analisis-statistika-multivariate

15
saya jawab dan respons. Mohon maaf ya… Kali ini sekadar berkongsi tentang reka bentuk kajian yang agak jarang dipilih oleh para pengkaji iaitu tentang reka bentuk kajian Eksperimental. Sebenarnya ada beberapa situasi dan keadaan yang memerlukan kajian eksperimental dijalankan dan bukanlah kajian tinjauan. Namun, ia bukanlah suatu kajian yang mudah dilakukan walaupun jumlah sampelnya lebih sedikit berbanding dengan kajian tinjauan. Kajian eksperimental ini merupakan kaedah terkawal yang memerlukan penelitian dan juga kecekapan pengkaji itu sendiri dalam mengendalikan kajian yang agak complicated. Apa yang membezakannya, kita perlu mengawal pemboleh ubah kajian. Namun, dalam bidang Sains Sosial, kebanyakan ahli penyelidik kerap menggunakan kajian kuasi-eksperimental berbanding dengan kajian eksperimental benar (true experimental). Saya pun sebenarnya tidak pernah melakukan kajian eksperimental benar. Mungkin masih belum mahir dan berkepakaran dalam melaksanakan kajian sebegini. Namun, kali ini saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dan maklumat mengenai kajian kuasi-eksperimental yang mana sering digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Bagi saya kajian kuasi-eksperimental ini lebih mudah diuruskan dan dilaksanakan berbanding kajian eksperimental benar kerana kumpulan-kumpulan responden kajian tidak semestinya sama jumlahnya. Dalam kajian ini juga, reka bentuk pre & post design yang paling kerap dan biasa dengan saya. Dua reka bentuk lain iaitu regresi tidak bersambungan dan reka bentuk siri masa, sememangnya saya tidak mempunyai kepakaran tersebut dan hanya mendapat maklumat melalui pembacaan saya terhadap buku-buku metode sahaja.

description

untuk rujukan semua pelajar

Transcript of analisis-statistika-multivariate

saya jawab dan respons. Mohon maaf ya

Kali ini sekadar berkongsi tentang reka bentuk kajian yang agak jarang dipilih oleh para pengkaji iaitu tentang reka bentuk kajian Eksperimental. Sebenarnya ada beberapa situasi dan keadaan yang memerlukan kajian eksperimental dijalankan dan bukanlah kajian tinjauan. Namun, ia bukanlah suatu kajian yang mudah dilakukan walaupun jumlah sampelnya lebih sedikit berbanding dengan kajian tinjauan. Kajian eksperimental ini merupakan kaedah terkawal yang memerlukan penelitian dan juga kecekapan pengkaji itu sendiri dalam mengendalikan kajian yang agak complicated. Apa yang membezakannya, kita perlu mengawal pemboleh ubah kajian.Namun, dalam bidang Sains Sosial, kebanyakan ahli penyelidik kerap menggunakan kajian kuasi-eksperimental berbanding dengan kajian eksperimental benar (true experimental). Saya pun sebenarnya tidak pernah melakukan kajian eksperimental benar. Mungkin masih belum mahir dan berkepakaran dalam melaksanakan kajian sebegini. Namun, kali ini saya hanya ingin berkongsi sedikit ilmu dan maklumat mengenai kajian kuasi-eksperimental yang mana sering digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Bagi saya kajian kuasi-eksperimental ini lebih mudah diuruskan dan dilaksanakan berbanding kajian eksperimental benar kerana kumpulan-kumpulan responden kajian tidak semestinya sama jumlahnya. Dalam kajian ini juga, reka bentuk pre & post design yang paling kerap dan biasa dengan saya. Dua reka bentuk lain iaitu regresi tidak bersambungan dan reka bentuk siri masa, sememangnya saya tidak mempunyai kepakaran tersebut dan hanya mendapat maklumat melalui pembacaan saya terhadap buku-buku metode sahaja.Dalam reka bentuk ujian pre dan post ini, terdapat dua kumpulan kajian yang dinamakan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ciri-ciri yang dipilih oleh kedua-dua kumpulan ini seharusnya hampir sama. Jangan bimbang kerana bagi kajian kuasi-eksperimental ini tidak memerlukan pensampelan secara rawak. Oleh itu, jangan terikat dengan ujian parametrik kerana reka bentuk kajian ini ada ujian yang tersendiri yang boleh kita gunakan seperti ujian ANCOVA.Reka Bentuk Kajian

Sebenarnya kenapa kaedah penyelidikan ini sangat penting kepada mereka yang bergelar penyelidik, pengkaji, pelajar yang ingin menulis tesis dan juga pelajar yang mengambil kelas Metodologi. Kenapa dalam bidang penulisan akademik, memahami mengenai kaedah penyelidikan ini sangat dititik beratkan. Walaupun semua sudah sedia maklum mengenai kepentingan memahami dan menguasai kaedah penyelidikan atau research methods ini namun ramai lagi yang masih keliru tentang segala-galanya.Di saat-saat penghujung semester akan berakhir ini, walaupun kelas kuliah dan tutorial sudah berakhir, di saat para pelajar mengosongkan fakulti dan jabatan dalam tempoh study week, namun tugas sebagai seorang pensyarah masih belum terhenti. Apatah lagi di saat cuti sekolah terasa rasa bersalah kerana tidak dapat bercuti panjang bersama keluarga. Kenapa? Kerana masih ada tugas yang belum selesai. Tugas menyelia tesis pelajar dan juga menjadi examiner demi membaca tesis pelajar yang banyak. Nampak macam kerja senang dan mudah namun tidak semudah itu. Kadang-kadang sangat pening dengan tesis yang tidak difahami sendiri oleh pelajar yang menulisnya. Mungkin perlukan sedikit pencerahan apa sebenar yang mereka faham sehingga mereka keliru dengan apa yang mereka tulis. Antara persoalan lain ialah kalau mereka tidak faham kenapa mereka tidak bertanya. Masalah tentang kaedah penyelidikan ini macam seolah-olah tiada penghujung. Setiap pelajar menghadapi masalah yang sama. Atau mungkin pensyarahnya yang tidak pandai mengajar kot :(Antara isu kaedah penyelidikan yang kerap tidak difahami oleh pelajar ialah REKA BENTUK KAJIAN. Keliru!!! Sebagai contohnya reka bentuk kajian tinjauan tetapi pada masa yang sama tidak memahami kaedah pengumpulan data yang bagaimana sepatutnya sesuai dengan kaedah tinjauan. Sebagai contohnya menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, kaedah pengumpulan data melalui borang soal selidik dan pemerhatian. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat kerana pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data melalui kajian kualitatif.Ada juga kekeliruan tentang metode temubual. Sebenarnya temu bual mendalam merupakan kaedah pengumpulan data dalam kajian lapangan. Kajian lapangan ini mewakili kajian kualitatif bukan kajian kuantitatif. Walaubagaimanapun, ada juga kaedah temu bual dalam kajian kuantitatif iaitu temu bual tinjauan. Temu bual tinjauan ini boleh dijalankan dengan mengambil kira beberapa aspek seperti satu set soalan telah disediakan terlebih dahulu sebelum temu bual berlangsung, soalan yang akan dikemukakan kepada responden akan dicatatkan pada borang soal selidik dan juga unsur perbincangan berkaitan dengan isu amat terhad kepada soalan-soalan yang ada dalam soal selidik sahaja. Bila perlunya penyelidik menggunakan kaedah temu bual tinjauan ini? Ketika berhadapan dengan responden yang mengalami kesukaran untuk menjawab sendiri borang soal selidik tersebut. Sebagai contohnya, responden kajian kita adalah masyarakat Orang Asli, sudah tentu memerlukan bantuan penyelidik ataupun enumerator untuk melengkapi soal selidik tersebut. Begitu juga jika responden kajian kita adalah pesakit kritikal di hospital.Jadi, temu bual tinjauan sangat berbeza dengan temu bual lapangan atau juga dikenali sebagai temu bual mendalam. Temu bual mendalam merupakan kaedah pengumpulan data kajian kualitatif yang memerlukan perbincangan yang mendalam tentang sesuatu isu. Terdapat juga pelajar yang keliru tentang temu bual sebagai kaedah mendapatkan data yang mana akan menjawab objektif kajian serta temu bual sebagai sumber rujukan teks. Oleh itu, kerap berlaku kesilapan bila dinyatakan temu bual dalam metodologi kajian tetapi tidak ada data, tidak hasil kajian malah tidak ada objektif kajian yang menunjukkan tentang kaedah temu bual tersebut.Sebenarnya memahami kaedah penyelidikan perlukan pemahaman secara menyeluruh bukan sekadar serpihan.Penentuan Saiz Sampel

Di antara aspek yang perlu kita ambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah mengenai saiz sampel yang akan kita gunakan. Banyak persoalan yang timbul; berapa banyak sampel yang akan kita guna, kena guna saiz sampel yang besar kah untuk dapatkan signifikan, bagaimana nak tentukan saiz sampel, cara apa dan juga betulkah sampel yang kita gunakan itu menepati ciri-ciri populasi kajian.Jika kita menggunakan kajian kuantitatif, saiz sampel boleh ditentukan dengan menggunakan prosedur pengiraan yang tertentudengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan dan juga aras keyakinandan selalunya kita memilih menggunakan ralat persampelan 5%, (significance level()- .05) dengan aras keyakinan (level of confidence) 95%.Sebagai seorang penyelidik, kita sendiri yang perlu menetapkan aras signifikan kajian kita untuk kita uji hipotesis kajian kita. Aras signifikan yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan Sains Sosial ialah p 0,05. Nilai ini nantinya akan mempengaruhi pilihan uji Post Hoc apa yang digunakan. Apabila Sig. >0,05 maka uji Post Hoc menggunakan Uji Benferroni, sedangkan jika 0,05 sehingga uji Post Hoc yang digunakan nantinya adalah Benferroni.

Tabel di atas menunjukkan nilai uji Manova. Seperti biasanya pada uji F, anda akan disuguhkan dengan beberapa nilai: Corrected Model, Intercept, Pekerjaan, Error dan Total. Dalam bahasan kali ini, kami menganggap semua pembaca telah membaca artikel-artikel sebelumnya, sehingga memahami maksud dari nilai-nilai tersebut.

Langsung saja kita lihat baris "Pekerjaan" pada tabel di atas. Pada baris tersebut ada 3 baris lagi, yaitu "Matematika", "Fisika" dan "Biologi". Maksud dari hal tersebut adalah tiap baris menunjukkan hasil uji pengaruh satu variabel independen yaitu pekerjaan terhadap masing-masing variabel dependen. Dari hasil di atas, lihat nilai pada kolom "Sig.". Dikatakan Signifikan apabila nilai Sig. < 0,05. Contoh di atas ketiga nilai menunjukkan 0,000 di mana 0,05 pada semua variabel, maka masing-masing pengaruh variabel independen terhadap variabel dependen menggunakan uji Benferroni.Dikatakan ada perbedaan variabel dependen yaitu nilai ujian berdasarkan variabel independen yaitu Pekerjaan apabila memiliki tanda bintang. dalam Contoh di atas dapat disimpulkan sebagai berikut: Untuk perbedaan nilai ujian matematika berdasarkan pekerjaan, yang memiliki perbedaan adalah Tani dengan Buruh dan Tani dengan PNS. Untuk perbedaan nilai ujian fisika berdasarkan pekerjaan, yang memiliki perbedaan adalah Tani dengan Buruh dan Tani dengan PNS. Untuk perbedaan nilai ujian biologi berdasarkan pekerjaan, yang memiliki perbedaan adalah Tani dengan Buruh, Tani dengan PNS dan Buruh dengan PNS.

Demikian bahasan singkat tentang Uji Manova dalam SPSS, semoga bermanfaat.

Artikel selanjutnya adalah "Uji Mancova dalam SPSS."