Anugerah Pengajar Cemerlang - ftsm.ukm.my · PDF fileii. Inovasi dalam pengajaran iii....
Transcript of Anugerah Pengajar Cemerlang - ftsm.ukm.my · PDF fileii. Inovasi dalam pengajaran iii....
30
Tahun 2012
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Anugerah Pengajar Cemerlang
31
Tahun 2012
ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG
1. PENGENALAN
UKM sebagai Universiti Penyelidikan dan dalam usaha menjadi Universiti tersohor di dunia harus lebih terbuka dan proaktif terhadap tuntutan daripada pihak berkepentingan dan bakal graduan (pelajar) yang menjadi pengguna utama pendidikan yang ditawarkan. Segala hasil penyelidikan semestinya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkat dan memantapkan tahap kefahaman terhadap pelajar. Bagi menjadi Universiti terpilih di peringkat dunia yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan, seluruh kakitangan akademik UKM perlu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan konsisten.
Kaedah serta pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan e-pembelajaran dapat mewujudkan budaya pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat. Sehubungan itu, universiti harus memikirkan secara terancang langkah untuk mengenalpasti, menganalisis dan seterusnya mengiktiraf secara rasmi usaha pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, berkualti serta inovatif.
2. RASIONAL ANUGERAH
UKM perlu menginstitusikan amalan anugerah pengajar cemerlang atas sebab berikut:-
2.1 Langkah ini adalah satu bukti yang konkrit bahawa UKM memandang serius tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran, dan bukti bahawa UKM sedia mengorak langkah ke arah perubahan dan inovasi bagi amalan yang sedia ada. UKM yakin bahawa pengajaran yang berkualiti pastinya akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, usaha yang dinamik dan teknik terkini yang dapat menarik pelajar haruslah diiktiraf dan dimaklumkan secara rasmi kepada masyarakat sebagai penghormatan.
2.2 Usaha mengadakan perubahan dalam pengajaran, terutamanya yang bercorak
inovatif, memakan masa yang panjang, dan tindakan untuk tujuan ini diambil oleh pelbagai pihak dalam bermacam-macam cara. Langkah mengiktiraf secara rasmi pengajaran yang baik menyokong usaha-usaha lain yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak di UKM. Pengiktirafan ini dapat dianggap sebagai kemuncak kepada segala usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di universiti ini.
32
Tahun 2012
2.3 Selain menggalakkan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran,
komponen kemahiran insaniah harus dipupuk dalam diri pelajar bagi menjadi graduan yang kompeten dan memenuhi nilai kebolehpasaran. Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberi fokus kepada pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berketrampilan. Nilai kepimpinan, kemahiran komunikasi, etika, kerja berpasukan dan pembelajaran sepanjang hayat sangat penting dan perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan ini, UKM telah mengeluarkan 13 kompetensi generik yang akan disemai kepada setiap pelajar.
3. OBJEKTIF ANUGERAH
Secara am tujuan anugerah ini ialah untuk menggalakkan perubahan yang inovatif lagi berkesan di UKM, ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Ia menggalakkan pembaharuan dan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI).
3.1 Perkongsian daripada masyarakat universiti khususnya dan masyarakat luar
amnya bahawa di UKM, terdapat pengajaran yang bermutu di kalangan pengajarnya. Penerima anugerah yang diiktiraf adalah contoh yang cemerlang.
3.2 Menonjolkan ciri-ciri pengajaran dan pengajar yang dianggap bermutu dan
dengan itu membantu pensyarah lain ke arah memahami dan menghayati piawai yang dituju di samping mendorong mereka supaya lebih bersungguh-sungguh dalam tugas utama mereka ini.
3.3 Mengukuhkan satu tradisi ke arah penilaian segala usaha yang dijalankan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu mekanisme kawalan mutu dalam pengajaran.
4. DEFINISI KONSEP UTAMA
4.1 Pengajaran: Merujuk kepada proses mengajar dengan tujuan menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang disiplin ilmu yang merangkumi proses pemudah cara, membimbing, memberi tuturan dan membantu dengan apa cara juga ke arah melahirkan graduan yang berketerampilan.
4.2 Pengajar: Konsep ini merangkumi semua tenaga pengajar yang terlibat dengan
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar termasuklah pensyarah dan guru bahasa.
33
Tahun 2012
4.3 Pengajar Cemerlang: Penentuan pengajar cemerlang ini berfokuskan ciri-ciri
pengajaran yang berkualiti. Pengajar ini telah menunjukkan perancangan dan penyampaian yang baik, penyampaiannya menimbulkan minat dan menggalakkan pelajar untuk belajar, interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar adalah dinamik, mesra dan positif. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa yang ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan terdapat pula pelbagai cara untuk menilai prestasi pelajarnya. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) perlu tidak kurang dari 90 markah untuk layak dicalonkan sebagai Pengajar Cemerlang.
Ciri-ciri terperinci yang diambil kira dapat dilihat daripada instrumentasi pemilihan
calon.
5. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
Anugerah ini dibuka kepada semua pengajar termasuk profesor di setiap Fakulti/Pusat. Pemilihan pengajar adalah berasaskan pencalonan yang dibuat di peringkat Fakulti/Pusat oleh pelajar dan pihak pengurusan Fakulti/Pusat berkenaan.
5.1 Pencalonan Pengajar
Pencalonan dibuka pada setiap tahun sebaik sahaja pihak urusetia Anugerah Pengajar Cemerlang (APC) mempelawa Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mengemukakan calon secara rasmi. Pencalonan hanya dibuat sekali bagi satu sesi. Satu penghebahan tentang anugerah ini akan dibuat terlebih awal menerusi e-warga dan surat pekeliling.
5.2 Pemilihan Awal Di Peringkat Fakulti/Pusat
5.2.1 Setiap Fakulti/Pusat akan memilih calon-calon yang layak dipertimbangkan untuk Anugerah Pengajar Cemerlang (APC). Pemilihan dibuat oleh satu Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat yang dipengerusikan oleh Dekan/Pengarah dengan anggota terdiri daripada Ketua Jabatan atau Pengerusi Pusat dengan 2 orang Profesor atau pensyarah kanan Fakulti/Pusat.
5.2.2 Pemilihan adalah berasaskan prestasi pengajaran dan pembelajaran,
sumbangan terhadap bidang pengajaran, interaksi dengan pelajar dan tugas-tugas yang berkaitan seperti penilaian dan lain-lain.
5.2.3 Calon perlu memenuhi syarat pemilihan Anugerah Akademik Negara (AAN) yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
34
Tahun 2012
5.2.4 Pemilihan calon dibuat berasaskan kepada markah purata pencapaian
SPPK melebihi 4.0. Mengikut kerangka SPPK, penilaian prestasi pengajaran dibuat berdasarkan maklumbalas dan persepsi pelajar pada setiap semester.
5.2.5 Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat perlu menilai pensyarah yang
akan dicalonkan berasaskan kepada maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pengajaran di peringkat Fakulti/Pusat, menerusi Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) dan Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU). Mengikut kerangka SPPU, komponen pendidikan akan dinilai dari segi keaslian inovasi, kualiti pengajaran dan penyeliaan. Keaslian inovasi membawa markah 30%, kualiti pengajaran 40% dan penyeliaan 30%.
5.2.6 Jawatankuasa di peringkat Fakulti/Pusat perlu juga mengambilkira
penglibatan calon dalam kegiatan dan pembangunan pelajar di Fakulti/Pusat serta mengambilkira tempoh perkhidmatan seseorang pensyarah itu untuk mencapai taraf pengajar cemerlang.
5.2.7 Semua calon Fakulti/Pusat akan ditapis dan disenarai pendek
berdasarkan markah yang diperolehi mengikut kriteria-kriteria yang ditentukan seperti di dalam borang PAPC (Borang A) dan Borang Inovasi Dalam Bidang Pendidikan (Borang B).
5.2.8 Calon-calon yang telah disenarai pendek di peringkat Fakulti/Pusat perlu
diperakukan menerusi Mesyuarat Pengurusan Fakulti/Pusat.
5.2.9 Fakulti/Pusat perlu menghantar calon terbaik kepada Jawatankuasa Anugerah Pengajar Cemerlang (JAPC) mengikut agihan yang telah ditetapkan seperti di lampiran.
5.3 Pemilihan Calon Di Peringkat Universiti
5.3.1 Penilaian peringkat universiti dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang dikemukakan oleh calon menerusi:
i. Maklumat dan pencapaian SPPK. ii. Maklumat dan pencapaian SPPU. iii. Maklumat yang lengkap seperti yang terkandung dalam Borang A
dan Borang B. iv. Maklumat Fail Kursus/ Fail Pengajaran Calon. v. Perakuan dan sokongan Dekan/ Pengarah/ Ketua PTJ.
5.3.2 Pemilihan calon APC akan dibuat oleh JAPC peringkat Universiti yang
dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.
35
Tahun 2012
5.3.3 Dekan/Pengarah atau Ketua Jabatan/Pengerusi Pusat yang berkenaan (wakil), akan dijemput hadir semasa pemilihan calon oleh JAPC.
5.3.4 Ahli Panel Pemilih sewajarnya merupakan pakar dalam bidang yang
berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran dan penilaian di peringkat Universiti.
5.3.5 Pemilihan pemenang adalah mengikut rumpun, iaitu Rumpun Sains,
Sains Sosial dan Sains Perubatan/Kesihatan. Agihan pemenang mengikut rumpun adalah seperti di lampiran.
5.4 Pemilihan Calon Di Peringkat Kebangsaan
Penilaian dijalankan secara berperingkat seperti berikut: 5.4.1 Peringkat 1: Portfolio yang mengandungi perkara-perkara berikut (senarai
semak boleh dirujuk di lampiran):
i. Penjelasan tentang pengajaran yang dilakukan ii. Penyataan Inovasi iii. Bahan bukti bahawa pembelajaran berkesan telah berlaku iv. Bahan pengajaran dan penilaian (sertakan sampel saja) v. Curriculum vitae dan bahan lain yang berkaitan
5.4.2 Perkara-perkara yang dinilai dalam portfolio adalah seperti berikut:
i. Inovasi
Keaslian inovasi pengajaran dan pembelajaran Kerelevanan inovasi dalam konteks pemohon Impak inovasi kepada pengajaran dan pembelajaran
ii. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pencapaian kesan pembelajaran Bimbingan terhadap pembelajaran (bimbing-selia, penasihatan
yang substantif) Penyelidikan dan Penerbitan Penyeliaan (contohnya bilangan pelajar)
36
Tahun 2012
iii. Bahan pengajaran dan penilaian
Kesesuaian (contohnya tahap dan skop) Keterkinian Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran Merangsang dan memupuk pemikiran kritis Keselanjaran penilaian Impak penilaian terhadap pembelajaran
Portfolio calon yang mencapai titik ambang akan maju ke peringkat 2. 5.4.3 Peringkat 2: Temuduga dan Simulasi Pengajaran
Temuduga dan simulasi pengajaran akan dijalankan bagi calon yang telah disenarai-pendekkan di peringkat 1. Temuduga akan merangkumi perkara berikut: i. Falsafah pendidikan ii. Inovasi dalam pengajaran iii. Motivasi pelajar iv. Keunikan pengajaran serta pembelajaran v. Aplikasi penyelidikan dalam pengajaran Masa yang diperuntukkan bagi simulasi pengajaran adalah selama 15 minit. Perkara yang dinilai dalam simulasi pengajaran:
i. Keberkesanan komunikasi ii. Persembahan yang menarik iii. Penggunaan alat bantu pengajaran dengan efektif iv. Keupayaan meyakini pelajar v. Keupayaan melibatkan pelajar
5.4.4 Calon yang mencapai titik ambang dan markah tertinggi di peringkat 2
bagi setiap kelompok akan diperakukan untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Pengajaran.
6. BENTUK ANUGERAH
Wang tunai dan sijil.
37
Tahun 2012
7. TOKOH PENGAJAR
Individu yang sekurang-kurangnya pernah memenangi Anugerah Pengajar Cemerlang (Hadiah Utama) sekali dan tiga kali dicalonkan bagi anugerah berkenaan.
8. PENUTUP
Pelaksanaan APC harus dinilai dari masa ke semasa kerana kesahihan serta keberkesanan sesuatu tindakan itu harus berlandaskan usaha penyelidikan dan pengumpulan data yang kemas terkini, relevan dan objektif. Untuk tujuan jangka panjang, JAPC dipertanggungjawabkan mendalami dan memperbaiki sistem penilaian di setiap Fakulti/Pusat, atau untuk setiap gugusan Sains, gugusan Sastera, gugusan Ikhtisas dan lain-lain. Jawatankuasa haruslah memberi maklumbalas terhadap aktiviti-aktiviti lain ke arah mempertingkatkan mutu pengajaran dan keberkesanannya.
38
Tahun 2012
‘LAMPIRAN’
JAWATANKUASA ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG
AGIHAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG
MENGIKUT BILANGAN PERJAWATAN
A G I H A N S E K A R A N G
GUGUSAN FAKULTI/PUSAT PERJAWATAN* CALON CEMERLANG SAGUHATI SIJIL
SAINS SOSIAL
FEP 152 3
FPEND 82 2
FPI 104 2
FSSK 248 5
FUU 41 1
PPU 39 2
JUMLAH 666 15 4 4 7
SAINS FKAB 179 3
FST 260 5
FTSM 91 2
JUMLAH 530 10 3 4 4
KESIHATAN FPERG 52 1
FPER 446 9
FSK 129 2
FFAR 28 1
JUMLAH 655 13 4 4 5
JUMLAH KESELURUHAN
1851 38 11 12 16
* DATA PADA 31 OGOS 2012 (Tidak termasuk tutor)
39
Tahun 2012
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG Saudara / Saudari pelajar, Assalamualaikum wwb dan salam sejahtera
Untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UKM, suatu penganugerahan “Pengajar Cemerlang” akan diadakan setiap tahun sebagai pengiktirafan kepada tenaga pengajar. Sokongan daripada saudara/i sekalian dalam hal ini amat penting. Sila calonkan pensyarah (maksimum 2 orang) dalam borang yang disediakan yang telah mengajar saudara/i sepanjang tempoh pengajian anda yang difikirkan layak untuk dipertimbangkan sebagai pengajar cemerlang untuk sesi ini dengan mengisi borang PPC.
Terima kasih
PENSYARAH/PENGAJAR YANG SAYA CALONKAN : 1. Nama : ____________________________________________________
Fakulti/Pusat Pengajian/ Jabatan : __________________________________________________
2. Nama : ___________________________________________________
Fakulti/Pusat Pengajian/ Jabatan : __________________________________________________
40
Tahun 2012
BORANG PENCALONAN ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG (PPC) Sila nilaikan aspek-aspek berikut berdasarkan jumlah maksima markah yang telah ditentukan.
Kriteria Pensyarah 1 Pensyarah 2
A. Pengajaran/Kuliah (60%)
Penyampaian Isi Pengajaran (10%) (Lancar, jelas, ceria, teknik pengajaran sesuai dan menarik,
kepelbagaian mod pengajaran, bahan bantu mengajar sesuai dan berkesan).
10
10
Kemahiran Insaniah/ Kompetensi Generik (10%) (Menerapkan juzuk kemahiran insaniah (kemahiran komunikasi,
kepimpinan, kerja berpasukan dan lain-lain) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran).
10
10
Persediaan dan Perancangan Pengajaran (10%) (Menyediakan rangka kursus, menyatakan objektif pengajaran,
aktiviti pembelajaran/ tugasan, penilaian kursus).
10
10
Isi kuliah (10%) (Mudah difahami, relevan, menguasai ilmu terkini, mampu
menerangkan konsep dan amalan dan menerapkan hasil penyelidikan).
10
10
Keupayaan melibatkan pelajar (10%) (Pusatan pelajar, berinteraksi secara baik dengan pelajar semasa pengajaran, bersedia mendengar pandangan pelajar, berupaya dan sanggup menerangkan dengan lebih luas apabila perlu).
10
10
E-Pembelajaran (10%) Integrasi e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
10
10
B. Personaliti (30%)
Minat terhadap kepentingan pelajar/sanggup meluangkan masa untuk pelajar (10%).
10
10
Perihatin terhadap keupayaan pelajar dan boleh mengubah suai pengajaran mengikut keupayaan dan keperluan pelajar (10%).
10
10
Menggunakan masa secara optimum (Ketepatan masa) (10%).
10
10
C. Kegiatan dalam Hal-Ehwal Pelajar (10%)
Kegiatan dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, kaunseling, program pembinaan sahsiah dan sebagainya.
10
10
Jumlah Markah
Tandatangan Pelajar : ___________________________ Tarikh : _________________
41
Tahun 2012
SULIT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Borang Pencalonan Anugerah Pengajar Cemerlang (PAPC)
Diisi Oleh Calon & Jawatankuasa Fakulti Tahun
Peringatan Calon-calon yang tidak layak dipertimbangkan ialah :
a. Tenaga akademik yang belum disahkan dalam jawatan. b. Tenaga akademik yang baru sahaja dinaikkan pangkat (dalam tahun yang
sama) sama ada ke jawatan Pensyarah Kanan, Prof. Madya atau Profesor. c. Tenaga akademik kontrak.
BAHAGIAN A : BUTIR-BUTIR PERIBADI DAN PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG DINILAI (Sila kemaskinikan maklumat berikut seperlunya)
1. Nama : _________________________________________________________ 2. UKM (PER) : _____________ 3. Jawatan Sekarang : ______________ a) hakiki : ________________ b) pentadbiran : _____________ 4. Fakulti / Pusat / Institut : _____________________________________________ Jabatan : a) hakiki : _______________ b) pentadbiran : _____________ 5. Bidang Pengkhususan : __________________________________
42
Tahun 2012
BAHAGIAN B : ASPEK HASIL KERJA DAN SUMBANGAN
(Bahagian ini hendaklah diisi oleh pegawai yang dinilai dan disahkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Program – Sila kemukakan lampiran jika perlu )
1. Fail Kursus
Kursus Sesi/Semester
Jam Per Semester
Jumlah Pelajar
2. Senarai Keahlian dalam Jawatankuasa
43
Tahun 2012
3. Kegiatan dalam Hal Ehwal Pelajar :-
Terlibat dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, sesi kaunseling, program pembinaan sahsiah pelajar dan sebagainya.
Jawatan (jika ada) Persatuan Pelajar, Kolej
1. 2.
Program / Peristiwa Peranan, Penganjur, Tempat, Tarikh
1. 2. 3. 4. 5.
Tandatangan : __________________________ Tarikh : _______________ Pengesahan Oleh Ketua Jabatan / Ketua Program : Tandatangan : __________________________ Tarikh : _______________
44
Tahun 2012
BAHAGIAN C : ASPEK-ASPEK YANG DIBERI PENILAIAN PENILAIAN OLEH JAWATANKUASA FAKULTI
(Jawatankuasa terdiri daripada: Dekan, Ketua Jabatan/Penyelaras Program dan 2 orang wakil di kalangan rakan di Fakulti/Pusat/Jabatan. Semua pencalonan hendaklah disertakan dengan Minit Mesyuarat Jawatankuasa)
Kriterium
J/K Fakulti
1.
FAIL KURSUS (10 markah) Jawatankuasa perlu membuat semakan fail kursus pensyarah berkenaan dalam keadaan teratur dan mengikut arahan kerja ISO.
2.
TIADA ADUAN (10 markah) Tidak terdapat sebarang aduan secara bertulis oleh pelajar dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Aduan yang dibuat perlu disiasat kesahihannya.
3.
ISO/MQF (10 markah) Pematuhan prosedur ISO/MQF.
4.
TIADA SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (10 markah) Semakan semula keputusan peperiksaan dan berlakunya perubahan gred bukan disebabkan oleh kecuaian pemeriksa.
5.
KEHADIRAN MESYUARAT (10 markah) Kehadiran kakitangan dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
6.
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (20 markah) Usaha-usaha yang telah dijalankan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
7.
MENJADI ROLE MODEL KEPADA PELAJAR (20 markah) Pensyarah yang dijadikan contoh oleh pelajar.
8.
KEGIATAN DALAM HAL EHWAL PELAJAR (10 markah) Kegiatan dalam aktiviti pelajar termasuk kebajikan, sukan, persatuan, kaunseling, program pembinaan sahsiah dan sebagainya.
JUMLAH
45
Tahun 2012
BAHAGIAN D : ULASAN KESELURUHAN OLEH J/K FAKULTI Pengerusi J/K Fakulti Tandatangan : _______________________________ Nama : _____________________________________
BAHAGIAN E : ULASAN KESELURUHAN OLEH J/K APC
Pengerusi J/K APC Tandatangan : ________________________________
Nama: __________________________________