ANTOLOGI HARGA REMAJA

132
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang Bandar Baru Salak Tinggi MODUL KOMSAS TINGKATAN 4 2011 Antologi Harga Remaja & Novel Papa…. Ahirnya Kau Tewas Jua Nama: Tingkatan: Nama Guru:

Transcript of ANTOLOGI HARGA REMAJA

Page 1: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang

Bandar Baru Salak Tinggi

MODUL KOMSAS TINGKATAN 4

2011Antologi Harga Remaja

&

Novel Papa…. Ahirnya Kau Tewas Jua

Nama:

Tingkatan:

Nama Guru:

Page 2: ANTOLOGI HARGA REMAJA

INDEKS ANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4

GenreJudul Karya Tarikh Tanda tangan

Guru

Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Budi)

Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)

Syair Definisi Orang Berakal

Syair Siti Sianah

Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Seloka Emak Si Randang

Sajak

Harga Remaja

Di Perpustakaan

Mengintai Ruang Insaf

Mahsuri

Adat Sezaman

Tiba Waktunya

Prosa Tradisional

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa

Merah Silu

Hikayat Indera Nata

Hikayat Khoja Maimun

Cerpen

Ibu dan Ceper

Memori Seorang Tua

Israk

Pemain Catur

Mellisa

Biarkan Samudera

Drama

Gelanggang Tuk Wali

Forum Remaja 2020

Cempaka Berdarah

Page 3: ANTOLOGI HARGA REMAJA

1.Pantun Empat Kerat (Budi)

MAKSUD Rangkap 1:- Jika tidak mengenang kepada kita, nama baik yang tidak akan disebut.

Rangkap 2:- Adat di dunia, manusia mati meninggalkan nama.

Rangkap 3:-Berbudi sedikit tidak akan hilang, malah tetap akan menjadi kenang- kenangan.

Rangkap 4:-Budi org yang kita terima, ibarat hutang seribu tahun.

TEMA - Budi baik diingati orang.PERSOALAN - Jika kita tidak mengenang seseorang,nama kita tidak akan diingati.

- Sudah menjadi adat di dunia, orang yang mati akan meninggalkan nama.- Kasih yang diberikan akanmenjadi ingatan selama-lamanya.- Budi tetap dikenang sampai bila-bila walaupun sedikit.

GAYA BAHASA Sinkope- Contoh: “Jika tak kenang kepada saya” Imejan - Contoh: “paya” “rumput” dan “ikan” Anafora - Contoh: perulangan perkataan “anak” Hiperbola - Contoh: “hutang seribu tahun”

NILAI MURNI Mengenang Budi- Contoh: Orang yang berbudi ketika hidup, akan dikenang walau pun

sudah meninggal dunia. Berterima Kasih

- Contoh: penyair berterima kasih terhadap orang yang berbudi kepadanya

PENGAJARAN Kita hendaklah mengenang budi baik seseorang, walaupun kecil. Kita perlu berterima kasih pada orang yang telah berbudi kepada kita.

Page 4: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Latihan: Pantun Empat Kerat (Budi)

Baca Pantun Empat Kerat (Budi) dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah yang dimaksudkan debgan ungkapan Orang yang mati meninggalkan nama seperti yang terdapat dalam pantun tersebut? ( 2 markah )

2 Pada pendapat anda, mengapakah budi dipandang mulia oleh manusia? ( 3 markah )

3 Huraikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut dengan membuat contoh yang sesuai. ( 4 markah )

Page 5: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2.Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)

MAKAKSUD Rangkap 1:Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga.Rangkap 2:Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusiaRangkap 3:Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang menghairankan.Rangkap 4:Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya.Rangkap 5:Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan

TEMA Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

PERSOALAN i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna.ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia.iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain.iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

GAYA BAHASA i. Rima akhir “abab”.ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal “u” sebanyak 5 kali)iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan “g” sebanyak 4 kali)iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak”.

NILAI MURNI i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga.ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia.iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

PENGAJARAN i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya.ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam

kehidupan kita.

iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita.

iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja.

Page 6: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Latihan: Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran )

Baca Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat sendiri.

1. Apakah maksud rangkap pertama pantun tersebut? (2 markah)

2. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya seseorang itu memilih isteri bedasarkan kecantikan sahaja ( 3 markah )

3. Nyatakan empat ciri-ciri Pantun Empat Kerat ( Jenaka dan Sindiran ). ( 4 markah )

Page 7: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3.Syair Definisi Orang Berakal

MAKSUD Rangkap pertamaOrang yang berakal atau cerdik pandai dianggap mulia oleh masyarakat dan menyemai orang lain. Sesiapa yang menjadi pengikut orang yang berkal akan dapat hidup bahagia Rangkap kedua

Orang yang berakal memiliki fikiran yang tajam. Dia juga memlihara diri daripada melakukan perkara yang tidak baik kerana jikalau melihat perbuatan kejam sekali pun, dia beranggapan bahawa akal fikiran orang tersebut seperti telah jatuh terjunam. Rangkap ketiga

Orabg yang berakal sentiasa melihat sesuatu dengan lebih mendalam. Mereka juga mengasihi majika dan rakan sekerja. Mereka tidak bersubahat dengan orang yang jahat kerana bimbang akan mendapat nama buruk. Rangkap keempat

Orang yang berakal juga sentiasa menuraut perintah Tuhan. Dia menjauhi sifat tamak dan sentiasa bertakwa kerana menyedari bahawa hidup di dunia hanya sementara. Rangkap kelima

Orang yang berakal sekiranya dikasi raja sekali pun, dia tidak akan sengaja bertandang ke istana. Dia juga tidak menyombong diri dan tetap serupa melayan saudarnya seperti dahulu.

Rangkap keenamBagi orang yang berakal, apabila raja atau pihak atasan semakn menyayanginya, dia pula semakin beringat-ingat. Dia juga berusah menahan diri daripada berkelakuan sombong atau meninggi dengan saudara-maranya, malah terus merendah diri dan sedia memberikan bantuan.

Rangkap ketujuhOrang yang berakal juga suka membuat kajian atau melakukan penyelidikan tanpa berasa jemu memilahara dirinya daripada terpedaya.

TEMA Keistimewaan orang yang bijaksana

Page 8: ANTOLOGI HARGA REMAJA

PERSOALAN Orang yang menurut sifat orang yang bijaksana akan hidup bahagia. Suka membiarkan kekejaman belaku menyebabkan keruntuhan akhlak. Perlu berhemah dengan orang jahat supaya tidak mendapt malu. Perlu berterusan menjauhi sifat tamak. Jangna meninggi diridalam hal pekejaan.

NILAI MURNI KerajinanKerajinan menuntut ilmu dan membuat kajian tanpa rasa jemu.

KeyakinanYakin terhadap usaha murni yang dilakukan seperti menjauhi sifat tamak.

Baik hatiBersopan santun dan berbudi bahasa dalam pergaulan dengan sesiapa sahaja.

BijaksanaBijaksana menagani masalh seperti berhemah ketika menghadapi orang yang jahat.

GAYA BAHASA SingkopeIbanya tahu dunia tak kekal.

AliterasiMenjauhkan tamak hendak tawakal (pengulangan konsonan k)

AsonansiJika ia dikasihi raja ( pengulangan vocal a)

PENGAJARAN Kita perlu rajin membaca dan mengulangkaji sesuatu tanpa jemu agar menjadi orang yang berilmu.

Kita patut yakin untuk berusaha ke arah yang positif. Kita patut taat akan perintah Tuhan. Kita patut bijak bertindak apabila menghadapi sesuatu masalah.

Latihan :

Baca Syair Definisi Orang Berakal dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan Mencari kupasan jangan tersemu seperti yang terdapat dalam syair tersebut? ( 2 markah )

2. Pada pendapat anda, wajarkah kita Tiadalah menyombong pada bekerja sebagaimana yang tertera dalam rangkap kelima puisi ini? ( 4 markah )Berikan alas an anda.

Page 9: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair ini. ( 3 markah )

4.Syair Siti Sianah

MAKSUD 1. Rangkap pertamaKelihatan pelik apabila perempuan mencukur bulu roma di mukanya. Keningnya pula dicukur membentuk taji ayam, kemudian, barulah mereka berpakaian selengkapnya, iaitu menghias diri.

2. Rangkap keduaGolongan wanita ini terlalu suka menarik perhatian lelaki dengan ketawa mengilai supaya dirinya dianggap terlalu cantik.

3. Rangkap ketigaSetengah perempuan pula suka bersolek, berdandan dan berpakaian cantik. Dia akan melihat wajahnya di dalam cermin dan membelek-belek kiri dan kanan.

4. Rangkap keempatGolongan perempuan tersebut ada yang tidak begitu cantik. Sesetengahnya yang kembang hidungnya dan kemik pula batangnya dan mulutnya besar seperti mulut buaya.

5. Rangkap kelima Setengah perempuan pula perangainya tidak baik. Kepalanya dipenuhi dengan rambut palsu. Rambut yang sedikat lalu boleh disiput. Selain itu, rambut palsunya pula panjang berjela-jela.

6. Rangkap keenamKadang-kadang pula, golongan perempuan begini suka membedak mukanya sehingga kaki tangan termasuklah lengan dan jarinya. Mereka kelihatan putih dan perbuatan yang dianggap sebagai menipu pandangan orang lain ini amat mereka sukai.

7. Rangkap ketujuhSetengah perempuan pula suka dipuji. Gelang yang dipakainya begitunya banyak berlapis-lapis, mereka juga suka mendekati lelaki yang kurang baik akhlaknya.

8. Rangkap kelapanSelain itu, mereka pula suka menyinsingkan baju atau kain. Mereka berpura-pura bahawa hal itu disebabkan mereka membubuh ubat pada kaki dan tangan, sedangkan semua ini diketahui oleh Allah s.w.t bahawa mereka hanya mahu mendapat perhatian daripada kaum lelaki.

9. Rangkap kesembilan

Page 10: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Sebagai manusia kita perlu berlindung kepada Allah s.w.t. daripada melakukan perbuatan yang salah semoga kita tidak akan menjadi seperti perempuan yang dianggap menjadi seperti perempuan yang dianggap sebangai sampah masyarakat.

10. Rangkap kesepuluhSetengah perempuan kebanyakannya suka bermain judi. Hal ini menyebabkan semua harta bendanya habis tergadai kerana sudah ketagih bermain judi.

11. Rangkap kesebelasLelaki dan perempuan yang bergaul tanpa batasan mengakibatkan berlaku perkara yang tidak sewajarnya. Hal ini berlaku disebabkan syaitan telah menguasai diri mereka.

TEMA golongan wanita yang berkelakuan negatif serta melanggar ajaran, norma masyarakat dan budaya.

PERSOALAN i. Golongan wanita memang suka berhias diri untuk memikat kaum lelaki.ii. Golongan wanita suke bersolek walaupun dirinya tidak secantik mana.

iii. Ada golongan wanita yang suka berjudi sehingga habis harta bendanya tergadai.

iv. Pergaulan yang tidak terbatas antara lelaki dan perempuan mengakibatkan perlanggaran hokum agama dan norma masyarakat.

GAYA BAHASA i. Sinkope : rambut yang sikit disiputnya pula

ii. Bahasa Melayu Klasik: sempolah ( tidak berguna, sampah masyarakat)

iii. Asonansi: roma di muka pula dicukurnya (pengulangan vocal a)

NILAI MURNI 12. KesederhanaanSiti Sianah ( yang mewakili golongan wanita ) sepatutnya tidak keterlaluan dalam menghias diri.

13. Hemah tinggiSiti sianah seharusnya bersopan santun.

14. Kebersihan Fizikal dan MentalSiti Sianah sepatutnya mempunyai pemikiran yang sihat dan membina.

PENGAJARAN i. Golongan wanita wajar menjaga maruah diri. ii. Golongan wanita perlu memelihara etika dan nama baik keluarga.

iii. Golongan wanita jangan melanggar norma masyarakat dan budaya.iv. Golongan wanita perlu berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah

s.w.t supaya tidak menjadi insan yang tidak berguna dalam masyarakat.

Latihan : Syair Siti Sianah

Baca Syair Siti Sianah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutya menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah perkara penting yang terdapat dalam syair di atas? ( 2 markah )

2. Apakah perbezaan antara wanita berhemah dengan wanita yang suka bersosial? ( 3 markah)

Page 11: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Huraikan empat gaya bahasa yang terdpat dalam syair di atas. ( 4 markah )

5.Gurindam 12 Fasal yang Keenam

MAKSUD 15. Rangkap pertamaSasaran agar mencari sahabat yang baik dan berfaedah kepada kita.

16. Rangkap keduaSasaran agar mencari guru yang arif tentang muslihat musuh.

17. Rangkap ketigaSasaran agar memilih isteri yang taat setia kepada suami.

18. Rangkap keempatSasaran agar memilih kawan yang faham akan erti setiakawan.

TEMA Nasuhat untuk memilih sahabat, guru, dan isteri yang sewajarnya.PERSOALAN 1. Sasaran memilih sahabat yang sesuaidan berguna.

2. Sasaran memilih guru yang bijaksana.3. Sasaran memilih isteri yang taat setia kepada suami.4. Sasaran memilih kawan yang setia.

GAYA BAHASA I. Hiperbola : yang boleh tahukan tiap seteru.II. Aliterasi : yang boleh tahukan tiap seteru. ( pengulangan konsonan t )

III. Perlembagaan : ubat ( lambing kesejahteraan hidup ).IV. Asonansi : cahari olehmu akan kawan ( pengulangan vocal a )

NILAI MURNI 19. KerajinanBerusaha untuk memilih sahabat yang secocok dan berfaedah kepada kita.

20. Berdaya UsahaGigih mencari guru yang terbaik.

21. CekalBerusaha mencari isteri yang taat.

Page 12: ANTOLOGI HARGA REMAJA

PENGAJARAN 1. Kita hendak lah memilih guru yang bijaksana untuk membimbing kita ke arah jalan kebenaran.

2. Kita perlulah memilih isteri yang taat kepada suami untuk kebahagian rumah tangga.

3. Kita wajar mncari kawan yang setia kepada kawannya ketika susah atau senang.

Latihan : Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Baca Gurindam 12 fasal Keenam dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah kepentingan mencari isteri yang boleh menyerahkan diri? ( 3 markah )

2. Apakah kesannya jika seseorang kawan yang kita pilih itu tidak setia dan berlaku curang kepada kita ( 3 markah )

3. Huraikan tiga pengajaran dalam syair di atas. ( 3 markah )

Page 13: ANTOLOGI HARGA REMAJA

6.Seloka Emak Si Randang

MAKSUD UmumSindiran kepada Emak Si Randang yang membantu orang lain di luar kemampuan dirinya.

KhususEmak Si Randang yang baik budi menanakkan nasi untuk orang dagang yang lalu di hadapan rumahnya. Walaupun tiada kayu api, Emak Si Randang telah merobohkan rumahnya untuk dijadikan kayu api. Oleh sebab nasi telah dimakan oleh orang lain, maka anaknya yang pulang dalam keadaan yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti dia meletakkan anak yang sedang dipangku tetapi kera dihutan yang disusui. Apabila orang dagang itu telah pergi, Emak Si Randang kerugian sendiri. Apatah lagi apabila beras yang ada telah habis dan padi pula tidak menjadi.

TEMA Sindiran kepada orang yang bertindak tanpa berfikir panjang.PERSOALAN I. Emak Si Randang yang terlalu mementingkan orang dagang daripada

anak sendiriII. Emak Si Randang yang sedia membantu orang luar sehingga

membebankan diri sendiri.III. Kepentingan kewarasan dalam tindakan.

GAYA BAHASA Hiperbola

Page 14: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Tiada kayu rumah diruntuhkan. Sinkope

Bebas habis padi tak jadi. Asonansi

Beras habis padi tak jadi ( bunyi vocal ‘a’ dan ‘i’ )NILAI MURNI Rasional

Emak Si Randang sepatutnya berfikiran rasional sebelum membantu orang dagang.

Berfikir Logik Emak Si Randang sewajarnya membuat pertimbangan dengan alasan munasabah sebelum membantu orang luar tanpa menyusahkan diri atau anak sendiri.

Berfikiran KritisEmak Si Randang sepatutnya berfikiran kritis, memikirkan buruk baik tindakan yang akan dilakukan untuk membantu orang asing.

PENGAJARAN I. Manusia perlu mengukur kemampuan diri sebelum membantu orang lain.

II. Kita wajar berfikir semasak-masaknya sebelum memberikan bantuan kepada orang luar agar tidak membebankan diri sendiri kemudian hari.

III. Manusia perlu berbuat baik sekadar berpada-pada sahaja.

Latihan : Seloka Emak Si Randang

Baca seloka dibawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

1. Nyatakan tiga sikap negatif Emak Si Randang dalam seloka ini. ( 3 markah )

2. Sekiranya anda sahabat Emak Si Randang, apakah tiga nasihat berguna yang akan anda berikan kepadanya? ( 3 markah )

Page 15: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam seloka tersebut. ( 4 markah )

1. Harga Remaja

MAKSUD Rangkap pertamaPerihal kehidupan remaja yang disifatkan sebagai masih muda dalam meniti alam kehidupan.

Rangkap keduaPerihal seorang remaja mematuhi kehidupan mereka sama ada memilih untuk leka bermain dengan cinta atau bersusah payah menuntut ilmu.

Rangkap ketigaUsia remaja sesungguhnya amat berharga kerana usia remaja tidak boleh dibeli dengan perjanjian.harga usia remaja ialah keteguhan pendirian, keberanian menempuh cabaran dan kegigihan menuntut ilmu.

Rangkap keempatSeorang remaja perlu memenuhi usia remajanya dengan hala tuju hidup yang

Page 16: ANTOLOGI HARGA REMAJA

jelas untuk menjadi insan yang berguna. TEMA Harapan dan nilai kehidupan remaja.

PERSOALAN I. Usia remaja merupakan usia yang sangat berharga.II. Remaja perlu memanfaatkan usia remaja mereka untuk menuntut ilmu.

III. Remaja juga perlu mempunyai pendirian, keberanian dan kegigihan dalam menuntut ilmu.

IV. Remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas dalam kehidupan mereka.

GAYA BAHASA Metafora.cuka kesangsian piala remajamu.

SimileBagai kehijauan daunBagai kesegaran pohon.

Unsure perulanganAnafora ( pengulangan awal )Bagai kehijauan daunBagai kesegaran pohon

NILAI MURNI KeberanianRemaja perlu berani untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika usia remaja.

Nilai kegigihanRemaja perlu gigh menuntut ilmu pengetahuan.

BermatlamatRemaja perlu mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam hidup.

PENGAJARAN I. Kita hendaklah menghargai usia remaja kita yang hadir hanya sekali dalam hidup.

II. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu pengetahuan.III. Kita hendaklah mempunyai pendirian yang teguh untuk berhadapan

dengan pelbagai cabaran dan dugaan.IV. Kita mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas dalam

hidup.

Latihan : Harga Remaja

Nada sajak ini adalah nasihat dan dorongan. Sajak ini menasihati pembaca agar sentiasa menghargai usia remaja.

1. Apakah tema bagi sajak ini? (2 markah )

Page 17: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2. Jelaskan satu contoh gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini. ( 2 markah )

3. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. ( 4 markah )

2. Di Perpustakaan

MAKSUD Rangkap pertamaPenyair berasakan bahawa keadaan diperpustakaan ternyata berbeza dengan tempat yang lain. Hal ini dapat dilihat apabila para bijak pandai bertandang ke perpustakaan dan penghuniya begitu tekun menelaah buku-buku.

Rangkap kedua

Page 18: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Penyair berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengangdungi pelbagai jenis buku. Penyair berasakan ilmu yang dimilikinya tidak sebanyak jumlah buku di rak tersebut dan dirinya tidak mungkin dapat menguasai kesemua tersebut.

Rangkap ketigaPerpustakaan itu mempunyai banyak ilmu yang tidak mungkin dapat dikuasai oleh penyair melainkan sedikit sahaja daripadanya. Penyair mengibaratkan perpustakaan sebagai gedung ilmu yang akan membina peradaban manusia. Penyair mengatakan bahawa dirinya sangat dahagakan ilmu pengatahuan, walaupun dia sedar bahawa dia tiak mungkin dapat menguasai ilmu itu sepenuhnya.

TEMA Martabat ilmu pengatahuan kepada manusia.PERSOALAN I. Perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu untuk para cendiakawan.

II. Semakin kita mencuba untuk menguasai ilmu pengetahuan, hakikatnya semakin banyak ilmu pengetahuan yang masih belum kita kuasai.

III. Ilmu pengatahuan itu perlu dituntut sepanjang masa kerana ilmu penetahuan itu terlalu luas bidangnya.

GAYA BAHASA Metafora: terapung di laut ilmu.: bahtera ilmu disini.

Hiperbola: gua pendeta:bersemadi

Rima akhir berkait: terlalu hening di sini: gua pendeta bersemadi: di puncak sepi: di sana sini: kepala-kepala runduk meneliti: mata dan fikir bersebati

NILAI MURNI KegigihanKegigihan untuk menuntut ilmu pengetahuan dengan tekun dan tanpa berputus asa.

Merendah DiriKetika menuntut ilmu, sifat merendah diri hendaklah dipamerkan demi mendapatkan keberkatan ilmunya.

Menghargai IlmuIlmu pengatahuan perlu dihargai dengan cara mengamal dan memartabatkannya dalam kehidupan.

PENGAJARAN i. Kita hendaklah menuntut ilmu dengan tekun dan gigih.ii. Kita mestilah sentiasa merendah diri ketika menuntut ilmu

mendapatkan keberkatannya.iii. Kita perlulah mengamalkan dan memartabatkan ilmu pengatahuan

dalam kehidupan seharian.

Latihan : Di Perpustakaan

Page 19: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Baca sajak Di Perpustakaan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah perasaan yang dialami oleh penyair sebaik-baik sahaja melangkah masuk ke perpustakaan? ( 2 markah )

2. Apakah jenis gaya bahasa yang terdapat pada frasa bahtera ilmu di sini pada rangkap kedua dalam sajak ini? ( 2 markah )

3. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak ini? ( 4 markah )

Page 20: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Mengintai Ruang Insaf

MAKSUD Rangkap pertamaPenyair berasa bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya terhadap Allah s.w.t., semakin jauh dirinya daripada mendapat rahmat Allah s.w.t.

Rangkap keduaPenyair berasakan bahawa dirinya selalu menderita dalam hidup dan tidak mendapat kemuliaan sisi Allah s.w.t.

Rangkap ketigaTanpa mempersoalkan ketentuan takdir, penyair melontarkan beberapa pertanyaan kepada dirinya bahawa “ Masih adakah lagikah ruang untuk dirinya memperbetulkan kesilapan dan diberikan peluang untuk bertaubat?”

Rangkap keempatPenyair berdoa dan berharap semoga pintu taubat untuknya dibuka oleh Allah s.w.t sebelum imanya menjadi goyah.

TEMA Rasa keinsafan dan kehambaan kepada Pencipta. Orang yang berasa dirinya banyak melakukan kesalahan biasanya amat bimbang dan pengampunannya tidak diterima Allah.

PERSOALAN I. Manusia yang banyak berbuat dosa akan semakin jauh daripada rahmat Allah s.w.t.

II. Manusia akan menderita sekiranya tidak mendapat darjat di sisi Allah s.w.t.

III. Peluang untuk bertaubat masih terbuka untuk semua manusia sekiranya mereka benar benar ingin bertaubat.

IV. Dengan berdoa, manusia akan mendapat rahmat dan kemampuan daripada Allah s.w.t.

GAYA BAHASA Metafora : sewaktu berlari di padang hidup : tanpa kembali ke tanjung makna

Hiperbola Tubuhku tercalar duri pidana

Penggunaan Bahasa Asing Ancala = gunung Rabb = gelaran untuk Allah s.w.t.

NILAI MURNI KeinsafanPenyair mempunyai nilai keinsafan diri yang mendalam untuk memohon taubat dan keampunan Allah s.w.t.

TawadukKetika memohon keampunan Allah s.w.t., sifat tawaduk itu sangat penting bagi melambatkan kesungguhan kita untuk bertaubat.

KesedaranPenyair sedar bahawa dirinya telah melakukan banyak kekhilafan di dalam kehidupan.

PENGAJARAN I. Kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t.II. Kita hendaklah mempunyai perasaan tawaduk dan merendah diri

apabila memohon keampunan Allah s.w.t.III. Kita hendakla mengelakkan diri daripada melakukan pelbagai

kekhilafan di atas muka bumi ini.

Page 21: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Latihan : Mengintai Ruang Insaf

Baca sajak Mengintai Runag Insaf dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri

1. Apakah perkataan yang sinonim dengan perkataan aksara pada rangkap ketiga, baris kesebelas dalam sajak ini ?

2. Pada pendapat anda, mengapa penyair bimbang sekiranya tidak ada lagi ruang keinsafan untuknya ?

3. Nyatakan dua pengajaran yang dapat dicontahi pembaca daripada sajak ini ?

Page 22: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4.Mahsuri

MAKSUD Rangkap pertamaPenyairkan memerikan Mahsuri sebagai gadis yang sempurna jiwa dan zahirnya.Sumpahan serta darah suci Mahsuri yang dikatakan menjadi putih ketika dibunuh, telah menjadikan Langkawi hidup dan maju setelah sumpahan selama tujuh keturunan itu tamat.

Rangkap keduaPenyair melontarkan beberapa pedagangan mengatakan kisah Mahsuri bermula daripada khayalan seorang seniman. Namun, disebabkan bahasa yang digunakan oleh seniman tersebut, kisah Mahsuri tetap hidup dan mewarnai dunia kesusasteraan tanah air. Penyair juga menyanjung jasa Mahsuri yang telah menjadikan nama Langkawi terkenal, dan kerana kisah Mahsuri yang merupakan satu karya kesusasteraan, maka kerana kisahnya juga menyebabkan tanah air kita dikenali diseluruh dunia.

TEMA Sumbangan seseorang dan karya satera terhadap kemajuan tanah air.PERSOALAN Mahsuri telah dihukum bunuh setalah difitnah, dan oleh sebab itu

darahnyabertukar menjadi putih. Mahsuri telah mengenakan sumpahan terhadap Pulau Langkawi sebulum

dibunuh. Tanpa sumpahan itu, barangkali Pulau Langkawi tidak akan maju seperti

sekarang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa kisah Mahsuri

merupakan khayaln seorang seniman, namun kisah itu tetap dipandangsebagai karya sastera yang berguna untuk memperkanalkan negara kita kepada dunia luar.

GAYA BAHASA Personafikasi nyanyian ombak pagi

Paradoks air matamu dingin embun

Hiperbola- melengkung tujuh tanjung- putihlah pulau ini

Metaforaterapung dilaut malam

NILAI MURNI Menghargai Penyair menghargai sumbangan Mahsuri yang dikatakan membawa kemajuan kepada Pulau Langkawi kerana kisah lagendanya telah menggamit kehadiran pelancong ke Pulau Langkawi.

Benar Mahsuri tetap percaya bahawa pada suatu hari nanti kebenaran akan muncul. Akibatnya, sumpahan Mahsuri elah menjadikan Pulau Langkawi mundur, dan setelah tujuh keturunan barulah Pulau Langkawi membangun semula.

KesedaranPenyair membawa kesedaran bahawa kisah Mahsuri merupakan salah satu karya sastera yan Berjaya menyumbang kepada kebanjiran pelancong untuk dating ke Pulau Langkawi.

Page 23: ANTOLOGI HARGA REMAJA

PENGAJARAN Kita hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai karya sastera tanah air .

Kita mestilah menabur bakti dan sumbangan kepada negara. Janganlah kita suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Kita hendaklah berusaha gigih untuk memajukan negara walaupun kita

berhadapan dengan pelbagai halangan.

Latihan: Mahsuri

Baca sajak Mahsuri engan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah tema bagi sajak ini ?

2. Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.

3. Nyatakan dua cara yang berkesan untuk mengangkat martabat karya kesusasteraan tanah air ke peringkat antarabangsa.

Page 24: ANTOLOGI HARGA REMAJA

5.Adat Sezaman

MAKSUD Rangkap pertamaAdat tradisi nenek moyang mempunyai kesan moral yang mendalam sama ada daripada aspek keindahan lakunya dan kemolekan budayanya.

Rangkap keduaSikap gadis ynag mempunyai sifat sopan santun serta sang teruna yang mempunayi sifat warak merupakan padanan yang sesuai disatukan

Rangkap ketigaNamun, kini masa telah berubah. Sukar sekali untuk mencari gadis yang bersopan santun dan pemuda yang warak kerana sifat-sifat itu sudah mulai lenyap dan menghilang dalam arus kemodenan kini.

Rangkap keempatOrang-orang tua kini berasa malu dengan sikap pemuda dan gadis pada zaman sekarang yang tanpa segan silu bermesra di khalayak ramai tanpa rasa hormat dan melampaui batas agama.

Rangkap kelimaPada masa sekarang, adat budaya dan tradisi dahulu kala semakin dilupakan, pegangan agama pula semakin dilupakan, manakala budaya luar yang tidak elok pula dijadikan ikutan.

TEMA Adat sezaman yang kian dilupakan.PERSOALAN Adat sezaman kita mempunyai banyak kelebihan, keindahan dan

kemolekan. Adat sezaman akan memelihara hati dan pergaulan antara lelaki dan

perempuan. Namun, pada masa kini adat sezaman itu kian terhakis oleh arus

kemodenan. Anak-anak remaja pada hari ini tanpa rasa hormat dan tanpa segan silu

bermesra di khalayak ramai tanpa batasan. Anak-anak remaja zaman sekarang sudah semakin melupakan adat tradisi

sezaman, lantaran pegangan agama yang rapuh dan terpengaruh dengan budaya barat.

GAYA BAHASA Anafora - Terlalu indah apabila dipandang- Terlalu mulia apabila diselidik- Tanpa hormat- Tanpa batasan

Perlembangan - Adat kuning jadi ikutan (Adat kuning melambangkan budaya luar. Contoh: budaya barat)

Page 25: ANTOLOGI HARGA REMAJA

NILAI MURNI MenghargaiPenyair menghargai adat sezaman yang mempunyai banyak keindahan dan kemolekan.

BerimanIman akan menjadi dinding kepada berlakunya gejala sosial dan pergaulan yang bebas antara lelaki dengan perempuan.

KesedaranPenyair mempunyai kesedaran yang tinggi tentang betapa pentingnyamemelihara adat sezaman agar pergaulan antara gadis dengan teruna akan terjaga dengan baik.

PENGAJARAN Kita perlulah menghormati perasaan orang yang lebih tua Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama agar kita tidak

terpesong dalam hidup. Kita mestilah menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan

perempuan dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah memelihara dan menghargai adat sezaman kita kerana ia

akan menjamin keutuhan jati diri insani.

Latihan: Adat sezaman

Baca sajak adat sezaman dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penyair dalam rangkap pertama ?

2. Nyatakan dua persoalan yang terkandung da dalam sajak ini.

3. Buktikan bahawa gaya bahasa anaphora wujud dalam sajak ini.

Page 26: ANTOLOGI HARGA REMAJA

6.Tiba Waktunya

MAKSUD Rangkap pertamaZaman moden kini berlalu dengan pantas dan wanita perlu merebut segala peluang dan ruang yang ada untuk memajukan diri.

Rangkap keduaWanita tidak perlu lagi terlalu banyak berikan persoalan dunia kerana apa yang lebih penting kini ialah mereka tidak perlu membuang masa untuk memajuka diri.

Rangkap ketigaWanita zaman moden perlu berani melontarkan pandangan mereka kerana suara mereka mampu menjadi pemangkin aspirasi dan membentuk kejayaan dengan penuh berwawasan.

Rangkap keempatWanita perlu melupakan permasalahan remeh mereka kerana mereka perlu berani untuk berhadapan dengan ujian tanpa meminggirkan ketinggian budi pekerti dan mempunyai perwatakan yang unggul daripada pelbagai aspek.

Rangkap kelimaWanita perlu memaksimumkan segala keupayaan mereka untuk mengangkat martabat wanita itu sendiri dengan keimanan, semangat da kemampuan mereka.

Rangkap keenamKini, sudah tiba waktunya bagi wanita untuk menggemparkan dunia dengan keupayaan yang mereka ada.

TEMA Kekentalan wanita sebagai pemangkin kejayaan dan individu berwawasan.PERSOALAN Wanita perlu merebut segala peluang yang ada untuk memajukan diri di

zaman globalisasi ini. Wanita tidak perlu menanti waktu yang lama untuk memajukan diri Wanita moden menjadi aspirasi untuk mencipta lebih banyak kejayaan di

era globalisasi.

Page 27: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Wanita perlu berani melontarkan idea dan pandangan mereka untuk membela kaum sejenisnya.

GAYA BAHASA MetaforaMerebut tunas-tunas harapan yang hijau

PersonafikasiMeniup tamadun ke era yang pantas

Rima kaitan aaHaruskah kita tunduk mengutip sisa-sisaatau berada di sana meraih sejahtera? Usah kautanya persoalan delimakerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya

NILAI MURNI Keberanian Wanita perlu berani melontarkan pandangan dan idea demi kemajuan negara.

Berwawasan Wanita perlu mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas untuk memajukan diri.

CekalWanita juga perlu cekal dan gigih untuk mencipta kejayaan di persada antarabangsa dan dunia.

Kekentalan semangatPenyair memerikan bahawa wanita perlu mempunyai semangat yang kental jika ingin merebut segala peluang yang ada untuk memajukan diri

PENGAJARAN Kita hendaklah mempunyai kekentalan jiwa jika mahu mencipta kejayaan.

Kita mestilah mempunyai keberanian untuk melontarkan pandangan dan pemikiran.

Kita perlulah mengamalkan sikap berbudi pekerti dalam segala aspek kehidupan untuk membentuk jiwa insani.

Kita haruslah mempunyai wawasan yang jelas dalam kehidupan untuk mencapai cita-cita dan harapan.

Latihan: Tiba Waktunya

Baca sajak Tiba Waktunya dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah bentuk bagi sajak ini?

2. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini.

3. Apakah cabaran yang perlu dihadapi oelh golongan wanita untuk bersaing di era globalisasi yang didominasi oleh kaum lelaki?

Page 28: ANTOLOGI HARGA REMAJA

1.Pelayaran Yang Penuh Peristiwa

SINOPSIS Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar

Page 29: ANTOLOGI HARGA REMAJA

menjadi air yang manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

TEMA Penyamaran Awnag Sulung Merah Muda dalam pelayaran yang menempuh pelbagai peristiwa.

PERSOALAN Pelbagai keistimewaan yang dimilik oleh Awang Sulung Merah Muda Sikap idak jujur jurumudi yang menipu kerana mahu menunjukkan

kehebatannya kepada Tuanku Nakhoda Tua. Sikap terburu-buru Tuanku Nakhoda Tua tanpa usul periksa boleh

meninggalkan kesan negetif. Jurumudi yang ada hati dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Percintaan dan perkahwinan Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan

Puteri Dayang Seri Jawa. Keraian dan perjudian dalam masyarakat Melayu tradisional.

WATAK Awang Sulung Merah Muda- Anak Tuanku Si Helang Laut.- Cucu Tuanku Si Helang Mawai- Berasal dari Bandar mengkalih- Bertanggungjawab- berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa- Anakanda Tuanku Nakhoda Tua- terpikat dengan Awang Merah Muda yang menjadi kacak setelah

mandi limau dan bersabun.- Berkahwin dengan Awang Sulung Merah Muda

Tuanku Nakhoda Tua- Ayahanda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Page 30: ANTOLOGI HARGA REMAJA

- Pemerintah negeri semarang, Tanah Jawa- Seorang yang terburu-buru- Seorang yang lurus- Seorang yang mendengar kata

PLOT1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.1.Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, Tuan Puteri Dayang Seri

Jawa sedang mengemudi geliung panjangnya dengan laju. Dia kemudiannya meminta bantuan Awang Sulung yang ketika itu berkeadaan hitam dan comot kerana anak-anak kapal yang lain mabuk dan tidak sedarkan diri.

2.Plot terus berkembang dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan kelebihan dan kesaktian Awang Sulung semasa dalam pelayaran.

3.Pada bahagian perumitan, kumpulan lanun menyerang geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa itu. Apabila Awang Sulung telah berjaya menyelamatkan geliung itu, jurumudi pula memperdayakan Tuanku Nakhoda Tua sehingga Tuanku Nakhoda Tua hampir menikahkan jurumudi itu dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

4.Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi ayahandanya kerana terlalu mempercayai jurumudi. Tuan Puteri menyatakan bahawa Awang Sulunglah yang bertanggungjawab menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun.

5.Pada bahagian peleraian, Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke Negeri Pati Talak Terengganu dan singgah di sana.

LATAR Latar TempatLatar tempat dalam cerita ini adalah di dalam geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, di Pulau Tapai, di Pulau Salah Nama, dan di Negeri Pati Talak Terengganu.

Latar MasaLatar masanya pula ialah siang dan malam, iaitu sepanjang pelayaran menuju ke Tanah Jawa.

Latar Masyarakat1. Masyarakat golongan bangsawan yang menjadi pemerintah. Contohnya,

raja di Negeri Pati Talak Terengganu yang memerintah di situ.2. Masyarakat golongan bawahan yang bekerja untuk raja, misalnya anak-

anak kapal geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.3. Masyarakat yang taat akan pemerintah seperti Si Kembang Cina dan

Bujang Selamat.4. Masyarakat lanun yang suka melakukan rompakan di laut.1. Masyarakat yang suka bertaruh seperti Awang Sulung yang mempunyai

ayam sabung, Kinantan Suci, dan pihak di Negeri Pati Talak Terengganu pun siap mempunyai ayam dan gelanggang sabungan.

2. Masyarakat yang kuat mengamalkan adat resam. Contohnya, raja di Negeri Pati Talak Terengganu mempunyai adat menyambut tetamu asing dan Awang Sulung pula berminat untuk mengetahui adat di negeri itu.

NILAI MURNI 0. Nilai berani. Setiap orang mesti berani menentang kejahatan. Contohnya, Awang Sulung berani menentang lanun semasa dalam pelayarannya.

1. Nilai merendah diri. Sikap merendah diri tidak akan merendahkan darjat atau kelebihan seseorang. Contohnya, Awang Sulung yang berketurunan baik-baik sanggup menyamar sebagai budak hitam yang

Page 31: ANTOLOGI HARGA REMAJA

layak menjadi penunggu reban dan penghalau ayam sahaja.2. Nilai bijaksana. Setiap pemimpin mestilah bijaksana menyelesaikan

masalah. Contohnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak kapal semasa dalam pelayaran.

4. Nilai kasih sayang. Setiap orang mesti hidup dalam suasana kasih sayang. Contohnya, Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi antara satu dengan yang lain.

5. Nilai baik hati. Setiap orang seharusnya bersikap baik hati, terutamanya kepada pihak yang ada membantu kita. Contohnya, Awang Sulung sudi membantu menjadi jurumudi apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepenatan.

4. Nilai rasional. Setiap orang mestilah berfikir dan bertindak secara rasional. Contohnya, Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan anakandanya agar tidak terpengaruh lagi oleh kata-kata jurumudi.

6.Nilai semangat bermasyarakat. Kita mesti hidup bermasyarakat. Contohnya, Awang Sulung berminat untuk mengetahui adat resam masyarakat luar dengan bertanya kepada penghulu gelanggang tentang adat bergelanggang.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan.2. Kita janganlah suka meninggi diri dan berbangga akan darjat keturunan.3. Kita hendaklah bijak menyelesalkan masalah yang timbul.4. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan tidak berdendam.5. Kita hendaklah bersedia memberikan bantuan terhadap orang yang

memerlukan pertolongan.6. Kita hendaklah sanggup menerima kebenaran dan tidak mudah

diperdayakan.7. Kita hendaklah mengutamakan kehidupan bermasyarakat.

Latihan: Pelayaran yang penug peristiwa

Baca petika prosa tradisional pelayaran yang penuh peristiwa dengan teliti. Jawab semua soalan-soalan dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penyair dalam rangkap pertama?

Page 32: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2. Apakah maksud baris bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang diminumnya?

3. Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawamemarahi jurumudi?

2. Merah Silu

SINOPSIS Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama Merah Silau dan Merah Hasum.

Selama ini Merah gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah kepala sehinggalah beliau terpandang semasa isterinya sedang menyikat rambut.

Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari liang rambut tersebut. Sbaik darah berhenti, Puteri Betong pun hilang.

Berita Puteri Bentong diketahui ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah diketahui oleh

Page 33: ANTOLOGI HARGA REMAJA

ayahandanya, Raja Ahmad lalu berlakunya peperangan antara kedua kerajaan mereka.

Kedua-duanya meninggal dunia. Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri Semerlang. Mereka

sampai di negeri Beruana dan membuka perkampungan di sana. Suatu hari ketika Merah Silu bermain di sungai, beliau melihat banyak ikan dan meminta orang membuat bubu untuknya.

Setelah bubu ditahan dan diangkat, dipenuhi dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu Merah Silu mengambil keputusan merebur cacing tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar, dan berita itu sampai kepada Merah Husam lalu meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mengikut katanya.

Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan tanaman penduduk.

Merah Silu keluar dari karang dan sampai ke Buluh Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu mempelawa merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa angkatnya.

Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh beliau. Pada penonton juga diberikan seekor kerbau.

Megat Iskandar Bercadang menjadikan Merah Silu raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak bersetuju.

Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang Sultan Maliku‘ 1-Nasar ke Rimba Jerun lalu berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di sana menyebabkab baginda berundur ke rimba.

Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama Terjun. Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku’1-Nasar sehingga beliau

berundur ke Gunung Telawas tetapi Sultan Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu menakan tempat itu Kubu.

Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke Kumat. Berita tentang Sultan maliku duketahui oleh Megat Iskandar lalu

menyerang Sultan maliku sehinnga kalah. Seorang Hulubalang Sultan maliku iaitu Tuan Aria Benong lari ke barus

dan ditangkap oleh raja Barus. Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar sebagai raja di

Rimba Jerun.

TEMA Cerita ini mengemukakan kehebatan dan kepahlawanan anak raja yang bernama Merah Silu.

PERSOALAN Perselisihan faham sesama adik-beradik Peperangan dan permusuhan dua negara Perkara yang di luar logik akal Keberanian anak raja untuk merantau dan mencari kawasan baru

untuk dijadikan negeri jajahan. Sikap raja yang gemar berjudi Peperangan sebagai cara untuk meluaskan jajahan

WATAK Merah Silu1. Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.2. Adindanya bernama Merah Hasum.3. Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.4. Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai

negeri selepas kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad meninggal dunia dalam peperangan.

Page 34: ANTOLOGI HARGA REMAJA

5. Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya bertukar menjadi emas dan perak.

6. Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.

7. Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.8. Merah Silu bersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada

setiap orang yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung.9. Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.

Merah Hasum1. Adinda kepada Merah Silu.2. Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama dengan Merah Silu

merantau mencari petempatan baru.3. Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang gemar memikat

kerbau.4. Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup mengusir

kakandanya hanya kerana tidak sefahaman.

Merah Gajah1. Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah Hasum.2. Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.3. Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut keemasan yang ada

di tengah-tengah kepala Puteri Betong dan tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.

4. Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.

Puteri Betong1. Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.2. Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah Hasum.1. Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.3. Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah-

tengah kepalanya.4. Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya itu dicabut oleh

Merah Gajah.

Megat Iskandar1. Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat Kedah dan Sultan

Maliku'l-Nasar.2. Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.

Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu yang tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah

Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas sehelai rambut emasnya dicabut oleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga hingga mencetuskan peperangan antara dua buah negara.

3. Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah direbus.

Page 35: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4. Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai raja di situ. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.

5. Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar

datang ke negeri Buluh Telang dan menyerang Merah Silu setelah

baginda dilantik sebagai raja. Peperangan tersebut berlanjutan hingga

ke beberapa tempat.

6. Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut. Baginda berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya, Merah Silu ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Rimba Jerun.

LATAR Latar Tempat1. Di Semerlanga. Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum

mereka keluar merantau.2. Di Beruana. Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan

Merah Hasum.3. Di Kerbau Kampung. Tempat Merah Situ memikat kerbau liar.4. Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang. Tempat persinggahan

Merah Situ ketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat Merah Hasum.

5. Di Buluh Telang. Peristiwa Merah Situ bertemu dengan Megat Iskandar.6. Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan di Kumat. Sultan

Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.

7. Di Rimba Jerun. Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.

Latar MasaLatar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu hingga Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

Contohnya, Merah Silu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.2. Masyarakat bangsawan yang gemar berperang. Contohnya, Raja

Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dan cedera.

3. Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya, Merah Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga dan membuka perkampungan baru bernama Beruana.

4. Masyarakat yang percaya kepada mitos. Contohnya, Merah Silu telah membawa pulang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya selama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya bertukar menjadi perak.

5. Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia. Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau liar dan bersabung ayam.

6. Masyarakat yang menghormati keturunan raja. Contohnya, Megat Iskandar amat menghormati Merah Silu hingga bermuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua, dan segala rakyat di negeri itu untuk

Page 36: ANTOLOGI HARGA REMAJA

mengangkatnya sebagai raja.

NILAI MURNI 1. Nilai taat setia. Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya. Contohnya, rakyat jelata taat akan anak raja yang bernama Merah Silu.

2. Nilai murah hati. Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain

seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah Silu menghadiahkan

seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang

yang datang menonton.

3. Nilai berdikari. Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaran hidup. Contohnya, Merah Silu mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.

4. Nilai keberanian. Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya, Merah Silu berani menentang musuh-musuhnya dalam peperangan.

5. Nilai baik hati. Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Megat Iskandar menerima kedatangan Merah Silu dengan tangan terbuka dan membenarkan baginda tinggal di Buluh Telang.

PENGAJARAN 1. Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.

2. Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan bukannya melalui peperangan.

3. Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang bernyawa.

4. Kita hendaklah berani menentang musuh.5. Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang

yang lebih muda.

6. Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik mungkin.

Latihan: Merah Silu

Baca prosa tradisional Merah Silu dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Apakah tindakan Merah Silu setelah mendapati bubunya dimasuki cacinh gelang?

2. Apakah maksud rangkai kata setelah putus bicara dua bersaudara itu?

3. Jelaskan kemana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempatsebelum dirajakan di Rimba Jerun.

Page 37: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4. Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal.

3.Hikayat Indera Nata

SINOPSIS Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.  Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.  Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas. Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki

Page 38: ANTOLOGI HARGA REMAJA

keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.  Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.  Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

TEMA Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai CabaranPERSOALAN Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan

menyelamatkan diri Persoalan tolong-menolong sesama manusia

WATAK Indera Nata Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati Digelar Si Piatu Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang. Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. Tuan Puteri Cendera Kesuma Anak Raja Mesir Memiliki rupa paras yang cantik Menjadi tawanan raksasa . Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun. Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa Raksasa suami isteri Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi. Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan. Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma

Page 39: ANTOLOGI HARGA REMAJA

 Indera Jenaka Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang

PLOT Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secaraKRONOLOGI

Pada bahagianPENGENALAN atau EKSPOSISI, Indera Jenaka menceritakan keberanian dan kehebatan Si Piatu, iaitu nama sebenarnya Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang buas.

Plot terusBERKEMBANG dengan pengembaraan Indera Nata dalam usaha mencari gajah bergadingkan emas. Indera Nata sampai di puncak sebuah bukit. Di situlah Indera Nata bertemu dengan tujuh orang puteri yang menjadi tawanan raksasa suami isteri.Indera Nata bersetuju menyelamatkan mereka daripada dimakan raksasa.

Pada bahagianPERUMITAN, Tuan Puteri Cendera Kesumamencari jalan untuk memperdayakan raksasa suami isteri.Baginda meminta raksasa mencari gajah bergandingkanemas supaya hati mereka lekas besar.

Plot mencapai tahapPUNCAK atauKLIMA KS apabila Indera Nata dan puteri-puteri itu melarikan diri ketika raksasa keluar mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain yang hitam sehingga menjadi putih. Raksasa naik berang lalu mengejar mereka hingga ke tepi laut. Raksasa itu dibunuh oleh naga dan lembur atas perintah Betara Gangga.

Pada bahagianPELERAIAN, Indera Natamembawa ketujuh-tujuh orang puteri ke benua Rom. Mereka pun tinggal besama-sama dengan bonda Indera Nata, iaitu Tuan Puteri Cenderawati.

LATAR  Latar Tempati. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar) Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nataii. Negeri Pattani Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.iii. Sebuah bukit yang tinggi Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.iv. Sebuah peti emas Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.v. Tepi Laut / Pantai Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati) Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri. Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ. Latar Masa Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas. Waktu petang – raksasa tidur. Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas. Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri. Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Page 40: ANTOLOGI HARGA REMAJA

 Latar Masyarakat Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga. Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit. Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

NILAI MURNI Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri. Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

PENGAJARAN Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Latiahan: Hikayat Indera Nata

Baca prosa tradisional Hikayat Indera Nata dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan dengan jawapan anda sendiri.

1. Nyatakan reaksi raksasa setelah usahanya mencari kijang bertandukkan emas dan mencuci kain hitam menjadi putih tidak berhasil .

2. Pada pendapat anda, wajarkah raksasa itu dibunuh oleh ular dan naga? Mengapakah anda berpendapat demikian?

Page 41: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Pada pendapat anda, mengapakah raksasa dan isterinya kembali semula ke rumahnya?

4.Hikayat Khoja Maimun

SINOPSIS Khoja Maimun merupakan saudagar yang amat kaya di negeri Ajam. Isterinya pula bernama Bibi Zainab. Ketika mereka berjalan-jalan di pasar, mereka telah membeli seekor bayan dengan harga yang sangat mahal. Mereka juga membeli seekor burung tiung. Kedua-dua burung itu boleh berkata-kata. Pada suatu hari, Khoja Maimun hendak pergi belayar untuk berniaga. Maka, tinggallah isterinya bersama-sama dengan burung bayan dan burung tiung di rumah. Beberapa lama kemudian, Bibi Zainab terkenang akan suaminya lalu duduk di tingkap memerhati sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja yang lalu di depan rumahnya. Anak raja itu juga terpandang wajah Bibi Zainab lalu jatuh hati kepadanya. Anak raja itu meminta seorang perempuan tua menyampaikan hasratnya kepada Bibi Zainab. Setelah mendengar cerita perempuan itu, Bibi Zainab menyuruh perempuan tua itu memberitahu anak raja itu bahawa dia akan bertemu anak raja tersebut pada malam nanti.

Setelah hari malam, Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan yang harum. Sebelum Bibi Zainab keluar rumah, dia memberitahu burung tiung akan perasaannya dan meminta keizinan untuk bertemu dengan anak raja itu. Sebaliknya, burung tiung memarahi Bibi Zainab kerana berlaku curang terhadap Khoja Maimun. Bibi Zainab naik marah lalu menangkap burung tiung dalam sangkar. Burung tiung itu dihempaskannya ke

Page 42: ANTOLOGI HARGA REMAJA

lantai. Burung tiung pun mati. Kejadian yang menimpa burung tiung itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan pura-pura tidur seolah-olah tidak mengetahui kejadian tersebut.

Bibi Zainab mengejutkan burung bayan bagi meminta izin keluar rumah untuk berjumpa dengan anak raja. Burung bayan tahu jika dia melarang, dia akan menerima nasib yang sama dengan burung tiung. Burung bayan membenarkan Bibi Zainab pergi berjumpa dengan anak raja itu. Bagaimanapun, sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan telah menyebut kisah bayan dicabut ekor oleh isteri saudagar. Bibi Zainab tertarik mendengar kata-kata burung bayan lalu memintanya menceritakan kisah tersebut. Burung bayan pun menceritakan kisah bayan dicabut ekor sehingga hari menjelang pagi, sehingga Bibi Zainab tidak jadi berjumpa dengan anak raja.

Pada malam kedua, Bibi Zainab telah bersiap-siap dengan pakaian yang indah dan bauan yang harum untuk bertemu dengan anak raja. Sebelum Bibi Zainab keluar, dia telah berjumpa dan meminta izin daripada burung bayan. Burung bayan berlakon memberikan izin tetapi pada masa yang sama burung bayan menyebut pula kisah Hikayat Taif. Lantas Bibi Zainab menyuruh burung bayan menceritakan kisah itu. Burung bayan pun menceritakan kisah Hikayat Taif itu sehingga pagi dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu dengan anak raja pada malam kedua itu kerana hari sudah siang.

Seterusnya, pada malam ketiga, burung bayan mengizinkan Bibi Zainab bertemu dengan anak raja. Dalam masa yang sama, burung bayan menyebutkan kisah suami cemburu. Lantas Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah tersebut. Burung bayan pun menceritakan kisah suami cemburu tersebut sehingga berjaya melalaikan Bibi Zainab. Pada malam keempat, Bibi Zinab berpakaian indah dan memakai haruman yang harum untuk berjumpa dengan anak raja. Sekali lagi dia berjumpa burung bayan untuk meminta izin. Sekali lagi burung bayan memberikan izin tetapi sebelum Bibi Zainab keluar, burung bayan menyebutkan pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Bibi Zainab meminta burung bayan menceritakan kisah itu supaya dia boleh mengambil pengajaran untuk dia membuat bakti kepada suaminya

TEMA Tema yang diketengahkan ialah kebijaksanaan burung bayan dalam memelihara kesetiaan dan ketaatan seorang isteri, Bibi Zainab.

PERSOALAN 1. Kebijaksanaan akal fikiran penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

2. Isteri yang curang dan derhaka terhadap suami yang menyintainya.2. Tanggungjawab ahli keluarga terhadap keluarganya penting bagi

memastikan keluarga terus harmoni.3. Kekayaan harta bukanlah segala-galanya dalam menjamin kebahagiaan

rumah tangga.

5. Kehidupan di dunia ini sentiasa ada dugaan yang perlu dihadapi dengan iman dan akal yang waras.

6. Keinsafan seorang isteri yang berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.

WATAK B u r u n g B a y a n1. Burung bayan dapat bercakap dengan manusia.2. Burung bayan dapat meramalkan perkara yang akan berlaku kelak.

Burung bayan memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya, iaitu Khoja Maimun.

3. Burung bayan pandai bercerita dan berhikayat.4. Burung bayan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Burung bayan bersifat baik hati apabila sentiasa menunaikan permintaan Bibi Zainab agar bercerita.

Bibi Zainab1. Bibi Zainab ialah isteri Khoja Maimun.

Page 43: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2. Bibi Zainab memiliki rupa paras yang cantik dan molek.3. Bibi Zainab berniat untuk berlaku curang terhadap suaminya.4. Bibi Zainab tidak kuat iman apabila mudah terpikat dengan anak raja.

1. Bibi Zainab seorang yang panas baran kerana tergamak menghempaskan burung tiung yang menasihatinya agar tidak berjumpa dengan lelaki lain semasa ketiadaan suami.

2. Bibi Zainab suka mendengar cerita dan hikayat.

Khoja Maimun

1. Khoja Maimun ialah suami Bibi Zainab.2. Khoja Maimun merupakan ahli perniagaan yang ternama.3. Khoja Maimun pandai mencari keuntungan dalam perniagaan.4. Khoja Maimun bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya.

Burung Tiung

1. Burung tiung pandai bercakap.2. Burung tiung kurang bijak dalam menyelesaikan masalah.

PLOT 1. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, digambarkan Khoja Maimun dan isterinya Bibi Zainab bersiar-siar di pekan. Khoja Maimun merupakan seorang saudagar kaya di negeri Ajam, manakala isterinya memiliki rupa paras yang cantik dan tiada bandingannya. Mereka bersepakat untuk membeli burung bayan dan burung tiung yang pandai bercakap dan bercerita.

2. Cerita mula berkembang apabila Khoja Maimun menyuarakan hasratnya untuk pergi belayar. Tujuan pelayarannya kali ini adalah untuk menambah kekayaan.

1. Seterusnya, bermulalah konflik yang berlaku dalam diri Bibi Zainab. Pada suatu hari, Bibi Zainab yang terlalu rindu akan suaminya duduk di tingkap memerhati keadaan sekeliling. Bibi Zainab terpandang anak raja yang kebetulan lalu di situ. Anak raja itu juga terpikat akan kecantikan Bibi Zainab.

1. Konflik bertambah rumit apabila Bibi Zainab juga jatuh hari kepada anak raja. Anak raja itu meminta pertolongan seorang perempuan tua untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab. Bibi Zainab berjanji akan bertemu dengan anak raja itu pada malam hari.

5. Puncak atau klimaks ceritanya adalah ketika Bibi Zainab bersiap-siap hendak pergi ke istana anak raja itu, burung tiung telah menegur perbuatan Bibi Zainab. Kata-kata burung tiung itu telah membuatkan Bibi Zainab naik berang lalu menghempas burung tiung itu ke lantai. Perbuatan Bibi Zainab itu dilihat oleh burung bayan, tetapi burung bayan berpura-pura tidur kerana bimbang akan menerima nasib yang sama.

6. Pada peringkat pengakhiran cerita, bayan cuba melalaikan Bibi Zainab daripada bertemu dengan anak raja itu. Bayan pun menceritakan kisah burung bayan dicabut bulu oleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang terlalu cemburu akan isterinya. Akhirnya, Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya.

LATAR Latar Tempat

1. Di negeri Ajam. Khoja Maimun menetap di negeri Ajam.2. Di pekan. Khoja Maimun dan isterinya, iaitu Bibi Zainab telah pergi

bersuka ria di pekan dan telah membeli burung bayan dan burung tiung.

3. Di rumah Koja Maimun. Bibi Zainab telah mendengar semua cerita yang disampaikan oleh bayan di rumah dari malam hingga pagi.

4. Di negeri Istanbul. Kisah bayan yang telah dicabut bulunya telah berlaku di negeri Istanbul.

Page 44: ANTOLOGI HARGA REMAJA

5. Di istana raja Tabristan. Taif telah pergi ke negeri Tabristan untuk memperhambakan dirinya kepada Raja Tabristan.

6. Di padang. Gajah berjalan di sebuah padang. Di tengah padang itu, iaitu di bawah pohon yang rampak, gajah telah berteduh. Semasa gajah berteduh, isterinya telah bersuka ria dengan seorang hamba di atas belakangnya.

7.Di istana raja Syah Alam. Seorang saudagar telah mengadap Duli Syah Alam di istana untuk memperhambakan diri dan menghadiahkan berbagai-bagai barang yang baik-baik kepada Duli Syah Alam.

8.Di kubur Tuan Syeikh. Di kubur Tuan Syeikh, bayan telah menipu isteri saudagar yang telah mencabut bulunya dengan menyuruh isteri saudagar itu mencukur rambut dan keningnya.

Latar Masa1. Pada waktu malam. Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa

dengan anak raja.2. Pada waktu pagi. Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak

jadi bertemu dengan anak raja.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pedagang. Contohnya, Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya.

2. Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya Arab. Contohnya, cerita yang dicerita oleh burung bayan kesemuanya berlatarbelakangkan negeri di Tanah Arab.

3. Masyarakat isteri yang curang terhadap suami. Contohnya, Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan anak raja ketika suaminya, Khoja Maimun tiada di rumah.

4. Masyarakat golongan raja yang menggunakan kuasa dan pangkat untuk memikat perempuan. Contohnya, anak raja itu cuba memikat Bibi Zainab selepas terpandang Bibi Zainab di tepi tingkap.

1.Masyarakat burung yang petah bercerita. Contohnya, burung bayan pandai bercerita tentang kisah burung bayan dicabut bulunya oleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu.

NILAI MURNI 1. Nilai berani. Setiap orang mesti berani menyatakan bahawa sesuatu perbuatan atau tindakan itu salah. Contohnya, burung Tiung berani menyatakan bahawa perbuatan Bibi Zainab adalah perbuatan salah.

2. Nilai kasih sayang. Seorang suami mesti menyayangi isterinya sepenuh hati. Contohnya, Khoja Maimun amat sayang akan isterinya dan berasa berat hati untuk pergi belayar.

1. Nilai bijaksana. Kebijaksanaan penting dalam melakukan sesuatu tindakan. Contohnya, burung bayan telah bertindak dengan bijak dalam menyelamatkan Bibi Zainab daripada melakukan perbuatan salah.

3. Nilai setia. Setia antara satu dengan yang lain merupakan sikap yang terpuji. Contohnya, isteri saudagar yang amat cemburu sungguh setia kepada suaminya yang pergi belayar dan berniaga.

4. Nilai jujur. Sikap jujur penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumah tangga. Contohnya, burung tiung bersikap jujur dengan menyatakan bahawa perbuatan Bibi Zainab adalah salah.

PENGAJARAN 1. Setiap isteri mesti jujur pada suami supaya tidak berlaku perpecahan dalam keluarga.

2. Sikap setia antara suami dengan isteri mesti diperkukuh demi kebaikan bersama.

3. Perbuatan menduakan suami mesti dijauhi supaya diri tidak dimurkai

Page 45: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Allah dan dihina oleh masyarakat.4. Setiap masalah mesti ditangani dengan bijak supaya tidak mendatangkan

kesan pada diri.5. Kehidupan di dunia ini mempunyai godaan yang mesti dihadapi dengan

kekuatan iman bagi memastikan diri tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Latihan: Hikayat Khoja Maimun

Baca prosa tradisional Hikayat Khoja Maimun dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan di bawah dengan jawapan anda sendiri.

1. Apakah maksud baris aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu?

2. Huraikan dua persoalan dalam hikayat khoja maimun daripada keseluruhan cerita.

3. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang isteri harus mentaati suaminya?

1.Ibu dan Ceper

Page 46: ANTOLOGI HARGA REMAJA

SINOPSIS Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan  melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu,  iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

TEMAKepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN Kesukaran hidup apabila sungai tercemar. Setiap yang hidup akan mati. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya.

Menghargai anugerah Allah.WATAK Ibu

1. Beliau ibu yang bertanggungjawab menyara keluarga.2. Beliau melakukan pelbagai pekerjaan seperti bersawah padi dan menetak

mengkuang.3. Beliau wanita yang tabah menempuh apa-apa jua cabaran yang

mendatang.4. Biarpun seorang wanita, namun beliau aktif melakukan aktiviti

kemasyarakatan. Misalnya, ibu sering menyertai kenduri-kendara dan menziarahi keluarga penduduk yang kematian ahli keluarga.

5. Beliau tidak menyenangi sikap suaminya yang suka menghabiskan masa memikat burung ketitir.

6. Ada ketikanya beliau menjadi pemarah ekoran bencana alam yang kerap merosakkan tanaman padinya.

7. Beliau lumpuh setelah terlanggar tunggul kayu. Kecelakaan yang dialaminya kekal sehingga beliau meninggal dunia.

Ayah

1. Ayah suami yang kurang bertanggungjawab kerana tidak turun ke sawah untuk menyara kehidupan keluarga.

2. Ayah suka membuang masa dengan hobinya, iaitu memikat burung ketitir.3. Ayah hanya menjalankan tanggungjawab membantu keluarga setelah

didesak oleh isteri.4. Beliau berikhtiar mencari sumber makanan lain apabila padi sawah tidak

mendatangkan hasil. Buktinya, ayah membawa balik gadung setiap kali mendenak ketitir.

5. Ayah seorang yang penyayang. Misalnya, ayah membantu menjaga cucu dan memicit isterinya yang sakit.

6. Ayah meninggal dunia sebagai akibat jatuh tersungkur di kepala tangga.

Aku1. Aku anak tunggal dalam keluarga.2. Aku amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.3. Aku mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.4. Aku bertanggungjawab menjaga kedua-dua ibu bapanya yang telah tua.

Page 47: ANTOLOGI HARGA REMAJA

1.Aku sudah berumah tangga dan beroleh dua orang anak dan sudah bercucu.

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.2. Plot permulaan cerpen ini dimulai dengan pengarang memperkenalkan

sebatang sungai yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper mengalir di sebuah kawasan sawah padi. Sungai ini masih belum tercemar dan digunakan untuk mengairi sawah padi. Sungai yang pelbagai gunanya itu diumpamakan seperti kegigihan seorang ibu yang mengerjakan sawah padi bagi menyara keluarganya.

3. Pada tahap perkembangan, pengarang menjelaskan bahawa ibunya merupakan seorang wanita yang rajin. Selain bersawah, ibu menetak mengkuang bagi menampung perbelanjaan keluarga. Ibu aktif juga dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

3. Tahap perumitan adalah apabila suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini demikian kerana si suami tidak membantu mengusahakan sawah padi untuk menanggung kehidupan keluarganya. Suaminya banyak menghabiskan masa memenuhi hobinya, iaitu memikat burung ketitir.

4. Klimaks cerpen ini adalah apabila ibu tidak dapat bekerja lagi setelah terjatuh kerana terlanggar tunggul kayu. Sebagai akibatnya, ibu terus lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi. Bapanya pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyara keluarga.

5. Manakala peleraian cerpen ini adalah apabila keadaan Sungai Ceper digambarkan semakin kotor sebagai akibat pencemaran. Pelbagai bahan buangan terdapat dalam sungai tersebut sehingga menyebabkan Sungai Ceper gagal berfungsi lagi. Pengarang membuat tafsiran bahawa kematian ibunya sama keadaannya seperti yang dialami oleh Sungai Ceper.

LATAR Latar Tempat1. Latar tempat berlakunya peristiwa dalam cerpen ini adalah di sebuah

desa.2. Di sinilah terdapatnya sebuah kawasan sawah padi dan sebatang sungai

yang mengairinya.3. Kawasan rimba belantara tempat memikat burung ketitir turut menjadi

latar tempat dalam cerpen ini.

4. Selain itu, telaga tempat mengambil air ketika musim kemarau dinyatakan juga dalam cerpen tersebut.

Latar MasaLatar masa dalam cerpen ini adalah pada waktu siang dan malam.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat pesawah yang mengusahakan tanaman padi. Contohnya, keluarga "aku" ialah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi.

1. Masyarakat petani yang menjalankan kerja-kerja pertanian secara tradisional. Contohnya, penduduk di desa "aku" mewakili latar masyarakat ini.

2. Masyarakat petani yang kerap, mengalami kesempitan hidup akibat bencana alam yang merosakkan tanaman mereka. Contohnya, keluarga "aku" mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah ruah ketika banjir dan airnya kering tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

2. Masyarakat yang mempunyai hobi memikat burung. Contohnya, ayah

Page 48: ANTOLOGI HARGA REMAJA

sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba.

3. Masyarakat desa yang hidup saling membantu. Contoh: ibu meluangkan masa menghadiri kenduri-kendara dan menziarahi jiran yang kematian ahli keluarga.

1. Masyarakat yang tidak peka terhadap, penjagaan alam sekitar. Contohnya, tingkah laku tidak bertanggungjawab sesetengah anggota masyarakat telah menyebabkan Sungai Ceper menjadi kotor.

4. Masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua. Contohnya, "aku" menjaga ibunya yang sudah tua.

NILAI MURNI 1. Nilai bertanggungjawab . Contohnya, sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

2. Nilai kegigihan. Contohnya, walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

3. Nilai kerajinan. Contohnya, ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut agak sukar bagi seorang wanita.

4. Nilai sabar. Contohnya, ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarganya.

5. Nilai berdikari. Contohnya, ibu mengusahakan sawah padi sendirian tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapa.

PENGAJARAN Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya

Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar

Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga

Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah

Page 49: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Latihan: ibu dan ceper

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan ayat anda sendri.

1. Apakah kesan kepada penduduk kampung apabila Ceper menimbulkan masalah?Nyatakan tiga kesan tersebut.

2. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas.

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampong kami menjadi papa kedana tahun itu. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun itu kami makan gadung itulah kerana habis jahanam keran sungai Ceper betul-betul mengamuk.

Dan ibu waktu itu macam Ceper juga, betul-betul naik angin dan mengamuk. Naik angin dan mengamuk menentang ceper yang ganas dan tidak berperikemanusiaan itulah. Ibu akhirnya mengalah, tetapi ibu tidak kalah seterusnya. Apabila Ceper kembali tenang dan air tidak lagi membedal, ibu kembali ke sawah semula dan tahun berikutnya kami tidak lagi makan gadung.

Sekali ibu kembali mengamuk lagidan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh Ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbula-bulan. Sawah habis kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper sajauntuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dahulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

(Dipetik daripada cerpen”Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Page 50: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

2.Memori Seorang Tua

SINOPSIS Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang ”cekik darah” terhadap orang-orang melayu.

Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu.

Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara.

Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak menjadilah.

Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam

Page 51: ANTOLOGI HARGA REMAJA

terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis berjalan lancar.

Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan.

Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu.

Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor.

Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

TEMA Tema cerpen ini ialah semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh untuk berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.

PERSOALAN 1. Sikap kurang prihatin generasi muda yang tidak menghargai jasa tokoh yang banyak berjasa kepada negara.

2. Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.

3. Rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.4. Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis Melayu.5. Kecintaan terhadap bangsa dan negara.6. Cabaran-cabaran yang dilalui pada zaman pramerdeka dalam usaha

mengusir penjajah dan menyemaikan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu.

WATAK Pak Itam1. Pak Itam anak Pahang yang berasal dari Kuala Semantan.2. Beliau berumur 85 tahun.1. Pak Itam merupakan seorang pejuang tulen kerana keberanian beliau

menentang penjajah Inggeris. Sebagai akibatnya sebahagian besar hidupnya dihabiskan di dalam penjara, iaitu di Singapura, di Penjara Pudu, di Melaka, dan di Johor.

Page 52: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Selain sebagai pejuang nasionalis, beliau merupakan seorang penulis dan wartawan yang berani.

4. Beliau menganggotai Angkatan Pemuda Insaf, menjadi pemimpin PKMM, dan turut menentang penubuhan Malayan Union.

5. Beliau seorang intelektual kerana merupakan anak Melayu pertama menyandang jawatan majistret.

6. Beliau amat membenci orang Melayu yang tergamak menjadi tali barut Inggeris.

2. Hasrat beliau adalah untuk mengumpulkan para wartawan akhbar dan televisyen, serta penduduk Langat sempena dengan hari jadinya yang ke-85. Di samping itu, beliau ingin mempamerkan koleksi penulisan beliau.

9. Beliau seorang yang taat akan perintah agama dan kuat beribadah terutamanya pada waktu malam.

10. Beliau seorang yang baik hati kerana bersedia melayan tetamu yang ingin bertemu dengannya.

11. Isteri beliau yang bernama Siti Nurhidayah meminta fasakh ketika beliau berada di penjara.

12. Beliau amat merindui bekas isteri dan dua orang anaknya yang bernama Izwan dan Nuryani Iman.

13. Beliau tekun mengumpulkan hasil kerja beliau seperti buku, rencana di majalah, keratan akhbar, dan gambar untuk tatapan umum.

Tuk Mat1. Tuk Mat bekas anggota polis pencen berpangkat sarjan.1. Tuk Mat tinggal berjiran dengan Pak Itam.

2. Tuk Mat amat berdisiplin dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.3. Pipi kanannya berparut kerana terkena peluru Bintang Tiga dalam suatu pertempuran di Gua Musang semasa zaman darurat.4. Tuk Mat baik hati kerana beliau dan keluarganya menjaga kebajikan Pak Itam.5. Tuk Mat seorang yang rajin. Buktinya, beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.

Rokiah1. Rokiah anak gadis Tuk Mat.2. Rokiah pelajar Tingkatan Empat. Rambutnya bertocang.3. Rokiah seorang yang baik hati. Dia banyak membantu Pak Itam, iaitu

menghantar makanan dan mencuci pakaian Pak Itam.

Halimah1. Halimah anak gadis Tuk Mat juga.2. Halimah baik hati juga kerana bersilih ganti dengan Rokiah membantu

Pak Itam.

Rogayah1. Rogayah ialah isteri Tuk Mat. Rogayah digambarkan juga seorang yang

baik hati kerana banyak membantu Pak Itam.1. Rogayah ikhlas membantu Pak Itam. Beliau tidak mahu menerima

sebarang bayaran daripada Pak Itam.

Jali1. Jali rajin dan banyak membantu Pak Itam menjayakan majlis yang

dianjurkannya.

Page 53: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2. Dia merupakan lulusan daripada ITM dalam jurusan Komunikasi dan Pengiklanan.

3. Dia membuka sebuah galeri kecil di Arked MARA Kajang.

Siti Nurhidayah

1. Siti Nurhidayah ialah janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.

1. Beliau sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.2. Siti Nurhidayah mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani

Iman.PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

2. Plot cerpen "Memori Seorang Tua" mempunyai beberapa tahap, iaitu pengenalan, pengembangan, perumitan, klimaks, dan peleraian. Plot cerpen "Memori Seorang Tua" ini bermula dengan tahap pengenalan cerita, iaitu mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwanya.

3. Kemudian, plot cerita memasuki tahap pengembangan. Pada tahap ini, Pak Itam menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Sambutan hari jadi buat pertama kali ini turut diadakannya untuk berkongsi pengalamannya sebagai pejuang. Dinyatakan juga jasa Pak Itam yang ingin melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

4. Perumitan cerpen ini adalah apabila tetamu yang hadir pada majlis yang diadakan oleh Pak Itam itu kurang. Pak Itam begitu sayu dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini semakin dilupakan.

5. Klimaks cerpen ini adalah apabila Pak Itam menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.

1. Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematian Pak Itam merupakan peleraian cerpen ini. Kehadiran wanita inilah yang dihajati oleh Pak Itam sejak sekian lama.

LATAR Latar Tempat

1. Latar tempat dalam cerpen ini ialah di Langat, iaitu tempat kediaman Pak Itam.

2. Selain itu, kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya, iaitu tempat majlis dan pameran diadakan turut menjadi latar dalam cerpen ini.

Latar Masa1. Latar masa cerpen ini ialah masa sekarang.

2. Peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berlaku pada waktu pagi, tengah hari, petang, dan malam.

Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat pejuang yang amat mencintai bangsa dan negara. Contohnya, Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

1. Masyarakat penulis dan wartawan yang menulis artikel untuk menentang penjajah. Contohnya, Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah melalui masa pena.

3. Masyarakat kampung yang masih mengekalkan amalan bekerjasama dan bergotong-royong. Contohnya, Tuk Mat dan beberapa orang pemuda membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

Page 54: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara. Contohnya, Pak Itam menolak jawatan majistret yang mampu menjadikan hidupnya mewah demi perjuangan untuk negara.

5. Masyarakat yang menghargai jasa-jasa pejuang negara. Contohnya, Pak Mat amat menghargai usaha perjuangan Pak Itam dan anggota kumpulan Kopratasa menciptakan lagu khas untuk menghargai perjuangan Pak Itam.

Masyarakat yang membantu dengan ikhlas. Contohnya, isteri Tuk Mat yang membantu Pak Itam tidak mahu menerima sebarang bayaran kerana dia ikhlas membantu Pak Itam.

NILAI MURNI 1. Nilai pengorbanan. Contohnya, Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak kemewahan hidup demi cinta akan bangsa dan negara. Beliau menolak jawatan sebagai majistret.

2. Nilai semangat patriotik. Contohnya, Pak Itam memiliki semangat patriotik yang tulen menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus.

3. Nilai baik hati. Contohnya, Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam.

4. Nilai merendah diri. Contohnya, Pak Itam terasa dirinya kerdil dan senantiasa mengagungkan kebesaran Tuhan.

5. Nilai murah hati. Contohnya, Pak Itam membiayai segala perbelanjaan

menyediakan makanan dan keperluan lain untuk menjamu tetamu yang

hadir pada majlis hari jadinya.

6. Nilai kasih sayang. Contohnya, Pak Itam amat menyayangi bekas isterinya dan dua orang anak yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dan tidak membiarkannya dijajah orang bangsa lain.

2. Kita perlulah sanggup berkorban demi negara yang tercinta serta tidak terlalu mengutamakan kepentingan diri sendiri.

3. Kita hendaklah senantiasa mentaati suruhan Tuhan dengan meningkatkan amalan ibadah.

4. Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah banyak meninggalkan jasa kepada kita.

5. Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara.

6. Kita hendalah meneladani semangat tokoh terdahulu yang memiliki semangat juang yang jitu.

Latihan: Memori seorang tua

Baca cerpen Memori seorang tua dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan ayat anda sendiri.

1. Apakah hasrat Pak Itam berdasarkan cerpen ini?

2. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan bekas isteri Pak Itam meminta cerai?

Page 55: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah.

3.Israk

SINOPSISMaikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk.

Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj.

Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah

Page 56: ANTOLOGI HARGA REMAJA

siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank.

Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk ”Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.

Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar terasa akan kata-kata abangnya itu.

Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian.

Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

TEMA Cerpen ini mengutarakan tema tentang jati diri remaja kota yang kian terhakis

PERSOALAN 2. Kasih sayang nenek terhadap cucunya.3.Generasi muda yang lebih senang dengan kehidupan di bandar.1. Sikap mementingkan diri dan ego seorang pemuda yang mendapat

pendidikan di luar negara.4. Ketenangan seorang nenek dalam menyelesaikan perbezaan pendapat

cucu-cucunya.2. Kepentingan melihat asal usul diri dan sejarah keluarga.3. Penghargaan terhadap adat resam dan budaya masyarakat yang tinggal di

Page 57: ANTOLOGI HARGA REMAJA

luar bandarWATAK Israk

1. Israk merupakan anak sulung kepada Adam dan Hawa.

2. Israk merupakan cucu sulung Wah.2. Datuknya ialah Firdaus Frank, iaitu anak buah Frank Swettenham.3. Sewaktu kecil Israk dipelihara oleh Wah tetapi kemudian dilarikan oleh

atuk Perth dan dibesarkan di Perth, Australia.4. Israk menyambung pengajiannya dalam bidang korporat.5. Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya yang bernama Wah. Dia

tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah neneknya yang serba kekurangan.

6. Israk tidak suka akan makanan kampung seperti jering dan tempoyak.

7. Israk bersikap ego dan berlagak sombong.8. Israk sering bertikam lidah dengan adiknya, Mikraj. Israk sering

bertengkar dengan adiknya kerana berbeza pendapat.9. Israk sering menghina, mengeji, serta menyakiti hati Wah. Israk tidak

mempedulikan perasaan Wah dan sering menganggap penduduk kampung kolot.

10.Israk insaf dan sedar akan kesalahannya. Setelah diselamatkan oleh Wah daripada lemas di Sungai Perak, Israk mula berubah sikap. Akhirnya, dia memakai baju melayu.

Mikraj

1. Mikraj merupakan anak kedua kepada Adam dan Hawa.2. Mikraj merupakan cucu kedua Wah.3. Mikraj merupakan adik kepada Israk.4. Mikraj suka tinggal di kampung.5. Mikraj amat menyayangi Wah.6. Dia tidak suka akan layanan dan tindakan Israk yang keterlaluan terhadap

Wah.

7. Mikraj selalu bertikam lidah dengan Israk kerana perbezaan pendapat.8. Mikraj berbakat dalam bidang sastera.

Wah1. Wah merupakan ibu kepada Adam.

2. Dia nenek kepada Israk dan Mikraj.3. Dia masih kuat dan bertenaga.4. Wah warak dan taat akan agama.

1.Wah telah berkahwin dengan Firdaus Frank, iaitu anak buah Frank Swettenham.

5. Wah tabah menerima kenyataan. Wah tabah menerima kematian suaminya, Firdaus Frank yang meninggal dunia ketika kandungan Wah berusia sembilan bulan, tiga hari.

6.Wah memelihara cucunya, Israk sejak berusia satu hari sehinggalah cucunya itu dilarikan oleh atuk Perth ke Perth, Australia.

7.Wah seorang yang amat taat akan perintah agama kerana dia lahir dalam kalangan orang alim.

8.Wah amat sayang akan anak, menantu, dan cucu-cucunya. Dia sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.

9. Wah berpegang teguh pada janji. Dia tidak mahu menjual rumahnya kepada Majlis Daerah bagi dijadikan pusat pelancongan kerana dia telah berjanji dengan ibunya untuk tidak menjual rumah tersebut.

10.Wah bersemangat kental dan berani. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk semasa Israk terjatuh ke dalam sungai. Wah telah berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing juga.

Page 58: ANTOLOGI HARGA REMAJA

PLOT 1. Pada permulaan cerita, digambarkan bahawa Israk dan keluarganya pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk kelihatan tidak selesa dengan suasana di kampung itu kerana dia dibesarkan di luar negara.

2. Konflik bermula antara Israk dengan adiknya, Mikraj. Mikraj dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung, sebaliknya Israk ego dengan statusnya sebagai orang bandar. Israk sering juga menyakiti hati Wah. Oleh itu, Israk dan Mikraj sering bertikam lidah. Mikraj tidak suka akan tindakan Israk yang keterlaluan terhadap Wah. Bagi Mikraj, Israk tidak sepatutnya menyakiti hati Wah kerana Wah telah menjaga Israk sejak dia berumur satu hari sehinggalah dia dilarikan oleh atuk Perth.

3. Pada puncak atau klimaks cerita ini digambarkan bahawa Israk terjatuh ke dalam sungai ketika dia hendak mandi apabila bekalan air paip di rumah Wah terputus. Israk yang hampir lemas telah diselamatkan oleh Wah. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk. Wah berusaha sedaya upaya untuk menarik Israk naik ke tebing. Tindakan Wah itu menyebabkan Israk tertunduk malu, namun egonya masih menebal.

4. Plot memasuki tahap peleraian apabila ibu bapa Israk dan Mikraj balik ke kampung. Mereka agak terkejut melihat perubahan yang berlaku pada diri Israk.

LATAR Latar TempatLatar tempat dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, di rumah Wah, di Kampung Sayong, Perak.

Latar MasaLatar masa dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, pada musim durian, dan pada waktu pagi, iaitu sewaktu Israk mahu mandi di sungai.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat Melayu yang sudah lama menetap di luar negara. Misalnya, Israk dibesarkan di Perth.

2. Masyarakat warga emas yang amat menyayangi anak cucunya. Misalnya, Wah amat menyayangi anak cucunya.

3. Masyarakat yang sukar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Misalnya, Israk berasa tidak selesa tinggal di rumah neneknya di kampung yang serba kekurangan.

4. Masyarakat yang amat menghargai pengorbanan orang tua. Misalnya, Mikraj kagum akan ketabahan dan kegigihan yang dimiliki oleh Wah.

5. Masyarakat yang insaf atas kesalahan yang dilakukan. Misalnya, Israk insaf dan mula berubah sikap setelah dia diselamatkan oleh Wah ketika terjatuh ke dalam sungai.

NILAI MURNI 1. Nilai hormat akan ibu bapa. Contohnya, Israk menolak pelawaan ayahnya untuk makan durian dengan baik.

2. Nilai jati diri yang tinggi. Contohnya, Mikraj suka tinggal di rumah Wah, di Kampung Sayong. Mikraj juga suka akan buah-buahan tempatan.

3. Nilai kasih sayang. Contohnya, Wah amat sayang akan anak, menantu, dan cucu-cucunya. Wah tetap menyayangi Israk walaupun Israk menunjukkan rasa kurang senangnya tinggal di kampung.

4. Nilai ketabahan. Contohnya, Wah tabah menerima kenyataan apabila suaminya meninggal dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari.

5. Nilai taat akan perintah agama. Contohnya, Wah segera mengerjakan solat sebaik-baik sahaja azan habis dilaungkan.

PENGAJARAN 1. Janganlah lupa akan asal usul kita. Contohnya, Israk yang dibesarkan di luar negara lupa akan asal usulnya yang pernah dijaga oleh neneknya di kampung.

Page 59: ANTOLOGI HARGA REMAJA

1. Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. Contohnya, Mikraj pandai menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampung walaupun dia tinggal di bandar.

2. Kita hendaklah mentaati perintah Tuhan dengan mengerjakan segala suruhannya. Contohnya, Wah rajin bersolat.

3. Janganlah bergaduh dengan adik-beradik sendiri. Contohnya, Israk dan Mikraj sering bergaduh kerana perbezaan pendapat. Sikap mereka ini tidak disukai oleh Wah.

4. Kita hendaklah memberikan nasihat yang baik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Contohnya, Wah menasihati Israk dan Mikraj supaya tidak bertengkar.

Latihan: israk

Baca cerpen israk dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Sekiranya anda ialah Mikraj, bagaimanakah langkah terbaik untuk menyedarkan Israk daripada sikap egonya?

2. Mengapakah Israk sering berkelakuan negetif?

3. Pada pendapat anda, apakah kaedah terbaik untuk menginsafkan Israk?

Page 60: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4.Pemain Catur

SINOPSIS Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.

Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.

Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.

Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.

Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).

Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um.

Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan

Page 61: ANTOLOGI HARGA REMAJA

hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.

Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.

TEMA Tema cerpen ini ialah perpecahan keluarga yang berpunca daripada sikap adik-beradik yang tidak mahu mengalah dalam permainan catur

PERSOALAN 1. Ketaksuban dalam sesuatu perkara dapat mengakibatkan persengketaan dan ketidakharmonian.

2. Keegoan pada kejayaan diri menyebabkan seseorang itu tidak berfikir dan tidak bertindak secara rasional.

3. Keharmonian dan kebahagian keluarga lebih penting daripada kejayaan memperoleh pangkat dan nama.

4. Ketua keluarga seharusnya bertindak dengan betul dalam semua perkara kerana kelemahan dan kegagalan ketua keluarga akan menimbulkan pelbagai masalah keluarga.

5. Sejarah cemerlang keluarga dan keturunan perlu diteruskan oleh setiap ahli keluarga dari satu generasi ke satu generasi.

WATAK Uj1. Uj ialah ketua keluarga. Dia abang sulung kepada lima orang adik.2. Uj pandai bermain catur dan penyandang anugerah IGM dalam

pertandingan catur.3. Uj sangat sayang akan Um berbanding dengan adik-adiknya yang lain.4. Uj sungguh bangga dengan kejayaan keturunannya dalam permainan

catur. Datuk nenek moyangnya daripada keturunan al-Hakam, iaitu juara catur terbaik dunia sebelum kurun ke-17.

5. Uj bersemangat tinggi dalam meningkatkan imej dan nama keluarga serta keturunannya.

6. Uj taksub akan anugerah catur yang disandang dalam permainan catur. Dia

berjaya memperoleh gelaran IGM setelah banyak memenangi pertandingan

catur.

7. Uj tidak dapat menerima kekalahan. Oleh sebab itulah dia mengadakan perlawanan catur dengan Um dengan tujuan untuk menewaskan Um.

8. Uj seorang yang mementingkan diri kerana sanggup menimbulkan keributan sedangkan ibunya sakit tenat.

9. Uj sentiasa memakai cermin mata hitam, tidak kira siang ataupun malam.

Um1. Um adik bongsu kepada Uj. Dia juga adik kesayangan Uj.2. Um masih muda.3. Um mempunyai semangat juang yang tinggi, iaitu sanggup bertanding

catur dengan Uj setelah dicabar oleh Uj.4. Um seorang yang berani kerana sanggup menerima cabaran Uj yang banyak

Page 62: ANTOLOGI HARGA REMAJA

pengalaman dalam permainan catur.5. Um bersikap mementingkan diri kerana sanggup bertelingkah dengan

Uj walaupun ketika itu ibunya sakit.

Uk1. Uk adik kepada Uj dan abang kepada Um.2. Uk bersikap batu api. Dia mengkhabarkan kepada Uj bahawa Um tekun

menelaah buku tebal mengenai permainan catur dengan tujuan mahu mengatasi kehandalan Uj.

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

2. Cerita dimulakan dengan Um yang sedang mengelamun. Tiba-tiba Uj menepuk bahu Um dan mengajak Um berlawan catur.

3. Pada tahap pengembangan, Uj berusaha menanamkan semangat kepada adiknya agar mengulangi sejarah cemerlang keturunan mereka dalam permainan catur. Selain itu, Uj turut mengimbau sejarah keluarga mereka yang berasal daripada al-Hakam yang terkenal dalam permainan catur. Cerita diteruskan dengan Um dan Uj menyusun buah catur untuk berlawan. Perlawanan ini merupakan hasrat Uj untuk mengajar Um bermain catur dengan balk.

4. Konflik bermula apabila Uk membisikkan bahawa Um sedang menelaah buku catur yang besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara bagi mengalahkan Uj demi memperoleh rasa hormat dan sanjungan keluarga.

5. Klimaks Cerita ini ialah semasa berlangsungnya pertandingan catur antara Uj dengan Um yang penuh dengan tipu helah dan pengkhianatan sehingga kaki Um terkena asid yang tertumpah dari botol yang diletakkan di bawah meja pertandingan catur.

1. Pada peringkat peleraian, Uj dan Um saling menuduh tanpa menghiraukan ibu mereka yang sedang sakit. Sebagai akibat tertekan oleh pertengkaran Uj dengan Um, ibu mereka telah diserang angin ahmar.

LATAR Latar Tempat1. Latar tempat dalam cerpen ini ialah di rumah keluarga Uj, iaitu tempat Uj

dan Um berlawan catur untuk menentukan siapa yang paling handal.

2. Di rumah ini juga, kaki Um terkena asid di dalam botol yang diletakkan di bawah meja tempat mereka berlawan catur sehingga Um menggelupur kesakitan.

3. Latar lain adalah di bilik air, tempat Um mencari ketenangan dan kesegaran dengan membasuh muka.

Latar MasaLatar masa dalam cerpen ini adalah pada masa pertandingan catur berlangsung selama tiga hari tiga malam antara Uj dengan Um.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang terhimpun dalam satu keluarga yang besar dan ternama, iaitu Uj, Um, Us, Uk, Ur, dan Ul.

2. Masyarakat yang mahir dalam permainan catur seperti al-Hakam, Boris Spassky, Anatoly Karpov, dan Uj.

3. Masyarakat yang ego dan tidak dapat menerima kekalahan. Uj tidak dapat menerima kenyataan sekiranya dia kalah kepada Um yang hanya menyandang gelaran FM, sedangkan dia adalah pemegang IGM.

4. Masyarakat yang amat mementingkan gelaran dan nama seperti Uj.1. Masyarakat yang terdiri daripada anak-anak yang sanggup bergaduh

dan bertelingkah sedangkan ibu mereka sedang tenat sakit. Misalnya, Uj dan Um yang mementingkan diri untuk menunjukkan siapa yang lebih handal.

NILAI MURNI 1. Nilai berani. Sifat berani penting untuk membolehkan seseorang

Page 63: ANTOLOGI HARGA REMAJA

menghadapi cabaran. Contohnya, Um berani menyahut cabaran abangnya, Uj untuk bertanding catur.

2. Nilai kasih sayang. Setiap ahli keluarga seharusnya mempunyai sikap sayang-menyayangi. Contohnya, Uj amat sayang akan adiknya, Um.

3. Nilai kecekalan. Kecekalan diri penting dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Misalnya, Um begitu cekal mengharungi cabaran dalam pertandingan catur dengan Uj.

1. Nilai gigih berusaha. Usaha gigih penting untuk berjaya dalam sesuatu tugas. Misalnya, Um telah berusaha dengan gigih dengan menelaah buku tentang permainan catur untuk berjaya sebagai pemain catur yang terkenal.

2. Nilai menghargai. Sikap menghargai sejarah kegemilangan keluarga penting bagi menjadi panduan untuk menjana kemajuan pada masa hadapan. Misalnya, Uj amat menghargai keturunan keluarganya yang merupakan juara catur dunia sebelum kurun ke-17.

PENGAJARAN 1. Setiap orang hendaklah berusaha dengan gigih untuk memperoleh kejayaan dalam hidup. Contohnya, Uj berusaha memenangi setiap pertandingan catur yang disertainya sehingga berjaya mendapat anugerah IGM dalam permainan catur.

2. Perasaan sayang-menyayangi antara ahli keluarga hendaklah disemai kerana perasaan itu adalah jalan kebahagiaan dan keharmonian keluarga. Contohnya, Uj sangat menyayangi adik bongsunya, Um.

3. Sikap berani hendaklah ada pada setiap orang bagi membolehkan semua

cabaran dalam kehidupan dihadapi dengan baik. Contohnya, Um berani

menyahut cabaran Uj supaya berlawan catur dengannya untuk menentukan

siapa yang lebih handal.

1. Setiap cabaran dan kesusahan dalam hidup mesti dihadapi dengan cekal kerana tanpa kecekalan seseorang itu akan gagal dan kecewa. Contohnya, Um cekal mengharungi cabaran dalam pertandingan catur dengan Uj.

2. Sifat dan sikap keegoan dan ketaksuban hendaklah dihindari kerana sifat dan sikap ini boleh membawa kesan negatif pada diri dan masyarakat. Contohnya, Uj amat ego dan taksub akan kejayaannya dalam permainan catur sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan sekiranya dia dikalahkan oleh adiknya, Um.

Latihan: Pemain catur

Baca cerpen Pemain catur dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Pada pendapat anda, wajarkah Uj dan Um berusaha untuk “melakar kembali nama al-Hakam di papan catur”? Mengapa?

2. Bedasarkan halaman 143 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, mengapakah Uj mengajak Um berlawan catur?

Page 64: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh keenam-enam beradik itu ketika ibu mereka sakit?

5.Mellisa

SINOPSIS Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja.

Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja.

Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka.

Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.

Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak

Page 65: ANTOLOGI HARGA REMAJA

lagi.

Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.

Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.

Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.

Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.

Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya

Page 66: ANTOLOGI HARGA REMAJA

apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.

Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.

Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.

Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.

Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.

Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.

Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.

TEMA Cerpen ini mengutarakan tema tentang cinta suci dan semangat kental seorang gadis yang terpisah daripada kekasihnya yang berlainan bangsa akibat rusuhan kaum

PERSOALAN 1. Sejarah indah dalam hidup sukar dilupakan dan memberikan kesan yang mendalam pada diri.

2. Pengorbanan demi cinta suci terhadap negara.3. Korban persengketaan antara kaum di Malaysia.

Page 67: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4. Tanggungjawab semua pihak dalam usaha mengekalkan keamanan dan keharmoman negara.

5. Perbezaan kelas sosial yang mewujudkan jurang perbezaan antara kaum.WATAK Mellisa

1. Mellisa gadis Cina yang lincah, suka bercakap, dan bersikap terbuka.

2. Mellisa seorang yang terpelajar, iaitu lulusan universiti. Dia memiliki Ijazah Sarjana.

3. Mellisa mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Mellisa sanggup menjadi tentera demi perasaan cintanya akan tanah air. Dia juga sanggup menjadi tentera kerana tidak mahu peritiwa 13 Mei yang menyebabkan pertumpahan darah antara kaum berulang lagi.

4. Mellisa penyayang. Dia amat menyayangi Hisyam, kawannya semasa kecil.

5. Mellisa memiliki daya ingatan yang tinggi kerana dapat mengingati peristiwa lama dengan baik. Mellisa masih ingat akan kenangan semasa dia bermain dengan Hisyam walaupun ketika itu dia baru berusia lima tahun. Selain itu, Mellisa juga ingat akan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang telah meragut nyawa Hisyam dan ibunya.

1. Mellisa berpendirian tegas. Dia sanggup meninggalkan Syahid demi cita-citanya.

Hisyam1. Hisyam berketurunan Minang.2. Hisyam amat menyayangi Mellisa. Buktinya, Hisyam pernah

memberitahu Mellisa bahawa dia ingin berkahwin dengan Mellisa apabila dia sudah besar nanti.

3. Hisyam mempunyai cita-cita yang tinggi. Hisyam pernah memberitahu Mellisa bahawa dia mahu menjadi peguam atau askar.

4. Hisyam warak dan rajin pergi ke masjid.5. Hisyam anak yang baik dan rajin. Setiap pagi dia menolong ibunya

menjaja nasi lemak dan kuih koci.

6. Hisyam berani. Hisyam telah menumbuk seorang anak Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

Syahid1. Syahid pengarang syarikat surat khabar.2. Syahid berani. Dia berani memikat Mellisa.3. Wajah Syahid seiras wajah Hisyam.4. Syahid pandai bercerita.

Farid1. Farid seorang yang terpelajar.2. Farid pernah menjadi pensyarah Mellisa.3. Farid seorang yang penyabar.4. Farid berbadan kurus dan sederhana tinggi serta berkulit cerah.

PLOT 1. Pada awal cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Mellisa, iaitu gadis Cina yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an.

1. Pada tahap perkembangan cerita, Mellisa mengimbau peristiwa semasa di pejabat Syahid, peristiwa dia dan Hisyam sewaktu dia berumur lima tahun, dan peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Mellisa terpikat oleh keterampilan Syahid yang banyak menyamai Hisyam.

2. Pada puncak atau klimaks cerita ini digambarkan bahawa Mellisa berjaya menyiapkan tesis latihan ilmiahnya tentang faktor-faktor berlakunya peristiwa hitam 13 Mei 1969 di negara ini.

Page 68: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2. Plot memasuki tahap peleraian apabila Melisa menyertai angkatan tentera dan memeluk senjata M 16nya.

LATAR Latar TempatAntara latar tempat yang digambarkan dalam cerpen ini termasuklah di pejabat Syahid, di rumah Mellisa, di Kampung Baru, di kawasan sawah padi, dan di kawasan rumah setinggan.

Latar Masa

Latar masa dalam cerpen ini adalah terhad. Misalnya, pada hari Sabtu, iaitu semasa Mellisa dan Syahid makan bersama, dan semasa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Latar Masyarakat1. Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Misalnya, Mellisa gigih

mengumpulkan bahan untuk kajiannya, iaitu tentang rusuhan kaum yang berlaku di negara ini.

2. Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan. Misalnya, Hisyam dan ibunya tinggal di rumah setinggan.

4. Masyarakat berbilang bangsa yang dipisahkan oleh geografi. Misalnya, orang Melayu tinggal di kampung-kampung, orang Cina tinggal di bandar-bandar, manakala orang India tinggal di kebun-kebun getah.

5. Masyarakat Cina yang berkawan baik dengan masyarakat Melayu. Misalnya, Mellisa berkawan baik dengan Hisyam dan wanita Cina berkawan baik dengan Jamilah.

NILAI MURNI 1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Mellisa sayang akan Hisyam, kawannya semasa kecil.

2. Nilai kesetiaan. Contohnya, Mellisa masih setia terhadap Hisyam walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia.

3. Nilai kegigihan. Contohnya, Mellisa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiahnya.

1. Nilai keikhlasan. Contohnya, keikhlasan penting dalam hubungan sesama manusia tanpa mengira kaum dan keturunan. Misalnya, wanita Cina ikhlas membantu Jamilah sehingga dia cedera dan tunangnya terkorban dalam peristiwa 13 Mel.

5. Nilai cinta akan negara. Contohnya, Mellisa sanggup berkorban untuk negara dan bangsa dengan meninggalkan kemewahan hidup dan cintanya.

PENGAJARAN 1. Kita haruslah sedar bahawa perbalahan antara kaum hanya mengundang musibah. Contohnya, rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah banyak mengorbankan nyawa.

2. Kita haruslah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Mellisa gigih dalam mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan tesisnya.

3. Kita mestilah mempunyai semangat nasionalisme yang kuat. Contohnya, Mellisa sanggup meninggalkan Syahid demi cintanya kepada negara.

1. Janganlah berdendam sesama manusia. Contohnya, wanita Cina tidak berdendam terhadap orang Melayu walaupun tunangnya telah dibunuh oleh orang Melayu dalam rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mel 1969.

Latihan: Mellisa

Page 69: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Baca cerpen Mellisa dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Berdasarkan halaman 153 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, mengapakah mellisa terkenang akan zaman kanak-kanaknya?

2. Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan Inggeris menjalankan sistem devide et empera ataupun “pecah dan perintah” terhadap penduduk tanah melayu?

3. Pada pendapat anda, apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Syahid apabila Mellisa menjauhkan diri daripadanya?

6.Biarkan Samudera

SINOPSIS Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan

Page 70: ANTOLOGI HARGA REMAJA

susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjaga, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.

Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu.

Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.

Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.

Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang

mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.

Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.

Page 71: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.

TEMA Cerpen ini memaparkan tema penderitaan batin anak nelayan sebagai akibat gangguan perasaan

PERSOALAN 1. Keadaan hidup nelayan yang serba kekurangan.2. Pembangunan kawasan pantai akan menyebabkan laut terdedah pada

pencemaran.1. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa di sisi sama ada dalam

keadaan senang mahupun susah.2. Usaha mendekatkan diri kepada Tuhan adalah jalan yang terbaik untuk

memperoleh ketenangan jiwa.3. Pembangunan boleh dilaksanakan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari

laut yang banyak mempunyai kepentingan kepada kehidupan manusia.WATAK Mir/Amirah

1. Mir gadis berjiwa kental pada asalnya tetapi telah bertukar menjadi gadis yang berjiwa lemah. Sejak rumahnya yang terletak di tepi pantai dirobohkan, Mir menjadi pemurung.

2. Mir penuntut di pusat pengajian tinggi. Di kampus, dia tinggal sebilik dengan Hakimah.

3. Mir anak yang baik kerana sentiasa mengenangkan nasib dan kata ayahnya.

4. Mir mengalami konflik jiwa atau skizofrenia. Konflik itu dialaminya setelah rumahnya dirobohkan. Kawasan tapak rumahnya yang terletak di tepi pantai itu akan dibangunkan sebagai kawasan peranginan. Tambahan pula, dia tidak mendapat kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia ketika dia dilahirkan.

5. Mir tidak pernah merasai kasih sayang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan.

Hakimah1. Hakimah gadis terpelajar. Dia belajar di pusat pengajian tinggi dengan

Mir.2. Hakimah sahabat baik Mir.3. Hakimah baik hati kerana sentiasa membantu Mir. Dia membawa

Hakimah ke rumahnya untuk bertemu dengan ibunya yang mahu membantu memulihkan semangat Mir.

1. Hakimah sangat sayang akan ibunya. Dia beruntung kerana mempunyai ibu yang sentiasa prihatin, lemah lembut, dan berhati mulia.

Ayah

1. Ayah merupakan bapa Mir.2. Ayah sudah tua. Badan ayah kurus.3. Ayah nelayan. Sudah bertahun-tahun lamanya, ayah sentiasa bergelumang

dengan laut dan ombak.

4. Ayah miskin, mencari rezeki di laut. Setelah rumahnya dirobohkan, ayah terpaksa tinggal di rumah papan panjang berderet yang dikongsi dengan jiran-jiran yang juga nelayan.

5. Ayah sangat sayang akan laut. Ayah mengumpamakan laut sebagai dirinya dan dirinya adalah laut.

6. Ayah reda dengan nasib dirinya. Ayah menerima suratan takdir bahawa dia akhirnya akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di rumah gantian itu.

Ibu

Page 72: ANTOLOGI HARGA REMAJA

1. Ibu ialah emak kepada Hakimah.2. Beliau baik hati. Beliau menasihati Hakimah agar membantu Mir supaya

tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya itu. Beliau turut menghadiahi Mir telekung putih berenda yang cantik.

3. Ibu taat pada agama. Beliau meminta supaya Hakimah mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu.

4. Ibu lemah lembut dan prihatin. Melalui anaknya Hakimah, beliau berusaha membantu Mir agar tidak terus murung dan mengalami konflik jiwa.

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerpen ini dijalin secara tidak kronologi.1. Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Mir atau Amirah yang

mengalami konflik jiwa. Konflik telah menyebabkan Mir yang dulunya periang berubah menjadi pendiam dan pemurung.

1. Pada peringkat perkembangan cerita, Mir digambarkan mengalami konflik jiwa yang hebat atau dikenal juga sebagai penyakit skizofrenia. Sahabat baik Mir, iaitu Hakimah cuba membantunya sedaya yang mungkin. Ibu Hakimah mencadangkan Hakimah membantu Mir dengan mengajarnya membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu.

1. Klimaks cerita ini ialah apabila Mir dapat disembuhkan. Jiwanya kembali tenang. Mir juga sudah mampu tersenyum.

2. Peleraiannya, Mir atau Amirah mengucapkan terima kasih kepada Hakimah yang telah banyak berusaha membantunya.

LATAR Latar TempatLatar tempat dalam cerpen ini ialah laut yang merupakan tempat ayah Mir mencari rezeki, di rumah panjang, di rumah Hakimah, di tepi pantai, dan di kampus tempat Mir dan Hakimah belajar.

Latar MasaLatar masa dalam cerpen ini adalah pada masa hujan rintik-rintik, pada hari Sabtu, pada waktu pagi, dan semasa sesi bimbingan kaunseling.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat

penyayang, yang diwakili oleh Hakimah dan ibunya yang mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia. Mereka telah membantu Mir atau Amirah yang mengalami konflik jiwa dengan ikhlas.

2. Masyarakat nelayan. Contohnya, ayah Mir nelayan. Rumah ayah Mir dan rumah-rumah jirannya yang juga merupakan nelayan terletak di tepi pantai. Rumah-rumah mereka ini akan dirobohkan untuk didirikan rumah peranginan.

3. Masyarakat yang teguh pada ajaran agama. Ibu Hakimah menasihati Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran. Ibu Hakimah juga telah memberi Mir atau Amirah telekung berenda yang cantik.

NILAI MURNI 1. Nilai belas kasihan. Sifat belas kasihan sesama manusia penting dalam mewujudkan keharmonian hidup. Misalnya, Hakimah terlalu kasihan kepada sahabatnya, iaitu Mir yang menghadapi konflik jiwa dan tidak pernah merasai kasih sayang ibu.

2. Nilai taat pada agama. Ketaatan pada agama membantu seseorang dalam menghadapi pelbagai konflik hidup. Misalnya, Mir bersembahyang dan berasa jiwanya lebih tenang.

3. Nilai kasih sayang. seseorang anak hendaklah menyayangi ayah yang membesarkannya. Misalnya, Mir amat sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya.

4. Nilai sabar. Sikap sabar penting dalam menghadapi konflik dan dugaan. Misalnya, Hakimah begitu sabar berdepan dengan cabaran untuk memulihkan sahabatnya, Mir.

Page 73: ANTOLOGI HARGA REMAJA

5. Nilai berfikiran rasional. Setiap perkara yang menimpa diri kita perlu kita hadapi dengan fikiran yang rasional. Misalnya, ayah Mir berfikiran rasional dengan menerima hakikat bahawa rumahnya dirobohkan kerana tanah tapak rumahnya itu bukan hak dan miliknya.

PENGAJARAN 1. Setiap orang hendaklah bersedia membantu sahabat yang menghadapi sebarang kesusahan dengan ikhlas. Contohnya, Hakimah berusaha membantu sahabatnya, Mir agar tidak terus hanyut dalam konflik jiwanya.

2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang. Contohnya, Ibu Hakimah mencadangkan Hakimah agar mengajar Mir membaca al-Quran dan mengenal Tuhan yang satu.

3. Pembangunan boleh dilaksanakan asalkan pembangunan itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan kehidupan manusia. Contohnya, ayah Mir tidak membantah rumahnya dirobohkan untuk didirikan kawasan peranginan di tepi pantai, asalkan tidak mencemari laut dan pantai.

4. Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu perkara supaya kita tidak bertindak di luar batasan. Contohnya, Mir akhirnya dapat berfikir dengan rasional dan tidak terus hanyut dalam tekanan perasaannya akibat daripada kehilangan tempat tinggal dan kehausan kasih sayang seorang ibu.

5. Hubungan antara anak dengan ibu dan bapa hendaklah sentiasa erat supaya keutuhan institusi keluarga itu kukuh dan mewujudkan kebahagiaan. Contohnya, hubungan Hakimah dengan ibunya amat rapat, begitu juga hubungan Mir dengan ayahnya.

6. Setiap masalah yang dihadapi mesti dibincangkan dengan pihak yang berwibawa supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Contohnya, Hakimah membincangkan masalah yang dihadapi oleh Mir dengan kaunselor di tempatnya belajar.

Latihan: Biarkan samudera

Baca cerpen biarkan samudera dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan jawapan anda sendiri.

1. Apakah faktor yang menyebabkan Mir menghadapi konflik jiwa?

2. Sekiranya anda ialah Mir, adakah anda akan mengalami keadaan seperti dirinya? Mengapakah anda berpendapat demikian?

3. Pada pendapat anda, wajarkah rumah ayah Mir dirobohkan tanpa diberikan pampasan?

Page 74: ANTOLOGI HARGA REMAJA

1.Gelanggang Tuk Wali

SINOPSIS Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan seorang guru silat di Kampung Teluk Penyabung. Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengan beliau bernama Ripin dan Mariam. Tuk Wali membuka gelanggang silat di hadapan rumahnya. Walaupun usianya telah meningkat, Tuk Wali masih gagah. Dia menerima jemputan untuk bersilat dalam majlis yang dianjurkan. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah, dan sebagainya. Imam dan siak kurang menyenangi Tuk Wali. Mereka menganggap bahawa dalam usia begini, Tuk Wali perlulah menghabiskan masanya di masjid untuk beribadah bukannya berada di gelanggang silat. Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan kepada murid kesayangannya yang bernama Ripin. Ripin menolak penyerahan keris berkenaan kerana berasa dia belum layak menerimanya. Suatu hari, semasa Tuk Wali sedang tidur, Piee telah mengambil biola dan keris pusaka miliknya. Tuk Wali tersedar dan berlakulah pergelutan yang berakhir dengan keris itu mengenai perut Tuk Wali. Piee melarikan diri bersama-sama biola. Ripin datang memberikan bantuan kepada Tuk Wali yang berlumuran darah. Tuk Wali sempat menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Siak dan imam datang. Mereka menuduh Ripin membunuh Tuk Wali kerana pada tangan Ripin terhunus keris perguruan. Masing-masing menuduh antara satu dengan yang lain. Manakala Mak Umi pula menuduh siak yang menikam suaminya.

TEMA Drama ini memaparkan tema kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya.

PERSOALAN 1. Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan

bangsa. Contohnya, Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih

memperjuangkan ilmu persilatannya walaupun sudah berusia.

2.Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat menimbulkan suasana tidak harmoni. Contohnya, siak masih berdendam dengan Tuk Wali yang berkahwin dengan Mak Umi, bekas tunangannya.3. Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat. Contohnya, Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu persilatan.4. Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu. Contohnya, Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu amanah supaya Ripin terns mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang.

WATAK Tuk Wali1. Nama sebenar Tuk Wali ialah Wak Raja Wahudin bin Raja Agus Salam.

Murid-muridnya memanggilnya sebagai Wak Raja atau wak.

Page 75: ANTOLOGI HARGA REMAJA

2. Tuk Wali merupakan guru silat yang membuka gelanggang silat di depan rumahnya.

3. Umur Tuk Wali dalam lingkungan 70-an.4. Tuk Wali aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan clan tidak menghampakan

jemputan orang terhadapnya.5. Beliau pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan

jenazah, dan sebagainya.6. Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni

silat warisan bangsa.7. Tuk Wali pernah dilantik sebagai ketua pengawal kampung.8. Kuat beribadat walaupun sibuk mengajarkan ilmu persilatan.1. Gagah, berani, dan cekap apabila dapat menewaskan empat orang

perompak.2. Pemarah apabila hilang sabar dengan perbuatan Piee yang suka mencuri

dan tidak menerima nasihat.3. Tegas kerana tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja

yang ingin belajar silat daripadanya kerana kebiadapan mereka.4. Meminati muzik, iaitu mahir bermain biola.

Mak Umi1. Mak Umi ialah isteri Tuk Wali.2. Umur Mak Umi dalam lingkungan 50-an.3. Mak Umi mahir ilmu persilatan sewaktu muda.4. Mak Umi penyabar kerana banyak memberikan kata-kata nasihat kepada

Tuk Wali.5. Mak Umi penyayang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah

dan mencuri.

6. Mak Umi hormat dan pandai melayan tetamu.

Ripin1. Ripin mahir dalam ilmu persilatan.2. Ripin anak murid yang paling dipercayai oleh Tuk Wali.3. Ripin berumur dalam lingkungan 30-an.4. Ripin sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wall mengekalkan warisan

ilmu persilatan.5. Ripin berfikiran matang kerana menolak pemberian keris dan sekali gus

menggantikan tempat Tuk Wali atas alasan masih belum layak memegang amanah tersebut.

6. Ripin berjanji untuk menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

Mariam1. Mariam murid wanita terbaik Tuk Wali.2. Dia berumur dalam lingkungan 20-an.3. Mariam mahir ilmu persilatan.4. Mariam bersemangat untuk membantu Tuk Wall bagi mengekalkan warisan

ilmu persilatan.5. Mariam hormat dan sayang akan Tuk Wah.

Piee1. Nama sebenar Piee ialah Syafiee.1. Piee cucu tiri Tuk Wali.2. Piee penagih dadah yang barn keluar dari pusat pemulihan.2. Piee suka mencuri.

3. Piee sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun telah dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali.

4. Piee bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan

Page 76: ANTOLOGI HARGA REMAJA

mencurinya dihalang oleh Tuk Wali.

Siak1. Siak sebaya dengan Tuk Wali.2. Siak bekas tunangan Mak Umi.3. Siak pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk

Wali yang mengahwini bekas tunangnya.1. Siak cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup

mencabar Tuk Wali yang menampar cucunya.2. Siak pandai berpura-pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan

orang lain, iaitu memburuk-burukkan nama Tuk Wali kepada orang ramai.

3. Siak cepat menyalahkan orang lain apabila bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali.

Imam1. Umur imam lebih muda daripada Tuk Wali.2. Imam tidak berani untuk berterus terang.3. Imam rakan baik Siak.4. Imam gemar bertindak tanpa usul periksa apabila menuduh Ripin

membunuh Tuk Wali.PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin mengikut kronologi.

1. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, penonton diperkenalkan dengan watak utama, iaitu Tuk Wali, dan diikuti oleh watak sampingan, iaitu Ripin (murid Tuk Wali) dan isteri Tuk Wali yang bernama Mak Umi.

2. Plot terus berkembang dengan kunjungan siak dan imam ke rumah Tuk Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka ingin menasihati Tuk Wali supaya menghentikan kegiatannya mengajar silat dan sebaliknya lebih banyak beribadat.

2.Pada bahagian perumitan, Tuk Wali merasakan dirinya sudah mula tidak dihargai oleh penduduk setempat terutama siak dan imam.

5. Beliau ingin menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin tetapi Ripin menolaknya.

6. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila siak mencabar Tuk Wali untuk beradu kekuatan. Pergaduhan antara mereka dapat dihentikan apabila Ripin masuk campur.

7.Pada tahap peleraian, Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya, Piee. Sebelum meninggal, Tuk Wali sempat menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin, iaitu murid harapannya

LATAR Latar Tempat1. Di rumah Tuk Wali. Contohnya, tempat tetamu datang menemui Tuk

Wali.2. Di gelanggang silat. Contohnya, tempat Tuk Wali mengajar bersilat.3. Di Teluk Penyabung. Contohnya, kampung tempat tinggal Tuk Wali.4. Di rumah Haji Kodri. Contohnya, semasa majlis perkahwinan anak

perempuannya, Haji Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat.

Latar Masa1. Pada waktu pagi. Contohnya, semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali.2. Pada waktu petang. Contohnya, semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi

ke rumah Haji Kodri.3. Pada waktu malam. Contohnya, semasa Tuk Wali berada di beranda rumah

sambil menggesek biola.Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang ingin mengekalkan warisan budaya bangsa, iaitu

Page 77: ANTOLOGI HARGA REMAJA

ilmu persilatan. Contohnya, Tuk Wali masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan seni silat di khalayak ramai, misalnya di majlis perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mendedahkan orang ramai dengan budaya bangsa.

2. Masyarakat yang mencuba berselindung di sebalik agama untuk kepentingan diri. Contohnya, sikap siak yang mencuba menasihati Tuk Wali agar tidak bersilat lagi. Sikapnya yang kurang elok kerana menggunakan agama sebagai alasan adalah tidak wajar sama sekali.

1. Masyarakat yang runtuh akhlaknya akibat terlibat dalam penagihan dadah. Contohnya, watak Piee yang terjebak dalam penagihan dadah hingga merosakkan dirinya dan menyusahkan orang lain.

3. Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah. Contohnya, sikap imam dan siak yang tidak mencuba untuk berbincang dengan Tuk Wali tentang ketidakpuasan hati mereka. Sebaliknya, mereka hanya berjumpa dengan Mak Umi sahaja.

4. Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam seni pertahanan diri. Contohnya, anak-anak muda di kampung itu menghormati Tuk Wali kerana beliau mempunyai ilmu persilatan yang tinggi.

NILAI MURNI 1. Nilai kemasyarakatan. Contohnya, sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih mahu menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri.

2. Nilai jati diri yang kuat. Contohnya, Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa.

1. Nilai keberanian. Contohnya, Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa.2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada ancaman

musuh.3. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua.4. Kita hendaklah bijak menilai kemampuan diri sendiri.

Latihan: Gelanggang Tuk Wali

Baca drama gelanggang tuk wali dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan anda sendiri.

1. Mengapakah Tuk Wali meminta Ripin dan Mariam menggantikan tempatnya sebagai guru silat?

2. Pada pendapat anda, wajarkah “aku” menyerahkan keris tersebut kepada Ripin? Mengapa?

Page 78: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Pada pendapat anda, adakah Ripin layak menggantikan Tuk Wali? Mengapa?

2.Forum Remaja 2020

SINOPSIS Drama ini mengisahkan kehadiran dua makhluk yang berasal dari planet Utopia. Makhluk ini telah memasuki ruang angkasa bumi dan sampai ke Malaysia. Makhluk ini memperkenalkan dirinya kepada tiga orang pelajar yang bernama Salmah, Chandran, dan Chong. Kehadiran kedua-dua makhluk itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab mereka untuk mengingatkan makhluk bumi yang kini kritikal dan menuju kemusnahan. Malaysia terpilih kerana mempunyai potensi sebagai negara model dunia dalam menegakkan keamanan clan meningkatkan moral sejagat.

Walau bagaimanapun, makhluk Utopia menganggap bahawa Malaysia belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan negara model. Salmah, Chandran, clan Chong tidak bersetuju dengan pendapat makhluk Utopia itu kerana Malaysia mempunyai kualiti yang mencukupi untuk dijadikan negara model. Contohnya, mempunyai bahasa kebangsaan, agama rasmi, dan mempunyai satu kebudayaan nasional. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan memiliki pelbagai prasarana yang terbaik.

Makhluk Utopia menyangkal dakwaan tersebut kerana menyatakan bahawa usaha tersebut merupakan usaha generasi sebelumnya. Kenyataan

Page 79: ANTOLOGI HARGA REMAJA

makhluk Utopia itu menimbulkan kemarahan Chong. Sebenarnya, makhluk Utopia berkata demikian semata-mata untuk menguji kecintaan mereka kepada negara. Walaupun ketiga-tiga remaja itu cinta kepada negara namun perasaan cinta tidak mencukupi. Mereka perlu menghadapi ujian untuk menjamin ketahanan negara dan bangsa. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka memilih ketiga-tiga remaja ini kerana remaja ini bakal pemimpin negara pada masa akan datang.

Makhluk Utopia menganggap bahawa generasi muda pada masa kini semakin materialistik dan longgar kepercayaan agamanya. Hal inilah yang menjadi punca kemerosotan moral dalam kalangan belia. Makhluk Utopia menasihati remaja agar jangan suka salah-menyalahi dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Mereka turut memuji keberanian ketiga-tiga orang remaja ini berhujah.

Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu berasa bahawa mereka bermimpi. Perbincangan berlaku antara ketiga-tiga orang remaja ini tentang peristiwa ganjil yang telah dilalui oleh mereka. Mereka bersetuju akan kritikan yang dibuat oleh oleh makhluk Utopia. Sebagai generasi muda, mereka perlu merancang strategi kepimpinan bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan bersatu padu.

TEMA Drama "Forum Remaja 2020" bertemakan peranan remaja dalam merealisasikan wawasan 2020

PERSOALAN 1. Penerapan integrasi nasional bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara. Contohnya, Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum diikat dengan satu bahasa kebangsaan, satu kebudayaan nasional, serta satu agama rasmi sementara agama-agama lain dibenarkan dipraktikkan.

2. Remaja perlu memiliki semangat patriotik dan berusaha memupuk perpaduan antara kaum. Contohnya, ketiga-tiga remaja bersungguh-sungguh mempertahankan hujah mereka bahawa Malaysia mempunyai kualiti yang dimaksudkan oleh makhluk Utopia itu.

3. Kesanggupan remaja menerima kritikan demi kebaikan bangsa dan negara. Contohnya, ketiga-tiga remaja menerima kritikan daripada makhluk Utopia dan menanam tekad untuk mengatasi masalah moral dalam kalangan remaja.

4. Tanggungjawab remaja ialah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai keagamaan dalam aspek kehidupan mereka. Contohnya, makhluk Utopia menyatakan betapa longgarnya nilai keagamaan dalam kalangan remaja. Untuk itu, generasi muda perlu mempunyai penghayatan keagamaan yang ikhlas dan suci.

WATAK Makhluk Utopia I dan II1. Makhluk asing yang berasal dari planet Utopia.2. Kedua-dua makhluk ini muncul dalam mimpi.3. Misi mereka adalah untuk melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan

sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan.1. Bijak memberikan buah fikiran dan kritikan. Contohnya, buah

fikiran yang dilontarkannya ialah menyatakan generasi muda di negara ini sedang mengalami era kritikal dari segi moral, sosial mahupun mental. Manakala contoh kritikan yang diberikan ialah pembangunan yang telah dilaksanakan bukannya usaha generasi kini tetapi merupakan usaha generasi terdahulu.

Salmah1. Seorang gadis yang berusia 22 tahun.2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.3. Gadis Melayu yang berkulit sawo matang.4. Seorang yang petah dan berani melontarkan idea. Contohnya, beliau

menjelaskan bahawa di Malaysia telah terdapat pelbagai pembangunan

Page 80: ANTOLOGI HARGA REMAJA

pesat yang telah dijalankan.1. Salmah berpendirian tegas dan berfikiran terbuka. Misalnya, Salmah

mahu berusaha bersama-sama untuk mengatasi masalah kemerosotan moral dalam kalangan generasi muda.

2. Dia dapat menerima kritikan. Buktinya, Salmah mengakui bahawa generasi muda pada hari ini sudah tidak menjalam kehidupan beragama sepenuhnya.

Chandran1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun.2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.

1. Chandran berketurunan India dan fasih berbahasa Melayu.3. Dia bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Buktinya,

beliau mempertikaikan kata-kata makhluk Utopia dan menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.4. Chandran tegas dalam mempertahankan hujah. Contohnya, beliau menjelaskan bahawa pembangunan yang telah dilaksanakan di negara ini bukanlah impian semata-mata.

Chong1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun.2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia.3. Chong berketurunan Cina dan fasih berbahasa Melayu.4. Dia juga bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran.

Contohnya, beliau menjelaskan tindakan makhluk Utopia menyalahkan generasi muda sahaja merupakan sesuatu yang tidak adil.

5. Kadangkala dia bersikap emosional tetapi cepat mengakui kesilapan. Buktinya, dia bersetulu akan perkara yang diperkatakan oleh makhluk Utopia itu walaupun pada mulanya dia banyak mempersoalkannya.

PLOT 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.1. Dalam bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan

watak Makhluk Utopia I dan Makhluk Utopia II yang memasuki ruang angkasa bumi dan tiba di Malaysia. Misi kedua-dua makhluk tersebut ialah mahu melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan. Mereka telah bertemu dengan Salmah, Chong, dan Chandran.

2. Pada bahagian pertengahan, dinyatakan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Makhluk Utopia tentang situasi di bumi yang sedang menuju kehancuran. Mereka menjelaskan bahawa Malaysia masih belum layak dijadikan sebuah negara model.

3. Pada bahagian perumitan, pengarang memaparkan wujudnya perbezaan pendapat yang ketara antara Salmah, Chandran, dan Chong dengan Makhluk Utopia. Ketiga-tiga remaja itu tidak berpuas hati dan mempertahankan bahawa Malaysia sudah mempunyai kualiti untuk menjadi sebuah negara model dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.

4. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Makhluk Utopia mengutarakan keruntuhan moral remaja dunia pada masa kini. Timbul perdebatan apabila ketiga-tiga remaja tadi menyatakan bahawa generasi terdahulu juga patut dipersalahkan atas masalah yang timbul.

5. Pada bahagian peleraian, Salmah, Chandran, dan Chong berbincang sesama mereka atas peristiwa ganjil yang ditempuh oleh mereka. Mereka tidak menafikan akan kebenaran kata-kata Makhluk Utopia itu. Mereka menerima kritikan itu dan bertekad untuk menyelesaikan masalah moral

Page 81: ANTOLOGI HARGA REMAJA

dalam kalangan generasi muda.LATAR Latar Tempat

Pada bahagian awal drama, pengarang telah mencatatkan bahawa Tatar tempat drama ini ialah di sebuah kampus universiti di Malaysia, iaitu tempat Salmah, Chong, dan Chandran melanjutkan pelajaran mereka.

Latar MasaLatar masa dalam drama ini ialah pada waktu petang tahun 2020.

Latar Masyarakat1. Masyarakat makhluk asing dari planet luar. Contohnya, Makhluk Utopia

I dan II berasal dari planet Utopia.2. Masyarakat mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Contohnya,

Salmah, Chandran, dan Chong merupakan mahasiswa di sebuah universiti

tempatan.

3. Masyarakat remaja yang mengambil berat akan soal negara. Contohnya, Salmah, Chandran, dan Chong amat peka apabila diajukan persoalan tentang pembangunan mental dan fizikal negara.

4. Masyarakat yang bijak berhujah. Contohnya, ketiga-tiga remaja ini bijak berhujah dan berdepan dengan pelbagai kritikan Makhluk Utopia.

3. Masyarakat yang suka memberikan panduan dan nasihat demi kesejahteraan negara. Hal ini dapat dilihat apabila Makhluk Utopia berterus terang dalam memberikan panduan dan nasihat kepada Salmah, Chandran, dan Chong demi kemajuan negara ini.

NILAI MURNI 1. Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, ketiga-tiga remaja amat mengambil berat akan soal bangsa dan negara.

2. Nilai rasional. Contohnya, sanggup menerima teguran dan kritikan.3. Nilai berani. Contohnya, berani berhujah demi mempertahankan pendapat.4. Nilai bijaksana. Contohnya, dapat menjawab kritikan dan mengemukakan

idea-idea yang bernas.5. Nilai kesetiaan. Contohnya, ketiga-tiga orang remaja ini telah

membuktikan kecintaan mereka kepada negara.PENGAJARAN 1. Kita perlulah mengutamakan perpaduan antara kaum. Contohnya,

Chandran mencadangkan supaya mereka mengeratkan perpaduan bagi merealisasikan impian mereka menjadikan Malaysia sebagai negara model.

2. Kita hendaklah bersedia menerima kritikan demi kebaikan. Contohnya, ketiga-tiga remaja menerima kritikan Makhluk Utopia dan bertekad untuk menyelesaikan masalah kemerosotan nilai moral dalam kalangan generasi muda.

3. Kita hendaklah berani memberikan pendapat atau buah fikiran yang bernas. Contohnya, ketiga-tiga remaja berani menyampaikan hujah--hujah mereka. Hal ini turut diakui oleh Makhluk Utopia.

4. Kita perlulah membuktikan kesetiaan kepada tanah air. Contohnya, ketiga-tiga remaja bersungguh-sungguh mempertahankan hujah mereka dan menyangkal dakwaan Makhluk Utopia tentang keupayaan Malaysia sebagai negara model.

Page 82: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Latihan: Forum Remaja 2020

Baca drama forum remaja 2020 dengan teliti. Kemudian, jawan soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan anda sendiri.

1. Apakah strategi kepemimpinan yang perlu dilaksanakan bakal pemimpin?

2. Berdasarkan halaman 233 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, nyatakan dua kualiti yang dimiliki Malaysia untuk menjadi negara model.

3. Pada pendapat anda, mengapakah Chong, Salmah, dan Chandran menentang pendapat MU I yang menyatakan bahawa Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model?

Page 83: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3.Cempaka Berdarah

SINOPSIS Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman yang sedang belajar di universiti di Kuala Lumpur. Kedua-dua anak beranak ini sungguh teruja dengan kepulangan Zaman kerana Zaman telah lama tidak pulang ke kampung. Tiba-tiba terdengar orang memanggil di luar rumah. Kedua-dua beranak itu mengintai dari lubang pintu dan mendapati seorang lelaki seperti orang putih. Mak Jah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik sebelum membuka pintu. Orang putih itu, iaitu Prof. Peter memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah kepada Zaman. Prof. Peter dibenarkan masuk ke dalam rumah. Prof. Peter memberitahu Mak Jah tentang minatnya pada sejarah. Selepas itu, Prof. Peter telah berbual-bual dengan Mak Jah tentang Zaman yang dikatakan keras kepala sambil bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Prof. Peter meminta diri sambil memberitahu Mak Jah yang dia ingin melihat-lihat sekitar kampung.

Zaman dan adiknya, iaitu Cempaka telah masuk ke sebuah belukar di kampungnya. Zaman dan Cempaka telah berbual-bual tentang bonsai, perlunya usaha gigih untuk tidak berputih mata, dan berniaga adalah sunah nabi. Kemudian, Zaman menyuruh Cempaka pulang ke rumah mengambil parang. Cempaka pun berlari pulang untuk mengambil parang kerana dia mahu Zaman mengambilkannya bunga kenanga. Sepeninggalan Cempaka, Zaman didatangi Prof. Peter dan Malik, iaitu sahabat Zaman yang tidak bersekolah tinggi. Zaman berbual-bual dengan Prof. Peter dan Malik dan perbualan mereka kadang kala menimbulkan pertelingkahan. Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi manakala Zaman tertanya-tanya sebab Prof. Peter datang ke kampungnya itu. Sejurus itu, Cempaka datang semula sambil membawa parang. Cempaka menyedari perubahan Zaman lalu bertanyakan sebabnya. Zaman bertanya tentang Malik. Cempaka memberitahu Malik kini sudah berubah.

Ketika Zaman mengambilkan adiknya itu bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul lagi. Wujud pertengkaran sekali lagi antara mereka. Prof. Peter ingin mengetahui perihal rambut perang Cempaka dan memberitahu Zaman bahawa Cempaka bukan adiknya. Kemudian Mak Jah pun tiba sambil memarahi Prof. Peter kerana Prof. Peter ingin menyakiti hatinya dan merampas Cempaka. Lantas Prof. Peter mengimbas peristiwa semasa perang Jepun kepada semua. Prof. Peter mengatakan bahawa ibunya telah menyorokkan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan mengatakan adiknya itu telah ditemui oleh Mak Jah. Oleh itu, Prof Peter mengatakan bahawa Cempaka adalah adiknya dan dia mahu adiknya hidup dalam keluarganya.

Sewaktu pertengkaran itu berlaku, Prof. Peter terlihat seekor ular di atas kepala Cempaka lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah dan Mak Jah meraung apabila melihat keadaan Cempaka yang berlumuran darah. Zaman berasa amat marah dan ingin membalas perbuatan Prof. Peter. Walaupun Prof. Peter menjelaskan niatnya, Zaman tidak menerimanya. Semasa pergelutan berlaku antara Zaman dengan Prof. Peter, Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. Akhirnya, Prof. Peter melarikan diri ke dalam hutan. Zaman pula mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Satu das letupan senapang kedengaran dan membuatkan semuanya tercengang. Mak Jah meraung sambil memanggil nama anaknya. Zaman pula terpukau sambil datang kepada ibunya semula. Mak Jah bersyukur apabila melihat Zaman selamat. Kemudian, Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang telah tidak sedarkan diri itu.

TEMA Tema novel ini ialah kesungguhan mempertahankan hak dan maruah keluarga.

PERSOALAN 1. Kasih sayang sesama insan tidak mengenal keturunan dan agama. Contohnya, Mak Jah dan Zaman menyayangi Cempaka walaupun Cempaka adalah anak orang putih, iaitu bangsa yang menjajah tanah air mereka.

2. Kepentingan pendidikan untuk mengubah dan membela nasib diri dan

Page 84: ANTOLOGI HARGA REMAJA

keluarga. Contohnya, Mak Jah telah menghantar Zaman belajar ke universiti dengan harapan Zaman akan membela nasib keluarganya yang miskin.

3. Kesombongan diri telah membuatkan seseorang itu tidak bertindak dengan bijaksana dan rasional serta membawa kepada kegagalan. Contohnya, Prof. Peter dengan sombong telah mengatakan bahawa kampung Zaman sebagai busuk, kotor, dan tidak bertamadun. Sikap itu telah membuatkan dia bertindak secara tidak bijak dan rasional. Akhirnya, usahanya untuk mendapatkan adiknya gagal.

4. Setiap orang mempunyai hak tetapi hak itu mesti dibela dan dipertahankan dengan cara yang betul. Contohnya, Prof. Peter mempunyai hak atas Cempaka tetapi hak itu telah dibela dan dipertahankan dengan cara yang salah.

5. Sejarah yang telah berlaku penting sebagai iktibar oleh setiap orang. Misalnya, Mak Jah dan Zaman hendaklah mengambil kira sejarah diri Cempaka. Begitu juga Prof. Peter mesti mengambil iktibar akan sejarah yang telah berlaku pada diri Cempaka yang dikatakan adiknya.

WATAK Zaman1. Zaman adalah watak utama drama ini.2. Zaman adalah anak lelaki Mak Jah.3. Zaman menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur.4. Zaman seorang yang keras kepala seperti bapanya. Hal ini dinyatakan

oleh Prof. Peter dan turut diakui oleh ibunya.5. Zaman, abang yang penyayang kerana sanggup mengambilkan Cempaka

bunga kenanga.6. Dia seorang yang berani dalam mempertahankan haknya sehingga dia

sanggup bergelut dengan Prof. Peter.

7. Dia pandai menghidu peluang seperti mencari akar-akar mati untuk diukir serta dijual di Kuala Lumpur.

Mak Jah1. Mak Jah adalah ibu kepada Zaman dan ibu angkat Cempaka.2. Mak Jah adalah ibu yang penyayang. Dia sangat sayang akan Cempaka dan

berusaha untuk mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh abangnya.

3. Mak Jah berasa rendah diri dan takut pada orang putih dan memanggil orang putih sebagai tuan.

1. Dia seorang yang berhati-hati. Dia segera menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenalinya clatang.

1. Mak Jah bersopan santun. Dia melayan tetamunya, iaitu Prof. Peter dengan baik.

2. Dia mempunyai iman yang kuat kerana dia segera menyebut nama Allah apabila terdengar letupan senapang.

Cempaka

1. Gadis yang tidak bersekolah tinggi.

2. Cempaka berambut perang.3. Cempaka adalah adik angkat Zaman yang manja. Dia meminta Zaman

mengambilkannya bunga kenanga.

2. Cempaka berpendirian tegas apabila mengatakan bahawa dia anak Mak Jah dan adik Zaman kepada Prof. Peter.

3. Cempaka mudah menangis apabila Prof. Peter ingin merebutnya daripada Mak Jah dan Zaman.

Page 85: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Prof Peter1. Profesor dalam bidang antropologi dan sosiologi di sebuah universiti

di Kuala Lumpur.2. Prof. Peter berbangsa Inggeris.3. Prof. Peter adalah pensyarah Zaman.4. Dia tidak bijak menyelesaikan masalahnya apabila sanggup berbalah

dengan Zaman dan Mak Jah untuk mendapatkan Cempaka.5. Prof. Peter sombong apabila menghina kampung Mak Jah.6. Prof. Peter tidak cekap menggunakan senapang apabila tembakannya

tidak mengenai sasaran sebaliknya mengenai Cempaka.

Malik1. Anak muda yang tidak terpelajar.2. Dia mudah terpengaruh oleh kata-kata Prof. Peter.3. Selain itu, Malik mudah lupa diri kerana sanggup menghina Zaman,

iaitu kawannya sejak kecil sewaktu dia mengiringi Prof. Peter.

4. Pemuda yang tidak sopan apabila sanggup mengatakan yang dia tertarik pada rambut perang Cempaka.

PLOT 1. Plot drama Cempaka Berdarah terbahagi kepada dua babak cerita. Berdasarkan kedua-dua babak itu, plot drama itu terbahagi kepada beberapa tahap, iaitu pengenalan, perkembangan cerita, klimaks, peleraian, dan penutup. Dalam setiap tahap plot drama ini mengandungi beberapa peristiwa.

2. Pada tahap pengenalan atau eksposisi, drama ini mengandungi peristiwa Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sambil menanti kepulangan Zaman dari Kuala Lumpur. Pada tahap ini juga drama mendedahkan peristiwa Prof. Peter datang ke rumah Mak Jah.

3. Plot cer i ta memasuki tahap pengembangan. Pada tahap pengembangan cerita, drama mengandungi peristiwa Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil bunga kenanga, berbual tentang bonsai dan tentang usaha gigih untuk maju.

4. Plot memasuki tahap perumitan apabila Zaman bertemu dengan Prof. Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Kemudian, Prof. Peter dan Malik pergi. Sejurus kemudian, kedua-duanya datang semula, iaitu semasa Zaman sudahpun mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Pada waktu ini, berlaku pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang perang dan ingin merampas Cempaka kerana mendakwa Cempaka adalah adiknya. Pada tahap ini, Mak Jah datang dan memarahi Prof. Peter.

5. Plot drama ini memasuki tahap klimaks cerita. Pada tahap klimaks ini, peristiwa Prof. Peter cuba menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi mengenai Cempaka. Lantaran itu, berlaku pergelutan antara Zaman dengan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter.

6. Plot drama memasuki tahap peleraian pula. Pada tahap ini, Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam belukar. Zaman pun mengambil parangnya dan mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Seterusnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana dia selamat.

7. Plot drama memasuki tahap peleraian, iaitu Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri akibat tertembak.

LATAR Latar Tempat1. Di rumah Mak Jah. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas sambil

berbual-bual tentang anaknya, iaitu Zaman yang akan pulang bercuti.

Page 86: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Tiba-tiba ada seorang yang tinggi seperti orang putih memanggil dari luar.

2. Di pinggir belukar. Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga dan bergelut dengan Prof. Peter.

3. Di tebing sungai Bukit Putih. Di tebing sungai Bukit Putih, ibu Prof. Peter telah menyembunyikan adiknya daripada tentera Jepun.

4. Di banglo buruk. Prof. Peter pulang ke banglo buruk di Estet Putih pada setiap tahun dalam usaha untuk mencari adiknya.

5. Di Kuala Lumpur. Letaknya universiti Zaman dan tempat ukiran kayu mati, kayu laut, tunggul buluh, dan rotan dijual.

Latar Masa1. Masa cuti pengajian. Zaman pulang ke kampung pada masa cuti penggal

pengajian akhir tahunnya.

2. Petang. Zaman dan Cempaka ke belukar mencari bunga kenanga dan mencari akar-akar kayu tumbang di tebing sungai.

3. Waktu pagi menjelang tengah hari. Mak Jah mengemas rumah bersama-sama dengan Cempaka.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang sombong. Prof. Peter bersikap sombong apabila

memandang hina kampung Mak Jah dan tidak menghargai Mak Jah yang memelihara Cempaka yang didakwa sebagai adiknya.

2. Masyarakat yang lupa diri. Malik seorang yang telah lupa diri apabila terpengaruh oleh kata-kata Prof. Peter.

3. Masyarakat yang pandai mengambil peluang. Zaman pandai mengambil peluang untuk memperoleh rezeki dengan mengambil akar-akar kayu mati untuk diukir serta dijual di Kuala Lumpur.

4. Masyarakat penyayang. Mak Jah seorang yang penyayang apabila menyayangi Zaman dan Cempaka.

5. Masyarakat kampung. Mak Jah dan Cempaka adalah masyarakat kampung yang terlalu menghormati orang putih walaupun bangsa itu pernah menjajah mereka.

NILAI MURNI 1. Nilai kasih Sayang. Sifat sayang-menyayangi antara ahli keluarga menjamin kebahagiaan. Contohnya, Mak Jah, Cempaka, dan Zaman saling menyayangi antara satu dengan yang lain dan menjadikan keluarga mereka bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan.

2. Nilai keberanian. Hak yang dicabar hendaklah dipertahankan dengan sifat keberanian yang tinggi. Contohnya, Zaman telah menunjukkan sifat berani dalam mempertahankan Cempaka, iaitu adiknya daripada dirampas oleh Prof. Peter.

3. Nilai budi bahasa. Kehidupan berbudi bahasa hendaklah tidak terhad pada ahli keluarga tetapi meliputi semua orang sama ada dikenal atau tidak. Contohnya, Mak Jah telah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun tidak mengenalnya.

4. Nilai berhati-hati dan berwaspada. Sifat berhati-hati dan berwaspada penting dalam mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku. Contohnya, Mak Jah telah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam bilik apabila Prof. Peter yang tidak dikenali datang ke rumah mereka.

5. Nilai kerajinan. Sifat rajin berusaha akan membolehkan seseorang mengubah nasib diri dan keluarga. Contohnya, Zaman rajin berusaha seperti mengambil akar-akar kayu tumbang untuk dijadikan ukiran dan dijual di Kuala Lumpur. Di samping itu, Zaman juga rajin belajar untuk berjaya dalam pengajian di universiti.

PENGAJARAN 1. Setiap orang mesti rajin berusaha supaya dapat membela diri dan keluarga daripada kesusahan dan kemiskinan. Contohnya, Zaman yang gigih

Page 87: ANTOLOGI HARGA REMAJA

menuntut ilmu dengan harapan dapat mengubah nasib dirinya sekeluarga.

2. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, seseorang itu mesti menyelesaikannya dengan tindakan dan fikiran yang rasional. Contohnya, Prof. Peter seharusnya tidak mengambil sikap terburu-buru dalam menuntut haknya terhadap Cempaka. Sikapnya itu telah menyebabkan pertengkaran antara dia dengan Zaman, menyebabkan Mak Jah marah, dan menyebabkan Cempaka tertembak.

3. Setiap manusia mesti hidup saling menyayangi tanpa mengira asal keturunan dan agama untuk menjamin keharmonian hidup. Contohnya, Mak Jah telah memelihara Cempaka sejak kecil dengan penuh kasih sayang walaupun Cempaka berbangsa Inggeris.

4. Sikap berhati-hati dan berwaspada mesti ada dalam diri setiap orang bagi mengelakkan sesuatu perbuatan jenayah berlaku dengan mudah. Contohnya, Mak Jah begitu berhati-hati sebelum membenarkan Prof. Peter masuk ke dalam rumahnya. Mak Jah juga meminta Cempaka bersembunyi untuk mengelakkan daripada sebarang bencana.

5. Seseorang itu hendaklah mempertahankan hak dengan penuh keberanian agar hak itu tidak dicabuli oleh orang lain dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Mak Jah dan Zaman dengan berani mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter.

6. Setiap orang mesti mempunyai budi bahasa yang tinggi supaya orang atau bangsa lain menghormati kita. Contohnya, Mak Jah melayan tetamunya, Prof. Peter dengan baik.

Latihan: Cempaka berdarah

Baca drama Cempaka berdarah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan dengan jawapan anda sendiri.

1. Berdasarkan halaman 244 dalam Antologi Harga Remaja tingkatan 4, berikan dua sebab Cempaka risau tentang abangnya yang tidak pulang sewaktu cuti penggal.

2. Pada pandangan anda, mengapakah Mak Jah teragak-agak hendak bercerita tentang hal Cempaka dan kemudiannya Mak Jah pula berasa bimbang?

3. Pada pendapat anda, mengapakah seorang murid atau pelajar harus menghormati gurunya?

Page 88: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Novel: Papa

SINOPSIS Novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Intan Juliana (Julia), mama (Intan Maliana), papa (Jefri) dan Mak Cik Noraini. Pada awal cerita, hubungan mama dan papa digambarkan sangat erat dan mesra. Pada suatu hari, mama jatuh sakit. Papa memberitahu Julia bahawa mama telah mengandung. Julia sangat gembira namun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang apabila mendengar berita itu. Hal ini disebabkan mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia dahulu. Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Dalam perbualan itu, Mak Cik Noraini mengingatkan Mama tentang peristiwa semasa melahirkan Julia. Mama telah koma akibat kehilangan banyak darah manakala Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung. Mama menjelaskan bahawa dia sanggup berkorban kerana papa menginginkan anak lagi. Mama dan papa telah berbincang tentang perkara tersebut. Rakan sekerjanya, Cikgu Suzie turut melahirkan perasaan bimbangnya. Namun begitu, mama tetap berkeras untuk meneruskan kandungannya demi papa yang sangat dicintainya. Kandungan mama semakin membesar dan dijangka akan melahirkan anak kembar lelaki. Ketika di dapur, Julia bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan mama semasa melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini menceritakan segala-galanya dan memberitahu bahawa badan Julia hanya sebesar anak kucing yang berumur sebulan.

Di kolej tempat papa mengajar, terdapat seorang pelajar yang amat meminati pengajarannya, iaitu Aisyah. Kadangkala papa menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya. Julia pernah menguji kesetiaan papa supaya menjadikan Aisyah sebagai isteri keduanya. Papa meyakinkan Julia bahawa dia tidak akan menduakan mama. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudah tiba masanya untuk mama untuk melahirkan anak. Doktor memberitahu papa bahawa bayi kembar lelaki yang dikandung mama ialah bayi kembar Siam. Walau bagaimanapun bayi kembar tersebut telah meninggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Mama kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan koma. Kini, tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Di sekolah, Julia telah berkenalan

Page 89: ANTOLOGI HARGA REMAJA

dengan pelajar baru di kelasnya, Rasylan. Mereka saling bertukar cerita. Mama masih lagi koma dan berada di hospital. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi kerana dia tidak sampai hati melihat papa bersendirian dan tidak seceria dahulu. Papa mengatakan bahawa dia sanggup menunggu mama pulih dan perlu menjaga hati Julia. Julia telah meminta kebenaran papa untuk pergi ke rumah Rasylan. Papa menyuruh Julia memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu agar maruah Julia sebagai seorang perempuan terpelihara.

Apabila Julia pulang selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia mendapati bahawa mama telah dibawa pulang oleh papa. Papa telah mendapat kebenaran oleh doktor dan mama ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti di hospital. Hampir 8 bulan mama koma dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Keputusan SPM Julia akan diumumkan tidak lama lagi. Papa masih lagi tidak putus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar mama cepat sedar daripada komanya. Papa tetap menunjukkan kasih sayangnya kepada mama dan sentiasa berbual dengan mama yang sedang koma itu. Selepas beberapa minggu peperiksaan tamat, Rasylan menziarahi Julia dan papa. Rasylan dan papa berbual-bual dari tentang mama hingga latar belakang Rasylan. Rasylan kehairanan kerana papa seolah-olah sudah mengenali bapa angkatnya. Papa menjelaskan bahawa bapa angkat Rasylan, Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapa papa. Dalam kemalangan tersebut, bapa papa telah meninggal dunia manakala ibu papa lumpuh. Hubungan Julia dan Rasylan bertambah intim dan mesra. Sifat-sifat Rasylan telah memikat hati Julia. Namun begitu, papa menunjukkan perasaan kurang senang hatinya Julia berkawan dengan Rasylan.

Julia dan Rasylan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Julia ternampak papa dan Aisyah sedang makan di sebuah restoran seperti sepasang kekasih semasa dia dan Rasylan ingin meraikan kejayaan mereka di Starbucks Coffee. Julia dan Rasylan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Keesokannya, Julia dan Rasylan keluar untuk membeli buku dan sekali lagi dia ternampak papa bersama-sama dengan Aisyah. Fikiran Julia runsing memikirkan hubungan papa dengan gadis tersebut. Pada suatu hari, Rasylan mengajak Julia makan di A&W. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia bahawa Encik Muaz al-Khalibi, pensyarah daripada Jabatan Sains Politik telah memintanya menjalankan ujian DNA. Apabila sampai, Julia telah melihat papanya sedang berbual dengan Aisyah di suatu sudut restoran tersebut. Julia mengajak Rasylan meninggalkan restoran itu.

Pada minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini bersetuju dengan hasrat papa untuk berkahwin semula kerana sudah bertemu dengan orang yang sesuai. Di ruang tamu, Julia melihat papa membaca artikel “Poligami’. Julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dan Aisyah beberapa kali. Julia mengaitkan artikel tersebut dengan niat papa yang ingin berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup lagi dan menganggap papa curang dan mengkhianati mama. Papa telah menampar pipi Julia kerana kelancangannya itu. Rasylan menasihati Julia agar menerima hasrat papa kerana papa manusia biasa yang memerlukan seseorang yang boleh berkongsi segala-galanya. Kemudian, Rayslan memberitahu Julia bahawa DNAnya sama dengan Encik Muaz. Rasylan tidak dapat menerima kenyataan ini kerana dia dipelihara di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak kecil.

Sudah dua minggu Julia tidak balik ke rumah selepas peristiwa dia ditampar itu. Papa telah datang ke kampus UIA untuk berjumpa dengannya. Papa meminta keizinan Julia untuk mencari pengganti mama dan menjelaskan bahawa dia memerlukan seseorang bagi mengejutkannya tidur untuk solat Subuh, berkongsi cerita dan mengingatkan tarikh perjumpaannya dengan doktor. Mama tidak dapat melakukan semua perkara itu lagi. Akhirnya, Julia akur dengan permintaan papa demi kebahagiaan papa.

Page 90: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah bapanya, Encik Muaz dengan seorang warga Indonesia. Dia telah ditinggalkan oleh ibunya berhampiran dengan longkang besar. Ibunya berharap agar dia mati kerana kelahirannya tidak berayah dan ibunya tidak sanggup menanggung malu besar. Kini, ibunya telah pulang ke negara asalnya. Bagi Rasylan, Datuk Mustakimlah yang dianggap sebagai ayah bukannya Encik Muaz.

Papa telah memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Pada hujung minggu itu, papa meminta Julia pulang untuk menghadiri majlis pernikahannya pada malam tersebut. Namun begitu, Julia enggan dan memberikan alasan untuk menjaga mama. Pada pagi berikutnya, Julia diserang demam panas. Ketika terlantar di hospital, Julia telah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang mirip papa cuma masih muda dan bernama Jeffri. Dalam mimpi tersebut, Jeffri memujuk dan menasihati Julia agar membenarkan papa berkahwin lagi. Papa sudah lama menanggung penderitaan sejak mama koma. Menurut Jeffri lagi, papa memerlukan seseorang yang dapat berkongsi kehidupannya dengannya. Walaupun mama masih hidup, namun mama tidak dapat berbuat sedemikan dan tidak tahu masanya mama akan pulih. Julia memberitahu Jeffri bahawa dia takut kehilangan kasih sayang papa. Pada penghujung mimpi tersebut, Julia merelakan perkahwinan papanya demi kebahagiaan mereka sekeluarga. Julia terlantar di hospital selama tiga hari. Apabila cuti semester berakhir, Julia meneruskan pengajiannya.

Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumah. Julia terdengar papa menegur Mak Cik Aisyah yang telah masuk ke bilik mama seorang diri. Perbuatan Julia mendengar perbualan ibu bapanya secara curi-curi ditegur oleh Mak Cik Noraini. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa papa memarahi Mak Cik Aisyah yang mungkin akan meletakkan racun kepada mama. Mak Cik Noraini yang terdengar kata-kata Julia telah berkecil hati. Julia meminta maaf dan menyatakan kerelaannya menerima Mak Cik Aisyah dengan hati yang ikhlas. Hubungan antara Julia dengan Rasylan semakin intim dan perasaan cemburu mulai timbul dalam hati masing-masing. Rasylan menegaskan bahawa dia akan menolak tawaran Encik Muaz apabila ditanya oleh Julia tentang hal itu.

Julia sedang menghadapi masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Mak Cik Aisyah yang menyedari hal itu telah memberikan nasihat dan pandangannya untuk membantu Julia. Selepas solat, papa meluru masuk ke bilik mama. Papa menegur mama seperti biasa dengan harapan ada keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba mama membuka mata, mengerakkan tangan dan jari-jarinya serta mulutnya terkumat-kamit seperti ingin menyatakan sesuatu. Papa amat gembira dengan perkembangan mama itu. Ketika papa sedang berbual dengan mama, Mak Cik Aisyah muncul. Mama memandang Mak Cik Aisyah dengan kehairanan. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.

TEMA Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayangPERSOALAN 1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing

buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

Page 91: ANTOLOGI HARGA REMAJA

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

WATAK INTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANGJulia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNANJulia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHANJulia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSURWalaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .

JEFFRI (PAPA)

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

PENYAYANGPapa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

Page 92: ANTOLOGI HARGA REMAJA

BERPENDIRIAN TEGASPapa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHANPapa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATINPapa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA (MAMA)

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBANWalaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.

TEGAS PENDIRIANMama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWABMama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANGKasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.

PLOT PERMULAANKeadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGANPapa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian

Page 93: ANTOLOGI HARGA REMAJA

itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKSMama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin

Page 94: ANTOLOGI HARGA REMAJA

memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIANMama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

LATAR LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading• tempat Intan Maliana mengajar• tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras• tempat mama dibedah• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

LATAR MASA

ZAMAN MODEN• zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya• (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA• bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

14 TAHUN DAHULU• sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Moden• sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik• Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi• Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat• Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami• Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

NILAI MURNI Tabah Kasih Sayang Gigih Saling Membantu Berdikari

Page 95: ANTOLOGI HARGA REMAJA

PENGAJARAN Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain. Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.

Latihan: Novel Papa

Baca novel Papa dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut dengan ayat anda sendiri.

1. Pada pendapat anda, mengapakah pengarang memberikan perhatiankepada watak utama dalam sesebuah novel?Berikan pendapat anda berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.

2. Huraikan empat perwatakan watak utama dalam sebuahnovel yang anda telah pelajari.

3. Nyatakan tiga perkara yang menarik perhatian anda semasa membaca novel? Berikan pandangan anda berdasarkan novel yang telah anda pelajari.

Page 96: ANTOLOGI HARGA REMAJA

4. Huraikan empat latar tempat dalam novel yang anda telah pelajari.

5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

6. Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

7. Berdasarkan sebuah novel, berikan tiga contoh teknik penceritaan yang telah digunakan.

8. Huraikan empat latar masyarakat dalam novel yang anda telah pelajari.

Page 97: ANTOLOGI HARGA REMAJA

9. Pada pendapat anda, apakah jasa penulis novel kepada masyarakat?Berikan tiga alasan anda berdasarkan novel yang anda telah pelajari.

10. Huraikan empat pengajaran yang terkandung dalam novel yang telah anda pelajari.

11. Huraikan dua peristiwa yang dapat menggambarkan nilai ketabahan dalam novel tersebut.

PUISI TRADISIONAL:

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

A. Maksud PantunRangkap 1:Jika tidak kerana budi seseorang maka nama baik seseorang itu tidak akan disebut-sebut atau diingati.Rangkap 2:

Page 98: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Sudah menjadi lumrah manusia, nama baik seseorang itu akan terus diingati sehingga seseorang itu meninggal dunia.Rangkap 3:Orang yang berbudi walaupun sedikit akan terus dikenang dan diingati sepanjang zaman.Rangkap 4:Budi baik yang diberi kepada seseorang akan terus dihargai dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

B. Tema Pantun:Pantun ini bertemakan budi yang baik akan menjadi sebutan dan dikenang sepanjang masa.

C. Persoalan Pantun:i. Budi yang baik menyebabkan nama seseorang sentiasa disebut-sebut.ii. Orang yang telah mati akan terus diingati kerana budinya.iii. Orang yang berbudi akan terus dikenang sepanjang zaman.iv. Budi yang ikhlas tidak akan dilupakan.

D. Bentuk Pantun:i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.ii. Mengandungi 4 rangkap/ bait.iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.iv. Setiap baris mengandungi di antara tiga hingga lima perkataan.v. Setiap baris mengandungi di antara 8 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:i. Rima akhir “abab”.ii. Asonansi : Jika tak kenang kepada saya (pengulangan vocal “a” sebanyak 7 kali)iii. Aliterasi : Akan menjadi kenang-kenangan (pengulangan konsonan “n” sebanyak 6 kali)iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak” dan “kan”.

F. Nilai Pantun:i. Berbudi : Orang yang berbudi akan sentiasa dikenang sepanjang masa.ii. Ikhlas : Budi yang ikhlas tidak akan dilupai.iii. Mengenang jasa : Orang yang menerima budi akan mengenang budi yang diberi.iv. Tolong-menolong : Berbudi dapat membantu orang yang memerlukan.

G. Pengajaran:i. Kita mestilah sentiasa berbudi kepada orang lain – supaya kebaikan kita akan terus dikenang.ii. Kita mestilah mengenang jasa atau budi orang yang telah membantu kita.iii. Kita mestilah menabur budi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.iv. Kita mestilah menghargai orang yang telah berbudi kepada kita.

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

A. Maksud Pantun:Rangkap 1:Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga.Rangkap 2:Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusiaRangkap 3:Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang menghairankan.Rangkap 4:Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya.Rangkap 5:Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan.

B. Tema Pantun:

Page 99: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

C. Persoalan Pantun:i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna.ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia.iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain.iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

D. Bentuk Pantun:i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.ii. Mengandungi 5 rangkap/ bait.iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.iv. Setiap baris mengandungi di antara 3 hingga 5 perkataan.v. Setiap baris mengandungi di antara 9 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:i. Rima akhir “abab”.ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal “u” sebanyak 5 kali)iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan “g” sebanyak 4 kali)iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak”.

F. Nilai Pantun:i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga.ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia.iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

G. Pengajaran:i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya.ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita.iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita.iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja.

SAJAK:

HARGA REMAJA

MaksudRangkap SatuPertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.Rangkap 2Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.Rangkap 3Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.Rangkap4Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

TemaKetinggian nilai remaja yang berilmu

Persoalan(a) Kekecewaan golongan remaja.(b) Percintaan remaja semasa usia muda(c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.(d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini.(e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.

Bentuk dan Ciri-Ciri sajak

Page 100: ANTOLOGI HARGA REMAJA

(a) Terdiri daripada empat rangkap(b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris).(c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa

Gaya Bahasa(a) Simile       Contoh                Bagai kehijauan daun                Bagai kesegaran pohon(b) Metafora       Contoh                  Cuka kesangsian, madu ajaran(c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja)(d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

NadaSajak ini bernada didaktik

Nilai(a) Rajin(b) Berani(c) Gigih berusaha(d) Bijaksana(e) Bercita-cita tinggi

Pengajaran(a) Remaja hendaklah menjaga diri agar tidak mengalami kekecewaan.(b) Elakkan bercinta sewaktu remaja kerana tidak membawa faedah.(c) Remaja hendaklah menjadi golongan yang mencitai ilmu.(d) Remaja perlu bersikap berani kerana benar.

PROSA TRADISIONAL

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Sinopsis

Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .

Page 101: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.

Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.

CERPEN

IBU DAN CEPER

SINOPSIS:-

Ceper ialah sebatang sungai yang menjadi sumber air bagi penduduk kampung dan pedalaman. Penulis (Shahnon Ahmad cuba membandingkan Sungai Ceper dengan ibu yang gigih bekerja di sawah, sementara suaminya (bapa penulis) asyik dengan burung ketitir.

Kesulitan hidup yang ditempuhi ibunya digambarkan  melalui liku-liku dan keadaan sungai yang semakin tercemar. Kian hari Sungai Ceper semakin lemah dan tohor akibat pelbagai sampah yang dibuang ke dalam sungai.

Pada suatu hari ibu telah terpijak tunggul lama menyebabkan dia tidak selincah seperti dulu. Ibu yang menjadi lumpuh, semakin uzur dan akhirnya meninggal dunia.

Penulis akhirnya membandingkan Sungai Ceper walaupun masih ada namun sudah tidak berfungsi seperti dulu,  iaiti sebagai sumber air kepada penduduk sedangkan ibu sudah meninggal lama sebelum bapa meninggal dunia.

TEMA:-

Kepentingan air dalam kehidupan.

PERSOALAN:-

Kesukaran hidup apabila sungai tercemar.

Page 102: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Setiap yang hidup akan mati. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya. Menghargai anugerah Allah.

WATAK & PERWATAKAN:-

a. Ibu

Seorang yang rajin. Pandai membuat tikar. Bergaul dengan masyarakat. Mengamuk apabila Sungai Ceper tercemar dan berlaku banjir yang akhirnya merosakkan

tanamannya.

b. Bapa

Suka mendenak burung ketitir. Meninggal dunia kerana terjatuh.

c. Aku

Menggantikan ibu ke sawah setelah ibu lumpuh. Bertanggungjawab menjaga ibu.

NILAIKasih sayang Sayang akan alam sekitar Berdikari Kecekalan Kesyukuran Bermasyarakat

PENGAJARANKita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah

MEMORI SEORANG TUA

Sinopsis

Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang ”cekik darah” terhadap orang-orang melayu.

Page 103: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu.

Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara.

Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak menjadilah.

Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis berjalan lancar.

Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan.

Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu.

Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor.

Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

  ISRAK

Sinopsis

Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas

Page 104: ANTOLOGI HARGA REMAJA

terbayang ketidakselesaan pada Israk.

Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj.

Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank.

Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk ”Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.

Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar terasa akan kata-kata abangnya itu.

Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian.

Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.

PEMAIN CATUR

Sinopsis

Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran

Page 105: ANTOLOGI HARGA REMAJA

dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.

Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.

Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.

Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.

Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).

Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um.

Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.

Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.

Page 106: ANTOLOGI HARGA REMAJA

MELLISA

Sinopsis

Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja.

Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja.

Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka.

Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.

Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi.

Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.

Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.

Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.

Page 107: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.

Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.

Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.

Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.

Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.

Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.

Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera

Page 108: ANTOLOGI HARGA REMAJA

sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.

Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.

BIARKAN SAMUDERASinopsis

Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjaga, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.

Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu.

Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.

Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.

Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang

mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.

Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat

Page 109: ANTOLOGI HARGA REMAJA

mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.

NOVEL PAPA

Novel Papa(akhirnya kau tewas jua) Papa…(akhirnya kau tewas jua!)

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Intan Juliana (Julia), mama (Intan Maliana), papa (Jefri) dan Mak Cik Noraini. Pada awal cerita, hubungan mama dan papa digambarkan sangat erat dan mesra. Pada suatu hari, mama jatuh sakit. Papa memberitahu Julia bahawa mama telah mengandung. Julia sangat gembira namun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang apabila mendengar berita itu. Hal ini disebabkan mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia dahulu. Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Dalam perbualan itu, Mak Cik Noraini mengingatkan Mama tentang peristiwa semasa melahirkan Julia. Mama telah koma akibat kehilangan banyak darah manakala Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung. Mama menjelaskan bahawa dia sanggup berkorban kerana papa menginginkan anak lagi. Mama dan papa telah berbincang tentang perkara tersebut. Rakan sekerjanya, Cikgu Suzie turut melahirkan perasaan bimbangnya. Namun begitu, mama tetap berkeras untuk meneruskan kandungannya demi papa yang sangat dicintainya. Kandungan mama semakin membesar dan dijangka akan melahirkan anak kembar lelaki. Ketika di dapur, Julia bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan mama semasa melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini menceritakan segala-galanya dan memberitahu bahawa badan Julia hanya sebesar anak kucing yang berumur sebulan.

Di kolej tempat papa mengajar, terdapat seorang pelajar yang amat meminati pengajarannya, iaitu Aisyah. Kadangkala papa menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya. Julia pernah menguji kesetiaan papa supaya menjadikan Aisyah sebagai isteri keduanya. Papa meyakinkan Julia bahawa dia tidak akan menduakan mama. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudah tiba masanya untuk mama untuk melahirkan anak. Doktor memberitahu papa bahawa bayi kembar lelaki yang dikandung mama ialah bayi kembar Siam. Walau bagaimanapun bayi kembar tersebut telah meninggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Mama kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan koma. Kini, tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Di sekolah, Julia telah berkenalan dengan pelajar baru di kelasnya, Rasylan. Mereka saling bertukar cerita. Mama masih lagi koma dan berada di hospital. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi kerana dia tidak sampai hati melihat papa bersendirian dan tidak seceria dahulu. Papa mengatakan bahawa dia sanggup menunggu mama pulih dan perlu menjaga hati Julia. Julia telah meminta kebenaran papa untuk pergi ke rumah Rasylan. Papa menyuruh Julia memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu agar maruah Julia sebagai seorang perempuan terpelihara.

Page 110: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Apabila Julia pulang selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia mendapati bahawa mama telah dibawa pulang oleh papa. Papa telah mendapat kebenaran oleh doktor dan mama ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti di hospital. Hampir 8 bulan mama koma dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Keputusan SPM Julia akan diumumkan tidak lama lagi. Papa masih lagi tidak putus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar mama cepat sedar daripada komanya. Papa tetap menunjukkan kasih sayangnya kepada mama dan sentiasa berbual dengan mama yang sedang koma itu. Selepas beberapa minggu peperiksaan tamat, Rasylan menziarahi Julia dan papa. Rasylan dan papa berbual-bual dari tentang mama hingga latar belakang Rasylan. Rasylan kehairanan kerana papa seolah-olah sudah mengenali bapa angkatnya. Papa menjelaskan bahawa bapa angkat Rasylan, Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapa papa. Dalam kemalangan tersebut, bapa papa telah meninggal dunia manakala ibu papa lumpuh. Hubungan Julia dan Rasylan bertambah intim dan mesra. Sifat-sifat Rasylan telah memikat hati Julia. Namun begitu, papa menunjukkan perasaan kurang senang hatinya Julia berkawan dengan Rasylan.

Julia dan Rasylan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Julia ternampak papa dan Aisyah sedang makan di sebuah restoran seperti sepasang kekasih semasa dia dan Rasylan ingin meraikan kejayaan mereka di Starbucks Coffee. Julia dan Rasylan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Keesokannya, Julia dan Rasylan keluar untuk membeli buku dan sekali lagi dia ternampak papa bersama-sama dengan Aisyah. Fikiran Julia runsing memikirkan hubungan papa dengan gadis tersebut. Pada suatu hari, Rasylan mengajak Julia makan di A&W. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia bahawa Encik Muaz al-Khalibi, pensyarah daripada Jabatan Sains Politik telah memintanya menjalankan ujian DNA. Apabila sampai, Julia telah melihat papanya sedang berbual dengan Aisyah di suatu sudut restoran tersebut. Julia mengajak Rasylan meninggalkan restoran itu.

Pada minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini bersetuju dengan hasrat papa untuk berkahwin semula kerana sudah bertemu dengan orang yang sesuai. Di ruang tamu, Julia melihat papa membaca artikel “Poligami’. Julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dan Aisyah beberapa kali. Julia mengaitkan artikel tersebut dengan niat papa yang ingin berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup lagi dan menganggap papa curang dan mengkhianati mama. Papa telah menampar pipi Julia kerana kelancangannya itu. Rasylan menasihati Julia agar menerima hasrat papa kerana papa manusia biasa yang memerlukan seseorang yang boleh berkongsi segala-galanya. Kemudian, Rayslan memberitahu Julia bahawa DNAnya sama dengan Encik Muaz. Rasylan tidak dapat menerima kenyataan ini kerana dia dipelihara di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak kecil.

Sudah dua minggu Julia tidak balik ke rumah selepas peristiwa dia ditampar itu. Papa telah datang ke kampus UIA untuk berjumpa dengannya. Papa meminta keizinan Julia untuk mencari pengganti mama dan menjelaskan bahawa dia memerlukan seseorang bagi mengejutkannya tidur untuk solat Subuh, berkongsi cerita dan mengingatkan tarikh perjumpaannya dengan doktor. Mama tidak dapat melakukan semua perkara itu lagi. Akhirnya, Julia akur dengan permintaan papa demi kebahagiaan papa.

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah bapanya, Encik Muaz dengan seorang warga Indonesia. Dia telah ditinggalkan oleh ibunya berhampiran dengan longkang besar. Ibunya berharap agar dia mati kerana kelahirannya tidak berayah dan ibunya tidak sanggup menanggung malu besar. Kini, ibunya telah pulang ke negara asalnya. Bagi Rasylan, Datuk Mustakimlah yang dianggap sebagai ayah bukannya Encik Muaz.

Papa telah memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Pada hujung minggu itu, papa meminta Julia pulang untuk menghadiri majlis pernikahannya pada malam tersebut. Namun begitu, Julia enggan dan memberikan alasan untuk menjaga mama. Pada pagi berikutnya, Julia diserang demam panas. Ketika terlantar di hospital, Julia telah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang mirip papa cuma masih muda dan bernama Jeffri. Dalam mimpi tersebut, Jeffri memujuk dan menasihati Julia agar membenarkan papa berkahwin lagi. Papa sudah lama menanggung penderitaan sejak mama koma. Menurut Jeffri lagi, papa memerlukan seseorang yang dapat berkongsi kehidupannya dengannya. Walaupun mama masih hidup, namun mama tidak dapat berbuat sedemikan dan tidak tahu masanya mama akan pulih. Julia memberitahu Jeffri bahawa dia takut kehilangan kasih sayang papa. Pada penghujung mimpi tersebut, Julia merelakan

Page 111: ANTOLOGI HARGA REMAJA

perkahwinan papanya demi kebahagiaan mereka sekeluarga. Julia terlantar di hospital selama tiga hari. Apabila cuti semester berakhir, Julia meneruskan pengajiannya.

Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumah. Julia terdengar papa menegur Mak Cik Aisyah yang telah masuk ke bilik mama seorang diri. Perbuatan Julia mendengar perbualan ibu bapanya secara curi-curi ditegur oleh Mak Cik Noraini. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa papa memarahi Mak Cik Aisyah yang mungkin akan meletakkan racun kepada mama. Mak Cik Noraini yang terdengar kata-kata Julia telah berkecil hati. Julia meminta maaf dan menyatakan kerelaannya menerima Mak Cik Aisyah dengan hati yang ikhlas. Hubungan antara Julia dengan Rasylan semakin intim dan perasaan cemburu mulai timbul dalam hati masing-masing. Rasylan menegaskan bahawa dia akan menolak tawaran Encik Muaz apabila ditanya oleh Julia tentang hal itu.

Julia sedang menghadapi masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Mak Cik Aisyah yang menyedari hal itu telah memberikan nasihat dan pandangannya untuk membantu Julia. Selepas solat, papa meluru masuk ke bilik mama. Papa menegur mama seperti biasa dengan harapan ada keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba mama membuka mata, mengerakkan tangan dan jari-jarinya serta mulutnya terkumat-kamit seperti ingin menyatakan sesuatu. Papa amat gembira dengan perkembangan mama itu. Ketika papa sedang berbual dengan mama, Mak Cik Aisyah muncul. Mama memandang Mak Cik Aisyah dengan kehairanan. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.

TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

WATAK DAN PERWATAKANINTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja

Page 112: ANTOLOGI HARGA REMAJA

yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANGJulia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNANJulia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHANJulia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSURWalaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .

JEFFRI (PAPA)

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

PENYAYANGPapa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGASPapa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHANPapa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATINPapa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA (MAMA)

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih

Page 113: ANTOLOGI HARGA REMAJA

dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBANWalaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.

TEGAS PENDIRIANMama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWABMama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANGKasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.

PLOT

PERMULAAN

Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGAN

Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus

Page 114: ANTOLOGI HARGA REMAJA

berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKSMama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIANMama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

TEKNIK PLOT

• DIALOG• Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel. Teknik ini mampu menghidupkan cerita novel di samping menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui dialog antara watak.

• CONTOH

• "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang kudengar.

• "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.

• "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"

• PEMERIAN• Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.

• CONTOH

• Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang bertiup lembut.

• MONOLOG DALAMAN

Page 115: ANTOLOGI HARGA REMAJA

• Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

• CONTOH

• Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh, tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya.

• IMBAS KEMBALI• Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu. Teknik ini memberi maklumat tentang latar belakang watak serta sebab musabab berlakunya suatu konflik.

• CONTOH

• Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"

• UNSUR KEJUTAN• melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca. unsur ini menjadikan plot cerita lebih menarik.

• CONTOH

• "Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan lagi. "

LATAR

LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading• tempat Intan Maliana mengajar• tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras• tempat mama dibedah• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

LATAR MASA

ZAMAN MODEN• zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya• (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA• bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

Page 116: ANTOLOGI HARGA REMAJA

14 TAHUN DAHULU• sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Moden• sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik• Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi• Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat• Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami• Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

GAYA BAHASA

Penggunaan Bahasa Inggeris

"Have you think it over?" (m/s 38)

"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina

Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof

"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Peribahasa

Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)

NILAI DAN PENGAJARAN

Tabah

Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang dilahirkan mama meninggal dunia manakala

mama jatuh koma.

Kasih SayangKita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka saling menyayangi dan mengambil berat.

GigihKita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Page 117: ANTOLOGI HARGA REMAJA

Saling MembantuKita mestilah saling membantu antara satu sama lain.Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di Seksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahli keluarganya.

BerdikariKita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.