Aktiviti Pemulihan Tulisan

Click here to load reader

  • date post

    13-Dec-2014
  • Category

    Documents

  • view

    44
  • download

    8

Embed Size (px)

Transcript of Aktiviti Pemulihan Tulisan

Aktiviti Pemulihan Tulisan 4.0 Aktiviti Pemulihan Tulisan

4.1 Cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan

Pada masa ini, rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan, dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan, atau diberi pemulihan dalam darjah empat. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira, berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M. Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

4.2 Pemulihan membaca

4.2.1 Saringan dan diagnosis. Beberapa cara dapat digunakan untuk membuat tindakan saringan dan diagnosis untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca. Cara-cara ini adalah seperti berikut :

1. memerhatikan murid yang sedang membaca. 2. menilai jawapan mereka dari soal selidik guru. 3. menggunakan buku bacaan yang telah dikelaskan. 4. mengkaji pergerakan mata murid ketika membaca. 5. memberi ujian tara. 6. memberi ujian yang direka oleh guru. 7. memilih murid untuk pengajaran pemulihan (atau tambahan). Sebagai panduan, biasanya lebih daripada satu cara digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca.

1. Memerhatikan murid yang sedang membaca. Cara-cara mengesan murid yang mempunyai masalah membaca ialah dengan memerhatikan murid yang membuat perkara berikut : a. Membaca sesuatu muka surat terlalu lama, iaitu murid tersebut tidak menukar muka surat yang dibaca dengan kadar sepatutnya. b. Menggerakkan bibir ketika membaca yang sepatutnya tidak perlu. c. Menggunakan jari atau pensil sebagai petunjuk ketika membaca sesuatu barisan. d. Menggerakkan kepala (dan bukan mata) ketika membaca. e. Tidak duduk senang, selalu bergerak-gerak dan melihat keluar ketika membaca. Perbuatan atau tabiat diatas mungkin menunjukkan bahawa bahan bacaan yang sedang dibaca oleh murid tidak sesuai, atau tidak diminatinya. Walaupun demikian, perkara-perkara seperti diatas haruslah dikaji dengan teliti oleh guru untuk menetukan perkaitan diantara tabiat tersebut dengan sesuatu kelemahan membaca.

2. Menilai jawapan dari soal selidik mengenai tabiat membaca. Guru boleh menyediakan dan memberikan soal selidik mengenai tabiat membaca kepada murid. Jawapan-jawapan dari soal selidik ini dapat digunakan oleh guru untuk mengesan sesuatu masalah khusus dengan lebih lanjut. Tujuan dan matlamat sesuatu rancangan membaca ialah agar murid mempunyai tabiat membaca, dan terus membaca serta ia akan dapat kepuasan dari membaca. Berikut diturunkan satu contoh soal selidik yang dapat digunakan oleh guru.

Nama murid : . Tarikh : ..

1. Apa yang anda buat jika anda tidak berada di sekolah? 2. Adakah anda suka membaca majalah dan buku? 3. Apakah jenis buku yang anda suka baca? Riwayat hidup Pengembaraan Cerita binatang Dongeng Berita 4. Namakan buku-buku yang telah anda baca pada tahun lalu dan tandakan buku yang anda suka. 5. Dari manakah anda dapat buku untuk dibaca? 6. Majalah apakah yang selalu anda baca? Mengapa? 7. Kerja sekolah jenis apa yang anda suka? 8. Apakah cita-cita anda apabila dewasa?

3. Menggunakan buku yang telah dikelaskan Jika ada buku yang telah dikelaskan mengikut darjah, maka murid yang disyaki mempunyai kelemahan membaca boleh disuruh membaca buku tersebut. Kemudian kefahaman murid boleh diuji dengan memberinya soalan-soalan berkaitan dengan perkara yang telah dibacanya. Cara ini harus dapat dibuat untuk beberapa peringkat, atau kelas bahan bacaan hinggakan murid tersebut benar-benar dapat membaca pantas dan faham bahan bacaan yang dibacanya. Biasanya, berbagaibagai jenis bahan bacaan dikemukakan kepada murid tersebut, kerana bahan sains mungkin menimbulkan kerumitan, manakala bahan sejarah mungkin didapati lebih senang.

4. Mengkaji pergerakan mata ketika murid membaca. Pakar-pakar psikologi telah mengkaji pergerakan mata ketika membaca. Dari kajian mereka, beberapa maklumat telah diperolehi. Antaranya adalah seperti berikut :

a. Ketika proses membaca, mata pembaca bergerak dalam satu siri lompatan di satu barisan tulisan. b. Pembaca yang pantas akan membuat perhentian dan pematahan balik yang sedikit ketika membaca jika dibandingkan dengan pembaca yang lambat. Contohnya seorang murid darjah dua di Amerika Syarikat didapati telah membuat 200 perhentian (lompatan) untuk membaca 100 perkataan (20 perhentian untuk 10 perkataan), manakala seorang murid berkebolehan biasa di Gred 8 di Amerika Syarikat ( tingkatan 2 di Malaysia) membuat 93 perhentian untuk membaca jumlah perkataan yang sama. Dari kiraan ini, murid darjah dua tadi membuat 50 pematahan balik untuk 100 perkataan (5 pematahan balik untuk 10 perkataan), manakala murid tingkatan dua membuat 17 pematahan balik untuk 100 perkataan seperti yang digambarkan dalam rajah berikut :

Pergerakan mata ketika membaca untuk murid darjah dua.

10 perkataan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 llllllllll = 10 perhentian = 15 pematahan balik

= 10 perhentian llllllllll jumlah : 20 perhentian

5 pematahan balik

Pergerakan mata ketika membaca seperti ini adalah petunjuk semata-mata untuk beberapa proses yang berlaku dalam otak ketika membaca. Untuk pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, tidaklah betul jika matlamat pengajaran pemulihan ialah untuk melatih pergerakan mata sematamata. Rancangan pemulihan harus memberi pengalaman membaca kepada murid-murid tertentu. Rekod pergerakan mata seperti ini harus digunakan untuk mengesan dan menentukan kelemahan membaca dengan maklumat, atau bukti dari ujian dan cara mengesan yang lain.

Untuk mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata, alat yang paling mudah dan paling murah ialah dengan menggunakan cermin biasa. Cermin diletakkan di sebelah kiri halaman buku, dan murid disuruh membaca halaman kanan. Guru berdiri di belakang murid dan mengira perhentian dan pematahan balik pergerakan mata murid tersebut ketika membaca. Untuk memudahkan pengiraan, perhentian dikira terlebih dahulu, dan pematahan balik dikira kemudian, atau sebaliknya. Dengan sedikit latihan cara ini akan menjadi mudah dan keputusan yang diperolehi amatlah tepat. Berikut diturunkan jumlah purata perhentian dan pematahan balik bagi murid-murid berkebolehan biasa dari Gred 1 hingga ke maktab di Amerika Syarikat. Jadual ini adalah untuk panduan kasar semata-mata, kerana data tempatan tidak diperolehi.

Purata pergerakan mata untuk murid-murid dari berbagai-bagai darjah.

Perhentian untuk 100 perkataan 1 250 2 200 3 175 4 140 5 125 6 120 7 115 Menengah atas 93 Maktab 80 Pematahan balik untuk 100 perkataan

60

50

40

30

25

23

21

17

10

5. Memberi ujian tara

Ada banyak ujian tara yang boleh digunakan untuk menilai peringkat membaca seorang murid, tetapi hampir kesemua ujian ini telah direka di Amerika Syarikat berpandukan data murid-murid disana. Tambahan pula ujian ini menguji pembacaan di dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, berikut diturunkan di antara ujian-ujian bacaan yang lazim digunakan untuk pengetahuan dan makluman sahaja. a. Gates Primary Reading Test : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid gred 1,2, dan 3. Masa pengujian ialah antara 15 hingga 25 minit. b. Gates Reading Survey for grades 3 to 10 : Ujian ini menguji empat aspek pembacaan iaitu perbendaharaan kata, peringkat kefahaman, kepantasan, dan ketepatan. c. Iowa Silent Reading Test : Sesuai untuk menguji bacaan murid gred 4 hingga 8. d. SRA Reading Record : Ujian ini sesuai digunakan untuk murid-murid gred 8 hingga 13. Ujian ini menguji 10 kemahiran membaca iaitu kadar kecekapan, kefahaman, maksud perenggan, membaca direktori, membaca peta, jadual, graf, membaca iklan, penggunaan indeks, perbendaharaan kata teknikal, makna ayat, dan perbendaharaan kata am.

6. Memberi ujian yang direka oleh guru Berbagai-bagai cara mengesan dan menetukan kelemahan membaca dikalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Untuk menguji kecekapan membaca, satu cara yang mudah boleh digunakan. Semua murid dalam bilik darjah disuruh membaca satu bahagian dari buku teks mereka yang belum dibaca mereka lagi.

Semua murid disuruh mula membaca pada masa yang sama, dan disuruh membaca dengan cepat. Kemudian setelah 10 atau 15 minit, semua murid disuruh berhenti membaca, dan disuruh menandakan perkataan yang terakhir dibaca. Dari jumlah perkataan yang dibaca dan masa yang digunakan, kadar kecekapan membaca dapat dikira untuk semua murid dalam bilik darjah tersebut. Untuk menentukan bahawa murid faham bahan yang dibaca, mereka boleh disuruh menjawab soalan mengenai perkara yang dibaca. Bahan-bahan lain,