ANIMASI KREATIF
-
Upload
mohd-syamsul-ariff -
Category
Documents
-
view
231 -
download
0
Transcript of ANIMASI KREATIF
8/8/2019 ANIMASI KREATIF
http://slidepdf.com/reader/full/animasi-kreatif 1/2
ANIMASI KREATIF
Animasi?
Animasi (animation) berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud“dihidupkan” ataupun “bring to life”. Mengikut kamus Dewan Bahasadan Pustaka pula, animasi merujuk kepada perbuatan atau prosesmenjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Oleh itu kita dapatsimpulkan bahawa animasi adalah satu proses menghidupkan ataumemberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agarkelihatan hidup dan dinamik.
Kreatif?
Kreatif ataupun kreativiti pula ialah penjanaan idea baru yang unik dantidak pernah wujud sebelum itu. Kreatif bukanlah lahir secara semula
jadi, tetapi boleh dilatih dan dibentuk asalkan seseorang itu mahuberusaha. Persoalan yang harus ditanya bukanlah “Adakah andaseorang yang kreatif?” tetapi sebenarnya “Bagaimanakah (dari sudutmana) anda kreatif?”. Ada tujuh jenis kreativiti manusia yang lazimseperti kreativiti visual, kreativiti muzik, kreativiti percakapan,kreativiti bergaul dengan orang lain, kreativiti mengenali diri sendiri,kreativiti alam persekitaran, dan kreativiti gerak tubuh.
Multimedia?
Multimedia merujuk kepada penyepaduan (gabungan) beberapabentuk media seperti teks, bunyi, gambar, video, dan animasi bagimenghasilkan suatu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan multimediaberasal daripada dua perkataan Inggeris yang terbit dari duaperkataan iaitu Multi dan Media. Multi bermaksud bermacam-macamatau berjenis-jenis manakala Media pula merupakan alat-alat yangdigunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio,televisyen dan sebagainya yang berperanan menyebarkan maklumat
serta berita kepada orang ramai.
Multimedia Dan Animasi
Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yangmampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah persembahanataupun program multimedia. Animasi yang dahulu bermula sebagaisiri kartun hitam putih “Mickey Mouse” oleh Walt Disney, kini telah
8/8/2019 ANIMASI KREATIF
http://slidepdf.com/reader/full/animasi-kreatif 2/2
meluas digunakan terutama dalam projek komputer berasaskanmultimedia.