APRESIASI TEKS SASTERA
-
Upload
anonymous-u8juex -
Category
Documents
-
view
313 -
download
1
description
Transcript of APRESIASI TEKS SASTERA
APRESIASI TEKS SASTERA : PUISI
TRADISIONALAHLI KUMPULAN :
NOR ZAFIRAH IBRAHIMSITI INTAN BADARIAH ABDUL LATIF
SITI AISYAH ROSLAN
PENSYARAH :EN. ROSLAN BIN CHIN
Puisi Tradisional
SelokaPantun
PANTUN
PENGENALAN
• Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika berdasarkan daripada penggunaannya yang paling meluas.
• Pantun telah lahir dalam masyarakat Melayu sebelum masyarakat pada ketika itu tahu membaca dan menulis dan terus berkembang sehingga kini sebagai slah satu warisan bangsa.
• Sebuah pantun mengandungi maksud yang ingin disampaikan selain mengungkap perasaan dengan bahasa yang halus dan indah.
DEFINISI
• Pantun didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap – tiap rangkap.
• Za’ba di dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965: 219), mengatakan bahawa penciptaan pantun merupakan puisi tertua dan milik asal kepunyaan masyarakat Melayu.
• Pantun merupakan puisi asli yang dimiliki oleh masyarakat Melayu serta paling awal muncul berbanding puisi yang lain (Harun Mat Piah, 1989: 122).
JENIS PANTUN
Pantun 2 kerat
Pantun 4 kerat
Pantun 6 kerat
Pantun 8 kerat
Pantun 12 kerat
CONTOH PANTUN
Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
Pantun 2 kerat
Pantun 4 kerat
CONTOH PANTUN
Pantun 6 kerat
Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.
Pantun 8 kerat
Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai.
CONTOH PANTUN
Pantun 12 kerat
Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.
Menurut Zainal Bakar (1983) secara umumnya pantun boleh
dikelompokkan kepada beberapa jenis berdasarkan isi iaitu :
Pantun adat
Pantun agama
Pantun jenaka
Pantun teka - teki
Pantun kepahlawanan
Pantun nasihat
Pantun peribahsa
Pantun kias
Pantun perantauan
Pantun perkahwinan
STRUKTUR PANTUN
Mempunyai rangkap- rangkap yang berasingan dan setiap rangkap boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea
Pantun terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan seperti dua kerat, empat kerat, enam kerat dan seterusnya.
Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan dengan suku kata antara lapan hingga dua belas
Skema rima pada hujung baris yang tetap iaitu a-b,a-b dan ada juga rima yang sama iaitu a-a, a-a
FUNGSI PANTUN• Menurut Harun Mat Piah ( 1989:189), seluruh kehidupan
masyarakat dapat digambarkan melalui pantun.
• Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai fungsi antaranya :
Alat komunikasi
Media pendidikan
Adat istiadat
Media hiburan
CIRI BAHASA PANTUN
• Berpola dan berentak- Baris pantun yang bersukat dan seimbang dengan pola rima di hujung dan di tengah baris, apabila diucapkan memunculkan rima yang menjadikannya mudah dihafaz dan diingat semula.
• Pemilihan kata berkaitan alam sekeliling-perkataan dalam pantun jelas diambil daripda alam unsur – unsur alam, objek, suasana, perlakuan manusia atau haiwan atau apa – apa sahaja yang berlaku disekeliling mereka contohnya penggunaan nama tumbuh – tumbuhan.
• Ringkas tapi padat- Kata – kata yang ringkas, padat dan tajam terangkum dalam bentuk perumpamaan, peribahasa dan pepatah.
• Pengulangan ayat atau perkataan-dapat membangkitkan ritma yang mengindahkan bunyi dan menimbulkan kesan atas bentuk pantun.
• Bahasa yang halus dan santun- Masyarakat melayu amat berhati – hati dalam melafazkan kata – kata kerana ditakuti melukai hati si pendengar lantaran nilai susila amat dipentingkan.
• Penggunaan lambang- Kepentingan pemakaian lambang- lambang dalam pentun
melayu sudah semestinya sejajar dengan pemakaian lambang – lambang dalam kehidupan bermasyarakat.
- Lambang di sini merangkumi perbandingan, perumpamaan, kiasan, ibarat dan perbahasa.
SELOKA
PENGENALAN• Berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati
dalam epik Mahabhrata dan Ramayana.• Namun, seloka Melayu tidaklah sama dengan bentuk seloka
yang terdapat dalam kitab Hindu tersebut.• Seloka merupakan rangkap yang dicipta untuk merumuskan
watak dan perwatakan watak – watak tertentu.• Watak – watak yang terkandung dalam seloka bertujuan
memberi pengajaran dan teladan yang amat tinggi nilainya.• Seloka membawa unsur mengejek, menyindir, menggiat,
mengusik dan bergurau senda.
DEFINISI• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007),
seloka bermaksud sejenis puisi yang mengandungi ajaran iaitu sindiran, jenaka dan lain – lain.
• Iladam (2005), seloka ialah karangan yang berbaris-baris yang tidak tentu bilangan barisnya.
• Harun Mat Piah ( 1989), seloka melayu ialah puisi bebas, tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris sama ada berima atau tidak.
JENIS SELOKA
BebasBebas dari segi rangkap, jumlah baris, jumlah
perkataan dan rima.
Terikat
Boleh wujud dalam bentuk pantun atau bentuk syair.
STRUKTUR SELOKADalam bentuk berangkap dan rima yang bebas
Ada yang bersifat bebas dan juga terikat
Mengandungi perkataan yang menyindir atau mengejek yang disampaikan dalam bentuk berangkap.
Mengandungi baris – baris yang berurutan dipenuhi unsur jenaka atau gurau senda
Digunakan untuk menyindir dan mendidik.
FUNGSI SELOKA• Alat kritikan sosial- Mengkritik perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa
menyinggung individu sasaran.
• Pengajaran dan panduan hidup- Mengambil pengajaran berdasarkan watak yang terdapat
dalam seloka.
• Alat untuk menghibur- unsur jenaka dalam seloka bertujuan untuk menghiburkan hati
CIRI BAHASA SELOKA
Mementingkan rima dan
bunyi
Pemilihan perkataan
memntingkan kesopanan
Ayat seloka pendek-pendek namun
Dipenuhi dengan kata – kata pepatah, bidalan atau
perumpamaan