AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

15
E-Proceeding of the 2 nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 275 AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN PENGARUHNYA TERHADAP DAKWAH REMAJA BERISIKO Azyyati Mohd Nazim Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Pusat Pengajian Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin( Kampus Gong Badak ), 21300 Kuala Terengganu [email protected] ABSTRACT Permasalahan sosial yang melibatkan salah laku golongan remaja menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Justeru, fenomena masalah sosial remaja telah mendorong pendakwah wanita NGO muslim memainkan peranan dalam menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti pendakwah wanita. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pengaruh aktiviti-aktiviti pendakwah NGO wanita Islam terhadap remaja berisiko di Kuala Terengganu. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kajian tinjauan yang dilakukan melalui soal selidik. Seramai 556 remaja berisiko yang menjadi peserta program NGO wanita Islam telah dipilih sebagai responden melalui persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti-aktiviti NGO wanita Islam mempunyai pengaruh terhadap kumpulan remaja berisiko menerusi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti pendakwah NGO wanita Islam ialah mengadakan seminar, kem remaja, bimbingan dan kaunseling serta aktiviti olahraga. Hasil kajian yang diperolehi dapat memberi sumbangan dari aspek pemahaman Islam dan tuntutan ajarannya kepada remaja berisiko. Seterusnya memberi gambaran gerak kerja dakwah untuk mendekati golongan remaja berisiko. Field of Research: Pendakwah wanita, aktiviti dakwah,remaja berisiko, NGO (Organisasi Bukan Kerajaan) ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Dalam konteks dakwah, sejarah telah mengingatkan kembali tentang baiᶜah yang telah berlaku di antara beberapa orang wanita bersama Rasulullah s.a.w dalam perjanjian yang dinamakan Baiᶜah al- ᶜAqabah yang pertama. Setelah selesai menerima baiᶜah orang-orang lelaki bersama Rasulullah s.a.w, baginda beralih pula kepada baiᶜah sekelompok perempuan. Menurut kisah sejarah dalam kitab al- Rahiq al-Makhtum oleh al-Mubarakfuri (2011: 602), sebaik sahaja Hindun binti ᶜUtbah isteri Abu Sufiyan mendengar dan menerima baiᶜah dengan Rasulullah s.a.w, Hindun telah pulang ke rumahnya dan memecahkan patung-patung di rumahnya. Inilah kesan daripada dakwah Rasulullah s.a.w yang mana intipati baiᶜah tersebut ialah persoalan tauhid dan hukum sebagaimana dalam penceritaan ᶜUbadah bin al-Sāmit (al-Būti 1988: 213)“...Marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali-kali mensyirikkan dan menyengutukan Allah. Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak-anak kamu dan janganlah kamu menderhaka perintah ku ini kerana hendak melakukan kejahatan. Barangsiapa menunaikan segala janji-janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa daripada Tuhan dan barangsiapa melanggar garis-garis tadi kemudian dibalas di dunia ini

Transcript of AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

Page 1: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 275

AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN PENGARUHNYA TERHADAP DAKWAH REMAJA BERISIKO

Azyyati Mohd Nazim

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Pusat Pengajian Dakwah

Universiti Sultan Zainal Abidin( Kampus Gong Badak ), 21300 Kuala Terengganu [email protected]

ABSTRACT

Permasalahan sosial yang melibatkan salah laku golongan remaja menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Justeru, fenomena masalah sosial remaja telah mendorong pendakwah wanita NGO muslim memainkan peranan dalam menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti pendakwah wanita. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pengaruh aktiviti-aktiviti pendakwah NGO wanita Islam terhadap remaja berisiko di Kuala Terengganu. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kajian tinjauan yang dilakukan melalui soal selidik. Seramai 556 remaja berisiko yang menjadi peserta program NGO wanita Islam telah dipilih sebagai responden melalui persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti-aktiviti NGO wanita Islam mempunyai pengaruh terhadap kumpulan remaja berisiko menerusi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti pendakwah NGO wanita Islam ialah mengadakan seminar, kem remaja, bimbingan dan kaunseling serta aktiviti olahraga. Hasil kajian yang diperolehi dapat memberi sumbangan dari aspek pemahaman Islam dan tuntutan ajarannya kepada remaja berisiko. Seterusnya memberi gambaran gerak kerja dakwah untuk mendekati golongan remaja berisiko.

Field of Research:

Pendakwah wanita, aktiviti dakwah,remaja berisiko, NGO (Organisasi Bukan Kerajaan)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Dalam konteks dakwah, sejarah telah mengingatkan kembali tentang baiᶜah yang telah berlaku di antara beberapa orang wanita bersama Rasulullah s.a.w dalam perjanjian yang dinamakan Baiᶜah al-ᶜAqabah yang pertama. Setelah selesai menerima baiᶜah orang-orang lelaki bersama Rasulullah s.a.w, baginda beralih pula kepada baiᶜah sekelompok perempuan. Menurut kisah sejarah dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh al-Mubarakfuri (2011: 602), sebaik sahaja Hindun binti ᶜUtbah isteri Abu Sufiyan mendengar dan menerima baiᶜah dengan Rasulullah s.a.w, Hindun telah pulang ke rumahnya dan memecahkan patung-patung di rumahnya. Inilah kesan daripada dakwah Rasulullah s.a.w yang mana intipati baiᶜah tersebut ialah persoalan tauhid dan hukum sebagaimana dalam penceritaan ᶜUbadah bin al-Sāmit (al-Būti 1988: 213)“...Marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali-kali mensyirikkan dan menyengutukan Allah. Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak-anak kamu dan janganlah kamu menderhaka perintah ku ini kerana hendak melakukan kejahatan. Barangsiapa menunaikan segala janji-janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa daripada Tuhan dan barangsiapa melanggar garis-garis tadi kemudian dibalas di dunia ini

Page 2: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 276

maka itu adalah dendanya dan barangsiapa melanggar perjanjian tadi Tuhan melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah, kalau kehendak Tuhan hendak membalas atas perlanggaran itu maka itulah balasannya dan kalau kehendak Tuhan mengampuninya kamu itu terserahlah kepada Allah jua”.

Baiᶜah ini dikenali sebagai perjanjian wanita semasa peristiwa pembukaan kota Mekah. Bahkan

baiᶜah ini juga menunjukkan kewajipan berdakwah bukan tanggungjawab para Rasul dan Anbiya’ atau pun para khalifah dan ulama sahaja tetapi setiap muslim berkewajipan menanggung kewajipan ini.

Islam menggalakkan umatnya untuk menghidupkan nilai nasihat-menasihati dalam kelompok manusia. Dalam masyarakat muslim, setiap anggota masyarakatnya dapat hidup dalam kasih sayang dan tolong-menolong. Bahkan golongan yang lemah tidak dibiarkan tanpa bantuan daripada kalangan anggota masyarakat muslim. Demikianlah ajaran Islam menyemai perasaan bekerjasama dalam setiap individu bukan hanya dalam keluarganya sahaja bahkan kepada negara, ummah dan menyemarakkan semangat persaudaraan dan silaturahim sesama manusia. Bersikap mesra dalam mendekati manusia adalah amalan yang mulia. Amalan seseorang bukan sahaja disaksikan oleh Allah dan RasulNya, malah turut disaksikan oleh manusia yang lain juga dalam konteks dakwah.

Oleh itu, syarat untuk menjadi seorang Islam yang baik bukan setakat melakukan solat, puasa, zikir dan tasbih tetapi yang menjadi ukuran ialah sumbangan mereka kepada orang lain. Di dalam al-Quran ada menggambarkan keadaan keadaan orang-orang yang berbakti kepada Allah pada hari kiamat. Golongan seperti ini melakukan amalan kebaikan demi mencapai redha Allah s.w.t. Demikianlah Firman Allah s.w.t:

. . .

.

Maksud:

Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang berbakti itu(tersimpan) dalam ᶜIlliyyin. Tahukah kamu apakah ‘Illiyyin itu?.(Iaitu) kitab yang bertulis, yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan(kepada Allah). Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar(syurga). ( surah al-Mutaffifin 83: 18-28 )

Menurut Qutb (1991)dalam tafsirnya Fi Zilāl al-Al-Qurān menjelaskan kedudukan orang-orang yang berbakti berada pada kedudukan yang tinggi, kebahagiaan hakiki yang yang akan mereka nikmati di dalam syurga. Ini menggambarkan kesudahan manusia yang berbakti ikhlas kerana Allah s.w.t sudah ditentukan. Orang yang banyak berbakti adalah orang yang melakukan amalan kebaktian secara istiqamah (berterusan) dalam semua jenis perbuatan yang baik sehingga membudaya dalam kehidupannya. Manakala Ibn Kathir (1993) dalam tafsirnya menerangkan ayat di atas mengenai tempat-tempat orang-orang mukmin yang taat patuh dan menurut tuntutan Allah dan Rasulullah s.a.w akan memperoleh pelbagai nikmat yang mereka dapat rasakan, kesenangan yang tidak terhingga dan menjadi perlumbaan bagi manusia dalam urusan akhirat dan membanyakkan perkara yang boleh mendatangkan keberkatan.

Oleh yang demikian, kesedaran yang tinggi untuk melibatkan diri dalam masyarakat

merupakan satu amalan yang mulia untuk memenuhi kewajipan dakwah secara berorganisasi.

Page 3: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 277

2. Pendakwah Wanita

Barigish (1985: 29 ) menjelaskan pendakwah wanita yang mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kewajipan berdakwah akan dapat memahami ajaran Islam secara jelas dan sempurna, memahami sunah Rasulullah s.a.w dan menterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan dan mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah bagi membentuk jiwa yang tenang demi mencapai redha Allah. Selain itu, seorang pendakwah wanita mampu menjadi benteng yang kuat untuk menangkis segala pemikiran modernisasi yang bukan bersendikan akhlak dan merosakkan aqidah. Dengan memiliki kesedaran yang tinggi dalam ajaran Islam, pendakwah wanita sebagai pendorong utama untuk melaksanakan kehidupan yang menurut kehendak ajaran Islam dan tampil dalam kalangan kaum wanita untuk berdakwah dengan cara yang tidak bertentangan dengan fitrah kemanusiaan yang diciptakan oleh Allah. Ini bersesuaian dengan kefahaman yang jelas mengenai hak dan tanggungjawab wanita dalam masyarakat. Pendakwah wanita yang berakhlak mampu berintegrasi dalam kalangan wanita lain dari sudut pemikiran, nasihat, bimbingan dan pelbagai bentuk sumbangan bagi tujuan dakwah.

Bidang penglibatan dakwah yang bersesuaian dengan pendakwah wanita iaitu; pertamanya berdakwah dalam masyarakat dalam kalangan kaum wanita. Pendakwah wanita dapat menjelaskan kekeliruan gaya hidup masyarakat moden yang banyak dipengaruhi oleh pelbagai bentuk arus pemikiran materialistik. Oleh itu kehadiran pendakwah wanita bertujuan sebagai sekolah pertama bagi mengasuh dan mentarbiyyah golongan remaja. Selain itu, pendakwah wanita menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang berusaha dengan kaum lelaki dalam menyampaikan mesej dakwah. Dalam hal ini, pendakwah wanita memahami tanggungjawabnya sebagai wanita Islam dalam keluarga dan masyarakat. Kedua; pendakwah wanita bergiat dalam usaha pendidikan dan pengajaran. Dalam kegiatan pendidikan, pendakwah wanita menyampaikan kefahaman agama mengenai keimanan dan akidah supaya masyarakat memperoleh ilmu sebagai penyuluh kepada kekeliruan dan kesesatan dalam hidup ( al-Wāᶜi 1991: 54 ).

Kewajipan berdakwah bagi wanita bukan bermakna seseorang itu akan mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai pengurus rumah tangga dan keluarga. Dalam menjalani tugas sebagai pendakwah, wanita perlu memahami kedudukannya dalam Islam sama ada sebagai anak perempuan, saudara sesama Islam, isteri dan ibu agar lebih jelas perbezaannya dengan peradaban yang jauh dari Islam. Islam memberi penghargaan kepada wanita dalam tanggungjawab kemanusiaannya. Dakwah adalah suatu keperluan bagi wanita.Dengan menyedari dan memahami hak-hak dan kewajipannya, maka keupayaan untuk menyedarkan wanita secara bersungguh-sungguh akan lebih berkesan apabila dilakukan oleh dakwah daripada kaum wanita kepada golongan wanita yang lain pula. Berdasarkan kepada hak-hak penglibatan sosial wanita dalam Islam, ia menggambarkan kegiatan sosial yang dilakukan secara bersama. Ertinya sejumlah orang bergabung dan bekerjasama melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat awam, baik dalam bidang ibadah, keilmuan atau pun hiburan. Kedua, kegiatan yang dilakukan oleh satu atau beberapa orang secara sukarela sebagai pengabdian terhadap masyarakat dalam bidang pendidikan, amal maᶜruf dan nahi munkar, kerja bakti dan sosial serta kegiatan-kegiatan lainnya(ᶜAbd al-Halim Abū Syuqqah ( 1995).

Page 4: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 278

3. Aktiviti dakwah

Muhammad Khayr (2009: 102 ) menjelaskan tentang aktiviti dakwah merupakan usaha yang bersungguh-sungguh dari sudut cara berfikir atau latihan fizikal untuk mencapai sesuatu matlamat dakwah, mendidik tingkah laku, aktiviti reakreasi dan pelbagai manfaat yang dapat diperolehi daripada aktiviti dakwah.

Aktiviti dakwah mempunyai objektif dan penyediaan isi kandungan dan perancangan sebagai panduan untuk melaksanakan aktiviti tersebut.Selepas tamat aktiviti, pendakwah perlu melakukan penilaian berdasarkan aktiviti iniuntuk mendapat faedah dan dapat mengulangi aktiviti dakwah untuk yang kedua kali. Setiap aktiviti direkodkan dalam buku aktiviti bagi menghimpunkan pelbagai manhaj dakwah yang pernah digunakan dalam aktiviti dakwah.

Contoh aktiviti dakwah ialah mengadakan lawatan, ziarah atau mengadakan pertemuan, mewujudkan buletin majalah dakwah, nadwah, ceramah, program lawak santai, riadah atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan.Selain itu, aktiviti dakwah boleh diadakan dalam bentuk lakonan, nyanyian, pementasan dan pelbagai jenis majlis sambutan.Aktiviti dakwah dalam bentuk permainan berkumpulan atau pelbagai jenis aktiviti gerak badan.Setiap aktiviti mempunyai kelebihan dan faedah.

4. NGO wanita Islam

Terdapat dua jenis pertubuhan wanita sukarela di Malaysia, iaitu (Nik Safiah Karim 1990: 98):

(i) Pertubuhan yang ahli-ahlinya terdiri daripada hanya wanita; (ii) Pertubuhan yang ahli-ahlinya terdiri daripada wanita dan juga lelaki tetapi yang mempunyai

bahagian/cawangan wanita.

Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada sukarelawan wanita Islam yang memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada para anggotanya ataupun di luar lingkungan mereka dalam pelbagai peringkat golongan sasaran. Dalam mempersoalkan faktor yang membawa kepada tertubuhnya sebuah persatuan adalah kerana manusia yang suka membuat pelbagai perancangan dan menyusun kehidupan secara bersama untuk membawa kepada penyelesaian masalah dan keperluan manusia. NGO pada umumnya adalah organisasi yang mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan pergantungan kepada bantuan amal dan penyertaan semangat sukarelawan (Keshk t.th: 250). Walaupun sektor NGO semakin diprofesionalkan, namun prinsip-prinsip NGO adalah jelas. Sebagai organisasi bukan kerajaan, umumnya, NGO adalah sebuah organisasi yang bukan untung dan tidak terkait dengan birokrasi pemerintahan. NGO berprinsip dengan altruism (sedia berkorban) dan voluntarism (kesukarelaan) masih menjadi ciri utamanya. Sehubungan ini, enam gabungan prinsip sebagai NGO yang bersifat ideal iaitu; non-governmental, non profit making, voluntary, of a solid and continuing form, altruistic dan philanthropic .

(a) Organisasi Bukan Kerajaan Bermakna sebuah NGO (Non Governmental Organization) menjalani proses membuat keputusan sebagai sebuah organisasi yang bebas daripada kemahuan pihak kerajaan.

(b) Bukan membuat keuntungan: Bermakna bahawa aktivitinya tidak didorong oleh motif membuat keuntungan dan keuntungan yang mungkin timbul daripada aktiviti-aktivitinya tidak boleh dibahagikan dalam kalangan ahli-ahlinya sebagai keuntungan peribadi.

Page 5: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 279

(c) Sukarela: Bermakna bahawa kelayakan untuk menjadi ahli berdasarkan keinginan individu sendiri untuk mengambil bahagian. Penyertaan mestilah tidak tertakluk kepada milik beberapa organisasi lain.

(d) Sebuah organisasi yang teguh dan berterusan: Bermakna bahawa tidak seperti pelbagai bentuk aktiviti sukarela dijalankan secara ad hoc, sebuah NGO mesti menjadi entiti yang berterusan dalam bentuk organisasi yang kukuh.

(e) Sedia Berkorban: (altruistic) Bermakna bahawa tujuan serta-merta sebuah NGO adalah untuk bertindak bagi manfaat orang lain.

(f) Dermawan: Merujuk kepada fakta bahawa NGO tidak mungkin menerima bayaran daripada penerima perkhidmatannya.

5. Remaja Berisiko

Menurut pandangan Ridā (2002: 39) dalam bukunya Shabāb bila mashākil mengenai lafaz ‘storm and stress’ bagi remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berpenyakit. Oleh itu, penyimpangan remaja ( المراهقة انحراف ) adalah dari kesan persekitaran (البيئة) terhadap diri mereka. Dengan ini, jiwa mereka dipengaruhi oleh persekitaran negatif.

Perkataan (المراهقة) ialah satu tempoh dari permulaan baligh sehingga matang (الرشد). Dalam pendefinisian remaja, terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan batasan permulaan dan akhir bagi seorang remaja. Dari sudut pemahaman fiqh, usia baligh adalah usia taklif (tanggungjawab dan kewajipan) berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w:

يحتلم حتى الصبي وعه, يستيقظ حتى النائم وعه, يبرأ حتى عقله على المغلوب جنونالم عه: ثالثة عه القلم رفع

( Abu Dawud, Sunan Abu Dawud, Kitab: Hudud, Bab: ( حدا يصيب أو يسرق المجنون فى )

Maksud: Diangkat pena dari tiga perkara: daripada orang fikiran gila sehingga sembuh, yang tidur sehingga terjaga dan anak sehingga baligh.

Berdasarkan kepada riwayat Nafiᶜ Ibn ᶜUmar katanya: “… telah datang Rasulullah s.a.w kepadaku pada hari Uhud dalam peperangan dan usiaku 14 tahun , maka Rasulullah s.a.w tidak mengizinkanku dan datang kepadaku pada hari Khandak dan aku berusia 15 tahun dan Rasulullah s.a.w mengizinkanku. Berkata Nafiᶜ rahimahullah: “ Aku datang kepada ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz yang ketika itu sebagai khalifah dan aku menceritakan kisahku kepadanya. “… Maka dia berkata: Inilah had umur pemisah di antara kecil dan besar, maka dia menulis kepada para pekerjanya semestinya adalah berusia 15 tahun dan sesiapa yang di bawah umur tersebut adalah masih anak-anak” (Muhammad Hamid & Khaulah Darwish 1997: 16).

Berpandukan kepada kamus al-Muhit(Abādi 1995: 800 ) : رهقب فالن رهق bermaksud: ketololan,

kebodohan, kejahilan, di sebalik kejahatan, ketidakadilan dan diselubungi dosa. Oleh yang demikian, berlatar belakangkan kepada pengaruh bahasa dan ketamadunan pemikiran Arab, remaja itu dihubungkan dengan ciri-ciri dan sifat kebodohan dan belum mencapai tahap kematangan kecuali diikuti dengan kesungguhan tarbiyyah dan ajaran syariᶜat akan menjauhkan remaja dari sifat-sifat

Page 6: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 280

yang dinyatakan di atas lantas mengurangkan sifat memberontak dan kerosakan (Muhammad Hāmid & Khaulah 1997: 16) .

Perbezaan had baligh ini adalah amat penting dalam Islam kerana ia menunjukkan seseorang

itu tergolong dalam golongan mukallaf atau tidak. Apabila had ini sudah dikenal pasti dalam diri seseorang maka dengan sendirinya dia wajib melaksanakan tanggungjawab agama. Maka dia mula dikenakan segala tuntutan Allah s.w.t yang berkaitan dengan larangan-larangan dan perintah-perintahNya.

6. Theoretical Framework

Rangka Konsep Kajian

Menurut pandangan Ridā (2002: 39) dalam bukunya Shabāb bila mashākil mengenai lafaz ‘storm and stress’ bagi remaja yang mempunyai ciri-ciri remaja yang berpenyakit. Oleh itu, penyimpangan remaja ( المراهقة انحراف ) adalah dari kesan persekitaran (البيئة) terhadap diri mereka. Dengan ini, jiwa mereka dipengaruhi oleh persekitaran negatif.

Justeru, dalam menangani remaja berisiko, sudah sewajarnya semangat kemasyarakatan

yang berasaskan ajaran Islam sangat perlu dibangkitkan. Firman Allah s.w.t:

( Surah al Al ᶜImrān 4: 104 ) Maksud: Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Justeru, kebangkitan semangat sukarelawan dalam kalangan NGO yang mewakili masyarakat

khususnya penyertaan NGO wanita Islam yang memainkan peranan dalam menangani remaja berisiko di daerah Kuala Terengganu. Ihsān Muhammad ᶜAli dalam kitabnya al-ᶜAmal al-Taṭawwuᶜi min manẓūr al-Tarbiyyah al-Islāmiyyah (2008: 18) membincangkan kedudukan amal sukarela dalam Islam serta takrifannya ialah “…usaha yang dilakukan seseorang manusia tanpa balasan sebagai penyertaan dalam tanggungjawab pertubuhan yang bergiat dalam penjagaan komuniti”. Oleh yang demikian peranan NGO wanita Islam merupakan satu konsep yang berasaskan sukarelawan yang

Pendakwah Wanita

Remaja Berisiko

Aktiviti-aktiviti Dakwah NGO Wanita Islam

Page 7: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 281

membuat sumbangan dari segi masa, tenaga dan wang untuk berkhidmat dalam menangani remaja berisiko menerusi sistem dan kaedah yang tersusun bagi memenuhi keperluan masyarakat. Kerangka konseptual tersebut dapat digambarkan melalui pernyataan berikut: (Sāmiah et.al. 1985: 141);

…Community Organization and Social Planning refer to activities in which Organizational methods of intervention are used to meet social needs and counteract social problem. This means that, ways of redistributions resources, service functions and decision-making power,…

7. Methodology

7.1 Sample and data collection method

Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kajian tinjauan yang dilakukan melalui soal selidik. Penyelidikan yang berbentuk deskriptif ini memerlukan pengedaran borang soal selidik kepada peserta-peserta semasa aktiviti wanita NGO Islam dijalankan. Soal selidik mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk diagihkan ke atas responden oleh pengkaji. Kajian rintis dijalankan diperingkat awal iaitu sebelum lapangan dibuat bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan item-item yang terkandung dalam soal selidik. Nilai kebolehpercayaan apabila menggunakan Alpha Cronbach adalah 0.75. Ini bermaksud, soalan yang disediakan bagi domain yang melebihi 0.75 adalah boleh dipercayai dan sesuai untuk memperoleh skor yang stabil daripada responden kajian.

Soal selidik menggunakan skala Likert ‘sangat tidak setuju’ adalah , ‘tidak setuju’ adalah 2, ‘tidak pasti’ adalah 3, ‘setuju’ adalah 4 dan ‘sangat setuju’ adalah 5 digunakan. Manakala pemerihalan data kajian dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min berdasarkan persoalan kajian.

Seramai 556 golongan remaja berisiko yang menyertai aktiviti NGO wanita Islam di daerah

Kuala Terengganu terlibat dalam kajian ini. Responden berumur di antara 13 hingga 24 tahun iaitu kategori sekolah menengah dan akhir IPT dan menjadi peserta dalam aktiviti NGO wanita Islam di dalam daerah Kuala Terengganu. NGO wanita Islam yang dipilih adalah berdasarkan misi pertubuhannya mengandungi elemen memberi sumbangan pendidikan akhlak, rohani dan jasmani perempuan-perempuan Islam, membimbing anak-anak muda atau gadis Islam dari segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan yang berilmu dan maju, menjadi pemimpin wanita yang fundamental, kontemporari dan profesional berasaskan Islam dan bercirikan gerakan Islam yang komprehensif untuk merealisasikan cita-cita Islamiah.NGO wanita Islam yang terbabit iaitu (LKPI) Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Terengganu cawangan Kuala Terengganu, (PPIM) Pergerakan Puteri Islam Malaysia, wanita (IKRAM) Pertubuhan IKRAM Malaysia dan wanita ABIM Terengganu cawangan Kuala Terengganu.

7.2 Instrumentation

7.2.1 Soal Selidik Jadual di bawah menunjukkan statistik yang diperolehi dari 15 item berkaitan pengaruh program NGO dalam diri responden yang dilaporkan secara deskriptif, peratusan dan min dengan

Page 8: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 282

menggunakan skala Likert (1932) digunakan ‘sangat tidak setuju’ adalah 1, ‘tidak setuju’ adalah 2, ‘tidak pasti’ adalah 3, ‘setuju’ adalah 4 dan ‘sangat setuju’ adalah 5. Hasil statistik yang diperolehi dari 15 item mendapati lima yang tertinggi ialah saya melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, min (4.02). Diikuti responden sentiasa berdoa kepada Allah dan mengadu kepadaNya apabila ada masalah, min (3.86), responden berkawan dengan kawan yang baik, min (3.85), responden ingin berubah menjadi remaja yang lebih baik, min (3.85) dan responden bersemangat untuk belajar dan memajukan diri, min (3.83). Jadual 1: Pengaruh Program NGO Dalam Diri Remaja Berisiko

Jadual Pengaruh program NGO

Pengaruh Program NGO Kekerapan/Peratusan(%) Min Dalam Diri Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Remaja Berisiko Tidak Setuju Pasti Setuju Setuju

Program NGO memberi 36 15 194 182 129 3.63 pengaruh/ikutan (6.5) (2.7) (34.9) (32.7) (23.2) baik kepada saya Saya memperoleh maklumat 20 16 185 204 131 3.74 dan pengajaran (3.6) (2.9) (33.3) (36.7) (23.6) Saya ingin berubah menjadi 12 15 177 195 157 3.85 remaja yang lebih baik (2.2) (2.7) (31.8) (35.1) (28.2) Saya menyempurnakan 18 21 204 153 160 3.75 solat lima waktu (3.2) (3.8) (36.7) (27.5) (28.8) Saya kerap membaca Al-Quran 17 33 246 159 101 3.53 (3.1) (5.9) (44.2) (28.6) (18.2) Saya melaksanakan puasa di 10 13 154 156 223 4.02 bulan Ramadhan (1.8) (2.3) (27.7) (28.1) (40.1) Saya sentiasa berdoa kepada 11 17 187 165 176 3.86 Allah dan mengadu kepadaNya (2) (3.1) (33.6) (29.7) (31.7) apabila ada masalah Saya berkawan dengan 10 17 187 172 170 3.85 kawan yang baik (1.8) (3.1) (33.6) (30.9) (30.6)

Page 9: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 283

Saya menunaikan perintah 12 16 203 175 150 3.78 Allah dan taat kepadaNya (2.2) (2.9) (36.5) (31.5) (27) Saya mengisi waktu lapang 14 18 245 164 115 3.63 dengan perkara berfaedah (2.5) (3.2) (44.1) (29.5) (20.7) Saya taat perintah dan 12 17 197 187 143 3.78 berbuat baik kepada (2.2) (3.1) (35.4) (33.6) (25.7) ibu bapa/orang lain Saya meningkatkan diri dengan 11 16 232 186 111 3.67 pelbagai kemahiran hidup yang (2) (2.9) (41.7) (33.5) (20) berguna Saya menghadiri majlis-majlis 17 39 234 170 96 3.52 ilmu agama (3.1) (7) (42.1) (30.6) (17.3) Saya bersemangat untuk belajar 11 15 184 196 150 3.83 dan memajukan diri (2) (2.7) (33.1) (35.3) (27) Saya lebih yakin kepada diri sendiri 15 22 202 177 140 3.73 (2.7) (4) (36.3) (31.8) (25.2)

Sumber: Soal Selidik 2012

7.2.2 Temu bual Bertruktur ( Bersemuka )

Dalam kajian ini, seramai 14 peserta kajian dari 4 buah NGO wanita Islam telah dipilih untuk ditemu bual secara bersemuka. Tujuan temu bual adalah untuk mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh NGO wanita Islam dalam menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu. Antara soalan temu bual berstruktur yang diajukan ialah mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO wanita Islam.

Program NGO wanita Islam yang utama ialah mengadakan seminar untuk remaja samada pada peringkat sekolah atau di IPT. Antara tajuk seminar ialah ‘Menara Gading’, ‘Hassan Al-Banna’, ‘Keindahan BersamaMu’ dan ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Tujuan seminar ini adalah untuk menyampaikan kesedaran tuntutan sebagai pelajar, memberi gambaran tentang tasawur Islam dan tasawuf. Seterusnya, perbincangan dan soal jawab dilaksanakan dalam bentuk ceramah, LDK (Latihan dalam kumpulan), usrah, rihlah, diskusi buku dan kem.Ini disokong oleh, “…Yang paling asas ialah usrah. Yang lain, rehlah, usrah gabungan, mukhayyam, ‘bedah’ buku. Itulah yang kita buat” IKRAM/1 “…kenapa hidup dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah” IKRAM/2 “…kita banyakan LDK, kita terapkan secara tak langsung tasawwuf dan tasawwur Islam” ABIM/3

Page 10: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 284

“…bersama peserta dalam LDK” AJK ABJZ “…kita buat program MUB (Meniti usia baligh) untuk remaja yang baru meningkat usia 12-13 tahun” AJK KBM Selain itu, aktiviti kem sering digunakan dalam program pelajar. Antara bentuk aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan, aktiviti keagamaan, projek ‘Adik Angkat’, kem solat, ‘jungle tracking’ dan kem ‘remaja bestari’. Tujuan aktiviti seperti ini untuk melatih sifat kepimpinan pelajar , memberi kesedaran mengenai penghayatan solat dan dari aspek motivasi keibubapaan. “…perkhemahan” PPIM/2 “…buat kem” LKPI/1 “…Kita pernah buat kem solat, kemahiran” ABIM/1 “…kem penghayatan solat, kem remaja bestari” ABIM/2 “…Aktiviti kegiatan agama, solatnya” PPIM/3 Secara tak langsung, aktiviti bimbingan dan kaunseling turut digunakan dalam menangani remaja berisiko. “…kaunseling” PPIM/1 “…selalunya bantu khidmat beri nasihat, kaunseling, tolong bawa ke pejabat agama” LKPI/2 Terdapat juga NGO wanita Islam berpandangan aktiviti olah raga sangat sesuai dan digalakkan dalam peringkat remaja di bangku sekolah. “…digalakkan menyertai aktiviti yang dijalankan di sekolah menerusi olahraga, pelajar-pelajar melibatkan diri” LKPI/3 ( Temu bual 2012 )

8. Dapatan dan Perbincangan

Kajian mendapati terdapat nilai perubahan yang dialami oleh remaja berisiko selepas menyertai program NGO wanita Islam di daerah Kuala Terengganu. Antara nilai positif paling tinggi yang dialami oleh responden ialah remaja melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, remaja sentiasa berdoa kepada Allah dan mengadu kepadaNya apabila ada masalah, ingin berubah menjadi remaja yang lebih baik, berkawan dengan kawan yang baik dan bersemangat untuk belajar dan memajukan diri. Kenyataan ini menunjukkan pengaruh positif dalam diri responden semasa menyertai program NGO. Penghayatan agama ditekankan dalam program NGO wanita Islam.

Secara keseluruhannya, pengaruh program NGO dalam diri remaja berisiko di Kuala Terengganu seperti berikut:

1. Melaksanakan puasa di bulan Ramadhan. 2. Sentiasa berdoa kepada Allah dan mengadu kepadaNya apabila ada masalah. 3. Ingin berubah menjadi remaja yang lebih baik. 4. Berkawan dengan kawan yang baik. 5. Bersemangat untuk belajar dan memajukan diri.

Page 11: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 285

NGO dakwah berperanan untuk memberikan khidmat pembangunan komuniti, kesihatan dan pendidikan dan menjadi rakan kongsi kepada badan kerajaan dalam mewujudkan suasana penyertaan dan menghidupkan rasa tanggungjawab dalam setiap diri ahli masyarakat dalam memenuhi keperluan hidup dan menyelesaikan permasalahan komuniti. Bahkan ia merupakan satu bentuk penyelarasan ekologi kemanusiaan(al-Sakri 1997: 25-30). Menerusi persatuan kebajikan, manusia dapat memainkan peranan bagi memenuhi keperluan sosial dan bekerjasama dalam menjamin keperluan secara bersama. Ini adalah kerana keperluan manusia juga dalam aspek kejiwaan dan sosial. Maka, NGO sebagai sebuah organisasi dakwah menjadi perantaraan untuk mewujudkan persekitaran yang sejahtera dalam meningkatkan fungsi sosial manusia.

Ruang lingkup NGO dakwah dapat dilaksanakan sebagai pengelola masyarakat(social

organizer), bertindak sebagai ejen perubahan dalam bentuk advocate( al-mudāfiᶜ), activist (al-munshit), enabler (al-musāᶜid) dan broker (al-wasit). Untuk melaksanakan suatu perubahan, sesebuah dakwah juga berperanan sebagai catalyst(al-musāᶜid), pembimbing(al-mursyid) dan pendidik masyarakat(Sāmiah et.al. 1985: 288).

Program yang dianjurkan oleh pihak NGO wanita kurang menepati minat golongan remaja berisiko kerana penyampaian tidak jelas, mengantuk, kesukaran pengangkutan, program tak lasak, mudah bosan, tiada gurau senda/lawak. Jawapan-jawapan 14 peserta kajian NGO wanita Islam mengenai aktiviti menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu iaitu:

1. Aktiviti seminar 2. Aktiviti Kem 3. Aktiviti bimbingan dan kaunseling 4. Aktiviti olah raga

Al-Shantūt (1993: 74) berpandangan bahawa aktiviti golongan remaja dan kem, merupakan satu

bentuk kegiatan yang memenuhi keperluan-keperluan remaja seperti rohani yang mana para remaja dididik dengan mematuhi solat berjemaah mengikut waktu, sosial seperti pergaulan dengan rakan sebaya dan memikul tanggungjawab berpasukan, fizikal seperti berenang dan berlari, dan jiwa seperti kebersamaan dalam saat kesukaran berkumpulan dan membiasakan diri dengan ranjau-ranjau kehidupan yang mencabar. Oleh itu, aktiviti kem sebaik-baik cara untuk memalingkan keupayaan tenaga remaja yang sedang memuncak dengan kerja amal, latihan, aktiviti kecergasan dan pembelajaran.

Dalam kajian al-ᶜAisāwi (1987: 124) mengenai psikologi remaja dalam aktiviti seharian,

kebanyakannya adalah riadah kerana riadah penting untuk pembinaan tubuh, akal, jiwa dan menyucikan semangat cintakan tanah air menerusi peraturan disiplin taat setia dan menguatkan ruh berjemaah dalam jiwa remaja. Dalam konteks ini, aktiviti yang lasak digunakan sebagai satu bentuk kegiatan sublimasi, “…Sublimation; a defense mechanism in which a blocked motive is given an indirect and socially acceptable outlet, used most often to refer to indirect expression of socially unacceptable sexual motives”(al-ᶜAisāwi 1987:200). Oleh sebab itu, tenaga kekuatan yang memuncak ada pada golongan remaja boleh disalurkan dalam kegiatan aktiviti sublimasi seperti suka bekerja dalam kesukaran hidup dan mencari rezeki dengan keringat sendiri, suka menolong manusia, memandang penjagaan anak yatim, hidup dalam kesederhanaan dan qanaᶜah, mengajak manusia kepada petunjuk yang baik dan bersifat pemurah dalam berbelanja ke arah kebajikan (al-ᶜAisāwi 1987: 207).

Page 12: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 286

8.1 Analisis Reliabiliti

Kajian rintis dijalankan diperingkat awal iaitu sebelum lapangan dibuat bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan item-item yang terkandung dalam soal selidik. Nilai kebolehpercayaan apabila menggunakan Alpha Cronbach adalah 0.75. Ini bermaksud, soalan yang disediakan bagi domain yang melebihi 0.75 adalah boleh dipercayai dan sesuai untuk memperoleh skor yang stabil daripada responden kajian.

8.2 Analisis dan Statistik Deskriptif

statistik yang diperolehi dari 15 item berkaitan pengaruh program NGO dalam diri responden yang dilaporkan secara deskriptif, peratusan dan min dengan menggunakan skala Likert (1932) digunakan ‘sangat tidak setuju’ adalah 1, ‘tidak setuju’ adalah 2, ‘tidak pasti’ adalah 3, ‘setuju’ adalah 4 dan ‘sangat setuju’ adalah 5. Hasil statistik yang diperolehi dari 15 item mendapati lima yang tertinggi ialah saya melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, min (4.02). Diikuti responden sentiasa berdoa kepada Allah dan mengadu kepadaNya apabila ada masalah, min (3.86), responden berkawan dengan kawan yang baik, min (3.85), responden ingin berubah menjadi remaja yang lebih baik, min (3.85) dan responden bersemangat untuk belajar dan memajukan diri, min (3.83).

Temu bual bersama 14 orang yang mewakili NGO wanita Islam mendapati, NGO wanita Islam sering mengadakan seminar untuk remaja sama ada pada peringkat sekolah atau di IPT. Selain itu, aktiviti kem sering digunakan dalam program pelajar. Secara tak langsung, aktiviti bimbingan dan kaunseling turut digunakan dalam menangani remaja berisiko. Terdapat juga NGO wanita Islam berpandangan aktiviti olah raga sangat sesuai dan digalakkan dalam peringkat remaja di bangku sekolah. Dalam aktiviti kem berbentuk ‘out reach’, ahli PPIM akan mengadakan lawatan masuk kampung dan mensasarkan kumpulan remaja yang bermasalah. Aspek yang ditekankan ialah berkaitan dengan solat dan kesedaran ibu bapa dalam menangani remaja berisiko. Mereka akan mengadakan hubungan angkat dan melakukan aktiviti bersama. ‘Jungle Tracking’ sangat digemari oleh kumpulan remaja berisiko yang menyertai program anjuran NGO. Dalam aktiviti kaunseling, kumpulan remaja yang bermasalah akan dibawa ke pejabat agama untuk dinasihat dan dikaunseling. NGO wanita Islam juga ada melaksanakan kaunseling individu dan kelompok kerana dalam kalangan wanita NGO Islam ada yang menjawat sebagai guru kaunseling. Dengan penerapan nilai kasih sayang akan membuatkan remaja berisiko terasa dirinya dihargai. Selain itu, aktiviti olah raga sangat digalakkan kepada golongan remaja berisiko dan pada peringkat sekolah, mereka melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti olah raga. Seminar juga digunakan sebagai cara aktiviti untuk menyampaikan maklumat penting kepada golongan remaja berisiko.Dalam aktiviti tarbiyyah, program diskusi buku sering digunakan untuk mengupas isu-isu yang berguna buat remaja berisiko. Mereka diberi kesedaran tentang Islam dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Bentuk seminar kurang digemari oleh kumpulan remaja berisiko dan aktiviti seperti LDK digunakan bagi membincangkan ilmu tasawuf dan tasawur Islam. Bagi remaja akil baligh, persoalan prinsip syariat sangat perlu ditegaskan kerana pergaulan bebas akan membibitkan zina. Oleh itu, memberi kepercayaan kepada kumpulan remaja berisiko bahawa wanita NGO Islam adalah sahabat rapat mereka dan dengan ini diharapkan mereka boleh berubah.

Secara keseluruhannya, bentuk aktiviti yang dijalankan oleh NGO wanita Islam dalam menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu ialah:

Page 13: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 287

1.Aktiviti seminar 2.Aktiviti Kem 3.Aktiviti bimbingan dan kaunseling 4.Aktiviti olah raga

9. Kesimpulan dan Cadangan pada Masa Depan

Kewujudan NGO wanita Islam yang mengkhususkan visi dan misinya dalam menangani remaja berisiko adalah terhad di Kuala Terengganu. Secara khususnya, 4 NGO wanita telah dikenal pasti dari segi keaktifan mereka menangani isu remaja. Bahkan dalam Islam, kewajipan aktivis muslimah terhadap anak-anaknya adalah seiring dengan kewajipan membawa masyarakat umumnya ke arah kebaikan. Akan tetapi, berlaku rintangan dari segi sumbangan tenaga dan masa. Oleh itu, sudah sewajarnya NGO wanita Islam mengembangkan sayapnya untuk merekrut sejumlah yang ramai kaum wanita untuk sama-sama mewujudkan masyarakat Islam. Oleh itu, mempromosikan peranan NGO wanita Islam perlu dihebahkan supaya ia menjadi nadi penggerak dalam masyarakat.

Oleh itu, kajian ini telah memberikan implikasi dari aspek kekangan tenaga dan masa. Penambahan bilangan kepimpinan dalam NGO wanita Islam yang dinamik merupakan satu simbol pergerakan yang aktif dan berkesan. Ini kerana peranan NGO wanita Islam sangat penting sebagai ‘shifting of reference’ dalam membendung masalah pendidikan remaja berisiko khususnya golongan perempuan berisiko selepas ibu bapa mereka. Dalam Islam, seorang remaja apabila sudah sempurna 15 tahun adalah mukallaf walaupun belum bermimpi (baligh), berjalanlah hukum ke atasnya dengan kewajipan ibadat dan lainnya seperti berhak kepada pembahagian harta ghanimah dan boleh dibunuh sekiranya daripada kalangan ahli perang. Bahkan dalam usia baru mencecah akil baligh, seksual adalah masalah yang tidak pernah habis untuk diperbincangkan. Oleh itu, sumber-sumber rujukan Islam sangat banyak dan luas untuk dimanfaatkan bagi tujuan kaedah pendidikan akil baligh bagi remaja. Walau bagaimanapun, sumber-sumber Islam seperti dipinggirkan pengajiannya untuk pendidikan sekolah. Masalah manusia seperti kecelaruan jantina terjadi akibat pemahaman yang salah dari pengaruh pendidikan barat sedangkan Islam adalah agama fitrah dan membawa kebaikan.

Oleh itu, satu penambahan kajian perlu menitikberatkan aspek perkembangan akil baligh remaja dan tuntutan syariat terhadap mereka supaya tingkah laku berisiko dapat dibendung dan difahami sebagai ilmu pengetahuan yang mulia dan menjaga manusia dari kebinasaan.

Berdasarkan faktor kendiri remaja yang lazim berada dalam situasi tekanan (storm and stress), adalah perlu mengenal pasti dengan lebih mendalam mengenai ilmu psikologi remaja menurut perpekstif Islam. Ini adalah kerana banyak unsur-unsur pengajian ilmu psikologi yang diambil dari pendidikan barat berlaku pertembungan dualisme dalam merujuk akan ilmu psikologi Islam tentang remaja. Dalam ajaran Islam, adalah penting untuk berinteraksi dengan ciri-ciri individu pada peringkatnya atas dasar syariat, ilmu psikologi dan memberi sumbangan dalam mentarbiyyah pemuda-pemudi dengan tarbiyyah yang meningkatkan sahsiah. Kekosongan dua unsur utama dalam pendidikan moden iaitu role model dan ibadah telah menghasilkan gandaan sifat negatif yang utama dalam diri individu yang dinamakan al-murāhiqah sebagaimana yang telah diperjelaskan menurut pengertian bahasa Arab. Oleh yang demikian, pengertian al-murāhiqah bukanlah fenomena yang pasti dalam perkembangan usia bagi manusia. Ia

Page 14: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 288

adalah permasalahan yang boleh dielakkan dan dijauhkan sepenuhnya dalam kehidupan individu. Sebenarnya sifat al-murāhiqah adalah penyakit dalam masyarakat bukan Islam seperti kapitalis. Al-murāhiqah ialah konflik tenaga muda dan kemampuan akal dan jiwa serta jasad yang tergendala dan terhalang. Tarbiyyah Islam telah menjauhkan penyakit al-murāhiq (remaja) ketika didapatinya pada golongan belia dengan memaling tenaga muda kepada contoh tertinggi untuk aktiviti mujahadah di jalan Allah dan menyediakan peluang kepada golongan muda berada di sisi orang dewasa dalam aktiviti kemasyarakatan.

Rujukan

Abādi, Fairūz, Majd al-Din Muḥammad bin Yaᶜaqūb. 1995. Al-Qāmūs al-Muḥiṭ. Beirūt: Dār al-Fikr. Abū Shuqqah, ᶜAbd al-Ḥalim. 1995. Taḥrir al-Mar’ah fi ᶜasr al-Risālah. Kuwait: Dār al-Qalam. al-ᶜAisāwi, ᶜAbd al-Raḥmān. (1987). Saikolojiyyah al-murāhiq al-muslim al-muᶜāsir.Al-Kuwait: Dār al-Wathāiq. Barigish, Muhammad Hasan. ( 1985 ). Al-Mar’ah al-Muslimah al-Dāᶜiyah. Al-Urdun: Maktabah al-Manar. al-Būṭi, Muḥammad Saᶜid Ramaḍān. 1988. Fiqh Sirah. Terj. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Ibnu Kathir, Ismāᶜil bin ᶜUmar. 1993. Tafsir al-Qur’an al-ᶜAzim. Al-Qāhirah: Dār al-Hadith. Iḥsān Muḥammad ᶜAli. 2009. Al-ᶜamal al-Taṭawwuᶜi min manẓūr al-tarbiyyah al-Islamiyyah. Al-Urdun: Dār al-Nafāis. Khayr, Muhammad. ( 2009 ). Manāhij al-Daᶜwah. Dimasyq: Dār al-ᶜUsmā’.

Keshk, Muhammad Bahjat. T.th. Al-ᶜalāqāt al-ᶜammah wa al-khidmat al-Ijtimāᶜiyyah. Iskandariah: Al-Maktab al-jāmiᶜi al-hadith. Maḥmūd, ᶜAli ᶜAbd al-Ḥalim 1991. Al-Mar’ah al-Muslimah wa fiqh al-daᶜwah ila Allah. Dār al-Wafā’: Manṣūrah.

Muḥammad Ḥāmid al-Nāsir & Khaulah Darwish. 1997. Tarbiyyah al-Murāhiq fi Rihāb al-Islām. Beirūt. Dār Ibn Hāzim. al-Mubarakfuri, Safiyyu al-Rahmān. 2011. Al-Raḥiq al-makhtūm (Terj.). Al-Raḥiq al-Makhtūm. Sirah Nabawiyyah s.a.w. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah. Nik Safiah Karim. 1990. Wanita Malaysia Harapan Dan cabaran. Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn.Bhd. Qutb, Sayyid. (1991). Tafsir fi Zilal Qur’an. (Terj.) . Kota Bharu: Dian Darul Naim. Riḍā, Akram. 2002. Shabāb bila mashākil riḥlah min al-dākhil. Qatar: Wizārah al-awqāf.

Page 15: AKTIVITI-AKTIVITI PENDAKWAH WANITA NGO ISLAM DAN ...

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization,

iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA.

Organized by http://WorldConferences.net 289

Sāmiah Muḥammad Fahmi, ᶜAbd al-ᶜAziz Mukhtār & Mahrūs Maḥmūd Khalifah. 1985. Ṭariqah al-khidmat al-ijtimāᶜiyyah fi al-takhṭit al-ijtimāᶜi (al-tadakkhul li muwājihah al-mushkilāt wa al-ḥājāt. Al-Iskandariah: Al-maktab al-jāmiᶜi al-ḥadith. al-Shantūt, Khālid Aḥmad. (1993 ).Tarbiyyah al-Shabab al-Muslim. Jeddah: Dār al-Mujtamaᶜ. Al-Wāᶜi, Tawfiq Yūsuf. ( 1991 ). Al-Nisā’ al-Dāᶜiyāt. Al-Mansurah: Dār al-Wafā’. Zaydān, ᶜAbd al-Karim. (1993). Usūl al-Daᶜwah. Beirūt: Muassasah al-Risālah.