Aktiviti bercerita.docx
-
Upload
nazri-hussein -
Category
Documents
-
view
259 -
download
0
Transcript of Aktiviti bercerita.docx
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
1.0 PENDAHULUAN
Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan
mengenai kejadian dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun
merupakan khayalan pencerita sahaja. Bercerita merupakan suatu kaedah
mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui
penggunaan teknik bercerita.
Aktiviti ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak
dahulu lagi oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik
bercerita ini merupakan teknik yang dominan dalam menyampaikan warisan
budaya daripada suatu generasi ke generasi yang seterusnya.
Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang
disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
bercerita bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa
menggunakan aktiviti bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat
menumpukan perhatian sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam
keadaan yang dapat menyentuh dan meninggalkan kesan yang mendalam di
dalam diri.
Bercerita ini merupakan suatu aktiviti yang paling berkesan bagi
menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher,1991:86).
Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’ dan membina organisasi
acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu, cerita-cerita yang
menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam kalangan
murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.
Page 1
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
2.0 TUJUAN BERCERITA
Aktiviti bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita
ini biasanya menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas aktiviti
bercerita, guru perlu mengemukakan soalan –soalan pemahaman dan galakkan
murid mengeluarkan idea dan membuat tafsiran sendiri.
Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta
menimbulkan minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan
murid-murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
bercerita, murid-murid mendengar pita rakamanatau menonton sambil
mendengar cerita. Proses pengajaran dan pembelajaran akan mudah untuk
menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang ingin diajar. Tayangan video
atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Penggunaan pancaindera secara maksimum menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Dengan wujudnya tayangan video
yang melibatkan visual serta audio yang menarik dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Misalnya, guru menayangkan
tayangan video berkenaan dengan berhati-hati di jalan raya. Murid-murid akan
menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi yang menarik. Murid-
murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan kerana wujud
penggunaan deria yang maksimum.
Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
Semasa aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat
dititikberatkan. Guru akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas.
Murid akan mendengar dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid
akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru.
Page 2
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
Guru akan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini,
guru dapat menilai kemahiran mendengar murid-muridnya semasa proses
bercerita sedang dijalankan. Murid yang dapat mendengar dengan baik akan
dapat mengenalpasti setiap isi penting yang semasa sesi bercerita sedang
dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang diketengahkan dengan baik.
Di samping itu, dapat memupuk nilai murni yang terkandung di dalam
cerita. Aktiviti bercerita ini biasanya melibatkan penceritaan berkenaan dengan
cerita-cerita teladan. Cerita-cerita teladan ini mempunyai nilai-nilai murni yang
perlu dicontohi di dalam membentuk sahsiah yang tinggi di dalam diri seseorang
murid itu. Misalnya, guru menceritakan cerita rakyat iaitu Sang Semut dan Sang
Belalang. Di dalam cerita ini, terdapat pelbagai nilai murni yang boleh dicontohi
iaitu rajin, tolong-menolong dan sebagainya. Terdapat juga pengajaran yang
dapat dijadikan teladan di dalam hidup seperti janganlah sombong, sediakan
payung sebelum hujan dan sebainya. Melalui penceritaan ini, murid-murid
terdedah dengan nilai murni yang sebelum ini mungkin kurang diketengahkan
kepada mereka. Mereka dapat memahami serta mengaplikasi nilai-nilai murni
yang terdapat di dalam cerita tersebut.
Seterusnya, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan
gembira. Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi banyak melibatkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Dengan
menggunakan teknik bercerita ini, murid-murid dapat menggunakan kreativiti
masing-masing untuk menyampaikan cerita. Jalan cerita berkenaan dengan
cerita tersebut boleh menggambarkan kreativiti murid berkenaan. Melalui proses
penceritaan ini, guru dapat mewujudkan pembelajaran secara koperatif di dalam
proses pembelajaran. Murid-murid dapat menetukan gaya pembelajaran yang
diingini oleh mereka. Proses penceritaan ini merangkumi pelbagai cara dan
kaedah. Salah satu cara yang dapat menarik minat murid-murid ialah dengan
memberikan satu tajuk kepada murid-murid. misalnya, guru memberikan tajuk
‘Rumah Saya’ kepada murid-murid. murid-murid akan berfikir dan cuba untuk
Page 3
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
menceritakan kepada kelas berkenaan dengan apa sahaja tentang rumah
mereka. Mereka secara tidak langsung dapat menyampaikan cerita dengan cara
mereka yang tersendiri. Murid-murid akan teruja mendengar cerita yang
disampaikan oleh rakan-rakan mereka. Teknik ini adalah lebih berkesan jika
dibandingkan guru sahaja yang bercerita iaitu melakukan penerangan kepada
kelas. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih berinisiatif serta proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tersusun.
Selain itu, dapat melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada
secara lisan atau secara menulis. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti
yang melibatkan proses penyampaian idea atau ilmu pengetahuan secara lisan.
Melalui poses penceritaan ini, murid-murid akan dilatih untuk berfikir mendapat
idea berkenaan dengan sesuatu topik yang diberikan oleh guru. Guru akan
memberikan tajuk yang tertentu kepada murid. berdasarkan tajuk berkenaan,
murid dikehendaki untuk melakukan sesi bercerita. Guru akan membimbing
murid-murid. Guru memberikan masa kepada murid-murid untuk berfikir
berkenaan dengan tajuk yang diberikan. Murid-murid akan belajar untuk
mewujudkan satu plot atau jalan cerita. Idea yang difkirkan oleh mereka akan
dipindahkan kedalam cerita yang diberikan. Sesi bercerita ini boleh dilakukan
dengan perancangan yang rapi atau spontan. Jika dengan menggunakan
kaedah bercerita dengan melakukan penyediaan yang rapi terlebih dahulu,
murid-murid akan belajar untuk menyusun idea-idea di dalam bentuk penulisan
terlebih dahulu sebelum melakukan sesi bercerita. Manakala jika proses
penceritaan dilakukan secara spontan, murid-murid akan dilatih untuk menyusun
idea-idea dengan teratur secara lisan.
Di samping itu, dapat melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita
serta dalam aktiviti susulan. Proses bercerita ini merupakan salah satu aktiviti
yang berpusatkan murid. Murid akan bertindak secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid menjalankan aktiviti yang
diarahkan oleh guru manakala guru hanya bertindak sebagai pembimbing.
Murid-murid akan berusaha untuk mempersembahkan cerita yang menarik
Page 4
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
mengikut perspektif masing-masing. Guru akan melakukan pemantauan dan
memberikan bimbingan serta nasihat kepada murid-murid supaya mereka
mendapat panduan untuk melakukan aktiviti yang dirancangkan. Seterusnya,
murid akan dapat melakukan aktiviti susulan secara aktif selepas melakukan sesi
bercerita. Misalnya, guru memberikan tajuk kepada murid-murid. murid-murid
akan bertindak secara aktif semasa sesi bercerita dilakukan. Selepas sesi
bercerita tersebut, wujud aktiviti susulan iaitu sesi soal jawab dengan mruid-
murid. Murid-murid akan bertindak secara aktif dengan mengajukan soalan yang
pelbagai berdasarkan sesi bercerita yang telah dijalankan.
Seterusnya, dapat memperkayakan pengalaman murid melalui perkaitan
cerita dengan kehidupan mereka. Murid-murid di sekolah rendah telah
mempunyai pelbagai pengetahuan asas yang berkaitan dengan kehidupan
seharian mereka. Pengalaman yang diperolehi daripada kehidupan mereka
dapat diperkayakan lagi dengan aktiviti bercerita. Pengalaman sedia ada mereka
adalah berdasarkan daripada kehidupan seharian mereka. pengalaman sedia
ada murid di sekolah bandar adalah berbeza jika dibandingkan dengan
pengalaman sedia ada murid di sekolah luar bandar. Melalui aktiviti bercerita ini,
murid-murid akan bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.
misalnya, murid-murid yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan akan
bercerita berkenaan dengan pantai dan hidupan laut. Mereka akan mengingat
kembali segala pengalaman yang telah diperolehi oleh mereka berdasarkan
kehidupan seharian mereka. Selepas mereka mengingat kembali segala
pengalaman yang telah dilalui oleh mereka, mereka akan memulakan sesi
bercerita berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Murid-murid dapat
mengingat kembali dan menyampaikannya kepada kelas. Murid-murid telah
memahami secara mendalam cerita yang ingin disampaikan. Hal ini akan
memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada mereka.
Selain itu, dapat menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis
karangan. Sesi bercerita ini adalah amat meluas. Tajuk yang dipilih untuk sesi
bercerita ini adalah bebas. Guru-guru boleh memberikan satu situasi kepada
Page 5
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
murid-murid. Situasi-situasi yang diberikan adalah seperti pertolongan cemas,
lawatan ke bandar bersejarah Melaka dan sebagainya. Mereka menceritakan
segala pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. cerita yang disampaikan
adalah berbeza-beza mengikut pandangan atau penglaman masing-masing.
Sesi bercerita ini dapat mewujudkan aktiviti perkongsian pangalaman atau
maklumat dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian maklumat atau
pengetahuan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid.
Maklumat atau pengetahuan yang diperolehi ini adalah amat berfaedah untuk
digunakan di dalam penulisan karangan. Semasa penulisan karangan, murid-
murid akan mendapat pelbagai idea yang mendorong mereka menghasilkan
sebuah karangan yang menarik dan baik.
3.0 KEBAIKAN AKTIVITI BERCERITA
Aktiviti bercerita dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid.Usaha
ini akan menjadikan murid lebih kreatif dan imaginative.Semasa aktiviti
bercerita,secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan
menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu
Aktiviti bercerita juga dapat menyemai empati dalam kalangan murid-
murid.Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia
seperti watak utama menemui kejayaan,gembira dan menderita.Keadaan ini
amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah
suasana dengan mereka untuk menghayati tema da nisi cerita sepenuhnya.
Dapat menyuburkan akal dan kecerdasan otak.Semasa aktiviti
bercerita,murid-murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat,hairan,geram dan
perasaan ingin tahu.Murid-murid digalakkan bertanya dan menyoal,memberi
komen atau pandangan terhadap peristiwa,sifat serta perilaku watak-watak
dalam cerita tersebut.Aktiviti seperti ini akan membantu mengasah akal dan
mempertingkatkan kecerdasan minda murid-murid.
Page 6
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
Selain itu juga,aktivitti bercerita dapat menggalakkan perkembangan
bahasa.Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata
dan memperlihatkan ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid
4.0 PRINSIP AKTIVITI BERCERITA
Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik.Jalan ceritanya tersusun
dengan baik da nada kesudahan.Semasa penyampaian cerita tersebut,guru
perlu menggunakan pelbagai gaya yang menerik seperti gaya
isyarat,pergerakan,pertanyaan,menggunakan cakap ajuk,melakonkan peristiwa-
peristiwa tertentu dan sebagainya.
Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti berjalan juga
penting.Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan
intelek,emosi dan kadang kala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita.Semua
aktiviti ini boleh ddiikuti dengan pelbagai gerak kerja lanjutan yang dirasakan
sesuai
Aktiviti bercerita harus mempunyai tema yang sesuai.Ini bermakna ,cerita
itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh.Ceritanya mesti
mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid terutamanya dari segi
kematangan berbahasa,umur latar belakang, minat kecerdasan otak dan
pengalaman mereka
Menggunakan bahsa yang sesuai dengan tahap murid.Ini bermakna
bahasa perlu mengandungi perkataan dan rangkai kata yang tepat,sesuai dan
berkesan.Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas,ringkas dan tidak
mengelirukan.Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa
pengertian harus juga dielakkan
Page 7
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
5.0 PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI BERCERITA
5.1.PERMULAAN BERCERITA
.Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil
bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir
cerita.Boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat,mimic
muka,gambar,pengelihatan murid,media di samping bijak memainkan kata-
kata,dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai.Permulaan
cerita lebih menarik jika mereka Berjaya membawa imaginasi murid- murid lain
ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu.Dalam masa
yang sama,guru berperanan membimbing murid-murid supaya membaca dialog
dengan gaya,nada dan intonasi yang betul
Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan
yang baik dengan murid.Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu
sebelum aktiviti bercerita bermula.Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di
samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang
hendak disampaikan
5.2.PEMBENTUKAN CERITA
Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap
murid.Hal ini penting agar maksud cerita dapat di fahami sepenuhnya oleh
murid-murid.Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu
kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada
cerita.Kelancaran pertuturan amat penting unruk memberi kesan penceritaan di
samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan
berkesan.Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak
menghadapi masalah untuk memahami cerita berkenaan
Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-
rendah nada,intonasi,kelantangan,panjang- pendek,besar dan kecil dan
Page 8
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
sebagainya.Keadaan suara yang sedemikian hendak diwujudkan di tempat yang
sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu.Umpamanya situasi yang
menyeramkan pada waktu tengah malam,suara pencerita tadi akan bertukar
menjadi garau kasar,seram dan ditambah sedikit dengan hilaian.Jika suara
menutup telinga ini benar-benar berkesan lazimnya murid-murid akan menutup
telinga dan mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka.
Gerak-geri dan mimik muka juga akan dapat membantu guru atau murid
yang sedang bercerita untuk menyampakan maksud dan kandungan dengan
lebih jelas dan bermakna.Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita
yang menarik dan menghiburkan.
Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media
boleh menarik minat murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan.Jika perlu
gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan
bosan.
Cerita haruslah mengikut urutan,di mana jalan cerita yang perlu di
dahulukan akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya.Ini perlu
supaya hubungan antara cerita dengan cerita yang lain konsisten dan
menyakinkan pendengar.
Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu kepada tema
yang hendak disampaikan.Kefahaman terhadap tema membantu murid-murid
mengenal pasti plot cerita,watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan
berkesan
Penglibatan murid perlu menyeluruh dan maksimun iaitu sama ada secara
kognitif,psikomotor atau secara lisan dengan memberi pandangan atau
cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian
dalam aktiviti bercerita ini.
Page 9
Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuApril 11, 2014
5.3 PENUTUP CERITA
Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya.Dalam bahagian
ini,semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesaikan.Perkara yang paling
penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang hendak di
sampaikan guru.
6.0 PERSEKITARAN
Persekitaran yang selesa dapat membantu penghayatan kanak-kanak
terhadap sesebuah cerita. Persekitaran ini tidak terhad kerana tidak semestinya
guru perlu bercerita di dalam bilik darjah sahaja, tetapi ia boleh dilaksanakan di
luar seperti di bawah pokok, di taman permainan atau ruang-ruang lain di
persekitaran yang difikirkan sesuai. Selain itu, guru tidak semestinya perlu
bercerita di luar kerana guru boleh menggunakan daya kreatifnya dalam
mengubahsuai ruang dan susunan kerusi meja.
7.0 CARA UNTUK MENYUSUN DAN MENGUBAHSUAI SUDUT BERCERITA;
Guru boleh meletakkan sudut boneka dan menggantungkan mobail perhiasan
seperti pokok bunga, rama-rama dan sebagainya untuk diletakkan di sudut
bersesuaian.
Kedudukan pencerita dengan kanak-kanak boleh disusun dalam bentuk separuh
bulatan secara langsung dapat mengawal kelas.
Guru perlu merancang lebih awal dalam memilih tempat yang paling
sesuai dengan teknik dan peralatan yang digunakan. Sekiranya guru ingin
menggunakan teknik lakonan atau drama yang bertajuk ‘rama-rama’, guru perlu
menyediakan ruang cerita yang luas bagi membolehkan kanak-kanak bergerak
bebas. Namun begitu, guru haruslah bijak mengawal tingkah laku kanak-kanak
semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Guru juga harus peka dalam
menentukan masa dan situasi kerana aktiviti bercerita yang dilaksanakan di luar
bilik darjah tidak sesuai dilakukan pada waktu tengah hari.
Page 10