ARNAB BEREKOR PENDEK

7

description

tahun 6

Transcript of ARNAB BEREKOR PENDEK

PowerPoint Presentation

CERITA ASAL USUL

ARNAB BEREKOR KONTOT

Ada seekor buaya tinggal di sebatang sungai. Di tebing sungai itu tinggal binatang lain seperti monyet,kerbau, kambing, lembu dan seekor arnab.Pada masa itu, arnab mempunyai ekor yang panjang seperti ekor musang. Timbul keinginan di hati buaya hendak makan arnab.

Buaya membuat helah dengan memanggil arnab untuk makan bersama-samanya. Arnab tidak tahu akan niat jahat buaya itu.Arnab pun melompat ke arah buaya sambil memakan rumput di situ. Buaya membuka mulutnya lalu menangkap arnab. Tangkapannya tidak begitu tepat. Arnab amat terperanjat tetapi tidak mudah tenggelam punca.

Arnab mendapat satu akal. Arnab berkata bahawa buaya tidak boleh mengaum seperti harimau. Buaya naik angin dan ingin menunjukkan kebolehannya mengaum. Buaya pun membuka mulutnya untuk mengaum. Arnab pun segera melompat keluar daripada mulut buaya.

Sebahagian ekor arnab yang panjang itu sahaja dapat ditangkapnya. Arnab meronta-ronta sehingga ekornya terputus. Arnab berekor kontot hinggalah sekarang.