Arnab Yang Pemalas

14
ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab. KERBAU BALAR Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

description

nbhbhbhgv

Transcript of Arnab Yang Pemalas

ARNAB YANG PEMALASCerita kanak-kanak tentang dua sahabat.Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALARDalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang."Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPUDi sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

PAHLAWAN KEMERDEKAAN(kepada pahlawan Pahang)

Pahlawan!Jika hilangmu tanpa pusarajika pusaramu tanpa namajika namamu tanpa bungapenjajah mengatakan kau derhakamaka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silamInggeris datang meredah Pahangbersama peluru bersama senapangmembunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merahbukan sarap hilir ke kualabukan rakt mudik ke huluarus merahnya menjulang mayatpahlawan bangsa pahlawan rakyattujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!Untukmu derita untukmu penjarabukan bintang tersemat di dadasemangatmu api negara berdaulatnamamu terukir di jantung rakyat.

Tongkat Warrant1946

JIWA HAMBA

Menung seketika sunyi sejenakkosong di jiwa tak berpenghunihidup terasa diperbudak-budakhanya suara melambung tinggi

Berpusing roda, beralih masaberbagai neka, hidup di bumiselagi hidup berjiwa hambapasti tetap terjajah abadi

Kalau hidup ingin merdekatakkan tercapai hanya berkatatetapi cuba maju ke mukamelempar jauh jiwa hamba

Ingatan kembali sepatah katadari ucapan seorang pemukadi atas robohan Kota Melakakita dirikan jiwa merdeka

Tongkat Warrant1948

Syair Siti Zubaidah & Perang diChinaBaik parasnya bukan kepalangTubuhnya seperti emas cemerlangCahaya durjanya gilang-gemilangJika ditentang bagaikan hilangLemah lembut manis berseri-seriMajlisnya tidak lagi terperiParasnya seperti anakan periTiada berbanding di dalam negeriBertambahlah arif bijak laksanaBijak bestari akal sempurnaSifatnya lengkap tujuh laksanaTiada berbanding barang di manaJikalau dicari dengan makrifatCukup kepadanya serba empatHabis kepada sempurna sifatBandingnya itu sukar mendapatRambutnya panjang hitam lebatnyaKening beralit dengan hitamnyaMata hitam sangat hitamnyaBulu matanya lentik sangat eloknyaHidungnya mancung lehernya jijangPinggangnya ramping dadanya bidangLoknya elok sederhana sedangSedap manis mata memandangPuteri Zubaidah konon namanyaPatutlah nama dengan rupanyaDi negeri Irak sangat mashurnyaSeorang pun tiada tolok bandingnya

Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah)Setengah Perempuan terlalu janggalnya,Roma dimuka pula dicukurnya,Seperti taji berandam di keningnya,Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,Melihat laki-laki tampakkan muka,Supaya laki2 boleh meyangka,Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,Berhias berdandan berpakai molek,Didalam cermin muka ditelek,Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,Ada yang setengah kembang hidungnya,Serta pula kepik batangnya,Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,Habis dipenuhi rambut kepala,Rambut yang sikit disiputnya pula,Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,Kaki dan tangan,lengan dan jari,Jadilah rupanya putih berseri,Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,memakai gelang bertingkat-tingkat,Memandang laki2 matanya lekat,Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,Pura-pura dikatakan ubat segala,Hakikatnya diketahui Allah taala,Supaya laki2 berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat salah,Mudah-mudahan dilepaskan,Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,Inilah perangai banyak terjadi,Habislah tergadai intan serudi,Kerana perangai sudah membadi.

PANTUN MUHIBAH DAN PERPADUANKomsas Tingkatan 2:Pantun Muhibah dan Perpaduan

Petang hari pergi ke pekan,Pulang membawa sebungkus laksa;Hidup muhibah perlu diamalkan,Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,Masak dipetik satu persatu;Walaupun berlainan bangsa budaya,Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,Mengairi sawah beratusan relung;Bekerjasama segala urusan,Tanda bersatu bergotong-royong.

Tuan puteri dari kayangan,Senyuman manis seperti madu;Bermacam-macam keturunan bukan halangan,Untuk membina bangsa yang padu.

PANTUN TRANFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera;Hargai Merdeka,Sejahtera Malaysia.

Demi maruah bangsa yang gagah,Rela kutempuhi onak dan duri;Agar Malaysiaku terus megah,Dijajah semula rakyat yang rugi.

Bekalan warisan anak-anak merdeka,Disanjung dipuja setiap masa;Semangat patriotik tertanam di jiwa,Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.

Kukuh perpaduan demi 1Malaysia,Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;Mencintai negara terus membara,Salam perpaduan penuh keikhlasan.

Negara maju aman sejahtera,Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,Transformasi berjaya rakyat sejahtera.

Aman bahagia rakyat sejahtera,Rakyat sepakat dalam perpaduan:Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,Malaysia berada di puncak kejayaan.

AudioJudul bahan audio sastera dan pautanPaparan skrin

Arnab yang hilang

http://www.youtube.com/watch?v=MLZeiZ0_SGY

Cerita kura-kura dan arnab

http://www.youtube.com/watch?v=c5cJDc9fNoc

Kura-kura dan pelanduk curi rambutan

http://www.youtube.com/watch?v=S_n4dW1226M

Syair kerbau yang baik hati

http://www.youtube.com/watch?v=JuMnnLtZdFE

Syair nasihat

http://www.youtube.com/watch?v=w2vkM2lct84

Sajak hari guru

http://www.youtube.com/watch?v=sca2uQD3o6k

Sajak jika saya

http://www.youtube.com/watch?v=aPpSi09jY5E

Pantun teka teki

http://www.youtube.com/watch?v=oJgRHMRxx0s

Pantun raya sutera kasih

http://www.youtube.com/watch?v=zcaHgs8S4w4

Pantun raya setiap negeri

http://www.youtube.com/watch?v=XpAZT4aL5ZU

Video