Analisa ekonomi terhadap amalan rasuah
-
Upload
north-south -
Category
Documents
-
view
85 -
download
0
Transcript of Analisa ekonomi terhadap amalan rasuah
Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah
By Mohd Sukri Othman, Norhayati Ngah and 3 others in PPG SMP OUM Ambilan Mac 2011 (Files) · Edit Doc
Menurut Moh. Samsudin, 2008 menyatakan bahawa banyak kajian yang dijalankan dan terbukti
bahawa kesan dan kos yang terpaksa ditanggung akibat jenayah rasuah, antaranya adalah:
2.1.1 Peningkatan harga
Kajian mendapati bahawa rasuah menyebabkan peningkatan barang dan perkhidmatan antara
10% hingga 20%. Kesan ini telah dijelaskan oleh Dieter Frisch, bekas Director-General Of
Development at the European Comminision di mana beliau menyatakan bahawa, “Corruption
raises the cost of goods and services; it increases the debt-servicing cost in the future; it leads to
lowing of standards, as sub-standards goods are provided and inappropriate or unnecessary
technology is acquired; and its result in project choices being made rewarding for the perperator of
corruption. Than on manpower, which would be more useful for development.
2.1.2 Pengaliran Keluar Modal
Wang yang diperolehi secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan
daripada dikesan. Keadaan ini mengakibatkan banyak wang mengalir keluar. P.E. Pederson dalam
artikelnya yang bertajuk “The Search for The Smoking Gun”. (Euromoney, 1996) menyatakan
bahawa sehingga USD30 bilion bantuan yang diberikan kepada Afrika berakhir dalam akaun-akaun
individu tertentu dalam Bank Swiss. Jumlah ini adalah dua kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) bagi negara-negara Ghana, Kenya dan Uganda disatukan.
2.1.3 Mempengaruhi Dasar Pembangunan
Akibat jenayah rasuah, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan akan lebih dipengaruhi oleh
keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan rakyat dan
keperluan masyarakat.
2.1.4 Mempengaruhi Kadar Pelaburan dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Jenayah rasuah juga memberi kesan kepada kadar pelaburan dan pertumbuhan KDNK. Paolo
Mauro, ahli ekonomi IMF mendapati bahawa “rasuah mempunyai kaitan negatif yang kuat dengan
pertumbuhan kadar pelaburan, tanpa mengira keadaan red tape yang dihadapi”. Model Mauro ini
menunjukkan bahawa satu sisihan piawai (standard deviation) pembaikan dalam “indeks rasuah”
akan menunjukkan kepada peningkatan sebanyak 2.9% KDNK.