Al-Albani Dan Ikhwan Muslimin Dua Contoh Unik
-
Upload
syihabudin-ahmad -
Category
Documents
-
view
132 -
download
6
description
Transcript of Al-Albani Dan Ikhwan Muslimin Dua Contoh Unik
AL-ALBANI DAN IKHWAN MUSLIMIN :
DUA MODEL YANG UNIK
Saya tidak merasa terkejut terhadap fakta-fakta yang ditemui dari fail-fail majalah dan akhbar-
akhbar lama Ikhwan, dalam zaman 40`an dan 50`an dari kurun-kurung yang lepas. Kebenaran
yang mengejutkan ini adalah hubungan yang rapat antara Al-Alamah Al-Muhaddis Al-Marhum
Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, dan pertubuhan Al-Ikhwan Al-Muslimin. Hubungan
ini membuktikan pertubuhan-pertubuhan Islam yang beroperasi dalam lingkungan dakwah
mampu bercampul gaul dan saling menguatkan antara satu sama lain. Dengan diperakui
beberapa perselisihan dari kalangan mereka yang dijelaskan, atau besar perbezaan dalam
pemikiran. Tetapi, mereka bersatu atas dua perkara : bekerja untuk Islam, dan berakhlak serta
bergaul dengan adab ketika berselisih dan bersepakat.
AL-ALBANI DALAM MAJALAH IKHWAN MUSLIMIN
Saya sebutkan kata-kata ini bagi memberitahu kebenaran yang ditemui oleh sekelian pembaca
dan dua gerakan : Salafiah dan Ikhwan Muslimin. Saya telah menyemak helaian-helaian sebuah
majalah (Al-Muslimun) yang dikelolakan oleh Al-Ustaz Said Ramadhan, menantu Hassan Al-
Banna yang paling tua. Majalahnya telah diterbitkan di Mesir selama tiga tahun , dan tiga tahun
di Syria, dan tiga tahun di Switzerland. Dalam tahun-tahun ketiga terbitan di Syria, ketika Abdul
Nasir melucutkan kerakyatan Mesir nya pada tahun 1954, saya telah menemui beberapa tulisan
dari Syeikh Al-Albani. Pengurus majalah bersama Said Ramadhan : Dr Musthofa As-Sibaii,
Muraqib Umum bagi Ikhwan Muslimin di Syria. Dalam majalah tersebut, sebarang persoalan
berkaitan hadis akan terus diberikan kepada Syeikh Al-Albani. Begitu juga, Syeikh Al-Albani
Rahimahullah telah menulis saranan dan komentar dalam beberapa topik. Dia juga menjawab
penulisan dan pemikiran beberapa penulis yang tidak dipersetujuinya di dalam majalah
tersebut. Sepertimana beliau telah menulis empat artikel dengan tajuk (Kembali Kepada
Sunnah) bagi menjawab penulisan sasterawan Al-Qadhi Al-Ustaz Ali Al-Thantawi, yang telah
menulis sebuah artikel bertajuk (Musykilah), yang membicarakan permasalahan pendakwah,
kekurangan dan kelemahan mereka dalam isu-isu semasa.
Seperti itu juga, Syeikh Al-Albani telah menulis sebuah ulasan ke atas rangkaian artikel Dr
Musthofa As-Sibaii, yang kemudiannya dikumpulkan dalam sebuah buku yang dinamakan : (As-
Sunnah wa makanatuha fi tasyrik). Beliau telah mengakhiri penulisannya dengan sebuah ibarat
yang menunjukkan adab perselisihan diantara dua orang. (Dan akhirnya : aku mengajukan
terima kasih kepada Al-Ustaz Al-Fadhil ( As-Sibaii) di atas artikel-artikelnya yang berkhidmat
kepada As-Sunnah. Terimalah sambutan Islamiah yang mulia)
Beliau juga menulis sebuah ulasan kepada penulisan Syeikh Muhammad Al-Hamid Al-Hamawi
yang dikenali dunia, dalam artikel berkenaan hadis-hadis yang disebutkan pada kelebihan
serban. Syeikh Al-Albani bangkit mengkritik dengan memberi komentar dan ulasan. Semua
artikel ini dimuatkan dalam majalah ( Al-Muslimun ) yang diterbitkan dan dikelolakan oleh dua
simbol besar gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimin : Said Ramadhan dan Dr Musthofa As-Sibaii.
TIGA ARTIKEL YANG MEMBANTU IKHWAN
Saya berhenti setakat ini dalam membicarakan perihal majalah. Saya menyangka hubungan
Syeikh Al-Albani bermula dalam peringkat ini, tetapi saya dikejutkan dengan tiga artikel penting
yang mendahalui penulisan dalam majalah, ianya memberi kesan yang besar terhadap
hubungan Syeikh Al-Albani dengan Ikhwan ketika itu. Kesan dari apa yang ditulisnya beberapa
ketika dahulu dalam gerakan keilmuan sama ada disisi Ikhwan mahupun Salafiyin.
Artikel pertama, adalah sebuah surat kiritikan pada sebahagian ulasan hadis-hadis dari Syeikh
Said Sabiq. Ianya adalah pada tahun 1947 dalam majalah (Al-Ikhwan Al-Muslimin) sebulan dua
kali. Syeikh Syed Sabiq telah menulis artikel-artikel dalam Feqh , yang dikumpulkan setelah itu
dalam sebuah kitab yang amat dikenali (Feqh Sunnah) , lalu Syeikh Al-Albani telah mengkritik
sebahagian ulasan hadis-hadisnya. Al-Ustaz Hasan Al-Banna telah mengizinkan kritikan
terhadap Syeikh Said Sabiq. Lalu beliau menulis kritikan demi kritikan dalam sanad hadis-
hadisnya, dan dalam hukum fekah berdasarkan hadis-hadis tersebut. Artikel inilah yang
menyebabkan beliau menulis sebuah buku ( Tamamul Minnah Fi Ta`liq Ala Feqhus Sunnah).
Artikel kedua beliau dalam majalah (Al-Ikhwan Al-Muslimin) yang dikelolakan oleh Al-Ustaz
Said Qutb Rahimahullah sejak tahun 1954, sebelum beliau menyertai pemberontakan dalam
revolusi Mesir. Syeikh Al-Albani telah menulis ulasan terhadap artikel yang ditulis oleh Dr Abdul
Aziz Kamil Rahimahullah, Ketua Bahagian Usrah. Kritikan dalam (Metode Usrah) ataupun
dikenali sebagai Metode Ikhwan. Beliau telah memberikan beberapa ulasan hadis yang tidak
diulas oleh Ustaz Abdul Aziz lantaran hadis bukanlah kepakarannya. Maka Syeikh Al-Albani
menulis surat ulasan keatas artikel tersebut dan memuji penulisan itu. Beliau menjelaskan
bahawa, ulasannya terhadap hadis-hadis itu tidaklah menambah nilai artikel tersebut. Perkara
ini amat releven apabila Ikhwan Muslimin menerima sepucuk surat (Adab-adab Usrah dan
Katibah).
Saya telah melihat ulasan dalam surat tersebut, ianya tidak mungkin ditulis oleh orang Ikhwan
sendiri, dan saya melihat ulasan-ulasan penting Syeikh Al-Albani dalam nota kaki surat
tersebut.Ulasan-ulasan pentingnya terdapat dalam kitab beliau selepas itu ( Sahih At-Targhib
Wal- Tarhib). Nampaknya, beliau mula menulis kitab tersebut sejak itu.
Artikel ketiga pula yang ditulis oleh Syeikh Al-Albani dalam peringkat ini, tidak dapat disiarkan
kerana majalah itu telah saya hilangkan. Ianya adalah ulasan terhadap fatwa yang ditulis oleh
Al-Alamah Al-Faqeh Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah Rahimahullah, dalam hal nyanyian dan
muzik. Seterusnya, berpanjanganlah artikel Syeikh Al-Albani setelah itu, sehinggalah apa yang
telah kita lihat didalam pasar-pasar buku sekarang. Bukunya bertajuk : ( Hukum Alat Al-llahw
wat Tarab)
SURAT AL-BANNA KEPADA AL-ALBANI
Pendekatan ini adalah pendekatan yang terpenting dalam semua pandangan saya sebelum ini.
Ini akan memulakan ketinggian pada diri Syeikh Al-Albani. Sayangnya, sehingga kini saya masih
tidak berjaya dalam kajian saya. Ianya adalah sebuah surat khusus yang dikirim oleh Al-Imam
Al-Syahid Hasan Al-Banna kepada Syeikh Al-Albani pada tahun 1947. Surat itu ditulis selepas
Ustaz Hasan Al-Banna membaca ulasan Syeikh Al-Albani terhadap ulasan hadis-hadis Syeikh
Syed Sabiq. Al-Banna telah menulis ucapan terima kasih terhadap kritikan yang cukup sopan
dan lembut. Dengan kajian ilmu teliti yang ditulis oleh Syeikh Al-Albani. Beliau juga meminta
Syeikh Al-Albani untuk berpegang teguh dalam Ilmu-Ilmu Islam (Ilmu Hadith) yang kekosongan.
Al-Banna mengetahui nilai ilmu ini, kerana beliau adalah anak kepada pengulas besar bagi
Musnad Ahmad ( Syeikh Ahmad Abdur Rahman ). Beliau juga menggalakkan lagi Syeikh Al-
Albani untuk terus maju dalam memperjuangkan ilmu yang penting ini.
Saya telah berulangkali menghubungi siapa sahaja yang saya kenali sebagai orang yang hampir
dengan Syeikh Al-Albani untuk mendapatkan surat ini, tetapi tidak dijumpai. Syeikh Al-Albani
telah menceritakan kandungan surat itu kepada salah seorang anak muridnya, saya ambil dari
beliau.
AL-ALBANI : PENGUMPUL ARTIKEL AL-BANNA YANG PERTAMA
Syeikh Al-Albani telah mengajak untuk mengumpulkan dua artikel Hasan Al-Banna dalam
majalah (Al-Mannar) yang diuruskan oleh penerbitannya, Allamah Al-Majid Al-Syeikh
Muhammad Rasyid Redha ,dengan tajuk : (Al-Mar`ah Al-Muslimah). Al-Albani telah
mengumpulkan dua artikel tersebut dalam sepucuk surat. Beliau telah selidik dan memberi
sedikit ulasan. Dengan itu, pengumpulan itu dianggap pengumpulan terawal terhadap artikel
Hasan Al-Bana selepas kematiannya, sama ada dalam Ikhwan mahupun dari luar.
PENGAJARAN DARI SEJARAH
Saya tidak menghendaki pengisahan sejarah ini dihabiskan dengan meninggalkan pengajaran
yang terpenting. Bagaimana mereka itu, pakar dalam ilmu mereka, beradab, berakhlak, saling
membantu, faham dengan garisan musuh dalam perbezaan mereka, bersatu. Dengan itu,
mereka mendahulukan keilmuan dan akhlak dalam menangani perselisihan. Saya tidak tahu
bilakah berakhirnya kesepakatan dan bermulanya perpecahan antara dua pertubuhan besar ini,
dan seluruh pertubuhan dunia.
AL-BANNA DAN SYEIKH ABDUL SALAM AL-SYUQAITY
Anda sekarang membaca pelbagai majalah dari pelbagai pertubuhan, anda tidak menemui
sebarang pemikiran yang berbeza dengan Ustaz Hassan Al-Banna. Anda tidak melihat seorang
penulis pun yang berbeza dengan pemikirannya. Hasan Al-Banna Rahimahullah yang membawa
masuk Syeikh Muhammad Abdul Salam Al-Syuqairy. Penulis ( Al-Sunan wal Mubtadaat ). Beliau
merupakan antara ilmuan dari pertubuhan Ansarul Sunnah , dan merupakan “orang ketiga”
pertubuhan tersebut. Beliau dimasukkan selepas dua orang ilmuan besar : Al-Alamah Ahmad
Syakir, dan Al-Syeikh Hamid Al-Feqi. Beliau dimasukkan dengan sebuah artikelnya pada suatu
hari dalam majalah ( An-Nazir) Ikhwani pada tahun 1940. Ditanda dengan namanya. Dibawah
namanya, ada pengenalan yang cukup mengejutkan! : Muhammad Abdul Salam Al-Syuqairy,
Ketua Fakulti Al-Hawamidah bagi pertubuhan Ikhwan Muslimin di Aljeria. Begitu juga Hasan
Al-Banna, sebelum menjadi rijal, beliau merupakan seorang salafi sejati, dan kader pertubuhan
Ansarul Sunnah, sebelum menjadi seorang ketua besar dalam pertubuhannya.
PENUTUP
Setelah kita melihat teladan dalam kesepakatan, dan kerjasama dalam perkara-perkara baik ,
keilmuan, dan lebih dari itu, juga menyempitkan ruang syaitan yang bersifat memecahkan dan
menyekik. Adakah kita mahu membuang kesempatan yang ada kepada musush-mush yang
melihat kita?
Sumber : KLIK
Penulis :
Syeikh `Isam Tallimah,
-Anggota Sektor Al-Azhar Al-Syarif (1997)
-Anggota Jamiyah Syariyah ,Mesir
-Anggota Pendiri Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
-Setiausaha Khas, dan Pengurus Maktab Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi (1998-2004)
Penterjemah :
Syihabudin Ahmad
-email : [email protected]
Pesanan : jika terdapat sebarang kekeliruan dalam penterjemahan, sila rujuk artikel asal dalam
bahasa arab. Tajuk-tajuk kecil adalah dari penterjemah, supaya memudahkan pembacaan.