“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7...

23
“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 1 “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” Hakcipta Terpelihara MEGA PROGRESIF

Transcript of “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7...

Page 1: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

1

“12 TEKNIK

DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

Hakcipta Terpelihara MEGA PROGRESIF

Page 2: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

2

12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG

Macam mana agaknya nak didik anak-anak zaman sekarang

dengan cara yang betul?

Setiap ibu bapa WAJIB tahu teknik ini.

Masa yang sangat pantas bergerak, ditambah pula dengan dunia

teknologi yang sangat pantas berkembang tidak lagi

mengizinkan anda hanya mendidik anak anda dengan cara yang

sama dengan zaman anda semasa kecil.

Bahkan, HAK anak anda untuk dididik ikut zamannya telah

diingatkan oleh Saidina Ali :

Page 3: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

3

“Didiklah anak-anak kamu mengikut ZAMAN MEREKA dan

bukan zaman kamu dilahirkan”.

Jadi, ibu bapa di luar sana janganlah risau. Saya akan kongsikan

cara-cara nak didik anak-anak zaman sekarang berdasarkan

pengalaman saya sebagai seorang guru di sekolah hampir 10

tahun.

Satu tempoh yang panjang dalam bidang pendidikan ini,

pastinya saya telah lalui beratus-ratus malahan beribu-ribu

karenah dan tingkah laku anak-anak di sekolah. Saya telah

berjumpa dengan ratusan ibu bapa di sekolah dan mendengar

pelbagai masalah anak-anak yang dihadapi.

Antara tips yang boleh anda amalkan sebagai ibu bapa untuk

MENDIDIK anak-anak anda zaman sekarang, khususnya dalam

mengatasi masalah pembelajaran anak anda ialah:

Page 4: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

4

1. Pastikan anak anda MENONTON TELEVISYEN

secara terhad pada hari sekolah.

Adakah anda tahu bahawa, berdasarkan kajian sebenar di

sekolah, televisyen antara punca kedua terbesar

menyebabkan anak anda TIDAK CEMERLANG dalam

pelajaran.

Pastikan anak anda hanya menonton televisyen SATU JAM

sahaja sehari ketika hari sekolah.

Kenapa anda perlu buat demikian? Ini bagi memastikan

FOKUS anak anda dalam pelajaran tidak terjejas.

Masa-masa yang lain anak anda WAJIB membuat

ulangkaji, belajar, tuisyen, mengaji dan aktiviti wajib yang

lain. Kawal anak anda menonton televisyen setiap hari

SANGAT PENTING untuk elakkan anak anda keletihan

menimba ilmu pada keesokan hari di sekolah.

Page 5: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

5

Tahukan anda bahawa televisyen boleh MENGIKIS fokus

anak anda dalam pelajaran termasuklah semasa membaca

buku atau belajar di dalam kelas?

Tonton televisyen tanpa kawalan menyebabkan

pelajaran anak anda MEROSOT teruk.

Page 6: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

6

2. Pastikan anak anda guna TELEFON BIMBIT,

KOMPUTER atau sebarang GAJET dengan terhad

semasa hari sekolah.

Di sini, saya berikan panduan kepada anda bagaimana cara

terbaik membenarkan anak anda guna telefon semasa hari

sekolah.

Apakah cara yang sepatutnya anda lakukan?

Jika anda mempunyai anak sekolah menengah, anda boleh

peruntukan masa 30 minit sahaja untuk anak membaca

Whatsapp Group Kelas. Kebiasaannya ramai guru kelas

mewujudkan whatsapp kelas untuk sampaikan maklumat

penting kepada pelajar.

Tapi, anda harus ingat. Tidak semua guru mewujudkan

whatsapp kelas!

Page 7: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

7

Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu

tentang kerja sekolah atau maklumat berkaitan sekolah

pada esok hari.

Jika anak anda beritahu, dia melihat telefon bimbitnya

untuk semak whatsapp kelas, saya cadangkan anda beri

kebenaran kepada anak anda untuk baca whatsapp pada

pukul 9.00 hingga 9.30 malam (30 minit sudah cukup!).

Jadi, tiada alasan untuk anak anda BERKEPIT 24 jam

dengan telefon kesayangannya…

Guna telefon bimbit berlebihan menyebabkan

anak anda LALAI dalam pelajaran

Page 8: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

8

3. Jika di rumah anda ada komputer, pastikan anda letak

di RUANG TAMU atau TEMPAT TERBUKA.

Adakah anda tahu komputer WAJIB diletakkan di ruang

tamu atau tempat terbuka jika anda ada anak?

Jika anda ada masalah ruang yang terhad di rumah, anda

boleh letakkan di dalam bilik. Pastikan bilik tersebut

TIDAK BOLEH DIKUNCI.

Kenapa perlu letak komputer di tempat-tempat yang saya

cadangkan di atas?

Supaya anda dapat pantau anak anda semasa anak anda

menggunakan komputer.

PENTING untuk anda pastikan anak anda tidak melayari

laman facebook, pornografi/lucah, bermain game atau

melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya khususnya

pada hari sekolah.

Page 9: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

9

Internet boleh mendatangkan KEBURUKAN

kepada anak anda jika salah guna

Page 10: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

10

4. Jangan sesekali biarkan anak anda KELUAR MALAM

tanpa sebab khususnya pada hari sekolah.

Kenapa saya tidak galakkan anak anda keluar waktu

malam?

Kerana untuk elakkan anak anda bergaul dengan individu

tidak sepatutnya di luar rumah. Apatah lagi, waktu malam

anak anda WAJIB membuat kerja sekolah atau mengulang

kaji pelajaran di rumah atau pergi tuisyen.

Berdasarkan temu bual saya dengan kebanyakan pelajar

CEMERLANG di sekolah, hampir semua pelajar

cemerlang berkongsi bahawa mereka tidak dibenarkan

keluar malam.

Kenapa mereka tak boleh keluar malam?

Sebab ibu bapa takut mereka bercampur dengan kawan

yang tidak sepatutnya.

Page 11: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

11

Jadi apa yang mereka BUAT waktu malam?

Waktu malam mereka akan ulangkaji pelajaran, kemas beg

sekolah dan tidur awal.

Banyak RISIKO jika anak anda

keluar malam terutama anak perempuan

Page 12: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

12

5. Anda perlu TEMAN anak anda belajar

Kenapa perlu teman anak anda belajar?

Berdasarkan kajian, teman anak ketika sedang belajar

memberi impak atau kesan sangat besar kepada JIWA anak

anda.

Anak anda akan menyerap aura positif daripada anda.

Tanpa anda sedar, anda sebenarnya telah beri suntikan

motivasi TERBAIK kepada anak anda untuk belajar

bersungguh-sungguh.

Anak sangat suka KEHADIRAN

ibu bapa di sisi mereka

Page 13: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

13

6. Anda perlu pastikan anak anda ada JADUAL HARIAN

yang mereka patuhi. Memberi ganjaran jika anak anda

mematuhi jadual tersebut.

Contoh ganjaran yang anda boleh beri kepada anak anda

ialah beri anak anda guna gajet (telefon bimbit, komputer

dan lain-lain) dengan pemantauan anda. Tetapkan had masa

untuk anak anda guna gajet tersebut.

Ganjaran lain yang anda rasa sesuai juga boleh diberikan.

Jika tidak beri ganjaran seperti di atas, anda juga boleh

berikan ganjaran dalam bentuk kata-kata seperti memuji

anak anda.

Setiap pelajar cemerlang ada

jadual harian sendiri

Page 14: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

14

7. Beri anak anda peluang buat AKTIVITI yang

DISUKAI pada hari cuti. Tapi AWAS! Aktiviti tidak

bermanfaat tidak digalakkan sama sekali.

Ini penting untuk pastikan anak anda dapat ruang dan

peluang untuk melepaskan penat serta stress semasa hari-

hari sekolah.

Aktiviti yang anak anda suka dapat bantu cas semula energi

atau tenaga anak anda agar lebih bertenaga untuk

menempuh hari persekolahan berikutnya.

Anak melepaskan stress dengan membuat

perkara yang disukai bersama rakan atau keluarga

Page 15: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

15

8. Pastikan anak anda minum 8 hingga 10 gelas AIR

MASAK sehari.

Tahukah anda, menurut pakar kekurangan air dalam tubuh

badan adalah punca utama pelajar letih di sekolah pada

waktu siang?

Air sangat penting semasa proses pembelajaran

berlangsung untuk memastikan anak anda tidak menguap,

mengantuk atau letih ketika anak anda sedang belajar.

Bayangkan jika anak anda kekurangan air semasa di

sekolah? Jadi, seboleh-bolehnya pastikan anak anda bawa

botol air ke sekolah.

Jika anak anda malu untuk bawa botol air ke sekolah

(terutama anak lelaki), anda boleh suruh anak anda bawa

botol air mineral ke sekolah.

Page 16: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

16

Air masak yang cukup penting untuk

bekalkan oksigen ke otak anak anda semasa belajar

Page 17: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

17

9. Elakkan anak anda makan MAKANAN TIDAK

SIHAT terutama makanan segera.

Anda WAJIB pastikan anak anda tidak makan makanan

tidak sihat! Seboleh-bolehnya elakkan anak anda daripada

sering makan makanan segera seperti Mc Donalds, KFC

dan lain-lain.

Elakkan juga anak anda daripada makan makanan yang

mengandungi bahan pewarna yang tinggi serta minuman

bergas.

Makanan tidak sihat dapat menjejaskan kecekapan fungsi

otak anak anda untuk menerima ilmu yang disampaikan

oleh guru.

Menurut kajian pakar pemakanan, makanan dan minuman

ini akan membunuh beribu-ribu sel otak anak anda yang

diperlukan untuk membantunya kekal cerdas ketika belajar.

Page 18: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

18

Makanan segera boleh menyebabkan

anak anda OBESITI

Page 19: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

19

10. Pastikan anda sentiasa DOA untuk anak anda

Selalulah berdoa untuk anak anda. Kerana jika bukan

anda yang doakan anak anda, tiada orang lain akan

doakan mereka.

Pasti anda ingat, senjata mukmim yang utama adalah

doa. Apatah lagi doa anda sendiri kepada anak anda.

Doa ibu yang baik-baik kepada anaknya

sentiasa dimakbulkan ALLAH SWT

Page 20: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

20

11.Pastikan anda didik anak anda untuk tidak tinggalkan

SOLAT dan sentiasa baca Al-QURAN.

Solat dapat bantu anda untuk displinkan anak anda. Al-

Quran dapat tenangkan jiwa remaja anak anda yang kadang

kala memberontak.

Melalui solat dan bacaan ayat suci al-Quran, jiwa anak

akan mudah dilentur serta hatinya lebih terang dan mudah

untuk terima ilmu. Insya-Allah anak anda juga akan mudah

dengar nasihat anda.

Anak soleh dan solehah KEBAHAGIAAN

anda dunia akhirat

Page 21: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

21

12.Pastikan anda sering SEDEKAH dan niatkan untuk

anak anda.

Percaya atau tidak cara ini sangat MUJARAB untuk anda

bantu anak anda cemerlang dalam pelajaran.

Cuba anda amalkan dalam masa sebulan. Lihat apa kesan

pada anak anda?

Insya-Allah, perubahan yang baik dapat dilihat pada anak

anda satu-persatu.

Amalan ini antara amalan yang boleh anda buat untuk

MELEMBUTKAN JIWA anak anda. Terutama jika anak

anda keras hati dan malas belajar.

Selain solat dan membaca al-Quran, sedekah adalah jalan

terbaik dan disukai ALLAH SWT.

Page 22: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

22

Jika tidak mampu, anda boleh sedekahkan pahala bacaan

surah Al-Fatihah untuk anak anda setiap kali lepas solat.

Sedekah pintu rezeki anda sekeluarga

Page 23: “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”€¦ · “12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG” 7 Whatsapp yang guru wujudkan ini untuk pelajar tahu tentang kerja sekolah atau maklumat

“12 TEKNIK DIDIK ANAK ZAMAN SEKARANG”

23

Semoga 12 teknik didik anak zaman sekarang dapat anda

amalkan untuk didik anak anda.

Ingin saya berpesan, di samping 12 teknik di atas, kunci

utama mendidik anak ialah anda perlu SABAR, SABAR

dan SABAR!

Ruang masa yang panjang dan teguran berkali-kali

diperlukan untuk didik anak anda.

Saya doakan anak anda cemerlang di dunia dan akhirat.

Amiiin… Insya-Allah.

*Bagi anda yang bukan beragama islam, anda boleh

amalkan amalan yang sesuai untuk membentuk jiwa anak

anda mengikut agama masing-masing. Beberapa teknik di

atas juga boleh digunakan.

Sekian terima kasih.

-Mega Progresif-