anugerah cemerlang 2008

11
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2008 PADA 13 NOVEMBER 2008 Bismillah….. Alhamdulillah…. Sirih berlipat siri pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Yang Dihormati ______________________________________ ______________________________________ Yang Berusaha En Mohd Shaari B Embong Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar Guru-guru Kanan Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar Para guru, ibu-ibu, bapa-bapa dan para pelajar sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibah… Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa diminta biar selamat. Bagi memberkati dan memuliakan majlis kita pada pagi yang bertuah ini, majlis menjemput Al-fadzil Ustaz Sallehuddin B Ramli untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 1

description

ahc

Transcript of anugerah cemerlang 2008

Page 1: anugerah cemerlang 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDARMAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2008

PADA 13 NOVEMBER 2008

Bismillah…..Alhamdulillah….

Sirih berlipat siri pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati____________________________________________________________________________

Yang Berusaha En Mohd Shaari B EmbongGuru Penolong Kanan 1Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

Guru-guru Kanan Sekolah Kebangsaan Kem IskandarPara guru, ibu-ibu, bapa-bapa dan para pelajar sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibah…

Tetak buluh panjang sepuluh,Mari jolok sarang penyengat,Angkat tangan jari sepuluh,Doa diminta biar selamat.

Bagi memberkati dan memuliakan majlis kita pada pagi yang bertuah ini, majlis menjemput Al-fadzil Ustaz Sallehuddin B Ramli untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-------------------------------------------BACAAN DOA---------------------------------------------

1

Page 2: anugerah cemerlang 2008

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bersama-samalah kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita diberi ruang dan kesempatan untuk sama-sama berkumpul dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2008.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada hadirin sekalian kerana kesudian melapangkan masa untuk menghadiri majlis kita pada hari.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan

Yang Berusaha En Mohd Shaari B EmbongGuru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

untuk menyampaikan kata-kata aluannya. Dipersilakan.

---------------------------------------- UCAPAN GPK1----------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Untuk meneruskan lagi acara, majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan

Yang Dihormati _______________________________________________________________________________________

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar Tahun 2008. Dengan penuh hormat dan takzimnya dipersilakan.

------------------------------------- UCAPAN YDP PIBG -------------------------------------------

2

Page 3: anugerah cemerlang 2008

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian

Yang Dihormati___________________________________________________________________________________________________

atas ucapan sebentar tadi.

Kini rasmilah sudah Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar bagi Tahun 2008.

Seterusnya hadirin dan hadirat sekalian akan dihiburkan dengan persembahan oleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar.

Bagi memulakan persembahan, majlis kita pada pagi ini akan diserikan dengan persembahan koir.

Untuk makluman hadirin sekalian, kumpulan koir ini telah memenangi pertandingan koir peringkat sekolah yang telah diadakan baru-baru ini. Mereka akan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk Nyalakan Tekad. Dipersilakan.

------------------------------------------- NYANYIAN KOIR ---------------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah kita pada acara yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian anugerah bagi kedudukan pelajar di dalam kelas.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan

En Ahmad Tahshim B. SallehGuru Penolong Kanan Ko-KurikulumSekolah Kebangsaan Kem Iskandar

untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

-------------------------------------- PENYAMPAIAN ANUGERAH -----------------------------

3

Page 4: anugerah cemerlang 2008

Terima kasih diucapkan kepada,

En Ahmad Tahshim B. SallehGuru Penolong Kanan Ko-KurikulumSekolah Kebangsaan Kem Iskandar

kerana kesudian beliau menyampaikan anugerah itu tadi.

Hadirin sekalian,

Penyampaian anugerah berhenti seketika. Untuk itu, marilah kita bersama-sama menghayati deklamasi sajak oleh adik Siti Aishah Bt Taib yang bertajuk “Hulurkan Kasihmu. Adik Siti Aishah telah memenangi pertandingan deklamasi sajak Tahap Satu peringkat sekolah.

Selepas itu adik Justina Ak Wales pula akan naik ke atas pentas untuk memperdengarkan ceritanya yang bertajuk “Snow White And The Seven Dwafs”. Untuk pengetahun hadirin sekalian, adik Justina pernah mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam pertandingan bercerita selam dua tahun berturut-turut.

Dengan segalanya hornatnya majlis mempersilakan.

--------------------------------------- DEKLAMASI SAJAK ---------------------------------------

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Seterusnya ialah penyampaian anugerah bagi matapelajaran terbaik. Dengan ini dipersilakan,

En Mohd Shaari B EmbongGuru Penolong Kanan 1Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

untuk menyampaikan anugerah tersebut. Dipersilakan.

------------------------------------------- PENYAMPAIAN ANUGERAH ------------------------

4

Page 5: anugerah cemerlang 2008

Terima kasih diucapkan kepada,

En Mohd Shaari B EmbongGuru Penolong Kanan 1Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan daripada pelajar. Dengan ini dijemput adik Ahmad Nur Aiman b Ahmad Tahshim untuk mendeklamasikan sajak beliau yang bertajuk “Hidup Sihat Tanpa Dadah”. Adik Ahmad Nur Aiman telah mewakili sekolah dalam pertandingan deklamasi sajak sempena Minggu Anti Dadah.

Selepas itu pula, adik Mohd Afiq b Abd Rahman akan menyusul untuk menyampaikan cerita yang bertajuk “Get Me Out Of Here” Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---------------------------------------PERSEMBAHAN BERCERITA-----------------------------

Terima kasih diucapkan kepada atas persembahan itu tadi. Hadirin dan hadirat sekalian,

Sekarang tibalah kita kepada kemuncak majlis anugerah. Dengan itu majlis dengan sukacitanya menjemput,

_________________________,_________________________,_________________________.

untuk menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Penyampaian anugerah kepada pelajar Kelas Intervensi Awal Menulis & Membaca (KIA2M). Pelajar yang mendapat anugerah ini ialah pelajar yang telah melepasi Ujian Pelepasan 2 KIA2M. Dengan ini dipersilakan….

5

Page 6: anugerah cemerlang 2008

Seterusnya Anugerah kepada Pelajar Pemulihan Khas. Pelajar ini telah lulus dalam ujian dan sekarang mengikuti pelajaran di kelas aliran biasa. Dengan ini dipersilakan ……

Seterusnya anugerah pelajar Pendidikan Khas. Dipersilakan ……

Pihak sekolah juga memberi penghargaan kepada pelajar yang hadir penuh sepanjang sesi persekolahan 2008. Dengan ini bagi Anugerah Kedatangan Penuh, dipersilakan….

Seterusnya pemberian sijil penghargaan Pengawas Tahun 6. Sijil penghargaan ini hanya diberikan kepada pengawas Tahun 6 yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi. Dengan itu dipersilakan….

Seterusnya penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tahun. Dipersilakan…..

Pihak sekolah sangat mengalu-alukan penglibatan aktif pelajar di peringkat daerah atau negeri. Dengan ini dengan berbesar hati ingin menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar yang telah menyertai kegiatan Kebudayaan Peringkat Daerah / Negeri. Dipersilakan….

Pihak sekolah juga memberi penghargaan kepada pelajar yang bergiat aktif dalam bidang sukan.

Penganugerahan sijil penghargaan kepada pelajar Tahun 6 yang menyertai Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Mersing. Dipersilakan…

Seterusnya sijil penghargaan kepada Pelajar Tahun 6 yang menyertai Kejohanan Badminton Daerah Mersing. Dipersilakan….

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, sekolah telah mewujudkan anugerah Pencapaian Cemerlang Dalam Headcount iaitu pelajar diberi pengiktirafan atas peningkatan pencapaian dalam setiap ujian atau peperiksaan sejak awal tahun sehingga akhir persekolahan. Walaubagaimanapun, tiada calon yang layak untuk diberi anugerah pada tahun ini.

Tibalah kita pada anugerah yang terakhir iaitu penyampaian anugerah kepada pelajar Cemerlang Keseluruhan. Pelajar dinilai bukan sahaja dari segi akademik sahaja tetapi juga turut cemerlang di bidang kokurikulum dan baik dari segi sahsiahnya. Dengan ini majlis dengan sukacitanya menjemput….

Untuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan.

6

Page 7: anugerah cemerlang 2008

-------------------------------- PENYAMPAIAN ANUGERAH -----------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada,

_______________________________________________________________________________________

atas penyampaian anugerah tadi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah yang telah diberikan akan dapat memberi motivasi kepada semua pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka dari segi akademik dan kokurikulum pada masa hadapan.

Para hadirin dan hadirat,

Sebelum Majlis Anugerah Kecemerlangan menutup tirainya, kini marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan tarian zapin oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar. Kumpulan tarian zapin ini pernah mempersembahkan tarian mereka dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar pada 2 Ogos yang lalu. Tanpa melengahkan masa dengan segala hormatnya dipersilakan.

------------------------------------------ PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN---------------------

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Setiap pertemuan pasti akan disudahi dengan perpisahan.

Kini majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

Yang Dihormati___________________________________________________________________________________________________

dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mangkuk jorong pinggan jorong,Si jorong berisi buah jati,

7

Page 8: anugerah cemerlang 2008

Dua tiga kata terdorong,Jangan di masuk ke dalam hati.

Kalau ada jarum yang patah,Banyak kain tidak dijahit,Kalau ada silap dan salah,Jangan jadikan kenangan pahit.

Hadirin hadirat sekalian,

Dengan itu maka tamatlah Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun ini. Sebelum bersurai dengan segala hormatnya majlis menjemput

__________________________________________________________________________________________

dengan diiringi oleh

En Mohd Shaari B EmbongGuru Penolong Kanan 1Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

serta guru-guru dan wakil PIBG ke Bilik Pendidikan Seni untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.

Para ibu bapa juga dijemput ke kantin sekolah untuki menikmati hidangan yang telah disediakan.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah…..

8