anatomi dan fisiologi

22
1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI Anatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ, struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara struktur tubuh badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia. Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organan seperti protein, lemak dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan. Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisme serta sistem urinari. 2.0 MATLAMAT Tugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui teori dan amali serta mengetahui dan menguasai kemahiran asas sukan atau permainan dengan baik. 1

Transcript of anatomi dan fisiologi

Page 1: anatomi dan fisiologi

1.0 PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI

Anatomi ialah kajian terhadap binaan tubuh badan, susunan organ-organ,

struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal

daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud

memotong. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan dan cara

struktur tubuh badan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan

tubuh badan. Tubuh badan terdiri daripada unsur-unsur dan sebatian-sebatian kimia.

Sebatian-sebatian kimia ini berasal dari bahan-bahan organan seperti protein, lemak

dan karbohidrat, dan bahan-bahan bukan organan.

Di samping itu, anatomi dan fisiologi meliputi sistem integumentari, sistem

rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem darah dan jantung, sistem

limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan

metabolisme serta sistem urinari.

2.0 MATLAMAT

Tugasan Anatomi dan Fisiologi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada

para pelatih lebih memahami struktur-struktur tubuh badan, fungsi-fungsinya melalui

teori dan amali serta mengetahui dan menguasai kemahiran asas sukan atau

permainan dengan baik.

1

Page 2: anatomi dan fisiologi

3.0 OBJEKTIF

Melalui tugasan Anatomi dan Fisiologi ini kita dapat:

1. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Anatomi dan Fisiologi.

2. Memupuk semangat patriotisme melalui permainan.

3. Mengetahui cara pengurusan dan pengelolaan sukan.

4. Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku

manusia dan prestasi sukan.

5. Mengetahui hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan.

6. Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan

prestasi sukan.

7. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan

kesihatan diri.

8. Memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan.

9. Memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan

risiko kecederaan sukan.

10.Memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.

4.0 PENGENALAN TULANG, SENDI DAN OTOT

2

Page 3: anatomi dan fisiologi

Terdapat banyak sistem di dalam tubuh badan kita. Antaranya, sistem rangka

yang terdiri daripada tulang, sendi dan otot merupakan sistem yang penting bagi tubuh

badan kita. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Iaitu tulang

berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral, menghasilkan sel

darah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman, menyokong postur badan

dan membantu pergerakan.

Manakala sendi merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan

tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada titik pertemuan

pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon. Sendi-

sendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki.

Apabila kita membuat suatu pergerakan, otak akan menghantar utusan kepada

otot, dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan bergerak

bersama dengan otot pada masa yang sama.

5.0 SEJARAH RINGKAS BOLA KERANJANG

3

Page 4: anatomi dan fisiologi

Permainan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan permainan kuno kaum

Indian di Mexico yang dikenali sebagai ‘pok-ta-pok’. Ianya dimainkan sebagai salah

satu upacara keagamaan. Dalam permainan ini para pemain cuba menolak bola getah

dengan siku ke dalam gelung besi yang dipasang pada dinding kuil. Sesungguhnya,

peraturan ‘pok-ta-pok’ ini adalah sangat kejam. Pemain pasukan yang kalah akan

dikorbankan untuk upacara pemujaan

Permainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield,

Massachusetts, Amerika Syarikat. Idea permainan bola keranjang diperkenalkan oleh

jurulatih pendidikan jasmani bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini

asalnya dikenali sebagai ‘Bola Naismith’. James Naismith telah diarahkan untuk

mencipta sejenis permainan yang boleh dimainkan dalam musim sejuk. Beliau telah

memutuskan untuk menggunakan bola yang lebih besar dan ringan supaya mudah

dikawal dengan tangan. Keduanya, oleh kerana kawasan yang kecil dan terhad, pemain

tidak dibenarkan berlari dengan bola, tetapi ia harus melontar bola. Akhir sekali, pemain

tidak dibenarkan menghalang lawan dengan kaki, menolak, memegang atau

menjatuhkan lawan. Sasaran yang digunakan untuk melontar bola merupakan sebuah

bakul yang diletakkan di tempat yang tinggi berukuran 3 meter dari aras gelanggang.

Pada asalnya permainan bola keranjang dimainkan berasaskan 13 peraturan.

4

Page 5: anatomi dan fisiologi

Rajah 3. James Naismith

Tujuan utama permainan ini ialah melontar bola ke dalam bakul lawan. Pasukan

yang banyak menjaringkan gol dikira menang. Pada peringkat awal permainan ini

menggunakan bakul buah-buahan. Kemudian diubah kepada keranjang jaring dawai.

Pada tahun 1906, gelung besi pula telah digunakan. Ini diikuti pula dengan penggunaan

papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola. Bentuk papan ini sering

berubah sehinggalah ke bentuk sekarang. Pada mulanya, permainan ini dijalankan

dengan satu pasukan hanya mengandungi tujuh pemain sahaja. Ia kemudian ditambah

menjadi sembilan orang. Bagaimanapun, bilangan ini dikurangkan kembali kepada

lapan orang dan akhirnya menjadi lima orang seperti yang ada sekarang. Masa

permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satunya mengandungi 15

minit.

6.0 PERMAINAN ANTARABANGSA

Lama-kelamaan, bola keranjang telah berupaya disebarkan ke negara seperti

Eropah, Rusia dan juga Asia. Undang-undang permainan ini pula sentiasa dikemaskini

dari masa ke masa. Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan Persatuan

5

Page 6: anatomi dan fisiologi

Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932. Ibu

pejabatnya di Munich, Jerman. Pada awalnya, pertubuhan ini hanya dianggotai oleh

lapan buah negara sahaja, tetapi kini ia meningkat kepada 160 buah negara. Pada

tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik di

Berlin, Jerman. Tahun pertama kemasukannya terdapat sebanyak 22 buah negara

telah mengambil bahagian. Dalam sukan Olimpik, Amerika Syarikat merupakan Negara

paling banyak memenangi pingat emas dalam permainan ini. Sementara itu bagi

wanita, ia mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976. Kejohanan

bola keranjang yang agak popular ialah seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika

Syarikat (NBA) dan Kejohanan Asia. Di samping itu, terdapat juga bola keranjang

profesional, khususnya di Amerika Syarikat di mana para pemain dibayar gaji secara

kontrak dan dibayar mengikut kepakaran dan kemahiran seseorang pemain tersebut.

Michael Jordon adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan

menerima bayaran yang paling tinggi.

7.0 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Kemasukan bola keranjang ke negara kita, Malaysia pula dipercayai bermula

pada awal abad ke 20. Ia dibawa oleh orang-orang Inggeris, tetapi tidak mendapat

sambutan yang menggalakkan. Perkembangan sukan ini agak memberangsangkan

6

Page 7: anatomi dan fisiologi

selepas perang dunia kedua. Ini kerana adanya sekolah-sekolah yang mula

memperkenalkan sukan bola keraanjang sebagai permainan utama mereka. Walau

bagaimanapun, mengikut sumber lain, pada sekitar tahun 1920-an, kebanyakan guru

sekolah Cina mendapat pendidikan dari negeri China. Semasa belajar mereka

diperkenalkan kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula

kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Sekitar penghujung tahun 1920-an,

sudah ada pertandingan liga bola keranjang di Malaysia. Pada awal tahun 60-an,

Persatuan bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan dan pertandingan

antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Selain

itu, terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, sekolah, persatuan dan

pertubuhan yang diadakan dari setahun ke setahun.

Di samping itu, Malaysia juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapa

kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia dan

Kejohanan Terbuka Malaysia. Malaysia juga sering memenangi pingat emas dalam

Sukan SEA. Dalam kejohanan Asia pula, Malaysia pernah beberapa kali menduduki

tempat keempat di belakang China, Korea Selatan dan Jepun.

8.0 OBJEKTIF KAJIAN ANATOMI PERMAINAN BOLA KERANJANG

Objektif tugasan ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti otot-otot yang terlibat.

2. Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat.

7

Page 8: anatomi dan fisiologi

3. Mengenalpasti sendi-sendi yang terlibat.

4. Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat.

5. Mengenalpasti mekanisme pergerakan.

9.0 TULANG

Kandungan Tulang

• Bahan Organik : sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein

glikosaminoglikin.

• Bahan Bukan Organik : garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium

fostat.

Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan

manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap.

Klasifikasi Tulang

Terbahagi kepada 2 bahagian :

1. Rangka paksi ( Axial skeleton ) – 80 tulang

2. Rangka anggota ( Appendicular skeleton ) -126 tulang

• Axial : sokongan, tengkorak, vertebra, sternum, tulang rusuk, lebih teguh,

medial longitudinal axis

• Appendicular : rangka untuk pergerakan, tangan, kaki, pelvic girdles,

kecederaan boleh berlaku dan lebih serious.

Jenis-jenis Tulang

8

Page 9: anatomi dan fisiologi

• Tulang panjang : tangan, peha, betis

• Tulang pendek : pergelangan tangan atau kaki

• Tulang tak sekata : sakrum, vertebra, koksil

• Tulang pipi/leper : skapula, strenum

• Tulang bulat : patela

Tulang-tulang kita digabung oleh ligamen-ligamen. Iaitu tisu-tisu berfiber yang

menyambung dua atau lebih tulang. Tisu ini adalah liat dan kuat dan berwarna putih

atau kuning pucat. Manakala tendon merupakan tisu penyambung yang menyambung

otot ke tulang. Ia adalah jalur tisu yang kuat dan berwarna putih. Tendon bersifat tidak

kenyal tetapi tidak boleh melentur.

Selain itu, sendi juga merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan

dengan tulang. Struktur sendi dipengerahui rapat oleh hubungan pada titik pertemuan

pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligamen dan tendon. Oleh

itu, apabila kita membuat suatu pergerakan, banyak struktur tubuh badan kita akan

terlibat dan berfungsi secara tidak perasan.

10.0 SENDI

Sendi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu diathroses atau gerakan bebas

( pergerakan pelbagai arah ), amphiathroses atau gerakan terhad ( pergerakan yang

sedikit ) dan synarthroses atau tidak bergerak ( dua tulang akan rapat tetapi tiada

pergerakan ).

9

Page 10: anatomi dan fisiologi

Jenis-jenis sendi

• Sendi paksi – sendi antara Atlas

• Sendi lengsung – sendi di bahu ( skapula, humerus )

• Sendi engsel – sendi siku ( humerus, ulna )

• Sendi elipsoidal – sendi pergelangan tangan ( radiokarpus )

• Sendi pelana – sendi di tapak tangan dan metakarpus ibu jari )

• Sendi melongsor – sendi pergelangan tangan

Gerakan sendi

• Sendi lesung ( bahu ) – ekstensi, fleksi, rotasi, abduksi, aduksi

• Sendi engsel ( siku ) – ekstensi, fleksi

• Sendi elipsoid ( radiokarpus ) – fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi

• Sendi pelana ( tapak tangan, jari ) – fleksi, ekstensi, abduksi, aduksi

• Sendi melongsor ( karpus ) – hanya melongsor, tidak mempunyai paksi

• Sendi paksi – pergerakan putaran seperti roda pada paksi ( atlas dengan aksis )

11.0 OTOT

Sebahagian besar dari berat tubuh manusia terdiri daripada tisu otot. Tisu otot

boleh dibahagikan kepada beberapa jenis :

1. Otot jantung / kardiak ( cardiac muscle )

Otot ini merupakan sejenis otot bebas istimewa yang boleh bertindak tanpa

rangsangan saraf, tetapi kuncupannya boleh dicepatkan atau dilambatkan

10

Page 11: anatomi dan fisiologi

dengan kuasa sistem saraf otonomi. Fungsi utamanya adalah untuk mengepam

darah ke keseluruhan badan.

2. Otot licin ( smooth muscle )

Otot licin juga dikenali sebagai otot perut, otot luarkawal atau otot tanpa jalur. Ia

hanya terdapat pada dinding saluran pencernaan,saluran darah dan juga

kelopak mata. Tindakan otot jenis ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf

Otonomi dan gerakannya tidak dapat dikawal dengan kemahuan diri kita.

3. Otot rangka ( skeletal muscle )

Otot rangka juga dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Ia membaluti

keseluruhan sistem rangka tubuh dan berfungsi dalam pergerakan rangka

badan. Tindakan otot ini bergantung kepada kawalan Sistem Saraf Pusat dan

gerakannya boleh dikawal dengan kemahuan diri kita.

Klasifikasi otot

• Fleksor

• Ektensor

• Abduktor

• Adduktor

• Retraktor

• Protaktor

11

Page 12: anatomi dan fisiologi

Jenis kontraksi

• Isometrik – pengecutan otot tanpa melibatkan sendi tidak ada pergerakan.

• Isotonik – melibatkan pergerakan otot anggota badan, 2 jenis konsentrik ( otot

pendek bila gerakan halang ) dan esentrik ( otot memanjang ).

• Isokinetik – pengecutan otot melibatkan bantuan alatan. Otot-otot sentiasa dalam

keadaan regang.

12.0 SATAH

12

Page 13: anatomi dan fisiologi

3 demensional planes and axis

Jenis satah

Jenis satah yang telah digunakan dalam pergerakan menjaring bola keranjang

ialah jenis satah frontal. Iaitu aksi ekstensi-hyperekstensi-fleksi digunakan apabila

menjaring bola keranjang. Aksi gerakan ekstensi dan fleksi terlibat dalam pergerakan

menjaring bola keranjang kerana terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke

belakang dan ke hadapan semula iaitu apabila pergelangan tangan bergerak untuk

menjaring bola.

Apabila menjaring bola, bahagian siku ke bahagian tapak tangan berada pada

satah frontal. Manakala bahagian axis terletak pada bahagian siku apabila menjaring

13

Page 14: anatomi dan fisiologi

bola dalam keadaan lurus dari bahagian belakang ke hadapan. Tangan dibengkok ke

arah badan dan ditolak ke hadapan apabila menjaring bola keranjang.

• Otot-otot utama yang terlibat

14

Gambar rajah pandangan hadapan tangan

Page 15: anatomi dan fisiologi

Gambar rajah di atas menunjukkan otot-otot utama yang digunakan dalam

pergerakan menjaring bola keranjang. Antaranya otot-otot yang terlibat ialah Trapezius,

Deltoid, Subscapularis, Coracobrachialis, Medial Border of scapula, Short head of

biceps brachii, Long head of biceps brachii dan Brachialis.

Dari bahagian siku ke tapak tangan, otot-otot yang terlibat ialah Suprinator,

Prenator teres, Brachioradialis, Flexo carpi radialis, Extensor carpi, Radialis longus,

Palmaris longus, Flexo carpi ulnaris, Flexor digitorum superficialis, Pronator quadrates

dan Flexor retinaculum.

• Tulang-tulang yang terlibat

15

Gambar rajah pandangan belakang tangan

Page 16: anatomi dan fisiologi

Tapak tangan Humerus Ulna

Radius skapula

Tulang-tulang utama yang digunakan dalam pergerakan menjaring bola

keranjang ialah skapula, humerus, radius, ulna, karpus, metacarpus, dan falanks.

16

Page 17: anatomi dan fisiologi

• Sendi-sendi yang terlibat

1 2

Sendi lesung sendi engsel (hinge joint)

3 4

Sendi paksi (pivot joint) sendi gelungsur

5 6

Sendi kondil (Condyloid joint) sendi pelana

13.0 CARA PERGERAKAN DIHASILKAN

17

Page 18: anatomi dan fisiologi

• Jaringan statik

Rajah jaringan statik

Posisi pertama

Jika bermain dengan tangan kanan, kaki dan bahu kanan perlu mengarah ke

sasaran gol. Kemudian, arahkan siku tangan yang menolak bola ke arah gol.

Mengambil bola dengan menggunakan jari dan mempunyai sedikit ruang di antara bola

dengan tapak tangan. Selepas itu, membawa bola turun ke paras dada dengan

bengkokkan kedua belah lutut. Sekarang tangan dan kaki berada dalam keadaan fleksi

dan otot bisep mengecut manakala otot trisep mengendur.

Posisi kedua

18

Page 19: anatomi dan fisiologi

Tinggikan badan semula dan mulakan pergerakan bahagian kaki, diikuti oleh

badan, lengan, tangan dan akhirnya jari. Gunakan Ikut lajak pergerakan sehingga tumit

tergantung di udara atau kedua belah kaki melonjak ke atas. Pada masa ini, tangan dan

kaki berada dalam keadaan ekstensi dan otot bisep mengendur manakala otot trisep

mengecut.

Posisi ketiga

Apabila menolak bola ke arah gol, pergelangan tangan akan bertindak secara

hyperextension iaitu bergerak ke arah badan kita dan seterusnya bertindak secara fleksi

19

Page 20: anatomi dan fisiologi

untuk menolak bola dan akhirnya bertindak secara ekstensi. Bola yang dilontar perlu

dilepaskan dari tangan sebelum lonjakan mencapai ketinggian sebenar.

Kemahiran asas Prinsip sains Huraian

Menjaring Pemindahan daya Membuat lonjakan untuk

menjaringkan gol.

Daya lonjakan dipindah

dari tolakan kaki, lenturan

badan,lengan,pergelangan

tangan dan akhir sekali

jari.

REFLEKSI

20

Page 21: anatomi dan fisiologi

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran

yang telah saya perolehi. Walaupun pada mulanya kursus Anatomi dan Fisiologi ini

agak sukar untuk difahami bagi saya. Namun, setelah menyiapkan tugasan ini dan

mendengar pembentangan serta penerangan semasa kuliah yang diberikan oleh

pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani, saya mendapati tugasan ini

tidaklah begitu sukar. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing saya En. Alyes yang sentiasa membimbing saya apabila saya menghadapi

masalah berkenaan dengan isi kandungan kursus ini.

Setelah mendapat tugasan ini, saya segera mendapatkan maklumat dan bahan-

bahan tugasan dari Internet, dan pusat sumber. Saya juga berkongsi maklumat dengan

rakan-rakan yang lain dan saling bertukar pendapat. Terlebih dahulu saya memahami

apa yang perlu dilakukan dan membaca segala maklumat yang dicari. Saya juga telah

berjumpa dengan senior saya untuk bertanyakan pendapat dan tunjuk ajar mereka

serta bertanyakan apa yang perlu ditambah lagi dalam tugasan saya ini, kerana saya

ingin mendapatkan kepastian supaya tugasan yang saya siapkan ini lebih sempurna. Di

dalam proses mencari bahan tugasan ini, saya telah dapat mengukuhkan pengetahuan

saya dalam subjek ini bagi memantapkan pengajaran saya pada masa hadapan.

Banyak ilmu pengetahuan yang tidak terkira telah saya perolehi sepanjang

menyiapkan tugasan ini, saya akan menghargainya dan menerapkannya dalam

profesion saya. Untuk ini, saya akan menggunakan ilmu yang saya dapat sepanjang

kursus ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya kelak. Diharap juga saya dapat

menjadi seorang guru yang berjaya.

BIBLIOGRAFI

21

Page 22: anatomi dan fisiologi

• BUKU

1. Donna Van Wynsherghe, Charles R. Noback & Robert Carola (1995), Human

Anatomy and Physiology Third Edition, Mc Graw, Hill, Inc.

2. Elaine N.Marieb (1995) Human Anatomy and Physiology Third Edition, The

Benjamin Cummings Publishing Company, Inc.

3. Anne Waugh, Katheleon J.W. Wilson OBE (1996), Anatomy and Physiology in

Health and Illness Eight Edition, Churchill Civing Stone Medical Division of

Pearson Professional Ltd.

4. Bryan Derrickson & Gerald J. Tortora (2006). Principles of Anatomy and

Physiology Eleventh Edition, John Wiley & Sons, Inc.

• INTERNET

1. Human Muscular System Picture (2009)

http://www.innerbody.com/image/musbov.html.

Diakses pada 18.9.2009

2. MUSCULAR SYSTEM (2009)

http://en.wikipedia.org/wiki/Muscular_system.

Diakses pada 18.9.2009

3. THE MUSCULAR SYSTEM (1996) http://library.thinkquest.org/2935/Natures_Best/Nat_Best_Low_Level/Muscular_page.L.html.

Diakses pada 18.9.2009

22