Aktiviti Tambahan
-
Upload
priscilla-paul -
Category
Documents
-
view
236 -
download
5
description
Transcript of Aktiviti Tambahan
Aktiviti Tambahan
Aktiviti 1: Rebut Bentuk
Umur : 6 8 tahunHad masa : 20 minRamai permain : Tiada had
Objektif: Murid-murid akan dapat mengenal bentuk dan mampu meningkat kemahiran mendengar. Murid-murid akan merasa seronak dalam mempelajari mata pelajaran Matematik.
ABM: Gambar-gambar bentuk 3 jenis puisi yang mengambarkan bentuk tersebut dan mengenal bentuk
Cara permainan: Gambar-gambar bentuk dilekat pada mana-mana tempat sama ada di atas lantai ataupun di dinding. Guru membacakan puisi dan murid-murid hendaklah mencari bentuk yang dimaksudkan dalam puisi itu. Murid yang paling cepat memijak/menyentuh bentuk itu dikira sebagai pemenang.
Aktiviti 2 : Tutup dan teka
Umur : 6-8 tahunHad masa : 20minRamai pemain: Tiada hadnya
Objektif Membantu murid-murid mempelajari bentuk-bentuk bongkah dan mengenali ciri-ciri bentukyang diberi. Membantu menggunakan imiginasi murid-murid tentang keadaan bentuk bongkah
ABM: Kain penutup mata Bentuk-bentuk konkrit Lagu Matematik kubus, kuboid dan silinder
Cara permainan: Guru menutup mata murid-murid dengan menggunakan sehelai kain Guru akan memainkan muzik lalu memberikan bentuk-bentuk bongkah kepada murid-murid Kemudian murid-murid akan menyerahkan bentuk-bentuk bongkah kepada teman mereka Setelah muzik berhenti, setiap murid akan menerima bentuk bongkah yang disediakan Murid-murid perlu meneka bentuk bongkah yang ada di tangan mereka dan juga menyatakan apakah ciri-ciri bentuk bongkah tersebut
Aktiviti 3: Gaul dan Pilih
Umur : 6-8 tahunHad masa : 20minRamai pemain: Tiada hadnya
Objektif : Mengecam dan membunyikan suku kata.
ABM : Bola-bola ping pong yang dilabel dengan suku kata. Sebiji mangkuk besar Beberapa biji mangkuk kecil.Cara bermain: Individu ataupun kumpulan. Guru mengajak murid-murid duduk di sekeliling meja. Guru memberikan setiap murid sebatang senduk dan mangkuk kosong. Guru meletakkan mangkuk besar yang diisi dengan bola-bola ping pong berlabel suku kata di tengah meja. Guru mengajak murid-murid menggaul bola-bola ping pong di dalam mangkuk besar menggunakan senduk masing-masing. Guru menyebut satu bunyi suku kata, misalnya suku kata ba dan mengajak murid-murid mencari bola ping pong yang berlabel suku ba. Murid-murid menyenduk bola ping-pong berlabel ba dan memasukkan ke dalam mangkuk masing-masing sambilmenyebut ba. Ulang aktiviti dengan mencari suku kata lain.
Aktiviti 4: Fail VokalUmur : 6-8 tahunHad masa : 20minRamai pemain: Tiada hadnya
Objektif : Mengecam, membunyikan huruf vokal dan mengaitkan bunyi vocal dengan gambar.
ABM : Fail berplastik lutsinar di dalamnya, kad vokal a, e, i, o, dan u, kad gambar ayam, epal, ikan, obor dan ular.
Cara bermain : Ajak murid menyusun/memasukkan kad-kad vokal a, e, i, o, dan u dan kad-kad gambar ke dalam fail. Pastikan kad vokal disusun bersebelahan dengan kad gambar yang betul, misalnya kad vokal a disusun sebelah gambar ayam. Ajak murid membunyikan huruf vokal dan mengaitkannya dengan gambar, misalnya vokal a kaitkan dengan gambar ayam, kemudian sebut a, ayam. Ulang aktiviti dengan huruf vokal dan gambar lain.