AMLODIPINE - kck.usm.my · PDF file(iii) Interaksi dengan ubat-ubat lain, makanan, OTC, dan...
Transcript of AMLODIPINE - kck.usm.my · PDF file(iii) Interaksi dengan ubat-ubat lain, makanan, OTC, dan...
AMLODIPINE (i) Tujuan/ Kegunaan Ubat
Merawat tekanan darah tinggi
Angina (sakit dada) (ii) Cara Penggunaan Cara Pengambilan/ Administrasi
Ambil ubat mengikut arahan yang diberikan oleh doktor atau pegawai farmasi
Ubat ini boleh diambil bersama makanan atau semasa perut kosong
Jika terlupa mengambil ubat
Jika terlupa mengambil ubat atau terlepas dos, ambil ubat sebaik sahaja teringat. Jika telah hampir masa untuk dos seterusnya, tunggu dan ambil ubat untuk dos seterusnya sahaja, tinggalkan dos yang terlupa tadi.
Jangan ambil ubat berganda untuk menggantikan dos yang terlupa tadi.
Penyimpanan
Simpan ubat dalam suhu bilik, jauh dari haba, kelembapan dan sinaran terus matahari.
Jauhkan ubat dari kanak-kanak dan jangan berkongsi ubat ini dengan orang lain.
Minta nasihat daripada doktor atau pegawai farmasi tentang cara untuk melupuskan ubat ini.
Peringatan semasa menggunakan ubat
Pastikan anda maklumkan doktor jika anda mengandung, menyusu, atau anda menghidap penyakit hati, masalah jantung dan perut atau aortic stenosis.
Ubat ini mungkin menyebabkan anda berasa pening. Elakkan memandu, menggunakan mesin atau membuat sebarang perkara yang memerlukan penumpuan.
Jangan berhenti mengambil ubat ini secara tiba-tiba tanpa meminta nasihat doktor. Dos ubat mungkin perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum ubat boleh dihentikan. Berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.Peningkatan tekanan darah tidak menunjukkan sebarang tanda.
(iii) Interaksi dengan ubat-ubat lain, makanan, OTC, dan ubat tradisional Ubat-ubatan
Ada ubat/makanan yang boleh berinteraksi dengan amlodipine jika diambil bersama. Pastikan doktor anda tahu tentang semua ubat-ubatan lain yang sedang diambil. Ini termasuklah ubat-ubat over the counter yang boleh meningkatkan tekanan darah ( seperti ubat diet, ubat selesema dan alergi atau asma).
Makanan
Jangan ambil alkohol semasa menggunakan ubat ini.
Grapefruit meningkatkan kepekatan amlodipine dalam darah
(iv) Kesan Ubat Kesan Terapeutik
Merehatkan pembuluh darah, memudahkan darah mengalir seterusnya mengurangkan tekanan darah
Kesan Sampingan
Sila hubungi doktor secepat mungkin apabila anda mengalami kesan sampingan seperti berikut:
o Sakit dada (mungkin juga boleh disebabkan oleh penyakit dan
bukan kesan sampingan). o air kencing berwarna kuning gelap o Degupan jantung yang cepat, tidak menentu dan kuat. o Berpeluh di kaki dan buku lali o Kulit dan mata yang menjadi kekuningan o Keletihan dan lemah yang luar biasa
Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang kurang serius seperti berikut:
o Muka kemerahan dan tubuh terasa hangat o Sakit kepala o Loya dan perut yang tidak selesa
Jika anda mengalami kesan sampingan lain yang disebabkan oleh ubat ini, boleh maklumkan kepada doktor anda