AROUSAL DAN ANXIETY SUKAN.ppt

13
Disediakan oleh: MOHAMAD IDRIS S.SYED AHAMED

Transcript of AROUSAL DAN ANXIETY SUKAN.ppt

  • Disediakan oleh:MOHAMAD IDRIS S.SYED AHAMED

  • Definisi kebangkitan (Arousal)Kebangkitan (arousal)Tahap kesediaan fisiologi yg berada dlm satu kontinum dari tidur yg lena sehingga kpd keseronokkan yg terlampau(Cox,1998). Kesediaan utk beraksi secara fizikal, intelektual, atau perseptual. (Cratty,1989) Aktiviti psikologi individu. (LeUnes dan Nation,1989) Tahap kesediaan fisiologikal utk beraksi secara fizikal, intelekltual atau perseptual yg tidak dipengaruhi oleh emosi. (Wann,1997)

  • Definisi kebimbangan (anxiety)KEBIMBANGAN (ANXIETY)Kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. (Wann,1997). Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

  • JENIS-JENIS KEBIMBANGANKebimbangan Seketika (State Anxiety)Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

  • JENIS-JENIS KEBIMBANGANKebimbangan Tret (Trait Anxiety)Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

  • JENIS-JENIS KEBIMBANGANKebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa. Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

  • JENIS-JENIS KEBIMBANGANKebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

  • SUMBER KEBIMBANGAN & TEKANANMenurut Endler (1978) kebimbangan seketika terhasil dari gabungan 5 faktor:Tekanan terhadap egoTekanan terhadap fizikal individuKetidaktentuanPerubahanPenilaian atau perbandingan sosial

  • mengukur kebimbanganSoal SelidikPemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal .Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan.

  • TEORI-TEORI KEBIMBANGANTeori Dorongan / Drive TheoryAsalnya hubungan diantara kebangkitan & prestasi adalah sebagai linear @ langsungKajian terkini tahap kebimbangan & kebangkitan yg terlalu tinggi akan mengalami penurunan dlm prestasinyaImplikasi kajian utk menjadikan suasana kondusif utk pembelajaran kemahiran yg baru adalah perlu utk mengekang kehadiran faktor-faktor yg menyebabkan kebangkitan & kebimbanganKemahiran yg sudah dipelajari & dikuasai, kehadiran orang ramai akan meningkatkan lagi pencapaian.

  • TEORI-TEORI KEBIMBANGANTeori U TerbalikTahap kebangkitan yg rendah, atlet tidak berada dalam keadaan bersedia tetapi apabila tahap kebangkitan tinggi, prestasi akan meningkat sehingga ke tahap prestasi puncakTetapi jika kebangkitan terus meningkat, prestasi akan menurunInverted U mengambarkan prestasi puncak beserta dengan tahap kebangkitan

  • TEORI-TEORI KEBIMBANGANTeori Zon Berfungi yg Optimum Hanin ( ZBO )ZOF atlet adalah tahap kebimbangan optima atlet yg mana akan membantu pencapaian cemerlang atletPrestasi buruk dijangkakan apabila tahap kebimbangan atlet di atas atau dibawah ZOF atlet tersebutBerbeza dengan inverted-U dlm dua aspek:pertama pencapaian optima tidak semestinya pada titik pertengahan tetapi berbeza mengikut indvidukedua ZOF bukan satu point tetapi satu bandwith.

  • SEKIANTERIMA KASIH

    *************