Anugerah (hibah)

22
Anugerah (Hibah) ZAFIRAH ABDULLAH

Transcript of Anugerah (hibah)

Page 1: Anugerah (hibah)

Anugerah (Hibah)ZAFIRAH ABDULLAH

Page 2: Anugerah (hibah)

TakrifBahasa: Suatu pemberian yang diberikan bukan kerana tanggug-jawab tertentu dan pemberian ini memberi manfaat kepada penerima.

o Anugerah boleh merujuk kepada benda dan bukan benda.

Istilah Syarak : Suatu kontrak yang merujuk kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gantian, ketika masih hidup dan dilakukan secara sukarela.

Perbezaan Anugerah dengan..

1. Jual Beli : Jual Beli merupakan suatu proses pemindahanhak milik untuk suatu gantian.

2. Wasiat: Ia juga hak milik tanpa sebarang gentian tetapi dilaksanakan selepas kematian

3. Zakat: Proses pemindahan hak milik yang diwajibkan, manakala anugerah adalah pemindahan hak milik secara sukarela.

Page 3: Anugerah (hibah)

Anugerah vs Hadiah vs SedekahPersamaan

Anugerah Hadiah Sedekah

• Tiada gantian dalam pemindahan hak milik sesuatu barangan.• Berlaku pada masa hayat• Dilakukan secara sukarela

PerbezaanAnugerah Hadiah Sedekah• Bersifat Umum• Contoh: Boleh berlaku sama ada si

kaya kepada si miskin atau sebaliknya.

• Pada zahirnya, ia adalah pemindahan hak milik kepada orang yang mahu didekati dan dikasihi.

• Pada zahirnya, ia adalah pemindahan hak milik kepada orang yang memerlukan, biasanya sebagai usaha untuk medekatkan diri dengan Allah SWT.

• Dilakukan untuk peroleh pahala atau tidak

• Barangan yang dianugerahkan dipindahkan kepada penerima atau tidak

• Biasanya membabitkan pemindahan barangan yang dihadiahkan kepada penerima.

Niat ketika memberi berbeza-beza, dengan itu nama dan hokum turut berbeza.

Page 4: Anugerah (hibah)

Hikmah oMewujudkan masyarakat ideal dan harmoni berlandaskan semangat kasih saying dan kemesraan, saling berhubungan dan rapat.

oAmalan ini menyemai budaya saling hormat-menghormati dan berkasih-saying

oHadis Rasulullah SAW

o“Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih-sayang.”

Page 5: Anugerah (hibah)

Rukun dan Syarat Anugerah1. Rukun Pertama : Dua pihak yang memeterai kontrak (Pemberi dan Penerima)

o Pemberi Anugerah perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

oPenerima Anugerah o Boleh diterima oleh semua manusia , termasuk yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang gila.

o Walaubagaimanapun, penerima akan menerima anugerah tersebut bagi pihak mereka.

Mestilah Pemilik kepada barangan yang dianugerah TIDAK SAH mengaungerahkan sesuatu yang bukan miliknya

Mestilah layak untuk memberi sumbangan Anugerah oleh kanak-kanak dan orang gila tidak sah

Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan kuasanya.

Penjaga (kanak-kanak/orang gila) tidak berhak memberikan barangan mereka sebagai anugerah kepada sesiapa bagi pihak mereka.

Page 6: Anugerah (hibah)

2. Rukun kedua : Sighah Kontrak : Penawaran dan Persetujuan

Contoh Ucapan Langsung penawaran (ijab) : “ Saya anugerahkan kepada anda”

oKesemua ucapan tidak memerlukan kepada Niato Jika pemberi anugerah mendakwa dia tidak berniat untuk memberi anugerah tersebut,

pengakuannya tidak diterima.

Contoh Ucapan tidak langsung , “Saya pakaikan baju ini pada anda”

oUcapan seperti ini bergantung kepada niato Jika disertakan dengan niat, ucapan ini diterima sebagai penawaran (ijab).o Jika pemberi tidak bermaksud demikian, pengakuan itu diterima dan ia hanya merujuk

kepada hutang kerana ucapan ini boleh merujuk kepada Hutang dan juga Anugerah.

Page 7: Anugerah (hibah)

2. Rukun kedua : Sighah Kontrak : Penawaran dan Persetujuan

Syarat Sighah Kontrak

1) Penawaran dan Persetujuan (ijab dan Qabul) mestilah berkesinambungan.o Tiada ruang yang dianggap sebagai pemisah menurut amalan yang diguna pakai

2) Tidak Bersyarato Contoh : “Jika Zaid datang, saya akan anugerahkan baju ini kepada anda”o Ini kerana anugerah adalah suatu penyerahan hak milik.

3) Tidak Bertempoho Contoh : “ Saya anugerahkan buku ini kepada anda selama sebulan atau setahun”

Page 8: Anugerah (hibah)

2. Rukun kedua : Sighah Kontrak : Penawaran dan Persetujuan

Umra dan Ruqba

1) Umrao Daripada perkataan al-Umur yang bermaksud usia atau umur.o Contohnya : “ Rumah ini untuk anda selagi saya masih hidup”o Ucapan ini merujuk kepada anugerah tetapi ia dikaitkan dengan tempoh tertentu iaitu umur

pemberi atau umur penerima.oWalaupun ia dikaitkan dengan “tempoh tertentu” (syarat sighah kontrak), anugerah ini dianggap

SAH dan syarat tadi tidak diterima pakai.

Hadis Rasulullah SAW:“ Umra adalah HARUS (dan sah)”

Page 9: Anugerah (hibah)

2. Rukun kedua : Sighah Kontrak : Penawaran dan Persetujuan

Umra dan Ruqba

1) Ruqbao Contoh, Pemberi berkata kepada orang lain. “Rumah saya menjadi milik anda secara Ruqba”oMaksudnya, jika anda mati sebelum saya, ia akan dikembalikan kepada sayao Jika saya mati sebelum anda, ia akan kekal menjadi milik anda

Hadis yang mengesahkan amalan ini,“ Umra adalah harus dan sah bagi pemiliknya (pihak yang diberikan kepadanya). Ruqba juga adalah HARUS dan SAH bagi pemiliknya”

Maksudnya : Anugerah ini dilaksanakan dan diterima pakai.

Page 10: Anugerah (hibah)

2. Rukun ketiga: Barangan Anugerah

1) Wujud ketika Anugeraho TIDAK SAH menganugerahkan barangan yang tidak wujud kerana implikasi kontrak anugerah ialah pemindahan hak

milik secara serta-merta.

o Contoh, barangan yang pada hukminya tidak wujud: o Buah yang bakal dihasilkan oleh pokok kurma miliknya pada tahun ituo Anak kambing yang akan lahir pada tahun itu.

2) Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilaio TIDAK SAH menganugerahkan bangkai / darah / khinzir / arak / haiwan buruan / buruan tanah haram, kerana barangan

ini tidak diakui sebagai barangan yang bernilai oleh syarak.

3) Mestilah daripada hak milik pemberio Contoh : Barangan Awam (TIDAK SAH)o TIDAK SAH menganugerahkan barangan orang lain tanpa keizinannya.

Page 11: Anugerah (hibah)

Anugerah barangan yang digunakan pada barangan lain atau bercantum dengan barangan

lain1. Jika barangan tersebut bercantum dengan barangan lain yang boleh dipisahkan (tanpa

menimbulkan kemudaratandan tidak berisiko), penganugerahan tersebut SAH kerana ia boleh dijual.o Contoh: Penganugerahan selori Tanah / Kain yang tidak akan dikurangkan nilainya jika dipotong

2. Jika barangan tersebut bercantum dan tidak boleh dipisahkan tanpa menimbulkan kemudaratan, anugerah tersebut TIDAK SAH.

o Contoh: Pemberi mengaugerahkan bulu kambing dan bulu dan badan kambing sukar dipisahkan kerana bulu ini perlu dicabut dan ia tidak boleh dilakukan.

o Jika mudah dipisahkan, anugerah tersebut SAH.

Page 12: Anugerah (hibah)

Anugerah bahagian yang tidak ditentukan (Musya’)

Contoh:

oSeseorang yang mempunyai bahagian yang tidak ditentukan dalam satu barangan dan bahagian itu dianugerahkan kepada seseorang.

Contoh lain:

oSeorang pemilik menganugerahkan miliknya kepada dua orang atau lebih.

oAnugerah ini dibenarkan kerana barangan itu boleh dijual beli

oDengan itu, penerima menerima barangan tersebut keseluruhannya dan dia memperolehi bahagian yang dianugerahkan kepadanya, sementara bakinya diletakkan dalam amanahnya.

Page 13: Anugerah (hibah)

Syarat SAH penerimaan & kuat kuasanya Anugerah

1) Keizinan Pemberi

oPenerimaan hanya dianggap SAH apabila mendapat keizinan pemberio Jika penerima menerima anugerah tanpa keizinan pemberi, penerimaan tersebut TIDAK SAH

dan anugerah tersebut tidak berkuat kuasa.oMaksudnya, hak milik barangan itu masih lagi hak pemberi.oKeizinan yg diberikan mestilah secara jelas / pemberi sendiri yang menyerahkan dengan

tangannya kepada penerima.oPenerimaan boleh berlaku ketika majlis kontrak atau selepasnya.

Page 14: Anugerah (hibah)

Syarat SAH penerimaan & kuat kuasanya Anugerah

2. Mestilah barang yang dianugerahi tidak digunakan bersama barangan yang tidak dianugerahi.

o Barangan tersebut mestilah boleh dipisahkan dengan yang lain, tidak bercantum dan tidak digunakan oleh barang lain.

o Contoh : Tanah yang mengandungi tanaman atau pokok yang berbuaho Apabila anugerah tersebut dipisahkan daripada yang lain dan diserahkan, barulah penerimaan itu SAH

3. Kelayakan untuk menerima

oBaligh dan berakaloKanak-kanak dan orang gila tidak sah menerima anugerah kerana penerimaan ini bererti pemindahan

kuasa hak milik.oOrang yang belum baligh/ tidak berakal tidak mempunyai kuasa terhadap diri dan harta mereka

Page 15: Anugerah (hibah)

Penerimaan melalui wakilPenerimaan bagi pihak (orang yang tidak sah menerima anugerah) adalah SAH jika wakil penerima…

o Mempunyai kuasa atau jagaan ke atas penerimao Pihak yang diwakili adalah tanggungannya.o Suami boleh menerima bagi pihak isterinya (yang masih kecil) selepas majlis

perkahwinannya.o Sebaiknya wali membawa saksi bagi memastikan dia tidak menafikannya selepas itu

atau waris menafikan anugerah itu selepas kematian pemberi.

Page 16: Anugerah (hibah)

Sifat Hukum Anugerah dan Hukum Tuntutan Semula.

o Hukum anugerah berkuat kuasa serta-merta

oPemberi tidak berhak menuntu semula anugerah yang telah diberikan setelah hukum ini disahkan.

Sabda Rasulullah SAW“ Orang yang meminta semula anugerahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya”

oTetapi hukum ini dikecualikan bagi anugerah yang diberikan oleh bapa kepada anak.

Sabda Rasulullah SAW

“ Seseorang lelaki tidak harus memberi sesuatu pemberian, atau menganugerahkan sesuatu anugerah , lalu memintanya semula, kecuali bapa, berhubung kepada apa yang diberikan kepada anaknya”

Page 17: Anugerah (hibah)

Sifat Hukum Anugerah dan Hukum Tuntutan Semula.

oWalau bagaimanapun, meminta semula anugerah yang telah diberikan ayah kepada anak tidak dibenarkan apabila…

o Barangan yang dianugerahkan tidak lagi berada dalam kuasa atau hak milik anak.o Contohnya, barang itu telah dijual atau diwakafkan/ dihadiahkan kepada seseorang dan

penerimanya telah menerimanya.o Namun jika anak hanya menyewakan/ menggadaikan/ menghadiahkan kepada seseorang tetapi

masih belum diterima oleh orang tersebut, maka permintaan untuk dikembalikan semula dibenarkan.

o Kerana barangan tersebut masih dalam kuasa/hak milik anak.

Page 18: Anugerah (hibah)

o Jika berlaku pertambahan (bercantum/berasingan), ia tidak menghalang bapa meminta semula anugerahnya.

o Pemberi boleh meminta semula anugerah termasuk pertambahan yang tercantum dengannya.

o Seperti (Lemak Haiwan/ Ladang yang berbajak)o Bagi pertambahan berasingan pula, contohnya buah, jika pertambahan itu wujud ketika

penganugerahan, ia boleh diminta semulao Jika ia berlaku selepas penganugerahan, ia tidak diserahkan kepada pemberi .o Penerima hanya perlu memulangkan anugerah asalnya sahaja.o Jika hak milik barangan yg dianugerahkan tidak lagi berada di tangan anak, tetapi kemudian

barangan itu berjaya dimiliki semula (seperi pembelian/hadiah/pusaka), anak tidak perlu memulangkannya kepada bapanya.

o Ini kerana berlakunya perubahan kepada punca pemilikan dan membawa perubahan kepada hokum barangan tersebut.

Page 19: Anugerah (hibah)

Anugerah Mutlak dan Anugerah Bersayarat

Apabila seseorang itu menganugerahkan sesuatu kepada seseorang dan penerima tidak disyaratkan perlu membalas anugerah tersebut, bermakna..

Pemberi tidak berhak mendapat sebarang balasan Dan penerima pula tidak perlu memberikan apa-apa pembalasan.

Jika anugerah yang diberi perlu dibalas iaitu dengan syarat perlu digantikan dengan sesuatu barangan..Contohnya pemberi berkata “Saya anugerahkan barang ini dengan syarat anda membalasnya dengan

sesuatu”

1) Jika barangan yang diminta tersebut diketahui, kontrak tersebut itu SAH

Pada hakikatnya ia adalah kontrak jual beli kerana melihat kepada asas kontrak ini. Kontrak ini sebenarnya ialah kontrak pertukaran barang dengan barang yang dimaklumi dan kontrak ini SAH Kontrak ini terikat dengan kontrak jual beli. Dengan itu, ia terikat dengan Khiyar Majlis/ Khiyar Syarat

Page 20: Anugerah (hibah)

Anugerah Mutlak dan Anugerah Bersayarat

Jika anugerah yang diberi perlu dibalas iaitu dengan syarat perlu digantikan dengan sesuatu barangan..

2) Jika barangan yang diminta tidak diketahui, contohnya…

“ Saya anugerahkan buku ini dengan syarat anda gantikan dengan sehelai baju”

tanpa dinyatakan sifat baju/ dirujuk kepada baju tertentu,kontrak tersebut TIDAK SAH.

Di samping itu, ia juga tidak boleh dianggap sebagai anugerah kerana wujudnya pemberian balas sedangkan anugerah tidak memerlukan kepada sembarang pemberian balas.

Page 21: Anugerah (hibah)

Pemberian Anugerah atau Hadiah secara saksama kepada anak-anak

oApabila seorang bapa mahu memberikan sesuatu anugerah/hadiah kepada anak-anaknya, dia digalakkan supaya memberikannya secara saksama.

o Ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kemesraan sesama mereka.

oJika ada di kalangan mereka yang lebih memerlukan atau anak-anak lain redha dengan pemberian tambahan tersebut, anugerah itu tidak salah dan tidak makruh.

oJika seorang bapa memberikan anugerah berbeza-beza antara anak-anaknya atau memberikannya kepada sebahagian mereka sahaja, anugerah tersebut masih SAH dam menjadi hak milik anak tadi.

Walau bagaimanapun, bapa ini telah membuat kesalahan menurut syarak dan telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dan tidak disunatkan.

Page 22: Anugerah (hibah)

Pemberian yang saksama kepada Ibu-Bapa

o Disunatkan memberi hadiah secara saksama kepada ibu bapa.

o Walau bagaimanapun, tidak salah sekali-sekala untuk memberikan bahagian yang lebih kepada ibu/ memberi sesuatu yang khusus untuknya.

o Seseorang sepatutnya memberikan hadiah kepada mereka terutama pada perayaan tertentuo Digalakkan juga sesuatu pemberian itu diberikan secara saksama, jika mereka sebaya.o Jika mahu memberikan sesuatu yang lebih istimewa, berikan kepada yang lebih tua

Pemberian yang saksama kepada Adik Beradik