AIMAN SYAMIM SEJARAH

77
BAB:1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA ZAMAN PRA SEJARAH :p 1. ZAMAN PALEOLITIK 1 .Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga 300,000 tahun dahulu 2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut: Lokasi I. Kota Tampan, Perak ii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iv Gua Niah, Sarawak v Tingkayu, Sabah Ciri-ciri penempatan dan masyarakat i. Hidup berpindah randah atau nomad ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik Kegiatan utama i. Memburu binatang ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan iii.Mengamalkan cara hidup sara diri Peralatan i.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian

description

ok

Transcript of AIMAN SYAMIM SEJARAH

Page 1: AIMAN SYAMIM SEJARAH

BAB:1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

ZAMAN PRA SEJARAH :p

1. ZAMAN PALEOLITIK 1 .Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh

masa 200 000 tahun hingga 300,000 tahun dahulu 2. Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:

Lokasi

I. Kota Tampan, Perak ii Bukit Jawa, Perak iii Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iv Gua Niah, Sarawak v Tingkayu, Sabah

Ciri-ciri penempatan dan masyarakat

i. Hidup berpindah randah atau nomad ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik

Kegiatan utama i. Memburu binatang ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan iii.Mengamalkan cara hidup sara diri

Peralatan i.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam kehidupan seharian

Kepercayaan i. Mengamalkan kepercayaan animisme ii Mengamalkan upacara perkubura

Page 2: AIMAN SYAMIM SEJARAH

SEJARAH TG4 - BAB 1

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

A Zaman Pra sejarah

► Nyatakan tahap zaman Pra Sejarah

1. Zaman Paleolitik

2. Zaman Mesolitik

3. Zaman Neolitik

4. Zaman Logam

► Senaraikan 3 petempatan Zaman pleolitik di Malaysia.

1. Tingkayu

2. Kota tampan

3. Gua Niah

► Huraikan cirri-ciri kehidupan manusia zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik.

1. Manusia hidup secara nomad, iaitu berpindah randah.

2. Mereka tinggal sama ada di kawasan tepi tasik, tepi sungai, atau di dalam gua.

3. Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.

4. Mereka menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap

ikan.

5. Peralatan batu ciptaan mereka lebih mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.

► Apakah bukti yang menunjukkan manusia pada zaman Neolitik sudah bertamadun?

Page 3: AIMAN SYAMIM SEJARAH

1. Manusia mula hidup menetap secara kekal dalam kelompok yg besar sebagai masyarakat

2. Menyara diri dengan bercucuk tanam seperti menanam padi di China, Ban Kao di Thailand

dan Gua Sireh di Sarawak.

3. Mereka menternak binatang seperti biri-biri diternak di Iraq.

4. Penciptaan alat yang telah dilicinkan serta mempunyai pelbagai fungsi.

5. Mencipta tembikar tanah melalui teknik putar di Gua Musang, Kelantan.

6. Masyarakat telah mewujudkan pengkhususan kerana mempunyai banyak masa untuk

masa untuk menghasilkan artifak.

7. Muncul individu yang berjaya memikirka cara untuk melebur logam.

8. Keupayaan menghasilkan bahan makanan yang melebihi keperluan telah melahirkan sistem

pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter

9. Cangkerang cowrie digunakan sebagai nilai tukaran dagangan.

► Huraikan cirri-ciri kehidupan manusia zaman logam

1. Penggunaan logam besi telah menyebabkan manusia berjaya mencipta perahu dan rumah.

2. Penciptaan perahu membolehkan manusia dapat meneroka lautan dan meningkatkan

Kegiatan perdagangan maritim.

3. Perdagangan bermula di pesisir pantai dan kemudian berkembang jarak jauh.

4. Muncul penempatan besar berubah kepada kota pertahanan.

Page 4: AIMAN SYAMIM SEJARAH

5. Penempatan besar berkembang menjadi Bandar atau kota, contohnya dua buah Bandar

Purba, iaitu Jericho di Jordan dan Catal Huyuk di Turki

6. Mengetahui cara mengebumikan mayat dengan bekalan seperti makanan, tembikar dan

Besi.

B. Konsep Tamadun

► Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun?

1. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada perkataanmudun dan

madain.

2. Perkataan arab yang berkaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang mempunyai

Maksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.

3. Tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civilization yg berasal daripada bahasa Greek, iaitu

Civitas yang bermaksud Bandar.

4. Tamadun boleh diertikan sebagai peradaban manusia.

► Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Barat.

1. Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan

Seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran.

2. Gordon Childe, menegaskan pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun

Dalam sesebuah masyarakat.

3. Darcy Riberio dan R. A Buchanan hanya menekankan kepentingan dan pembangunan

Page 5: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

► Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam.

1. Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap

Ketamadunan sesebuah masyarakat.

2. Ibn Khaldun menganggap kehidupan Bandar yang terbentuk hasil daripada semangat

Assabiyyah, bekerjasama dan saling membantu sebagai tamadun.

3. Syed Naquib al-attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan

Yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

4. Richard Sullivan mengakui bahawa unsure rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

5. Konsep tamadun merangkumi pencapaian lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota

Dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

► Apakah pandangan Ibn Khaldun tentang kehidupan bertamadun.

1. Kehidupan di Bandar.

2. Memiliki semangar assabiyah atau kekitaan.

3. Semangat kerjasama dan saling Bantu membantu.

4. Karya Muqaddimah menggunakan istilah umran bermakna tanah yang didiami secara tetap,

Berkembang dan maju.

5. Hadarah bermaksud hidup di Bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan dan moral

Yang tinggi.

Page 6: AIMAN SYAMIM SEJARAH

► Senaraikan cirri-ciri utama tamadun awal manusia.

1. Petempatan kekal

2. Kehidupan berorganisasi

3. Sistem pemerintahan

4. Pengkhususan pekerjaan

5. Agama dan kepercayaan

6. Bahasa dan sistem tulisan

► Terangkan cirri-ciri tamadun awal manusia.

1. Petempatan kekal dengan cara hidup yang lebih sistematik kerana kemajuan dalam

Pertanian dan penciptaan peralatan baru telah meningkatkan pengeluaran untuk

Menampung pertambahan penduduk.

2. Kehidupan berorganisasi mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan

Kestabilan dan kemakmuran kehidupan dengan setiap lapisan masyarakat mempunyai

Peranan tersendiri seperti raja,bangsawan,rakyat dan hamba.

3. Kewujudan sisitem pemerintahan raja sebagai ketua pemerintah. Raja sebagai wakil tuhan

Untuk mendapatkan pengiktirafan rakyat manakala sistem perundangan sebagai

Panduan masyarakt menjaga keamanan dan kemakmuran.

4. Pengkhususan pekerjaan menyebabkan peningkatan produktiviti,politik menjadi stabil,

Ekonomi berkembang dalam pertukaran barang dan perdagangan,membolehkan

Page 7: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan,teknologi,dan budaya antara sesebuah

Mesyarakat dengan masyarakat luar.

5. Menjadikan manusia percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam

Sekeliling mewujudkan kepercayaan aminisme kemudian kepada agama politeisme

Penyembahan terhadap banyak tuhan.

6. Penciptaan bahasa dan sistem tulisan , seperti bahasa Yunani dan Sanskrit manakala

Sistem tulisan awal ialahhieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf berperananan

Menyebarkan ilmu pengetahuan dan perhubungan. Selain itu untuk tujuan urusan

Pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal

Keagamaan.

C. Proses pembentukan tamadun

► Senaraikan tamadun awal yang terletak di lembah sungai

1. Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.

2. Tamadun Mesir terletak di Lembah Sungai Nil.

3. Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus.

4. Tamadun Hwang Ho terletak di Lembah Sungai Hwang Ho.

► Mengapakah tamadun awal dunia tertumpu di lembah sungai

1. Lembah sungai dipilih kerana kesuburan tanah untuk tujuan pertanian.

Page 8: AIMAN SYAMIM SEJARAH

2. Adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air untuk keperluan harian.

3. menangkap ikan sebagai sumber makanan.

4. Kemudahan mengangkut hasil dan berhubungan dengan sesuatu kawasan

5. Menggunakan sungai sebagai alat perhubungan.

D. Tamadun Mesapotamia

► Apakah maksud Mesapotamia?

1. Bermaksud tanah di antara dua sungai.

► Di manakah letaknya tamadun Mesospotamia?

1. Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates(3 500 S.M.)

► Nyatakan zaman pemerintahan Kerajaan Mesopotamia?

1. Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting.

i. Kerajaan Sumeria 3500-2340 S.M.

ii. Kerajaan Akkad 2371-2006 S.M.

iii. Kerajaan Ur 2113 -2006S.M.

iv. Kerajaan Babylon Awal @Lama. 2000-1530S.M.

v. Kerajaan Kassistes 1530-1100 S.M.

vi. Kerajaan Assyria 1100-626S.M.

vii. Kerajaan Chaldea 626-539 S.M.

► Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesopotamia?

1. Dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar

Baghdad.

Page 9: AIMAN SYAMIM SEJARAH

2. Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan sungai Tigris hingga ke

Ke Utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.

3. Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan sungai trigris dan sungai

Euphrates yang hamper bercantum dikenali sebagai Babylon.

4. Tamadun Mesopotamia bermula di wilayah selatan , iaitu Sumer dengan orang sumeria

Telah berhijrah dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian menebus

Guna tanah dengan meina sistem pengairan untuk mengawal pengaliran air sungai.

5. Perkampungan awal telah membentuk bandar dan beberapa buah Negara kota seperti Kish,

Nippur, Laggash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.

6. Kesemua Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.

E. Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

► Terangkan cirri-ciri Negara kota Tamadun Mesopotamia.

1. Setiap negara kota memiliki cirri fizikal tersendiri terbahagi kepada kawasan utama, iaitu

Pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.

2. Setiap negar kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang

Menjadi lambing kekayaan sebuah kota.

3. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.

4. Jalanraya berkeadaan lurus dan lebar memisahkan dengan rumah kediaman.

Page 10: AIMAN SYAMIM SEJARAH

5. Pusat sesebuah kota adalah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.

6. Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri.

7. Kewujudan sungai serta kewujudan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan

Kapal, peati dan keldai.

8. Melalui jalan laut, Negara kota mudah dihubungi dengan wilayah sekitarnya.

► Jelaskan organisasi social masyarakat dalam tamadun Mesopotamia.

1. Terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.

2. Pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.

3. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas, seperti petani, artisan, serta

Pedagang.

4. Hamba terdiri daripada tawanan perang.

► Terangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia.

1. Raja sebagai ketua pemerintah.

2. Raja di anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik Negara kota, dikenali sebagai

Teokrasi.

3. Menjadi ketua tentera.

4. Menjadi ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.

5. Berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat dan menentukan

Page 11: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Pentadbirannya.

6. Berkuasa dalam bidang ekonomi, seperti cukai tanah, petanian dan perniagaan

7. raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan

Keluarga diraja.

8. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa

Pemerintahan raja Naramsin di Akkad. Beliau menggelar dirinya “ Raja empat penjuru alam”

► Jelskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesopotamia.

1. Rakyat sebagai petani, berniaga dan menjadi artisan.

2. Perdagangan antarabangsa seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk

Ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.

3. Terdapat pengusaha tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian.

4. Menjadi tukang rumah kerana keperluan rumah kediaman yang banyak.

5. Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera.

► Terangkan cirri-ciri agama dan kepercayaan masyarakat Tamadun Mesopotamia.

1. Mengamalkan kepercayaan politisme atau banyak tuhan. Raja sebagai wakil tuhan.

2. Semasa pemerintahan Raja Naramsin memaksa penduduk menyembahnya.

3. Pendeta mengetuai upacara keagamaan di kuil Zigurat.

Page 12: AIMAN SYAMIM SEJARAH

4. Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan.

► Jelaskan cirri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesopotamia.

1. Kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan begambar.

2. Berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis pada tanah liat.

3. Menggunakan pen rumput buluh menulis pada tanah liat berbentuk pepaku dandikenali

Sebagai cuneiform.

F. Sumbangan Tamadun Mesopotamia

► Raja Hammurabbi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perundangan

Semasa memerintah Babylon. Jelaskan.

1. Sumbangan besar Hammurabbi kepada tamadun Mesopotamia adalah Kod Undang-undang

Hammurabbi.

2. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.

3. Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun

Lapis masyarakat.

4. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau patahkan tulang,

Bangsawan didenda satu wang perak.

5. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang

Besar untuk dibaca oleh rakyat.

Page 13: AIMAN SYAMIM SEJARAH

6. Kod Undang-undang Hammurabbi menjadi dasar perundangan dalam tamadun

Mesopotamia.

7. Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat

Pelbagai kaum dan dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.

8. Undang-undang ini mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam

Kehidupan masyarakat tersebut.

9. Kod ini membantu peradaban Mesopotamia bertahan jangka masa panjang dari tahun 3500

S.M hingga tahun 539 S.M.

► Huraikan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia

1. Sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

Jurutulis.

2. Urusan pentadbran dan perniagaan dapat direkodkan oleh jurutulis.

3. Melalui perdagangan, semua urusan jual belinya ditulis dalam resit, nota, dan surat kredit.

4. Sistem tulisan melhirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh merupakan hasil

Kesusasteraan yang tertua di dunia mengandungi falsafah dan cara hidup orang

Mesopotamia.

► Jelaskan sumbangan sains dan teknologi tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat.

1. Tamadun Mesopotamia menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.

Page 14: AIMAN SYAMIM SEJARAH

2. Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari telah memperkembangkan ilmu

Matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi

Dan punca ganda.

3. Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk

belayar.

4. Pencerapan sistem solar membolehkan penciptaan kalender yang mengandungi 12 bulan

Dalam satu tahun.

5. Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota

Tenteranya.

6. Penciptaan roda untuk kereta kuda bertujuan untuk peperangan atau kegunaan pada masa

Aman.

7. Penciptaan roda membolehkan penciptaan kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan

Tandus dapat mengawal banjir dan meningkatkan hasil pertanian.

8. Menggunakan kapal layer serta pengangkutan beroda untuk menguasai jalan darat serta

Jalan laut.

9. Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.

10. Dalam seni bina, mereka mencipta arca dan tiang batu. Contohnya di Zigurat dan arca

Patung Raja Gudea.

Page 15: AIMAN SYAMIM SEJARAH

11. Pembinaan Taman Tergantung Babylon menjadi salah satu ciptaan menakjubkan dibina

Dibina oleh Raja Chaldea.

G. Tamadun Mesir Purba

► Di manakah letaknya tamadun Mesir Purba.

1. Terletak di tebing Sungai Nil, mempunyai tanah dataran yang subur.

► Bilakah tamadun Mesir terbentuk.

1. Bermula sekitar tahun 3500 S.M

► Namakan kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan tamadun Mesir.

1. Libya

2. Kush

3. Assyria

4. Parsi

5. Yunani

6. Rom

► Huraikan pembentukan tamadun Mesir.

1. Mendiami lembah sungai Nil pada Zaman Logam sejak tahu 5000 S.M dengan membina

Sistem perparitan dan pengairan dan untuk pertanian.

2. Mereka mebina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan kesuburan tanah

Menghasilkan lebihan makanan.

3. Mendirikan petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil dan berkembang menjadi

Page 16: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Perkampungan.

4. Gabungan kampong-kampung mewujudkan beberapa buah Bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.

5. Kesemua nome disatukan mewujudkan sebuah Bandar yang menjadi pusat pentadbiran

Antaranya Bandar Thinis, Tebes dan Memphis.

► Huraikan ciri-ciri petempatan kekal masyarakat tamadun Mesir.

1. Firaun Menes menyatukan semua nome menjadi sebuah kerajaan dengan Bandar Thinis

Dijadikan pusat pentadbirannya.

2. Pusat pentadbiran berpindah ke Bandar Memphis yang berhampiran dengan delta sungai

Nil.

3. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke Bandar

Thebes.

4. Bandar menjadi tempat kediaman Firaun.

5. Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Manakala pelabuhan

Dijadikan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.

► Jelaskan organisasi social masyarakat mesir.

1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.

2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.

3. Firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan

Keempat, firaun digelar sebagai raja Matahari, iaitu Amon-Re.

Page 17: AIMAN SYAMIM SEJARAH

4. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan

5. Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan

Mengagihkan makanan dan menjadi pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki

6. Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan.

7. Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.

8. Rakyat bebas terdiri daripada petani, pedagang dan artiran.

9. Hamba adalah susn lapis masyaakat yang paling bawah.

► Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan tamadun Mesir.

1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.

2. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.

3. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.

4. Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai raja matahari, iaitu

Amon-Re.

5. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.

6. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga

Keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan di dalam Negara.

7. Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan

8. Firaun melantik orang awam sebagai jurutulis untuk menulis rekod kerajaan.

Page 18: AIMAN SYAMIM SEJARAH

9. Firaun Hatshepshut seorang wanita bertindak membina terusan dan menukar padang pasir

Kepada tanah pertanian yang subur.

► Nyatakan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.

1. Masyarakat Mesir terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan

Tembikar dan peralatan.

2. Mereka turut terlibat menghasilkan tekstil dan kertas untuk eksport.

3. Aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas.

4. Sungai Nil yang lebar membolehkan kapal-kapal menyusur dan berlabuh di pelabuhan-

Pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis.

5. Pentadbiran yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut

Mediterranean dan laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.

► Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir?

1. Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme.

2. setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsure alam seperti Re (Tuhan

Matahari), Ra-Atum (Tuhan langit) dan Amun (Tuhan Angin)

3. Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijaga

Dengan teliti.

4. Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian seta keperluan kehidupan

Selepas mati.

Page 19: AIMAN SYAMIM SEJARAH

► Terangkan cirri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesir.

1. Tamadun Mesir Purba telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.

2. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan symbol berdasar

Kan bunyi.

3. Sistem tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan

Pengutipan cukai.

4. Tulisan memainkan peranan penting untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual

Kepercayaan.

H. Sumbangan tamadun Mesir Purba.

► Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.

1. Sumbangan seni bina pyramid daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan

Penasihat penting kepada firaun Djoser.

2. Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-

Bata.

3. Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup

Di Lembah Nil.

4. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa.

5. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan

Page 20: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.

6. Kemajuan dalam bidang ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan mendapat

Status yang tertinggi dalam masyarakat berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.

7. Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.

8. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan

Memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

9. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi telah digunakan

Untuk mengawal banjir di Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.

10. Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang

Pasir menjadi kawasan tanah pertanian.

11. Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir Purba

Memperkenalkan sistem kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

12. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu

Manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.

13. Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air sungai Nil

Yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.

► Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan tamadun Mesir.

Page 21: AIMAN SYAMIM SEJARAH

1. Kerajaan Mesir purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari

Umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga atasan.

2. Institut pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran

Kerajaan.

3. Penekanan terhadap terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai

Kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.

4. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh

Menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai Nil serta pembinaan bangunan

Bangunan dan pyramid.

I. Tamadun Indus

► Dimanakah letaknya tamadun Indus.

1. Tamadun Indus terletak di lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus yang berpunca dari

Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.

► Bilakah tamadun Indus muncul.

1. Tamadun Indus telah muncul pada sekitar tahun 2500 S.M dan mula merosot pada tahun

1800 S.M.

2. Tamadun Indus mengalami kehancuran kerana serangan orang Aryan serta bencana alam

Seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

► Namakan dua Negara kota tamadun Indus.

Page 22: AIMAN SYAMIM SEJARAH

1. Mohenjo-Daro

2. Harappa

► Jelaskan proses pembentukan tamadun Indus.

1. Penduduk nomad dibarat laut India membentuk petempatan kekal di sepanjang sg Indus

2. Petempatan kekal wujud disebabkan oleh sungai Indus yang menyediakan sumber air dan

Terdapat tanah yang subur.

3. Peningkatan penghasilan pertanian membawa pertambahan jumlah penduduk.

4. Mewujudkan dua Bandar utama yang terbentuk di Lembah Indus iaitu Mohenjo-Daro dan

Harappa.

► Jelaskan cirri-ciri istimewa Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?

1. Pembentukan Bandar terancang terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok

2. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan

bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan

pembersihan.

3. Bahagian kedua Bandar ialah kawasan perumahan disusun berasaskan blok berbentuk segi

Empat.

4. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalanraya yang harus dan bersambung antara

Satu sama lain.

Page 23: AIMAN SYAMIM SEJARAH

5. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometrid an pembinaan yang

Diterapkan daripada tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir.

6. Kemhairan geometri hasil pertembungan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

7. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.

8. Setiap Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

9. Bandar-bandar boleh diubungi melalui sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

► Nyatakan organisasi social masyarakat Lembah Indus

1. Masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan

Golongan bawahan.

2. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.

3. Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti

Masyarakat terutamanya yang melbatkan kegiatan keagamaan.

4. Sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.

5. Golongan bahawahan terdiri daripada petani dan buruh. Petani menjalankan aktiviti

Pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.

6. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan Bandar,

Membina tembok dibenteng, dan membina terusan.

► Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus

Page 24: AIMAN SYAMIM SEJARAH

1. Masyarakat di Lembah Indus menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan

Pertanian, pertukangan dan pembuatan.

2. Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia

Dibuktikan melalui penemuan cap mohor Indus di Mesopotamia.

3. Antara hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.

4. Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti

Barli, kacang, dan sebagainya.

5. Ada ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan

Dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

► Terangkan amalan agama dan kepercayaan masyarakat Indus

1. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang

Mempunyai unsure keagamaan iaitu patung proto-siva.

2. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan

Terdapat tiga tanduk dikepalanya yang melambangkan dewa Brahma, Vishnu, dan Siva

3. Proto-Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.

4. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada tuhan Ibu.

► Apakah tulisan yang dihasilkan oleh masyarakat Indus

1. Masyarakat tamadun Indus mempunyai satu sistem tulisan berbentuk piktograf.

Page 25: AIMAN SYAMIM SEJARAH

J. Sumbangan Tamadun Indus

► Apakah factor-faktor masyarakat Indus dikagumi dalam perancangan Bandar?

1. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan Bandar dan pengisiannnya.

2. Pemahaman dalam ilmu geometri.

3. Pemahaman dalam ilmu kesenian.

4. Pemahaman dalam ilmu matematik.

5. Mahir dalam bidang pembinaan.

6. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan

Bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.

7. Berusha meningkatkan mutu binaan dengan membuat batu-bata melalui pembakaran suhu

Yang tinggi.

► Mengapakah sifat keterbukaan sangat penting kepada kemajuan manusia sepertimana

Amalan masyarakat Indus.

1. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu

Mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan

Pihak lain.

2. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba memboleh kedua-dua

Pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.

Page 26: AIMAN SYAMIM SEJARAH

3. Hubungan antara tamadun Mesopotamia, membolehkan segala pengaruh dari luar itu

Sesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

4. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan siat keterbukaan

Proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.

5. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada

Sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

► Mengapakah tamadun Indus dianggap matang

1. Pencapaian cemerlang dalam perancangan Bandar.

2. Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.

3. Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.

4. Melahirkan masyarakat yang kreatif.

5. Menghasilkan teknologi yang hebat.

K. Tamadun Hwang Ho

► Dimanakah letaknya tamadun Hwang Ho?

1. Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.

► Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho

1. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar aahun 2205-1766 S.M

2. Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M

3. Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga tahun 256 S.M

► Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho

1. Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan

Page 27: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Membina petempatan.

2. Tapak Banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awal

Penduduk Hwang Ho.

3. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil

Hutan dan memburu.

4. Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah Bandar antaranya Anyang

Yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.

5. Semasa dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan sungai Yangtze.

► Jelaskan proses pembentukan Negara kota tamadun Hwang Ho

1. Petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar-bandar

Dan Anyang menjadi Negara kota terletak dikawasan tanah tinggi Sungai Huan.

2. Dibandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.

3. Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan agama tinggal dikawasan Bandar.

4. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalau pencerobohan musuh dan dikelilingi

Oleh masyarakat petani.

► Huraikan organisasi social masyarakat Dinasti shang dalam tamadun Hwang Ho

1. Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.

Page 28: AIMAN SYAMIM SEJARAH

2. Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk mendiami kawasan di luar

Negara kota ini.

3. Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi

Menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera

Serta peralatan untuk acara keagamaan.

4. Golongan pembesar yang mempu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan

Keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bahawan.

5. Golongan paling bawah dalam masyarakat shang ialah hamba.

► Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang

1. Sistem pemerintahan dinasti shang berbentuk pemerintahan beraja.

2. Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau

Anak lelaki raja.

3. Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik

Ekonomi, social, dan agama.

4. Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat dari Tuhan.

5. Raja-raja shang tidak perlu mendapatkan pengeshan politik kerana mereka adalah daripada

Keturunan pemerintah agama.

6. Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir

Page 29: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Wilayahnya.

7. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam tugas

Seperti pungutan cukai pertahanan dan undang-undang.

8. Kezaliman Raja shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan

Hamba menyingkirkan Dinasti shang untuk dig anti dengan Dinasti chou.

► Huraikan sistem pemerintahan dinasti Chou

1. Raja-raja dinasti chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan

Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

2. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada

Pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

3. Mereka diminta melingungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.

4. Pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan

Upacara pengorbanan.

► Nyatakan ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Hwang Ho

1. Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing terdiri daripada tentera berkuda

Tentera berjalan kaki.

2. Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi

Golongan atasan.

Page 30: AIMAN SYAMIM SEJARAH

3. Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan

Makanan, senjata dan barang tembikar.

4. Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan digunakan untuk membantu kerja-kerja

Perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

► Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho

1. Sebahagian masyarakat mengamalkan kepercayaan animisme.

2. Masyarakat shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit

Dan gunung.

3. Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang melibatkan permainan muzik,

Upacara korban diketuai oleh bomoh.

4. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api

Sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir sesuatu kejadian.

► Nyatakan bentuk tulisan masyarakat tamadun Hwang Ho

1. Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.

2. Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan symbol.

3. Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.

K. Sumbangan tamadun Hwang Ho

► Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi, social, agama dan

Kepercayaan

Page 31: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Sistem Politik

1. Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman

Dinasti Shang.

2. Gelaran raja ditukar kepada zaman maharaja.

3. Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.

4. Amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke 20.

Sistem Ekonomi

1. Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk mengairi kawasan

Pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.

2. Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan

Pertanian.

3. Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

4. Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.

Sistem Sosial

1. Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.

2. Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan percetakan.

3. Tulisan juga diajar di sekolah-sekolah di China.

4. Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan jepun.

Agama dan Kepercayaan

1. Kepercayaan yang masih berkekalan sehinggan hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.

Page 32: AIMAN SYAMIM SEJARAH

2. Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian

Masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsure makanan, duit kertas, dan

Barang perhiasan.

3. Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih

Terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.

4. Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur

Yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.

5. Feng Shui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni

Dengan alam semesta.

6. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari

Dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.

7. Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.

8. Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti

Upacara perkahwinan, perburuan ataupu pengebumian.

9. Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, The Art Of War membicarakan selok-belok

Perang dan cara menangi musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.

10. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

Page 33: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 - Peningkatan Tamadun - ( Tamadun Yunani)

Peningkatan tamadun bermakna: pencapaian manusia dalam membentuk tamadun yang lebih maju daripada tamadun sebelumnya.

Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar. Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya.

Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

Tamadun Yunani

1. Letakan – di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen.

Page 34: AIMAN SYAMIM SEJARAH

2. Bermula dengan negara kota (polis) – Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ialah Athens, Sparta, Corinth, Olympia dan Thebes. Negara kota pula, hasil gabungan beberapa bandar dan kampung. Tiap negara kota adalah unit bebas dari negara kota yang lain, mempunyai undang-undang tersendiri, begitu juga dengan tentera masing-masing.

3. Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian.

acropolis

4. Dalam kota pula terdapat pasar, kubu kuil dan istana.5. Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean.6. Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang – undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.7. Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota yang lain contohnya Athens berperang dengan Sparta dan Corinth.

Page 35: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Peningkatan Tamadun

PENGENALAN

Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

Latar Belakang

Tamadun Yunani

1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.

3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.

4. Negara kota Ynani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapatpasar, kubu, kuil dan istana.

5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran Laut Meditterranean.

Page 36: AIMAN SYAMIM SEJARAH

6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta memiliki beberapa tuhan.

7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota.

Tamadun Rom

1. Terbentuk di kawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium.

2. Masyarakat Latin menduduki Lembah Latium.

3. Lembah ini berkembang menjadi penting semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM.

4. Majlis Perbandaran diwujudkan di setiap bandar yang akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

5. Kesan daripada kewujudan Majlis Perbandaran ini telah membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.

6. Bandaraya dibina secara terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, rumah mandi awam, sarkas dan tempat berdialog.

7. Antara bandarnya ialah Bandar Pompei

Tamadun India

Page 37: AIMAN SYAMIM SEJARAH

1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M

2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir agama Hindu.- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah Indus.

3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang menyebabkan wujud empayar pertama .

4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka.

Tamadun China

1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China.

2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti pertama.

3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti perluasan kuasa hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.

4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku peperangan, perluasan kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.

Page 38: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Aspek-aspek peningkatan Tamadun.

Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

1. Beberapa bentuk pemerintahan diamalkan oleh sesebuah negara kota.

2. Bentuk pemerintahannya daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator(Tirani) terus berubah kepada demokrasi.

3. Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja.

4. Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul.

5. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

6. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan Oligarki.

7. Daripada kalangan konsul lahir pula sistem pemerintahan bercorak aristokrasi.

8. Apabila sistem pemerintahan bercorak aristokrasi tidak disukai, lahir pula golongan yang menuntut hak dan menyebabkan berlakunya rampasan kuasa dan membentuk pemerintahan berbentuk Tirani oleh Diktator.

9. Rakyat biasa tidak menyukai sistem pemerintahan tirani ini dan akhirnya terbentuklah sistem pemerintahan berbentuk demokrasi

10. Ciri-ciri sistem demokrasi Athens- Terdapat dua dewan iaitu Dewan Perhimpunan dan Senat- Semua warga lelaki diberi peluang menjadi anggota dawn dalam tempuh 6 bulan- Dewan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.

Page 39: AIMAN SYAMIM SEJARAH

- Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.- Segala keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis.- Ahli Majlis, Majisterit dan Juri dilantik oleh Dewan

11. Di Sparta, Sistem pemerintahannya adalah bentuk sistem pemerintahan tentera.Tamadun Rom

1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M

2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M

3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal pentadbiran Negara dan merangka perundangan.- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah Praeotor. Iaitu pemerintah tentera.- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat. Segala keputusan Dewan Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius Ceasar.

5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasa angkatan tentera dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.

6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.

7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.

8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).

Tamadun India

Page 40: AIMAN SYAMIM SEJARAH

1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India membentuk dua kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.

2. Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja manakala kerajaan besar diketua raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.

3. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dari tahun 321 – 185 S.M.

4. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara terletak di Pataliputra.

5. Zaman kegemilangan peemrintahan Dinasti Maurya adalah pada masa pemrintahan Maharaja Asoka (tahun 273 – 232 S.M)

6. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak pemerintahan ayahnya Bindusara.

7. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya

Tamadun China

1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan sistem pentadbiran berpusat.2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)3. Konsep raja bertukar kepada maharaja. 4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja terdiri daripada orang awam.5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam pepriksaan awam.6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting sistem peemrintahan ini.

Page 41: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Perundangan

Tamadun Yunani

1. Dewan Perhimpunan berfungi sebagai penggubal undang-undang.

2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic

3. Bagi Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

Tamadun Rom

1. Undang-undang yang diguna adalah berbentuk undang-undang bertulis.

2. Undang-undang betulis yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

3. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada yang rumit, Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut.

4. Undang-undang ini dikenali dengan Kod Undang-undang Rom (527M).

Tamadun India

1. Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.

2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab undang-undang Hindu yang tertua.

3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana golongan mahir tentang hukum-hakam agama.

Page 42: AIMAN SYAMIM SEJARAH

5. Zaman Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.

6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dibaca oleh rakyat.

7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.

8. Tiang didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.

Tamadun China

1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.

2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.

3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.

4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.

5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-undang ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.

6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat

Page 43: AIMAN SYAMIM SEJARAH

PERLUASAN KUASA

• Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu akan berusaha untuk meluaskan kawasan pemerintahannya.

• Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru. 

TAMADUN YUNANI

Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula sejak tahun 800 s.m.

Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan semua bahagian Yunani untuk menjadi sebuah negara.

Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the Great. Beliau merupakan seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah dunia dan menaiki takhta pada tahun 336 s.m.

Semasa zaman pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di bawah kekuasaannya.

Semasa era pemerintahannya memperlihatkan penyebaran Kebudayaan Hellinstik ke seluruh timur. Kebudayaan Hellinstik ini ialah campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain. Syracuse, Iskandar dan Antioch merupakan antara tempat yang menerima kebudayaan ini.

Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the Great dan bermulanya kemunculan Rom.

Page 44: AIMAN SYAMIM SEJARAH

TAMADUN ROM

Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period pemerintahan Agustus Caesar.

Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.

Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam peperangan Actium ( 31 S.M ).

Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.

Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin. 

TAMADUN INDIA 

Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).

Kejayaan Chandragupta yang dapat membentuk empayar adalah disebabkan mempunyai pasukan tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.

Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.

Kemudian agenda perluasan kuasa di India diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara. Bindusara telah meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. 

Page 45: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Selepas Bindusara, Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.

Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka tidak mengamalkan corak pemerintahan seperti tokoh-tokoh sebelumnya, tetapi menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha. 

TAMADUN CHINA 

Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

Shih Huang Ti telah melaksanakan ;a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlakb) Menghapuskan golongan bangsawanc) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbird) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan orang gasar

Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat.

Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.

Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China. 

Page 46: AIMAN SYAMIM SEJARAH

PENINGKATAN EKONOMI

• Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak binatang dan menghasilkan barangan untuk perdagangan.• Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan tersebut membawa kepada penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.• Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar. 

TAMADUN YUNANI Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan kepada perdagangan, kecuali Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. 

Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar.

Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur.

Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan kenaikan harga barangan. Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ke tempat-tempat lama seperti Alexandria pada zaman Graeco-Roman, iaitu pada tahun 300 s.m.

Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellenstik. Zaman ini merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom. 

TAMADUN INDIA

Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian

Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan mutiara. Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara

Page 47: AIMAN SYAMIM SEJARAH

kerajaan Maurya dengan Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.

Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat. 

Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar untuk tujuan;a) Mengawal hargab) Mengawal kualiti baranganc) Mengawal gaji pekerja

Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.

Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai Dinara. Selain itu terdapat wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang sistematik.

Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya.

Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang di India.

Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang dipungut adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China, Rom dan Sri Lanka. 

TAMADUN CHINA

Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Page 48: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.

Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah.

Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan. 

Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.

Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.

Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan diperdagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.

Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat iaitu dari Rom merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China. 

Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom. 

Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga dengan kapal dari China dan India.

Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.

Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan didirikan di China dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan perkembangan perdagangan.

Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan kereta lembu. 

Page 49: AIMAN SYAMIM SEJARAH

PENINGKATAN SOSIAL

• Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara seperti pendidikan, kesenian, kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.

• Antara perkara yang tersebut pendidikan merupakan asas dan tonggaknya. Ia membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain. 

TAMADUN YUNANI

Pendidikan 

Athens

a) Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi aspek rohani dan jasmanib) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.c) Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia.d) Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menulis, menghafal amat dititikberatkan.

Sparta

a) Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan taat setia kepada negara kota. b) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan daripada pendidikan mental.

Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah tertubuhnya beberapa buah sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes,

Page 50: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Elea dan Miletus. Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa era pemerintahan Pericles. Sekolah-sekolah ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodatus, di samping ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras. 

TAMADUN ROM

Pendidikan di Rom menitikberatkan ;a) Apilikasi ilmu yang praktikalb) Kesetiaan kepada Rom.

Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusat-pusat pendidikan ini telah melahirkan ;a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan rayab) Ahli falsafahc) Sejarawan

TAMADUN INDIA

Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini berteraskan agama Hindu adalah untuk manusia menghadap hari selepas mati. Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan bagi mendalami kitab-kitab Veda. Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk belajar.  Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian apabila berkembang dengan baik pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman. Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti Nalanda pada abad kelima masihi.  Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus

Page 51: AIMAN SYAMIM SEJARAH

menghafal pelbagai buku agama khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. Selain itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah.  Bukan itu sahaja, malah pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf serta menjawat jawatan dalam kerajaan. 

TAMADUN CHINA 

Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;

Tahap pendidikan Kaedah pembelajaranSekolah rendah Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanyaSekolah menengah Tumpuan terhadap karangan dan sasteraPendidikan tinggi Memperterjemah buku suci 

Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam Kerajaan. Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik. b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali.c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali. 

Pengendalian peperiksaan awam;a) Diadakan dengan ketat.b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

Page 52: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.

Falsafah

Tamadun Yunani

- Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar mereka.- Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.- Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah dihukum bunuh dengan meminum racun.- Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.- Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.- Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah dan hasil penerbitan beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.- Merupakan guru Alexander the Great.- Karya utama ialah Republic.- Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.- Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars digelar Bapa Sejarah.- Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the Peloponnesian War yang ditulis berteraskan penyelidikan.

Tamadun Rom

- Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

Page 53: AIMAN SYAMIM SEJARAH

- Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung kepada hubungannya dengan alam.

Tamadun India

- Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitabveda dan yang menolaknya.- Kitab veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.- Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

Tamadun China

- Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain.- Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze, Toisme dan Mo Tzu- Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.- Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.- Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.

Sains dan Teknologi

Tamadun Yunani

- Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan serta teknologi membuat perahu dan kertas.- Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.- Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.- Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan.- Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu air dan graviti.

Page 54: AIMAN SYAMIM SEJARAH

- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .Tamadun Rom

- Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.Tamadun India

- Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik daripada Rig Veda.- Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.- Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.- Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan ionic.- Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.- Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.Tamadun China

- Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif) membolehkan seseorang sihat digunakan dalam perubatan tradisional.- Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.- Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting dalam peperangan.- Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.

Seni bina

- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untukhasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa ,agama dan rajanya.

Page 55: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Tamadun Yunani

- Acropolis dibina untuk keagamaan.- Merupakan pusat pentadbiran di Athens- Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunanyang menarik iaitu Parthenon.- parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.- Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

Tamadin Rom

- Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.- Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.- Teknologinya berasaskan sistem gravity.- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.

Tamadun India

- Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.- Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.- Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat- Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.

Page 56: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Tamadun China

- Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman DinastiChou.- Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.- Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata danlumpur.- kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.- Istana yang masih kekal ialah kota larangan.- Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.

Bahasa dan Kesusasteraan

Tamadun Yunani

- Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk AlexanderThe Great.- Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaituTheology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaituIlliad dan Odyssey.

Tamadun Rom

- Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil. - Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.- Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar

Page 57: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Tamadun India

- Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan Indo –Arya.- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah Sanskrit.- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat.- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

Tamadun China

- Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan Fukien.- Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial, sejarah, kerajaan dan pemimpin.- Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.- Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.- Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada huruf vokal dan tersebar ke Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

Sistem Sosial

Tamadun Yunani

- Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu pertama warganegara, kedua bukan warganegara dan ketiga hamba.- Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak.- Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah pekerja, artisan dan pedagang dan kelas ketiga ialah Helot

Page 58: AIMAN SYAMIM SEJARAH

(golongan majoriti yang mengusaha tanah)

Tamadun Rom

- Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba

Tamadun India.- Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.- Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bergaulTamadun China- Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga ialah hamba.- Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.- Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua ialah petani yang menjadi tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang.- Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui pendidikan.

Sumbangan Tamadun

1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi.2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan yang masih diamalkan hingga ke hari ini.4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih jadi rujukan.5. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon,

Page 59: AIMAN SYAMIM SEJARAH

Tembok Besar China, Stupa di Sachi, candid an pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sbg sumber pelancongan.6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan sehingga hari ini.8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan keagamaan dan kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan Hindu dan Buddha (Sanskrit)9. Dari segi sosial, wujud sistem pendidikan, falsafah, sains dan teknologi yang berkaitan matematik, astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori matematik seperti Teorom Pythagoras dan Teori Archimedes.10. Kelahiran Sukan Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan di Olympia iaitu pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan menghormati Tuhan Zeus. Negara terlibat ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan dengan Sukan Olimpik sekarang dari segi : tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan acara.Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia

1. Agama Hindu- Muncul sejak zaman tamadun Indus- Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan.- Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu) dan membinasa (Siva)- Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.- Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi dominasi golongan Brahmin. - Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu mendapat saingan daripada agama Buddha.- Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai kelahiran semula selepas mati bergantung kepada kelakuan semasa hidup.- Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila seseorang telah mencapai Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan dilahirkan ke dunia lagi. - Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat

Page 60: AIMAN SYAMIM SEJARAH

mencapai Moksya (kebebasan mutlak).2. Agama Buddha- Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha.- Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda. - Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia daripada kesengsaraan.- Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan.- Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya.- Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China.- Agama Buddha menggunakan bahasa Pali.- Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka.3. Agama Kristian- Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ.- Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New Testament.- Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama Kristian dipraktikkan oleh masyarakat.- Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali sebagai empayar Kristian.4. Agama Islam- Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan 17 Ramadhan. - Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah. - Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di madinah Islam telah berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. - Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah.- Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.- Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah (hadis).- Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam5. Confucianisme

Page 61: AIMAN SYAMIM SEJARAH

- Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu (Shantung) pada tahun 551 S.M.- Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau meletak jawatan selepas kematian ibunya dan mengembara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya kepada penduduk China.- Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa utama dalam masyarakat China.- Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan (xiao).6. Taoisme- Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat dibandingkan dengan ajaran Confucius.- Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat jawatan penting semasa pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh negeri China. - Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama.- Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang perlu ditentukan oleh Tao. Manusia tidak perlu bertindak apa-apa (Wu-Wei).- Manusia tidak boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.