Aliran Falsafah Pendidikan Barat Dan Islam Dalam Modul Perisian Aplikasi
description
Transcript of Aliran Falsafah Pendidikan Barat Dan Islam Dalam Modul Perisian Aplikasi
ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DAN ISLAM DALAM MODUL PERISIAN
APLIKASI (TTM 101)
Oleh :
Melati Binti Sabtu
Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
Kolej Komuniti Temerloh
1.0 PENGENALAN
Komputer merujuk kepada
peralatan, mesin, atau alat yang
digunakan untuk memproses maklumat
dan informasi berpandukan kepada
prosedur atau arahan yang ditetapkan.
Teknologi dalam komputer digital telah
melalui perubahan besar sejak komputer
yang pertama pada tahun 1940. Namun
kebanyakannya masih menggunakan
senibina Von Neumann, yang
dicadangkan oleh John Von Neumann
pada awal 1940-an. Bahagian asas
komputer terbahagi kepada dua iaitu,
perkakasan dan perisian. Perkakasan
merujuk kepada keseluruhan peralatan
fizikal pada sebuah komputer seperti
tetikus, papan kekunci dan sebagainya.
Perisian pula menyediakan arahan
kepada perkakasan untuk melaksanakan
kerja komputer seperti perisian aplikasi,
perisian pengguna dan perisian sistem
operasi.
Perisian aplikasi merupakan
perisian yang dibina bertujuan untuk
memenuhi kehendak pengguna dalam
bidang tertentu seperti pengurusan
pejabat, grafik, perakaunan, pangkalan
data dan sebagainya. Melalui modul TTM
101, pelajar akan didedahkan kepada
penggunaan perisian aplikasi untuk
memenuhi pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang akan digunakan
sepanjang pengajian pelajar di Kolej
Komuniti dan di alam pekerjaan pelajar
nanti.
2.0 LATAR BELAKANG MODUL
2.1 LATAR BELAKANG MODUL
PERISIAN APLIKASI (TTM 101)
Modul Perisian Aplikasi (TTM 101)
merupakan modul teknikal untuk pelajar
Semester 1 Kolej Komuniti khususnya
untuk Kursus Sijil Teknologi Maklumat.
Modul ini merupakan antara modul yang
wajib diambil oleh pelajar Sijil Teknologi
Maklumat dan wajib lulus dalam
peperiksaan sebagai syarat wajib untuk
mereka menjalani latihan industri pada
Semester 3 dan sekaligus melayakkan
pelajar menerima sijil di akhir pengajian
nanti.
Modul Perisian Aplikasi memberi
pengetahuan dalam konsep sistem
komputer dan kemahiran dalam
penggunaan perisian aplikasi. Penekanan
modul adalah terhadap perisian
komputer, sistem pengoperasian
Windows, pemprosesan perkataan Ms
Words, hamparan elektronik Ms Excel
dan persembahan Ms Powerpoint.
2.2 PERLAKSANAAN MODUL DAN
PEMANTAUAN WAKTU
Modul TTM 101 dilaksanakan
selama 6 jam seminggu iaitu 2 jam untuk
3 kali pertemuan dalam seminggu. Modul
ini dilaksanakan secara amali sepenuhnya
untuk satu semester iaitu selama 15
minggu pembelajaran bersamaan dengan
90 jam pembelajaran. Jam kredit untuk
modul ini ialah sebanyak 3 jam kredit.
Sekiranya peratus kehadiran
pelajar kurang daripada 80%, pelajar
boleh ditahan daripada menduduki
Peperiksaan Akhir Semester dan
dimansuhkan markah penilaian
berterusan. Oleh itu, pelajar akan sentiasa
dinasihatkan agar hadir ke kuliah supaya
tidak menjejaskan kelayakan untuk
menduduki Peperiksaan Akhir Semester.
2.3 STRUKTUR PENILAIAN MODUL
Pemarkahan modul TTM 101
diambil kira dari hasil tambah markah
penilaian berterusan (PB) iaitu sebanyak
80% dengan markah penilaian akhir (PA)
iaitu sebanyak 20%. Markah penilaian
berterusan (PB) diambil kira sepanjang
15 minggu pembelajaran manakala
markah penilaian akhir (PA) diambil kira
pada Peperiksaan Akhir Semester.
Markah penilaian berterusan (PB)
untuk modul TTM 101 dinilai
menggunakan penilaian prestasi amali
Classroom Assessment Technique (CATS)
yang kebiasaannya dilaksanakan di akhir
pembelajaran setiap sesuatu topik.
Kesemua markah amali yang telah
dilaksanakan akan diisi di dalam borang
CATS yang kemudiannya dijumlahkan
untuk dijadikan sebagai markah penilaian
berterusan (PB) yang merangkumi 80%.
Markah penilaian berterusan (PB) perlu
dikira sebelum Peperiksaan Akhir
Semester dilaksanakan.
Pelajar yang layak akan
menduduki Peperiksaan Akhir Semester
secara amali yang merangkumi sebanyak
20%. Hasil markah penilaian akhir (PA)
ini akan dijumlahkan dengan penilaian
berterusan (PB) pelajar yang akhirnya
akan menentukan gred dan mata kredit
pelajar untuk modul TTM 101 ini.
2.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran modul TTM
101, pelajar akan dapat mengenalpasti
sistem pengoperasian Windows,
membezakan penggunaan perisian
aplikasi seperti pemproses perkataan Ms
Words, hamparan elektronik Ms Excel
dan persembahan Ms Powerpoint. Pelajar
juga dapat mempraktikkan penggunaan
sistem pengoperasian Windows,
pemproses perkataan Ms Words dan
hamparan elektronik Ms Excel dan
membuat slaid persembahan dengan
menggunakan Ms Powerpoint.
3.0 ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN
BARAT DALAM MODUL
PERISIAN APLIKASI (TTM 101)
3.1 PERENIALISME
Falsafah pendidikan perenialisme
ialah yang tertua, tradisional dan
dikatakan paling konservatif. Objektif
pendidikan perenialisme ialah untuk
mendidik individu yang rasional dan
menyemai intelektual individu. Menurut
buku Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum
(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman),
kurikulum pendidikan berasaskan
falsafah perenialisme adalah berpusatkan
mata pelajaran dan sama untuk semua
pelajar sama ada suka atau tidak.
Pemilihan matapelajaran secara elektif
adalah tidak digalakkan memandangkan
pelajar belum bersedia dan belum matang
dalam membuat pilihan. Pensyarah
bersifat autoriti dan mesti menguasai
bidang ilmu, pengetahuan dan kemahiran
penyampaian dengan baik dan tidak
boleh dipersoalkan lagi. Kaedah
pengajaran yang sering digunakan adalah
dalam bentuk lisan, kuliah dan
penghuraian maklumat.
Menurut buku Pengenalan
Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),
aliran falsafah pendidikan perenialisme
mengamalkan enam prinsip dasar. Prinsip
pertama perenialisme ialah manusia
adalah sama dan pendidikan haruslah
sama pada setiap zaman dalam setiap
masyarakat untuk setiap manusia.
Pengetahuan adalah sama di mana-mana
dan proses pendidikan adalah amat
penting untuk mendapatkan
pengetahuan. Prinsip kedua perenialisme
ialah rasionaliti, kewarasan dan
kebijaksanaan adalah ciri utama manusia.
Oleh itu, pendidikan hendaklah
ditumpukan ke arah pembentukan
rasionaliti. Pelajar mestilah diberi
bimbingan supaya menggunakan akal
yang rasional bagi berfikir perkara yang
baik dan membentuk sikap yang baik.
Prinsip ketiga perenialisme ialah
pendidikan mengandungi pengajaran,
pengajaran mengandungi pengetahuan
dan pengetahuan ialah kebenaran. Prinsip
keempat perenialisme ialah pendidikan
bukanlah suatu tiruan penghidupan tetapi
hendaklah dianggap suatu persediaan.
Institusi perlu mencipta persekitaran
agar perkembangan intelek pelajar dapat
dijayakan dan pelajar diharap dapat
menambah nilai kehidupan dan
pengalaman yang lebih baik. Prinsip
kelima perenialisme ialah pelajar
hendaklah diajarkan subjek asas yang
khusus yang dapat digunakan dalam
kehidupannya iaitu pelajaran 3M untuk
melatih pelajar menjadi manusia serba
boleh. Prinsip keenam perenialisme ialah
pendidikan hendaklah dapat
memperkenalkan kepada pelajar
mengenai keadaan manusia yang
universal melalui kesusasteraan, falsafah,
sejarah dan sains yang dilahirkan oleh
penulis-penulis terkenal.
Dalam modul TTM 101, terdapat
lima topik yang telah ditetapkan dan
perlu dipelajari oleh pelajar bermula
dengan topik pengenalan perisian
aplikasi, sistem pengoperasian Windows,
pemproses perkataan Ms Words,
hamparan elektronik Ms Excel dan
persembahan Ms Powerpoint. Pada awal
minggu perkuliahan, pensyarah akan
menerangkan kepada pelajar mengenai
sejarah pembangunan komputer
mengikut generasi, tokoh-tokoh yang
terlibat dalam pembangunan teknologi
maklumat dan fungsi penggunaan
komputer dalam kehidupan masyarakat
sekarang. Kemudian, pelajar akan
diterangkan mengenai maksud perisian
aplikasi dan penggunaannya dalam
bidang harian pengguna komputer.
Pensyarah juga akan menyenaraikan
contoh-contoh jenis perisian aplikasi dan
mengenalpasti bidang penggunaan setiap
jenis perisian aplikasi.
Dari sudut falsafah pendidikan
perenialisme, penerangan mengenai
sejarah pembangunan komputer dan
fungsi penggunaannya adalah bertujuan
untuk membantu pelajar mencari dan
menghayati sejarah pembangunan dan
penggunaan komputer yang berkekalan
di sepanjang peradaban manusia
sehingga kini. Sejarah mengenai
pembangunan dan penggunaan komputer
ini boleh dikenalpasti oleh setiap pelajar
melalui latihan-latihan berunsurkan
intelek seperti penggunaan gambarajah,
mencari maklumat di dalam
perpustakaan atau sebagainya yang
bertujuan untuk mendisiplinkan minda
pelajar, membangunkan dan
memperkembangkan pemahaman pelajar
dalam bidang komputer. Melalui
pendedahan ini, pelajar akan mendapat
gambaran awal mengenai modul perisian
aplikasi yang akan mereka pelajari di
sepanjang satu semester.
Setiap pelajar perlu mengikuti
keseluruhan silibus modul yang telah
ditetapkan dari awal sehingga akhir.
Pensyarah bersifat autoriti dan perlu
menguasai ilmu pengetahuan mengenai
pembangunan komputer dengan baik.
Pendedahan secara teori lisan, nota
kuliah dan penghuraian terhadap nota
yang diberi digunakan oleh pensyarah
untuk menyampaikan pengajaran
penggunaan komputer dan perisian
aplikasi yang sentiasa berkekalan
terutamanya kepada para pelajar sebagai
generasi baru sekarang. Melalui
pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
bukan sahaja dapat menerima maklumat
dan pengetahuan, malah pelajar dapat
didedahkan kepada makna dan hubungan
mereka dengan pengalaman-pengalaman
lampau supaya apa yang dipelajari untuk
topik akan datang akan menjadi lebih
bermakna dan mudah untuk difahami
pada diri mereka sendiri sebagai pelajar
teknologi maklumat.
3.2 ESENSIALISME
Falsafah pendidikan esensialisme
adalah termasuk dalam pendidikan
falsafah yang tradisional dan konservatif.
Pendidikan esensialisme lebih kepada
meningkatkan perkembangan intelektual,
kemahiran, sikap, idea dan sebagainya
yang boleh disampaikan secara sistematik
wajar diketengahkan. Pensyarah lebih
banyak memainkan peranan berbanding
dengan pelajar. Pensyarah dianggap
sebagai pakar ilmu dan sebagai role model
yang harus dicontohi.
Menurut buku Pengenalan
Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),
aliran falsafah pendidikan esensialisme
mengamalkan empat prinsip dasar.
Prinsip pertama esensialisme ialah
pembelajaran melibatkan kerja yang
bersungguh-sungguh dan berdedikasi
perlu ditanamkan dalam diri setiap
pelajar. Prinsip kedua esensialisme ialah
daya usaha dalam pendidikan bergantung
pada pensyarah berbanding pada pelajar.
Tujuan dan minat dalam diri pelajar perlu
dipupuk, dibimbing dan dikawal oleh
pensyarah untuk membolehkan pelajar
menguasai proses perkembangan
pendidikan. Prinsip ketiga esensialisme
ialah pemusatan proses pendidikan ialah
penyerapan bahan pengajaran yang
ditentukan. Pendidikan seharusnya
membolehkan setiap pelajar menyedari
keupayaan masing-masing dan
memahami keadaan dunia sekeliling.
Prinsip keempat esensialisme ialah
kaedah penyelesaian masalah memang
baik digunakan dalam proses
pembelajaran tetapi tidak wajar jika
kaedah itu sentiasa digunakan di
sepanjang proses pembelajaran.
Dari sudut falsafah pendidikan
esensialisme, modul TTM 101
menerapkan pelajar mengenai
penerangan kepada pengenalan sistem
pengoperasian Windows yang merupakan
topik kedua TTM 101. Pengajaran dan
pembelajaran topik ini memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada
pensyarah dalam membentuk
perkembangan intelektual, kemahiran,
sikap dan pembinaan idea kepada pelajar
yang baru terdedah kepada persekitaran
penggunaan perkakasan komputer dan
penggunaan sistem operasi Windows.
Pada topik ini juga, pelajar didedahkan
cara menggunakan Windows secara
amali. Setiap kemahiran memerlukan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada
pensyarah untuk meningkatkan
kemahiran dan idea pelajar dalam proses
mengaplikasikan penggunaan operasi
Windows dalam kehidupan sebagai
seorang pelajar teknologi maklumat.
Pelajar ditunjukkan cara untuk
memulakan dan menamatkan sistem
operasi Windows. Pelajar juga
ditunjukkan cara penggunaan disket,
cakera liut, cakera keras, tetikus dan
papan kekunci agar pelajar dapat
menguasai penggunaan perkakasan
komputer dengan baik untuk
memudahkan pembelajaran mereka
dengan perisian aplikasi Ms Words, Ms
Excel dan Ms Powerpoint. Pelajar juga
dipraktikkan secara amali setiap
kegunaan ikon-ikon yang terdapat dalam
desktop Windows dan cara-cara
beroperasi dengan Windows seperti cara
menggunakan fungsi bantuan Windows,
My Computer, Recycle Bin, Explorer,
Control Panel dan sebagainya. Melalui
pendedahan kemahiran ini, pelajar akan
mendapat gambaran awal dan mampu
menjana idea untuk membentuk
kemahiran asas dalam menjalankan
operasi dengan pelbagai jenis sistem
pengoperasian Windows seperti
Windows Vista, Windows ME, Windows 7
dan lain-lain.
Tujuan dan minat pembelajaran
dalam diri pelajar perlu disemai dan
dipupuk oleh pensyarah untuk
membolehkan pelajar menguasai proses
perkembangan pendidikan. Pelajar juga
dipupuk nilai-nilai disiplin diri untuk
memberi peluang kepada pelajar berfikir
berkenaan baik buruknya sesuatu
keadaan jika mereka menyalahgunakan
penggunaan teknologi komputer yang
boleh memudaratkan minda dan tingkah
laku pelajar.
3.3 PROGRESIVISME
Falsafah pendidikan progresivisme
adalah merujuk kepada proses
pendidikan yang mencorakkan hubungan
sosial manusia mengikut persekitaran
yang ada. Pelajar lebih banyak
membabitkan diri dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Peranan
pensyarah adalah sebagai pembimbing
kepada pelajar dalam perlaksanaan
aktiviti dan projek penyelesaian masalah
kerana pelajar berkeupayaan memikir,
meninjau dan membuat penerokaan
sendiri dalam menganalisis masalah,
mengenalpasti sumber data dan ilmu
yang relevan, mentafsir dan menilai
ketepatan data dan merumuskan
kesimpulan.
Menurut buku Pengenalan
Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),
pembelajaran progresivisme lebih
dipusatkan kepada penyelesaian masalah
dan bukannya arahan sahaja. Pelajar
mesti belajar bagaimana untuk belajar
dengan mendedahkan kepada mereka
teknik penyelesaian masalah yang paling
baik. Dalam proses pendidikan, kerjasama
di kalangan pelajar harus digalakkan dan
bukannya dianggap persaingan sengit.
Proses pembelajaran tidak boleh
dijadikan sebagai pertandingan kerana
hadiah pertandingan tidak boleh
dianggap kemajuan diri. Elemen yang
penting dalam proses pembelajaran
progresivisme ialah konferensi,
perbincangan, perancangan dan
penyertaan.
Dari sudut falsafah pendidikan
progresivisme, modul TTM 101
menggalakkan pelajar diberi pendedahan
secara amali sepenuhnya di dalam
makmal komputer mengenai penggunaan
perisian Ms Office iaitu pemproses
perkataan Ms Words, hamparan
elektronik Ms Excel dan persembahan Ms
Powerpoint. Dalam proses pembelajaran
Ms Words, pelajar mengaplikasikan
kemahiran memulakan perisian Ms
Words, menggunakan bantuan dalam Ms
Words, menyunting dokumen yang ditaip,
mengformat dokumen yang ditaip,
membina grafik, jadual dan surat. Dalam
proses pembelajaran Ms Excel pula,
pelajar mengaplikasikan kemahiran
memulakan perisian Ms Excel, cara-cara
beroperasi dengan worksheet,
menyunting dan memformat dokumen
yang ditaip, mencipta formula matematik
(seperti tambah, tolak, darab, bahagi, nilai
tertinggi, nilai terendah, purata dan gred),
pembinaan jadual dan graf. Manakala,
dalam proses pembelajaran Ms
Powerpoint, pelajar mengaplikasikan
kemahiran memulakan perisian Ms
Powerpoint, membina dan
memodifikasikan persembahan yang
menarik dan padat dengan isi-isi penting
yang sesuai untuk tujuan persembahan.
Proses pengajaran dan
pembelajaran progresivisme lebih
berpusatkan kepada pelajar iaitu pelajar
lebih banyak membabitkan diri di dalam
makmal komputer. Peranan pensyarah
adalah sebagai pembimbing kerana
pelajar berkeupayaan memikir, meninjau
dan membuat penerokaan sendiri dalam
meneroka persekitaran Ms Office dan
mengaplikasikan penggunaan Ms Office.
Pelajar akan diberi bahan-bahan seperti
teks, petikan, jadual, grafik dan
sebagainya untuk mereka belajar
mengaplikasikan bahan-bahan tersebut
dengan menggunakan perisian Ms Office
yang sesuai. Pelajar digalakkan untuk
melaksanakan segala tugasan secara
individu untuk meningkatkan tahap
kecenderungan minat, bakat dan
intelektual pelajar.
Pelajar juga dipupuk nilai disiplin
diri bertujuan untuk membentuk individu
yang berketrampilan dalam
melaksanakan tugasan dan amali yang
diberikan kepada mereka mengikut
kriteria dan spesifikasi yang ditetapkan.
Pelajar juga diberi peluang untuk berfikir
berkenaan baik buruknya sesuatu
keadaan sebagai pelajar dan juga sebagai
seorang yang berkerjaya pada masa akan
datang sekiranya mereka melaksanakan
tugasan dengan sambil lewa.
3.4 REKONSTRUKSIONISME
Falsafah pendidikan
rekonstruksionisme adalah lanjutan
daripada aliran falsafah progresivisme.
Matlamat pendidikan rekonstruksionisme
adalah ke arah pembentukan masyarakat
baru, masyarakat global yang saling
bergantungan antara satu sama lain.
Pendidikan rekonstruksionisme
bertujuan untuk pembaharuan perkara-
perkara yang terdapat dalam sistem
sosial. Kurikulum lebih berfokus terhadap
masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Peranan pensyarah sebagai fasilitator
menyedarkan pelajar kepada masalah
yang dihadapi, membantu pelajar
mengenalpasti masalah yang ingin diberi
tumpuan oleh pelajar dan menentukan
bahawa pelajar mempunyai kemahiran
yang akan membolehkan mereka
mengatasi masalah. Pensyarah hendaklah
cekap mengatur pelbagai aktiviti
pembelajaran yang dijalankan secara
serentak.
Menurut buku Pengenalan
Falsafah Pendidikan (Abd. Fatah Hasan),
aliran falsafah pendidikan
rekonstruksionisme mengamalkan enam
prinsip dasar. Prinsip pertama,
pendidikan mestilah mementingkan
kaedah pengalaman interaksi antara
pelajar dengan persekitaran untuk
mencapai matlamat dalam pendidikan
dan pembaharuan sosial. Prinsip kedua
ialah pensyarah hendaklah melaksanakan
tugas dalam membentuk pengalaman dan
pemikiran pelajar kepada yang lebih
kreatif kepada pelajar untuk mencapai
prinsip pertama. Prinsip ketiga ialah
masyarakat hendaklah melaksanakan
konsep demokrasi. Sebarang perkara
yang melibatkan kepentingan orang
ramai, struktur, tujuan dan polisi yang
dibentuk untuk masyarakat hendaklah
mendapat persetujuan daripada
masyarakat dan menjadi tanggungjawab
perwakilan yang dipilih. Prinsip keempat
ialah pensyarah memainkan peranan
penting bagi meyakinkan pelajar keadaan
masyarakat dan mempertingkatkan taraf
kehidupan dengan cara demokrasi.
Institusi hendaklah memusatkan kepada
keadaan masa akan datang supaya
pemikiran dan sikap pelajar sesuai
dengan sebarang peraturan baru yang
akan dialami dari semasa ke semasa.
Prinsip kelima ialah kaedah dan tujuan
pendidikan hendaklah memenuhi
kehendak kebudayaan sesuatu tempat
dan disesuaikan dengan konsep sains
tingkah laku. Pensyarah boleh merancang
suatu pendidikan yang sesuai dengan
kehendak sosial dan peraturan
antarabangsa. Prinsip keenam ialah
pelajar, institusi dan pendidikan dibentuk
oleh tekanan sosial dan kebudayaan.
Setiap ahli masyarakat perlu diberikan
pendidikan supaya mereka mengenali
pembaharuan sosial yang berlaku dan
bagaimana konsep pembaharuan sosial
dapat dilaksanakan.
Dari sudut falsafah pendidikan
rekonstruksionisme, modul TTM 101
menggalakkan setiap pelajar untuk
menilai perlakuan sendiri dan merasai
tanggungjawab sebagai seorang pelajar
dalam proses pendidikan. Pelajar
digalakkan menggiatkan pengalaman-
pengalaman hidup dengan pendidikan
teknologi komputer ini. Pelajar perlu
merancang dan membuat pembaharuan
dengan menggunakan kemahiran-
kemahiran sistem pengoperasian, Ms
Words, Ms Excel dan Ms Powerpoint yang
mereka pelajari secara menyeluruh dan
komprehensif dalam membentuk
perkembangan intelektual, kemahiran,
sikap dan pembinaan idea pelajar. Pelajar
juga perlu mampu mengenal pasti setiap
permasalahan yang akan berlaku serta
bertanggungjawab memastikan
pemikiran dan sikap pelajar sesuai
dengan sebarang penyelesaian yang perlu
dialami dari semasa ke semasa. Pelajar
juga mampu mengenalpasti kaedah
penyelesaian yang sesuai untuk
mengatasi permasalahan yang diberikan
kepadanya. Sebagai penilaian pelajar,
pensyarah akan melaksanakan ujian
penilaian amali kepada pelajar untuk
melihat perkembangan kecekapan pelajar
dalam melaksanakan ujian dengan baik
menggunakan kaedah yang telah
dipelajari dalam perisian aplikasi.
Melalui pendidikan modul TTM
101 kaedah pengalaman interaksi di
kalangan pelajar dan pensyarah adalah
penting untuk menyemai tahap
komunikasi dan semangat giat aktif dalam
diri pelajar. Pelajar digalakkan memberi
pendapat, cadangan dan komen terhadap
sesuatu permasalahan yang diberi.
Pensyarah memainkan peranan penting
mewujudkan dan mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti permasalahan berbentuk
teknologi maklumat yang terkini kepada
pelajar agar berkeupayaan memahami
masalah dan menggunakan metod
penyelesaian yang sesuai dengan
kehendak sosial. Pensyarah harus mampu
menggalakkan pencapahan pemikiran di
kalangan pelajar sebagai kaedah untuk
menghasilkan penyelesaian alternatif.
Melalui permasalahan yang wujud,
pelajar akan mampu menggunakan
kemahiran memahami permasalahan
yang berlaku pada perisian aplikasi dan
dapat dilihat bagaimana tindakan
seseorang pelajar menyelesaikan masalah
itu bersesuaian atau tidak. Pelajar juga
giat untuk bekerjasama dalam bentuk
kumpulan bagi mempertingkatkan lagi
kemahiran sosial dalam persekitaran
masyarakat. Oleh itu, pelajar diwajibkan
untuk menjalani latihan industri pada
semester tiga pengajian untuk menimba
pengalaman bekerja dalam bidang
industri teknologi maklumat.
Rasa bertanggungjawab juga
dipupuk dalam diri setiap pelajar untuk
memelihara kemudahan-kemudahan
sistem komputer yang sedia ada
termasuk perabot dan kelengkapan di
dalam makmal komputer, kebersihan dan
keselamatan persekitaran makmal.
Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai
satu keadaan atau persekitaran di mana
pelajar dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan selamat, harmonis,
kurang risiko bahaya, tanpa sebarang
gangguan dan kemalangan. Keselamatan
di dalam makmal komputer adalah satu
aspek penting yang perlu diberi perhatian
oleh setiap pelajar dan pensyarah serta
menjadi tanggungjawab utama semua
orang. Kemalangan boleh berlaku ke atas
individu, kumpulan atau ke atas sesebuah
tempat disebabkan oleh kecuaian,
kelalaian dan sifat tidak
bertanggungjawab dalam menjamin
keselamatan.
Kegagalan pelajar untuk mematuhi
peraturan-peraturan dan undang-undang
tertentu mengenai keselamatan bukan
sahaja membahayakan diri sendiri tetapi
juga membahayakan keselamatan orang
lain. Oleh itu, pelajar dilatih untuk
sentiasa berasa bertanggungjawab dan
sentiasa melakukan pemeriksaan dari
semasa ke semasa ke atas alat-alat dan
kelengkapan komputer seperti
perkakasan komputer dan bekalan kuasa
elektrik (seperti plug) supaya kerosakan
dan keadaan yang membahayakan dapat
dikesan lebih awal untuk dibaikpulih.
4.0 ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM DALAM MODUL PERISIAN
APLIKASI (TTM 101)
Pendidikan dalam konteks Islam
adalah meluas, menyeluruh dan
bersepadu. Pendidikan adalah wajib
kepada semua umat manusia. Ilmu
pengetahuan pada masa ini berkembang
dengan pesatnya dan tidak mungkin bagi
seseorang dapat menguasai keseluruhan
ilmu pengetahuan itu. Mengikut aliran
falsafah pendidikan islam, perkembangan
ilmu seseorang individu perlulah
seimbang, harmonis, menyeluruh dan
bersepadu meliputi unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Pendidikan
merupakan usaha-usaha membaiki diri
supaya membentuk sifat-sifat
kesempurnaan sebagai manusia beriman,
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
dan beramal ikhlas.
Berdasarkan aliran falsafah
pendidikan islam, pendidikan boleh
dihuraikan sebagai satu proses yang
berterusan untuk melahirkan orang yang
berilmu, baik tingkah laku dan dapat
mengekalkan nilai-nilai budaya di
kalangan masyarakat. Falsafah
pendidikan Islam boleh ditakrifkan
sebagai usaha perlaksanaan teori dan
metod dalam bidang pengalaman
manusia yang dipanggil pendidikan. Oleh
yang demikian, falsafah pendidikan Islam
merangkumi aspek-aspek matlamat,
kandungan dan dasar pendidikan islam.
Dalam modul TTM 101, pelajar
didedahkan dengan unsur-unsur nilai
murni seperti keselamatan, kebersihan,
kreativiti, masa dan sikap yang dapat
membentuk keperibadian pelajar
cemerlang. Pelajar perlu faham akan
peranan mereka sebagai seorang pelajar
dan situasi persekitaran yang dialami
sepanjang pembelajaran mereka dalam
kursus teknologi maklumat. Pelajar perlu
mampu menyiapkan kerja atau arahan
daripada pensyarah sepenuhnya dalam
jangkamasa yang diberikan untuk dinilai.
Pelajar juga mampu mengamalkan semua
faktor keselamatan tempat kerja dengan
baik samada keselamatan diri, alat, bahan
dan bengkel atau makmal. Pelajar juga
perlu sentiasa mengambil berat mengenai
hasil mutu kerja agar melebihi tahap
penilaian yang ditetapkan. Pelajar juga
perlu menanamkan sikap
bertanggungjawab terhadap
perlakuannya sama ada benar atau tidak.
Oleh kerana pendidikan
merupakan proses pembelajaran yang
berterusan, maka pensyarah perlu
mempunyai sifat, sikap dan kemahiran
yang tinggi dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah
juga perlu sentiasa menghargai setiap
pandangan, komen dan jawapan yang
diberikan secara positif. Teguran secara
positif perlu diberikan kepada pelajar
bermasalah sebagai motivasi dan
menyediakan peluang-peluang kepada
pelajar berikut untuk mempelajari
sesuatu yang baru atau melakukan
perubahan perlakuan.
Dalam modul TTM 101, pelajar
dididik untuk mempelajari pengalaman-
pengalaman, sikap dan perlakuan yang
sesuai dengan kehendak agama,
masyarakat majmuk, alam pekerjaan
sebenar, isu semasa di Malaysia dan isu
antarabangsa. Pelajar mempunyai hak
untuk menimba ilmu, mencipta
kemahiran dan memupuk nilai-nilai
murni masyarakat yang meluas tanpa
kongkongan sesiapa. Melalui pendidikan
modul TTM 101, pelajar dapat memahami
keperluan sistem perisian aplikasi seperti
Ms Words, Ms Excel dan Ms Powerpoint
dengan lebih mendalam dan menjelajah
tujuan penggunaannya dalam kehidupan
sebagai pelajar dan sebagai persediaan ke
alam pekerjaan.
Pendidikan modul TTM 101 lebih
berorientasikan kepada masa depan dan
masa sekarang. Usaha-usaha dijalankan
untuk pelajar lebih tegas diri, pandai
menyesuaikan diri dalam menggunakan
sistem komputer dan memahami
implikasi perubahan teknologi sistem
komputer yang sentiasa berubah dari
semasa ke semasa. Pembentukan
pengetahuan dan kemahiran pelajar
mengenai teknologi sistem komputer
dipengaruhi oleh keseluruhan
pengalaman-pengalaman yang mereka
alami. Pelajar juga tidak boleh dilihat
sebagai hanya manusia kognitif, tetapi
sebagai individu yang mempunyai
perasaan, sikap, akal dan rohani.
Sebarang aktiviti bimbingan kerohanian
adalah perlu untuk mewujudkan
persepaduan dalam pendidikan. Pelajar
didedahkan kepada penghayatan dan
perbezaan antara benar dan salah,
amalan-amalan hidup, keperibadian
mulia, akhlak dan perlakuan yang menuju
ke arah pembangunan pelajar yang
cemerlang dan berketrampilan. Mematuhi
etika adalah untuk tujuan memelihara
kebajikan pelajar supaya tidak teraniya
oleh keadaan persekitaran atau
masyarakat.
Perkembangan ke arah kesihatan
mental yang menyeluruh dan bersepadu
merupakan aspek-aspek yang perlu
ditumpukan. Kerjasama sosial, penilaian
diri sendiri, kemahiran untuk hidup
secara kelompok, cinta kepada keindahan
kesenian dan penyertaan dalam
kelompok rakan sebaya merupakan
antara aspek pembentukan psikososial
pelajar di Kolej Komuniti.
Dari sudut pembentukan fizikal,
pelajar dididik untuk menyesuaikan diri
dengan perubahan fizikal, persekitaran
dan umur. Pelajar perlu sentiasa belajar
menyiapkan diri untuk menjadi seorang
yang dewasa.
Dari sudut pembentukan kerjaya
pelajar, pendedahan awal mengenai dunia
pekerjaan dalam diri setiap pelajar dapat
dijadikan sebagai persediaan kepada
kebolehan, minat dan bakat. Penglibatan
dalam aktiviti-aktiviti kerjaya iaitu
melalui latihan industri yang pelajar Kolej
Komuniti akan jalani pada semester tiga
akan membina diri ke arah berdikari dan
mampu membuat keputusan dalam
pemilihan kerjaya.
5.0 PENDAPAT
Berdasarkan apa yang telah
dibincangkan di atas, didapati bahawa
pendidikan Malaysia sememangnya
menggunakan beberapa aliran falsafah
seperti aliran falsafah barat, aliran
falsafah islam dan falsafah pendidikan
kebangsaan.
Aliran falsafah barat merangkumi
aliran perenialisme, esensialisme,
progresivisme dan rekonstruksionisme.
Aliran falsafah ini banyak mempengaruhi
perkembangan kehidupan termasuk
dalam bidang pendidikan di seluruh
dunia. Kolej Komuniti juga menggunakan
aliran falsafah dalam pendidikan pelajar.
Pelajar Kolej Komuniti merupakan pelajar
yang mempunyai pengetahuan
pendidikan yang rendah. Oleh itu,
perlaksanaan aliran falsafah barat sesuai
dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bermula dari aliran
perenialisme, pensyarah akan
memainkan peranan penting untuk
memupuk minat belajar dalam diri setiap
pelajar. Pensyarah dijadikan sebagai
pemimpin untuk menyampaikan dan
mendedahkan kepada pelajar
pengetahuan asas terhadap sesuatu topik
agar mendapat gambaran awal sebelum
pelajar boleh meneruskan ke tahap yang
seterusnya. Dari segi aliran esensialisme,
kemahiran amali dipupuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah
akan menunjukkan kemahiran asas dan
melatih pelajar melaksanakan banyak
aktiviti untuk memahirkan lagi tahap
kemahiran pelajar dalam bidang
teknologi sistem komputer. Dari segi
progresivisme, pelajar mula
melaksanakan pembelajaran tanpa
bantuan pensyarah. Pensyarah akan
memantau segala aktiviti pelajar dan
memberi pendapat atau komen terhadap
aktiviti pelajar untuk menggalakkan lagi
minat dan keintelektualan pelajar. Aktiviti
yang dijalankan dapat menggalakkan
hubungan sosial sesama masyarakat. Dari
segi rekonstruksionisme, pelajar lebih
banyak didedahkan kepada aktiviti
penyelesaian masalah. Pelajar akan
diminta untuk mengenalpasti perisian
aplikasi yang sesuai digunakan untuk
setiap masalah. Penekanan kepada dunia
teknologi sistem komputer yang giat
membangun didedahkan kepada pelajar
sebagai persediaan untuk menjalani alam
pekerjaan kelak. Aliran
rekonstruksionisme lebih menumpukan
kepada pembinaan semula intelektual,
kemahiran dan nilai murni pelajar.
Aliran falsafah islam juga sesuai
dilaksanakan di Kolej Komuniti. Falsafah
ini menggalakkan pelajar menimba ilmu
secara seimbang, harmonis, menyeluruh
dan bersepadu meliputi unsur intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan
merupakan usaha-usaha membaiki diri
pelajar supaya membentuk sifat-sifat
kesempurnaan sebagai insan beriman,
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
dan beramal ikhlas. Pensyarah perlu
menyemai nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, jujur melaksanakan
tugas dan sikap berani turut serta dalam
pembelajaran.
Menurut falsafah pendidikan
kebangsaan, matlamat pendidikan lebih
kepada memperkembangkan potensi
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan pelajar yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan dan berkeupayaan memberi
sumbangan ke arah memakmurkan
masyarakat dan negara Malaysia.
Kesimpulannya, Kolej Komuniti
menggunakan aliran falsafah barat, islam
dan falsafah pendidikan kebangsaan
untuk melahirkan generasi pemangkin
Malaysia yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
6.0 RUJUKAN
1. Abd. Fatah Hasan, (2001),
Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS
Publications & Distributors Sdn.
Bhd, Pahang.
2. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan
Othman, (2003), Falsafah Pendidikan
Dan Kurikulum, Quantum Books,
Tanjung Malim.
3. Mok Soon Sang, (2004), Ilmu
Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Selangor.
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsaf
ah