ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

11
ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS MENGGUNAKAN PERMODELAN 1-DIMENSI XPSWMM Mohd Ekhwan Hj Toriman 1 , Mazlin Mokhtar 2 & Muhamad Barzani Gazim 3 1 Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, FSSK 2 Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari, UKM 3 Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, FST Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Pengunaan sungai sebagai sumber bagi penjanaan hidro eletrik merupakan alternatif terbaik tenaga masa hadapan. Namun begitu, isipadu luahan yang dipesongkan memerlukan anggaran nilai yang jitu bagi memenuhi keperluan ”environmental flow”. Kertas ini membincangkan permodelan Sungai Pelus di Perak menggunakan perisian 1- dimensi XP-SWMM kesan daripada cadangan pembinaan hidro eletrik mini di bahagian pertemuan Sungai Pelus-Yum. Luahan sungai dianggarkan menggunakan rumus Manning manakala data ukur sungai diperolehi melalui kerja ukur yang dijalankan pada Februari-Julai 2006. Hasil kajian mendapati rekod cerapan luahan harian Sungai Pelus ialah 66.7 m 3 /s (maksimum), 11.391 m 3 /s (purata) dan 0.6 m 3 /s (minimum). Simulasi luahan rendah berdasarkan model 7Q10 mendapati secara purata, sekali dalam tempoh 50 tahun, nilai terendah 7-hari aliran air sungai ialah 0.763 m 3 /s. Keupayaan XP-SWMM bagi permodelan 1-dimensi juga digunakan bagi menganggarkan paras air minimum bagi ± 6-km segmen aliran Sungai Pelus yang akan dipesongkan. Hasil simulasi menunjukkan aras air yang berbeza diantara minimum 0.36m sehingga maksimum 1.41m selepas pengalihan dilaksanakan. Maklumat ini kemudiannya akan diaplikasikan di dalam model “environmental flow” bagi menentukan aras air yang boleh diterima pada luahan air rendah. PENGENALAN Pembangunan pesat di Malaysia telah mendorong kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan lebih banyak sumber tenaga untuk kegunaan masa hadapan. Alternatif tenaga menggunakan janakuasa hidro eletrik secara mini atau utama merupakan pendekatan terbaik bagi membekalkan kuasa kepada pengguna. Ini bermakna, lebih banyak sungai akan dieksploitasi bagi tujuan penjanaan eletrik. Asas kepada perancangan di peringkat sebelum, semasa dan selepas projek memerlukan pendekatan konstruktif bagi memastikan sumber tenaga diperolehi mengikut masa yang diramalkan. Justeru itu, permodelan sungai merupakan asas kepada peramalan maklumat yang boleh memberikan input kepada rekabentuk, jumlah tenaga, jangka masa operasi, implikasi alam sekitar dan perilaku luahan sesuatu sungai. Dalam konteks ini, kajian dan siasatan yang terperinci perlu dilaksanakan sebelum menjalankan kerja- kerja mengubahsuai profil sungai. Maklumat dan kerja sungai penting kerana sebarang campur tangan manusia di dalam bahagian sungai akan meninggalkan kesan (baik atau buruk) yang sangat susah hendak diramal terutama di segi kuantitatif (contohnya: apa akan berlaku sekiranya sungai diluruskan atau dipesongkan). Melalui permodelan dapat membantu menjana maklumat yang diperlukan bagi meramal tindak balas sungai terhadap pengubahsuaian yang dijalankan.

Transcript of ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Page 1: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS MENGGUNAKAN PERMODELAN 1-DIMENSI XPSWMM

Mohd Ekhwan Hj Toriman1, Mazlin Mokhtar2 & Muhamad Barzani Gazim3

1Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, FSSK2Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari, UKM

3Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, FSTUniversiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Pengunaan sungai sebagai sumber bagi penjanaan hidro eletrik merupakan alternatif terbaik tenaga masa hadapan. Namun begitu, isipadu luahan yang dipesongkan memerlukan anggaran nilai yang jitu bagi memenuhi keperluan ”environmental flow”. Kertas ini membincangkan permodelan Sungai Pelus di Perak menggunakan perisian 1-dimensi XP-SWMM kesan daripada cadangan pembinaan hidro eletrik mini di bahagian pertemuan Sungai Pelus-Yum. Luahan sungai dianggarkan menggunakan rumus Manning manakala data ukur sungai diperolehi melalui kerja ukur yang dijalankan pada Februari-Julai 2006. Hasil kajian mendapati rekod cerapan luahan harian Sungai Pelus ialah 66.7 m3/s (maksimum), 11.391 m3/s (purata) dan 0.6 m3/s (minimum). Simulasi luahan rendah berdasarkan model 7Q10 mendapati secara purata, sekali dalam tempoh 50 tahun, nilai terendah 7-hari aliran air sungai ialah 0.763 m3/s. Keupayaan XP-SWMM bagi permodelan 1-dimensi juga digunakan bagi menganggarkan paras air minimum bagi ± 6-km segmen aliran Sungai Pelus yang akan dipesongkan. Hasil simulasi menunjukkan aras air yang berbeza diantara minimum 0.36m sehingga maksimum 1.41m selepas pengalihan dilaksanakan. Maklumat ini kemudiannya akan diaplikasikan di dalam model “environmental flow” bagi menentukan aras air yang boleh diterima pada luahan air rendah.

PENGENALAN

Pembangunan pesat di Malaysia telah mendorong kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan lebih banyak sumber tenaga untuk kegunaan masa hadapan. Alternatif tenaga menggunakan janakuasa hidro eletrik secara mini atau utama merupakan pendekatan terbaik bagi membekalkan kuasa kepada pengguna. Ini bermakna, lebih banyak sungai akan dieksploitasi bagi tujuan penjanaan eletrik. Asas kepada perancangan di peringkat sebelum, semasa dan selepas projek memerlukan pendekatan konstruktif bagi memastikan sumber tenaga diperolehi mengikut masa yang diramalkan. Justeru itu, permodelan sungai merupakan asas kepada peramalan maklumat yang boleh memberikan input kepada rekabentuk, jumlah tenaga, jangka masa operasi, implikasi alam sekitar dan perilaku luahan sesuatu sungai. Dalam konteks ini, kajian dan siasatan yang terperinci perlu dilaksanakan sebelum menjalankan kerja-kerja mengubahsuai profil sungai. Maklumat dan kerja sungai penting kerana sebarang campur tangan manusia di dalam bahagian sungai akan meninggalkan kesan (baik atau buruk) yang sangat susah hendak diramal terutama di segi kuantitatif (contohnya: apa akan berlaku sekiranya sungai diluruskan atau dipesongkan). Melalui permodelan dapat membantu menjana maklumat yang diperlukan bagi meramal tindak balas sungai terhadap pengubahsuaian yang dijalankan.

Page 2: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

Kertas ini akan membincangkan permodelan 1-D sungai menggunakan XP-SWMM bagi meramal kesan pemesongan ke atas isipadu dan aras air sungai bagi tujuan penjanaan hidro mini Sungai Pelus, Perak. Bagi memastikan impak yang minimum, kadar pengalihan isipadu sungai menggunakan rujukan nilai luahan rendah (low flow) yang dikira menggunakan rumus 7Q10 (Jabatan Pengairan dan Saliran, 1998) serta di ekstrapolasikan di dalam permodelan luahan rendah.

RANGKA KONSEP

Di Malaysia, keseluruhan keupayaan tenaga eletrik yang boleh dijana adalah dianggarkan kira-kira 19.3 GW (2003). Nilai ini adalah peningkatan 23 peratus daripada 15.6 GW pada tahun 2002 (Suruhanjaya Tenaga 2006). Dari segi sumber tenaga, janakuasa termal (gas/ minyak dan arang batu) menyumbangkan 87 peratus dari keseluruhan sumber tenaga, manakala tenaga dari janakuasa hidro eletrik hanya menyumbangkan 13 peratus sahaja.

Dengan peningkatkan harga minyak dan gas di pasaran dunia, sumber eletrik melalui penjanaan hidro merupakan alternatif terbaik. Ianya tidak menyumbang kepada pencemaran walaupun menerima kritikan terhadap kos pembinaan empangan yang mahal disamping kesan persekitaran yang serius akibat pembinaan empangan yang besar. Bagi mengelakkan kesan persekitaran yang besar, kaedah penjanaan tenaga eletrik secara mini hidro merupakan kaedah popular bagi pembekal utiliti eletrik di negara ini.

Pengubahsuaian regim sungai (keluk luahan, halaju, ciri hidrograf dan kesan kepada hakisan dan enapan) bagi pembinaan terusan dan empangan memerlukan maklumat permodelan yang jitu bagi memastikan impak yang minimum. Oleh itu penggunaan model hidrodinamik bagi meramal perilaku hidrologi dan hidraulik sungai adalah diperlukan bagi memahami perlakuan aliran sungai itu sendiri. Perlu dinyatakan bahawa tidak semua masalah hidrologi dapat diselesaikan melalui permodelan matematik. Dalam keadaan tertentu di mana aliran sungai adalah rumit, model fizikal (scale model) pada skala tertentu terpaksa dibina. Sebagai contoh mudah, kadar alir di saliran terbuka boleh dilakukan menggunakan kaedah fizikal, iaitu penentuan halaju menggunakan meter alir pada titik kedalaman tertentu (Meidment, 1993). Eksesais ini melibatkan pengiraan halaju purata, menganggarkan keluasan dan mengira kadar alir.

Pengukuran keratan rentas sungai Pengukuran aras air semasa

2

Page 3: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

Bagaimanapun kaedah ini agak berbahaya terutama pada waktu banjir serta memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu aplikasi model matematik (1-D, 2-D dan 3-D) adalah alternatif terbaik. Kadar alir ditentukan melalui rumus Manning atau rumus St.Venant yang telah ditentu ukur mengikut ’time-area routing” dan ”fenite difference” berdasarkan rumus di bawah:

Q = 1

NAR S

2/3 1/2

………………….[1]

Di mana Q = Kadar alirN = Pekali ManningA = LuasR = Jejari hidraulik (A/P)P = Perimeter basahS = Kecerunan saluran

Q∂∂ X

∂∂

∂∂

∂∂

At o

vt

tv v

X G SO SF O ………………. [2]

Di mana ∂ = Kadar alirv = HalajuG = GravitiSo = Kecerunan saliranSF = Kehilangan geseran

Dalam kes permodelan sungai bagi tujuan pemesongan segmen sungai, input utama ialah peramalan perilaku luahan pada waktu luahan rendah/minimum (low flow scenario). Lazimnya, dua nilai utama akan digunakan, iaitu berdasarkan nilai cerapan (observation) dan penyelakuan (simulation). Di Malaysia, Hydrological Procedure No. 12 (HPI2) 'Magnitude and Frequency of Low Flow in Peninsular Malaysia' merupakan rangka tunjuk bagi menganggar nilai luahan rendah. Prosedur HP No. 12 menggunakan nilai MAM (Purata Minimum Tahunan) yang dibahagikan kepada empat wilayah utama (RC1, RC2, RC3 dan RC4) mengikut kala kembali antara 1 hingga 25 tahun. Rumus umum MAM yang digunakan ialah:

MAM = 1.675 x 10 -16 (AREA) 1.197 (MAR) 3.856 …………….[3]= 1.675 x 10-16 (471) 1.197 (2030) 3.856

= 1.50 m3/s (Bagi Contoh Sungai Yum di Perak).

3

Page 4: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

Kerangka permodelan sungai secara umum melibatkan proses di bawah (Rajah 1):

Reach 1

Reach 2

Reach 3 Reach 4

Reach 5 Reach 6

4 5 7’

4 5 6 ’O

100 40’

o

100 43’

o

N

NOTES:1. All measurement are in meter2. All height and depths are reduced to LSD (MSL)3. Hydrographic surveying was carried out following-IHO standard4. Hydrographic data potrays river morphology in the month of June 11,07’

Datum 05.0m

Depth level (m)

Dista nc e (m)

1 in 1 0 yea r floo d leve l(

QNo rm a l QBa nkfull QFlo o dS

N

Bankfull (1 .46m)

Normal (0.20m )

1.50.0 0.2 0.3 2.5 3.0 3.5 4.0 4.2 2.5

1.0 0.7 0.2 0.12 0.10 0.11 0.12 0.201.12

2.38 m sl)

Ve lo c ity 0 .59 3 m /s =

=

=

=

=0 .1 8 6 m 3 /s3 .67 7 m 3 /s6 .38 7 m 3 /s

Wa te r 0 .04o

RCS

Sg. Patin

CH 10387

7

Lim it o f surve y

Limit of survey

Limit of survey

Palm o il estate

0.68

SUNGAI PATIN HYDROGRAPHIC SURVEY Cross se c tion Plan

Sg. Se

petang

0.5 1.5

Ma nnin g ’s, = 0 .0 26 n

1.235.2

1.55.0

(0 4 5 6 .699 ”; 1 00 43 .41 6”)0 500

5.5 6.0

2.38 2.90

Palm o il estate

4

Kenal pasti sungai yang di model

Kumpul data berkaitan

Tetapkan sempadan sungai

Kenalpasti kedudukan anak

sungai

Peta topoKeratan rentas sungaiPelan lokasiPelan jajaran sungaiImej satelitImej Remote sensingData hidrologi Data cuaca

Masukkan keratan rentas sungai & keadaan sempadan

Penyelakuan/ simulasi

Page 5: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

-3

-2

-1

0

1

2

3

4

0.000 100.00 200.00 300.00 400.00 500.00 600.00 m

Monsoon Drainage (outlet) (6hrs-100 Yrs Rainfall ) simulation

Culvert from pond

Rajah 1: Carta alir utama permodelan sungaiKAWASAN KAJIAN DAN METODOLOGI

Skim Hydro eletrik Sungai Pelus yang dibina menggunakan konsep ”run-off water” terletak di bahagian hulu lembangan Sungai Perak. Lembangan ini berkongsi legeh dengan Sungai Piah dan mengalir ke Sungai Perak. Luas lembangan dianggarkan 170 km2. Purata bifurkasi bagi lembangan ini ialah 5.35 dengan sistem sungai yang pendek dan deras (Rajah 2). Unsur cuaca dinyatakan dalam Rajah 3. Secara umum, purata hujan tahunan di kawasan kajian ialah 2, 025.1 mm. Rekod jangka panjang menunjukkan rekod hujan maksimum telah dicatatkan pada tahun 2004 (> 2500 mm), manakala rekod hujan minimum ialah pada tahun 2002 (1350.1 mm). Suhu pula turun naik dalam julat 26.7oC (September) ke 29.9oC (April).

5

ANALISIS

Page 6: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

Rajah 2: Lembangan Sungai Pelus

0.0

500.0

1000.0

1500.0

2000.0

2500.0

3000.0

1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004

Year

To

tal r

ain

fall

(mm

)

Tren hujan tahunan

25.0

26.0

27.0

28.0

29.0

30.0

31.0

J F M A M J J A S O N D

Month

Tem

pera

ture

(deg

ree

cels

ius)

Mean Max Min

Tren Suhu bulanan

Rajah 3: Unsur cuaca di kawasan kajian

Perisian XP-SWMM V.10, aliran sungai secara1-D telah diguna bagi menyelesaikan nilai luahan rendah yang dibenarkan bagi tujuan pemesongan sebahagian luahan Sungai Pelus bagi tujuan penjanaan hidro eletrik bagi kawasan berkenaan. Perisian ini mengadaptasi rumus [1] bagi permodelan sungai sebagai fungsi kepada parameter hidraulik seperti (a) kedalaman sungai; (b) ukurlilit hidraulik, dan (c) halaju aliran air. Bagi memudahkan analisis penyelakuan/simulasi, nilai kekasaran dasar (bed resistance) telah digunakan sebagai fungsi kepada halaju aliran air berdasarkan kepada rumus di bawah:

n = aV b …………………. [3]

di mana n ialah nilai koefisien kekasaran Manning, a dan b ialah kekasaran yang telah dikalibrasi dan V ialah halaju aliran air. Kalibrasi bagi menentukan nilai luahan rendah yang boleh diterima telah dilakukan selama enam bulan (Febuari-Julai 2006). Input bagi permodelan sungai ialah hujan, keratan rentas sungai, aras limpahan dan maklumat luahan sungai pada aras rendah, normal dan tebing penuh. Kerja simulasi hanya ditumpukan kepada nilai luahan rendah dengan tujuan mengenal pasti aras yang ideal bagi memenuhi keperluan ”environmental flow”.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Model hidrologi-hidraulik bagi Sungai Pelus telah dibina menggunakan perisian XP-SWMM. Perisian ini memaparkan ciri hidro dinamik model secara 1-D dengan keupayaan mensimulasi luahan dua arah (unsteady flow). Nilai luahan bagi Sungai Pelus dalam jangka panjang ditunjukkan dalam Rajah 4. Rajah 5 merupakan nilai luahan (Q) yang dicerap bagi tempoh Febuari hingga Julai 2007, manakala perbezaan di antara aras kedalaman air diukur dan aras yang disimulasi bagi alur yang akan dipesongkan ditunjukkan dalam Rajah 6.

6

Page 7: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

0

10

20

30

40

50

60

70

80

6/14/1985 6/14/1988 6/14/1991 6/14/1994 6/14/1997

Daily Q

Q (c

umec

s)

Rajah 4: Luahan harian (Q) bagi Sungai Pelus

Berdasarkan data jangka panjang (1983-1994) yang dicerap di Sungai Pelus, nilai luahan harian maksimum ialah 66.7 m3/s. Purata bagi 12 tahun data luahan yang direkod ialah 11.391 m3/s manakala nilai minimum ialah 0.6 m3/s.

Multiple object with 15 min ra in calibrat ionFlow (m3/s)

17.2.06 12.3.06 22.4.06 16.5.06 21.6.06 16.7.06CH200FLOW To Ch650

2.00

4.00

6.00

8.00

0.002.2.06

Rajah 5: Luahan air dicerap (observed) untuk segmen alur yang akan dipesongkan

Cerapan bagi tempoh enam bulan (Febuari-Julai, 2006) menunjukkan julat luahan yang berbeza dari 7.638 m3/s ke 5.892 m3/s. Purata luahan yang dicatatkan bagi tempoh cerapan ialah 6.745 m3/s.

7

Page 8: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

Multiple object with 15 min rain calibrationRiver depth (m)

2.000 3.000 4.000 5.000 6.000 7.000CH200FLOW To Ch650

0.50

1.00

1.50

2.00

0.001.000

Observed Simulated

Rajah 6: Perbezaan antara aras kedalaman air dicerap dan aras air disimulasi

Berdasarkan Rajah 6, nilai dicerap dengan disimulasi tidak menunjukkan banyak perbezaan, Pada jarak ± 6 km alur sungai yang dipesongkan menunjukkan perubahan kedalaman dari hulu ke hilir ialah 0.99 m (1.52-0.53 kedalaman). Nilai ini boleh digunakan dalam menentukan aras air ideal bagi tujuan “environmental flow”.

Maklumat dari data yang dianalisis kemudiannya akan digunakan bagi membina (a) Nilai luahan minimum berdasarkan rumus [3] dan yang disimulasi, dan (b) penentuan aras air ideal selepas jangkaan 20 peratus (Tenaga National Berhad, Guideline on Hydropower Generation Project, 2000) luahan alir sungai akan dipesongkan bagi menjana 140 MW tenaga eletrik untuk Sungai Pelus. Turutan Rajah 7 dan 8 menunjukkan permodelan yang dihasilkan menggunakan XP-SWMM.

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

1.01 6 99.99

Recurrence interval(T)in years

Log Discharge

1.1 1.2 1.3 3 20 30 40 50 60 70 80 90

Rajah 7: Simulasi luahan rendah bagi Sungai Pelus

Dari Rajah 7, didapati secara purata, sekali dalam tempoh 50 tahun, nilai terendah 7-hari aliran air sungai ialah 0.763 m3/s. Ini bermakna proses mereka bentuk terusan dan pemesongan aliran sungai hendaklah mengambil kira nilai terendah ini agar dalam

8

Page 9: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

tempoh kemarau, isipadu air masih dapat menampung hidupan akuatik dan aktiviti domestik orang asli di situ (misalnya mandi dan membasuh pakaian).

Dalam rekabentuk yang dihasilkan oleh perunding kejuruteraan yang dilantik oleh TNB, pemesongan aliran yang diperlukan bagi menjana lebih kurang 140 MW eletrik ialah 20 peratus dari nilai purata luahan Sungai Pelus (6.745 m3/s). Ini bermakna 1.349 m3/s air yang dipesongkan ke sistem alur sebelum masuk ke “power house”. Baki purata 5.396 m3/s adalah air yang mengalir terus melalui sungai asal. Rajah 8 adalah simulasi yang dijalankan dengan andaian 20 peratus isipadu air dipesongkan dan kesannya kepada aras air minimum bagi 6-km segmen air yang dipesongkan.

Model yang dihasilkan daripada simulasi tersebut adalah seperti berikut:

7Q10 max 7Q10 min D20% max D20% min

1.36 m 0.27 m 1.41 m 0.36 m

IMPLIKASI KEPADA “ENVIRONMENTAL FLOW”

Dengan mengambil senario luahan air rendah, aras air minimum yang disimulasi melalui XP-SWMM mendapati pemesongan 20 peratus aliran air bagi tujuan penjanaan hidro eletrik mini tidak memberikan implikasi yang besar kepada perubahan hidrologi dan hidraulik Sungai Pelus. Ini kerana, aras air minimum adalah 0.09 m (0.36m – 0.27m) lebih tinggi berbanding nilai luahan air rendah yang dimodelkan.

-3

-2

-1

0

1

2

3

4

0.000 1.000 2.000 3.000 4.000 5.000 6.000 km

Sg Pelus minimum water level simulation

<Ente r>:cont inue <ESP> : STOP<- -> DIREC TION <SPAC E>: STEP

1. PR INTER 3: METAF ILE 4: CHANGE Y S CALE2. PL OTTER 4: DELETE ON/OF

Me ter

Kg. Kuala Legap

Kg. Keeb

Minim um water le ve l (7Q10)

Simulate d after dive rsion

Rajah 8: Simulasi aras air di segmen yang dipesongkan berdasarkan 7Q10 dan andaian selepas pemesongan

Hasil simulasi ini memberikan maklumat yang berguna di dalam penentuan “environmental flow” terutama di segmen sungai yang akan dipesongkan. Dalam konteks kajian ini, “environmental flow” ialah satu kaedah di mana kepentingan hidupan akuatik, flora dan fauna serta aktiviti manusia yang menggunakan sungai tersebut tidak

9

Page 10: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

terjejas dan dalam masa yang sama, penjanaan hidro eletrik masih boleh dijalankan walaupun pada musim kering. Kertas ini tidak akan memberikan penerangan terperinci mengenai tatacara pengiraan “environmental flow” dijalankan. Namun begitu, maklumat aras air berdasarkan sinario 7Q10 dan jangkaan 20 peratus pemesongan isipadu air menunjukkan aras air yang tinggal masih sesuai untuk aktiviti seharian.

Model ini hanya mengambil pertimbangan 20 peratus isipadu air yang akan dipesongkan. Sekiranya keperluan tenaga ingin dipertingkatkan dari 140 MW, model ini memerlukan pengesahan (varification) semula dengan mengambil kira jumlah isipadu yang diperlukan.

KESIMPULAN

Permodelan 1-D menggunakan perisian XP-SWMM memberikan input yang penting di dalam perancangan membina janakuasa berasaskan hidro eletrik. Sinario kritikal, terutamanya pada musim kemarau mestilah diambil kira dalam mereka bentuk pemesongan isipadu sungai. Dalam kajian ini, data cerapan dan simulasi yang diperolehi boleh diringkaskan seperti berikut:

[a] Cerapan rekod harian Q bagi 12 tahun:

Qmax = 66.7 m3/s. Qaverage = 11.391 m3/s Qmin = 0.6 m3/s.

[b] Cerapan rekod Q bagi 6 bulan (Febuari-Julai, 2006):

Qmax = 7.638 m3/sQaverage = 6.745 m3/sQmin = 5.892 m3/s

[c] Simulasi 7Q10 (1 to 50 return periods): 0.763 m3/s

[d] Simulasi 7Q10 dan 20 peratus isipadu air dipesongkan:

7Q10 max = 1.36 m7Q10 min = 0.27 mD20% max = 1.41 mD20% min = 0.36 m

Hasil daripada simulasi [d] mendapati jangkaan aras air minima selepas dipesongkan ialah 0.36 m berbanding hanya 0.26 m bagi 7Q10. Ini menunjukkan pemesongan 20 peratus isipadu air masih lagi diterima bagi penentuan “environmental flow” bagi Sungai Pelus.

Penghargaan

10

Page 11: ANALISIS HIDROLOGI-HIDRAULIK SUNGAI PELUS ...

Seminar Kebangsaan Geografi.UPSI. 2007, 8-9 September 2007

Ucapan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Research Development yang membenarkan penggunaan semula data dari projek Penilaian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) Sungai pelus dengan kolaborasi UKMPakarunding Sdn Bhd.

RUJUKAN

Maidment, D. Handbook of Hydrology. McGraw Hill, 1993.Hydrological Procedure No. 12 (HPI2) .Magnitude and Frequency of Low Flow in

Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Drainage Irrigation and Department Malaysia.

Jabatan Pengairan dan Saliran.1998. Prosedure on low flow calculation. Unpublished report.

Suruhanjaya Tenaga. 2006. Projeksi Guna Tenaga Malaysia. Malaysia: Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Tenaga National Berhad, Guideline on Hydropower Generation Project, 2000. Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad.

11