Akses Dan Ekuiti Dalam Matematik

download Akses Dan Ekuiti Dalam Matematik

of 30

description

Akses dan ekuiti

Transcript of Akses Dan Ekuiti Dalam Matematik

1.0 PENGENALAN

Akses bermaksud hak atau bolehnya mencapai data atau maklumat manakala ekuiti pula bermaksud usaha bagi memastikan semua orang mendapat bantuan secukupnya bagi mencapai satu tujuan pada tahap yang sama. Maka dengan itu, Akses dan Ekuiti Dalam Pendidikan Matematik adalah suatu perbincangan tentang hak semua orang mendapatkan pengetahuan Matematik dengan sempurna dan mendapat peluang seluasnya bagi mencapai tahap tertinggi dalam pengetahuan Matematik. Isu tentang perkara ini mula hangat diperkatakan pada hujung kurun ke-20. Ini adalah kerana ketika itu telah muncul beberapa wanita dalam fakulti pengajian Matematik di universiti terawal dunia. Usaha bagi mengkaji kewujudan dan peranan ahli Matematik wanita mula giat dijalankan. Ini adalah kerana hanya ahli Matematik lelaki berbangsa Eropah yang diketengahkan pada awal kurun ke-19. Tambahan lagi, ilmu Matematik ini hanya didapati dalam bahasa-bahasa bangsa Eropah sehinggalah zaman itu dikenali sebagai zaman Matematik Eropah. Selain daripada itu, ilmu Matematik didapati hanya berkisar tentang hal kaum lelaki dengan penggunaan contoh masalah dan penggunaan perkataan objek dan nama yang merujuk kepada lelaki. Maka dengan itu, muncul kesedaran bahawa bidang Matematik ini hanya dibuka kepada golongan tertentu dan tidak menjadi ilmu pengetahuan yang dapat disampaikan kepada semua orang tanpa mengira jantina, kaum, faktor geografi, umur, keupayaan fizikal dan mental. Slogan Matematik untuk Semua mula kedengaran daripada kebanyakan ahli Matematik yang ketika itu mula menjalankan usaha bagi memastikan ilmu Matematik ini dapat sampai kepada semua orang tanpa ada halangan. Perkembangan ini digambarkan oleh seorang ahli Matematik lelaki Amerika pada masa itu, David Henderson dalam bukunya yang diterbitkan pada 1981 : saya pasti bahawa jika wanita, golongan kelas pekerja dan bangsa lain terlibat dalam perkembangan ilmu Matematik masa kini, pastilah pandangan masyarakat tentang ilmu Matematik akan berubah dan pengetahuan kita tentang alam ini akan mencapai kemajuan. Ini merupakan pencapaian bagi kita semua.1

Golongan yang terpinggir daripada akses dan ekuiti dalam pendidikan Matematik begitu hangat dibincangkan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang telah dapat dikenalpasti dan usaha bagi mendapatkan akses dan ekuti dalam pendidikan Matematik bagi golongan yang terbabit dalam isu ini adalah antara yang terawal dilaksanakan semenjak kesedaran Matematik untuk Semua muncul. Isu yang dimaksudkan adalah jantina, tahap literasi dan numerasi, penduduk luar bandar dan pedalaman, serta orang yang direman dan banduan.

2.0 JANTINA

Hubungan di antara jantina dan prestasi dalam Matematik telah diberi parhatian yang serius dalam bidang pendidikan. Beberapa dekad yang lalu telah berlaku peningkatan dalam penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan mengenai akses, prestasi dan pencapaian serta penglibatan dalam matematik. (Gallaher & Kaufmann, 2005). Salah satu perkara yang perlu dicapai dalam gagasan Malaysia Education for All sebelum 2015 adalah untuk mengurangkan jurang jantina pada peringkat pendidikan menengah dan rendah sebelum 2005 dan untuk mencapai kesaksamaan jantina dalam pendidikan dengan memastikan kanak-kanak perempuan mendapat pencapaian yang adil dan berkualiti. Adakah masih ada jurang di antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan di Malaysia? Jawapan mudah adalah masih ada lagi perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan perempuan samada di peringkat pendidikan tinggi atau rendah. Kebanyakan kajian telah manunjukkan bahawa masih terdapat jurang di antara pelajar lelaki dan perempuan. Berikut merupakan kajian di Malaysia yang menunjukkan jurang perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian pertama diambil daripada Jamil Ahmad, 2001 yang membincangkan tentang perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian eksploratori menggunakan data sekunder berasaskan keputusan peperiksaan awam bagi tempoh lima tahun

2

(1996-2000) dengan menjalankan soal selidik ke atas sampel 3,000 orang pelajar sekolah menengah. Berdasarkan analisis prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam peperiksaan awam, iaitu UPSR, PMR dan SPM. Pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Graf 1, Graf 2 dan Graf 3di bawah menunjukkan graf pencapaian pelajar lelaki dan perempuan mengikut peringkat UPSR, PMR dan SPM. Sebagai contoh, perbezaan peratus kelulusan bagi peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Matematik, masingmasing adalah antara 5.93 10.51 peratus.

Graf 1 : Peratus kelulusan Matematik UPSR mengikut jantina (1996-2000)

3

Graf 2 : Peratus kelulusan Matematik PMR mengikut jantina (1996-2000)

Graf 3 : Peratus kelulusan Matematik SPM mengikut jantina (1996-2000) Ini menunjukkan bahawa masih terdapat perbezaaan pencapaian matapelajaran Matematik di antara pelajar lelaki dan perempuan. Ia juga menunujukkan bahawa pelajar perempuan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada pelajar lelaki. Adakah data tersebut menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih bijak daripada pelajar lelaki?. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pelajar perempuan berkecenderungan menggunakan strategi yang lebih konkrit seperti4

menggunakan model dan membilang manakala pelajar lelaki pula berkecenderungan 1998). Menurut kajian daripada Bhasah Hj. Abu Bakar dan rakan-rakan (2009) dalam kajian mereka bertajuk Pencapaian Dan Penguasaan Konsep Dalam Matematik Peringkat SPM yang bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian dan penguasaan konsep Matematik dalam peperiksaan SPM mengikut jantina, aliran dan jenis sekolah. Kajian beliau melibatkan seramai 777 orang pelajar lelaki dan 934 orang pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan sampel adalah 1414 orang pelajar. Kajian dilakukan berdasarkan pencapaian Matematik Kertas 2 bahagian A dan bahagian B. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar SPM, dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar lelaki mengatasi pencapaian pelajar perempuan dengan skor min adalah 59.33. Rajah 1 menunjukkan carta pai bagi min markah pencapaian Matematik Kertas 2 SPM 2001 bagi pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian juga menunjukkan pelajar lelaki didapati lebih baik pencapaiannya dalam kemahiran berkaitan dengan ungkapan pecahan tunggal, persamaan serentak, sudut dan poligon, geometri koodinat dan melibatkan kecerunan. menggunakan strategi yang lebih abstrak yang mencerminkan kefahaman konsep mereka (Fennema, Carpenter dan Jacobs ,

Rajah 1: Min Markah Pencapaian Matematik Kertas 2 SPM 20015

Berdasarkan kajian yang diperoleh, dapat

disimpulkan bahawa

pelajar lelaki menguasai Matematik Kertas 2 bahagian A dan B. Ini disebabkan mereka lebih berminat kepada kemahiran yang melibatkan unjuran ortogon pada garis satah dan sudut antara dua satah, gabungan penjelmaan dan mencari luas di bawah pembesar, pelan dan dongakan, latitud, longitud dan jarak dan melibatkan masa perjalanan. Mereka juga lebih kepada melakukan apa yang mereka boleh lihat daripada membuat sudut dongakan atau berfikir semata-mata. Senario jurang pencapaian matematik ini berlaku di negara lain juga. Menurut Karen Zittleman (2010), di dalam artikel yang bertajuk Making Public Schools Great For Every Girl and Boy. Even though jobs requiring math and science skills will increase by 5.6 million in 2008, girls are five times less likely than boys to consider technology-related careers. Girls from all ethnic groups rate themselves considerably lower than do boys on technological ability. This disparity is still fostered, wittingly and unwittingly, by attitudes and practices within the school system, as well as within society at large. As early as nursery school, and continuing through college, boys and girls sit in the same classroom, listen to the same teachers, and use the same textbooks but, when it comes to mathematics and science, they experience substantially different education. Antara negara lain yang menghadapi masalah yang sama adalah Pakistan. Keputusan peperiksaan NEAS atau National Education Assessment System Kementerian Pendidikan Pakistan untuk Gred 4 (berusia 8-9 tahun) pada tahun 2005 menunjukkan min skor perempuan adalah lebih tinggi daripada lelaki namun pada Gred 8 (berusia 12-13 tahun) pada tahun 2008 menunjukkan min skor pelajar lelaki lebih tinggi daripada pelajar perempuan (Kamaluddin, 2009).6

Walaupun guru-guru perempuan lebih ramai daripada guru-guru lelaki di Pakistan, guru-guru di sana lebih memberi perhatian kepada pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan kerana terdapat perspektif yang dominan dalam masyarakat bahawa pelajar lelaki lebih bijak daripada pelajar perempuan. Menurut Menurut Karen Zittleman (2010), diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pendidikan ini sebenarnya boleh memusnahkan negara kerana ia telah menafikan hak individu untuk mencapai kesaksamaan dalam pekerjaan dan penglibatan yang sama dalam kepimpinan negara. Perkembangan isu jantina di Malaysia telah pertama kali

dibincangkan dalam Rancangan Malaysia ke-3 (1976-1980), di mana ia menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan. Kemudian, Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia telah memberi impak yang besar mengenai isu jantina ini dan Rancangan Malaysia ke-Enam (1991-1995), secara keseluruhannya telah menumpukan kepada dasar-dasar dan program-program yang mempromosikan penglibatan wanita sebagai inisiatif pembangunan nasional. Dasar nasional untuk wanita telah dibina pada 1989 berfokus kepada kesaksamaan jantina dan kuasa wanita di Malaysia dan merupakan asas untuk kebanyakan dasar-dasar yang dibentuk berikutnya. Pada tahun 2000, Malaysia telah mencapai pencapaian yang tinggi dalam pendidikan rendah dan pendidikan menengah di antara pelajar lelaki dan perempuan. Pencapaian ini berlaku disebabkan keseimbangan politik dan sumber awam yang baik. (Malaysia Education for All Mid-decade assessment report 20002007). Beberapa dekad yang lalu telah berlaku peningkatan dalam penyelidikan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan mengenai akses, prestasi dan pencapaian dan penglibatan dalam Matematik. (Gallaher & Kaufmann, 2005). Kesaksamaan jantina di sekolah-sekolah dan7

bilik darjah secara amnya akan dianggap bermakna apabila kedua-dua samada lelaki atau wanita mempunyai peluang yang adil dan saksama untuk untuk pembelajaran dalam semua matapelajaran, mendapat peluang yang sama dalam berkomunikasi dan galakan melibatkan diri dalam kursus-kursus yang baik untuk pendidikan peringkat yang lebih tinggi untuk mereka supaya mampu memilih pelbagai kerjaya pilihan mereka. Guru adalah antara golongan yang bertanggungjawab untuk memastikan jurang pencapaian dalam Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan dikecilkan. Ini kerana guru adalah golongan yang dikatakan paling rapat dengan pelajar selepas ibu dan bapa. Guru yang cemerlang haruslah mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru-guru bagi memastikan keadilan antara pelajar lelaki dan perempuan yang berdasarkan artikel yang ditulis oleh Karen Zitlleman (2010). Seorang guru tidak seharusnya memiliki perasaan pilih kasih kepada para pelajar. Seorang guru yang ikhlas seharusnya mendahului pelajar. Guru seharusnya memanggil pelajar yang berbeza setiap kali pertanyaan dilontarkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak sepatutnya hanya memilih pelajar yang bijak untuk menjawab soalan. Selain itu, guru haruslah memberi masa menunggu dengan sebaiknya apabila bertanyakan soalan. Sekiranya guru memberikan masa menunggu yang sepatutnya, para pelajar sebenarnya akan memberikan jawapan dengan lebih baik. Guru juga memainkan peranan yang penting bagi menunjukkan kepelbagaian kaum, budaya, dan perbezaan jantina dalam pendidikan Matematik agar matapelajaran ini kelihatan terbuka kepada semua golongan. Sebagai contoh, sekiranya guru memberikan contoh soalan jangan hanya memberikan contoh yang berkaitan dengan satu jantina sahaja guru haruslah bijak dalam memberikan contoh-contoh yang melibatkan kedua-dua jantina dan kehidupan bangsa-bangsa lain.8

Kerja berkumpulan juga sangat penting dalam kelas. Pelajar perempuan dikatakan lebih pemalu daripada pelajar lelaki. Pelajar lelaki pula sering mendominasi perbincangan kumpulan. Maka sekiranya seorang guru ingin membuat kumpulan campuran untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seorang guru haruslah bijak mengawal kumpulan-kumpulan tersebut. Guru hanya mengumpulkan kedua-dua jantina ini dalam kumpulan yang kecil agar pelajar permpuan tidaklah terlalu malu untuk mengeluarkan pandangan mereka. Semua aktiviti hands-on dalam pendidikan Matematik yang ingin guru praktik di dalam kelas haruslah mengambil kira perbezaan sosial kedua-dua jantina. Sebagai contoh, aktiviti yang terlalu lasak mungkin menghalang pelajar perempuan daripada mengambil bahagian dan seterusnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan Matematik sepertimana rakan sekelas lelaki mereka.

3.0 LITERASI DAN NUMERASI

3.1 Pengenalan Literasi dan Numerasi Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan oleh kerajaan ialah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat jelata. Oleh itu, penguasaan ilmu asas seperti Matematik amatlah penting bagi permulaan untuk melangkah menjadi insan yang mempunyai minda kelas pertama. Literasi dan numerasi merupakan kemahiran asas bagi seseorang individu yang perlu diketahui untuk mempelajari dan menguasai Matematik dengan lebih lanjut.

9

Sebelum isu literasi dan numerasi dikupas dengan lebih lanjut lagi, eloklah jika kita terlebih dahulu mengetahui definasi sebenar literasi dan numerasi. Literasi adalah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasi pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian (NKRA Pendidikan). Literasi juga melibatkan integrasi bercakap, mendengar dan pemikiran kritikal dengan membaca dan menulis dan termasuklah pengetahuan yang membolehkan penceramah, penulis dan pembaca untuk mengenali dan menggunakan bahasa yang sesuai situasi sosial yang berbeza. Literasi turut diserapkan ke dalam dan mengembangkan pembelajaran dalam semua bidang kurikulum, formal dan tidak formal, dan semua bidang interaksi sosial dan pembangunan. Numerasi boleh ditafsirkan sebagai keupayaan melakukan operasi asas Matematik, seperti tambah, tolak, darab dan bahagi serta memahami idea Matematik yang mudah dan berupaya mengaplikasi pengetahuan serta kemahiran Matematik dalam kehidupan harian (NKRA Pendidikan). Selain itu, numerasi juga merangkumi keyakinan dan kecekapan untuk menggunakan kemahiran Matematik dalam konteks rutin harian. Ia melibatkan kemahiran Matematik yang diperlukan penyumbang kepada masyarakat dan ekonomi, untuk menjadi dan mempunyai

kecenderungan untuk mengaplikasikan Matematik dalam situasi harian termasuk dalam guna tenaga di masa hadapan. Ia melibatkan pembangunan kemahaman konsep utama Matematik dan antara keberkaitan pembangunan sistematik kemahiran penaakulan, penyelesaian masalah dan aktif dalam penerokaan idea-idea dan model Matematik (Northern Ireland Education). Bukti-bukti yang kukuh menunjukkan bahawa untuk meningkatkan kemahiran literasi dan prestasi numerasi memerlukan tumpuan pada keduadua kualiti dan ekuiti pencapaian pelajar. Selain itu, salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh sistem pendidikan kita hari ini ialah bagaimana untuk meningkatkan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi dalam10

kalangan kanak-kanak dan pelajar peringkat awal pendidikan di sekolah. Walaupun terdapat piawaian yang tinggi di kebanyakan sekolah di Malaysia, namun masih terlalu ramai kanak-kanak yang masih lagi berjuang untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selain itu, masih terlalu banyak golongan muda yang gagal melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan kekurangan kemahiran literasi dan numerasi. Seseorang kanak-kanak membesar memerlukan kemahiran literasi dan numerasi kerana kemahiran ini amatlah penting untuk menguasai ilmu Matematik, tanpa kemahiran asas ini, anak-anak muda kita mungkin akan dinafikan hak atau peluang untuk beralih ke institusi pengajian yang lebih tinggi atau untuk mencari pekerjaan yang baik. Mereka juga menghadapi risiko yang lebih besar dalam pengecualian sosial. 3.2 Standard Literasi dan Numerasi di Malaysia

11

Kemahiran Berupaya membaca, menulis memahami dan

Tahun 1 Minima 500 perkataan umum yang mudah Ayat tunggal

Tahun 2 Minima 800 perkataan umum yang mudah Ayat mudah &majmuk dengan kata hubung

Tahun 3 Minima 1000 perkataan umum yang mudah Ayat mudah dan majmuk dengan kata hubung dalam perenggan pendek

Jadual 1:Standard Literasi

12

Kemahiran Membaca, dan menyusun susunan) bulat Operasi Asas

Tahun 1 menulis Nombor sehingga 50 dan (ikut nombor

Tahun 2 Nombor sehingga 100

Tahun 3 Nombor sehingga 1000

mengira

Fakta

asas

untuk Fakta asas untuk tambah Fakta dan tolak, dan darab tambah bahagi darab dan (2,5&10) (2,5&10)

asas dan

untuk tolak,

tambah dan tolak

(3,4,6,7,8&9)

bahagi(3,4,6,7,8&9) Aplikasi Mengira duit sehingga RM10 Menyatakan waktu dalam sehari Mengukur panjang sesuatu objek dalam unit-unit relatif Mengukur panjang sesuatu objek dalam unit yang betul Mengira duit sehingga RM50 Menyatakan waktu dalam jam secara analog Mengira duit

sehingga RM100 Menentukan masa dalam sejam pada jam analog. Mengukur objek panjang unit

dalam

yang betul (dalam cm sahaja)

Jadual 2:Standard Numerasi di Malaysia. Kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar13

dalam subjek Matematik adalah disebabkan oleh ketidakupayaan seseorang pelajar untuk menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Pada tahun 2008, hampir 32,000 orang pelajar tercicir dalam subjek Matematik dari pelbagai peringkat persekolahan. Graf 4:Jumlah murid yang tidak mencapai sasaran standard literasi pada akhir Tahun 1 (% dalam kurungan)

Sumber: KIA2M untuk kadar literasi dan PROTIM untuk kadar numerasi Berdasarkan graf bar yang ditunjukkan pada tahun 2006, terdapat 11% atau seramai 50,253 orang pelajar tahun 1 tidak mencapai sasaran standard literasi di Malaysia. Pada tahun 2007, terdapat pengurangan sebanyak 1% iaitu sebanyak 10% pelajar tahun 1atau seramai 51,486 orang pelajar tahun 1 tidak mencapai standard literasi pada akhir tahun 1. Namun begitu, pada tahun 2008 terdapat peningkatan sebanyak 3% dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 13% bersamaan dengan 54,000 orang pelajar tahun satu gagal mencapai standard literasi di Malaysia.

14

Graf 5: Jumlah murid yang tidak mencapai sasaran standard numerasi pada akhir tahun 1 (% dalam kurungan)

Sumber: KIA2M untuk kadar literasi dan PROTIM untuk kadar numerasi

Berdasarkan graf bar bagi jumlah murid gagal mencapai standard numerasi, pada tahun 2008 terdapat sebanyak 24% iaitu bersamaan dengan 117,024 orang pelajar tidak mencapai sasaran standard numerasi pada akhir tahun 1. Pelajar-pelajar ini berkemungkinan untuk menghadapi kesukaran mempelajari subjek Matematik pada tahun 2 dan seterusnya merebak sehingga dewasa jika tidak dibendung.

15

Rajah 2: Bilangan murid Tahun 5 tanpa kemahiran asas literasi pada tahun 2009

16

Sumber: Skor PROTIM untuk 2M, 2009 Peta di atas menunjukkan bilangan murid Tahun 5 tanpa kemahiran asas literasi pada tahun 2009 di seluruh negara. Negeri-negeri yang kritikal ialah negeri Sarawak iaitu sebanyak 11.4% bersamaan dengan 6,829 orang pelajar, diikuti negeri Selangor iaitu sebanyak 15.4% bersamaan dengan 9,252 orang pelajar. Negeri yang paling kritikal ialah negeri Johor iaiu sebanyak 15.9% bersamaan dengan 9,511 orang pelajar. Kesimpulannya, kadar penguasaan kemahiran literasi dan numerasi di Malaysia agak merunsingkan kerana masih terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai standard literasi dan numerasi dengan baik. Sekiranya pelajar gagal menguasai kemahiran literasi dan numerasi pelajar mungkin akan menghadapi masalah untuk memahami Matematik dengan lebih lanjut. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi yang kritikal pada peringkat awal pendidikan boleh menyebabkan kesukaran untuk mempelajari ilmu Matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Sekiranya kemahiran literasi dan numerasi asas diberi penekanan bermula dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak, kadar keciciran pelajar dalam subjek Matematik pasti dapat dikurangkan. Kepentingan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak atau pra sekolah sebagai penyediaan kanakkanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanakkanak yang mengikuti pendidikan pra sekolah akan lebih komited dalam pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lumayan pada masa akan datang. Berikut adalah hasil dapatan daripada kajian tersebut:

17

Sumber: Kajian Prasekolah Scope Perry, AMERIKA SYARIKAT (2005) Berdasarkan kajian yang dijalankan Scope Perry di Amerika Syarikat pada tahun 2005, sebanyak 60% individu yang menghadiri pra sekolah mendapat pendapatan melebihi USD 20,000 pada umur 40 tahun. Manakala 77% individu yang menghadiri pra sekolah ini berjaya menamatkan pengajian Sekolah Tinggi. 61% kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran pada peringkat pra sekolah lebih komited kepada pelajaran pada umur 14 tahun dan 67% kanak-kanak telah bersedia untuk bersekolah pada umur 5 tahun. Hal ini membuktikan kepentingan pra sekolah bagi perkembangan minda kanak-kanak untuk mempelajari ilmu. Sebagaimana yang ditekankan sebelum ini, ilmu Matematik merupakan tunjang kepada pendidikan dan kejayaan manakala kemahiran literasi dan numerasi pula merupakan asas kepada pembelajaran Matematik. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak atau pra sekolah merupakan medium pendedahan awal kepada kanak-kanak bagi menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Malangnya di Malaysia, terdapat ramai kanak-kanak yang tidak mengikuti pra sekolah. Kajian yang telah dijalankan oleh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mendapati pada tahun 2009, hanya18

sejumlah 650,000 orang kanak-kanak telah belajar di pra sekolah kerajaan dan pra sekolah yang berdaftar. Berdasarkan populasi kanak-kanak 5 hingga 6 tahun sebanyak 33% ataupun 350,000 orang kanak-kanak tidak mengikuti ataupun belajar di pra sekolah.

Graf 6: Enrolmen semasa (2009) kemasukan murid dalam pra sekolah Seharusnya kita sedar, untuk mengurangkan populasi pelajar yang tidak boleh membaca haruslah bermula dari peringkat awal. Kemahiran literasi dan numerasi boleh dipertingkatkan dengan memperbanyakkan bilangan sekolah terutamanya di luar bandar. Kemunculan tabika KEMAS banyak membantu pelajar terutamanya pelajar luar bandar bagi memupuk kemahiran membaca, menulis dan mengira. Namun begitu, amatlah penting untuk mengekalkan prestasi dan juga kurikulum yang sesuai mengikut kemahiran dan keperluan setiap kanak-kanak. Selain itu, program seperti LINUS (Literacy and Numeracy Screening) amatlah penting bagi memupuk kemahiran membaca, menulis dan mengira. LINUS ialah akronim kepada saringan literasi dan numerasi. LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah (NKRA, Julai 2011). Program LINUS menekankan tentang kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Objektif program LINUS ialah untuk19

mengenalpasti pelajar yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal dan memulihkan mereka sebelum tertinggal dengan lebih jauh. Jika kita mahu melihat peningkatan dalam membaca dan mengira, kita memerlukan pembaharuan radikal sistem pendidikan semasa kita dan perlu menghapuskan ketidaksamaan yang wujud. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak memupuk minat membaca, menulis dan mengira dengan sendiri. Oleh itu, pendekatan baru harus direka untuk menyokong guru-guru dalam meningkatkan tahap kemahiran mereka untuk mengajar pelajar kemahiran membaca, menulis dan mengira. Guru juga harus mengajar pelajar mengikut kesesuaian setiap pelajar. Setiap rumah di Malaysia rata-ratanya memiliki sekurang-kurangnya satu alat elektronik antaranya televisyen. Oleh itu, televisyen boleh dijadikan sebagai medium perantaraan untuk kanak-kanak mempelajari kemahiran literasi dan numerasi. Justeru, program televisyen yang dapat memupuk dan mengajar kanak-kanak terhadap kemahiran literasi dan numerasi amatlah sesuai diadakan. Program kanak-kanak yang bermanfaat seperti Along,Sesame Street dan Dora the Explore amatlah sesuai bagi membantu pelajar menguasai kemahiran literasi dan numerasi. Program seperti itu juga dapat menarik minat kanak-kanak kerana pendekatan yang digunakan adalah berkomunikasi secara tidak langsung.

4.0

KAWASAN LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting dan penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran20

penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik. Menurut Azlina (2003), Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagai killer subject terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan merujuk kepada Jadual 1, didapati tidak ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan pertengahan tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Pontian. Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal.

Gred Bilangan Peratus (%)

A 21 13.29

B 40 25.32

C 59 37.34

D 23 14.56

E 15 9.49

Jumlah 158 100

Jadual 3: Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran Matematik, Pelajar Daerah Pontian Saiz sekolah luar bandar berkemungkinan lebih kecil daripada sekolah di bandar dan ini membawa kebaikan kepada pelajar luar bandar. Saiz kelas yang kecil memyebabkan pelajar di luar bandar mendapat lebih perhatian daripada guru-guru dan lebih mengetahui tentang pelajar mereka. Selain itu, sekolah luar bandar dapat membantu para pelajar belajar dengan lebih berkesan kerana bilangan pelajar yang sedikit, walaupun terdapat pelbagai kebaikan, sekolah luar bandar juga menghadapi masalah yang boleh menyebabkan para pelajar tidak dapat akses dan ekuiti dalam pendidikan Matematik untuk mencapai pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah

21

Salah satu masalah yang timbul adalah sekolah di luar bandar mempunyai masalah untuk menarik dan mengekalkan tenaga pengajar yang berkelayakan. Isuisu kekurangan staf mengakibatkan masalah-masalah yang lain timbul. Sekolah di luar bandar terpaksa bersaing dengan sekolah di bandar untuk mendapatkan guru-guru yang khusus dalam bidang tersebut dan berpengalaman. Sekolah luar bandar terpaksa mengisi kekosongan jawatan dengan guru-guru yang lebih muda dan kurang pengalaman. Guru guru yang kurang berpengalaman terpaksa bekerja selama beberapa tahun untuk menjadi guru yang pakar dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Guru-guru yang baru kekurangan pengalaman untuk mengajar dengan cara yang berkesan. Mereka sering dibebani dengan bebanan kerja yang banyak dan terpaksa mengajar empat atau lima subjek yang berbeza di luar bidang kepakaran. Tambahan pula, guru-guru baru tidak mendapat sokongan daripada guru yang berpengalaman disebabkan oleh bebanan kerja akibat kekurangan staf. Sekolah luar bandar tidak mampu untuk menarik dan mengekalkan guru-guru yang khusus dalam bidang tertentu dan tidak dapat menawarkan subjek-subjek yang sama seperti sekolah di bandar. Para pelajar mempunyai kurang peluang untuk mengambil beberapa jenis subjek terutamanya subjek Sains dan Matematik yang diperlukan bagi kemasukan ke sekolah menengah. Masalah yang lain juga timbul apabila sekolahsekolah luar bandar yang menawarkan subjek-subjek tertentu terutamanya Sains dan Matematik, para pelajarnya terpaksa diajar oleh guru-guru yang bukan di dalam bidang Sains dan Matematik. Akibatnya pelajar di luar bandar tidak dapat meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka mengikuti bidang-bidang tertentu di sekolah menengah. Sekolah di luar bandar mempunyai masalah untuk akses kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kerana masih dihalang oleh sambungan internet yang perlahan dan masih banyak lagi kawasan luar bandar dan pedalaman belum disediakan. Masalah ini berlaku kerana pelaburan di kawasan luar bandar dan pedalaman kurang menguntungkan22

berbanding kawasan bandar yang ramai penduduk. Terdapat sebilangan sekolah di luar bandar menggunakan kemudahan teknologi iaitu ICT untuk membantu proses pengajaran terutamanya di dalam topik-topik yang sukar difahami di dalam subjek Matematik dan untuk pembangunan guru. Masyarakat luar bandar lazimnya dilabelkan sebagai masyarakat yang hidup miskin. Walaupun kemiskinan turut berlaku di kawasan bandar, namun lokasi di kawasan luar bandar lebih kerap dijadikan topik dalam perbincangan isu kemiskinan. Kemiskinan ini disebabkan oleh beberapa faktor, umpamanya tahap pendidikan yang rendah, ketiadaan kemahiran dalam pekerjaan, dan dipengaruhi oleh faktor keturunan. Selain penglibatan dalam sektor primer yang membawa kepada kemiskinan, tahap pendidikan masyarakat luar bandar juga rendah. Oleh hal yang demikian, masyarakat luar bandar lebih menumpukan pekerjaan dalam sektor tradisional sahaja. Tahap pendidikan yang rendah dan kekurangan kemahiran menyebabkan masyarakat luar bandar berhadapan dengan masalah kurang daya saing dalam sektor pekerjaan serta sukar mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Oleh itu, ibu bapa tidak dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak mereka terutamanya pendedahan awal Matematik pada peringkat prasekolah disebabkan faktor kemiskinan. Tahap kesedaran yang rendah terhadap pendidikan khususnya bagi golongan ibu bapa masyarakat di luar bandar membawa kepada kemunduran pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Selain itu, jarak atau lokasi sesuatu tempat mampu menyumbang kepada berlakunya ketaksamaan agihan sumber yang mana kawasan bandar mendapat peruntukan pembangunan yang lebih besar berbanding dengan penduduk luar bandar yang tinggal jauh di pedalaman. Pusat pendidikan banyak dibina di kawasan bandar seperti perpustakaan awam, kedai buku dan pejabat-pejabat pendidikan menyebabkan pelajar di luar bandar terutamanya kurang menerima faedah untuk akses dan ekuiti dalam23

pendidikan yang berkualiti terutamanya Matematik. Faktor jarak juga memberikan masalah kekurangan program yang berterusan khususnya program pendidikan. Masalah ini timbul mungkin disebabkan oleh kos yang tinggi untuk meneruskan keberlangsungan program di luar bandar. Oleh itu, para pelajar di luar bandar tidak dapat meningkatkan pencapaian dan jurang pencapaian di antara pelajar di bandar dan luar bandar dalam pendidikan tidak dapat diatasi. Walaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul, namun masalah ini perlu diatasi bagi masyarakat di luar bandar dapat akses dan ekuiti dalam pendidikan khususnya Matematik. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang berpengalaman dalam bidang tertentu khususnya Matematik, sekolah luar bandar perlu meningkatkan kedua-dua iaitu jumlah pengambilan dan strategi pengekalan guru. Pentadbir perlu menumpukan perhatian kepada calon-calon yang cenderung untuk tinggal di komuniti mereka selama beberapa waktu seperti calon yang mempunyai latar belakang luar bandar atau kepentingan tertentu untuk tinggal di luar bandar dan khusus dalm bidang Matematik. Menurut kajian tentang guru-guru di luar bandar di British, Columbia, Murphy dan Angelski, guru-guru di luar bandar menerima jawatan dalam masyarakat luar bandar kerana hubungan kerja yang positif dengan pengetua, pekerjaan di dalam komuniti yang sama dengan pasangan mereka dan kepuasan dengan gaya hidup luar bandar. Oleh itu, pengetua boleh meletakkan syarat-syarat yang menggalakkan guru-guru untuk kekal dalam kedudukan mereka dan meringankan beban guru-guru baru, mewujudkan persekitaran yang menggalakkan, tidak mengancam dan menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan ibu bapa. Di Amerika Syarikat, Sekolah Piagam di bawah Program Pengetahuan itu Kuasa (KIPP), iaitu sekolah yang diurus oleh pihak swasta dengan pembiayaan daripada dana awam, telah berjaya melaksanakan24

perubahan signifikan ke atas tahap pencapaian pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Sekolah-sekolah ini telah menyediakan pelaburan yang besar ke atas pelajar-pelajar ini yang menghabiskan lebih 60% waktu mereka di sekolah, dengan mengikuti sesi persekolahan yang lebih panjang, kelas pada hari Sabtu, serta bersekolah pada musim panas. Dengan ini, 80% pelajar berpendapatan rendah dari sekolah KIPP berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej berbanding dengan hanya 20% untuk pelajar dari golongan sama yang tidak mengikuti program KIPP. Oleh kerana itu, dasar telah dibentuk menjadikan penduduk luar bandar sebagai kumpulan sasaran program-program pembangunan supaya keadaan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya. Program pembangunan luar bandar adalah satu proses untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui pembaikan dalam seluruh aspek pembangunan manusia khususnya pendidikan. Dalam aspek pendidikan misalnya, Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar bandar khususnya di negeri-negeri tertentu. Di samping itu, Malaysia pada hakikatnya secara berterusan mengambil langkah dalam memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan luar bandar. Justeru, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil inisiatif yang tersendiri dengan mengumumkan tujuh langkah lonjakan perdana pendidikan luar bandar bertujuan bagi mengurangkan jurang prestasi antara sekolah bandar dan luar bandar. Antara tujuh lonjakan tersebut ialah memantapkan perkhidmatan prasekolah di luar bandar dengan membina lebih 2,400 kelas yang akan memberi faedah kepada hampir 61,000 kanakkanak di seluruh negara serta penyediaan latihan guru prasekolah dan kemudahan komputer dikebanyakan sekolah luar bandar (Utusan Malaysia, 6 Oktober 2006). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga, telah memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan. Agenda merapatkan jurang25

pendidikan bandar dan luar bandar adalah penting kerana melibatkan jumlah sekolah yang besar iaitu sebanyak 5077 buah sekolah daripada 7513 buah sekolah rendah dan 792 dari 2045 sekolah menengah di kawasan luar bandar. Memandangkan pentingnya pembangunan pendidikan luar bandar, KPM telah bekerjasama dengan National Implementation Task Force (NITF) untuk menambah baik serta mendapat peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak Tinggi NITF. Tambahan sebanyak RM2.6 bilion telah diperuntukkan di bawah Projek Berimpak Tinggi untuk merapatkan jurang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak. Pembangunan infrastruktur ini dijangka akan memberi manfaat kepada 2.2 juta pelajar dan 14,000 guru di kawasan pedalaman (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2007).

5.0 ORANG YANG DIREMAN DAN BANDUAN Banduan terdiri daripada pelbagai jenis. Contoh-contohnya banduan reman, banduan jatuh hukum, budak nakal (juvana), orang tahanan (OT), banduan dagang (BD), banduan akhir (BA), hukuman seumur hayat, hukuman seumur hidup dan tahanan limpah Sultan/Gabenor/Yang DiPertuan Agong. Banduan reman ialah banduan yang ditahan sementara menunggu kesnya dibicarakan, mereka ini, ditahan mengikut peringkat mahkamah bagi yang ditahan di atas perintah mahkamah rendah, mereka ini ditempatkan di tahanan mahkamah rendah (TMR). Mereka yang ditahan atas perintah mahkamah sesyen akan ditempatkan di tahanan mahkamah sesyen (TMS) manakala banduan yang ditahan atas perintah mahkamah tinggi akan ditempatkan di tahanan mahkamah tinggi (TMT). Banduan jatuh hukum adalah banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah. Banduan jatuh hukum terdiri daripada hukuman singkat iaitu banduan dihukum penjara kurang daripada enam bulan, hukuman lama iaitu banduan dihukum penjara bagi tempoh lebih daripada enam bulan, banduan26

pertama kali-banduan yang baru pertama kali disabitkan kesalahan seterusnya pertama kali berada di penjara, banduan berulang kali-banduan yang telah berulang kali dimasukkan ke penjara, banduan muda iaitu banduan yang berumur bawah daripada 21 tahun disabitkan kesalahan dan dihukum ke penjara serta banduan dadah-banduan yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah. Banduan yang seterusnya ialah budak nakal atau dikenali dengan juvana. Budak nakal ini berada dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana. Mereka ini akan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney (SHG) di mana sekolah ini menahan penghuni berusia 14 hingga 21 tahun di bawah perintah Mahkamah Juvana. Seterusnya adalah orang tahanan (OT) di mana mereka ini ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa iaitu Menteri Dalam Negeri. Orang tahanan ini terbahagi kepada tiga akta atau ordinan iaitu bagi yang dijatuhkan hukuman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, mereka ini akan ditempatkan di Tempat Tahanan Perlindungan (TTP), tahanan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraan Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan juga tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 pula akan ditempatkan di pusat pemulihan akhlak atau PPA. Banduan Dagang adalah warganegara asing yang telah ditempatkan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka dijatuhkan hukuman di bawah Akta Imigresen. Banduan akhir merupakan banduan yang akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah. Seterusnya hukuman seumur hayat ialah banduan yang akan dipenjarakan sepanjang hayat tanpa tarikh dibebaskan. Berbeza dengan hukuman seumur hidup iaitu banduan dipenjarakan selama 30 tahun. Tahanan Limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong ialah banduan yang sepatutnya dijatuhkan hukuman tetapi tidak dijatuhkan hukuman disebabkan hal-hal tertentu seperti tidak siuman ataupun masih lagi di bawah umur. Mereka ini hanya boleh dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan atau Gabenor ataupun Yang di-Pertuan Agong.27

Keperluan pendidikan, latihan dan pekerjaan di kalangan banduan dan juga pesalah-pesalah lain di dalam sistem keadilan jenayah telah menarik perhatian ahli Lembaga Negara di Australia sejak tahun 1990 lagi. Beberapa perundingan awal telah diadakan di Perth pada bulan Mei 1990 di antara ahli Lembaga dan wakil-wakil pertubuhan tempatan bagi menyediakan peluang pendidikan dan latihan untuk para banduan. Hal ini disebabkan kebanyakan daripada kalangan banduan mempunyai tahap pengajian matematik yang rendah atau tiada langsung pendedahan pendidikan matematik. Bukan sahaja pendidikan matematik, malah begitu juga dengan pendidikan yang lain. Masih ada juga golongan banduan yang tidak mahir membaca serta menulis. Pengangguran di kalangan banduan selepas dibebaskan merupakan isu yang mendapat perhatian ahli Lembaga. Apabila berlaku pengangguran, golongan banduan ini terpaksa melakukan pengulangan jenayah bagi mendapatkan keperluan harian seperti minum, makan dan juga tempat perlindungan. Apabila golongan banduan ini melakukan jenayah mereka pasti akan ditempatkan semula di dalam penjara dan mereka tidak mempunyai peluang untuk menaiktaraf pendidikan mereka dengan memasuki ke institut pengajian yang lebih tinggi. Jadual menunjukkan tahap pendidikan golongan banduan di Vietnam. Berdasarkan jadual tersebut tahap pendidikan yang paling tinggi dalam kalangan banduan adalah sehingga tahun sepuluh. Hal ini menunjukkan mereka tidak sempat untuk menamatkan pengajian mereka di peringkat menengah. Terdapat beberapa orang banduan yang hanya sempat menamatkan pengajian sehingga peringkat sekolah rendah sahaja. Hal ini dapat menyokong pendapat di atas yang menyatakan tahap pendidikan dalam kalangan banduan adalah sangat rendah dan hal ini bukan sahaja berlaku di Australia tetapi ianya juga berlaku di negara lain seperti Vietnam.

28

Jadual 4: Hubungan di antara Tahap Pengajian dan Kategori Penjara (Sumber: Upside Down Inside Out: Making sense of Vietnamese prisoner issues) Pihak penjara di Australia telah mengadakan satu program berbentuk pendidikan untuk semua golongan banduan dan golongan yang direman bagi mengatasi masalah ini. Program tersebut dinamakan sebagai Vocational Education and Training (VET) ataupun Pendidikan Vokasional dan Latihan. Program ini mula dijalankan hanya di beberapa buah institusi penjara di Australia. Program ini memberikan pendidikan matematik, kemahiran membaca dan menulis. Hasilnya, kebanyakan golongan banduan mendapat peluang pekerjaan setelah dibebaskan dari penjara hal ini dapat mengatasi masalah pengangguran yang berlaku setelah keluar dari penjara. Selain itu, terdapat juga segolongan banduan yang mula menyambung pendidikan mereka ke institusi yang lebih tinggi dan para banduan juga akhirnya dapat menaiktarafkan kedudukan status sosioekonomi mereka dengan mendapat peluang pekerjaan yang lebih bagus dari sebelumnya. Para banduan dipilih serta menetapkan matlamat yang realistik melalui program VET ini. Nilai VET yang bertindak sebagai faktor29

pemulihan juga harus diterima dan diakui oleh agensi-agensi yang berurusan dengan banduan sebelum dan selepas dibebaskan. Seterusnya, perkhidmatan seperti latihan dan juga penilaian harus dilakukan ke atas golongan yang direman serta golongan banduan sewaktu meninggalkan penjara supaya golongan ini dapat menyumbang secara berkesan di tempat kerja. Banduan dan golongan yang direman ini memerlukan pemahaman yang baik tentang cara untuk mengakses ke pendidikan lanjutan, latihan dan pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran yang menarik kepada pasaran dan golongan ini juga perlu diberi pemahaman mengenai cara mencapai matlamat VET. Program ini perlu mematuhi Rangka Kualiti Latihan Australia (AQTF) untuk menghasilkan kualiti latihan yang tinggi serta konsisten bagi memudahkan peralihan yang lancar selepas hukuman untuk melanjutkan pelajaran dan latihan. Program ini juga harus terus menyokong golongan yang direman serta banduan bagi meneruskan program ini.

30