ctu101az.blogspot.comhttp://azlanyusofpunding.blogspot.comhttp://drmaza.com